Berita Baik! Harga Emas Turun Mendadak Pada 28/9/2023

BERITA BAIK! HARGA EMAS TURUN MENDADAK!

Harga emas turun dari rekod tertinggi minggu lepas RM320/gram pada 21 September 2023 ke RM310/gram hari ini.

Rekod harga emas terendah sepanjang bulan ini!

Jika Tuan Puan masih belum mulakan tabungan emas, jangan tunggu lama-lama, terus mulakan sekarang!

Pakar-pakar kewangan menasihati agar semua orang ada antara 10% hingga 50% kekayaan aset dalam bentuk emas.

Tapi kalau Tuan Puan risau lari bajet, mulakan sahaja dengan RM100. Apa yang penting ikut strategi simpan dulu belanja kemudian.

Waktu terbaik untuk tambah tabungan emas adalah selepas terima gaji.

Supaya kita dapat selamatkan duit gaji kita dari dibelanjakan entah ke mana.

Tiada guna harga emas turun hingga RM100/gram sekalipun tapi duit gaji kita yang habiskan entah ke mana?

Tuan Puan nak tahu bagaimana emas boleh bantu kukuhkan kewangan? Anda boleh baca testimoni ramai penyimpan emas di SINI.

Kalau Tuan Puan nak mulakan tabungan emas, dapatkan panduan Cara Bermula di SINI.

Selamat menabung!

Kalau anda dah ada PG Code, boleh rujuk Tutorial Kemudahan Tabungan Emas di bawah:

CARA TAMBAH SIMPANAN Di SINI.

CARA SET AUTO-DEBIT (POTONGAN SERENDAH RM100/GRAM SEBULAN)

JIKA LUPA USERNAME ATAU PASSWORD

Semoga berjaya menabung emas!

Harga Emas Melonjak Ke Paras Tertinggi Sejak Penutupan Bank Silicon Valley!

Apa??? Harga emas melonjak ke paras tertinggi sejak penutupan Bank Silicon Valley, Amerika Syarikat Mac 2023 lalu?

Ya betul… lihatlah paparan harga emas semasa Public Gold Malaysia di bawah..

Harga emas melonjak ke paras tertinggi RM316 segram pada 3 Mei 2023

Apa Yang Menyebabkan Kenaikan Mendadak Harga Emas Pada 3 Mei 2023?

1. Banyak bank besar seluruh negara menambahkan aktiviti pembelian emas, kesan daripada ekonomi yang sedang terjejas dan juga kejatuhan bank2 besar di Amerika Syarikat. Selain daripada itu, pasaran kerja di US turut menunjukkan tanda-tanda aktiviti ekonomi yang perlahan, dengan bilangan pekerjaan menurun lebih daripada yang dijangkakan pada bulan Mac 2023.

2.Kerajaan Singapura telah menambahkan rizab emas mereka sebanyak 17.3 tan pada bulan Mac 2023, menjadikan keseluruhan rizab emas kepada 222.4 tan (45% lebih tinggi daripada pada akhir Disember 2022).

3. Kerajaan China turut melakukan pembelian emas bulan kelima berturut-turut, dengan jumlah rizab emas China kini berjumlah 2,068.

4. Kejatuhan mendadak dalam saham perbankan di negara Amerika Syarikat hari ini, antara reaksi pasaran kesan daripada kejatuhan beberapa bank besar di Amerika Syarikat iaitu Sillicon Valley Bank, Signature Bank dan First Republic Bank.

Apa Iktibar Pengajaran Yang Kita Dapat?

1. Dalam keadaan ketidaktentuan ekonomi, emas akan sentiasa menjadi safe heaven dan pilihan utama pelabur dan negara.

2. Kegagalan 3 bank terbesar di US dalam masa kurang 2 bulan telah menyebabkan ramai pelabur beralih kepada emas, dan menyebabkan harga emas meningkat.

3. Dalam apa-apa keadaan sekalipun, emas fizikal adalah aset yang paling selamat dan berada dalam kawalan kita sepenuhnya. Sedangkan aset-aset digital yang lain? Tidak berada dalam kawalan kita!

4. Sebagai penyimpan emas, fokus kita bukanlah harga, fokus utama ialah tabungan gram emas bertambah. Penyimpan emas yang berilmu dan tenang akan menang di akhirnya!

Ada persoalan? Layari Persoalan Lazim Berkaitan Pelaburan Emas di sini

Semoga bermanfaat.

5 Sebab Kenapa Perlu Tukar Duit Raya Anak-anak Kepada Emas

Tukar duit raya anak kepada emas Public Gold

Nak tahu 5 sebab kenapa perlu tukar duit raya anak-anak kepada emas pelaburan? Dah berapa kali anak-anak berhari raya dan dapat duit raya hingga ratusan Ringgit tapi dalam akaun bank anak-anak macam masih tak bertambah sejak buka akaun dulu.

Dah masuk seminggu dah beraya.

Rasa macam pernah cakap kepada anak-anak untuk masuk tabung semua duit raya yang mereka dapat. Tapi apa yang berlaku tak seperti yang diharapkan.

Nak pergi bank masukkan duit raya tapi tak berkesempatan. Kalau dah sampai di bank pun, alamak ramainya orang beratur di mesin Cash Deposit Machine (CDM)!

Kalau nak ke kaunter kena tunggu hari bekerja pula.

Akhirnya, kena tangguhkan masa nak depositkan duit raya anak dalam akaun bank. Lebih menyesal lagi bila duit raya anak-anak tak sempat nak dimasukkan dalam bank atau Tabung Haji sebab anak-anak dah habiskan buat belanja itu dan ini.

Biasalah.. budak-budak macam kita dulu pun begitu kan?

Cari Instrumen Kewangan Yang Betul Untuk Simpan Duit Raya Anak-Anak

Inilah salah satu sebab mengapa saya mencari instrumen kewangan yang boleh menyelamatkan duit raya anak-anak daripada cepat dibelanjakan entah ke mana! Alhamdulillah! Saya dah jumpa dan selesaikan masalah kebocoran duit raya anak-anak daripada habis dibelanjakan.

jawapannya… Tukar duit raya anak-anak kepada emas.

Cuma ada yang bertanya saya emas jenis apa yang sesuai untuk disimpan? Adakah duit raya anak-anak sesuai ditukarkan kepada emas hiasan atau barang kemas?

Jawapannya… Tukar duit raya anak-anak kepada emas pelaburan 999.9 sebab kadar selisih harga beli dan jual balik (dipanggil spread dalam bahasa Inggeris) sangat rendah iaitu sekitar 6 hingga 9% sahaja berbanding 25-40% bagi emas hiasan.

5 Sebab Kenapa Perlu Tukar Duit Raya Anak-anak Kepada Emas

1. Emas memiliki nilai yang lebih stabil

Emas memiliki nilai yang lebih stabil: Emas memiliki nilai yang lebih stabil dalam jangka panjang berbanding dengan wang kertas. Nilai wang kertas boleh jatuh atau meningkat terlalu cepat dalam tempoh singkat, manakala nilai emas cenderung lebih stabil dalam tempoh yang lebih panjang.

2. Emas menyimpan nilai aset

Menyimpan nilai aset: Menukar duit raya kepada emas adalah satu cara untuk menyimpan nilai aset. Emas adalah komoditi yang biasa digunakan sebagai simpanan nilai, kerana ia mempunyai nilai intrinsik dan diiktiraf di seluruh dunia. Oleh itu, ia boleh menjadi alternatif kepada menyimpan wang tunai atau duit raya di dalam akaun bank yang mungkin tidak mempunyai kestabilan nilai.

3. Emas melindungi daripada inflasi

Melindungi daripada inflasi: Inflasi adalah keadaan di mana harga barang dan perkhidmatan meningkat dengan cepat. Menukar duit raya kepada emas boleh membantu melindungi nilai aset daripada inflasi. Ini kerana harga emas cenderung naik seiring dengan kenaikan harga barang dan perkhidmatan.

4. Emas berpotensi berikan pulangan yang baik

Berpotensi untuk memberikan pulangan yang baik: Emas boleh memberikan pulangan yang baik dalam jangka masa panjang. Walaupun harganya mungkin naik dan turun dalam jangka pendek, namun emas biasanya memberikan pulangan yang stabil dan bertahan dalam jangka masa panjang.

5. Emas boleh diwarisi atau dihadiahkan

Boleh diwarisi atau dihadiahkan: Emas boleh diwarisi atau dihadiahkan sebagai hadiah yang berharga kepada orang yang disayangi. Ini adalah cara yang baik untuk menyimpan nilai harta benda dan memberikan hadiah yang bertahan lama kepada orang yang penting dalam hidup kita.

Nak Menabung Emas Di Mana?

6 kelebihan tukar duit raya jadi emas di Public Gold

Perasaan kanak-kanak sekarang dapat duit RM10 berbanding 10 tahun lepas macam dapat RM5 je.

Walaupun inflasi rasmi negara cuma 20% dalam 10% setahun, tapi kenaikan tu “dirasai” macam 50%.

Jadi, kalau duit raya anak-anak tu agak-agak nak simpan untuk jangka masa panjang (tak nak guna dalam tempoh 2 tahun ke atas), elakkan simpan dalam akaun bank atau akaun-akaun paper asset yang lain sekalipun (e.g Tabung Haji & ASB).

Dulu anak-anak ada tabung duit. Tapi risiko bocor tu sangat tinggi. Jadi untuk kurangkan risiko dimakan inflasi dan risiko bocor simpanlah dalam bentuk emas.

Nak menabung emas tu, beli emas yang betul, supaya kita dapat tinggikan peluang keuntungan dan rendahkan risiko kerugian.

Antaranya emas Public Gold. Saya dapati Public Gold merupakan syarikat trading emas terbesar di Malaysia.

Semua peringkat usia anak-anak selepas dapat sijil lahir terus boleh buka akaun tabungan emas untuk anak-anak di GAP Junior di Public Gold.

Pendaftaran percuma, tiada sebarang yuran ahli, modal tabungan emas serendah RM100 dan tiada komitmen bulanan. Boleh keluarkan emas fizikal bila-bila senang.

Nak saya bantu daftarkan? Whatsapp saya terus di sini.

Emas Koleksi 1 Gram Gold Bar Edisi Khas Hari Raya Aidilfitri 1444H Dah Dilancarkan!

Alhamdulillah! Akhirnya emas koleksi 1 gram gold bar Edisi Khas Hari Raya Aidilfitri 1444H dah dilancarkan!

Kepada peminat dan pengumpul emas koleksi boleh dapatkan emas koleksi Edisi Khas Hari Raya Aidilfitri 1444H ini secara atas talian melalui platform Online Shopping PGMall di bawah Seller PG Gold Museum dalam kumpulan perniagaan PG Group.

Mengapa Harga Emas Koleksi Mahal?

Harga emas koleksi memang mahal sedikit jika dibandingkan dengan harga emas pelaburan. Sebab itulah emas Edisi Khas tidak dinamakan emas pelaburan.

Bagi yang nak beli emas untuk simpanan/ pelaburan, saya tak syorkan beli emas koleksi ni.

Sebelum beli, kena faham dulu perbezaan antara dengan emas simpanan/ pelaburan berbanding emas koleksi.

1️⃣ Harga emas koleksi ni dijual pada harga lebih tinggi berbanding emas pelaburan biasa macam Akaun Emas GAP.

2️⃣ Kalau nak pajak atau jual balik kepada PG, memang rugi berbanding gold bar biasa.

Tapi bagi golongan collectors, mereka tetap beli walaupun harganya jauh lebih tinggi dari harga GAP sebab:

1️⃣ Harga emas memang akan naik dalam jangka panjang.

2️⃣ Keluaran terhad. Contohnya terhad cuma 10,000 keping. Bila keluaran sesuatu edisi dah habis, harganya lagi mahal.

3️⃣ Nombor siri yang cantik, macam nombor plat kenderaan. Lagi cantik nombornya, lagi mahal.

Untuk makluman, emas koleksi 1 g goldbar Edisi khas hari raya Aidilfitri 1444H ini boleh juga didapati dengan harga yang lebih murah melalui akaun simpanan emas GAP.

Bagaimana Cara Keluarkan Emas Pelaburan Secara Fizikal daripada Akaun GAP?

Untuk pengeluaran emas fizikal dari akaun GAP dengan berat item bawah 21.25gram, boleh menggunakan kemudahan Gold-In-Teansit (GIT) WIthdrawal.

Caranya begini… Login > My GAP > Withdrawal

Pilih item dengan caj premium terendah iaitu RM15 sekeping.

Untuk keluarkan emas fizikal dari GAP, untuk item 50 gram dan 10 Dinar ke atas, book appointment dan datang ke branch.

Bawa kad pengenalan dan bayar caj premium sahaja untuk setiap keping emas.

Tentang caj premium, boleh semak jadual di bawah:

Caj premium pengeluaran emas dan perak Public Gold mulai 1 Disember 2022.

Untuk tempah appointment, boleh buat secara online di Helpdesk untuk semak stok dan set appointment di laman web Public Gold.

Jika dah sedia nak mula menabung emas pelaburan 999.9 serendah RM100, dapat panduan Cara Bermula di SINI.

Jual Beli Emas Pelaburan Patuh Syariah

Anda mencari cara jual beli emas pelaburan patuh syariah? Alhamdulillah, anda dah jumpa cara simpanan emas yang murah, mudah, patuh syariah yang boleh didapati secara online atau offline.

Sehingga ke hari ini, walaupun terdapat banyak jenis dan jenama emas pelaburan yang terdapat di pasaran, namun sekiranya tiada perakuan atau pengesahan patuh syariah oleh panel syariah yang berwibawa, kita akan berasa was-was dan terus menjauhi dari aktiviti jual beli pelaburan emas tersebut.

Seperti anda, saya juga tidak mahu terlibat dengan unsur riba dalam aktiviti jual beli emas. Sejak tahun 2014 lagi, saya mencari cara jual beli emas yang patuh syariah.

Saya dah jumpa… Alhamdulillah. Anda dah tak perlu risau.

Pada hari ini, saya dapati syarikat Public Gold ada menawarkan produk emas pelaburan yang telah melepasi syarat ketat patuh syariah atas kedua-dua sistem jual beli emas fizikal secara online yang ditawarkan.

  1. Pembelian dan penjualan balik secara runcit samada sekaligus atau ansuran (Easy Payment Plan / EPP)
  2. Pembelian dan penjualan balik melalui akaun Gold Accumulation Program (GAP)

Berikut dipaparkan salinan sijil-sijil bagi kedua-dua produk jual beli emas pelaburan syarikat Public Gold yang telah dikeluarkan oleh Panel Penasihat Syariah Amanie Advisor yang ditandatangani oleh Y.Bhg. Datuk Dr. Mohd. Daud Bakar.

1. Pembelian emas dan perak fizikal secara runcit samada sekaligus atau ansuran (Easy Payment Plan / EPP)

Untuk mula beli emas pelaburan goldbar atau dinar LBMA 24K tanpa GST, ambil stok di cawangan Public Gold (3-5 hari) atau di Pejabat Pos Ar-Rahnu (14-18 hari) dan simpan sendiri, sila ikuti langkah berikut:-

Langkah #1: Daftar secara PERCUMA

Anda boleh mendaftar secara percuma.

Langkah #2: Log masuk

Selepas mendaftar, anda boleh terus Login menggunakan nombor IC dengan sengkang sebagai Nama Pengguna (Username) dan Kata Laluan (Password) yang anda isi di laman web Public Gold.

Pembelian boleh dibuat secara sekaligus (Full Payment) atau secara ansuran 4 X selama 4 bulan (Easy Payment Plan). Kedua-dua cara pembelian telah melepasi syarat patuh syariah.

Langkah #3: Ambil stok

Anda boleh pilih samada ingin mengambil stok emas di cawangan Public Gold berdekatan atau sekiranya anda berada di pedalaman, anda boleh pilih untuk ambil stok emas di mana-mana cawangan Pos Ar-Rahnu yang berdekatan anda.

  1. Senarai cawangan Public Gold ada di sini.
  2. Senarai Bank dan Pejabat Pos Ar-Rahnu yang bekerjasama dengan Public Gold ada di sini.

Nota: Standard Operating Procedure (S.O.P) stok sampai di cawangan Public Gold yang dipilih ialah selama TIGA (3) hari bekerja. Manakala S.O.P stok sampai di cawangan Pos Ar-Rahnu yang dipilih ialah selama EMPAT BELAS (14) hari bekerja.

Terkini: Mulai Julai 2018, anda boleh gunakan perkhidmatan kurier untuk hantar jongkong atau dinar emas 999.9 yang anda beli terus ke rumah / pejabat anda.

Maksima berat emas bergantung kepada nilai maksima RM5,000.00 iaitu sekitar 20 gram dalam setiap penghantaran.

Untuk gunakan perkhidmatan ini, anda perlu pilih cawangan PG yang terdekat di Langkah #3 di atas.

Setelah resit bayaran disahkan, anda boleh terus menghubungi staf Public Gold cawangan pilihan anda untuk dapatkan invois harga kurier penghantaran ke alamat anda.

Anda jangan bimbang kerana perkhidmatan hantar emas 999.9 melalui kurier dilindungi insurans. PG akan mengganti dengan item emas yang sama sekiranya emas tidak sampai kepada anda.

Sila ikuti link ini untuk info lanjut mengenai jual beli emas pelaburan secara runcit.


2. Pembelian dan penjualan balik melalui akaun Gold Accumulation Program (GAP)

Pada 29 September 2017, panel penasihat syariah Amanie Advisor telah mengeluarkan Sijil Patuh Syariah ke atas aktiviti jual beli emas akaun GAP Public Gold.

Mulai sekarang, anda dah tak perlu berasa was-was untuk berjual beli secara online emas pelaburan 24K LBMA yang tidak dikenakan cukai GST melalui akaun GAP. Anda boleh mulakan serendah RM100.

Terdapat kemudahan pembiayaan Ar-Rahnu apabila akaun simpanan emas anda mencecah 5 gram. Nilai marhun ialah 70% dari nilai emas semasa. Upah simpan hanya 1% dari nilai marhun secara keseluruhan. Duit tunai akan dipindah ke akaun anda dalam tempoh 48 jam. Staf Public Gold akan menghubungi anda untuk proses tebus balik.

Ikuti hanya 3 langkah mudah dan murah untuk mulakan simpanan emas pelaburan seperti berikut:-

Langkah #1:

Klik di sini untuk daftar percuma akaun simpanan emas Gold Accumulation Program (GAP). Sila guna Instant Transfer jika guna bank lain). Jika nak keluarkan beli 2 gram kerana baki minima 1gram.

Langkah #2:

Tunggu emel PG code dan boleh install GAP apps di https://play.google.com/store/apps/details?id=com.pgmgap.prod

Langkah #3:

Login menggunakan PG code dan Password IC tanpa sengkang yang diemel di GAP apps, tap Menu dan tap Purchase, isi nilai minima RM100. Tap Place Order dan buat belian secara FPX sehingga selesai.

NOTA: Anak-anak yang berumur bawah 18 tahun juga dibenarkan buka akaun simpanan emas dan perak (GSAP) dengan ikut bermula Langkah #1 di atas dengan mendaftar di Akaun Simpanan Emas GAP (Junior) di sini.

Langkah #3 hanya dibuat SEKALI sahaja ketika buka akaun GAP. Tak perlu jika anda telah ada kod PG. Selepas dah dapat kod PG, boleh login akaun GAP di web. Untuk lebih detail, boleh layari https://pelaburanemas.org/gold-accumulation-program-gap/#akaunGAP.

Jika anda mahu buat potongan bulanan melalui akaun bank terus masuk ket akaun simpanan emas GAP, anda boleh dapatkan cara potongan bulanan di sini.

Kesimpulannya, mulai hari ini anda boleh mula buat potongan bulanan minima RM100 untuk pembelian emas fizikal ke dalam akaun emas simpanan GAP anda tanpa was-was.

Sila ikuti link ini untuk info lanjut mengenai simpanan emas pelaburan Gold Accumulation Program Public Gold.

Jika anda duduk berjauhan dari cawangan Public Gold, anda boleh gunakan perkhidmatan kurier untuk hantar jongkong atau dinar emas 999.9 yang anda keluarkan dari akaun GAP terus ke rumah / pejabat anda.

Anda hanya perlu whatsapp bukti bayaran caj premium dan caj kurier selepas menerima invois daripada PG.

Maksima berat emas bergantung kepada nilai maksima RM5,000.00 iaitu sekitar 20 gram dalam setiap penghantaran. Kosnya amat rendah iaitu RM10 untuk 1gram pertama dan RM2 untuk setiap gram berikutnya.

Untuk gunakan perkhidmatan ini, anda perlu ada sekurang-kurangnya 2 gram dalam akaun GAP.

Semoga bermanfaat.

Harga Emas Pelaburan RM231/g Yang Tertinggi Sejak Tujuh Tahun Lalu!

Harga Emas Pelaburan RM231/g Yang Tertinggi Sejak Tujuh Tahun Lalu!💥🚀

Harga emas pelaburan dah mencecah harga tertinggi sejak 7 tahun lalu.

Ini disebabkan oleh kebimbangan global terutamanya mengenai kesan kes jangkitan coronavirus COVID-19 ke atas ekonomi global.

Mengapa? Terdapat kes jangkitan COVID-19 yang semakin merebak ke negara seperti Korea Selatan dan Iran.

Terdapat juga kes pesakit yang diisytiharkan negatif COVID-19 namun didapati positif selepas 10 hari!

Kes jangkitan dan kematian yang semakin bertambah akibat COVID-19 ini telah mencetuskan rasa panik dan kebimbangan kesan ke atas ekonomi Amerika.

Manakala berlaku serangan oleh pengganas Houthi ke atas loji minyak di Arab Saudi meningkatkan ketegangan global.

Harga emas terus meroket dan mencecah serta ditutup tinggi pada USD1,645/oz sehingga 6 pagi tadi waktu Malaysia.

Berikut ialah harga emas pelaburan seperti goldbar dan dinar 24K yang di ambil dari laman web Public Gold.

Harga akaun emas simpanan 24K Gold Accumulation Program (GAP).👇

(Last updated 22-Feb-2020)
MYR 100 = 0.4329 gram
MYR 231 = 1.0000 gram

Harga akaun emas pelaburan 24K Goldbar LBMA / BungaMas / Taifook. 👇

Weight

PG Sell

PG Buy

10 gram

2,305

2,098

20 gram

4,600

4,232

50 gram11,44710,589
100 gram22,78821,193
250 gram56,78453,377
1000 gram 227,138 213,509

Harga akaun emas pelaburan 24K Dinar LBMA. 👇

Dinar PG Sell PG Buy
1 Dinar 980 892

5 Dinar

4,899 4,507

10 Dinar

9,798 9,063

Jika nak jual pada harga di atas pun boleh, tapi jika tiada keperluan mendesak… simpan dulu dan boleh jual balik bila harga emas mencecah USD1,700/oz (RM250/g)!.

Jika nak jual balik emas klik Buyback selepas Login. Search item yang sama dengan emas Public Gold ada dalam simpanan anda (Hanya jenama Public Gold sahaja).

Jika anda ada emas 916 jenama lain pun boleh. Daftar percuma untuk Login dengan Password anda sendiri di sini.

Hubungi saya terus di di +60197475788 atau hanya klik https://msuhaimee.wasap.my/ untuk whatsapp.

Sekiranya anda seorang Dealer di Public Gold, anda akan mendapat 0.3% cashback ke atas nilai transaksi jual balik emas anda.

Jika saya jadi anda, upgrade kepada Dealer Public Gold dahulu dan kemudian baru jual balik emas ditangan.

Jika anda nak upgrade status Dealer dan dapat insentif 1.0 – 1.5% dari setiap pembelian berikutnya, ada promosi Dealer Public Gold mulai hari ini hingga 12 tengahari Isnin (24/2/2020).

Normal Dealer: RM5,000 akaun GAP dalam satu resit + RM200 Wealth Card
Priority Dealer: RM10,000 akaun GAP dalam satu resit + RM200 Wealth Card

Jika anda ada sebarang pertanyaan mengenai jual beli akaun GAP, Goldbar, Dinar atau Dealer di Public Gold boleh sms saya di +60197475788. Atau hanya klik https://msuhaimee.wasap.my/ untuk Whatsapp.

Harga Emas Pelaburan RM226/g & Akan Naik Lagi!

Harga emas pelaburan mencecah RM226/g pada hari ini dan akan naik lagi!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Semoga anda sihat wal’afiat.

Minggu lepas saya maklumkan bahawa harga emas pelaburan telah mencecah harga tertinggi sejak lebih 6 tahun lepas.. pada kali ini harga emas telah mencecah harga tertinggi sejak 7 tahun lepas.

Di sini saya ingin memaklumkan bahawa harga emas mencecah harga RM226/g hari ini berbanding RM221/g minggu lepas. Sejak kes jangkitan penyakit koronavirus di Wuhan, China, harga emas semakin naik!

Apabila ekonomi China mulai terjejas ke peringkat yang lebih serius akibat ketidakhadiran pekerja-pekerja, tiada import dan export berlaku, maka harga emas akan meningkat lagi!

Kebimbangan Amerika mengenai risiko Covid-19 ini ke atas ekonomi mereka dan pengekalan kadar faedah yang rendah telah meningkatkan lagi harga emas dunia ke paras melebihi USD1,600/oz.

Beli dan pegang emas sekarang selagi mana kes koronavirus (Covid-19) tidak selesai. Mungkin berbulan-bulan lamanya seperti kes jangkitan virus terdahulu. Harga emas dijangka mencecah USD1,700/oz (RM250/g)!

Jika nak jual pun boleh, tapi jika tiada keperluan mendesak… simpan dulu dan Insya Allah saya akan maklumkan waktu terbaik untuk jual balik emas yang sedang anda pegang.

Harga emas akaun simpanan GAP (Gold Accumulation Program)

(Last updated 21-Feb-2020)
MYR 100 = 0.4425 gram
MYR 226 = 1.0000 gram

Harga emas fizikal Goldbar LBMA/ BungaMas/ Taifook (Berubah setiap 20 minit)

Weight PG Sell PG Buy
10 gram 2,272 2,067
20 gram 4,533 4,170
50 gram 11,280 10,434
100 gram 22,455 20,883
250 gram 55,954 52,597
1000 gram 223,816 210,387

*PG Sell = harga beli; PG Buy = harga jual balik

Jika anda nak beli boleh terus klik di link di atas. Login guna kod PG sebagai Username dan Password anda (Jika tiada kod PG boleh daftar percuma dengan password sendiri di sini tanpa pelru beli apa-apa). Klik Add to cart dan klik icon troli sebelah kanan atas. Teruskan ikut panduan yang dipaparkan.

Jika nak jual balik emas klik Buyback selepas Login. Search item yang sama dengan emas Public Gold ada dalam simpanan anda (Hanya jenama Public Gold sahaja).

Jika anda nak upgrade status Dealer dan dapat insentif 1.0 – 1.5% dari setiap pembelian berikutnya, ada promosi Dealer Public Gold mulai hari ini hingga 12 tengahari Isnin (24/2/2020).

Normal Dealer: RM5,000 akaun GAP dalam satu resit + RM200 Wealth Card
Priority Dealer: RM10,000 akaun GAP dalam satu resit + RM200 Wealth Card

Jika anda ada sebarang pertanyaan mengenai jual beli akaun GAP atau Goldbar di Public Gold boleh sms saya di +60197475788. Atau hanya klik https://msuhaimee.wasap.my/ untuk whatsapp.

Download E-Book 5 Minit Emas Bernilai RM99 Secara Percuma!


Ebook 5 Minit Emas: 20 asas emas pelaburan
Ebook 5 Minit Emas: 20 asas emas pelaburan yang amat PENTING elak skim cepat kaya bertopeng pelaburan emas.

This will close in 0 seconds