Promosi Belian Emas Dinar, Goldbar dan Akaun Simpanan Emas GAP

Anda nak tahu promosi belian emas Dinar, goldbar dan akaun simpanan emas Gold Accumulation Program (GAP)?

Untuk makluman anda, pada masa ini, seramai lebih 670,000 penyimpan emas di Malaysia menunggu-nunggu promosi belian emas samada dalam bentuk dinar, goldbar atau akaun simpanan emas di syarikat jual beli emas terbesar di Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia.

Jika anda nak tahu lebih lanjut, sila layari info emas peribadi saya di sini.

Apa promosi yang dimaksudkan?

Alhamdulillah bermula malam ini ada promosi Dealer melalui belian Dinar, Goldbar dan akaun simpanan emas GAP.

Semua promosi tamat pada jam 11.59PM tengah malam ini, 22 Februari 2022.


Promosi Dealer

Pilihan 1: Normal Dealer

Promosi Normal Dealer Public Gold

1.1 Beli minima 12 dinar emas secara FULL PAYMENT / EPP6 / EPP10 ATAU
1.2 Beli minima 50g emas Goldbar secara FULL PAYMENT / EPP6 / EPP10 ATAU
1.3 Beli minima 50g emas Akaun GAP secara FULL PAYMENT

  • Wealth Card (order berasingan) untuk dapat 1.0% insentif dari setiap pembelian peribadi dan pelanggan berikutnya.

Isi remarks: Upgrade ND/PD.


Pilihan 2: Priority Dealer

Promosi Priority Dealer Public Gold

2.1 Beli minima 24 dinar emas secara FULL PAYMENT / EPP6 / EPP10 ATAU
2.2 Beli minima 100g emas Goldbar secara FULL PAYMENT / EPP6 / EPP10 ATAU
2.3 Beli minima 100g emas Akaun GAP secara FULL PAYMENT.

  • Wealth Card (order berasingan) untuk dapat 1.5% insentif dari setiap pembelian peribadi dan pelanggan berikutnya.

Isi remarks: Upgrade ND/PD.

Nota: Promosi tamat pada jam 11.59PM 22/2/2022 malam ini!


CARA BELI EMAS DALAM AKAUN GAP

Login guna PG Code dan Password. Jika tiada PG Code boleh daftar percuma di sini)

Step 1: Beli emas dalam akaun GSAP

Selepas Login tap Menu, Purchase, pilih Pay FPX, isi 50g (ND) atau 100g (PD) dan tap butang Place Order.

Teruskan belian secara FPX sehingga selesai.

Step 2: Beli Wealth Card di web PG dengan login di www.pelaburanemas.org/go/login.php.

Klik Menu, Order dan Purchase Order. Klik Add to Cart, Isi Remark: Upgrade ND/PD dan selesaikan bayaran.

Beri detail belian kepada saya untuk saya bantu upgrade Dealer secepat mungkin.

Semoga berjaya! Jika ada apa-apa pertanyaan boleh terus whatsapp saya di SINI.

Lebih murah berbanding promosi bulan Februari 2022 iaitu RM50k untuk dapat ND dan RM130k untuk dapat PD.

SEMUA PROMOSI DI ATAS TAMAT PADA JAM 11.59PM TENGAH MALAM 22 FEBRUARI 2022.

Semoga bermanfaat.

Promosi Goldbar BungaMas dan Silverbar Public Gold

Jika anda nak beli Goldbar BungaMas atau Silverbar Public Gold, kemungkinan anda masih tak berapa jelas bagaimana anda boleh dapatkannya dalam bentuk fizikal secara patuh syariah walhal bajet anda kecil sekitar RM200 sahaja.

Jangan bimbang…

Di sini saya tunjukkan bagaimana anda boleh beli jongkong emas pelaburan Goldbar BungaMas 10 gram dan jongkong perak pelaburan Silverbar 500 gram (setengah kilo!) jenama Public Gold secara patuh syariah dengan modal kecil!

Ya betul!… dengan modal kecil serendah sekitar RM211 sebulan sehingga 10 bulan, anda boleh dapat sekeping goldbar BungaMas emas 999.9 seberat 10 gram pada harga tetap sekitar RM2,100 walaupun harga emas terus meningkat sehingga melebihi RM2300 sekeping dalam tempoh 10 bulan tersebut.

PROMOSI TERKINI:

Public Gold telah mengumumkan terdapat promosi pembelian 10g Goldbar Bunga Mas secara pembelian ansuran deposit keselamatan sehingga 10X. Tanpa promosi dibolehkan hanya 4X sahaja.

Malah ada anda akan layak mendapat 10 entry percuma cabutan bertuah untuk menang IPhone 11 pada bulan hadapan!

Goldbar 10g BungaMas Public Gold
Contoh Goldbar 10g BungaMas Public Gold yang boleh dibuka seal dan dipegang.

Ketika posting ini ditulis (10.00mlm 29/1/2020), harga Goldbar Bunga Mas Public Gold = RM2,177.

Cara kiraan EPP10 ialah seperti berikut:

1. Bayaran Bulan Pertama: RM2,177 / 10 = RM217.70 + RM15 (Caj Premium) + RM232.70 sahaja.

2. Bayaran Bulan Kedua hingga Ke Sepuluh = RM217.70 sahaja. Bayaran ini boleh terus buat Standing Instruction seperti yyang saya tunjukkan di Cara Buka Akaun Pelaburan Emas Patuh Syariah.

Berikut cara nak Order sendiri…

Anda boleh Login dengan PG Code dan password di web PG.

Jika anda masih belum dapat PG Code, boleh daftar dan login percuma dengan Password sendiri di SINI

Bila dah login.. Klik ORDER… PURCHASE… Cari 10g dalam ruangan carian.. klik item 10g BungaMas. ADD TO CART.

Klik icon CART (Sebelah kanan atas), Klik CHECKOUT… Pilih Agree.

Pilih Cawangan Public Gold untuk ambil stok emas.

Pilih cara bayaran FULL atau EPP4 (tanpa promosi boleh buat maksima EPP4 sahaja). Jika nak buat EPP10 boleh letak di REMARKS dengan perkataan “PROMOSI FBLive 23012020 EPP10“.

Jika nak bayar FULL PAYMENT sekaligus pun boleh letak1.di REMARKS dengan perkataan “PROMOSI FBLive 23012020 FULL PAYMENT“.

Klik Submit.

Tak perlu bayar dahulu sebab Public Gold akan sediakan invois bayaran EPP10 secara manual. Selesai.

Jika anda berminat untuk dapatkan jongkong emas 999.9 Bunga Mas ini dengan bayaran ansuran deposit keselamatan 10x, boleh terus Whatsapp saya di sini dengan mesej “10g Bunga Mas EPP10”.


Ketika posting ini ditulis (6.30ptg 14/11/2019), harga Goldbar Bunga Mas Public Gold = RM2,075.

Jika anda berminat untuk dapatkan jongkong emas 999.9 Bunga Mas ini dengan bayaran ansuran deposit keselamatan 10x, boleh terus reply emel ini dengan mesej “Bunga Mas EPP10 – nyatakan berat goldbar”.

Oleh kerana harga emas berubah setiap 20 minit, anda boleh EMEL / Whatsapp saya pada bila-bila masa untuk lock harga semasa dengan beri snapshot desktop version keseluruhan page Public Gold.

Sila emel ke su******@pe***********.org / Whatsapp ke no. +60197475788 (https://msuhaimee.wasap.my/)

Jika pilih EPP10 dan nak bayar habis sebelum bulan ke-10 pun boleh. Asal habis bayar dah boleh ambil stok di kedai PG.

Selain itu anda dapat SATU(1) PELUANG CABUTAN BERTUAH untuk MENANG GOLDBAR apabila Public Gold Goldbar 10g BungaMas MENCAPAI BELIAN TERKUMPUL DI SELURUH Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei dengan syarat-syarat seperti berikut:-

  1. BELIAN TERKUMPUL 500 keping – PELUANG MENANG 10 X 0.5g Goldbar
  2. BELIAN TERKUMPUL 1000 keping – PELUANG MENANG 10 X 0.5g Goldbar DAN 10 X 1.0g Goldbar
  3. BELIAN TERKUMPUL 1500 keping – PELUANG MENANG 10 X 0.5g Goldbar, 10 X 1.0g Goldbar DAN 1 X 5.0g Goldbar
  4. BELIAN TERKUMPUL 2000 keping – PELUANG MENANG 10 X 0.5g Goldbar, 10 X 1.0g Goldbar, 1 X 5.0g Goldbar DAN 1 X 10.0g Goldbar
  5. BELIAN TERKUMPUL 2500 keping – PELUANG MENANG 10 X 0.5g Goldbar, 10 X 1.0g Goldbar, 1 X 5.0g Goldbar, 1 X 10.0g Goldbar DAN 1 X 20.0g Goldbar.

Sehingga kini, terdapat lebih 200,000 pelanggan sah Public Gold. Oleh itu, angka 2500 belian 10g Goldbar hanyalah sekitar 1.25%. Oleh itu, anda hanya beli satu keping 10g goldbar BungaMas dan berpeluang menang 20g Goldbar BungaMas!

Peluang menang 20g Goldbar dengan pembelian 10g Goldbar di Public Gold.

Jumlah BELIAN TERKUMPUL akan berakhir pada jam 12 tengahari 30 November 2019.

Di samping promosi di atas, ada juga Promosi Dealer Emas Public Gold TANPA PG Golden Tour sah sehingga 12 tengahari Sabtu 30/11/2019.

Pilihan 1 – Normal Dealer (10 x Peluang Cabutan Bertuah untuk menang 20g Goldbar):

Beli 50g Goldbar BungaMas + Wealth Card (RM200). Layak dapat status Normal Dealer untuk dapat insentif 1.0% pada setiap pembelian berikutnya. Syarat TAK PERLU hadir PG Golden Tour.

Jika tanpa promosi, anda perlu beli 200 gram emas dengan harga sekitar RM41,400 + RM200 Wealth Card + PG Golden Tour RM358 untuk dapat status Normal Dealer.

Pilihan 2 – Priority Dealer (20 x Peluang Cabutan Bertuah untuk menang 20g Goldbar):

Beli 100g Goldbar BungaMas + Wealth Card (RM200). Layak dapat status Priority Dealer untuk dapat insentif 1.5% pada setiap pembelian berikutnya. Syarat TAK PERLU hadir PG Golden Tour.

Jika tanpa promosi, anda perlu beli 500 gram emas dengan harga sekitar RM103,500 + RM200 Wealth Card + PG Golden Tour RM358 untuk dapat status Priority Dealer.

Selepas dapat upgrade kepada Dealer atau Priority Dealer, anda dah layak dapat insentif.


Promosi di bawah ini telah tamat pada 29 Oktober 2019.

Promosi Goldbar BungaMas 10g

Pelan pembayaran mudah patuh syariah 10 bulan yang dinamakan Syariah Easy Payment Plan 10 (SEPP10) telah dilancarkan pada Jumaat 25 Oktober 2019 oleh syarikat Public Gold terbuka kepada mana-mana pembelian minima 10 gram Goldbar Bunga Mas dan juga pembelian minima 500 gram Silverbar LBMA ke atas.

Promosi FBLive Silverbar 500g

Promosi beli Goldbar BungaMas / Silverbar fizikal secara deposit bulanan patuh syariah sehingga 10 bulan (SEPP10). Sah sehingga hingga 6 petang SELASA 29 Oktober 2019 sahaja.

Caranya seperti berikut:-

Step 1: Daftar percuma secara online di sini. Isikan password sendiri untuk login percuma di web Public Gold.

Step 2: Login di sini guna No IC dan password yang didaftar di Step 1.

Step 3: Klik HOME dan scroll ke jadual Goldbar BungaMas/ Taifook. Ambil gambar snapshot keseluruhan web PG. Jika anda menggunakan telefon, ikut langkah berikut:-

Step 3a: Tap pada 3 garis di sebelah kanan bawah web browser dan tap pada Desktop version seperti di bawah.

Step 3b: Snapshot keseluruhan paparan web Public Gold yang menunjukkan tarikh dan masa harga emas dikemaskini seperti berikut:-

Simpan snapshot di atas untuk rujukan harga emas sekiranya proses pembelian tidak berjaya.

Kemudian teruskan proses tempahan emas dengan klik pada petak 10 gram. Klik Add to cart. Klik pada gambar troli di sebelah kanan atas untuk tambah atau kurang bilangan item. Klik Checkout untuk semak butiran dan harga pembelian.

Step 4: Tick pada ‘I agree’. Pilih cawangan Public Gold untuk ambil stok goldbar BungaMas / Silverbar. Seterusnya pilih samada nak bayar sekaligus (FULL PAYMENT) atau EPP4 (deposit ansuran 4x).

Nota penting: Untuk ambil promosi EPP10, sila copy n paste kod promosi berikut:

Promosi FBlive EPP10 25102019

Tampal kod promosi di ruangan REMARKS sebelum klik butang SUBMIT. Jika tidak tampal sila hubungi saya terus di https://promosidealer.wasap.my SEGERA… Sila lakukan ini sebelum atau pada jam 6 petang SELASA 29 OKTOBER 2019.

Selepas itu anda boleh tunggu sehingga Public Gold akan hantar emel dengan jadual deposit ansuran sehingga 10 bulan bermula Selasa 29 Oktober 2019.

Di samping itu, Public Gold ada juga melancarkan Promosi Dealer Emas.

Alang-alang simpan emas, simpanlah sebagai Dealer dan dapat insentif 1.0% – 1.5% untuk setiap pembelian emas berikutnya. Manakala dapat insentif 0.3% bagi setiap jual balik ke Public Gold.

Promosi Dealer Public Gold bermula 2 petang Jumaat 25 Oktober 2019 hingga 6 petang SELASA 29 Oktober 2019.

Pilihan 1 – Normal Dealer:

Beli RM5,000 emas GOLDBAR BUNGAMAS / SILVERBAR (EPP4/ EPP10/ FULL PAYMENT) + Wealth Card 200. Layak dapat status Normal Dealer untuk dapat insentif 1.0% pada setiap pembelian berikutnya. Syarat TAK PERLU hadir PG Golden Tour.

Pilihan 2 – Priority Dealer:

Beli RM10,000 emas GOLDBAR BUNGAMAS / SILVERBAR (EPP4/ EPP10/ FULL PAYMENT) + Wealth Card RM200. Layak dapat status Priority Dealer untuk dapat insentif 1.5% pada setiap pembelian berikutnya. Syarat TAK PERLU hadir PG Golden Tour.

Cara beli sama seperti Step 1 hingga 4 di atas. Cuma minima harga belian selepas CHECKOUT ialah RM5,000 untuk Normal Dealer dan  RM10,000 untuk Priority Dealer. Jika berminat Whatsapp saya (Suhaimee) terus di https://promosidealer.wasap.my.

Jangan lupa copy n paste kod promosi Promosi FBlive EPP10 25102019 di ruangan REMARKS sebelum klik SUBMIT ye.

Sila lakukan ini sebelum atau pada jam 6 petang SELASA 29 OKTOBER 2019.

Promosi Goldbar dan Dinar Public Gold – Syariah Easy Payment Plan (SEPP) Kali Ke-2/2019

Promosi Goldbar dan Dinar Public Gold Syariah Easy Payment Plan (SEPP) Kali Ke-2/2019 kembali lagi bermula 26 September 2019 hingga jam 12 tengahari Isnin 30 September 2019.

TERKINI!

Promosi Goldbar dan Dinar Public Gold Syariah Easy Payment Plan (SEPP) Kali Ke-3/2019 bermula 1 Oktober 2019 hingga jam 12 tengahari Isnin 7 Oktober 2019. Harga emas pada 1 Oktober 2019 telah turun kepada RM208/g dan pada ketika ini harga emas telah turun ke paras bawah USD1,500/oz.

Promosi pembelian goldbar LBMA / Bunga Mas / Tai Fook dan Dinar 999.9 adalah seperti berikut:-

Anda boleh beli minimum 1 dinar / 10g gold bar pada harga emas semasa + gold premium dan boleh dibayar deposit sehingga 10 kali bayaran dalam tempoh 10 bulan.

Ya betul!… dengan modal kecil serendah sekitar RM100 sebulan sehingga 10 bulan, anda boleh dapat sekeping syiling 1 Dinar emas 999.9 pada harga tetap sekitar RM900 sekeping) walaupun harga emas terus meningkat sehingga melebihi RM1000 sekeping dalam tempoh 10 bulan tersebut.

Pelan pembayaran mudah patuh syariah 10 bulan yang dinamakan Syariah Easy Payment Plan 10 (SEPP10) baru sahaja dilancarkan pada Khamis 26 September 2019 yang lalu oleh syarikat Public Gold terbuka kepada mana-mana pembelian minima 10 gram Goldbar LBMA / Bunga Mas / Tai Fook dan juga pembelian minima 1 Dinar Emas LBMA.

Pelan pembayaran SEPP10 ini BUKAN merupakan ansuran bulanan seperti hutang. Pelan SEPP10 ini ialah pembayaran deposit sekuriti (security deposit) selama 10 bulan dan setelah cukup, barulah anda ambil stok emas pelaburan anda di Public Gold.

Di sini saya berikan contoh jadual pembayaran bagi pembelian 1 Dinar, 5 Dinar dan 10 Dinar 999.9 Public Gold ketika harga dikunci pada 26 September 2019:-

Easy Payment Plan (EPP) 10 -1 dinar Public Gold.
Easy Payment Plan (EPP) 10 -1 dinar Public Gold.

 

Easy Payment Plan (EPP) 10 - 5 dinar Public Gold.
Easy Payment Plan (EPP) 10 – 5 dinar Public Gold.

 

Easy Payment Plan (EPP) 10 -10 dinar Public Gold.
Easy Payment Plan (EPP) 10 -10 dinar Public Gold.

 

Selepas ini saya akan tunjukkan pula contoh pembelian secara EPP10 untuk 10 gram, 20 gram, 50 gram dan 100 gram Goldbar LBMA / Bunga Mas / Tai Fook di Public Gold.

Easy Payment Plan (EPP) 10 - 10 gram Goldbar Public Gold.
Easy Payment Plan (EPP) 10 – 10 gram Goldbar Public Gold.

 

Easy Payment Plan (EPP) 10 - 20 gram Goldbar Public Gold.
Easy Payment Plan (EPP) 10 – 20 gram Goldbar Public Gold.

 

Easy Payment Plan (EPP) 10 - 50 gram Goldbar Public Gold.
Easy Payment Plan (EPP) 10 – 50 gram Goldbar Public Gold.

 

Easy Payment Plan (EPP) 10 - 50 gram Goldbar Public Gold.
Easy Payment Plan (EPP) 10 – 50 gram Goldbar Public Gold.

 

Di samping itu, terdapat Promosi Dealer Public Gold seperti berikut:

Pilihan 1: Normal Dealer Public Gold
1. Belian RM5,000 (bar/dinar/GAP) (blh EPP 10x)
2. Beli wealth card RM200 (Total RM5,200)
3. 20 tiket cabutan bertuah untuk menang Goldcard Folder / 0.5g /1.0g / 5 g Goldbar.
Pilihan 2: Priority Dealer Public Gold
1. Belian RM10,000 (bar/dinar/GAP) (blh epp10x)
2. Beli wealth card RM200 (Total: RM10,200)
3. 50 tiket cabutan bertuah untuk menang Goldcard Folder / 0.5g /1.0g / 5 g Goldbar.

Sekiranya anda berminat dan masih belum mendaftar online secara percuma, sila klik Pendaftaran Percuma Public Gold di sini.

Selepas pendaftaran, sila isikan nama dan emel di borang berikut agar anda dapat tips dan panduan bagaimana nak membeli cara runcit di laman web Public Gold melalui emel anda di sini.

Nota Penting: Promosi Goldbar dan Dinar Public Gold Syariah Easy Payment Plan (SEPP) Kali Ke-2/2019 ini akan TAMAT hingga jam 12 tengahari Isnin 30 September 2019.

Rebutlah peluang keemasan ini. Jika anda berminat, boleh hubungi saya melalui Whatsapp di https://promosidealer.wasap.my/

Semoga bermanfaat.

Promosi Goldbar dan Dinar Public Gold – Syariah Easy Payment Plan (SEPP)

Jika anda nak beli Goldbar dan Dinar Public Gold, kemungkinan anda masih tak berapa jelas bagaimana anda boleh dapat peace of mind sedangkan harga emas global sedang meningkat ke paras paling tinggi dalam sejarah harga emas di Malaysia?

Jangan bimbang…

Di sini saya tunjukkan bagaimana anda boleh beli emas pelaburan Goldbar dan Dinar secara patuh syariah dengan modal kecil!

Ya betul!… dengan modal kecil serendah sekitar RM100 sebulan sehingga 10 bulan, anda boleh dapat sekeping syiling 1 Dinar emas 999.9 pada harga tetap sekitar RM900 sekeping) walaupun harga emas terus meningkat sehingga melebihi RM1000 sekeping dalam tempoh 10 bulan tersebut.

Pelan pembayaran mudah patuh syariah 10 bulan yang dinamakan Syariah Easy Payment Plan 10 (SEPP10) baru sahaja dilancarkan pada Jumaat 23 Ogos 2019 yang lalu oleh syarikat Public Gold terbuka kepada mana-mana pembelian minima 10 gram Goldbar LBMA / Bunga Mas / Tai Fook dan juga pembelian minima 1 Dinar Emas LBMA.

Sebelum 23 Ogos 2019, kemudahan SEPP10 hanya dibuka untuk pembelian minima 100 gram Goldbar ke atas sahaja.

Pelan pembayaran SEPP10 ini BUKAN merupakan ansuran bulanan seperti hutang. Pelan SEPP10 ini ialah pembayaran deposit keselamatan (security deposit) selama 10 bulan dan setelah cukup, barulah anda ambil stok emas pelaburan anda di Public Gold.

Di sini saya berikan contoh jadual pembayaran bagi pembelian 1 Dinar 999.9 yang cantik ketika harganya RM885 sekeping pada 23 Ogos 2019 (Jadual 1).

Jadual 1: Contoh jadual pembayaran SEPP10 bagi pembelian 1 Dinar Emas 999.9 Public Gold yang patuh syariah.

 

Merujuk kepada jadual 1 di atas, anda hanya perlu mendeposit sebanyak RM108 sahaja pada bulan pertama dan boleh dilakukan dalam tempoh TUJUH(7) hari dari tarikh yang dinyatakan dalam jadual iaitu selewat-lewatnya sebelum jam 12 tengah malam 30 Ogos 2019.

Bayaran RM98 pada bulan kedua sehingga bulan ke-10 juga boleh dibuat dalam tempoh TUJUH(7) hari daripada tarikh 23hb bulan tersebut.

Begitu juga contoh untuk pembelian Goldbar 10 gram 999.9 di Public Gold (Jadual 2).

Dengan merujuk Jadual 2 di atas, dengan modal kecil serendah sekitar RM239 pada bulan pertama dan RM208 pada setiap bulan berikutnya hingga bulan ke-10, anda dah boleh dapatkan Goldbar 999.9 di Public Gold yang cantik dan bermutu tinggi.

Untuk pengetahuan anda promosi Goldbar dan Dinar SEPP10 bagi pembelian 1 Dinar dan 10 gram Goldbar ini telah berakhir pada jam 5 petang tadi (Isnin 26 Ogos 2019).

Namun, Insya Allah saya percaya Public Gold akan meneruskan SEPP10 ini memandangkan ramai yang mengambil peluang promosi SEPP10 ini.

Ingatlah pesanan pakar kewangan di Malaysia seperti En. Azizi Ali, malah pakar kewangan di seluruh dunia juga menegaskan perkara yang sama iaitu simpanlah sekurang-kurangnya 10% daripada duit tunai dalam bentuk emas yang tak dimakan inflasi.

Jika tidak hari ini bila lagi? Pada ketika ini harga emas sedang meningkat dengan ketara daripada USD1300/oz dua bulan lalu (sekitar RM198/g) kepada lebih USD1500/oz (RM215/g) pada minggu ini.

Harga emas dijangka mencecah USD1,700/oz iaitu sekitar RM235/g dalam masa terdekat.

Manakala risiko pelaburan emas adalah rendah berbanding pelaburan dalam bentuk wang Ringgit kerana harga emas amat mustahil jatuh ke paras RM0/g.

Sekiranya anda berminat dan masih belum mendaftar online secara percuma, sila klik Pendaftaran Percuma Public Gold di sini.

Selepas pendaftaran, sila isikan nama dan emel di borang berikut agar anda dapat tips dan panduan pelaburan emas secara percuma melalui emel anda di sini.

Semoga bermanfaat.

Perkongsian Pelaburan Emas Ar-Rahnu Di Malaysia

Berminat buat pelaburan emas Ar-Rahnu? Ada sesiapa yang mengajak anda buat pelaburan emas Bank Rakyat? Atau pelaburan emas di Bank Islam? Sabarlah dulu… bertenang dan jangan tergopoh-gapah. Anda perlu faham apa yang dimaksudkan dengan Ar-Rahnu dan istilah pelaburan emas.

Ar-Rahnu ialah pajak gadai kaedah Islam yang patuh syariah. Bila anda pajak gadai sebarang bentuk emas di mana-mana cawangan Ar-Rahnu, maka anda akan dapat kebiasaannya sehingga 70-75% nilai emas yang anda gadai dalam bentuk wang tunai.

Pada masa ini terdapat banyak institusi kewangan yang menawarkan kemudahan pajak gadai Islam Ar-Rahnu seperti Ar-Rahnu Xchange Bank Rakyat, Ar-Rahnu Agrobank, Ar-Rahnu Bank Muamalat, Ar-Rahnu Bank Islam. Malah terdapat juga agensi agama Islam seperti Ar-Rahnu Yapeim malah Pejabat Pos pun dah sediakan kemudahan Ar-Rahnu Pos Malaysia.

Namun, apa yang perlu anda tahu ialah anda perlu bayar upah simpan yang ditetapkan yang biasanya mengikut per gram emas. Sebagai contoh pajak gadai Ar-Rahnu Pos Malaysia dipaparkan di bawah.

Contoh pajak gadai Islam Ar-Rahnu di Pejabat Pos
Contoh kemudahan pajak gadai Islam Ar-Rahnu di Pejabat Pos

Jenis Emas Pelaburan Yang boleh di’Ar-Rahnukan

Pada masa ini, emas jenis Public Gold dan Pamp Suisse diterima untuk pajak gadai Ar-Rahnu di Pejabat Pos Malaysia Ar-Rahnu di seluruh negara tanpa buka seal. Untuk makluman anda, setiap emas pelaburan di’seal’ untuk lindungi dari calar dan kemek kerana emas 24K merupakan emas lembut.

Jika anda mahu ke mana-mana Ar-Rahnu, sila pastikan emas pelaburan anda tidak dibuka seal kerana susutnilai akan jatuh sehingga 10% jika jual balik.

Oleh itu, sebelum anda bersetuju untuk menyerahkan emas pelaburan yang di’seal’, tanya dahulu samada perlu buka seal atau tidak.

Namun, anda tak perlu risau sebab sekarang dah ada emas pelaburan yang mesra Ar-Rahnu dan boleh diterima di mana-mana kedai atau bank yang ada kemudahan Ar-Rahnu.

Jenis-jenis Emas Pelaburan Mesra Ar-rahnu

Dinar 24K mesra Ar-rahnu

1 dinar 24K tempatan Public Gold mesra Ar-Rahnu
1 Dinar 24k mesra Arrahnu

Sebagai contoh Dinar emas 999.9 jenama Public Gold ini memang mesra Ar-Rahnu kerana boleh dikeluarkan dari kapsul dan dipegang, dibelek dan diuji ketulenannya.

Dinar 999.9 tempatan ini boleh didapati dalam bentuk 1 dinar, 5 dinar dan 10 dinar.

Goldbar 24k Bungamas mesra Arrahnu
Goldbar 10 gram 24k Bungamas mesra Arrahnu

Terdapat juga jongkong emas (goldbar) mesra Ar-Rahnu bermula dengan 10 gram, 20 gram, 50 gram dan 100 gram.

Goldbar ini dikenali sebagai siri BungaMas (seperti di gambar). Anda boleh keluarkan jongkong emas daripada kapsul untuk dipegang dan diuji di mana-mana Ar-Rahnu di Malaysia.

Baca tips seterusnya…

Dinar emas 24k Public Gold di'seal' bersama sijil ketulenan.
Dinar emas 24k Public Gold di’seal’ bersama sijil ketulenan.

Cara Buat Ar-Rahnu Emas Pelaburan

Untuk emas Public Gold, anda tak perlu untuk bawa resit belian. Memadai bawa emas dan emas Public Gold dikeluarkan dalam bentuk seal bersama sijil seperti dalam gambar yang ditunjukkan. Daftar keahlian di Kedai Emas Public Gold atau secara percuma tanpa yuran keahlian di sini.

Goldbar 999.9 Public Gold di'seal' bersama sijil ketulenan.
Goldbar 999.9 Public Gold di’seal’ bersama sijil ketulenan.

Selepas daftar anda boleh terus Login sementara menggunakan nombor IC tanpa sengkang dan password seperti yang anda isikan tadi.

Selepas anda berjaya login sementara, anda boleh lihat katalog dinar dan goldbar yang mesra Ar-Rahnu (emas tanpa seal bersama kad) dan goldbar LBMA 100 gram ke atas turut mesra Ar-Rahnu.

Cast goldbar 100 gram 24K Public Gold mesra Ar-Rahnu.
Cast goldbar 100 gram 24K Public Gold mesra Ar-Rahnu.

Jika anda nak tahu kedai Ar-Rahnu yang paling tak cerewet dan boleh dapat duit tunai dalam masa tak sampai 20 minit, layari Pajak Gadai Ar-Rahnu Emas Pelaburan. (Saya tunjukkan contoh pengiraan dan saya dapati Ar-Rahnu KDE beri pembiayaan yang paling senang dan anda boleh dapat duit tunai lebih banyak)

Oleh itu, kemudahan Ar-Rahnu ialah satu kemudahan PINJAMAN yang bertujuan untuk MENGGANTIKAN kemudahan PINJAMAN YANG TIDAK PATUH SYARIAH seperti kedai pajak gadai konvensional (pajak gadai haram) yang berleluasa di Malaysia. Ar-Rahnu BUKAN satu kaedah pelaburan emas seperti yang digembar-gemburkan oleh ramai orang Islam yang “Kreatif” seperti yang diulas oleh Ustaz Mohd Nazri Chik di Masjid Al-I’tisam, Taman Tun Dr Ismail pada 13 Ogos 2012 yang lalu.

Beliau ada menegaskan tentang proses manipulasi sistem Ar-Rahnu beli-pajak, beli-pajak emas sebagai satu kreativiti oleh pihak tertentu. Dari segi teknikal tiada isu syariah dan tiada masalah kerana itu ialah kreativiti masing-masing tetapi dari sudut Maqasid Syariah ada benda yang tak kena.

Video Kaedah Manipulasi Sistem Pajak Gadai Ar-Rahnu

Sila tonton video Hukum Pelaburan dan Jual Beli Emas oleh Ustaz Mohd Nazri Chik. Anda boleh terus ke minit 28:55 perbincangan beliau tentang manipulasi sistem pajak gadai Ar-Rahnu.

Ustaz Mohd Nazri Chik merupakan Setiausaha Majlis Pengawasan Syariah dan Penolong Pengurus Besar – Ketua Bahagian Syariah, Bank Islam Malaysia Berhad. Oleh itu, saya berpandangan bahawa beliau adalah orang yang layak dan berpengetahuan tinggi untuk memberi jawapan yang lebih tepat berbanding ustaz-ustaz yang lain di Youtube mengenai pelaburan emas Ar-Rahnu dan hukum pelaburan emas dan jual beli emas.

Semoga anda faham apa yang dimaksudkan dengan Ar-Rahnu dan sepatutnya tiada istilah “Pelaburan emas Ar-Rahnu” boleh digunakan. Beliau menyatakan akan ada risiko apabila harga emas jatuh dan sistem manipulasi tersebut akan rosak. Pada tahun 2012, harga emas memang sedang meningkat naik dan seperti yang Ustaz Mohd Nazri Chik kata, sistem akan rosak bila harga emas jatuh telah terbukti pada akhir 2012 sehingga 2013. Ramai “pelabur emas Ar-Rahnu” menangis tak berlagu.

Apa yang dilakukan dalam teknik pelaburan emas Ar-Rahnu ini ialah mereka sentiasa memantau harga emas Bank Rakyat atau harga emas di Bank Islam hari demi hari, minggu demi minggu dan bulan demi bulan dengan harapan harga emas terus meningkat dari semasa ke semasa.

Oleh itu adalah dinasihatkan agar anda berhati-hati sebelum menyertai skim manipulasi pajak gadai Ar-Rahnu ini. Anda boleh dapatkan kemahiran pelaburan emas Ar-Rahnu melalui mereka yang berkemahiran di sini.

Anda boleh mendapatkan duit tunai melalui pajakan emas yang anda ada ditangan untuk tujuan sebagai modal bisnes yang anda telah kenalpasti keuntungannya agar anda boleh tebus semula emas yang anda gadai dalam tempoh tak lebih 6 bulan.

Jika anda tiada simpanan emas, saya nasihatkan agar anda membeli dan menyimpan emas pelaburan mulai sekarang sebab hari demi hari terdapat risiko kejatuhan nilai duit tunai yang kita simpan samada dalam bank atau dalam Tabung Haji.

Walaupun bilangan angka dalam akaun bank bertambah, namun kekuatan nilai RM100,000 pada hari ini tidak sama dengan kekuatan nilai RM100,000 pada 10 tahun lalu. Tapi kekuatan nilai 1 kg jongkong emas beribu tahun dahulu dilihat semakin tinggi nilainya pada hari ini.

Anda dinasihatkan agar mendapatkan tips pelaburan emas yang betul sebelum membeli emas seperti yang saya bincangkan di Tips Pelaburan Emas. Layari Pajak Gadai Ar-Rahnu Emas Pelaburan yang paling mudah dan tiada rekod CCRIS / CTOS.

Jika terdapat sebarang pertanyaan, boleh menghubungi saya dengan mengisi borang SAYA JIKA MENGALAMI MASALAH TEMPAHAN DAN PERTANYAAN.

Pelaburan Emas Melalui Simpanan Emas

Pelaburan emas sering dikaitkan dengan jual beli emas dan dapat untung. Anda memang berpotensi mendapat untung melalui jual beli emas dan sila klik sini jika anda nak mula menjalankan bisnes emas. Namun saya ingin terangkan cara melabur emas yang paling mudah iaitu hanya menyimpan emas sahaja. Ini adalah kerana emas merupakan aset yang semakin tinggi nilainya berbanding duit kertas. Pada hari ini, ramai rakyat Malaysia masih kurang kesedaran untuk menyimpan emas untuk pelaburan masa depan.

Apa sebenarnya yang berlaku jika anda menyimpan duit kertas? Sebenarnya anda terdedah kepada risiko yang anda tak nampak.

Anda bekerja cari duit sehari-hari dan terima upah atau gaji dalam bentuk duit kertas samada MYR, SGD, BND, Rupiah, Renmimbi atau USD, Sterling malah Euro. Apapun duit yang anda terima daripada hasil titik peluh anda melakukan kerja seharian, duit itu akan ada sebahagiannya yang anda simpan. Kebiasaannya anda simpan dalam bank seperti Bank Islam, Bank Muamalat atau Tabung Haji atau Amanah Saham seperti Amanah Saham Bumiputra (ASB) dan lain-lain.

Apa yang anda tak sedar ialah duit yang anda penat-penat simpan itu sentiasa terdedah kepada dua risiko besar:-

Risiko simpan duit kertas #1.
Duit tunai tu mudah cair… Adalah amat mudah untuk mengeluarkan duit simpanan melalui ATM atau lebih-lebih lagi jika ada kad debit untuk berbelanja. Malah pada hari ini, akaun Tabung Haji pun dah boleh disambungkan kepada kad ATM seperti Bank Islam, Bank Rakyat dan Bank Muamalat. Lebih kerap anda ke pasaraya, maka lebih cepatlah duit yang anda simpan itu susut dan habis. Paling malang jika terlebih belanja menggunakan kad kredit dan mulalah hidup dibelenggu hutang. Jangan terperangkap bro…

Risiko simpan duit kertas #2.
Duit kertas yang kita simpan dalam Tabung Haji atau ASB itu terdedah kepada kejatuhan nilai matawang. Lihat sahajalah bagaimana nilai MYR berbanding USD. Oleh kerana kebanyakkan negara termasuk Malaysia bersandarkan kepada nilai USD, anda pun dah tahu betapa risikonya nilai MYR. Terdapat banyak contoh duit kertas yang dahulunya boleh digunakan oleh rakyat disebuah negara namun sekarang tidak lagi bernilai seperti duit Daun Pisang (Tanah Melayu – 1945), duit Pengo (Hungary – 1946), duit Peso (Argentina – 2002), duit Dinar Iraq (Iraq – 2004), duit Krona (Iceland – 2011), duit Ruble (Rusia – 2014), dan senarai duit fiat yang tiada nilai akan bertambah dari masa ke masa…

Oleh itu, apakah teknik yang boleh melindungi hasil penat lelah kita bekerja seharian?

Jalan penyelesaian yang paling selamat di seluruh dunia ialah menukar bentuk simpanan duit tunai kepada SIMPANAN EMAS. Itu sahaja… BERUBAH mulai hari ini. Mula TUKAR simpanan wang kertas anda kepada emas sebenar hari ini… Sejarah membuktikan bahawa hanya simpanan emas yang dapat mengatasi kedua-dua risiko besar yang telah disebutkan di atas:-

1. Simpanan emas akan dapat 100% mengelakkan diri anda dari cepat cair dan berbelanja. Cuba anda jalan-jalan di pasaraya dengan bawa 1g jongkong emas, setengah dinar dan 1 dinar emas dalam satu poket dan duit RM1,000 tunai dalam poket sebelah lagi. Yang mana cepat habis?

Duit tunai Ringgit Malaysia (MYR) - memang cepat je habis bila pergi shopping...
Duit tunai Ringgit Malaysia (MYR) – memang cepat je habis bila pergi shopping…

Dinar emas 24k Public Gold di'seal' bersama sijil ketulenan.
1 dinar emas 24k – walaupun berharga sekitar RM800 namun tak mudah habis.

 

 

 

 

 

Memang anda akan tertanya-tanya, jika begitu mengapa simpan emas dan tak boleh nak guna untuk beli barang keperluan? Jawapannya amat mudah… emas akan menjadi sangat berguna ketika berlaku krisis matawang. Pada masa krisis matawang, anda boleh hulurkan goldbar atau dinar emas kepada sesiapa sahaja untuk ditukar dengan apa jua barang keperluan yang anda inginkan.

2. Simpanan emas akan dapat 100% mengelakkan nilai kekayaan anda susut sebagaimana duit kertas. Emas dapat mengelakkan inflasi. Lihatlah bagaimana nilai 1 dinar emas 1,400 tahun dahulu sama sehingga ke hari ini! Jika 1,400 tahun

1 Dinar emas 24K LBMA - hari ini pun ada peniaga yang terima untuk seekor kambing.
1 Dinar emas 24K LBMA – hari ini pun ada peniaga yang terima untuk seekor kambing.

dahulu seekor kambing boleh dibeli dengan 1 dinar, maka pada hari ini pun sama! Malah, nilai emas akan meningkat mendadak ketika krisis seperti yang anda telah saksikan kesan Brexit baru-baru ini apabila lebih separuh rakyat Britain memilih untuk keluar dari Kesatuan Eropah pada 23 Jun 2016. Nilai Pound Sterling telah mengalami kejatuhan sehingga 30% berbanding USD dan menyebabkan kenaikan mendadak harga emas dunia kepada hampir USD1400/auns berbanding hanya sekitar USD1200/auns sebelum 29 Jun 2016.

Sekaranglah masanya untuk anda mula menyimpan emas kerana lebih lama anda tunggu, harga emas akan terus meningkat disebabkan jumlah emas di dalam dunia dah tetap tak akan bertambah, manakala permintaan semakin tinggi dan semakin ramai yang mula menyimpan emas.

TETAPI… ADA 2 JENIS TETAPI…

TETAPI #1 – Anda dinasihatkan jangan simpan sebarang emas sebab banyak-banyak jenama emas di Malaysia ni hanya ada satu sahaja jenama emas yang berbaloi disimpan. Untuk pengetahuan anda, emas pelaburan 24K LBMA jenama PUBLIC GOLD sahajalah yang berbaloi dibeli dan disimpan sebab hanya emas goldbar dan dinar 24K LBMA jenama Public Gold sahaja yang tidak dikenakan cukai GST sebanyak 6% di Malaysia. Jika jenama lain dikenakan GST sebanyak 6%, dimanakah keuntungan yang anda akan perolehi?

TETAPI #2 – Anda dinasihatkan jangan mudah terpedaya kalau nak cari duit lebih… jangan tamak sebab orang tamak selalu RUGI… tak perlulah anda layan skim-skim cepat kaya yang bertopeng emas untuk cari duit mudah kononnya boleh jamin dapat dividen harian, mingguan atau bulanan walaupun yang cakap tu sahabat baik anda sendiri… walaupun boleh dapat duit lebih ribu-ribu…. Wow!… Jauhi RIBA sebab urusniaga emas ini memang sangat sensitif. Tiada jalan singkat untuk cepat kaya.

Bila dah beli, anda pasti tertanya-tanya cara terbaik nak simpan emas…

Anda boleh simpan sendiri beberapa gram dan dinar emas di rumah namun adalah dinasihatkan jangan simpan semua di rumah… kita minta jauhkan dari sebarang bahaya. Amin.

Alhamdulillah, pada hari ini terdapat kemudahan untuk anda dan saya memulakan ikhtiar membeli dan menyimpan emas dengan kaedah terbaik dan patuh syariah… Kita ikhtiar simpan emas dengan kaedah yang lebih selamat dan percuma. Anda boleh mula menyimpan sekurang-kurangnya 1g emas goldbar setiap bulan atau 1 dinar (4.25g emas) setiap bulan. Disiplinkan diri anda dengan cara beli 1 gram atau 1 dinar setiap bulan menggunakan Konsep “Paksa & Lupa” (Bukan kena lupa password ye.. namun jika anda terlupa password untuk Login ke akaun GAP anda sekalipun, Public Gold boleh bantu reset semula password anda … 😉

Untuk mula membuka akaun emas fizikal dan simpan emas secara percuma, anda boleh terus ke Langkah #1 di Pelaburan Simpanan Emas GAP. Apa yang penting ialah anda perlu ambil snapshot salinan resit pembelian dan lampirkan bersama dalam emel atau Whatsapp untuk pengesahan yang pantas pada 1 hari bekerja.

Ingat… Tiada jalan singkat untuk mendapat kekayaan… anda perlu belajar, sampaikan ilmu pelaburan emas agar orang lain dapat kesedaran untuk menyimpan emas. Alang-alang simpan emas, simpanlah emas sebagai Pengedar Sah Public Gold, kerana anda mendapat komisen sekitar 1-2% dari setiap pembelian emas anda yang berikutnya dan juga jika anda ada beritahu kenalan anda dan dia membeli emas orang yang anda perkenalkan. Oleh itu anda telah dapat menjimatkan pembelian emas sebanyak 1-2% setiap kali anda beli emas berbanding pelanggan biasa. Public Gold akan membayar secara tunai ke dalam akaun bank anda setiap 20 hb.

Terdapat banyak lagi ilmu pelaburan emas yang boleh anda pelajari dari orang yang dah benar-benar berjaya dalam pelaburan emas di sini..

Jika anda memerlukan bantuan, sila Hubungi Saya. Semoga anda berjaya dalam pelaburan emas.

Kira Zakat Emas Simpanan

Anda nak kira zakat emas simpanan anda? Jika anda membuat pelaburan emas dan menyimpan sebanyak 85 gram atau lebih emas dalam bentuk goldbar atau dinar dan tetap dalam simpanan dalam tempoh satu tahun (12 bulan berturut-turut), maka diwajibkan atas anda untuk membayar zakat emas.

Sabda Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wassallam (S.A.W) yang bermaksud :

Tiada wajib atas engkau sesuatu (pada emas) sehingga engkau memiliki 20 dinar (85gram). Apabila ada pada engkau 20 dinar dan cukup haul, maka wajiblah zakat padanya 1/2 dinar (2.5%). Maka sekiranya lebih dari 20 dinar, hendaklah dihisab menurut lebihannya itu 2.5% daripada keseluruhannya. (Riwayat Abu Daud)

Oleh itu nilai minima simpanan berat emas 85 gram itu dipanggil nilai uruf. Nilai uruf untuk zakat simpanan jongkong emas / goldbar / dinar ialah 85 gram. Manakala nilai uruf bagi emas perhiasan tidak sama mengikut negeri yang anda diami.

Manakala hadith di atas merujuk kepada tahun Hijriah yang mengandungi kurang sepuluh atau sebelas hari daripada bilangan 365 hari dalam tahun Masihi. Oleh itu, jika anda pilih untuk bayar zakat emas ikut tahun Masihi, kadar zakat yang dikenakan bersamaan dengan 2.58% dan bukan hanya 2.5%.

Alhamdulillah dan syabas diucapkan kerana anda menegakkan Rukun Islam yang ke-5 iaitu Mengeluarkan Zakat. Pada hari ini, sangat mudah untuk anda mengira sendiri kadar zakat emas yang anda perlu keluarkan dan membuat pembayaran kepada Amil-Amil Bertauliah secara bersemuka atau terus melalui atas talian ke Pusat-pusat Pungutan Zakat di seluruh negara.

Kira zakat emas anda semudah 1-2-3! Sila ikuti langkah berikut:-
Langkah #1:

Sila layari untuk kira zakat emas simpanan di https://www.zakat2u.com.my/kalkulator/zakat-emas

Langkah #2:

Sila isi jumlah gram emas simpanan dan emas perhiasan yang anda ada secara sekaligus pun boleh…

Kira zakat emas simpanan dan perhiasan anda

Di laman web zakat2u.com.my di atas, anda boleh pilih Tahun Haul 2016 atau tahun-tahun sebelumnya sekiranya anda terlupa untuk mengeluarkan zakat emas sebelum ini.  Harga emas segram telah ditetapkan pada kadar RM145.12 pada 2016 dan akan berubah mengikut Tahun Haul. Sila isi jumlah berat emas dalam gram di ruangan Berat (gram). Kemudian sila pilih Jenis samada Pakai atau Simpan.

Nilai Uruf untuk emas perhiasan ialah 150 gram dan emas simpanan ialah 85 gram.  Jumlah Keseluruhan. Contoh pengiraan zakat emas di atas, sebanyak 1,000 gram berat emas simpanan telah dimasukkan manakala tiada berat emas perhiasan dimasukkan. Secara automatik, kiraan nilai jumlah zakat emas dalam Ringgit Malaysia (RM) yang perlu dikeluarkan untuk setahun dan sebulan dinyatakan.

Langkah #3:

Buatlah bayaran dengan klik butang ‘Bayar’ dan anda boleh pilih untuk membuat bayaran secara ansuran bulanan mengikut Jumlah Zakat Setahun atau Jumlah Zakat Sebulan yang dinyatakan.

Pilihan bayaran zakat emas

Bila anda klik ‘Bayar’, paparan niat membayar zakat seperti berikut akan dipaparkan…

Niat bayar zakat emas

Berniatlah “Inilah wang RM……. sebagai menunaikan Zakat Emas yang wajib ke atas diri saya kerana Allah Taala.”

Klik dipetak ‘Saya bersetuju dengan terma dan syarat tersebut.’ Seterusnya klik FPX jika anda memilih untuk bayar secara tunai melalui kaunter bayaran zakat di bank pilihan anda seperti CIMB, Maybank, Bank Islam, Public Bank, RHB Bank, Bank Rakyat, Affin Bank dan lain-lain. Atau klik butang ‘Kad Kredit/Debit jika anda mempunyai kad kredit Visa atau Mastercard Islamik.

Pilihan bank bayar zakat emas

Kad kredit Islamik bayar zakat emas

Semoga Allah mudahkan urusan  pembayaran zakat emas anda dan menerimanya sebagai salah satu amal soleh yang diterima-Nya. Amin.

Sila layari Pelaburanemas.org untuk tips mudah pelaburan emas.

Elak Skim Cepat Kaya Bertopeng Pelaburan Emas.


Ebook 5 Minit Emas: 20 asas emas pelaburan
Ebook 5 Minit Emas: 20 asas emas pelaburan yang amat PENTING elak skim cepat kaya bertopeng pelaburan emas.

This will close in 0 seconds