Panduan percuma untuk pemula
Nak mula simpan emas, tapi tak tahu bagaimana?
Kami bimbing anda langkah demi langkah, dari buka akaun sehingga emas fizikal di tangan.
Hantar Panduan Simpan Emas ↓
Realiti yang ramai alami
Mula simpan emas itu mudah.
Yang susah, bila tiada siapa bimbing selepasnya.
Ramai sudah faham kelebihan simpan emas dan sudah pun bermula, tetapi tersekat di tengah jalan kerana tiada bimbingan berterusan:
Akhirnya semua perlu dipelajari sendiri, dan terpaksa bertanya merata-rata.
Siapa yang membimbing anda dari hari pertama sama penting dengan keputusan untuk mula menyimpan.
Penyelesaiannya
Dibimbing sejak hari pertama, bukan sekadar didaftarkan
Kami pembimbing terlatih dalam rangkaian G100 Network, bersama Public Gold sejak 2014. Setiap langkah yang biasa membuatkan orang tersekat, kami terangkan satu persatu.
- Buka & aktifkan akaun sehingga boleh login sendiri
- Install aplikasi & kemas kini profil, kami pandu langkah demi langkah
- Belian pertama & Auto Debit*, ikut kemampuan
- Keluarkan emas fizikal & jual balik apabila perlu
- Ar-Rahnu, diterangkan syarat dan caranya sebelum anda guna
- Tak faham? Screenshot & tanya di WhatsApp, bila-bila masa

Anda tidak perlu bermula sendirian
Kenali pembimbing anda
- Pasangan suami isteri, introducer aktif Public Gold sejak 2014
- Pengasas PelaburanEmas.org
- Bermentorkan Pengasas G100 Network, Tuan Mohd Zulkifli Shafie & Puan Najdah Mohammed Hussain
- Penceramah jemputan Seminar Kaya Dengan Emas (G100 Network)
- Fasilitator semasa Master Dealer Conference
- Lebih 1,400 akaun didaftarkan terus di bawah bimbingan kami*
“Matlamat kami: membantu keluarga membina simpanan mengikut kemampuan.”
*Sumber: PG Group Business Center, Tier 1 (Oktober 2026). Termasuk akaun pelanggan, junior dan dealer.



Sentiasa belajar, sentiasa dikemas kini
Aktif bersama Public Gold & G100 Network
Kami hadir konferens dan latihan anjuran Public Gold secara konsisten, dan terus dibimbing oleh mentor kami, supaya panduan yang anda terima sentiasa terkini.





Kelebihan
Kenapa dapatkan panduan daripada kami?
Bukan sekadar daftar akaun. Kami temani anda sehingga yakin menguruskannya sendiri.
Dibimbing sehingga selesai
Aktifkan akaun, belian pertama, kemas kini profil, hingga faham pengeluaran dan jual balik.
Pengalaman sejak 2014
Lebih sedekad bersama Public Gold dan 1,400+ akaun dibimbing terus.
Pembimbing yang mengajar
Penceramah seminar dan fasilitator konferens. Kami terangkan, bukan sekadar menjual.
Pembimbing lelaki & wanita
Pelanggan wanita boleh berurusan dengan Puan Zuraida jika lebih selesa.
Tanya sampai faham
Hantar screenshot di WhatsApp dan kami terangkan sampai faham.
Tiada paksaan
Tiada bayaran untuk penerangan awal. Anda bebas membuat keputusan sendiri.
Maklum balas sebenar
Dibimbing dari mula hingga emas di tangan
Empat peringkat bimbingan, dari penerangan awal hingga pengeluaran emas fizikal. Leret ke tepi untuk lihat semua →
Maklum balas individu. Nama, gambar profil dan nombor siri dikaburkan bagi melindungi privasi.
Soalan lazim
Sebelum anda bermula
Adakah saya perlu membeli selepas mengisi borang?
Tidak. Borang ini hanya permintaan untuk mendapatkan panduan. Anda bebas membuat keputusan selepas memahami pilihan dan terma berkaitan.
Adakah harga emas sentiasa naik?
Tidak. Harga emas boleh naik atau turun. Emas lazimnya dipertimbangkan untuk matlamat jangka panjang, tetapi tiada hasil yang dijamin.
Bolehkah saya bermula dengan RM100?
Ya, pembelian boleh bermula serendah RM100. Amaun minimum, Auto Debit dan caj tertakluk kepada terma semasa penyedia.
Siapa yang akan berurusan dengan saya?
Suhaimee Manaf atau Zuraida Noor, dealer aktif Public Gold dengan kod PG047646. Kami akan memperkenalkan diri dengan jelas di WhatsApp.
Langkah terakhir
Dapatkan panduan simpan emas anda
Kurang daripada satu minit. Selepas hantar, tekan butang WhatsApp untuk terima panduan serta-merta.
Notis Privasi & Penafian
Maklumat yang anda beri digunakan untuk menghubungi anda, memahami tujuan simpanan dan memberi penerangan berkaitan pembukaan akaun emas. Maklumat tidak akan dijual, dan hanya dikongsi dengan penyedia akaun apabila anda memilih untuk meneruskan. Untuk pembetulan atau pemadaman maklumat, e-mel su******@***********as.org.
Borang ini dikendalikan oleh Suhaimee Manaf & Zuraida Noor (PG047646), dealer aktif Public Gold. Laman ini bukan laman rasmi Public Gold dan kami bukan penasihat kewangan berlesen. Kandungan ini untuk pendidikan umum sahaja. *Kemudahan, amaun minimum, stok, premium dan caj tertakluk kepada terma semasa penyedia. Harga emas boleh naik dan turun.



