Anda nak beli dinar emas tapi tak tahu di mana dan bagaimana cara yang paling mudah dan secara bajet?
Sejak wabak COVID-19 melanda dunia dan negara tahun 2020, berjuta rakyat Malaysia terkesan dari segi ekonomi dan kehidupan seharian. Di samping itu, seluruh rakyat Malaysia terpaksa berada di rumah mengikut arahan Peraturan Kawalan Pergerakan oleh pihak Kerajaan bagi memutuskan rantaian COVID-19.
Akibatnya, ramai yang terpaksa diberhentikan kerja kerana pihak syarikat tidak dapat lagi menanggung kerugian. Banyak bisnes tak dapat dijalankan!
Maka ramai yang terpaksa bergantung kepada dana kecemasan dan bagi yang masih dapat bekerja, ramai yang mula beringat dan belajar bagaimana nak baiki status kewangan peribadi dan ahli keluarga.
Ramai yang nak ceburi bidang pelaburan emas kerana harga emas dilihat semakin meningkat bermula akhir Mac 2020 dan mencecah harga tertinggi pada 7 Ogos 2020 dengan harga RM304/g!
Harga Emas Kembali Turun
Namun sekarang harga emas kembali turun. Tapi tak turun ke paras harga sebelum COVID-19 melanda. Dulu harga emas pelaburan 999 di bawah RM200/g. Tahun ini yang paling rendah jejak RM240/g pada awal April 2021.
Nak tunggu harga emas turun lagi? Lupakan sahaja… sebab jika nak tunggu harga emas jatuh akhirnya anda tak akan dapat walaupun 1 gram emas dalam simpanan anda. Strategi paling berkesan untuk mulakan pelaburan emas ialah beli dulu baru tunggu dan bukannya tunggu dulu baru beli.
Bila dah beli barulah anda ada tanda aras harga emas samada naik atau turun. Selagi tak beli emas 1 gram, selagi itu anda tak akan tahu harga emas yang terbaik untuk beli. Yang penting anda ada duit extra contoh duit i-Sinar atau bonus penjawat awam RM500 sebelum Hari Raya Aidilfitri, atau bonus gaji hujung tahun,
Jika tak tukar ke dalam bentuk emas, sudah pasti duit tunai akan habis tak tahu ke mana akhirnya. Bila ada tunai perasaan nak berbelanja akan sentiasa ada. Namun bila cepat-cepat tukar kepada emas, perasaan nak tambah simpanan emas akan sentiasa ada.
Jadi elakkan duit tunai anda “bocor” dibelanjakan ke tempat lain.
Berapa Banyak Perlu Ada Simpanan Emas?
Berapa banyak nak simpan emas? Jika ikut pakar kewangan negara Tuan Azizi Ali, 10% daripada pendapatan anda perlu ditukar kepada bentuk emas pelaburan. Jika ikut pakar kewangan tersohor dunia seperti Robert Kiyosaki menyarankan sebanyak 25% manakala Mike Maloney menyarankan sebanyak 50%!
Cara Mudah Dan Patuh Syariah Dapatkan Dinar Emas
Alhamdulillah! Pada masa ini terdapat cara mudah dan patuh syariah untuk anda dapatkan 1 Dinar emas 24k seperti di bawah dengan bajet rendah. Namun peluang untuk dapatkan dinar emas cara bajet ini bukanlah ada sepanjang masa. Terdapat tempoh yang tertentu sempena promosi yang ditawarkan oleh syarikat Public Gold.
Anda tak perlu risau status patuh syariah pembelian emas pelaburan di Public Gold sebab sejak 2016 lagi Public Gold telah mendapat Sijil Patuh Syariah daripada Panel Penasihat Syariah Amanie Advisor seperti di bawah.
Di sini saya ingin kongsikan cara paling mudah dan patuh syariah untuk anda dapatkan 1 Dinar emas 24k (999.9).
Ya! Harga emas dilihat melonjak melepas USD1,843/auns petang ini dan dijangka bakal meningkat lagi. Jika anda buat carian tentang harga emas masa hadapan, anda akan dapati beberapa laman web seperti Walletinvestor.com yang mempunyai rekod 70.39% ketepatan menjangka turun naik harga emas dunia.
Walletinvestor menjangkakan harga emas bakal ditutup pada harga USD1,891/auns manakala pada akhir tahun 2021 pada USD2,124/auns dan USD3,048/auns pada akhir 2025.
Jika anda lihat carta harga emas pada petang ini, anda akan dapati harga emas mula meningkat melebihi USD1,843/auns.
Jika anda nak tambah simpanan emas pelaburan dalam akaun simpanan emas Gold Accumulation Program (GAP), anda dinasihatkan tambah sebelum tengah malam ini.
Mengapa? Kerana harga emas akan dikemaskini tepat jam 12 tengah malam nanti.
Harga emas akuan GAP pada hari ini ialah RM264/g dan akan dikemaskini setiap 12 tengah malam. Manakala harga emas fizikal 10g Goldbar 24K dikemaskini setiap 20 minit mula menunjukkan kenaikan harga emas mencecah RM2,661 seketul. Jika ikut trend menaik carta harga emas di bawah Gambarajah 3, harga emas akaun GAP bakal dikemaskini kepada RM267/g selepas jam.12 tengah malam ini.
Jadi jika anda nak mulakan pelaburan emas, mulakanlah sekarang.
Jika anda tak mulakan sekarang, anda mungkin akan terlepas peluang mengaut keuntungan mulai tahun 2021.
BAGAIMANA NAK MULAKAN PELABURAN EMAS?
Ada 2 cara mudah nak dapatkan emas pelaburan:
Beli, ambil dan simpan sendiri.
Beli dan simpan percuma seumur hidup di akaun simpanan emas.
🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹🔹
BELI, AMBIL DAN SIMPAN SENDIRI.
CARA LOCK DINAR / GOLDBAR DALAM SISTEM WEB PG
JIKA BELUM ADA PG CODE boleh ikut Step 1. JIKA DAH ADA PG CODE boleh terus ke Step 2.
PelaburanEmas.org ingin memaklumkan terdapat promosi Dinar 24K Tempaan Tempatan Public Gold Shariah Easy Payment Plan (SEPP) bermula JUMAAT, 22 Mei 2020 hingga RABU jam 11.59 tengahari 27 Mei 2020 sahaja.
Emas pelaburan Dinar 24K tempaan tempatan Public Gold terbaharu.
Apa promosinya?
1. Promosi Dinar Tempaan Tempatan Baharu Tanpa Caj EPP Premium sehingga jam 11.59 malam 22/5/2020 Sahaja.
Pembelian 1 Dinar Emas 24K tempaan tempatan yang baharu menggunakan kemudahan Shariah Easy Payment Plan (SEPP) sehingga 10X tanpa caj SEPP Premium (caj sekitar RM1 setiap gram emas) walaupun dalam sistem web tiada kemudahan tersebut.
Promosi pembelian tanpa caj EPP Premium ini hanya sah sehingga jam 11.59 tengah malam 22/5/2020 Jumaat ini sahaja. Selepas 12 tengah malam akan ada caj EPP Premium sehingga 27/5/2020.
Promosi pembelian Dinar Coin 24K yang baharu ini boleh dibuat sendiri oleh anda. Hanya perlu Login dengan PG Code dan password sendiri. Jika tiada PG code boleh daftar percuma dengan password sendiri di Daftar Public Gold di sini (opens in a new window). Kemudian boleh isikan nombor IC tanpa sengkang di Username dengan password semasa daftar.
Setelah Login, klik Purchase, isi perkataan dinar dalam ruangan search, pilih dinar seperti gambar di atas (bukan dinar yang di’seal’ dalam kad). Boleh pilih coin 1 dinar atau 5 dinar atau 10 dinar.
Pilih Shariah Compliant Easy Payment Plan.
Walaupun terdapat ERROR / Ralat apabila anda pilih SEPP10, anda boleh teruskan proses tempahan sehingga selesai.
Yang paling penting, ialah masukkan kod EPP10 Promosi FBLive 22/5/2020 dalam ruangan REMARKS sebelum check I Agree and Understand .. dan klik Confirm and Proceed to Payment.
Sila rujuk tayangan di bawah…
Cara lock Dinar Emas 24K tempaan tempatan yang baharu di Public Gold fengan menggunakan kaedah bayaran patuh syariah yang dinamakan Shariah Easy Payment Plan (SEPP). Selepas selesai bayaran baru dapat emasnya. Boleh juga selesaikan segera dan dapat stok emas segera atau bila stok sampai.
2. Promosi Dealer Public Gold dengan Pembelian Dinar Emas 24K tempaan tempatan yang baharu.
Apa promosinya?
a. Normal Dealer
Pembelian 8 Dinar Emas 24K tempaan tempatan yang baharu (boleh bayar FULL/EPP4/EPP10) + Wealth Card RM200.
Contoh kiraan harga untuk dapat Normal Dealer: 3 kpg x 1 dinar (3xRM1100=RM3,300 + RM30 caj premium) + 1 kpg x 5 dinar (RM5,498 + RM20 caj premium) = RM8,848 + RM200 Wealth Card = RM9,048.
Jika buat EPP 10, bayaran bulan pertama sekitar RM929.80+ RM200 Wealth Card manakala diikuti dengan RM879.00 hingga bulan ke-10 (Mac 2021). Jika nak bayar habis cepat pun boleh. Harga tidak akan berubah dan 0% interest!
b. Priority Dealer
Pembelian 16 Dinar Emas 24K tempaan tempatan yang baharu (boleh bayar FULL/EPP4/EPP10) + Wealth Card RM200, tanpa perlu caj EPP.
Contoh kiraan harga untuk dapat Priority Dealer: 1 kpg x 1 dinar (RM1100 + RM10 caj premium) + 1 kpg x 5 dinar (RM5,498 + RM20 caj premium) + 1 kpg x 10 dinar (RM10,997 + RM40 caj premium) = RM17,665 + RM200 Wealth Card = RM17,865.
Jika buat EPP 10, bayaran bulan pertama sekitar RM1,829.50+ RM200 Wealth Card manakala diikuti dengan RM1,759.50 hingga bulan ke-10 (FEBRUARI 2021). Jika nak bayar habis cepat pun boleh. Harga tidak akan berubah dan 0% interest!
3. Persoalan yang kerap ditanya (FAQs)
3.1 Apa Kelebihan Dealer Public Gold?
Terdapat banyak kelebihan sebagai Dealer Public Gold yang di antara yang yang terpenting ialah potensi menjana pendapatan pasif sehingga 4-5 angka yang berterusan walaupun anda tidak bekerja.
Berikut disenaraikan beberapa lagi kelebihan sebagai Dealer Public Gold:-
Referral Link khas untuk daftar pelanggan baharu secara online.
Insentif 1.0% (Normal Dealer), 1.5% (Priority Dealer) dikira daripada semua pembelian (Purchase) emas PG samada peribadi / customer.
Insentif 0.3% untuk semua jual balik (Buyback) emas peribadi / customer.
Staf percuma membantu urusan akaun simpanan GAP dan transaksi jual beli emas.
Group Whatsapp Dealers percuma di branch masing-masing untuk dapat hebahan / promosi PG.
Group Telegram percuma tips dan panduan pelaburan emas perak.
3.2 Bagaimana cara nak dapatkan status Dealer Public Gold?
Carnya amat mudah dan hampir sama dengan cara yang ditunjukkan dalam gambar proses tempahan 1 Dinar Emas 24K tempaan tempatan di atas.
Cuma anda hanya perlu cukupkan jumlah 8 Dinar sekiranya berminat nak dapat status Normal Dealer mankala 16 Dinar sekiranya berhajat untuk dapat status Priority Dealer.
Jangan risau untuk cari di mana pula Wealth Card RM200 dalam web PG sebab Wealth Card ini akan dimasukkan secara manual oleh staf Public Gold dalam Pro-forma Invoice yang akan diemel esok Insya Allah.
3.3 Apakah itu Wealth Card?
Wealth Card sama fungsi dengan mana-mana Priviledge Card tetapi tak serupa sebab Wealth Card juga ada 0.5 gram Goldbar 24K LBMA dengan nama anda dicetak di atas kad.
Contoh Wealth Card seperti di bawah..
Contoh Wealth Card Dealer Public Gold
Hanya dengan RM200, anda dapat 0.5g Goldbar 24K LBMA. Ada cetakan nama anda atas kad dengan status Dealership. Ada voucher RM10 x 10 keping yang boleh ditebus untuk beli emas fizikal. Ada voucher RM20 x 10 keping yang boleh ditebus untuk beli perak fizikal. Ada juga RM10 x 5 keping yang boleh ditebus untuk beli barang di PGMall.
Biasanya ambil masa sekitar 1-2 bulan baru sampai di branch PG pilihan anda. Jangan risau sebab status Dealer anda telah aktif dalam tempoh sehari bekerja sahaja Insya Allah.
Selepas anda menerima emel status Dealership anda daripada PG, anda akan menerima emel panduan Dealer daripada saya juga.
Jangan tunggu lama-lama sebab tempoh promosi hanya tinggal…
Maaf promosi ini dah tamat…
Promosi pembelian Dinar Emas 24K yang baharu ini boleh dibuat sendiri oleh anda. Hanya perlu Login dengan PG Code dan password sendiri. Jika tiada PG code boleh daftar percuma dengan password sendiri di Daftar Public Gold di sini (opens in a new window). Kemudian boleh isikan nombor IC tanpa sengkang di Username dengan password semasa daftar.
Setelah Login, klik Purchase, isi perkataan dinar dalam ruangan search, pilih dinar seperti gambar di atas (bukan dinar yang di’seal’ dalam kad).
Yang paling penting, ialah masukkan kod DEALER EPP10 22/5/2020 dalam ruangan REMARKS sebelum check I Agree and Understand .. dan klik Confirm and Proceed to Payment.
Anda memang beruntung sebab pada 23 April 2020, semasa pelancaran Dinar Emas 24K tempaan tempatan Public Gold, saya teringat waktu saya mua-mula beli Dinar emas di Public Gold pada tahun 2014.
Syiling Dinar Emas
Gambar di atas menunjukkan sebanyak 36 Dinar emas 22K bernilai lebih RM18,000 pada waktu itu saya beli sebagai syarat untuk mendapat status Normal Dealer sahaja. Oleh itu rebutlah peluang Promosi Dealer yang jarang-jarang ini.
Berminat buat pelaburan emas Ar-Rahnu? Ada sesiapa yang mengajak anda buat pelaburan emas Bank Rakyat? Atau pelaburan emas di Bank Islam? Sabarlah dulu… bertenang dan jangan tergopoh-gapah. Anda perlu faham apa yang dimaksudkan dengan Ar-Rahnu dan istilah pelaburan emas.
Ar-Rahnu ialah pajak gadai kaedah Islam yang patuh syariah. Bila anda pajak gadai sebarang bentuk emas di mana-mana cawangan Ar-Rahnu, maka anda akan dapat kebiasaannya sehingga 70-75% nilai emas yang anda gadai dalam bentuk wang tunai.
Pada masa ini terdapat banyak institusi kewangan yang menawarkan kemudahan pajak gadai Islam Ar-Rahnu seperti Ar-Rahnu Xchange Bank Rakyat, Ar-Rahnu Agrobank, Ar-Rahnu Bank Muamalat, Ar-Rahnu Bank Islam. Malah terdapat juga agensi agama Islam seperti Ar-Rahnu Yapeim malah Pejabat Pos pun dah sediakan kemudahan Ar-Rahnu Pos Malaysia.
Namun, apa yang perlu anda tahu ialah anda perlu bayar upah simpan yang ditetapkan yang biasanya mengikut per gram emas. Sebagai contoh pajak gadai Ar-Rahnu Pos Malaysia dipaparkan di bawah.
Contoh kemudahan pajak gadai Islam Ar-Rahnu di Pejabat Pos
Jenis Emas Pelaburan Yang boleh di’Ar-Rahnukan
Pada masa ini, emas jenis Public Gold dan Pamp Suisse diterima untuk pajak gadai Ar-Rahnu di Pejabat Pos Malaysia Ar-Rahnu di seluruh negara tanpa buka seal. Untuk makluman anda, setiap emas pelaburan di’seal’ untuk lindungi dari calar dan kemek kerana emas 24K merupakan emas lembut.
Jika anda mahu ke mana-mana Ar-Rahnu, sila pastikan emas pelaburan anda tidak dibuka seal kerana susutnilai akan jatuh sehingga 10% jika jual balik.
Oleh itu, sebelum anda bersetuju untuk menyerahkan emas pelaburan yang di’seal’, tanya dahulu samada perlu buka seal atau tidak.
Namun, anda tak perlu risau sebab sekarang dah ada emas pelaburan yang mesra Ar-Rahnu dan boleh diterima di mana-mana kedai atau bank yang ada kemudahan Ar-Rahnu.
Jenis-jenis Emas Pelaburan Mesra Ar-rahnu
Dinar 24K mesra Ar-rahnu
1 Dinar 24k mesra Arrahnu
Sebagai contoh Dinar emas 999.9 jenama Public Gold ini memang mesra Ar-Rahnu kerana boleh dikeluarkan dari kapsul dan dipegang, dibelek dan diuji ketulenannya.
Dinar 999.9 tempatan ini boleh didapati dalam bentuk 1 dinar, 5 dinar dan 10 dinar.
Goldbar 10 gram 24k Bungamas mesra Arrahnu
Terdapat juga jongkong emas (goldbar) mesra Ar-Rahnu bermula dengan 10 gram, 20 gram, 50 gram dan 100 gram.
Goldbar ini dikenali sebagai siri BungaMas (seperti di gambar). Anda boleh keluarkan jongkong emas daripada kapsul untuk dipegang dan diuji di mana-mana Ar-Rahnu di Malaysia.
Baca tips seterusnya…
Dinar emas 24k Public Gold di’seal’ bersama sijil ketulenan.
Goldbar 999.9 Public Gold di’seal’ bersama sijil ketulenan.
Selepas daftar anda boleh terus Login sementara menggunakan nombor IC tanpa sengkang dan password seperti yang anda isikan tadi.
Selepas anda berjaya login sementara, anda boleh lihat katalog dinar dan goldbar yang mesra Ar-Rahnu (emas tanpa seal bersama kad) dan goldbar LBMA 100 gram ke atas turut mesra Ar-Rahnu.
Cast goldbar 100 gram 24K Public Gold mesra Ar-Rahnu.
Jika anda nak tahu kedai Ar-Rahnu yang paling tak cerewet dan boleh dapat duit tunai dalam masa tak sampai 20 minit, layari Pajak Gadai Ar-Rahnu Emas Pelaburan. (Saya tunjukkan contoh pengiraan dan saya dapati Ar-Rahnu KDE beri pembiayaan yang paling senang dan anda boleh dapat duit tunai lebih banyak)
Oleh itu, kemudahan Ar-Rahnu ialah satu kemudahan PINJAMAN yang bertujuan untuk MENGGANTIKAN kemudahan PINJAMAN YANG TIDAK PATUH SYARIAH seperti kedai pajak gadai konvensional (pajak gadai haram) yang berleluasa di Malaysia. Ar-Rahnu BUKAN satu kaedah pelaburan emas seperti yang digembar-gemburkan oleh ramai orang Islam yang “Kreatif” seperti yang diulas oleh Ustaz Mohd Nazri Chik di Masjid Al-I’tisam, Taman Tun Dr Ismail pada 13 Ogos 2012 yang lalu.
Beliau ada menegaskan tentang proses manipulasi sistem Ar-Rahnu beli-pajak, beli-pajak emas sebagai satu kreativiti oleh pihak tertentu. Dari segi teknikal tiada isu syariah dan tiada masalah kerana itu ialah kreativiti masing-masing tetapi dari sudut Maqasid Syariah ada benda yang tak kena.
Video Kaedah Manipulasi Sistem Pajak Gadai Ar-Rahnu
Sila tonton video Hukum Pelaburan dan Jual Beli Emas oleh Ustaz Mohd Nazri Chik. Anda boleh terus ke minit 28:55 perbincangan beliau tentang manipulasi sistem pajak gadai Ar-Rahnu.
Ustaz Mohd Nazri Chik merupakan Setiausaha Majlis Pengawasan Syariah dan Penolong Pengurus Besar – Ketua Bahagian Syariah, Bank Islam Malaysia Berhad. Oleh itu, saya berpandangan bahawa beliau adalah orang yang layak dan berpengetahuan tinggi untuk memberi jawapan yang lebih tepat berbanding ustaz-ustaz yang lain di Youtube mengenai pelaburan emas Ar-Rahnu dan hukum pelaburan emas dan jual beli emas.
Semoga anda faham apa yang dimaksudkan dengan Ar-Rahnu dan sepatutnya tiada istilah “Pelaburan emas Ar-Rahnu” boleh digunakan. Beliau menyatakan akan ada risiko apabila harga emas jatuh dan sistem manipulasi tersebut akan rosak. Pada tahun 2012, harga emas memang sedang meningkat naik dan seperti yang Ustaz Mohd Nazri Chik kata, sistem akan rosak bila harga emas jatuh telah terbukti pada akhir 2012 sehingga 2013. Ramai “pelabur emas Ar-Rahnu” menangis tak berlagu.
Apa yang dilakukan dalam teknik pelaburan emas Ar-Rahnu ini ialah mereka sentiasa memantau harga emas Bank Rakyat atau harga emas di Bank Islam hari demi hari, minggu demi minggu dan bulan demi bulan dengan harapan harga emas terus meningkat dari semasa ke semasa.
Anda boleh mendapatkan duit tunai melalui pajakan emas yang anda ada ditangan untuk tujuan sebagai modal bisnes yang anda telah kenalpasti keuntungannya agar anda boleh tebus semula emas yang anda gadai dalam tempoh tak lebih 6 bulan.
Jika anda tiada simpanan emas, saya nasihatkan agar anda membeli dan menyimpan emas pelaburan mulai sekarang sebab hari demi hari terdapat risiko kejatuhan nilai duit tunai yang kita simpan samada dalam bank atau dalam Tabung Haji.
Walaupun bilangan angka dalam akaun bank bertambah, namun kekuatan nilai RM100,000 pada hari ini tidak sama dengan kekuatan nilai RM100,000 pada 10 tahun lalu. Tapi kekuatan nilai 1 kg jongkong emas beribu tahun dahulu dilihat semakin tinggi nilainya pada hari ini.
Anda dinasihatkan agar mendapatkan tips pelaburan emas yang betul sebelum membeli emas seperti yang saya bincangkan di Tips Pelaburan Emas. Layari Pajak Gadai Ar-Rahnu Emas Pelaburan yang paling mudah dan tiada rekod CCRIS / CTOS.
Jika anda nak jual beli emas untuk tujuan melabur dan dapat keuntungan, anda perlu tahu perbezaan susutnilai atau spread harga emas yang anda beli.
Anda perlu faham jenis emas yang paling rendah susutnilainya yang akan memberi keuntungan lebih cepat. Jika anda masih kurang jelas jenis emas untuk pelaburan, sila baca “Tips Pelaburan Emas” dahulu.
Jika anda dah faham bahawa untuk tujuan pelaburan emas, susutnilai harga emas perlulah tidak melebihi 10%. Oleh itu saya nasihatkan agar anda tidak melabur emas dengan membeli barang kemas kerana susutnilainya melebihi 10% bahkan jika anda bertanya di semua kedai emas seperti Habib Jewels dan Poh Kong, susutnilai mereka sekitar 20-35%.
Pakar-pakar pelaburan emas hanya menggalakkan jual beli dinar emas dan gold bar sahaja agar anda menikmati keuntungan dengan lebih cepat. Hanya satu sahaja perkara penting iaitu jual beli emas mestilah halal dan tidak meragukan atau terdapat unsur syubhah.
Terdapat banyak sistem jual beli emas untuk tujuan pelaburan didapati haram (tidak patuh syariah). Pada pandangan saya secara ilmiah dan bukan untuk menjatuhkan mana-mana bank atau bisnes, pelaburan emas di bank-bank seperti pelaburan emas CIMB, pelaburan emas Maybank (Maybank Gold Investment Account), pelaburan emas Public Bank (Gold Investment Account) boleh dikategorikan sebagai tidak patuh syariah. Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang halal dan haram, sila baca “Pelaburan Emas Halal Atau Haram?“
Setakat ini, hanya pelaburan emas Kuwait Finance House (KFH) dan bank Al-Rajhi sahaja yang disahkan patuh syariah dalam bab jual beli emas di Malaysia. Namun, terlalu cerewetlah bila kita deal dengan mana-mana bank ni. Saya dah ulas panjang lebar di post yang lalu. (Boleh baca Sitemap di sini).
Di sini saya ingin berkongsi cara jual beli emas paling best di Malaysia. Jika ragu-ragu, anda boleh bandingkan sendiri… akhirnya saya yakin anda akan buat keputusan seperti saya… jual beli emas di Public Gold memang mudah dan puas hati.
Harga anda beli emas = PG Sell
Harga anda jual emas = PG Buy
Berdasarkan perbezaan spread 100% X [PG Sell – PG Buy] / PG Sell, anda akan dapati kadar spread Goldbar dan Dinar LBMA 24K Public Gold adalah seperti berikut:-
Kadar spread Public Gold.
Pada masa ini, tiada beza kadar spread bagi semua emas LBMA / Bunga Mas / Tai Fook mengikut denominasi di atas.
Oleh itu, anda boleh pilih mana-mana denominasi emas (asalkan bukan 0.5g hingga 5g Goldbar atau setengah dinar).
Lagi berat emas… lagi rendah kadar spread (setengah orang guna perkataan spread nipis), maka lagi cepat keuntungan yang akan diperolehi. Apabila harga emas naik melebihi 15% dalam tempoh tertentu, anda boleh pilih untuk jual. Saya dapati Public Gold amat tak cerewet untuk beli balik emas anda. Duit tunai akan terus dipindah ke dalam akaun bank anda dalam tempoh 48 jam.
Untuk mula beli emas pelaburan goldbar atau dinar LBMA / BungaMas / Tai Fook 24K, ambil stok di cawangan Public Gold (3-5 hari) atau di Pejabat Pos Ar-Rahnu (14-18 hari) atau kurier ke alamat anda (terhad 25g berat) dan simpan sendiri, sila ikuti langkah berikut:-
Langkah #1: Daftar secara PERCUMA
Jika anda sampai ke sini KHAS untuk BELI DAN SIMPAN SENDIRI, anda boleh mendaftar secara percuma dahulu di sini. Pendaftaran amatlah mudah dan cepat. Hanya isikan butiran anda dan klik butang ‘Submit’:-
Selepas mendaftar, anda boleh terus gunakan Nama Pengguna (Username) dan Kata Laluan yang membolehkan anda Login masuk ke laman web web Public Gold untuk ikuti langkah seterusnya…
Langkah #2: Login Username dan Password
Adalah lebih mudah gunakan PC jika anda baru pertama kali buat tempahan di Public Gold. Username anda ialah nombor kad pengenalan anda (tanpa sengkang). Jika anda pernah buat tempahan sebelum ini, Username anda bermula dengan PGXXXXXXXX (Sila rujuk nombor pada sebelah atas kanan Sales Order yang terdahulu).
Untuk Login, sila ikuti arahan emel pendaftaran dan masukkan maklumat Login di bawah. (Nota: Sekiranya anda gagal, sila klik ‘Forgot your password?’ dan ikuti arahan seterusnya).
Langkah #3: Pilih item emas pelaburan anda.
Setelah anda berjaya Login, sila klik pada butang ‘Purchase Order’ di bawah. Selepas itu, anda boleh pilih item emas pelaburan anda.
Anda perlu pilih cawangan Public Gold yang terdekat untuk ambil item emas pelaburan anda (S.O.P emas sampai ke cawangan selama 3 hari).
Sekiranya tiada cawangan Public Gold yang terdekat, anda boleh memilih untuk ambil stok emas anda di mana-mana Pejabat Pos Ar-Rahnu yang tertera di web. Namun S.O.P untuk emas anda sampai ke Pejabat Pos Ar-Rahnu adalah selama 14 hari dan caj premium juga adalah berganda berbanding di cawangan Public Gold.
Jika anda beli item bernilai bawah RM5,000.00, penghantaran melalui kurier boleh digunakan selepas pembayaran emas disahkan. Hubungi staf PG di cawangan terdekat untuk pembayaran kurier.
Ada 2 cara pembelian secara terus.
a. Tempah dan bayar sekaligus.
b. Tempah dan bayar secara ansuran (Easy Payment Plan – EPP)
Samada anda nak bayar sekaligus atau secara deposit bulanan, kedua-duanya telah melepasi syarat pembelian patuh syariah. Bayaran dilakukan secara manual dengan membuat pemindahan / transfer dari akaun bank anda ke akaun bank Public Gold Marketing Sdn Bhd. seperti berikut:-
Bank : Malayan Banking Berhad (Maybank). Acc No. : 5071-3410-4563. Swift No. : MBBEMYKL
Bank : Public Bank Berhad. Acc No. : 3167-52-0833. Swift No. : PBBEMYKL
Emelkan bukti transaksi anda terus ke : pa*****@pu********.my dan cc kepada su******@pe***********.org untuk saya follow-up sekiranya ada apa-apa masalah kemudian.
Adalah lebih baik sekiranya anda buat bayaran melalui Platform FPX kerana tiada dikenakan caj dan setiap transaksi tak perlu emel salinan transaksi.
Untuk pembelian dan simpan emas sendiri, anda perlu mengambil emas anda di cawangan Public Gold yang terdekat (Sila layari cawangan Public Gold di Malaysia). Terdapat bayaran caj premium yang minima untuk setiap pengeluaran emas mengikut jenis seperti di bawah. (Caj premium di Pos Ar-Rahnu adalah 2X ganda).
Setelah anda membuat pembayaran pertama dan mendapat pengesahan, anda akan menerima emel dari Public Gold yang mengandungi kod PG sebagai contoh PG000123456. Sila ikuti arahan emel agar anda boleh Login menggunakan kod PG anda untuk jual beli emas berikutnya.
Selesailah kaedah beli emas.
Untuk pembelian seterusnya, anda boleh ulangi Langkah #2 di atas.
Panduan berikutnya telah diperbaharui dan tak perlu diikuti.
Pada tahun 2017, saya lebih suka untuk menggunakan aplikasi Public Gold android di smartphone. Ianya sangat mudah. Yang penting ada line internet.
Saya juga ada menerangkan tentang cara nak install aplikasi Public Gold melalui Google Playstore di sini. (Download Manual Public Gold App – Android, iPhone dan Blackberry) – Pada masa ini aplikasi ini telah ditamatkan.
Seterusnya, untuk beli emas di kedai emas online Public Gold tersangat mudah. Berikut saya tunjukkan langkah demi langkah cara jual beli emas di Public Gold selepas anda install aplikasi android Public Gold. Pada masa ini aplikasi digantikan dengan Login secara terus melaui laman web Public Gold.
Gunakan PG code atau jika belum dapat boleh guna no. IC anda.
Setelah anda install, anda akan dapat paparan seperti berikut:-
Langkah #1: Login guna kod PG dan password anda.
Paparan Public Gold app – Tap pada Menu dan kemudian Login.
Langkah #2: Pilih item emas di ‘LIVE PRICE’
Public Gold app – Tap pada imej beg di hujung kanan mana-mana jenis emas Goldbar / Dinar 24K LBMA untuk mulakan pembelian.
Langkah #3: Tap pada ‘Shopping bag’ di hujung kanan dan tap ‘Submit’ pada halaman berikutnya:
Selepas anda dah pasti akan jenis produk dan jumlah sila tap pada ‘SUBMIT BOOKING’ pada sebelah kanan atas.
Seterusnya anda akan dibawa melalui platform pembayaran kaedah FPX. Kaedah ini akan dikenakan caj minima RM1 atau RM2.
Anda boleh pilih mana-mana bank yang anda miliki akaun untuk membuat transaksi pembelian emas Public Gold.
Akhir sekali, anda perlu isikan alamat emel anda dan tap pada butang ‘Agree and Continue’. Sila ikuti arahan perbankan seterusnya sehingga selesai transaksi. Jika boleh anda simpan snapshot terakhir pembayaran agar boleh follow-up sekiranya ada masalah kemudian hari.
Selesailah pembelian emas Public Gold melalui aplikasi Public Gold.
Jika anda membuat tempahan dan tidak membayar melalui FPX, dalam beberapa minit, anda akan menerima emel daripada Public Gold seperti berikut:-
Emel Public Gold terima pesanan
Sila download lampiran dalam format pdf. Sila semak Sales Order yang anda terima. Mana-mana pembatalan tempahan akan dikenakan caj 5% daripada harga tempahan.
Pesanan pembelian emas Public Gold atau dipanggil sebagai Sales Order.
Sila tunggu dalam beberapa minit lagi untuk anda menerima Purchase Order (PO) daripada Public Gold.
Selepas sekitar 4 hingga 5 jam, anda akan menerima emel pengesahan tempahan (Sales Order Confirm) daripada Public Gold menyatakan bagaimana pembayaran perlu dilakukan.
Emel sales order Public Gold
Apa yang penting pada langkah ini adalah seperti berikut:-
1. Buat pembayaran dalam tempoh selewat-lewatnya 4 hari termasuk cuti. Abaikan arahan 24 jam dalam emel tersebut. Jika pembayaran lewat diterima, maka akaun anda akan DIBEKUKAN dan tempahan berikutnya tidak akan diproses.
2. Buat pembayaran secara online melalui Maybank2u atau Public Bank. Saya lebih suka Maybank2u kerana lebih mudah dan anda boleh printscreen maklumat pembayaran. Pembayaran boleh dilakukan di akaun seperti berikut:-
Maybank: 5071-3410-4563 / Untuk transaksi luar negara Swift No: MBBEMYKL
Public Bank: 3167-52-0833 / Untuk transaksi luar negara Swift No: PBBEMYKL
(Nota: Pembayaran maksima di Maybank2u adalah sebanyak RM60,000 sehari)
3. Emel slip pembayaran ke pa*****@pu********.my
4. Telefon cawangan Public Gold yang anda pilih untuk tujuan pengambilan emas anda sebelum anda pergi ke cawangan Public Gold tersebut. Jangan lupa untuk membawa bersama Purchase Order dan slip pembayaran. Simpan dalam smarphone pun boleh sebab boleh emel ke cawangan masa tu juga apabila diminta.
5. Di cawangan Public Gold, kepada yang pertama kali order emas, anda akan diminta mengisi borang pendaftaran untuk tujuan rekod. Oleh itu, ambil masa untuk bertanya jika ada apa-apa kemusykilan.
Untuk jual semula emas Public Gold atau emas pelaburan pelbagai jenama seperti Zenith, Amethyst dan mana-mana barang kemas, sila layari Cara Jual Beli Emas Yang Menguntungkan.
Sebelum anda melabur emas, sila buat perbandingan harga emas dengan susutnilainya sekali. Apakah susutnilai? Susutnilai harga emas dikira dalam peratus (%) yang merujuk kepada perbezaan nilai jualan emas dengan nilai belian emas semasa.
Susutnilai atau Spread (%) = [(Harga Jualan – Harga Belian)/ Harga Jualan] X 100
Emas perhiasan tidak sesuai dijadikan untuk pelaburan emas kerana nilai spread yang terlalu tinggi.
Jika anda membuat pelaburan emas, anda perlu tahu bahawa semakin rendah susutnilai sesuatu emas, maka, semakin banyak keuntungan yang anda dapat! Dan sebaliknya, semakin tinggi susutnilai emas yang anda beli, maka semakin sedikit keuntungannya.
Oleh itu, terdapat perbezaan spread antara jenis-jenis emas dan jenama emas yang terdapat di pasaran. Pakar-pakar pelaburan emas menasihatkan untuk TIDAK melabur emas jika terdapat perbezaan harga emas semasa anda beli dan harga jual (spread) melebihi 10%!
Di sini saya sertakan beberapa contoh harga emas serta susutnilai atau spread mengikut jenis emas:
Jongkong Emas / Gold Bar 999.9 sekitar 5-10%
Dinar Emas 916 sekitar 5-8%
Emas perhiasan sekitar 25-35%
Sekarang dah jelas pada anda bahawa emas perhiasan TIDAK SESUAI untuk tujuan pelaburan emas. Yang sesuai hanyalah jenis jongkong emas dan dinar emas atau gold bullion coin.
Tetapi jika anda sudah memiliki emas perhiasan lama dan rosak, anda boleh menjualnya pada harga tinggi! Kalau nak jual emas perhiasan lama atau gelang emas yang dah patah atau rosak, saya nasihatkan jangan jual di kedai emas kerana susutnilainya terlalu besar. Kebiasaannya sekitar 25-35% malah ada kedai emas yang membeli dengan susutnilai sehingga 40%!
Jika anda mengetahui kedai emas yang menjual barang kemas dengan susutnilai lebih rendah, sila kongsikanlah di sini.
Sekarang, hanya tinggal jongkong emas dan dinar emas sahaja yang menjadi pilihan pelabur-pelabur emas disebabkan susutnilai masing-masing yang kurang daripada 10%.
Namun, persoalannya jongkong emas dan dinar emas yang manakah yang menawarkan harga emas yang paling kompetitif, boleh dibeli dan dijual dengan mudah serta patuh syariah halal lagi sah di sisi undang-undang?
Anda tak perlu risau sebab saya dah berminggu-minggu buat perbandingan di antara pelbagai jenis produk pelaburan emas di Malaysia samada bank-bank seperti pelaburan emas Maybank, Public Bank, Kuwait Finance, Al-Rajhi, CIMB dan juga syarikat-syarikat seperti Sri Ayu, GCP, GSR dan Dinar Kelantan. (Sila teruskan baca posting saya mengenai perbandingan pelaburan emas…)
Di Malaysia terdapat dua jenis pelaburan emas… yang Islamic atau halal dan yang conventional atau haram.
Dan setakat ini, pelaburan emas yang halal di bank ialah Kuwait Finance House (KFH) dan Bank Al-Rajhi yang disahkan patuh syariah namun anda terikat dengan pelbagai syarat seperti emas yang anda beli tidak boleh dibuka seal dan susutnilai akan jatuh sehingga 25% jika seal rosak! Aduhai…
Terpulang kepada anda jika mahu melabur di bank-bank tersebut. Namun, anda tak perlu susah-susah nak mulakan pelaburan emas dengan KFH atau Al-Rajhi sebab saya dapati kedai emas Public Gold menawarkan konsep pelaburan emas yang paling mudah, cepat, patuh syariah, menjual dengan harga emas yang terendah di pasaran, kadar spread atau susutnilai yang terendah, stok emas yang sentiasa ada, cawangan di setiap negeri di seluruh Malaysia termasuk Singapura dan yang paling penting tidak cerewet.
Ditunjukkan kadar susutnilai (spread) kesemua jenis emas pelaburan goldbar dan dinar 24K LBMA jenama Public Gold.
Kadar spread Public Gold.
[DIKEMASKINI 19/11/2017]
Berikut dipaparkan salinan sijil-sijil bagi kedua-dua produk jual beli emas pelaburan syarikat Public Gold yang telah dikeluarkan oleh Panel Penasihat Syariah Amanie Advisor yang ditandatangani oleh Y.Bhg. Datuk Dr. Mohd. Daud Bakar.
1. Pembelian dan penjualan balik secara runcit samada sekaligus atau ansuran (Easy Payment Plan / EPP)
Untuk mula beli emas pelaburan goldbar atau dinar LBMA 24K tanpa GST, ambil stok di cawangan Public Gold (3-5 hari) atau di Pejabat Pos Ar-Rahnu (14-18 hari) dan simpan sendiri, sila ikuti langkah berikut:-
Selepas mendaftar, anda boleh terus Login menggunakan nombor IC tanpa sengkang sebagai Nama Pengguna dan Kata Laluan yang anda isi di laman web Public Gold
2. Pembelian dan penjualan balik melalui akaun Gold Accumulation Program (GAP)
Pada 29 September 2017, panel penasihat syariah Amanie Advisor telah mengeluarkan Sijil Patuh Syariah ke atas aktiviti jual beli emas akaun GAP Public Gold.
Mulai sekarang, anda dah tak perlu berasa was-was untuk berjual beli secara online emas pelaburan 24K LBMA yang tidak dikenakan cukai GST melalui akaun GAP. Anda boleh mulakan serendah RM100.
Ikuti hanya 3 langkah mudah dan murah untuk mulakan simpanan emas pelaburan seperti berikut:-
Langkah #1:
Rujuk harga emas GAP di web Public Gold. Transfer minima RM100 atau jumlah RM untuk 1 gram yang hendak dibeli ke no. akaun Public Gold Marketing Sdn Bhd di Maybank 557139238048 (Sila guna Instant Transfer jika guna bank lain). Jika nak keluarkan beli 2 gram kerana baki minima 1gram.
Langkah #2:
Simpan gambar resit belian (Maklumat SMS atau Transaction history TIDAK diterima).
Langkah #3:
Hantar maklumat berikut dengan gambar resit kepada emel ga*@pu********.my
Kesimpulannya, mulai hari ini anda boleh mula buat potongan bulanan minima RM100 untuk pembelian emas fizikal ke dalam akaun emas simpanan GAP anda tanpa was-was.
Tambahan pula, jika anda nak jual emas, pihak Public Gold akan terima tanpa banyak cerita. Anda boleh Login ke akaun GAP dan klik BuyBack untuk jual semula dan setelah and aklik butang Request, duit tunai akan terus ditransfer ke akaun bank anda dalam tempoh 48 jam.
Jika anda nak jual emas fizikal pula, walaupun emas Public Gold yang kita beli dan simpan tu kemek atau calar, Public Gold tetap terima! Insya Allah saya yakin bahawa anda pasti akan berpuashati dengan kaedah pelaburan emas yang ditawarkan oleh Public Gold sebagaimana saya berpuashati dengan sebenar-benarnya.
Dalam blog ini juga saya ada menyediakan carta harga emas untuk rujukan anda. Jika anda ingin meninjau harga emas 1 gram di Malaysia sejak 5 tahun lalu hingga ke tempoh 24 jam, sila ke laman Harga Emas Semasa Public Gold.
Nasihat saya untuk anda yang nak memulakan pelaburan emas, jangan terlalu obses melihat carta harga emas sehingga tak boleh tidur malam pula… apa yang penting anda perlu faham jenis pelaburan emas yang betul dan halal serta nilai spread harga emas syarikat yang menawarkan pelaburan emas.
Di Public Gold, terdapat pelbagai jenis emas pelaburan yang boleh anda pilih dengan kemudahan aplikasi web dan Android untuk memudahkan anda mendapat harga emas semasa yang sentiasa dikemaskini setiap 20 minit.
Anda boleh membuat tempahan dan ‘lock’ harga secara online dan mendapatkan maklumat lebih lanjut setelah anda mendaftar. Pendaftaran adalah percuma tanpa perlu membeli apa-apa barang! Sila klik pada “Pendaftaran Percuma” untuk mengetahui bagaimana untuk mendaftar.
Jika anda tercari-cari bank mana atau syarikat mana yang menawarkan pelaburan emas terbaik di rantau Asia… saya sarankan anda untuk meneliti peratus susutnilai atau nilai spread yang ditawarkan sebelum membeli emas fizikal berbentuk jongkong emas atau dinar emas.
Pada hari ini memang terdapat terlalu banyak persaingan antara bank-bank malah syarikat-syarikat yang menawarkan jual beli emas pelaburan seperti goldbar 24k dan dinar emas 24k yang bebas dari dikenakan GST sebanyak 6%.
Mengapa? Ini ialah kerana jika emas pelaburan yang anda beli dikenakan GST sebanyak 6%, dimanakah keuntungan yang anda akan perolehi? Sedangkan emas itu sendiri ada susutnilainya masing-masing.
Oleh itu di sini saya ingin kongsikan kepada anda dua jenis emas pelaburan iaitu jongkong emas 24K dan dinar emas 24K dengan kadar susutnilai TERENDAH di Malaysia dan TIDAK DIKENAKAN GST pada kadar 6%!
Sila lihat gambarajah di bawah:-
Sumber infografik: Encik Zulkifli Shafie MD PG.
Berdasarkan infografik di atas, sekiranya bajet anda sekitar RM10,000.00 maka saya cadangkan samada anda pilih antara DUA pilihan di bawah:-
PILIHAN #1 – SPREAD / SUSUTNILAI RENDAH
Saya cadang anda beli emas yang SPREAD LEBIH RENDAH dahulu. Walaupun anda nak simpan jangka panjang, nanti anda akan tetap semak harga emas semasa juga untuk menilai sejauh mana keuntungan yang boleh anda dapat melalui menyimpan emas. Emas dengan spread lebih rendah lebih cepat untung bila harga naik.
Contohnya dengan bajet RM10,000 maka saya akan cadangkan agar anda beli dan simpan Gold Bar 50g + 10g = 60g.
PILIHAN #2 – SENANG DIJUAL SIKIT-SIKIT
Jika anda nak senang jual sikit-sikit bila nak pakai duit nanti, emas yang kecil-kecil lebih baik. Jadi dengan bajet RM10k, anda boleh pilih mana-mana kombinasi Gold Bar 10g atau 20g untuk cukupkan 60g. Oleh itu, sekiranya terdesak nak guna duit, maka anda boleh jual balik emas 10g atau 20g sekadar nilai yang anda perlukan.
Kepada anda yang mempunyai akaun emas GAP, anda juga boleh menjual balik harga emas secara sikit-sikit bila nak pakai duit. Insya Allah dalam tempoh 48 jam pihak Public Gold akan bankin dalam akaun anda melalui akaun Maybank. Untuk mengelakkan kelewatan transaksi, saya galakkan anda untuk menggunakan akaun Maybank juga semasa mendaftar.
Anda boleh mendaftar secara percuma untuk makluman lebih lanjut di Pendaftaran Percuma.
Saya sekadar bagi cadangan, anda yang buat keputusan. Semoga berjaya dalam pelaburan emas.