Jual Beli Emas

Rahsia Berjual Beli Emas Patuh Syariah

Jika anda nak jual beli emas untuk tujuan melabur dan dapat keuntungan, anda perlu tahu perbezaan susutnilai atau spread harga emas yang anda beli.

Jual beli emas

Anda perlu faham jenis emas yang paling rendah susutnilainya yang akan memberi keuntungan lebih cepat. Jika anda masih kurang jelas jenis emas untuk pelaburan, sila baca “Tips Pelaburan Emas” dahulu.

Jika anda dah faham bahawa untuk tujuan pelaburan emas, susutnilai harga emas perlulah tidak melebihi 10%. Oleh itu saya nasihatkan agar anda tidak melabur emas dengan membeli barang kemas kerana susutnilainya melebihi 10% bahkan jika anda bertanya di semua kedai emas seperti Habib Jewels dan Poh Kong, susutnilai mereka sekitar 20-35%.

Pakar-pakar pelaburan emas hanya menggalakkan jual beli dinar emas dan gold bar sahaja agar anda menikmati keuntungan dengan lebih cepat. Hanya satu sahaja perkara penting iaitu jual beli emas mestilah halal dan tidak meragukan atau terdapat unsur syubhah.

Terdapat banyak sistem jual beli emas untuk tujuan pelaburan didapati haram (tidak patuh syariah). Pada pandangan saya secara ilmiah dan bukan untuk menjatuhkan mana-mana bank atau bisnes, pelaburan emas di bank-bank seperti pelaburan emas CIMB, pelaburan emas Maybank (Maybank Gold Investment Account), pelaburan emas Public Bank (Gold Investment Account) boleh dikategorikan sebagai tidak patuh syariah. Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang halal dan haram, sila baca “Pelaburan Emas Halal Atau Haram?

Setakat ini, hanya pelaburan emas Kuwait Finance House (KFH) dan bank Al-Rajhi sahaja yang disahkan patuh syariah dalam bab jual beli emas di Malaysia. Namun, terlalu cerewetlah bila kita deal dengan mana-mana bank ni. Saya dah ulas panjang lebar di post yang lalu. (Boleh baca Sitemap di sini).

Di sini saya ingin berkongsi cara jual beli emas paling best di Malaysia. Jika ragu-ragu, anda boleh bandingkan sendiri… akhirnya saya yakin anda akan buat keputusan seperti saya… jual beli emas di Public Gold memang mudah dan puas hati.

Harga anda beli emas = PG Sell
Laman web Public Gold
Harga anda jual emas = PG Buy

Berdasarkan perbezaan spread 100% X [PG Sell – PG Buy] / PG Sell, anda akan dapati kadar spread Goldbar dan Dinar LBMA 24K Public Gold adalah seperti berikut:-

Spread emas Public Gold
Kadar spread Public Gold.

Pada masa ini, tiada beza kadar spread bagi semua emas LBMA / Bunga Mas / Tai Fook mengikut denominasi di atas.

Oleh itu, anda boleh pilih mana-mana denominasi emas (asalkan bukan 0.5g hingga 5g Goldbar atau setengah dinar).

Lagi berat emas… lagi rendah kadar spread (setengah orang guna perkataan spread nipis), maka lagi cepat keuntungan yang akan diperolehi. Apabila harga emas naik melebihi 15% dalam tempoh tertentu, anda boleh pilih untuk jual. Saya dapati Public Gold amat tak cerewet untuk beli balik emas anda. Duit tunai akan terus dipindah ke dalam akaun bank anda dalam tempoh 48 jam.


Untuk mula beli emas pelaburan goldbar atau dinar LBMA / BungaMas / Tai Fook 24K, ambil stok di cawangan Public Gold (3-5 hari) atau di Pejabat Pos Ar-Rahnu (14-18 hari) atau kurier ke alamat anda (terhad 25g berat) dan simpan sendiri, sila ikuti langkah berikut:-

Langkah #1: Daftar secara PERCUMA

Jika anda sampai ke sini KHAS untuk BELI DAN SIMPAN SENDIRI, anda boleh mendaftar secara percuma dahulu di sini. Pendaftaran amatlah mudah dan cepat. Hanya isikan butiran anda dan klik butang ‘Submit’:-

(Nota: Sekiranya anda nak BELI DAN SIMPAN PERCUMA DI AKAUN SIMPANAN EMAS GAP, sila ikuti LANGKAH #1 di sini).

Selepas mendaftar, anda boleh terus gunakan Nama Pengguna (Username) dan Kata Laluan yang membolehkan anda Login masuk ke laman web web Public Gold untuk ikuti langkah seterusnya…

Langkah #2: Login Username dan Password

Adalah lebih mudah gunakan PC jika anda baru pertama kali buat tempahan di Public Gold. Username anda ialah nombor kad pengenalan anda (tanpa sengkang). Jika anda pernah buat tempahan sebelum ini, Username anda bermula dengan PGXXXXXXXX (Sila rujuk nombor pada sebelah atas kanan Sales Order yang terdahulu).

Untuk Login, sila ikuti arahan emel pendaftaran dan masukkan maklumat Login di bawah. (Nota: Sekiranya anda gagal, sila klik ‘Forgot your password?’ dan ikuti arahan seterusnya).

Langkah #3: Pilih item emas pelaburan anda.

Setelah anda berjaya Login, sila klik pada butang ‘Purchase Order’ di bawah. Selepas itu, anda boleh pilih item emas pelaburan anda.

Nota penting: Sekiranya anda ingin membeli emas pelaburan 1g, 5g atau setengah dinar, sila layari Cara Beli Emas Public Gold Yang Menjimatkan Anda.

Purchase Order.

Anda perlu pilih cawangan Public Gold yang terdekat untuk ambil item emas pelaburan anda (S.O.P emas sampai ke cawangan selama 3 hari).

Sekiranya tiada cawangan Public Gold yang terdekat, anda boleh memilih untuk ambil stok emas anda di mana-mana Pejabat Pos Ar-Rahnu yang tertera di web. Namun S.O.P untuk emas anda sampai ke Pejabat Pos Ar-Rahnu adalah selama 14 hari dan caj premium juga adalah berganda berbanding di cawangan Public Gold.

Jika anda beli item bernilai bawah RM5,000.00, penghantaran melalui kurier boleh digunakan selepas pembayaran emas disahkan. Hubungi staf PG di cawangan terdekat untuk pembayaran kurier.

Ada 2 cara pembelian secara terus.

a. Tempah dan bayar sekaligus.

b. Tempah dan bayar secara ansuran (Easy Payment Plan – EPP)

Samada anda nak bayar sekaligus atau secara deposit bulanan, kedua-duanya telah melepasi syarat pembelian patuh syariah. Bayaran dilakukan secara manual dengan membuat pemindahan / transfer dari akaun bank anda ke akaun bank Public Gold Marketing Sdn Bhd. seperti berikut:-

Bank : Malayan Banking Berhad (Maybank). Acc No. : 5071-3410-4563. Swift No. : MBBEMYKL

Bank : Public Bank Berhad. Acc No. : 3167-52-0833. Swift No. : PBBEMYKL

Emelkan bukti transaksi anda terus ke :  pa*****@pu********.my  dan cc kepada su******@pe***********.org untuk saya follow-up sekiranya ada apa-apa masalah kemudian.

Adalah lebih baik sekiranya anda buat bayaran melalui Platform FPX kerana tiada dikenakan caj dan setiap transaksi tak perlu emel salinan transaksi.

Untuk pembelian dan simpan emas sendiri, anda perlu mengambil emas anda di cawangan Public Gold yang terdekat (Sila layari cawangan Public Gold di Malaysia). Terdapat bayaran caj premium yang minima untuk setiap pengeluaran emas mengikut jenis seperti di bawah. (Caj premium di Pos Ar-Rahnu adalah 2X ganda).

Caj Premium Public Gold

Setelah anda membuat pembayaran pertama dan mendapat pengesahan, anda akan menerima emel dari Public Gold yang mengandungi kod PG sebagai contoh PG000123456. Sila ikuti arahan emel agar anda boleh Login menggunakan kod PG anda untuk jual beli emas berikutnya.

Selesailah kaedah beli emas.

Untuk pembelian seterusnya, anda boleh ulangi Langkah #2 di atas.

Panduan berikutnya telah diperbaharui dan tak perlu diikuti.

Pada tahun 2017, saya lebih suka untuk menggunakan aplikasi Public Gold android di smartphone. Ianya sangat mudah. Yang penting ada line internet.

Saya juga ada menerangkan tentang cara nak install aplikasi Public Gold melalui Google Playstore di sini. (Download Manual Public Gold App – Android, iPhone dan Blackberry) – Pada masa ini aplikasi ini telah ditamatkan.

Seterusnya, untuk beli emas di kedai emas online Public Gold tersangat mudah. Berikut saya tunjukkan langkah demi langkah cara jual beli emas di Public Gold selepas anda install aplikasi android Public Gold. Pada masa ini aplikasi digantikan dengan Login secara terus melaui laman web Public Gold.

Gunakan PG code atau jika belum dapat boleh guna no. IC anda.

Setelah anda install, anda akan dapat paparan seperti berikut:-

Langkah #1: Login guna kod PG dan password anda.

Paparan Public Gold app – Tap pada Menu dan kemudian Login.

Langkah #2: Pilih item emas di ‘LIVE PRICE’

Tap di item pilihan
Public Gold app – Tap pada imej beg di hujung kanan mana-mana jenis emas Goldbar / Dinar 24K LBMA untuk mulakan pembelian.

Langkah #3: Tap pada ‘Shopping bag’ di hujung kanan dan tap ‘Submit’ pada halaman berikutnya:

Tap Shopping Bag

Selepas anda dah pasti akan jenis produk dan jumlah sila tap pada ‘SUBMIT BOOKING’ pada sebelah kanan atas.

Isikan jumlah gram emas

Seterusnya anda akan dibawa melalui platform pembayaran kaedah FPX. Kaedah ini akan dikenakan caj minima RM1 atau RM2.

Bayaran cara FPX

Anda boleh pilih mana-mana bank yang anda miliki akaun untuk membuat transaksi pembelian emas Public Gold.

Pilih bank
Selesai bayaran atau tempahan boleh tekan Submit

Akhir sekali, anda perlu isikan alamat emel anda dan tap pada butang ‘Agree and Continue’. Sila ikuti arahan perbankan seterusnya sehingga selesai transaksi. Jika boleh anda simpan snapshot terakhir pembayaran agar boleh follow-up sekiranya ada masalah kemudian hari.

Selesailah pembelian emas Public Gold melalui aplikasi Public Gold.

Jika anda membuat tempahan dan tidak membayar melalui FPX, dalam beberapa minit, anda akan menerima emel daripada Public Gold seperti berikut:-

Emel Public Gold terima pesanan
Emel Public Gold terima pesanan

Sila download lampiran dalam format pdf. Sila semak Sales Order yang anda terima. Mana-mana pembatalan tempahan akan dikenakan caj 5% daripada harga tempahan.

Pesanan pembelian emas Public Gold atau dipanggil sebagai Sales Order.
Pesanan pembelian emas Public Gold atau dipanggil sebagai Sales Order.

Sila tunggu dalam beberapa minit lagi untuk anda menerima Purchase Order (PO) daripada Public Gold.

public gold sales order

Selepas sekitar 4 hingga 5 jam, anda akan menerima emel pengesahan tempahan (Sales Order Confirm) daripada Public Gold menyatakan bagaimana pembayaran perlu dilakukan.

Emel sales order Public Gold
Emel sales order Public Gold

Apa yang penting pada langkah ini adalah seperti berikut:-

1. Buat pembayaran dalam tempoh selewat-lewatnya 4 hari termasuk cuti. Abaikan arahan 24 jam dalam emel tersebut. Jika pembayaran lewat diterima, maka akaun anda akan DIBEKUKAN dan tempahan berikutnya tidak akan diproses.

2. Buat pembayaran secara online melalui Maybank2u atau Public Bank. Saya lebih suka Maybank2u kerana lebih mudah dan anda boleh printscreen maklumat pembayaran. Pembayaran boleh dilakukan di akaun seperti berikut:-

Maybank: 5071-3410-4563 / Untuk transaksi luar negara Swift No: MBBEMYKL

Public Bank: 3167-52-0833 / Untuk transaksi luar negara Swift No: PBBEMYKL

(Nota: Pembayaran maksima di Maybank2u adalah sebanyak RM60,000 sehari)

3. Emel slip pembayaran ke pa*****@pu********.my

4. Telefon cawangan Public Gold yang anda pilih untuk tujuan pengambilan emas anda sebelum anda pergi ke cawangan Public Gold tersebut. Jangan lupa untuk membawa bersama Purchase Order dan slip pembayaran. Simpan dalam smarphone pun boleh sebab boleh emel ke cawangan masa tu juga apabila diminta.

5. Di cawangan Public Gold, kepada yang pertama kali order emas, anda akan diminta mengisi borang pendaftaran untuk tujuan rekod. Oleh itu, ambil masa untuk bertanya jika ada apa-apa kemusykilan.

Untuk jual semula emas Public Gold atau emas pelaburan pelbagai jenama seperti Zenith, Amethyst dan mana-mana barang kemas, sila layari Cara Jual Beli Emas Yang Menguntungkan.

Sekian dan terima kasih.

44 thoughts on “Jual Beli Emas”

  1. Boleh ke kita beli gold bar di PG & simpan sendiri? Lepas tu bila nk pakai cash gadai di ar rahnu pos? Sebab nak jual terus sayang plak.

    Reply
    • Boleh. Jika nak beli gold bar dan simpan sendiri, pastikan beli 1 dinar atau 10g goldbar ke atas sebab lebih jimat. Jika bawah 10g, lebih jimat beli cara GAP.

      Reply

Leave a Comment

× How can I help you?