Melabur Emas Untuk Jana Keuntungan

Anda ingin melabur emas dan jana keuntungan? Untuk mendapat keuntungan dari aktiviti melabur emas amatlah mudah. Pada hari ini, terdapat banyak peluang dan ruang yang disediakan untuk anda rebut agar tidak menyesal pada masa akan datang…

Persoalan #1 yang biasa ditanya ialah apakah jenis pelaburan emas yang boleh jana keuntungan? Anda tak perlu bersusah payah nak fikir kaedah untuk jana keuntungan pelaburan emas kerana dah ada satu kaedah yang amat mudah dan selamat untuk anda ikut. Namun, sepertimana jenis-jenis pelaburan lain di dunia ini samada pelaburan emas, pelaburan hartanah, pelaburan perniagaan dan pelaburan unit saham bahawa risiko rugi tetap ada jika anda kurang ilmu pelaburan. Oleh itu, sebelum anda ingin menceburi pelaburan emas, anda digalakkan untuk membaca Buku Rahsia Ilmu Pelaburan Emas di sini.

Seterusnya, seperti yang telah saya terangkan dalam post yang lepas, pelaburan emas ialah saat anda miliki emas jongkong (goldbar) dan dinar 24K yang mendapat pengiktirafan London Bullion Market Association (LBMA)… Mengapa? Hanya emas 24K LBMA sahaja yang TIDAK DIKENAKAN GST.

Persoalan #2 yang sering ditanya ialah di mana anda nak dapatkan emas goldbar atau dinar 24K LBMA ini? Oleh itu, di sini saya perkenalkan jenama emas yang tidak dikenakan cukai GST iaitu emas jongkong dan dinar 24K jenama Public Gold…. Sekali lagi saya nak beritahu jenama emas Public Gold dan BUKAN Power Gold sebab Power Gold tu menggunakan jenama emas Amethyst yang tidak mendapat pengiktirafan dari mana-mana negara pengeluar emas dunia dan juga LBMA. Saya bukan nak merendahkan mana-mana jenama, tetapi fakta tetap fakta dan jika anda dapati saya salah, sila betulkan saya.

Goldbar 999.9 Public Gold di'seal' bersama sijil ketulenan.
Goldbar 24k (999.9) LBMA Public Gold di’seal’ bersama sijil ketulenan bebas GST.

 

Persoalan #3 ialah mengenai riba dalam jual beli emas. Alhamdulillah… anda telah menemui blog mengenai pelaburan emas yang betul kerana di sini saya akan menerangkan kepada anda bagaimana anda dan ahli keluarga anda, persatuan atau kelab yang anda sertai boleh mendapat keuntungan melalui aktiviti pelaburan emas tanpa RIBA’ Insya Allah. Ini adalah kerana Allah SWT telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba’.

Jika anda masih sangsi mengenainya anda boleh baca post saya di Pelaburan Emas Halal atau Haram?

Seterusnya ialah bagaimana cara jual beli emas jenama Public Gold yang bebas riba’. Caranya ialah:-

  1. Anda jual beli emas dengan cara tunai dan bukan hutang. Riba’ berlaku apabila anda dapat dulu emas dan bayar ansur-ansur atau lebih 3 hari selepas itu. Ataupun, anda melakukan riba’ apabila anda bayar secara tunai namun emasnya tidak anda miliki serta merta atau sekiranya transaksi jual beli emas secara online tidak diselesai dalam 3 hari.
  2. Anda jual emas dalam gandaan minima 1 gram (untuk goldbar) atau 4.25g (untuk 1 dinar) dan BUKAN dalam jumlah berat emas yang tidak boleh didapati dalam bentuk fizikal di pasaran. Di Public Gold, minima pembelian emas ialah RM100 dan anda boleh membuat potongan gaji bulanan berdasarkan “Standing Instruction” kepada pihak bank anda. Layari Cara Potongan Bulanan Pelaburan Emas Patuh Syariah. Selepas baki akaun ada 2 gram, barulah dibenarkan untuk anda jual balik 1 gram.

Rujukan:-
1. Parameter Pelaburan Emas oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.
2. Analisis Syariah Terhadap Produk-Produk Pelaburan Emas di Malaysia.

Persoalan #4 ialah bagaimana nak mulakan pelaburan emas dan jana keuntungan?

Secara asasnya ada tiga kaedah:-

(a) Simpan sendiri (Keuntungan Jangka Panjang).

(b) Simpan di kedai emas (Keuntungan Jangka Panjang). Keuntungan Jangka Panjang bermaksud anda beli dan simpan emas sebagai aset. Anda boleh pilih samada nak jual balik apabila harga semasa meningkat lebih 15% daripada harga beli dulu atau simpan terus untuk capai sasaran simpanan 1kg emas menjelang 10 tahun dari sekarang.

(c) Beli, simpan dan beritahu yang lain agar mereka juga mula simpan emas untuk lindungi kekayaan mereka (Keuntungan Jangka Pendek dan Jangka Panjang). Anda boleh jana keuntungan melalui komisen 1-2% daripada setiap pembelian emas orang perseorangan atau syarikat koperasi yang anda perkenalkan. Alang-alang simpan emas, simpanlah sebagai Dealer. Untung-untung, ramai yang anda beritahu cara pelaburan emas yang mudah dan patuh syariah mula tersedar akan risiko jika mereka tak mula simpan emas mulai sekarang.

Jika anda dah bersedia untuk membeli dan simpan sendiri emas goldbar atau dinar di rumah atau buat stok di kedai emas anda, sila ikuti Langkah #1 di Jual Beli Emas.

Jika anda dah bersedia untuk beli emas goldbar atau dinar dan simpan secara PERCUMA SEUMUR HIDUP dan boleh namakan pewaris di Public Gold, sila ikuti Langkah #1 di Simpanan Akaun Emas GAP.

Harga Pakej Umrah dan Ziarah Hanya 10 Dinar

Anda tercari-cari pakej Umrah dan Ziarah untuk mengerjakan ibadah umrah pada tahun ini? Alhamdulillah… pada masa kini terdapat banyak syarikat yang menawarkan pakej Umrah dan Ziarah ke Tanah Suci Mekah dan Madinah untuk sepanjang tahun.

Namun apa yang membezakan antara satu-satu syarikat ialah harga pakej umrah, tempat hotel penginapan samada jauh atau berhampiran dengan Masjidil Haram di Mekah dan Masjid an-Nabawi di Madinah. Bilik hotel samada berempat, bertiga atau berdua yang mana lebih ramai yang duduk sebilik sudah pasti pakej umrah dan ziarah itu lebih murah. Manakala bilik hotel berdua adalah yang termahal berbanding bilik-bilik hotel yang lain.

Masa ibadah umrah juga merupakan faktor utama harga sesuatu pakej umrah yang ditawarkan itu mahal atau murah. Jika anda ingin menunaikan ibadah umrah pada masa diluar bulan Ramadhan, maka harga pakej umrah yang ditawarkan adalah sekitar RM5,000 hingga RM7,000 mengikut jenis bilik berempat, bertiga atau berdua. Sebagai contoh saya ambil dari laman web syarikat DinarHolidays.com untuk harga pakej umrah.

Perbandingan harga pakej umrah

Dengan melihat contoh di atas, untuk pakej umrah bilik berdua dan ibadah umrah bermula awal bulan Ramadhan, pakej umrah dan ziarah meningkat hingga sekitar RM9,000.00!

Olej itu, saya dan isteri dah membuat perbandingan harga pakej umrah dan ziarah untuk mengerjakan ibadah umrah pada akhir Syaaban dan awal Ramadhan… kami dapati bahawa untuk bilik berdua, harga pakej umrah yang terbaik ditawarkan oleh Syarikat Safari Haramain yang beralamat di Taman Permatang Indah, Permatang Damar Laut, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Nak tahu rahsianya? Rahsianya ialah pakej umrah dan ziarah yang ditawarkan adalah tetap pada nilai 10 Dinar LBMA Public Gold sahaja!

Umrah 10 Dinar Public Gold - Safari Haramain. Anda boleh buat tempahan tunaikan umrah sepanjang tahun.
Umrah 10 Dinar Public Gold – Safari Haramain. Anda boleh buat tempahan tunaikan umrah sepanjang tahun.

Masya Allah.. 10 dinar sahaja seorang… jadi kami berdua pun tak buang masa dan membeli 10 dinar emas pada bulan Februari 2016 untuk pergi penghujung Syaaban dan Awal Ramadhan yang pada ketika itu berharga sekitar RM7,210.00 sahaja untuk seorang. Jadi untuk dua orang adalah sebanayak RM7,210.00 x 2 = RM14,420 sahaja! Ya Allah! Kami amat bersyukur kepada-Mu kerana menunjukkan kami jalan yang mudah dan murah untuk menunaikan ibadah umrah pada tahun ini… rindunya kami untuk ke sana… Labbaikallahumma labbaik…

Untuk pengetahuan anda, 10 Dinar LBMA (London Bullion Market Association) ialah satu-satunya dinar emas yang tidak dikenakan GST di Malaysia. Emas 10 Dinar LBMA ialah emas berketulenan 999.9 atau 24K dengan berat emas sebanyak 42.5g. Bagaimana nak mendapatkan miliki 10 Dinar LBMA pada harga yang murah? Anda boleh membuka akaun emas GAP (Gold Accumulation Program) di sini. Ikuti dengan Langkah #1 di laman tersebut.

Insya Allah, pakej umrah 10 dinar ini akan diteruskan sepanjang tahun dan pembayaran 10 dinar perlu dilakukan selewat-lewatnya tiga (3) bulan dari tarikh penerbangan. Anda boleh mula membeli secara terus sebanyak 42.5g sekaligus atau membuat ansuran mengikut kadar gandaan serendah 1 Dinar. Sebagai contoh pada bulan ini anda beli sebanyak 1 Dinar dengan harga 1 gram emas GAP ditetapkan pada RM172/gram yang bersamaan dengan RM731 untuk satu dinar.

Harga emas GAP terendah bulan Mei 2016
Harga emas GAP terendah bulan Mei 2016

Sila lihat jadual harga emas di www.publicgold.com.my atau jika server Public Gold perlahan disebabkan terlalu ramai yang layari laman tersebut, anda boleh dapat dengan lebih cepat di Harga Emas Semasa. Jika anda kira harga 10 Dinar pada hari ini dan mungkin esok hanyalah sebanyak RM7,310.00 sahaja. Anda dan pasangan anda boleh pasang niat untuk mengerjakan umrah pada hujung tahun ini waktu cuti sekolah atau pada bila-bila masa yang anda dan pasangan anda hajati.

(Psstt.. nak beritahu kepada anda bahawa dah hampir sebulan harga emas mencecah lebih RM175/gram! Ni yang terendah dan saya fikir jangan tunggu lama-lama…)

Anda jangan bimbang… harga pakej umrah termasuk set kelengkapan kain ihram, beg sandang, beg kecil (hand carry), beg kasut, buku panduan umrah, visa umrah, tiket penerbangan pergi balik dari KLIA ke Jeddah, penginapan, makan dan minum di Hotel Alrawasi Safeer (50m dari Masjid AN-Nabawi) dan Hotel Saif AL-Yamani Palace (350m dari Masjidil Haram). Saya dan isteri  akan berangkat ke Arab Saudi untuk menunaikan ibadah umrah ikut program 10 dinar syarikat Safari Haramain ini pada 31 Mei 2016 dan akan balik ke Malaysia pada 13 Jun 2016 (pakej umrah awal Ramadhan 14 hari 12 malam dengan bilik berdua). Pada 1 Mei 2016 lepas kami dah menghadiri Kursus Perdana Umrah Public Gold di Surau An-Nur, Permatang Tepi Bendang, Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Jadual Kursus Perdana Umrah Public Gold Safari Haramain
Jadual Kursus Perdana Umrah Public Gold Safari Haramain

Ada tiga ustaz terlatih yang telah berkhidmat sebagai Mutawwif selama 8 tahun iaitu Ustaz Hj Mohd Khalid bin Hj Jaafar, Ustaz Abdul Jalil bin Zainol dan Ustaz Nasser bin Osman. Mereka bertiga bergerak bersama-sama menganjurkan Kursus Umrah Perdana Public Gold – Safari Haramain di Pulau Pinang (utara), Perak (tengah), Kelantan (timur) dan Selangor (tengah).

Kursus Umrah 10 Dinar Public Gold Safari Haramain
Kursus Umrah 10 Dinar Public Gold Safari Haramain

Untuk kumpulan di Utara, bas percuma disediakan dari Pulau Pinang ke KLIA. Sekiranya anda dan pasangan anda berminat untuk turut serta pada trip yang berikutnya, sila buat pembelian sebanyak 42.5g emas di akaun GAP untuk cukupkan 10 dinar di sini. Akaun emas GAP ialah akaun simpanan emas fizikal percuma seumur hidup. Hanya tinggalkan baki 1g emas untuk kekalkannya aktif seumur hidup.

Semoga Allah Taala kurniakan kepada kami dan kepada anda semua pahala Umrah yang Mabrur.. Amin Ya Rabbal Alamin.

 

Cara Naik Turun Harga Emas GAP Public Gold

Nak tahu cara naik turun harga emas GAP Public Gold? Caranya amat mudah dan anda tak perlu bazirkan wang ringgit dan masa untuk mempelajari teknik menceburi pelaburan emas Public Gold.

Sebelum saya teruskan, mungkin ramai yang tak tahu apa itu GAP Public Gold. GAP ialah singkatan kepada Gold Accumulation Program yang bermaksud Program Pengumpulan Emas. Program ini dibangunkan oleh kedai emas Public Gold yang bertujuan untuk memudahkan segenap lapisan masyarakat di Malaysia dari bayi yang baru lahir sehinggalah kepada orang yang telah dewasa agar mereka dapat membuka akaun emas secara online dan menyimpan seberapa banyak emas yang mereka suka secara PERCUMA seumur hidup tanpa upah. Mereka juga boleh mengeluarkan emas jongkong (goldbar) atau dinar 24K pada bila-bila masa dengan caj yang minima. Sila layari Gold Accumulation Program untuk mengetahui lebih lanjut.

Jika anda dah faham apa itu GAP Public Gold, anda pasti tertanya-tanya cara naik turun harga emas GAP dan bila waktu yang sesuai untuk membeli emas GAP Public Gold. Harap anda dapat memahami beberapa info di bawah:-

Info #1:
Sila lihat harga emas GAP Public Gold yang tertera di laman web Public Gold atau anda boleh layari di Harga Emas Semasa.

Info #2 (Trend Harga Emas GAP Naik Pada Hari Esoknya):
Sila lihat snapshot harga emas GAP pada 28 Mac 2016 (Jam 8.37 malam) di bawah perenggan ini. Harga emas GAP pada hari tersebut ditetapkan pada RM172/g. Kemudian, sila lihat carta “Daily Gold Chart” dan bandingkan dengan harga 10g emas LBMA Goldbar / Wafer 24K (dalam jadual di bawah GAP). Trend “Daily Gold Chart” dan harga 10g emas didapati meningkat melebihi RM172/g. Oleh itu, anda boleh menjangkakan cara naik turun harga emas GAP selepas 12 tengah malam 29 Mac 2016 akan melebihi RM172/g iaitu RM173/g seperti yang ditunjukkan.

Harga emas GAP Public Gold - 28 Mac 2016 (Jam 8:37 malam)
Harga emas GAP Public Gold – 28 Mac 2016 (Jam 8:37 malam)
Harga emas GAP Public Gold – 29 Mac 2016 (Jam 6:36 pagi)

Sekiranya anda dapati trend seperti ini, adalah lebih baik anda membeli emas GAP sebelum jam 12 tengah malam hari tersebut.

Info #3 (Trend Harga Emas GAP Turun Pada Hari Esoknya):
Sila lihat snapshot harga emas GAP pada 1 April 2016 (Jam 11:36 pagi) di sebelah kiri bawah perenggan ini. Harga emas GAP pada hari tersebut (selepas 12 tengah malam) ditetapkan pada RM173/g. Kemudian, sila lihat carta “Daily Gold Chart” dan bandingkan dengan harga 10g emas LBMA Goldbar / Wafer 24K (dalam jadual di bawah GAP). Trend “Daily Gold Chart” dan harga 10g emas didapati menurun kepada kurang dari RM172/g (RM1,717.00/10g). Oleh itu, anda boleh menjangkakan cara naik turun harga emas GAP selepas 12 tengah malam 2 April 2016. Harga emas GAP turun kepada sekurang-kurangnya RM172/g iaitu RM170/g seperti yang ditunjukkan.

Harga emas GAP Public Gold 1 April 2016 (Jam 11:36 pagi)
Harga emas GAP Public Gold 2 April 2016 (Jam 6:16 petang)

Jika trend harga emas ini turun, anda boleh menangguhkan pembelian emas GAP pada keesokan harinya.

NAMUN AMAT PERLU DIPERINGATKAN KEPADA ANDA BAHAWA KADANG KALA HARGA EMAS BOLEH NAIK MENDADAK HINGGA MELEBIHI 5% DALAM BEBERAPA MINIT SAHAJA!

Oleh itu, apa yang saya terangkan di atas hanyalah sebagai panduan dan tips agar anda tahu bagaimana cara naik turun harga emas GAP ditetapkan pada setiap 12 tengah malam.

Manakala harga emas fizikal selain emas GAP seperti goldbar dan dinar akan sentiasa dikemaskini pada setiap 20 minit pada setiap masa 24/7 (24 jam sehari/ 7 hari seminggu).

Setelah anda faham bagaimana cara naik turun harga emas GAP, sila layari Gold Accumulation Program untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Semoga anda dapat manfaat daripada apa yang saya terangkan di sini dan anda boleh mengemukakan soalan dengan menggunakan borang “Leave A Reply” di bawah.

Peluang Bisnes Pelaburan Emas Untuk Pelajar IPT

Bisnes pelaburan emas pelajar.MASA TERHAD! Peluang bisnes pelaburan emas khas untuk pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) kini dibuka mulai 1 April 2015 hingga 30 April 2015. Jika anda merupakan seorang pelajar universiti atau kolej samada swasta atau awam yang mempunyai Kad Pelajar yang sah, anda layak membuka bisnes pelaburan emas dengan membeli emas GAP minima nilai RM500 sahaja dalam satu transaksi!

Ini bermakna jika harga emas GAP pada hari ini ialah RM148.00/gram dan untuk mengelakkan transaksi yang haram, anda membeli RM148.00 x 4 gram emas GAP = RM592.00. Oleh itu, Public Gold (M) Sdn. Bhd. akan memberi kemudahan untuk anda membuka bisnes emas online dan offline. Emas GAP ialah emas yang dibeli melalui Gold Accumulation Program yang menawarkan simpanan emas secara percuma di Public Safe dan segala simpanan anda dilindungi insurans

Bagaimana cara nak buat bisnes pelaburan emas? Apabila ada pelanggan yang membeli apa jua produk emas melalui link khas yang dibekalkan oleh Public Gold, maka setiap transaksi pembelian pelanggan anda akan menerima komisen sebanyak 1%. Begitu juga apabila anda sendiri membeli emas di Public Gold, anda juga akan menerima komisen sebanyak 1%. Sebagai dealer, Public Gold akan memberi komisen 0.3% untuk setiap transaksi jual semula emas anda ke Public Gold.

Oleh itu, jika anda merupakan seorang pelajar universiti atau kolej, saya sangat menyokong anda mulakanlah bisnes pelaburan emas yang terbaik di Malaysia mulai hari ini kerana tempoh promosi menjadi Dealer Public Gold dengan modal paling rendah (serendah RM500) akan berakhir pada tengah malam 30 April 2015.

Adalah amat bertuah anda gunakan tempoh promosi ini kerana nilai pembelian sebenar untuk melayakkan anda sebagai Dealer Public Gold adalah dengan pembelian emas bernilai RM30,000 dalam satu resit! Memanglah anda tak rugi apa-apa pun sebab emas dengan nilai RM30,000 itu pun adalah hak milik anda juga. Namun, sebagai pelajar, manalah nak cari modal berpuluh-puluh ribu tu melainkan jika dah bekerja.

Alhamdulillah, sekarang dah ada peluang terbuka luas untuk para pelajar universiti dan kolej untuk membuka bisnes emas online di usia muda. Anda hanya perlu ingat bahawa pelaburan emas bukan pelaburan singkat tetapi pelaburan jangka panjang.

Bagaimana anda nak mulakan? Saya sarankan anda ikuti langkah Simpanan Emas Pelaburan Semudah 1-2-3! Cuma ada tambahan agar anda Whatsapp gambar Kad Pelajar anda juga di samping maklumat pembelian emas GAP dan snapshot resit Maybank2u.

Semoga anda success dalam pelaburan emas. Amin…

Pelaburan Emas di Brunei

Dua hari lepas saya ada menerima pertanyaan mengenai pelaburan emas di Brunei daripada seseorang yang bernama Encik Abu Bakar Hj Mohd. Bekir menggunakan borang “Hubungi Saya“. Saya dah jawab pertanyaan beliau dan cuba menghantar melalui emel su******@pe***********.org dan juga emel peribadi saya namun tidak berjaya kerana saya mendapat mesej emel MAILER-DAEMON menyatakan alamat emel beliau tidak dapat dicapai.

Oleh yang demikian saya mengharapkan Encik Abu Bakar dari Brunei dapat membaca posting ini.

Mesej beliau seperti berikut:-

Assalamualaikum encik suhaimee, saya dari Brunei Darussalam dan sangat tertarik dengan pelaburan emas. saya merancang melabur emas sebelum saya menamatkan perkhidmatan dalam masa 3 tahun. Bolehkah saya mengikuti pelaburan emas melalui online? Di Brunei bank daripada Malaysia yang ada disini ialah MAYBANK sahaja. Harap encik Suhaimee terangkan lebih jelas.

Daripada Abu Bakar (Brunei)

Wa’alaikumussalam Encik Abu Bakar,

Terima kasih kerana menghubungi saya di PelaburanEmas.org. Pertama sekali saya minta maaf kerana terlewat respond emel tuan.

Yang keduanya, saya mohon maaf kerana masih kurang arif berkaitan peraturan pelaburan emas di Brunei. Pada pendapat saya jika tuan ingin membeli emas secara online tiada masalah.

Terdapat dua kaedah:-

  1. Tuan boleh beli emas melalui Maybank2u dan simpan secara percuma di
    Public Gold melalui Program GAP seperti yang saya terangkan di sini tanpa perlu mengeluarkan emas tersebut sampai bila-bila. Kemudian ketika harga emas naik melebihi 20% atau mencapai harga yang tuan ingin jual balik, maka tuan boleh lock secara online kemudian pihak Public Gold akan bayar terus masuk Maybank tuan di Brunei. Ada caj TT yang akan dikenakan jika tak silap untuk transaksi di Maybank (sekitar 0.125% + processing fee, tuan perlu semak dengan bank di Brunei).
  2. Setelah mendaftar di www.publicgold.com.my, tuan boleh beli secara online samada jongkong emas atau dinar emas wafer 999 (24K) LBMA melalui Maybank2u dan dapatkan emas fizikal. Tapi jika tuan nak dapatkan emas fizikal ke Brunei melalui pos mungkin ada risiko kastam di sana. Jika tidak, tuan bolehlah  mengambil emas fizikal di Cawangan Public Gold yang terletak di Kota Kinabalu, Sabah. Terdapat caj penghantaran mengikut jenis emas dan berat masing-masing dan tuan boleh dapati di sini Atau, jika tuan setuju, saya boleh tolong poslaju ke Pejabat Pos Limbang, Sarawak dan tuan boleh ambil di sana.

 

Apa-apapun, saya lebih pilih tuan buat pelaburan emas di Brunei dengan menggunakan kaedah yang pertama kerana tak perlu susah-susah dapatkan emas fizikal dari Malaysia. Tuan boleh letakkan nama tuan atau nama waris tuan melalui program GAP dan hanya menunggu masa yang sesuai untuk tuan menukarkan gold bar 24K yang tuan beli dan simpan di Public Gold kepada duit tunai dan terus dimasukkan ke dalam akaun Maybank di Brunei.

Caranya ialah tuan boleh daftar dahulu di www.publicgold.com.my dengan langkah yang saya terangkan di Pendaftaran Percuma.

Sebelum saya akhiri posting ini, saya ingin menasihati sahabat-sahabat pengunjung laman web PelaburanEmas.org untuk menyemak alamat emel yang diisi di dalam borang ‘Hubungi Saya’ agar saya boleh menjawab kepada anda semua.

Selamat melabur emas dan semoga memberi keuntungan kepada Encik Abu Bakar Hj Mohd Bekir dari Brunei.

 

Cukai GST Emas

Nak tahu pasal cukai GST emas? Ada satu Warta Kerajaan Persekutuan tentang Perintah Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pembekalan Dikecualikan) 2014 atau dipanggil Goods and Services (Exempt Supply) 2014 telah disiarkan pada 13 Oktober 2014 oleh Jabatan Peguam Negara yang boleh didapati di www.treasury.gov.my.

Snapshot Warta Kerajaan Persekutuan berkaitan emas dikecualikan cukai GST
Snapshot Warta Kerajaan Persekutuan berkaitan emas dikecualikan cukai GST. (Sumber: www.treasury.gov.my)

Alhamdulillah, setelah dibaca, sebenarnya anda tak perlu risau sangat tentang cukai GST. Kebanyakan jenis emas pelaburan adalah DIKECUALIKAN cukai GST. Jenis emas, perak dan platinum yang dikecualikan cukai adalah seperti berikut:-

  1. dalam bentuk bar, jongkong atau wafer;
  2. mempunyai ketulenan sekurang-kurangnya 99.5%; dan
  3. memilik ciri-ciri pelaburan

Untuk syiling emas (gold coin), syiling tersebut mestilah telah diperakukan sah oleh negara asal masing-masing dan berketulenan sekurang-kurangnya 99.5%. Nama-nama gold coin yang dikecualikan cukai GST ialah:-

(i) syiling America Buffalo;
(ii) syiling Australia Kangaroo Nugget;
(iii) syiling Australia Lunar;
(iv) syiling Austria Philharmoniker;
(v) syiling Canada Maple Leaf;
(vi) syiling China Panda;
(vii) syiling Malaysia Kijang Emas;
viii) syiling Mexico Libertad;
(ix) syiling Singapore Lion;
(x) syiling United Kingdom Britannia;

Dan akhirnya cukai GST emas yang dikecualikan juga terpakai kepada mana-mana emas, perak dan platinum yang mempunyai ciri-ciri pelaburan jika ia telah ditapis oleh:-
(i) seorang penapis yang atau telah berada dalam senarai “Good Delivery” bagi London Bullion Market Association dalam hal emas atau perak; atau
(ii) seorang penapis yang atau telah berada dalam senarai “Good Delivery” bagi London Platinum and Palladium Market
dalam hal platinum.

Ini bermakna, jenis-jenis emas pelaburan selain daripada yang disenaraikan di atas adalah TIDAK DIKECUALIKAN daripada cukai GST termasuklah jongkong emas 99.9 (24K) yang tidak mendapat perakuan sah daripada negara pengeluar, syiling Dinar Emas 916 (22K), Dinar Kelantan 917, Dinar Emas Mekah Sri Ayu 917 dan lain-lain dinar yang berketulenan kurang daripada 99.5% adalah dikenakan cukai!

Oleh itu, kepada pelabur-pelabur emas Public Gold yang mempunyai Dinar Emas 91.6 (22K) boleh menukarkan simpanan dinar emas 22K masing-masing kepada Gold Wafer Dinar Emas 99.9 (24K) yang telah disahkan oleh London Bullion Market Association (LBMA) mulai 22 Disember 2014 sehinggalah sebelum 1 April 2015 dengan hanya menambah RM60 untuk setiap Gold Wafer Dinar 99.9 Public Gold. Manakala pelabur-pelabur emas yang ada menyimpan dinar emas 91.6 (22K) berjenama selain Public Gold seperti Dinar Kelantan 917 dan Dinar Emas Mekah 917 Sri Ayu juga boleh menukarkan dinar-dinar tersebut kepada Gold Wafer Dinar Emas 99.9 (24K) LBMA dengan hanya menambah RM100 setiap dinar sebelum 1 April 2015 (seperti di gambar bawah).

Cara tukar Dinar Emas 22K kepada Dinar Emas 24K LBMA Public Gold
Cara tukar Dinar Emas 22K kepada Gold Wafer Dinar Emas 24K LBMA Public Gold

Jika anda ingin membuat penukaran, sila daftar di www.publicgold.com.my secara percuma dahulu. Kemudian anda akan diberikan Nama Pengguna dan Kata Laluan khas untuk anda menghubungi Public Gold secara emel. Anda boleh menghubungi cawangan Public Gold yang terdekat untuk memulakan proses penukaran dinar emas 916 atau dinar emas 917 kepada Dinar Emas 99.9 (24K) LBMA seperti di posting saya – Simpanan Emas LBMA Tidak Dikenakan Cukai GST Emas Tax. Anda tak perlu risau kerana Gold Wafer Dinar Emas 99.9 LBMA Public Gold diterima untuk pajakan Ar-Rahnu di Pejabat POS tanpa perlu mengoyakkan seal.

Bila meneliti laman web pelaburan emas GSR (Golden Star Resources), pihak terbabit menyatakan gold bar dan gold coin 99.9 (24K) adalah daripada Guyana/Ghana? Manakala emas gold bar dan gold coin GCP (GoldenCrest Pavilion) tidak dinyatakan emas-emas tersebut dikeluarkan daripada negara mana. Jika saya silap mohon “Hubungi Saya” atau menghantar komen dengan menggunakan borang komen di bawah agar saya boleh membetulkan maklumat ini. Sila berkongsi info sekiranya anda ada kaedah penukaran emas-emas yang akan dikenakan cukai GST emas daripada syarikat-syarikat lain.

Jika anda masih baru nak mula melabur emas, sila klik di sini untuk dapatkan bimbingan secara terus daripada orang yang dah berjaya.

Semoga Allah Taala memudahkan urusan kita semua dunia dan akhirat. Amin…

Simpanan Dinar Emas LBMA Tidak Dikenakan GST Tax

Alhamdulillah. Berita baik! Dinar Emas 999 LBMA (London Bullion Market Asociation) tidak akan dikenakan cukai GST (Goods and Services Tax) di Malaysia. Hanya dinar emas 24K yang mendapat akreditasi LBMA tidak akan dikenakan GST tax. Jadi setiap transaksi atau jual beli dinar emas yang tidak mendapat akreditasi LBMA akan dikenakan GST sebanyak 6% bermula 1 April 2015.

Jenis emas yang tidak diakreditasi LBMA adalah seperti Dinar Emas 22K (916) dan dinar emas 917.

Bagi sahabat-sahabat dan rakan-rakan yang masih mempunyai emas 22K yang tidak mendapat akreditasi LBMA dinasihatkan agar menukarkan emas-emas yang sedia ada terutamanya Dinar Emas 22K kepada Dinar Emas 24K LBMA bermula sekarang sehinggalah 31 Mac 2015.

Anda semua mungkin berasa risau dan bimbang tentang kebanyakan Dinar Emas 22K yang anda simpan sedia ada. Janganlah berasa risau dan bimbang… Ingatlah apa yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya.

Alhamdulillah, bermula 22 Disember 2014 yang lalu, Public Gold Marketing Sdn. Bhd. telah melancarkan Gold Wafer Dinar Emas 24K LBMA yang pertama di Malaysia. Gold Wafer Dinar Emas 24K LBMA yang dilancarkan ialah 1/2 Dinar, 1 Dinar, 5 Dinar dan 10 Dinar seperti berikut:-

1/2 Dinar Emas 24K LBMA (2.125g, AU 999.9)
1/2 Dinar Emas 24K LBMA (2.125g, AU 999.9)
1 Dinar Emas 24K LBMA (4.25g, AU 999.9)
1 Dinar Emas 24K LBMA (4.25g, AU 999.9)
5 Dinar Emas 24K LBMA (21.25g, AU 999.9)
5 Dinar Emas 24K LBMA (21.25g, AU 999.9)
10 Dinar Emas 24K LBMA (42.5g, AU 999.9)
10 Dinar Emas 24K LBMA (42.5g, AU 999.9)

Setiap Gold Wafer Dinar Emas 24K LBMA dibungkus rapi dalam seal dan tidak boleh dibuka. Malah, Pos Ar-Rahnu telah mengumumkan bahawa mereka menerima pajakan Dinar Emas 24K LBMA Public Gold dalam bentuk seal dan tidak perlu dibuka jika sekiranya terdapat pelanggan mereka yang ingin memajak dinar-dinar tersebut.

Oleh itu, adalah digalakkan agar sahabat-sahabat dan rakan-rakan mula merancang untuk menukarkan setiap dinar emas 22K di dalam simpanan masing-masing sebelum 1 April 2015 nanti. Masih ada masa… jangan bimbang… Jika anda tidak berbuat demikian, maka, anda akan dikenakan cukai GST sebanyak 6% bagi setiap transaksi jual beli dinar emas 916 anda. Manakala tiada GST tax akan dikenakan kepada mana-mana transaksi jual beli Dinar Emas 24K LBMA (999.9) selepas 1 April 2015.

Bagaimana caranya? Anda hanya perlu menelefon cawangan Public Gold terdekat untuk memudahkan proses penukaran tersebut. Di sini dipaparkan asas penukaran dinar emas 22K Public Gold atau dinar emas 916 atau 22K jenama mana-mana syarikat serta kos yang terlibat.

Cara tukar Dinar Emas 22K kepada Dinar Emas 24K LBMA Public Gold
Cara tukar Dinar Emas 22K kepada Dinar Emas 24K LBMA Public Gold

Anda boleh merujuk harga emas Dinar Emas 24K LBMA Public Gold di www.publicgold.com.my dan sentiasa dikemaskini setiap 20 minit. Sila daftar secara percuma untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut dengan mengikuti cara yang ditunjukkan di Pendaftaran Percuma.

Saya dapati syarikat Public Gold hanya mengenakan caj premium yang paling minima (paling maksima hanya RM150 untuk 1000 gram emas!) untuk setiap item emas di Public Gold untuk penghantaran dari Pulau Pinang ke cawangan-cawangan Public Gold di Semenanjung dan (RM300 untuk 1000 gram) bagi penduduk Sabah dan Sarawak dan seperti ditunjukkan di jadual di bawah:-

Caj premium emas Public Gold (caj lama).

Caj Gold Premium emas Public Gold yang baharu

Caj premium Public Gold mulai 1 Disember 2022

Cawangan-cawangan Public Gold di seluruh Malaysia boleh anda dapati di Public Gold > Hubungi Kami > Maklumat Cawangan.

Semoga Allah mudahkan urusan kita menaiktaraf Dinar Emas 22K kepada Dinar Emas 24K LBMA Public Gold yang tidak akan dikenakan dengan GST tax mulai 1 April 2015. Amin…

This will close in 0 seconds