Cara Jual Emas Untuk Dapat Duit Tunai Dengan Harga Tinggi

Nak jual emas harga tinggi tapi tak tahu di mana tempat terbaik? Ramai rakyat Malaysia rugi besar bila jual emas di kedai emas biasa — sedangkan ada cara yang lebih untung dan lebih cepat untuk dapat duit tunai atas tangan!

Kalau nak jual emas perhiasan boleh ikut masing-masing dan kita hanya beritahu sahaja. Tidak sesuai dijadikan untuk pelaburan emas kerana nilai spread yang terlalu tinggi.

Bayangkan satu hari, tengah kemas almari lama arwah mak, tiba-tiba terjumpa satu kotak kecil berbalut kain baldu merah. Dalamnya ada gelang emas, cincin lama, subang patah dan rantai yang dah kusam warnanya.

Emas ni semua dah tak dipakai… tapi nilainya? MasyaAllah, mungkin boleh bantu tampung perbelanjaan bulanan, bayar yuran sekolah anak atau pun buat simpanan kecemasan.

Tapi… masalahnya, di mana nak jual emas harga tinggi?

Ramai orang buat silap tanpa sedar bila nak jual emas. Mereka terus serbu mana-mana kedai emas berhampiran, tanya “berapa boleh dapat?” dan setuju sahaja walaupun harga yang ditawarkan rendah, siap kena potong berat dan ditolak upah lagi. Lepas keluar dari kedai, baru terfikir… “eh, betul ke harga ni?” Tapi masa tu dah terlambat.

Saya sendiri pernah alami.

Kenangan Jual Subang Emas 1.3g: Rugi Atau Untung?

Tahun 2016. Saya dan isteri ke satu kedai emas di Sungai Petani. Tujuannya nak jual balik subang emas 916 yang dah patah. Beratnya hanya 1.3 gram — kecil je.

Di satu kedai emas biasa, bila isteri saya tanya, staf tu buat muka sedih. Katanya, “Kak… emas ni dapat RM80 je lah…”

Padahal harga beli dulu sekitar RM130. Bila saya kira, memang rugi besar. Tapi, sebab tak tahu tempat lain yang lebih baik, ramai je yang sanggup jual macam tu.

Tapi kami tak putus asa.

Kami cuba ke satu kedai emas lain — Public Gold.

Bila staf mereka timbang emas dan buat kiraan, kami tergamam. Harga yang ditawarkan: RM187 untuk subang sama! Tanpa potongan, tanpa caj tambahan, malah layanan sangat mesra.

Bezanya? Hampir 133% lebih untung daripada kedai emas biasa.

Masa kami jual emas di Public Gold Sungai Petani. Kami dilayan dengan sangatt baik oleh staf Public Gold, Ms Emily. Terima kasih Ms Emily.Masa kami jual emas di Public Gold Sungai Petani. Kami dilayan dengan sangat baik oleh staf Public Gold, Ms Emily. Kami berpeluang membelek emas keluaran terbaru Public Gold – Aurora, memang sangat cantik. Terima kasih Ms Emily.

Apa Rahsia Jual Emas Harga Tinggi di Public Gold?

Sebenarnya, ramai orang tak tahu, salah satu sebab utama kenapa Public Gold boleh beli emas terpakai dengan harga sangat tinggi ialah kerana mereka ada kilang pemprosesan emas sendiri di Relau, Pulau Pinang.

Dan semasa saya hadir di Sunway Pyramid Convention Centre baru-baru ini untuk acara rasmi Public Gold, saya sempat rakam gambar fakta yang mengejutkan — sejak ditubuhkan pada tahun 2008, Public Gold telah menerima 40 tan emas hiasan 916 melalui program buyback sahaja! Ya, 40,000 kilogram emas — kebanyakannya datang daripada orang ramai dan juga kedai emas di seluruh negara.

Public Gold mengumumkan sales sejak 2008 di Sunway Pyramid Convention Centre, Petaling Jaya pada 11 Jan 2025.

Public Gold sales 2024 di Sunway Pyramid Convention Centre
Public Gold mengumumkan sales sejak 2008 di Sunway Pyramid Convention Centre, Petaling Jaya pada 11 Jan 2025.

Kenapa Mereka Boleh Terima Emas Banyak Sebegitu?

Faktanya, hampir 80% kedai emas di Malaysia menjual balik emas pelanggan mereka kepada Public Gold. Ini membuktikan bahawa Public Gold bukan sekadar tempat simpan emas — tetapi juga pusat pemprosesan emas utama negara yang dipercayai oleh peniaga emas sendiri.

3 Kelebihan Besar Bila Public Gold Ada Kilang Sendiri & Jadi Pusat Buyback:

  1. Harga Jual Balik Lebih Tinggi

    • Tanpa perlu hantar emas ke luar negara untuk ditapis, kos operasi lebih rendah — dan kelebihan itu diberikan semula kepada pelanggan dalam bentuk harga buyback yang lebih tinggi.
  2. Proses Cepat & Telus

    • Sebab kilang ada sendiri, proses timbang, uji ketulenan, dan penapisan dapat dilakukan dalam masa lebih singkat — menjadikan bayaran tunai kepada pelanggan lebih cepat.
  3. Kepercayaan Kedai Emas & Pelanggan

    • Bila hampir semua kedai emas besar dan kecil serah balik emas kepada Public Gold, itu satu testimoni kukuh bahawa jenama ini bukan calang-calang. Mereka diiktiraf industri, bukan sekadar penjual emas runcit.

Kesimpulannya, kedai emas Public Gold di seluruh negara menawarkan harga jual balik emas hiasan 916 dan 999 yang tertinggi di pasaran! Anda berminat nak jual emas hiasan dengan harga tinggi?

(1) Daftar percuma secara online di kedai Public Gold (isikan kod PG047646 di ruangan Introducer sekiranya tiada)

(2) Lihat harga emas perhiasan di www.publigold.com.my atau kita juga boleh capai dengan lebih pantas memasang Aplikasi Public Gold di smartfon kita. Belajar cara pasang melalui Android dan iOS di sini.

Sebagai contoh harga emas pada 17/9/2016, harga emas perhiasan 916 atau 22K ialah RM148/g.

harga-emas-semasa-public-gold
Harga jual emas hiasan 916 Public Gold dalam bulatan biru.

(3) Setelah dapat harga emas perhiasan 22K (916) segram, kita darabkan dengan berat emas kita untuk dapatkan anggaran duit tunai kepada ringgit yang terdekat yang bakal kita perolehi.

Contoh 1:

Sekiranya kita nak dapatkan duit tunai, harga PG Buy perlu ditolak RM5 (RM148-RM5 = RM143/g)

1.3g X RM143 = RM186 (tanpa nilai sen dimasukkan).

Contoh 2:

Sekiranya kita ingin terus masukkan ke dalam akaun simpanan emas GAP pun boleh (sila klik sini untuk tahu apa itu akaun simpanan emas GAP) dan harga PG Buy tidak perlu ditolak dengan RM5 (kekal RM148/g)

1.3g X RM148 = RM192 (tanpa nilai sen dimasukkan).

(4) Bila kita dah puas hati dengan nilai duit tunai yang bakal kita dapat, kita boleh terus bawa emas ke cawangan Public Gold yang terdekat dan beritahu akan tujuan kehadiran kita.

Untuk makluman, sekarang laman web Public Gold dah papar harga jual balik sebenar emas hiasan 916 (22k) dan 999 (24k) bagi item bukan jenama Public Gold.

Harga jual balik emas tinggi jenama bukan Public Gold
Harga jual balik emas tinggi jenama bukan Public Gold dipaparkan dijadual Non-PG Gold Buyback.

(Nota penting: Jangan lupa untuk bawa kad pengenalan (depan & belakang). Boleh terus dapat duit tunai. Kalau kita nak jual balik (buyback) dinar atau jongkong emas Public Gold, kita kena bawa satu salinan muka depan akaun buku bank (yang ada nombor akaun) untuk tujuan penerimaan duit tunai. Kalau tiada hardcopy, dalam bentuk softcopy pdf pun boleh. Kita boleh minta alamat emel Public Gold masa di kaunter).

Kemudian, mereka akan minta nombor kod PG. Sekiranya ada, kita boleh terus nyatakan bila kita nak datang ke kedai Public Gold. Jika masih tiada kod PG, kita boleh daftar secara percuma dahulu di sini.

Di Mana Nak Jual Emas Hiasan Untuk Dapat Harga Tinggi?

Terdapat 18 cawangan kedai Public Gold di seluruh Malaysia dan beroperasi dari Isnin hingga Sabtu kecuali Ahad dan cuti umum. Di Public Gold kita boleh dapatkan berat sebenar emas yang kita bawa. Mereka tidak akan buat muka sedih… atau mereka tidak akan cerewet untuk terima apa sahaja jenis dan jenama emas yang kita bawa untuk kita jual kepada Pubic Gold dan kita boleh dapat duit tunai tertinggi untuk kita dapat keuntungan yang maksima.

Kalau tak mahu daftar dulu pun tak mengapa. Cuma bagi nombor PG047646 Suhaimee Manaf kepada staf di kaunter sahaja untuk dapat harga tinggi.

Jika sahabat sekalian ada apa-apa persoalan mengenai cara jual emas di Public Gold, sila “Hubungi Saya” dengan nyatakan secara khusus maksud pertanyaan sahabat sekalian atau boleh hubungi saya melalui Whatsapp di sini.

239 thoughts on “Cara Jual Emas Untuk Dapat Duit Tunai Dengan Harga Tinggi”

    • Waalaikumussalam hOlaa. Nak jadi agen ada 2 peringkat modal.
      1. Normal Dealer: Simpan RM5k emas dalam akaun GAP tambah Wealth Card RM200 ATAU
      2. Priority Dealer: Simpan RM10k emas dalam akaun GAP tambah Wealth Card RM200.

      Jika hOlaa berminat boleh whatsapp saya terus di https://promosidealer.wasap.my

      Terima kasih.

      Reply
  1. Salam jika ada individu yang ingin menjual Gold Bar atau Dinar ke Public Gold, perlu kah membawa resit?

    Reply
    • Waalaikumussalam. Tak perlu bawa resit untuk jual Gold bar atau Dinar ke Public Gold. Hanya beri nombor Introducer PG047646 Suhaimee Manaf jika masih belum ada Introducer. Insya Allah saya beri bimbangan percuma.

      Reply

Leave a Comment