Nak jual emas harga tinggi tapi tak tahu di mana tempat terbaik? Ramai rakyat Malaysia rugi besar bila jual emas di kedai emas biasa — sedangkan ada cara yang lebih untung dan lebih cepat untuk dapat duit tunai atas tangan!

Kalau nak jual emas perhiasan boleh ikut masing-masing dan kita hanya beritahu sahaja. Tidak sesuai dijadikan untuk pelaburan emas kerana nilai spread yang terlalu tinggi.
Bayangkan satu hari, tengah kemas almari lama arwah mak, tiba-tiba terjumpa satu kotak kecil berbalut kain baldu merah. Dalamnya ada gelang emas, cincin lama, subang patah dan rantai yang dah kusam warnanya.
Emas ni semua dah tak dipakai… tapi nilainya? MasyaAllah, mungkin boleh bantu tampung perbelanjaan bulanan, bayar yuran sekolah anak atau pun buat simpanan kecemasan.
Tapi… masalahnya, di mana nak jual emas harga tinggi?
Ramai orang buat silap tanpa sedar bila nak jual emas. Mereka terus serbu mana-mana kedai emas berhampiran, tanya “berapa boleh dapat?” dan setuju sahaja walaupun harga yang ditawarkan rendah, siap kena potong berat dan ditolak upah lagi. Lepas keluar dari kedai, baru terfikir… “eh, betul ke harga ni?” Tapi masa tu dah terlambat.
Saya sendiri pernah alami.
Kenangan Jual Subang Emas 1.3g: Rugi Atau Untung?
Tahun 2016. Saya dan isteri ke satu kedai emas di Sungai Petani. Tujuannya nak jual balik subang emas 916 yang dah patah. Beratnya hanya 1.3 gram — kecil je.
Di satu kedai emas biasa, bila isteri saya tanya, staf tu buat muka sedih. Katanya, “Kak… emas ni dapat RM80 je lah…”
Padahal harga beli dulu sekitar RM130. Bila saya kira, memang rugi besar. Tapi, sebab tak tahu tempat lain yang lebih baik, ramai je yang sanggup jual macam tu.
Tapi kami tak putus asa.
Kami cuba ke satu kedai emas lain — Public Gold.
Bila staf mereka timbang emas dan buat kiraan, kami tergamam. Harga yang ditawarkan: RM187 untuk subang sama! Tanpa potongan, tanpa caj tambahan, malah layanan sangat mesra.
Bezanya? Hampir 133% lebih untung daripada kedai emas biasa.
Apa Rahsia Jual Emas Harga Tinggi di Public Gold?
Sebenarnya, ramai orang tak tahu, salah satu sebab utama kenapa Public Gold boleh beli emas terpakai dengan harga sangat tinggi ialah kerana mereka ada kilang pemprosesan emas sendiri di Relau, Pulau Pinang.
Dan semasa saya hadir di Sunway Pyramid Convention Centre baru-baru ini untuk acara rasmi Public Gold, saya sempat rakam gambar fakta yang mengejutkan — sejak ditubuhkan pada tahun 2008, Public Gold telah menerima 40 tan emas hiasan 916 melalui program buyback sahaja! Ya, 40,000 kilogram emas — kebanyakannya datang daripada orang ramai dan juga kedai emas di seluruh negara.

Kalau harga jual balik emas dah lebih tinggi lebih 15% daripada harga beli, kita dah boleh jual emas perhiasan seperti rantai, gelang, cincin emas 916 atau emas 999 untuk dapat duit tunai dengan harga yang tinggi. Kalau tiada sijil atau surat emas pun tidak mengapa.
Di sini saya ingin tunjukkan ‘RAHSIA’ bagaimana kita boleh dapat duit tunai yang 100% lebih banyak daripada apa yang kebanyakan orang dapat.
Bagaimana boleh dapat duit tunai sebanyak itu?Di sini saya tunjukkan caranya…
(1) Daftar percuma secara online di kedai Public Gold (isikan kod PG047646 di ruangan Introducer sekiranya tiada)
(2) Lihat harga emas perhiasan di www.publigold.com.my atau kita juga boleh capai dengan lebih pantas memasang Aplikasi Public Gold di smartfon kita. Belajar cara pasang melalui Android dan iOS di sini.
Sebagai contoh harga emas pada 17/9/2016, harga emas perhiasan 916 atau 22K ialah RM148/g.

(3) Setelah dapat harga emas perhiasan 22K (916) segram, kita darabkan dengan berat emas kita untuk dapatkan anggaran duit tunai kepada ringgit yang terdekat yang bakal kita perolehi.
Contoh 1: Sekiranya kita nak dapatkan duit tunai, harga PG Buy perlu ditolak RM5 (RM148-RM5 = RM143/g)
1.3g X RM143 = RM186 (tanpa nilai sen dimasukkan).Contoh 2: Sekiranya kita ingin terus masukkan ke dalam akaun simpanan emas GAP pun boleh (sila klik sini untuk tahu apa itu akaun simpanan emas GAP) dan harga PG Buy tidak perlu ditolak dengan RM5 (kekal RM148/g)
1.3g X RM148 = RM192 (tanpa nilai sen dimasukkan).
(4) Bila kita dah puas hati dengan nilai duit tunai yang bakal kita dapat, kita boleh terus bawa emas ke cawangan Public Gold yang terdekat dan beritahu akan tujuan kehadiran kita.
Untuk makluman, sekarang laman web Public Gold dah papar harga jual balik sebenar emas hiasan 916 (22k) dan 999 (24k) bagi item bukan jenama Public Gold.
(Nota penting: Jangan lupa untuk bawa kad pengenalan (depan & belakang). Boleh terus dapat duit tunai. Kalau kita nak jual balik (buyback) dinar atau jongkong emas Public Gold, kita kena bawa satu salinan muka depan akaun buku bank (yang ada nombor akaun) untuk tujuan penerimaan duit tunai. Kalau tiada hardcopy, dalam bentuk softcopy pdf pun boleh. Kita boleh minta alamat emel Public Gold masa di kaunter).
Kemudian, mereka akan minta nombor kod PG. Sekiranya ada, kita boleh terus nyatakan bila kita nak datang ke kedai Public Gold. Jika masih tiada kod PG, kita boleh daftar secara percuma dahulu di sini.
Di Mana Nak Jual Emas Hiasan Untuk Dapat Harga Tinggi?
Terdapat 18 cawangan kedai Public Gold di seluruh Malaysia dan beroperasi dari Isnin hingga Sabtu kecuali Ahad dan cuti umum. Di Public Gold kita boleh dapatkan berat sebenar emas yang kita bawa. Mereka tidak akan buat muka sedih… (Hehe..) atau mereka tidak akan cerewet untuk terima apa sahaja jenis dan jenama emas yang kita bawa untuk kita jual kepada Pubic Gold dan kita boleh dapat duit tunai tertinggi untuk kita dapat keuntungan yang maksima.
Jika sahabat sekalian ada apa-apa persoalan mengenai cara jual emas di Public Gold, sila “Hubungi Saya” dengan nyatakan secara khusus maksud pertanyaan sahabat sekalian atau boleh hubungi saya melalui Whatsapp di sini.