Carta Alir Pelaburan Emas Public Gold

Nak mula pelaburan emas? Setelah anda membaca penerangan saya di blog ini, Saya juga yakin, rakan-rakan semua telah yakin dan jelas tentang kaedah pelaburan emas yang terbaik di Malaysia. Jika anda masih belum memahami kaedah pelaburan emas yang patuh syariah dan sah di sisi undang-undang di Malaysia, sila baca posting berikut:-
1. Tips Pelaburan Emas
2. Emas Kertas Atau Emas Sebenar?
3. Pendaftaran Percuma
4. Kaedah Jual Beli Emas – Elakkan Beli Secara Runcit
5. Kaedah Simpanan Emas Percuma
6. Jana Keuntungan
7. FAQs – Persoalan lazim

Namun, terdapat persoalan yang paling kerap ditanya oleh rakan-rakan yang baru berjinak-jinak dengan pelaburan emas. Persoalannya bagaimana ingin anda mulakan?

Di sini saya ingin kongsikan sedikit mengenai ilmu pelaburan emas sebenar agar anda tidak tersalah pilih dan terperdaya atau terperangkap dengan skim cepat kaya yang banyak di luar sana. Untuk memudahkan anda faham, saya ringkaskan kepada hanya TIGA matlamat utama pelaburan emas dan bagaimana nak mula:-

1. Untuk tujuan lindungi kekayaan.
Pakar emas dunia mencadangkan minima 10% pendapatan ditukar kpd simpanan dalam bentuk emas. Anda boleh mulakan minima 1g goldbar atau setengah dinar (berat 2.125g emas). Jika pendapatan bulanan anda sebanyak RM2K, anda disarankan tukar minima RM200 kepada emas setiap bulan. Contoh berat emas yang boleh dibeli: Harga emas GAP 17/6/2017 = RM188/g. anda boleh beli 1g goldbar = RM188 dan buat bayaran ke akaun Public Gold seperti dinyatakan dengan ikuti langkah demi langkah untuk buka akaun simpanan emas GAP di https://pelaburanemas.org/gold-accumulation-program-gap/#akaunGAP.

Simpanan secara percuma dan boleh letak nama waris. Boleh keluarkan minima 1g bila-bila masa dan baki minima hanya 1g dalam akaun.

Nota: Simpanan GAP ini didapati lebih baik berbanding dengan bank patuh syariah yang lain kerana minima simpanan adalah 5g!

Tahap risiko kerugian adalah rendah sebab anda beli sedikit demi sedikit. Anda boleh jual balik pada bila-bila masa melalui akaun anda di web dan duit tunai akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank anda dalam tempoh 48 jam hari bekerja.

2. Untuk tujuan dapat keuntungan ‘buy low sell high’.
Dicadangkan beli emas minima 250g / 1kg sebab spread yg rendah (6%) berbanding 1g (9%). Harga emas dijangka meningkat dalam jangka panjang. Sila rujuk https://pelaburanemas.org/masa-untuk-melabur-emas/. Setahun lalu harga emas sekitar RM171/g dan pada bulan April tahun 2017 mencecah sehingga RM196/g. Seorang penyimpas emas 1kg goldbar di Melaka telah raih keuntungan RM11,000 dalam tempoh setahun.

3. Untuk tujuan bisnes.
Alang-alang simpan emas, simpanlah sebagai Dealer. Sebagai Dealer, anda tidak perlu menjual emas, anda hanya perlu simpan emas dan anda akan dapat insentif 1% untuk setiap pembelian emas berikutnya. Anda juga boleh gunakan borang pendaftaran di www.publicgold.com.my untuk kenalan anda mendaftar dan letakkan kod PG di ruangan Introducer (Jika anda tak pasti, Insya Allah saya boleh sediakan link untuk anda kemudian). Terdapat sokongan Seminar Emas percuma oleh Public Gold setiap bulan dan anda boleh gunakannya sebagai medium penyampaian ilmu emas kepada yang lain seperti yang saya tunjukkan di sini.

Sebagai Dealer, anda juga boleh dapat insentif 1% dari setiap pembelian emas kenalan anda. Kiraan insentif seperti diterangkan di Dapatkan Keuntungan Pelaburan Emas Setiap Bulan. Anda boleh pilih samada nak terus simpan dalam akaun GAP atau keluarkan sebahagian emas dalam bentuk dinar atau goldbar. Kaedah buka akaun sama seperti di Para 1. Nilai insentif dibayar setiap 20hb berikutnya. Nilai bawah RM10 akan dibawa ke bulan hadapan, nilai RM10-RM99 akan dimasukkan ke akaun GAP bersamaan nilai emas GAP dan nilai RM100 ke atas akan dimasukkan ke akaun bank secara tunai. Tahap risiko kerugian tiada kerana anda dapat penjimatan berterusan.

Oleh itu, pilihlah mana-mana matlamat pelaburan emas yang anda fikir sesuai dengan situasi kewangan anda. Perlu diingatkan agar anda tidak menggunakan pinjaman bank untuk menyimpan dan melabur emas. Anda juga diingatkan agar tidak terpedaya dengan mana-mana skim pelaburan emas yang tidak sah di sisi undang-undang walaupun mereka menawarkan bonus / dividen / pulangan yang lebih tinggi dalam masa yang lebih singkat.

 

Akhir sekali, anda boleh mula dengan memilih mana-mana Laluan yang sesuai untuk anda di bawah:-

Carta alir pelaburan emas Public Gold.

Laluan 1: Sebagai pelanggan biasa yang ikut Matlamat 1 –  simpan emas berdikit-dikit setiap bulan dengan menetapkan sasaran tak kurang 10% pendapatan tunai ditukar kepada simpanan emas. Simpan untuk tujuan seperti untuk menunaikan haji dan umrah, atau untuk simpanan tabung pendidikan anak-anak, atau hanya sebagai pegangan aset mudah alih yang boleh dicairkan melalui pajak gadai Ar-Rahnu apabila terdesak.

Laluan 2: Sebagai Dealer – termasuk juga kepada pelanggan biasa yang mengikuti Matlamat 2 dan 3.

Semoga anda berjaya di dalam mana-mana Laluan Pelaburan Emas yang anda pilih! Anda boleh hubungi saya sekiranya masih ada apa jua persoalan dengan menggunakan borang “Hubungi Saya“.

Semoga bermanfaat.

Lihat Harga Emas Semasa – Cara Jual Beli Emas Yang Menguntungkan

Nak tahu harga emas semasa pada hari ini? Memang terdapat banyak kedai emas yang menyediakan laman web atau aplikasi Android atau iPhone yang memberi anda maklumat harga emas terkini seperti harga emas 999 (jongkong emas dan dinar emas), harga emas 916 (cincin emas 916 dan rantai tangan emas 916), harga emas putih dan pelbagai jenis emas.

Namun, anda pasti tertanya-tanya kedai emas yang betul-betul memberi maklumat harga emas terkini yang tepat dan tidak menipu? Maklumlah, zaman penuh dengan tipu daya untuk memerangkap mangsa lebih-lebih lagi dalam perniagaan jual beli emas yang merupakan logam berharga. Bila anda layari sahaja laman web kedai emas yang menyediakan harga emas semasa, mulalah ada ‘pop-up’ yang memaksa anda daftar nama dan nombor telefon anda untuk mengetahui maklumat lanjut.

Ada juga laman web yang memaparkan harga emas semasa tetapi terdapat banyak perbezaan di antara harga bukan ahli dan harga ahli. Malah anda perlu membayar yuran keahlian pula untuk membeli emas di kedai emas tersebut. Saya menyarankan agar anda menyemak status apa-apa perniagaan emas, bisnes emas atau pelaburan emas di Bank Negara Malaysia disebabkan terlalu banyak skim cepat kaya di luar sana.

(Perhatian penting: Sebelum anda nak jual beli emas, anda perlu tahu makna harga emas spot, harga jualan, harga belian, harga runcit dan kadar spread agar anda tidak terkeliru pada masa akan datang. Terdapat perbezaan harga jualan, harga belian, harga runcit dan kadar spread yang ditetapkan oleh kedai emas masing-masing.).

Tips #1 – Kenalpasti kedai emas yang menawarkan harga emas yang terendah.

Harga emas semasa Kitco.com

Harga emas spot ialah harga emas asas dunia bersandarkan nilai matawang negara masing-masing. Anda boleh dapati harga emas spot di www.kitco.com, www.goldprice.org. Terdapat tiga warna carta pergerakan harga emas iaitu biru, merah dan hijau. Pada kebiasaannya, pergerakan harga emas semasa ditunjukkan dalam warna hijau. Pergerakan harga emas pada hari semalam ditunjukkan dalam warna merah dan pergerakan harga emas pada dua hari lepas ditunjukkan dalam warna biru.

Harga emas jualan pula merupakan harga emas semasa yang ditetapkan oleh kedai-kedai emas. Untuk harga emas pelaburan seperti jongkong emas dan dinar emas 999 atau 24K, harga emas jualan sebaiknya tidak melebih 10% daripada harga emas spot. Jika harga emas jualan sesuatu kedai emas didapati melebihi 10% daripada harga emas spot, bermakna kedai emas tersebut mengaut keuntungan yang berlebihan dari anda.

Sekarang marilah kita sama-sama semak kadar perbezaan harga jualan berbanding harga emas spot beberapa kedai emas ternama di Malaysia pada tarikh 29/1/2017 (Ahad) seperti berikut:-

Harga emas spot segram dari Goldprice.org = RM169.63/g

Harga emas semasa Goldprice.org (27/1/2-17).

 

Contoh perbezaan harga emas spot dan harga emas semasa di laman web Public Gold.

Harga emas semasa 1g jongkong emas 999 24K kedai emas Public Gold Marketing Sdn. Bhd. = RM185.00/g.

Harga emas semasa Public Gold (27/1/17).

Kadar perbezaan harga emas spot = (RM185.00 – RM169.63)/ RM169.63 X 100% = 9.06%.

Di sini anda dapat lihat kadar perbezaan harga emas spot dunia dengan harga emas semasa jongkong emas Public Gold hanyalah 9.06% dan di bawah paras 10% yang disarankan oleh pakar emas dunia. 

Sekarang mari kita lihat dan bandingkan harga emas spot dan harga emas semasa jenama emas Power Gold atau yang sebenarnya jenama Amethyst.

Contoh perbezaan harga emas spot dan harga emas semasa di laman web Powergold.

Harga emas semasa 1g emas goldbar 999 dari kedai emas Powergold = RM224.00 (Bukan Ahli) dan RM204.75 (Ahli). Oleh itu, terdapat dua kadar perbezaan harga emas spot dengan harga emas terkini di Powergold seperti berikut:-

Bukan ahli = (RM224.00 – RM169.63)/ RM169.63 X 100% = 32.05%. …. OH! WOW! BANYAKNYA! Lebih 22.05% dari paras yang disarankan oleh pakar emas dunia.
Ahli = (RM204.75 – RM169.63)/ RM169.63 X 100% = 20.70%. …. OH! WOW! BANYAKNYA! Harga Ahli pun dah lebih 10.70% dari paras yang disarankan oleh pakar emas dunia.

Jika dibandingkan kadar perbezaan harga emas spot dan harga emas semasa untuk kedua-dua Bukan Ahli dan Ahli didapati melebihi 10% dari saranan oleh pakar emas dunia.

Oleh itu, anda dah boleh menilai jenama emas pelaburan yang manakah yang sepatutnya anda beli dan simpan dan jenama emas pelaburan yang manakah yang patut anda JAUHI. Jadilah pelabur emas yang berilmu agar anda TIDAK TERSALAH BELI jongkong emas atau dinar emas yang terlalu mahal berbanding harga spot dunia.

Tips #2 – Kenalpasti jika kedai emas beli semula emas yang anda beli.

Sejak saya mulakan operasi blog www.PelaburanEmas.org pada tahun 2014, terdapat ramai yang menghubungi saya mengadu bahawa emas pelaburan jenis Amethyst dan beberapa jenama lain sukar dibeli semula oleh kedai emas masing-masing. Oleh yang demikian, anda dinasihatkan agar mengenalpasti tahap kesukaran proses jual emas anda kepada kedai emas dengan harga yang tinggi.

Bagaimana anda nak tahu kedai emas itu menawarkan harga beli emas yang tinggi? Jawapannya ada pada kadar spread yang tertera di laman web kedai emas itu sendiri. Jika mana-mana kedai emas yang tidak menyatakan harga belian balik emas yang mereka jual di laman web mereka bermakna ada yang tak kena dengan kedai emas tersebut. Anda mungkin mengalami kesukaran untuk menjual semula emas pelaburan yang anda beli.

Sebenarnya terdapat beberapa lagi tips untuk mengetahui harga emas semasa bagi emas pelaburan yang berbaloi anda beli. Namun, saya yakin dengan hanya dua tips yang saya berikan di atas sudah cukup untuk memaklumkan kepada anda kedai emas mana yang menawarkan harga emas semasa bagi item emas pelaburan yang menguntungkan anda.

Oleh yang demikian, saya amat mengesyorkan anda untuk mendapatkan maklumat harga emas terendah di kedai emas Public Gold berbanding kedai emas lain.

Sekiranya anda ingin membeli emas pelaburan seperti jongkong emas 1g dan 5g atau setengah dinar emas dengan harga emas terendah berbanding kedai emas lain di Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia, anda boleh dapatkan maklumat program akaun simpanan emas fizikal GAP (Gold Accumulation Program).

(Nota: Pada kebiasaannya, kedai-kedai emas biasa di luar sana menjual jongkong emas 1g pada harga sekitar RM215.00, 5g dijual pada harga RM1050.00 dan setengah dinar dijual pada harga RM460.00).

Sekiranya anda ingin menjual semula emas perhiasan seperti cincin emas 916 dan rantai tangan emas 916 dengan harga emas 916 yang tinggi berbanding kedai emas biasa di luar sana, anda boleh dapatkan tips jual emas perhiasan dengan harga tinggi di sini.

Untuk memudahkan anda mendapatkan notifikasi / alert harga emas semasa, anda boleh memasang Public Gold app seperti yang ditunjukkan di sini.

Melabur Emas Untuk Jana Keuntungan

Anda ingin melabur emas dan jana keuntungan? Untuk mendapat keuntungan dari aktiviti melabur emas amatlah mudah. Pada hari ini, terdapat banyak peluang dan ruang yang disediakan untuk anda rebut agar tidak menyesal pada masa akan datang…

Persoalan #1 yang biasa ditanya ialah apakah jenis pelaburan emas yang boleh jana keuntungan? Anda tak perlu bersusah payah nak fikir kaedah untuk jana keuntungan pelaburan emas kerana dah ada satu kaedah yang amat mudah dan selamat untuk anda ikut. Namun, sepertimana jenis-jenis pelaburan lain di dunia ini samada pelaburan emas, pelaburan hartanah, pelaburan perniagaan dan pelaburan unit saham bahawa risiko rugi tetap ada jika anda kurang ilmu pelaburan. Oleh itu, sebelum anda ingin menceburi pelaburan emas, anda digalakkan untuk membaca Buku Rahsia Ilmu Pelaburan Emas di sini.

Seterusnya, seperti yang telah saya terangkan dalam post yang lepas, pelaburan emas ialah saat anda miliki emas jongkong (goldbar) dan dinar 24K yang mendapat pengiktirafan London Bullion Market Association (LBMA)… Mengapa? Hanya emas 24K LBMA sahaja yang TIDAK DIKENAKAN GST.

Persoalan #2 yang sering ditanya ialah di mana anda nak dapatkan emas goldbar atau dinar 24K LBMA ini? Oleh itu, di sini saya perkenalkan jenama emas yang tidak dikenakan cukai GST iaitu emas jongkong dan dinar 24K jenama Public Gold…. Sekali lagi saya nak beritahu jenama emas Public Gold dan BUKAN Power Gold sebab Power Gold tu menggunakan jenama emas Amethyst yang tidak mendapat pengiktirafan dari mana-mana negara pengeluar emas dunia dan juga LBMA. Saya bukan nak merendahkan mana-mana jenama, tetapi fakta tetap fakta dan jika anda dapati saya salah, sila betulkan saya.

Goldbar 999.9 Public Gold di'seal' bersama sijil ketulenan.
Goldbar 24k (999.9) LBMA Public Gold di’seal’ bersama sijil ketulenan bebas GST.

 

Persoalan #3 ialah mengenai riba dalam jual beli emas. Alhamdulillah… anda telah menemui blog mengenai pelaburan emas yang betul kerana di sini saya akan menerangkan kepada anda bagaimana anda dan ahli keluarga anda, persatuan atau kelab yang anda sertai boleh mendapat keuntungan melalui aktiviti pelaburan emas tanpa RIBA’ Insya Allah. Ini adalah kerana Allah SWT telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba’.

Jika anda masih sangsi mengenainya anda boleh baca post saya di Pelaburan Emas Halal atau Haram?

Seterusnya ialah bagaimana cara jual beli emas jenama Public Gold yang bebas riba’. Caranya ialah:-

  1. Anda jual beli emas dengan cara tunai dan bukan hutang. Riba’ berlaku apabila anda dapat dulu emas dan bayar ansur-ansur atau lebih 3 hari selepas itu. Ataupun, anda melakukan riba’ apabila anda bayar secara tunai namun emasnya tidak anda miliki serta merta atau sekiranya transaksi jual beli emas secara online tidak diselesai dalam 3 hari.
  2. Anda jual emas dalam gandaan minima 1 gram (untuk goldbar) atau 4.25g (untuk 1 dinar) dan BUKAN dalam jumlah berat emas yang tidak boleh didapati dalam bentuk fizikal di pasaran. Di Public Gold, minima pembelian emas ialah RM100 dan anda boleh membuat potongan gaji bulanan berdasarkan “Standing Instruction” kepada pihak bank anda. Layari Cara Potongan Bulanan Pelaburan Emas Patuh Syariah. Selepas baki akaun ada 2 gram, barulah dibenarkan untuk anda jual balik 1 gram.

Rujukan:-
1. Parameter Pelaburan Emas oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.
2. Analisis Syariah Terhadap Produk-Produk Pelaburan Emas di Malaysia.

Persoalan #4 ialah bagaimana nak mulakan pelaburan emas dan jana keuntungan?

Secara asasnya ada tiga kaedah:-

(a) Simpan sendiri (Keuntungan Jangka Panjang).

(b) Simpan di kedai emas (Keuntungan Jangka Panjang). Keuntungan Jangka Panjang bermaksud anda beli dan simpan emas sebagai aset. Anda boleh pilih samada nak jual balik apabila harga semasa meningkat lebih 15% daripada harga beli dulu atau simpan terus untuk capai sasaran simpanan 1kg emas menjelang 10 tahun dari sekarang.

(c) Beli, simpan dan beritahu yang lain agar mereka juga mula simpan emas untuk lindungi kekayaan mereka (Keuntungan Jangka Pendek dan Jangka Panjang). Anda boleh jana keuntungan melalui komisen 1-2% daripada setiap pembelian emas orang perseorangan atau syarikat koperasi yang anda perkenalkan. Alang-alang simpan emas, simpanlah sebagai Dealer. Untung-untung, ramai yang anda beritahu cara pelaburan emas yang mudah dan patuh syariah mula tersedar akan risiko jika mereka tak mula simpan emas mulai sekarang.

Jika anda dah bersedia untuk membeli dan simpan sendiri emas goldbar atau dinar di rumah atau buat stok di kedai emas anda, sila ikuti Langkah #1 di Jual Beli Emas.

Jika anda dah bersedia untuk beli emas goldbar atau dinar dan simpan secara PERCUMA SEUMUR HIDUP dan boleh namakan pewaris di Public Gold, sila ikuti Langkah #1 di Simpanan Akaun Emas GAP.

Harga Pakej Umrah dan Ziarah Hanya 10 Dinar

Anda tercari-cari pakej Umrah dan Ziarah untuk mengerjakan ibadah umrah pada tahun ini? Alhamdulillah… pada masa kini terdapat banyak syarikat yang menawarkan pakej Umrah dan Ziarah ke Tanah Suci Mekah dan Madinah untuk sepanjang tahun.

Namun apa yang membezakan antara satu-satu syarikat ialah harga pakej umrah, tempat hotel penginapan samada jauh atau berhampiran dengan Masjidil Haram di Mekah dan Masjid an-Nabawi di Madinah. Bilik hotel samada berempat, bertiga atau berdua yang mana lebih ramai yang duduk sebilik sudah pasti pakej umrah dan ziarah itu lebih murah. Manakala bilik hotel berdua adalah yang termahal berbanding bilik-bilik hotel yang lain.

Masa ibadah umrah juga merupakan faktor utama harga sesuatu pakej umrah yang ditawarkan itu mahal atau murah. Jika anda ingin menunaikan ibadah umrah pada masa diluar bulan Ramadhan, maka harga pakej umrah yang ditawarkan adalah sekitar RM5,000 hingga RM7,000 mengikut jenis bilik berempat, bertiga atau berdua. Sebagai contoh saya ambil dari laman web syarikat DinarHolidays.com untuk harga pakej umrah.

Perbandingan harga pakej umrah

Dengan melihat contoh di atas, untuk pakej umrah bilik berdua dan ibadah umrah bermula awal bulan Ramadhan, pakej umrah dan ziarah meningkat hingga sekitar RM9,000.00!

Olej itu, saya dan isteri dah membuat perbandingan harga pakej umrah dan ziarah untuk mengerjakan ibadah umrah pada akhir Syaaban dan awal Ramadhan… kami dapati bahawa untuk bilik berdua, harga pakej umrah yang terbaik ditawarkan oleh Syarikat Safari Haramain yang beralamat di Taman Permatang Indah, Permatang Damar Laut, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Nak tahu rahsianya? Rahsianya ialah pakej umrah dan ziarah yang ditawarkan adalah tetap pada nilai 10 Dinar LBMA Public Gold sahaja!

Umrah 10 Dinar Public Gold - Safari Haramain. Anda boleh buat tempahan tunaikan umrah sepanjang tahun.
Umrah 10 Dinar Public Gold – Safari Haramain. Anda boleh buat tempahan tunaikan umrah sepanjang tahun.

Masya Allah.. 10 dinar sahaja seorang… jadi kami berdua pun tak buang masa dan membeli 10 dinar emas pada bulan Februari 2016 untuk pergi penghujung Syaaban dan Awal Ramadhan yang pada ketika itu berharga sekitar RM7,210.00 sahaja untuk seorang. Jadi untuk dua orang adalah sebanayak RM7,210.00 x 2 = RM14,420 sahaja! Ya Allah! Kami amat bersyukur kepada-Mu kerana menunjukkan kami jalan yang mudah dan murah untuk menunaikan ibadah umrah pada tahun ini… rindunya kami untuk ke sana… Labbaikallahumma labbaik…

Untuk pengetahuan anda, 10 Dinar LBMA (London Bullion Market Association) ialah satu-satunya dinar emas yang tidak dikenakan GST di Malaysia. Emas 10 Dinar LBMA ialah emas berketulenan 999.9 atau 24K dengan berat emas sebanyak 42.5g. Bagaimana nak mendapatkan miliki 10 Dinar LBMA pada harga yang murah? Anda boleh membuka akaun emas GAP (Gold Accumulation Program) di sini. Ikuti dengan Langkah #1 di laman tersebut.

Insya Allah, pakej umrah 10 dinar ini akan diteruskan sepanjang tahun dan pembayaran 10 dinar perlu dilakukan selewat-lewatnya tiga (3) bulan dari tarikh penerbangan. Anda boleh mula membeli secara terus sebanyak 42.5g sekaligus atau membuat ansuran mengikut kadar gandaan serendah 1 Dinar. Sebagai contoh pada bulan ini anda beli sebanyak 1 Dinar dengan harga 1 gram emas GAP ditetapkan pada RM172/gram yang bersamaan dengan RM731 untuk satu dinar.

Harga emas GAP terendah bulan Mei 2016
Harga emas GAP terendah bulan Mei 2016

Sila lihat jadual harga emas di www.publicgold.com.my atau jika server Public Gold perlahan disebabkan terlalu ramai yang layari laman tersebut, anda boleh dapat dengan lebih cepat di Harga Emas Semasa. Jika anda kira harga 10 Dinar pada hari ini dan mungkin esok hanyalah sebanyak RM7,310.00 sahaja. Anda dan pasangan anda boleh pasang niat untuk mengerjakan umrah pada hujung tahun ini waktu cuti sekolah atau pada bila-bila masa yang anda dan pasangan anda hajati.

(Psstt.. nak beritahu kepada anda bahawa dah hampir sebulan harga emas mencecah lebih RM175/gram! Ni yang terendah dan saya fikir jangan tunggu lama-lama…)

Anda jangan bimbang… harga pakej umrah termasuk set kelengkapan kain ihram, beg sandang, beg kecil (hand carry), beg kasut, buku panduan umrah, visa umrah, tiket penerbangan pergi balik dari KLIA ke Jeddah, penginapan, makan dan minum di Hotel Alrawasi Safeer (50m dari Masjid AN-Nabawi) dan Hotel Saif AL-Yamani Palace (350m dari Masjidil Haram). Saya dan isteri  akan berangkat ke Arab Saudi untuk menunaikan ibadah umrah ikut program 10 dinar syarikat Safari Haramain ini pada 31 Mei 2016 dan akan balik ke Malaysia pada 13 Jun 2016 (pakej umrah awal Ramadhan 14 hari 12 malam dengan bilik berdua). Pada 1 Mei 2016 lepas kami dah menghadiri Kursus Perdana Umrah Public Gold di Surau An-Nur, Permatang Tepi Bendang, Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Jadual Kursus Perdana Umrah Public Gold Safari Haramain
Jadual Kursus Perdana Umrah Public Gold Safari Haramain

Ada tiga ustaz terlatih yang telah berkhidmat sebagai Mutawwif selama 8 tahun iaitu Ustaz Hj Mohd Khalid bin Hj Jaafar, Ustaz Abdul Jalil bin Zainol dan Ustaz Nasser bin Osman. Mereka bertiga bergerak bersama-sama menganjurkan Kursus Umrah Perdana Public Gold – Safari Haramain di Pulau Pinang (utara), Perak (tengah), Kelantan (timur) dan Selangor (tengah).

Kursus Umrah 10 Dinar Public Gold Safari Haramain
Kursus Umrah 10 Dinar Public Gold Safari Haramain

Untuk kumpulan di Utara, bas percuma disediakan dari Pulau Pinang ke KLIA. Sekiranya anda dan pasangan anda berminat untuk turut serta pada trip yang berikutnya, sila buat pembelian sebanyak 42.5g emas di akaun GAP untuk cukupkan 10 dinar di sini. Akaun emas GAP ialah akaun simpanan emas fizikal percuma seumur hidup. Hanya tinggalkan baki 1g emas untuk kekalkannya aktif seumur hidup.

Semoga Allah Taala kurniakan kepada kami dan kepada anda semua pahala Umrah yang Mabrur.. Amin Ya Rabbal Alamin.

 

Cara Naik Turun Harga Emas GAP Public Gold

Nak tahu cara naik turun harga emas GAP Public Gold? Caranya amat mudah dan anda tak perlu bazirkan wang ringgit dan masa untuk mempelajari teknik menceburi pelaburan emas Public Gold.

Sebelum saya teruskan, mungkin ramai yang tak tahu apa itu GAP Public Gold. GAP ialah singkatan kepada Gold Accumulation Program yang bermaksud Program Pengumpulan Emas. Program ini dibangunkan oleh kedai emas Public Gold yang bertujuan untuk memudahkan segenap lapisan masyarakat di Malaysia dari bayi yang baru lahir sehinggalah kepada orang yang telah dewasa agar mereka dapat membuka akaun emas secara online dan menyimpan seberapa banyak emas yang mereka suka secara PERCUMA seumur hidup tanpa upah. Mereka juga boleh mengeluarkan emas jongkong (goldbar) atau dinar 24K pada bila-bila masa dengan caj yang minima. Sila layari Gold Accumulation Program untuk mengetahui lebih lanjut.

Jika anda dah faham apa itu GAP Public Gold, anda pasti tertanya-tanya cara naik turun harga emas GAP dan bila waktu yang sesuai untuk membeli emas GAP Public Gold. Harap anda dapat memahami beberapa info di bawah:-

Info #1:
Sila lihat harga emas GAP Public Gold yang tertera di laman web Public Gold atau anda boleh layari di Harga Emas Semasa.

Info #2 (Trend Harga Emas GAP Naik Pada Hari Esoknya):
Sila lihat snapshot harga emas GAP pada 28 Mac 2016 (Jam 8.37 malam) di bawah perenggan ini. Harga emas GAP pada hari tersebut ditetapkan pada RM172/g. Kemudian, sila lihat carta “Daily Gold Chart” dan bandingkan dengan harga 10g emas LBMA Goldbar / Wafer 24K (dalam jadual di bawah GAP). Trend “Daily Gold Chart” dan harga 10g emas didapati meningkat melebihi RM172/g. Oleh itu, anda boleh menjangkakan cara naik turun harga emas GAP selepas 12 tengah malam 29 Mac 2016 akan melebihi RM172/g iaitu RM173/g seperti yang ditunjukkan.

Harga emas GAP Public Gold - 28 Mac 2016 (Jam 8:37 malam)
Harga emas GAP Public Gold – 28 Mac 2016 (Jam 8:37 malam)
Harga emas GAP Public Gold – 29 Mac 2016 (Jam 6:36 pagi)

Sekiranya anda dapati trend seperti ini, adalah lebih baik anda membeli emas GAP sebelum jam 12 tengah malam hari tersebut.

Info #3 (Trend Harga Emas GAP Turun Pada Hari Esoknya):
Sila lihat snapshot harga emas GAP pada 1 April 2016 (Jam 11:36 pagi) di sebelah kiri bawah perenggan ini. Harga emas GAP pada hari tersebut (selepas 12 tengah malam) ditetapkan pada RM173/g. Kemudian, sila lihat carta “Daily Gold Chart” dan bandingkan dengan harga 10g emas LBMA Goldbar / Wafer 24K (dalam jadual di bawah GAP). Trend “Daily Gold Chart” dan harga 10g emas didapati menurun kepada kurang dari RM172/g (RM1,717.00/10g). Oleh itu, anda boleh menjangkakan cara naik turun harga emas GAP selepas 12 tengah malam 2 April 2016. Harga emas GAP turun kepada sekurang-kurangnya RM172/g iaitu RM170/g seperti yang ditunjukkan.

Harga emas GAP Public Gold 1 April 2016 (Jam 11:36 pagi)
Harga emas GAP Public Gold 2 April 2016 (Jam 6:16 petang)

Jika trend harga emas ini turun, anda boleh menangguhkan pembelian emas GAP pada keesokan harinya.

NAMUN AMAT PERLU DIPERINGATKAN KEPADA ANDA BAHAWA KADANG KALA HARGA EMAS BOLEH NAIK MENDADAK HINGGA MELEBIHI 5% DALAM BEBERAPA MINIT SAHAJA!

Oleh itu, apa yang saya terangkan di atas hanyalah sebagai panduan dan tips agar anda tahu bagaimana cara naik turun harga emas GAP ditetapkan pada setiap 12 tengah malam.

Manakala harga emas fizikal selain emas GAP seperti goldbar dan dinar akan sentiasa dikemaskini pada setiap 20 minit pada setiap masa 24/7 (24 jam sehari/ 7 hari seminggu).

Setelah anda faham bagaimana cara naik turun harga emas GAP, sila layari Gold Accumulation Program untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Semoga anda dapat manfaat daripada apa yang saya terangkan di sini dan anda boleh mengemukakan soalan dengan menggunakan borang “Leave A Reply” di bawah.

Peluang Bisnes Pelaburan Emas Untuk Pelajar IPT

Bisnes pelaburan emas pelajar.MASA TERHAD! Peluang bisnes pelaburan emas khas untuk pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) kini dibuka mulai 1 April 2015 hingga 30 April 2015. Jika anda merupakan seorang pelajar universiti atau kolej samada swasta atau awam yang mempunyai Kad Pelajar yang sah, anda layak membuka bisnes pelaburan emas dengan membeli emas GAP minima nilai RM500 sahaja dalam satu transaksi!

Ini bermakna jika harga emas GAP pada hari ini ialah RM148.00/gram dan untuk mengelakkan transaksi yang haram, anda membeli RM148.00 x 4 gram emas GAP = RM592.00. Oleh itu, Public Gold (M) Sdn. Bhd. akan memberi kemudahan untuk anda membuka bisnes emas online dan offline. Emas GAP ialah emas yang dibeli melalui Gold Accumulation Program yang menawarkan simpanan emas secara percuma di Public Safe dan segala simpanan anda dilindungi insurans! 

Bagaimana cara nak buat bisnes pelaburan emas? Apabila ada pelanggan yang membeli apa jua produk emas melalui link khas yang dibekalkan oleh Public Gold, maka setiap transaksi pembelian pelanggan anda akan menerima komisen sebanyak 1%. Begitu juga apabila anda sendiri membeli emas di Public Gold, anda juga akan menerima komisen sebanyak 1%. Sebagai dealer, Public Gold akan memberi komisen 0.3% untuk setiap transaksi jual semula emas anda ke Public Gold.

Oleh itu, jika anda merupakan seorang pelajar universiti atau kolej, saya sangat menyokong anda mulakanlah bisnes pelaburan emas yang terbaik di Malaysia mulai hari ini kerana tempoh promosi menjadi Dealer Public Gold dengan modal paling rendah (serendah RM500) akan berakhir pada tengah malam 30 April 2015.

Adalah amat bertuah anda gunakan tempoh promosi ini kerana nilai pembelian sebenar untuk melayakkan anda sebagai Dealer Public Gold adalah dengan pembelian emas bernilai RM30,000 dalam satu resit! Memanglah anda tak rugi apa-apa pun sebab emas dengan nilai RM30,000 itu pun adalah hak milik anda juga. Namun, sebagai pelajar, manalah nak cari modal berpuluh-puluh ribu tu melainkan jika dah bekerja.

Alhamdulillah, sekarang dah ada peluang terbuka luas untuk para pelajar universiti dan kolej untuk membuka bisnes emas online di usia muda. Anda hanya perlu ingat bahawa pelaburan emas bukan pelaburan singkat tetapi pelaburan jangka panjang.

Bagaimana anda nak mulakan? Saya sarankan anda ikuti langkah Simpanan Emas Pelaburan Semudah 1-2-3! Cuma ada tambahan agar anda Whatsapp gambar Kad Pelajar anda juga di samping maklumat pembelian emas GAP dan snapshot resit Maybank2u.

Semoga anda success dalam pelaburan emas. Amin…

Pelaburan Emas di Brunei

Dua hari lepas saya ada menerima pertanyaan mengenai pelaburan emas di Brunei daripada seseorang yang bernama Encik Abu Bakar Hj Mohd. Bekir menggunakan borang “Hubungi Saya“. Saya dah jawab pertanyaan beliau dan cuba menghantar melalui emel su******@***********as.org dan juga emel peribadi saya namun tidak berjaya kerana saya mendapat mesej emel MAILER-DAEMON menyatakan alamat emel beliau tidak dapat dicapai.

Oleh yang demikian saya mengharapkan Encik Abu Bakar dari Brunei dapat membaca posting ini.

Mesej beliau seperti berikut:-

Assalamualaikum encik suhaimee, saya dari Brunei Darussalam dan sangat tertarik dengan pelaburan emas. saya merancang melabur emas sebelum saya menamatkan perkhidmatan dalam masa 3 tahun. Bolehkah saya mengikuti pelaburan emas melalui online? Di Brunei bank daripada Malaysia yang ada disini ialah MAYBANK sahaja. Harap encik Suhaimee terangkan lebih jelas.

Daripada Abu Bakar (Brunei)

Wa’alaikumussalam Encik Abu Bakar,

Terima kasih kerana menghubungi saya di PelaburanEmas.org. Pertama sekali saya minta maaf kerana terlewat respond emel tuan.

Yang keduanya, saya mohon maaf kerana masih kurang arif berkaitan peraturan pelaburan emas di Brunei. Pada pendapat saya jika tuan ingin membeli emas secara online tiada masalah.

Terdapat dua kaedah:-

  1. Tuan boleh beli emas melalui Maybank2u dan simpan secara percuma di
    Public Gold melalui Program GAP seperti yang saya terangkan di sini tanpa perlu mengeluarkan emas tersebut sampai bila-bila. Kemudian ketika harga emas naik melebihi 20% atau mencapai harga yang tuan ingin jual balik, maka tuan boleh lock secara online kemudian pihak Public Gold akan bayar terus masuk Maybank tuan di Brunei. Ada caj TT yang akan dikenakan jika tak silap untuk transaksi di Maybank (sekitar 0.125% + processing fee, tuan perlu semak dengan bank di Brunei).
  2. Setelah mendaftar di www.publicgold.com.my, tuan boleh beli secara online samada jongkong emas atau dinar emas wafer 999 (24K) LBMA melalui Maybank2u dan dapatkan emas fizikal. Tapi jika tuan nak dapatkan emas fizikal ke Brunei melalui pos mungkin ada risiko kastam di sana. Jika tidak, tuan bolehlah  mengambil emas fizikal di Cawangan Public Gold yang terletak di Kota Kinabalu, Sabah. Terdapat caj penghantaran mengikut jenis emas dan berat masing-masing dan tuan boleh dapati di sini Atau, jika tuan setuju, saya boleh tolong poslaju ke Pejabat Pos Limbang, Sarawak dan tuan boleh ambil di sana.

 

Apa-apapun, saya lebih pilih tuan buat pelaburan emas di Brunei dengan menggunakan kaedah yang pertama kerana tak perlu susah-susah dapatkan emas fizikal dari Malaysia. Tuan boleh letakkan nama tuan atau nama waris tuan melalui program GAP dan hanya menunggu masa yang sesuai untuk tuan menukarkan gold bar 24K yang tuan beli dan simpan di Public Gold kepada duit tunai dan terus dimasukkan ke dalam akaun Maybank di Brunei.

Caranya ialah tuan boleh daftar dahulu di www.publicgold.com.my dengan langkah yang saya terangkan di Pendaftaran Percuma.

Sebelum saya akhiri posting ini, saya ingin menasihati sahabat-sahabat pengunjung laman web PelaburanEmas.org untuk menyemak alamat emel yang diisi di dalam borang ‘Hubungi Saya’ agar saya boleh menjawab kepada anda semua.

Selamat melabur emas dan semoga memberi keuntungan kepada Encik Abu Bakar Hj Mohd Bekir dari Brunei.