Harga emas dijangka meningkat semula. Pada masa ketika ini, harga emas seauns (1 oz = 28.3495g) berbanding USD meningkat daripada USD1,272/oz (24/05/2019) kepada USD1,305/oz (31/05/2019) dalam tempoh seminggu sahaja! (Rajah 1).
Rajah 1: Harga emas vs USD dalam tempoh 30 hari – 1 Mei hingga 31 Mei 2019.
Jika anda lihat pola pergerakan harga emas seauns berbanding USD dalam tempoh 10 tahun lepas (Rajah 2), harga emas seauns pernah mencecah sehingga USD1889.70/oz selepas pertengahan tahun 2011. Seterusnya pergerakan naik dan turun di antara sekitar USD1,550/oz dan USD1,800/oz.
Rajah 2: Harga emas vs USD dalam tempoh 10 tahun – 2008 hingga 2019.
Pada tahun 2013 (Rajah 2), harga emas seauns bergerak turun dari sekitar USD1,700/oz ke paras USD1,200/oz. Seterusnya harga emas seauns bergerak turun lagi sehingga ke paras di bawah USD1,200/oz pada akhir 2014 sehingga akhir 2015 sebelum bergerak naik semula melebihi USD1,200/oz pada awal tahun 2016.
Lonjakan ketara pada Jun 2016 mencecah USD1,350/oz berikutan kesan BREXIT namun terus susut semula pada paras USD1,130/oz pada akhir 2016.
Bermula awal tahun 2017, harga emas seauns dilihat meningkat semula melebihi USD1,200/oz sehingga mencecah USD1,350 pada suku ke-2 tahun 2018 sebelum susut semula seketika ke paras di bawah USD1,200/oz. Akhirnya, harga emas seauns meningkat naik melepasi USD1,300/oz, turun dan melonjak semula pada tengah malam tadi (31/05/2019).
Tempoh 10 tahun seperti singkat sahaja. Jom kita perhatikan pula harga emas berbanding Ringgit Malaysia.
Di bawah ini (Rajah 3) anda boleh lihat pola pergerakan harga emas berbanding Ringgit Malaysia (MYR) dalam tempoh 10 tahun.
Rajah 3: Harga emas vs MYR dalam tempoh 10 tahun – 2008 hingga 2019.
Di sini disediakan satu rajah (Rajah 4) yang merupakan pertindihan pola pergerakan harga emas berbanding USD (merah) dan Ringgit Malaysia (hijau).
Rajah 4: Pola pergerakan harga emas vs USD dan MYR dalam tempoh 10 tahun – 2008 hingga 2019.
Merujuk kepada Rajah 4 di atas, anda boleh lihat terdapat persamaan pola pergerakan harga emas berbanding USD dan MYR sejak tahun 2009 sehingga akhir tahun 2014. Namun selepas 2014, pola pergerakan harga emas berbanding MYR telah semakin meningkat walaupun USD semakin menurun.
Harga emas segram berbanding Ringgit Malaysia (MYR) pernah mencecah sehingga MYR198/g pada akhir tahun 2012. Pada tahun 2017 juga pernah berlaku harga emas mencecah sehingga RM198/g.
Harga emas pelaburan Public Gold RM198/g pada 05/09/2017. (Sumber: www.publicgold.com).
Pergerakan harga emas berbanding matawang USD dan Ringgit Malaysia (MYR) memang unik dan tidak boleh sama pada satu-satu masa. Ini adalah kerana nilai matawang tidak terletak pada duit kertas itu sendiri. Matawang kertas di seluruh dunia sangat bergantung kepada suasana ekonomi dan politik sesebuah negara.
Harga emas pelaburan Public Gold RM187/g pada 01/06/2019. (Sumber: www.publicgold.com).
Misalnya pada tarikh 18/02/2019, harga emas Public Gold telah berada pada paras RM187/g sedangkan nilai matawang USD berbanding emas ialah USD1,336/oz!
Kadar tukaran matawang USD kepada MYR ditutup pada MYR4.14 (18/02/2019) malah MYR terus susut kepada MYR4.18 (31/05/2019) hingga ke hari ini (01/6/2019).
Pada hari ini (01/06/2019) harga emas dilihat melonjak daripada RM184/g pada minggu lepas (24/05/2019) kepada RM187/g!
Memang harga emas dijangka meningkat sebelum akhir tahun 2019.
Terdapat analisis teknikal yang telah saya baca antaranya teori “Head and Shoulder” dan juga teori “Saucer” (Teori Piring).
Harga emas dijangka meningkat.
Buat persediaan dari sekarang kerana harga emas dijangka meningkat bermula Oktober 2019.
Untuk makluman anda, harga emas pelaburan Public Gold merupakan yang termurah di Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia berbanding harga emas pelaburan yang ditawarkan oleh jenama lain.
Jika anda belum mendaftar online secara percuma boleh daftar di link bawah mengikut negara anda:-
PG Indonesia – Daftar Percuma di Public Gold Indonesia.
Nota: Sekiranya anda tiada kod PG di ruangan Introducer, sila isikan 047646 seperti di bawah..
Selepas daftar sila isikan nama dan emel di borang berikut agar anda boleh dapat tips dan panduan pelaburan emas secara percuma melalui emel anda.
Selepas anda selesai mendaftar dan mengisi nama serta emel menggunakan borang di atas, anda boleh Login menggunakan nombor ID (kad pengenalan / passport) tanpa sengkang atau simbol di ruangan Username dan isikan Password seperti yang telah anda isi di web PG.
Berita Pelaburan Emas Terkini: Public Gold Keluarkan Gold Bar Raya 2019
Jika anda menanti-nanti Gold Bar Edisi Raya Tahun 2019 yang dikeluarkan oleh syarikat emas pelaburan terkemuka di Malaysia Public Gold, penantian anda telah berakhir jua…
1 Syawal 1440H bakal menjelang tak lama lagi. Secara tradisi duit raya diberi kepada anak-anak yang masih bersekolah atau yang berusia 17 tahun dan ke bawah dalam bentuk duit tunai. Untuk anak-anak saudara dan pengunjung yang datang ke rumah, kebiasaannya duit kertas dimasukkan ke dalam sampul duit raya dan diberikan.
Namun, kepada orang yang tersayang, tradisi memberi duit kertas ini memang berisiko untuk bocor dengan sangat cepat! Ada sahaja perkara yang perlu dibelanjakan apabila dapat di tangan terutama anak-anak.
Mulai tahun 2019 ini, apa kata kita ubah tradisi turun temurun dengan menghadiahkan Gold Bar Raya 2019 dengan emas jongkong seberat 1 gram yang di’seal’ bersama sijil ketulenan yang cantik seperti di bawah…
Klik atas gambar GOLDBAR, scroll ke bawah sikit dan klik pada gambar yang ada tanda NEW pada kanan atas serta ditulis Public Gold LBMA Bullion Bar 1g (Au 999.9) – Raya pada namanya.
Selepas itu anda akan dapat paparan berikut. Jika anda nak beli dan terus kurier sampai ke alamat rumah anda.. klik Add to cart
Terkini: Public Gold Bar Raya 2019
Seterusnya akan ada pop-up untuk anda klik Add to cart seperti berikut…
Seterusnya akan ada paparan Term of Sales. Sila baca dan fahami.
Lebi-lebih lagi baca dan fahami perenggan mengenai Cancellation of Orders..
Sebab jika anda klik I Agree dan anda akan dikenakan caj penalti 5% sekiranya anda membatalkan tempahan anda.
Jika anda setuju dengan Term of Sales yang dipaparkan, sila klik I Agree…
Selepas itu klik pada icon Cart pada kanan atas…
Seterusnya klik Proceed to Next Page untuk membuat bayaran…
Sekiranya anda belum Login ke web Public Gold, anda perlu Login dengan menggunakan kod PG anda dalam format penuh nombor kod beserta huruf PG ke dalam ruangan Username seperti ditunjukkan.
Sekiranya anda tiada kod PG, anda perlu mendaftar terlebih dahulu, sila daftar dengan klik pada Register Account di bawah borang…
Anda boleh juga mendaftar percuma secara online di:
PG Indonesia – Daftar Percuma di Public Gold Indonesia.
Nota: Sekiranya anda tiada kod PG di ruangan Introducer, sila isikan 047646 seperti di bawah..
Selepas daftar sila isikan nama dan emel di borang berikut agar anda boleh dapat tips dan panduan pelaburan emas secara percuma melalui emel anda.
Selepas anda selesai mendaftar dan mengisi nama serta emel menggunakan borang di atas, anda boleh Login menggunakan nombor ID (kad pengenalan / passport) tanpa sengkang atau simbol di ruangan Username dan isikan Password seperti yang telah anda isi di web PG.
Seterusnya, ikuti arahan yang dipaparkan sehingga proses pembayaran selesai.
Berminat buat pelaburan emas Ar-Rahnu? Ada sesiapa yang mengajak anda buat pelaburan emas Bank Rakyat? Atau pelaburan emas di Bank Islam? Sabarlah dulu… bertenang dan jangan tergopoh-gapah. Anda perlu faham apa yang dimaksudkan dengan Ar-Rahnu dan istilah pelaburan emas.
Ar-Rahnu ialah pajak gadai kaedah Islam yang patuh syariah. Bila anda pajak gadai sebarang bentuk emas di mana-mana cawangan Ar-Rahnu, maka anda akan dapat kebiasaannya sehingga 70-75% nilai emas yang anda gadai dalam bentuk wang tunai.
Pada masa ini terdapat banyak institusi kewangan yang menawarkan kemudahan pajak gadai Islam Ar-Rahnu seperti Ar-Rahnu Xchange Bank Rakyat, Ar-Rahnu Agrobank, Ar-Rahnu Bank Muamalat, Ar-Rahnu Bank Islam. Malah terdapat juga agensi agama Islam seperti Ar-Rahnu Yapeim malah Pejabat Pos pun dah sediakan kemudahan Ar-Rahnu Pos Malaysia.
Namun, apa yang perlu anda tahu ialah anda perlu bayar upah simpan yang ditetapkan yang biasanya mengikut per gram emas. Sebagai contoh pajak gadai Ar-Rahnu Pos Malaysia dipaparkan di bawah.
Contoh kemudahan pajak gadai Islam Ar-Rahnu di Pejabat Pos
Jenis Emas Pelaburan Yang boleh di’Ar-Rahnukan
Pada masa ini, emas jenis Public Gold dan Pamp Suisse diterima untuk pajak gadai Ar-Rahnu di Pejabat Pos Malaysia Ar-Rahnu di seluruh negara tanpa buka seal. Untuk makluman anda, setiap emas pelaburan di’seal’ untuk lindungi dari calar dan kemek kerana emas 24K merupakan emas lembut.
Jika anda mahu ke mana-mana Ar-Rahnu, sila pastikan emas pelaburan anda tidak dibuka seal kerana susutnilai akan jatuh sehingga 10% jika jual balik.
Oleh itu, sebelum anda bersetuju untuk menyerahkan emas pelaburan yang di’seal’, tanya dahulu samada perlu buka seal atau tidak.
Namun, anda tak perlu risau sebab sekarang dah ada emas pelaburan yang mesra Ar-Rahnu dan boleh diterima di mana-mana kedai atau bank yang ada kemudahan Ar-Rahnu.
Jenis-jenis Emas Pelaburan Mesra Ar-rahnu
Dinar 24K mesra Ar-rahnu
1 Dinar 24k mesra Arrahnu
Sebagai contoh Dinar emas 999.9 jenama Public Gold ini memang mesra Ar-Rahnu kerana boleh dikeluarkan dari kapsul dan dipegang, dibelek dan diuji ketulenannya.
Dinar 999.9 tempatan ini boleh didapati dalam bentuk 1 dinar, 5 dinar dan 10 dinar.
Goldbar 10 gram 24k Bungamas mesra Arrahnu
Terdapat juga jongkong emas (goldbar) mesra Ar-Rahnu bermula dengan 10 gram, 20 gram, 50 gram dan 100 gram.
Goldbar ini dikenali sebagai siri BungaMas (seperti di gambar). Anda boleh keluarkan jongkong emas daripada kapsul untuk dipegang dan diuji di mana-mana Ar-Rahnu di Malaysia.
Baca tips seterusnya…
Dinar emas 24k Public Gold di’seal’ bersama sijil ketulenan.
Goldbar 999.9 Public Gold di’seal’ bersama sijil ketulenan.
Selepas daftar anda boleh terus Login sementara menggunakan nombor IC tanpa sengkang dan password seperti yang anda isikan tadi.
Selepas anda berjaya login sementara, anda boleh lihat katalog dinar dan goldbar yang mesra Ar-Rahnu (emas tanpa seal bersama kad) dan goldbar LBMA 100 gram ke atas turut mesra Ar-Rahnu.
Cast goldbar 100 gram 24K Public Gold mesra Ar-Rahnu.
Jika anda nak tahu kedai Ar-Rahnu yang paling tak cerewet dan boleh dapat duit tunai dalam masa tak sampai 20 minit, layari Pajak Gadai Ar-Rahnu Emas Pelaburan. (Saya tunjukkan contoh pengiraan dan saya dapati Ar-Rahnu KDE beri pembiayaan yang paling senang dan anda boleh dapat duit tunai lebih banyak)
Oleh itu, kemudahan Ar-Rahnu ialah satu kemudahan PINJAMAN yang bertujuan untuk MENGGANTIKAN kemudahan PINJAMAN YANG TIDAK PATUH SYARIAH seperti kedai pajak gadai konvensional (pajak gadai haram) yang berleluasa di Malaysia. Ar-Rahnu BUKAN satu kaedah pelaburan emas seperti yang digembar-gemburkan oleh ramai orang Islam yang “Kreatif” seperti yang diulas oleh Ustaz Mohd Nazri Chik di Masjid Al-I’tisam, Taman Tun Dr Ismail pada 13 Ogos 2012 yang lalu.
Beliau ada menegaskan tentang proses manipulasi sistem Ar-Rahnu beli-pajak, beli-pajak emas sebagai satu kreativiti oleh pihak tertentu. Dari segi teknikal tiada isu syariah dan tiada masalah kerana itu ialah kreativiti masing-masing tetapi dari sudut Maqasid Syariah ada benda yang tak kena.
Video Kaedah Manipulasi Sistem Pajak Gadai Ar-Rahnu
Sila tonton video Hukum Pelaburan dan Jual Beli Emas oleh Ustaz Mohd Nazri Chik. Anda boleh terus ke minit 28:55 perbincangan beliau tentang manipulasi sistem pajak gadai Ar-Rahnu.
Ustaz Mohd Nazri Chik merupakan Setiausaha Majlis Pengawasan Syariah dan Penolong Pengurus Besar – Ketua Bahagian Syariah, Bank Islam Malaysia Berhad. Oleh itu, saya berpandangan bahawa beliau adalah orang yang layak dan berpengetahuan tinggi untuk memberi jawapan yang lebih tepat berbanding ustaz-ustaz yang lain di Youtube mengenai pelaburan emas Ar-Rahnu dan hukum pelaburan emas dan jual beli emas.
Semoga anda faham apa yang dimaksudkan dengan Ar-Rahnu dan sepatutnya tiada istilah “Pelaburan emas Ar-Rahnu” boleh digunakan. Beliau menyatakan akan ada risiko apabila harga emas jatuh dan sistem manipulasi tersebut akan rosak. Pada tahun 2012, harga emas memang sedang meningkat naik dan seperti yang Ustaz Mohd Nazri Chik kata, sistem akan rosak bila harga emas jatuh telah terbukti pada akhir 2012 sehingga 2013. Ramai “pelabur emas Ar-Rahnu” menangis tak berlagu.
Apa yang dilakukan dalam teknik pelaburan emas Ar-Rahnu ini ialah mereka sentiasa memantau harga emas Bank Rakyat atau harga emas di Bank Islam hari demi hari, minggu demi minggu dan bulan demi bulan dengan harapan harga emas terus meningkat dari semasa ke semasa.
Anda boleh mendapatkan duit tunai melalui pajakan emas yang anda ada ditangan untuk tujuan sebagai modal bisnes yang anda telah kenalpasti keuntungannya agar anda boleh tebus semula emas yang anda gadai dalam tempoh tak lebih 6 bulan.
Jika anda tiada simpanan emas, saya nasihatkan agar anda membeli dan menyimpan emas pelaburan mulai sekarang sebab hari demi hari terdapat risiko kejatuhan nilai duit tunai yang kita simpan samada dalam bank atau dalam Tabung Haji.
Walaupun bilangan angka dalam akaun bank bertambah, namun kekuatan nilai RM100,000 pada hari ini tidak sama dengan kekuatan nilai RM100,000 pada 10 tahun lalu. Tapi kekuatan nilai 1 kg jongkong emas beribu tahun dahulu dilihat semakin tinggi nilainya pada hari ini.
Anda dinasihatkan agar mendapatkan tips pelaburan emas yang betul sebelum membeli emas seperti yang saya bincangkan di Tips Pelaburan Emas. Layari Pajak Gadai Ar-Rahnu Emas Pelaburan yang paling mudah dan tiada rekod CCRIS / CTOS.
Harga emas pelaburan 24K LBMA GAP Public Gold telah turun kepada paras yang terendah sejak 2017 iaitu sehingga RM169/g pada 15 dan 16 Ogos 2018.
Harga emas pelaburan akaun gap RM169/g terendah sejak 2017.
Pada 26 Jun 2018, harga emas pelaburan 24K LBMA GAP Public Gold telah turun sehingga RM177/g dan dijangka akan turun lagi kepada RM176/g pada 27 Jun 2018.
Harga emas pelaburan akaun gap, goldbar dan dinar terendah sejak 2017.
Manakala pada bulan September 2018 pula, harga emas pelaburan 24K LBMA GAP Public Gold telah naik semula ke paras RM172/g pada 16 September 2018. Namun, kenaikan yang sedikit ini masih pada paras yang rendah sejak 2016.
Harga emas telah meningkat sedikit selepas 16 September kepada RM173 dan RM174/g sehingga 28 September 2018. Pada hari ini 29 September 2018, harga emas 999.9 kembali turun pada RM172/g.
Harga Emas Turun Pada Musim Perayaan Aidilfitri
Kejatuhan harga emas ini membuatkan saya tersenyum dan bersyukur kerana semakin ramai yang mengambil peluang membeli dan menyimpan emas sebagai pelindung kekayaan atau sebagai aset boleh alih yang ampuh inflasi.
Memandangkan sambutan Hari Raya Aidilfitri 1439H masih lagi berterusan, penambahan duit raya bagi anak-anak membuka peluang kepada ibubapa yang celik emas untuk menabung emas bagi pihak anak-anak walaupun masih bayi.
Walau bagaimanapun, mungkin ada di kalangan anda yang berkata…
“En. Suhaimee.. saya memang nak beli masa harga rendah, tapi sebab gaji pun belum masuk…”
Jangan risau sebab sekarang dah ada kemudahan bayaran ansuran yang patuh syariah dipanggil Syariah Easy Payment Plan (SEPP).
Cara Belian Emas Masa Depan Dengan Harga Emas Hari Ini
Caranya amat mudah… samada gunakan aplikasi PG atau login di web.
Nota: Jika anda belum ada Username dan Password, boleh dapatkan secara percuma dengan mendaftar di sini). Selepas Log Masuk, klik pada mana-mana item emas Goldbar atau Dinar 24K LBMA sebab kadar spread terendah berbanding jenis lain. Klik Add To Cart, klikCart (sebelah atas kanan), pilih cawangan PG / pos Arrahnu untuk ambil stok, pilih cara bayaran Syariah Easy Payment Plan 4X (untuk harga RM500 ke atas). Terdapat juga SEPP 10X untuk pembelian 100g ke atas.
Selesaikan dengan klik butang Submit. Seterusnya, proforma invoice akan dihantar bersama Jadual Pembayaran seperti berikut:-
Contoh Easy Payment Plan 4X pembelian 1 Dinar LBMA Public Gold.
Bayaran boleh dibuat dalam tempoh 7 hari dari tarikh yang diberi. Stok emas hanya boleh diambil selepas selesai bayaran jumlah keseluruhan.
Jika anda masih ada sebarang pertanyaan, sila klik Hubungi Saya untuk menghantar pertanyaan melalui emel atau Whatsapp terus di sini.
Pada 4 November 2017, harga emas pelaburan berada pada kedudukan RM188/g dan akan kekal sehingga tengah malam Isnin 6 November 2017. Sila lihat bagaimana harga emas 24K LBMA GAP ditentukan di sini.
Harga emas GAP 4 November 2017
Harga emas semasa pada hari ini merupakan yang terendah sejak kenaikan tertinggi pada bulan September 2017 lalu (Sila lihat posting Harga Emas GAP Tertinggi Dalam Sejarah). Susut RM10 berbanding 5 hingga 8 September 2017.
Jika dilihat harga emas pelaburan GAP pada 4 September 2017 bersamaan dengan RM196/g. Manakala keesokkan harinya meningkat hingga ke paras tertinggi RM198/g!
Harga emas GAP 4 September 2017
Harga emas GAP 5 September 2017
Nilai Emas Tetap Mahal Sepanjang Zaman
Naik turun harga emas memang sesuatu yang tidak dapat dijangkakan walaupun dengan menggunakan perisian yang serba canggih pada masa ini. Jika anda buat carian, terdapat berpuluh-puluh aplikasi di smartfon atau laman web yang menawarkan ramalan pergerakan harga emas semasa dan akan datang.
Emas tetap mahal. Jika 40 tahun dahulu tok nenek kita kata harga emas mahal walaupun hanya sekitar RM40/g, namun nilai RM40 pada masa itu sangat besar seperti harga RM190 pada hari ini.
Ini disebabkan kuasa beli duit Ringgit kita telah jatuh. Jika dahulu RM1 boleh beli 4 biji kuih tetapi pada hari ini RM2 hanya boleh beli 3 biji kuih sahaja!
Sebab itu harga 1 gram emas pada hari ini dan pada masa akan datang hingga kiamat tetap dianggap mahal.
Seperti yang selalu saya tekankan, sebenarnya bukan emas itu makin berkilau silau yang membuatkan harga emas makin naik berbanding 1 bulan atau 1 tahun atau 10 tahun atau 40 tahun dahulu… tapi disebabkan duit kertas yang disandarkan kepada duit USD. Manakala duit USD “disandarkan secara palsu” kepada emas.
Nilai Duit Kertas VS Harga Emas
Ramalan demi ramalan yang menyatakan nilai duit USD akan jatuh berbanding emas kerana dunia telah dimanipulasi oleh USA sejak 15 Ogos 1971.
Telah banyak contoh bagaimana nilai wang kertas sesuatu negara jatuh dalam sekelip mata akibat ketidakstabilan ekonomi dan politik.
Tak perlu menunggu lama kerana sepanjang zaman emas memang berharga dan emas tetap mahal.
Jika anda masih belum faham bagaimana mengaut keuntungan hanya dengan simpan emas, dapatkan buku ‘Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas’ oleh En. Syukor Hashim. Hanya RM80 termasuk pos ke alamat anda. Anda boleh dapatkannya di sini.
#2 Untuk makluman belian cara GAP ini juga lebih jimat jika anda nak beli emas 1g/ 5g / setengah dinar (2.125g) berbanding beli terus di kedai PG atau agen.
#3 Login Internet Banking anda / pergi ke mesin ATM untuk transferjumlah minima RM100 atau RM188 (harga semasa di #1) x jumlah gram yang hendak dibeli ke nombor akaun Public Gold Marketing Sdn Bhd di Maybank 557139238048.
Nota Penting: Sila guna Instant Transfer jika transfer guna bank lain. Jika nak keluarkan beli 2 gram kerana baki minima 1gram (Kelebihan PG berbanding bank komersial yg tetapkan 5g baki minima dalam akaun). Boleh keluarkan bila-bila masa.
#4 Simpan gambar resit belian (Maklumat SMS atau Transaction history TIDAK diterima).
#5 Hantar maklumat berikut dengan gambar resit kepada emel ga*@************om.my dan cc su******@***********as.org 1. Nama penuh: 2. NRIC: 3. No. telefon: 4. Emel: 5. Jumlah bayaran: RM 6. Tarikh bayaran: dd/mm/yyyy 7. Masa bayaran: xx:xx 8. No. Introducer: PG047646 Suhaimee Manaf (Jika tiada introducer)
Langkah #5 hanya dibuat sekali sahaja ketika buka akaun GAP. Selepas dah dapat kod PG, boleh login akaun GAP di web. Untuk lebih detail, boleh layari Akaun GAP.
Dapatkan keuntungan pelaburan emas setiap bulan dengan menyimpan emas pelaburan yang sah di sisi undang-undang dan patuh syariah serta berkongsi ilmu pelaburan emas yang betul kepada masyarakat.
Wah! Biar betul Suhaimee…
Jawapan saya: “Ya! Betul dan bukan scam atau skim cepat kaya bertopeng emas…”
Nak tahu mengapa? Begini…
Setelah berminggu-minggu mengkaji pelbagai tawaran pelaburan emas dan jenama emas yang banyak di pasaran dengan keuntungan yang dijanjikan, saya dapati hanya ada satu jenama emas pelaburan 24K goldbar dan dinar yang bertaraf LBMA (London Bullion Merchant Association) boleh didapati di Malaysia yang TIDAK dikenakan cukai GST.
Persoalannya, mengapa saya mencari jenama emas pelaburan yang tidak dikenakan GST?
Jawapannya mudah… jika emas pelaburan yang anda beli dikenakan GST sebanyak 6%, ditambah dengan kadar spread (susutnilai 9% misalnya), maka harapan untuk mendapat untung atas simpanan emas amat nipis atau mustahil.
Sebabnya? Pakar emas sedunia menyarankan kadar cukai + spread emas pelaburan mestilah tak melebihi 10% daripada harga pembelian.
Okay. Sekarang mari kita lihat bagaimana anda boleh mengaut keuntungan pelaburan emas setiap bulan?
Jawapannya dengan mendapat status Dealer syarikat kedai emas yang menawarkan emas pelaburan 24K LBMA iaitu kedai emas Public Gold. Anda berpeluang mendapat insentif atas setiap transaksi jual beli emas samada oleh anda atau pelanggan anda.
Oleh itu, anda akan sentiasa gembira dan tersenyum samada ketika harga emas naik (sebab banyak transaksi jual emas) ataupun ketika harga emas turun (sebab banyak transaksi beli emas).
Apabila status Dealership anda telah disahkan, anda dah layak mendapat insentif keuntungan seperti berikut:-
(1) Anda mendapat sebanyak 1-2% daripada setiap pembelian emas berikutnya. Ini bermakna sekiranya anda membeli dan simpan 1g emas GAP setiap bulan, maka Public Gold akan masukkan 0.01g emas ke dalam akaun pelaburan emas GAP anda setiap 20hb bulan berikutnya.
(2) Anda mendapat sebanyak 1-2% daripada setiap pembelian emas oleh setiap pembeli emas yang anda kenalkan kepada program akaun pelaburan emas GAP.
Ini bermakna sekiranya pelanggan anda membeli dan simpan 1g emas GAP setiap bulan, maka Public Gold akan masukkan 0.01g emas ke dalam akaun pelaburan emas GAP anda setiap 20hb bulan berikutnya.
Jika pembelian emas dalam satu-satu bulan dilakukan oleh hanya pelanggan-pelanggan anda sahaja sekalipun, anda dah layak dapat keuntungan 1%.
(*Nota: Bila insentif keseluruhan keuntungan melebihi RM100, maka Public Gold akan terus masukkan duit tunai ke dalam akaun bank anda pada setiap 20hb).
Sikit je untungnya?… hehe… Ya!.. tiada janji manis untung ribu-ribu bro… sebab jika ada individu yang kata boleh dapat untung tetap ribu-ribu bulan-bulan tu sebenarnya TIADA… kecuali anda dan pelanggan anda beli emas sekurang-kurangnya RM100,000 setiap bulan di akaun pelaburan emas GAP (RM100,000 x 1% = RM1,000).
Memang dah ramai pun yang dapat pendapatan sampingan 4 hingga 5 angka sebulan hasil usaha mereka melalui strategi pemasaran masing-masing.
Anda jangan risau, sehingga pada satu tahap, anda tak perlu keluar modal untuk beli emas dan simpan dalam akaun pelaburan emas GAP anda!
Wow!… apa sebabnya?
Sebab… jumlah insentif bulanan anda akan terus meningkat apabila lebih ramai rakan dan ahli keluarga menyimpan emas melalui anda sebagai Introducer.
Nak perkenalkan emas Public Gold pun dah semakin mudah sebab nama Public Gold dah semakin dikenali ramai dari hari ke hari… dah masuk TV1, TV3, Astro, akhbar… jangan takut sebab Mentor Kewangan Azizi Ali juga berpuashati dengan goldbar dan dinar Public Gold! Semakin ramai yang mula menyimpan emas Public Gold melalui anda, semakin banyak keuntungan anda.
Suatu hari nanti anda akan lihat insentif tunai bulanan anda melebihi harga 1g, 2g, 5g, 10g emas dan seterusnya berikutan pembelian berulang pelanggan-pelanggan anda.
Oleh itu, anda dah boleh gunakan insentif tunai untuk menambah gram emas dalam akaun simpanan emas GAP anda.
Akan tiba satu masa apabila anda menikmati ‘passive income‘ yang boleh diwarisi!
Tak perlu gundah gulana untuk memberitahu yang lain tentang kepentingan simpan emas. Sebenarnya kerana tiada asas ilmu pelaburan emas dan kerana terlalu banyak kes penipuan skim bertopeng pelaburan emas yang kita dah dengar masa lalu menjadikan ramai antara kita rasa takut nak simpan emas. Takut rugi…
Atau daftar percuma untuk Login dan buat tempahan secara online pembelian emas secara runcit. Sila ikuti Langkah #1 di Pendaftaran Percuma.
Jika anda ada apa-apa persoalan, sila Hubungi Saya.
Namun, kedai emas pelaburan Public Gold sentiasa membuat tawaran istimewa kepada pelbagai lapisan masyarakat di Malaysia, Singapura dan Brunei untuk merasai keuntungan pelaburan emas secara bulanan!
Terdapat pelbagai contoh promosi yang ditawarkan oleh kedai emas Public Gold untuk memudahkan seluruh lapisan masyarakat mendapat insentif melalui pembelian dan simpanan emas.
Saya cadangkan kepada sesiapa yang layak semasa promosi Public Gold ini agar mengambil kesempatan emas sebab tiada siapa tahu bila lagi peluang keemasan ini akan ditawarkan oleh Public Gold.
Terkini: Promosi Dealer Public Gold bermula 15 November 2017 dimudahkan sempena pengiktirafan patuh syariah ke atas cara jual beli emas pelaburan melalui akaun simpanan GAP. Hanya beli minima RM10,000 sahaja dalam satu resit, anda layak mendapat status peniaga emas atau Dealer Public Gold!
Jika anda ingin tahu apakah yang dimaksudkan dengan GAP atau akaun GAP, anda boleh dapatkan maklumat penuh di Gold Accumulation Program.
Berikut ialah contoh-contoh promosi Dealer yang telah dilaksanakan pada tahun 2016.
Sebagai contoh sepanjang bulan September 2016 lalu, Public Gold membuka tawaran istimewa kepada golongan pelajar kolej / IPT / universiti (18 tahun ke atas) dan penjawat awam untuk membuka akaun pelaburan emas fizikal dengan nilai minima masing-masing hanya RM2,500 (pelajar) dan hanya RM5,000 (penjawat awam) dalam satu resit.
Oleh itu, saya cadangkan kepada sesiapa yang layak digolongkan sebagai pelajar dan penjawat awam agar mengambil kesempatan emas pada bulan September 2016 ini sebab tiada siapa tahu bila lagi peluang keemasan ini akan ditawarkan oleh Public Gold. Seingat saya pada tahun lepas ada satu bulan promosi untuk pelajar hanya RM500 pembelian emas GAP… tapi masa tu dah terlepas… Jadi… apa tunggu lagi.. sila terus ke Langkah #1 di Buka Akaun Pelaburan Emas GAP sekarang!
Anda hanya perlu buka satu akaun pelaburan emas GAP di Public Gold melalui kaedah seperti yang ditunjukkan di Buka Akaun Pelaburan Emas GAP. (* Nota penting: Anda perlu sertakan salinan kad pelajar / penjawat awam selain maklumat yang diperlukan di link tersebut).
Info terkini tawaran istimewa Oktober 2016: Berita baik kepada pelajar kolej dan universiti (berumur 18 tahun dan ke atas) kerana promosi RM2500 sebagai Dealer dilanjutkan sepanjang Oktober 2016! Manakala promosi RM5000 sebagai Dealer dibuka kepada para peniaga berstatus SDN. BHD dan ke atas beserta satu lot percuma di PG Mall dan boleh kembangkan apa juga jenis produk di PG Mall seperti pakaian, alatan sukan, alat tulis, buku, barangan runcit dan lain-lain. PG Mall merupakan platform ‘Shopping At Home’ atas talian yang menggunakan Goldcash (1g emas = GC100). Namun tawaran ini terhad kepada hanya 100 peserta sahaja! Oleh itu jangan lepaskan peluang keemasan ini.
Promosi Public Gold Oktober 2016
Info terkini tawaran istimewa November 2016: Berita baik kerana promosi RM5000 sebagai Dealer dilanjutkan sepanjang November 2016 untuk para peniaga berstatus SDN. BHD dan ke atas beserta satu lot percuma di PG Mall dan boleh kembangkan apa juga jenis produk di PG Mall seperti pakaian, alatan sukan, alat tulis, buku, barangan runcit dan lain-lain. PG Mall merupakan platform ‘Shopping At Home’ atas talian yang menggunakan Goldcash (1g emas = GC100). Namun tawaran ini terhad kepada hanya 100 peserta sahaja! Oleh itu jangan lepaskan peluang keemasan ini.
Info terkini tawaran istimewa Disember 2016 – Januari 2017: Berita baik kerana promosi pembelian 50g emas GAP untuk layak sebagai Dealer dilanjutkan sepanjang Disember 2016 – Januari 2017 terbuka kepada sesiapa sahaja rakyat Malaysia / Singapura.
Promosi Dealer Public Gold Disember 2016 – Januari 2017.
Info terkini tawaran istimewa Februari – Mac 2017: Berita baik kerana promosi pembelian 100g emas GAP untuk layak sebagai Dealer dilanjutkan sepanjang Februari – Mac 2017 terbuka kepada sesiapa sahaja rakyat Malaysia / Singapura / Indonesia.
Info terkini tawaran istimewa April 2017: Berita baik kepada semua Penjawat Awam di Malaysia / Singapura / Indonesia kerana hanya pembelian minima RM10K emas GAP layak sebagai Dealer.
Semoga anda beroleh keuntungan dalam pelaburan emas.
Anda ingin membuat tempahan emas pelaburan goldbar LBMA 24K Public Gold? Sekarang amat mudah… anda tak perlu bersusah payah menelefon kedai emas atau cawangan Public Gold kerana semua info tempahan disediakan di sini. Anda hanya perlu scroll ke bawah katalog yang disediakan dan klik pada mana-mana item emas pelaburan goldbar yang anda ingin booking.
Pada kebiasaannya, emas pelaburan seperti goldbar merupakan ‘hot item’ disebabkan pada hari ini terlalu ramai yang meminati emas Public Gold selain dari harganya yang murah serta tanpa GST! Hanya emas pelaburan jenama Public Gold sahaja yang bebas GST di Malaysia! Oleh itu, apa tunggu lagi… cepat buat tempahan kerana lagi lambat … lagi harga emas akan naik…
Emas pelaburan Public Gold juga dikeluarkan dalam bentuk seperti kad debit (sila klik pada mana-mana goldbar di katalog untuk lihat secara dekat). Pada belakang kad setiap goldbar ada tertera sijil ketulenan LBMA dengan tandatangan Certified Assayer dan dikeluarkan oleh Nader Metal Rafineri, Istanbul, Turki. Amat mudah disimpan tanpa risau kehilangan sijil emas masing-masing.
Bila dah setuju untuk beli goldbar tertentu, sila klik Contact Seller dan isikan maklumat yang dikehendaki seperti nama penuh, nombor telefon, emel dan mesej dengan menyatakan bilangan yang dikehendaki. Setelah itu klik butang Submit dan Insya Allah saya akan menghubungi anda dalam masa terdekat.
Jika anda belum mempunyai Kod PG, sila daftar secara percuma di Pendaftaran Percuma sekarang. Kemudian anda kembali ke posting ini untuk membuat tempahan emas pelaburan yang anda minati.
Untuk makluman, jika anda beli terus 1g dan 5g goldbar serta setengah dinar (2.125g) 24K LBMA melalui agen atau di kedai emas Public Gold, anda akan dikenakan harga runcit yang lebih mahal. Oleh itu untuk pengetahuan anda, saya kongsikan tips bagaimana anda boleh dapatkan goldbar 1g, 5g dan setengah dinar dengan harga yang jauh lebih murah seperti di bawah:-
Langkah #1: Rujuk harga emas di ruangan “GOLD ACCUMULATION PROGRAM (24K)” hari ini di seperti dipaparkan di bawah:-
(Harap anda bersabar dan tunggu sebentar sekiranya paparan harga emas di atas mengalami kelewatan).
Langkah #2: Anda darabkan dengan bilangan gram emas yang anda nak beli. (Nota: Setengah dinar bersamaan dengan 2.125g emas GAP).
Langkah #3: Anda boleh transfer jumlah RM ke no. akaun Public Gold Marketing Sdn Bhd di Maybank 557139238048.
Nota penting:
a. Jika anda gunakan kemudahan Internet Banking selain M2U, sila gunakan kemudahan Instant Transfer dan bukan Normal Transfer kerana Normal Transfer akan mengambil masa lebih sehari untuk proses.
b. Sila printscreen transaksi terakhir pembayaran sebagai bukti. Elakkan guna SMS atau Transaction history sebagai bukti pembelian emas. Sila simpan salinan resit untuk rujukan akan datang.
Langkah #4: Anda boleh emel terus ke ga*@************om.my dan cc ke su******@***********as.org atau Whatsapp maklumat berikut beserta gambar resit di http://pelaburanemas.wasap.my/:
1. Nama penuh:
2. NRIC:
3. No. telefon:
4. Emel:
5. Jumlah bayaran: RM
6. Tarikh bayaran: dd/mm/yyyy
7. Masa bayaran: xx:xx
8. No. Introducer: PG047646 Suhaimee Manaf
Nota penting: Minima buka akaun adalah sebanyak 1g. Jika anda nak keluarkan 1g perlu beli 2g dan tinggalkan baki ada 1g. Caj premium 1 gram goldbar hanyalah RM5 setiap unit. Prosedur ini didapati lebih baik berbanding minima 5g pengeluaran dan 5 g baki di bank komersial.
Anda boleh pilih samada untuk mengambil sendiri di cawangan Public Gold terdekat (tertakluk kepada caj premium) atau melalui PosLaju (caj premium dan caj pos akan dikenakan). Sila layari Cawangan PG untuk anda pilih dan ambil stok emas di cawangan PG terdekat.
Jangan beli emas Public Gold sebelum anda baca tips pelaburan emas Public Gold ini. Sejak kebelakangan ini kebanyakan kita dah mula sedar akan kepentingan menukar sebahagian duit tunai kepada simpanan emas fizikal yang patuh syariah seperti emas Public Gold berbanding menyimpan emas di akaun ’emas maya’ di bank-bank komersial di Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei malah di Filipina.
Anda boleh lihat contoh-contoh emas Public Gold edisi khas seperti edisi Hari Raya Aidilfitri, edisi Merdeka 60 Tahun dan edisi Pos Malaysia.
Edisi Hari Raya Aidilfitri 2017 1 gram LBMA 24K goldbar Public Gold – edisi terhad hanya 30,000 keping sahaja.
Edisi Merdeka 60 Tahun 1 gram goldbar Public Gold – edisi terhad hanya 3,000 keping sahaja.
Empat emas Edisi Pos Malaysia emas jenama Public Gold – hanya boleh didapati di Pejabat Pos Ar-Rahnu di seluruh Malaysia.
Setengah atau Half Dinar Public Gold (2.125 gram)
Kebiasaannya apabila anda beli melalui agen atau beli terus di Pejabat Pos Malaysia, harga emas yang ditawarkan adalah sekitar RM220 hingga RM250 segram. Ini adalah kerana harga runcit yang dicadangkan untuk dijual oleh agen atau Pejabat Pos Malaysia dipaparkan di web Public Gold sendiri seperti di bawah:-
Harga emas Public Gold – sebelah kanan ialah harga runcit dan sebelah kiri ialah harga GAP.
Bila anda perhatikan harga emas di ruangan “LBMA SMALL BAR / WAFER (24K)”, harga 1 gram = RM250. Manakala, jika anda lihat pada ruangan “GOLD ACCUMULATION PROGRAM (24K)” pula, harga 1 gram lebih rendah! Oleh itu, anda tak perlu tergesa-gesa membeli emas Public Gold dengan harga yang lebih mahal melalui agen berbanding rahsia beli emas Public Gold dengan lebih jimat sehingga lebih 30% seperti yang saya akan terangkan di sini.
Cara beli emas Public Gold yang menjimatkan sehingga lebih 30% adalah dengan membuka akaun simpanan emas Gold Accumulation Program (GAP). Akaun simpanan GAP adalah percuma seumur hidup dan boleh diwarisi walaupun anda telah jatuh bankrap. Anda boleh keluarkan bila-bila masa minima 1gram goldbar. Di sini saya beri tips pelaburan emas agar anda dapat mula melabur emas dengan lebih jimat melalui 2 kaedah pembelian:-
Kaedah #1:
Jika anda mahu beli goldbar 1g, 5g goldbar atau setengah dinar (2.125g) emas Public Gold LBMA 24K, samada nak simpan sendiri atau simpan percuma tanpa yuran seumur hidup, adalah lebih jimat membeli kaedah akaun simpanan GAP.
Secara ringkasnya anda boleh ikuti langkah berikut:- Langkah #1: Rujuk harga emas di ruangan “GOLD ACCUMULATION PROGRAM (24K)” hari ini di seperti dipaparkan di bawah:-
Langkah #2: Anda darabkan dengan bilangan gram emas yang anda nak beli. (Nota: Setengah dinar bersamaan dengan 2.125g emas GAP).
Langkah #3: Anda boleh transfer jumlah RM ke no. akaun Public Gold Marketing Sdn Bhd di Maybank 557139238048.
Nota penting: a. Jika anda gunakan kemudahan Internet Banking selain M2U, sila gunakan kemudahan Instant Transfer dan bukan Normal Transfer kerana Normal Transfer akan mengambil masa lebih sehari untuk proses. b. Sila printscreen transaksi terakhir pembayaran sebagai bukti. Elakkan guna SMS atau Transaction history sebagai bukti pembelian emas. Sila simpan salinan resit untuk rujukan akan datang.
Langkah #4: Anda boleh emel terus ke ga*@************om.my dan cc ke su******@***********as.org atau Whatsapp maklumat berikut beserta gambar resit terus ke nombor Whatsapp proses Akaun GAP:
Nama penuh (seperti dalam IC):
NRIC atau Kad Pengenalan: xxxxxx-xx-xxxx
No. telefon:
Emel anda:
Tarikh lahir:
Kaum:
Warganegara:
Pekerjaan:
Alamat:
Nama Bank:
Nama Pemegang Akaun Bank (mesti sama dengan nama di No. 1):
Nombor Akaun Bank:
Jumlah bayaran: RM
No. Introducer: PG047646 Suhaimee Manaf (Sekiranya anda tiada introducer)
Nota penting: Minima buka akaun adalah sebanyak 1g. Jika anda nak keluarkan 1g perlu beli 2g dan tinggalkan baki ada 1g. Caj premium 1 gram goldbar hanyalah RM5 setiap unit. Prosedur ini didapati lebih baik berbanding minima 5g pengeluaran dan 5 g baki di setengah-setengah bank komersial.
Kaedah #2:
Jika anda mahu beli emas dan simpan sendiri goldbar / dinar 24K LBMA 10g dan ke atas, anda perlu lihat turun naik harga emas GAP. Jika harga emas GAP lebih tinggi, maka beli Kaedah #2. Jika harga emas GAP lebih rendah, maka beli Kaedah #1. Perbezaan berlaku kerana harga emas 10g dan ke atas berubah setiap 20 minit, manakala harga emas GAP berubah setiap 12 jam sekali (tepat jam 12 tengah malam dan 12 tengahari jika pergerakan melebihi 5%).
Cara nak beli Kaedah #2 ada ditunjukkan bermula Langkah #1 di Jual Beli Emas. Boleh keluarkan bila-bila masa dengan caj premium (ada dalam jadual. Cth: 1g = RM5, 10g = RM10, 20g = RM15 dsb). Anda perlu daftar dahulu sebelum buat tempahan di Pendaftaran Percuma.