Harga Emas Pelaburan Akaun GAP Terendah Sejak September 2017

Harga emas pelaburan 24K LBMA GAP Public Gold telah turun kepada paras yang terendah sejak 2017 iaitu sehingga RM169/g pada 15 dan 16 Ogos 2018.

Harga emas pelaburan akaun gap RM169/g terendah sejak 2017.
Harga emas pelaburan akaun gap RM169/g terendah sejak 2017.

Pada 26 Jun 2018, harga emas pelaburan 24K LBMA GAP Public Gold telah turun sehingga RM177/g dan dijangka akan turun lagi kepada RM176/g pada 27 Jun 2018.

Harga emas pelaburan akaun gap terendah sejak 2017.
Harga emas pelaburan akaun gap, goldbar dan dinar terendah sejak 2017.

Manakala pada bulan September 2018 pula, harga emas pelaburan 24K LBMA GAP Public Gold telah naik semula ke paras RM172/g pada 16 September 2018. Namun, kenaikan yang sedikit ini masih pada paras yang rendah sejak 2016.

Harga emas telah meningkat sedikit selepas 16 September kepada RM173 dan RM174/g sehingga 28 September 2018. Pada hari ini 29 September 2018, harga emas 999.9 kembali turun pada RM172/g.

Harga Emas Turun Pada Musim Perayaan Aidilfitri

Kejatuhan harga emas ini membuatkan saya tersenyum dan bersyukur kerana semakin ramai yang mengambil peluang membeli dan menyimpan emas sebagai pelindung kekayaan atau sebagai aset boleh alih yang ampuh inflasi.

Memandangkan sambutan Hari Raya Aidilfitri 1439H masih lagi berterusan, penambahan duit raya bagi anak-anak membuka peluang kepada ibubapa yang celik emas untuk menabung emas bagi pihak anak-anak walaupun masih bayi.

Sila rujuk cara nak buka akaun GAP di sini.

Walau bagaimanapun, mungkin ada di kalangan anda yang berkata…

“En. Suhaimee.. saya memang nak beli masa harga rendah, tapi sebab gaji pun belum masuk…”

Jangan risau sebab sekarang dah ada kemudahan bayaran ansuran yang patuh syariah dipanggil Syariah Easy Payment Plan (SEPP).

Cara Belian Emas Masa Depan Dengan Harga Emas Hari Ini

Caranya amat mudah… samada gunakan aplikasi PG atau login di web.

Nota: Jika anda belum ada Username dan Password, boleh dapatkan secara percuma dengan mendaftar di sini).

Selepas Log Masuk, klik pada mana-mana item emas Goldbar atau Dinar 24K LBMA sebab kadar spread terendah berbanding jenis lain. Klik Add To Cart, klikCart (sebelah atas kanan), pilih cawangan PG / pos Arrahnu untuk ambil stok, pilih cara bayaran Syariah Easy Payment Plan 4X (untuk harga RM500 ke atas). Terdapat juga SEPP 10X untuk pembelian 100g ke atas.

Selesaikan dengan klik butang Submit. Seterusnya, proforma invoice akan dihantar bersama Jadual Pembayaran seperti berikut:-

Contoh Easy Payment Plan Public Gold
Contoh Easy Payment Plan 4X pembelian 1 Dinar LBMA Public Gold.

Bayaran boleh dibuat dalam tempoh 7 hari dari tarikh yang diberi. Stok emas hanya boleh diambil selepas selesai bayaran jumlah keseluruhan.

Jika anda masih ada sebarang pertanyaan, sila klik Hubungi Saya untuk menghantar pertanyaan melalui emel atau Whatsapp terus di sini.

Pada 4 November 2017, harga emas pelaburan berada pada kedudukan RM188/g dan akan kekal sehingga tengah malam Isnin 6 November 2017. Sila lihat bagaimana harga emas 24K LBMA GAP ditentukan di sini.

Harga emas GAP 4 November 2017
Harga emas GAP 4 November 2017

Harga emas semasa pada hari ini merupakan yang terendah sejak kenaikan tertinggi pada bulan September 2017 lalu (Sila lihat posting Harga Emas GAP Tertinggi Dalam Sejarah). Susut RM10 berbanding 5 hingga 8 September 2017.

Jika dilihat harga emas pelaburan GAP pada 4 September 2017 bersamaan dengan RM196/g. Manakala keesokkan harinya meningkat hingga ke paras tertinggi RM198/g!

Harga emas GAP 4 September 2017
Harga emas GAP 4 September 2017
Harga emas GAP 5 September 2017
Harga emas GAP 5 September 2017
Harga emas GAP 8 September 2017

Nilai Emas Tetap Mahal Sepanjang Zaman

Naik turun harga emas memang sesuatu yang tidak dapat dijangkakan walaupun dengan menggunakan perisian yang serba canggih pada masa ini. Jika anda buat carian, terdapat berpuluh-puluh aplikasi di smartfon atau laman web yang menawarkan ramalan pergerakan harga emas semasa dan akan datang.

Emas tetap mahal. Jika 40 tahun dahulu tok nenek kita kata harga emas mahal walaupun hanya sekitar RM40/g, namun nilai RM40 pada masa itu sangat besar seperti harga RM190 pada hari ini.

Ini disebabkan kuasa beli duit Ringgit kita telah jatuh. Jika dahulu RM1 boleh beli 4 biji kuih tetapi pada hari ini RM2 hanya boleh beli 3 biji kuih sahaja!

Sebab itu harga 1 gram emas pada hari ini dan pada masa akan datang hingga kiamat tetap dianggap mahal.

Seperti yang selalu saya tekankan, sebenarnya bukan emas itu makin berkilau silau yang membuatkan harga emas makin naik berbanding 1 bulan atau 1 tahun atau 10 tahun atau 40 tahun dahulu… tapi disebabkan duit kertas yang disandarkan kepada duit USD. Manakala duit USD “disandarkan secara palsu” kepada emas.

Nilai Duit Kertas VS Harga Emas

Ramalan demi ramalan yang menyatakan nilai duit USD akan jatuh berbanding emas kerana dunia telah dimanipulasi oleh USA sejak 15 Ogos 1971.

Telah banyak contoh bagaimana nilai wang kertas sesuatu negara jatuh dalam sekelip mata akibat ketidakstabilan ekonomi dan politik.

Tak perlu menunggu lama kerana sepanjang zaman emas memang berharga dan emas tetap mahal.

Jika anda masih belum faham bagaimana mengaut keuntungan hanya dengan simpan emas, dapatkan buku ‘Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas’ oleh En. Syukor Hashim. Hanya RM80 termasuk pos ke alamat anda. Anda boleh dapatkannya di sini.

Mulakan Tabungan Emas Sekarang

Kepada anda yang dah faham dan tak mahu buang masa, mulakan simpanan emas pelaburan dalam akaun GAP sekarang. Hanya ikuti 3 langkah mudah seperti berikut:-

#1 Harga emas GAP hari ini = RM188/g. (atau boleh semak harga harian di sini)

#2 Untuk makluman belian cara GAP ini juga lebih jimat jika anda nak beli emas 1g/ 5g / setengah dinar (2.125g) berbanding beli terus di kedai PG atau agen.

#3 Login Internet Banking anda / pergi ke mesin ATM untuk transfer jumlah minima RM100 atau RM188 (harga semasa di #1) x jumlah gram yang hendak dibeli ke nombor akaun Public Gold Marketing Sdn Bhd di Maybank 557139238048.

Nota Penting: Sila guna Instant Transfer jika transfer guna bank lain. Jika nak keluarkan beli 2 gram kerana baki minima 1gram (Kelebihan PG berbanding bank komersial yg tetapkan 5g baki minima dalam akaun). Boleh keluarkan bila-bila masa.

#4 Simpan gambar resit belian (Maklumat SMS atau Transaction history TIDAK diterima).

#5 Hantar maklumat berikut dengan gambar resit kepada emel gap@publicgold.com.my dan cc suhaimee@pelaburanemas.org
1. Nama penuh:
2. NRIC:
3. No. telefon:
4. Emel:
5. Jumlah bayaran: RM
6. Tarikh bayaran: dd/mm/yyyy
7. Masa bayaran: xx:xx
8. No. Introducer: PG047646 Suhaimee Manaf (Jika tiada introducer)

Langkah #5 hanya dibuat sekali sahaja ketika buka akaun GAP. Selepas dah dapat kod PG, boleh login akaun GAP di web. Untuk lebih detail, boleh layari Akaun GAP.

Semoga anda mendapat manfaat yang berterusan.

Suhaimee

PS: Elakkan beli kaedah runcit untuk Goldbar 1g, 5g dan setengah dinar. Dapatkan cara jimat simpan dan dapatkan emas melalui GAP.

PPS: Jika anda nak jual emas perhiasan / emas pelbagai jenama, dapatkan info lanjut di sini.

Harga Emas GAP Tertinggi Dalam Sejarah

Harga emas GAP telah mencecah RM198/g bermula 5 September 2017 hingga 8 September 2017 dan memecahkan rekod RM197/g yang juga pernah berlaku sejak BREXIT tahun 2016.

Salam Maal Hijrah. Hari ini 1 Muharram 1439 Hijriah.

Jom kita hijrah dari suka menyimpan tunai yang mudah bocor kepada suka menyimpan emas.

Sebab apa?

Kenaikan harga emas bukan lagi merupakan satu rahsia. Bak kata orang puteh.. “It is an Open Secret..” Semua orang dah tahu… satu Malaysia dan termasuklah negara serantau di Singapura, Indonesia, Brunei malah satu dunia dah tahu harga emas akan naik dari masa ke masa. Jika 40 tahun dahulu nenek kita kata 1g emas mahal walaupun hanya RM30/g, namun nilai RM30 pada masa itu sangat besar seperti harga RM190 pada hari ini.

Sebab itu harga 1 gram emas pada hari ini dan pada masa akan datang hingga kiamat tetap dianggap mahal.

Sebenarnya bukan emas itu makin berkilau silau yang membuatkan harga emas makin tinggi… tapi disebabkan duit Ringgit kita disandarkan kepada duit fiat USD dan duit USD disandarkan kepada emas.

Jika duit USD mengukuh manakala duit kita juga mengukuh, maka turunlah harga emas. Jika duit USD mengukuh manakala duit kita semakin lemah disebabkan ketidaktentuan ekonomi dan politik dalam negara.. maka semakin naiklah harga emas. Jika duit USD lemah manakala duit kita mengukuh… maka harga emas mungkin turun atau tak naik tak turun…

Oleh itu, siapa yang tahu bila harga emas naik atau turun? Hanya Allah Taala sahaja yang Maha Mengetahui. Manusia hanya mampu meramal sahaja.

Emas kalis inflasi. Seekor kambing boleh dibeli dengan 1 dinar sejak 1,400 tahun dahulu. Tidak ada wang kertas / wang fiat boleh menandingi kekuatan nilai emas. Telah banyak contoh bagaimana nilai wang kertas sesuatu negara jatuh dalam sekelip mata akibat ketidakstabilan ekonomi dan politik. Tak perlu menunggu lama kerana sepanjang zaman emas memang berharga dan emas tetap mahal.

Jika anda masih belum faham bagaimana mengaut keuntungan hanya dengan simpan emas, dapatkan buku ‘Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas’ oleh En. Syukor Hashim. Hanya RM80 termasuk pos ke alamat anda. Anda boleh dapatkannya di sini.

Semoga anda mendapat manfaat yang berterusan.

Suhaimee

PS: Corak baharu 1g Goldbar 24K LBMA – Batik Kraton. Boleh dikeluarkan melalui GAP. Elakkan beli kaedah runcit untuk Goldbar 1g, 5g dan setengah dinar. Dapatkan cara jimat simpan dan dapatkan emas melalui GAP.

PPS: Jika anda nak jual emas perhiasan / emas pelbagai jenama, dapatkan info lanjut di sini.