Jika beli di web Public Gold harga keseluruhan RM1,160.00 (Semenanjung) atau RM1,165.00 (Sabah & Sarawak). Kena ambil sendiri di branch PG terdekat pula!
Tapi offer malam ini hingga habis stok hanya RM1,152 selepas guna KUPON SMO20OFF sebelum Checkout.
Harga termasuk shipping ke suruh negara walau ke Sabah atau Sarawak!
Step 3: Klik Shopping, slide ke kanan dan cari PGMall. Tap Get Deal di PGMall.
Step 4: Mula shopping di PGMall dan cari banner 1 dinar seperti di atas, isi Coupon Code berikut sebelum Checkout:
a. Jika anda pertama kali shopping di PGMall sila isi SMONEW25 boleh dapat diskaun RM25 atas belian minima RM80!
b. Jika anda shopper sediada sila isi SMO20OFF boleh dapat diskaun RM20 atas belian minima RM100!
c. Jika dah guna kedua-dua kupon di atas, boleh isi SMOSHIP8 untuk Free Shipping atas belian minima RM80!
Nota: Offer kod diskaun tamat 11.59pm 30 September 2020.
Psstt.. macam-macam offer yang PGMall, PG Museum dan PG Jewel buat sehingga 30hb September 2020.
Ikuti langkah di atas untuk dapat pulangan tunai dan juga diskaun!
Lekas-lekas la order sebelum kehabisan. Boleh guna kad kredit juga!
Seperti yang sedia maklum, harga emas semakin meningkat sejak wabak COVID-19 melanda negara dan seluruh dunia. Harga emas semalam RM285/g dah naik RM290/g pada hari ini.
Dengan situasi PKPP dilanjutkan sehingga 31 Disember 2020, ramai yang dah mula terkesan! Ramai yang mula diberhentikan kerja akibat arahan tutup kedai, restoran, pejabat, kilang dan pejabat.
Apa persediaan kewangan yang perlu dilakukan sebelum anda atau orang yang tersayang mengalaminya? Jawapannya hanyalah satu iaitu dana kecemasan.
Persediaan dana kecemasan dalam bentuk kalis inflasi iaitu samada emas atau perak (silver) perlu ada pada setiap keluarga sebagai persediaan menghadapi kemelesetan ekonomi dalam tempoh 3 hingga 4 bulan dari sekarang (Sumber: Bloomberg 30 Mei 2020).
Emas dan perak kalis inflasi kerana logam ini mempunyai nilai intrinsik manakala duit kertas yang disimpan dalam bank atau yang ada ditangan tiada nilai intrinsik.
“Wang tidak mempunyai nilai intrinsik, hanya nilai relatif. Nilainya diukur dengan kemampuan menukarnya dengan sesuatu yang bernilai kepada pemiliknya… “
– Alan Gotthardt
Maksudnya, duit kertas akan semakin lemah berbanding emas dan perak.
Sasaran sekurang-kurangnya 10 Dinar (RM12,294) atau 50g goldbar (RM14,363) dalam 4 hingga 10 bulan akan datang.
Contoh Goldbar 24k Bungamas Public Gold 10g, 20g dan 50g yang mesra Ar-Rahnu
Jika anda minat simpan dalam bentuk perak boleh sasarkan simpanan sekurang-kurangnya 2 kilogram (RM4,588 X 2 = RM9,176) dalam 4 ke 10 bulan akan datang.
Alhamdulillah sempena Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos 2020, ada promosi belian Goldbar / Dinar / Silver sehingga Selasa jam 11.59pm 1/9/2020.
Semua belian emas / perak boleh EPP4 (bayaran deposit booking dalam tempoh 4 bulan) atau EPP10 (bayaran deposit booking dalam tempoh 10 bulan) waived / tanpa caj EPP Premium.
EPP bermaksud Easy Payment Purchase bayaran deposit keselamatan yang telah disahkan patuh syariah. Maknanya kedai emas Public Gold yang telah disahkan patuh syariah sejak 2017 akan simpan deposit anda sehingga selesai bayaran dan akad berlaku ketika anda dapat emas.
EPP Premium pula bermaksud, terdapat caj untuk kemudahan EPP sekitar RM1.00 setiap gram emas. Bermakna jika anda beli 50g Goldbar akan ada caj EPP sebanyak RM50. Caj EPP ini dimansuhkan sehingga jam 11:59pm 1/9/2020.
Harga belian menggunakan kemudahan EPP ini akan kekal semasa pesanan pada hari ini sehingga bulan ke-10 walaupun harga emas / perak pada ketika itu dah naik! Jadi, anda tak perlu risau walaupun ada kenaikan harga sepanjang tempoh EPP10.
Contoh harga belian 1 Dinar mesra Arrahnu secara EPP:
Alang-alang Simpan Emas.. Simpanlah sebagai Dealer Public Gold
Memandangkan ramai pakar ekonomi mencadangkan agar setiap orang mempunyai 2 atau 3 sumber pendapatan, di sini terdapat peluang untuk anda membina pendapatan pasif melalui program referral.
Program referral merupakan program yang sah di sisi undang-undang dan bukan skim cepat kaya. Anda beli produk dan syarikat akan memberi insentif jika anda perkenalkan kepada yang lain menggunakan kod ID anda. Mudah sahaja!
Sepertimana anda makan di sebuah restoran yang anda dapati masakannya sangat lazat.. tanpa sengaja anda rekomen kepada sahabat handai atau ahli keluarga dekat dan jauh untuk makan di restoran tersebut.
Anda ambil gambar dan share di FB, Insta, Blog atau Whatsapp gambar-gambar kedai, menu, lauk pauk, malah selfie anda sedang menikmati juadah yang dihidangkan.. tak lama kemudian ada yang tanya lokasi dan berapa harga dan sebagainya. Namun, anda tak dapat apa-apa insentif dari restoran tersebut kan? 😊
Jika anda berminat nak mulakan bisnes yang menjana pendapatan pasif yang berpanjangan dan boleh diwarisi, anda disarankan mengambil peluang untuk mendapatkan status Dealer di Public Gold.
Apa Kelebihan Dealer Public Gold?
Terdapat banyak kelebihan sebagai Dealer Public Gold yang di antara yang yang terpenting ialah potensi menjana pendapatan pasif sehingga 4-5 angka yang berterusan walaupun anda tidak bekerja.
Berikut disenaraikan beberapa lagi kelebihan sebagai Dealer Public Gold:-
Referral Link khas untuk daftar pelanggan baharu secara online. Bermaksud, anda tak perlu simpan stok emas untuk dijual. Apabila pelanggan daftar dengan anda dah boleh terus beli di kedai Public Gold dan anda diberi insentif!
Insentif 1.0% (Normal Dealer), 1.5% (Priority Dealer) dikira daripada semua pembelian (Purchase) emas PG samada peribadi / customer.
Insentif 0.3% untuk semua jual balik (Buyback) emas peribadi / customer.
Semua insentif dibayar setiap bulan pada 20hb.
Staf percuma membantu urusan akaun simpanan GAP dan transaksi jual beli emas.
Group Whatsapp Dealers percuma di branch masing-masing untuk dapat hebahan / promosi PG.
Group Telegram percuma info, tips dan panduan pelaburan emas perak.
Mendapat status Super Shopper / Premium Shopper di PGMall.my seterusnya mendapat cashback sehingga 3.5% atas setiap belian peribadi dan pelanggan yang mendaftar menggunakan Referral link anda.
Status Dealer yang tiada tarikh luput.
Alang-alang beli emas, belilah sebagai Dealer sebab anda hanya perlu tambah RM200 sahaja untuk Wealth card 0.5g Goldbar yang ada nama anda dicetak di atas kad dengan status Dealer.
Alhamdulillah sempena #MERDEKA ini, ada juga promosi Dealer sehingga Selasa jam 11.59pm 1/9/2020.
Pilihan 1: Normal Dealer (ND)
Beli 8 Dinar Local atau Beli 30g BungaMas atau Beli 2kg Silver
+ Wealth Card RM200 untuk dapat 1.0% insentif dari setiap pembelian peribadi dan pelanggan berikutnya. Boleh EPP4 atau EPP10 tanpa perlu bayar caj EPP Premium.
Pilihan 2: Priority Dealer (PD)
Beli 16 Dinar Local atau Beli 50g BungaMas atau Beli 4kg Silver
+ Wealth Card RM200 untuk dapat 1.5% insentif dari setiap pembelian peribadi dan pelanggan berikutnya. Boleh EPP4 atau EPP10 tanpa perlu bayar caj EPP Premium.
Kod Promosi: FBLive Syukor Hashim MERDEKA (Wajib diisi di Remarks sebelum tanda ‘I Agree’ semasa buat pesanan dalam sistem PG)
Cara membuat pesanan
1. Pesanan 1 Dinar Local mesra Arrahnu:
Promosi pembelian Dinar Emas 24K secara EPP sehingga 10 bulan yang mesra Arrahnu ini boleh dibuat sendiri oleh anda. Hanya perlu Login dengan PG Code dan password sendiri. Jika tiada PG code boleh daftar percuma dengan password sendiri di Daftar Public Gold di sini (opens in a new window). Kemudian boleh isikan nombor IC tanpa sengkang di Username dengan password semasa daftar.
Selepas daftar boleh terus Login di web PG (opens in a new window) (boleh terus login kepada anda yang telah ada PG Code). Abaikan notis kemaskini profil dan bank info dan terus klik Menu dan Order seperti paparan GIF di atas.
Anda disarankan menggunakan kemudahan FPX tanpa caj agar sistem boleh kemaskini maklumat bayaran segera ebrbanding mengguanakan BANKING manual upload..
Promosi pembelian 30 gram Goldbar / 50 gram Goldbar BungaMas 24K (8 Dinar atau 16 Dinar / 2 kg Silverbar / 4kg Silverbar) secara EPP sehingga 10 bulan yang mesra Arrahnu seterusnya dapat status Dealer ini boleh dibuat sendiri oleh anda. Hanya perlu Login dengan PG Code dan password sendiri.
Jika tiada PG code boleh daftar percuma dengan password sendiri di Daftar Public Gold di sini (opens in a new window). Kemudian boleh isikan nombor IC tanpa sengkang di Username dengan password semasa daftar.
Selepas daftar boleh terus Login di web PG (opens in a new window) (boleh terus login kepada anda yang telah ada PG Code). Abaikan notis kemaskini profil dan bank info dan terus klik Menu dan Order seperti paparan GIF di atas.
Selepas Login, Klik Menu, Order, Purchase Order.
Isi 10g di ruangan carian.. Klik Search.. pilih item 10 g goldbar BungaMas. Add to cart. Ulang untuk 20g (30g untuk ND atau 50g untuk PD). Begitu juga jika nak upgrade dealer dengan beli Dinar. Pilih 1 Dinar x 3, 5 Dinar = 8 Dinar untuk ND (16 Dinar untuk PD). Klik troli sebelah atas kanan.
Proceed to next page. Pilih branch, pilih EPP Payment.
Pilih EPP10
ISI REMARKS WAJIB SEBELUM KLIK NEXT FOR PAYMENT: FBLIVE SYUKOR HASHIM MERDEKA.
Hanya untuk upgrade Dealer sahaja: Ulang Step 2 untuk order Wealth Card RM200 (Full Payment). Abaikan jika dah Dealer atau belian biasa.
Boleh buat bayaran dalam tempoh 4 hari dari tarikh hari ini.
Itu sahaja.
Jangan tunggu lama-lama sebab tempoh promosi hanya tinggal…
Nak mulakan pelaburan emas? Anda disarankan untuk ikut kaedah buat sambil belajar. Ilmu yang dipelajari tidak akan bawa hasil jika belajar tanpa praktikal.
Ramai yang dah belajar bagaimana nak mula melabur emas, tapi akhirnya tetap tak mula melabur!
Mengapa tak mula? Sebab ramai yang nak tunggu bila harga emas turun. Bila dah dapat info harga emas dah turun, masih nak tunggu harga emas turun lagi??!! 😄😄😄
Disebabkan harga emas meningkat sepanjang zaman berbanding mata wang Ringgit cara pelaburan emas yang betul ialah beli dan tunggu. Bukan tunggu dan lihat harga emas turun baru beli sebab tunggu itulah yang buat ramai pelabur menyesal!
Apabila harga emas tiba-tiba naik semula, barulah menyesal tepuk dahi 🤦♂️. Ibarat pepatah ‘Menyesal kemudian tidak berguna lagi’.
Cara melabur emas yang paling mudah dan selamat ialah dengan menggunakan kaedah “buy low sell high”.
Anda disarankan bermula dengan 1 gram dahulu pada hari ini sebab harga paling tinggi sebelum ini RM304/g telah turun kepada RM287/g.
Selepas beli segram barulah kita akan tahu harga selepas ini turun atau naik. Harga belian pertama itulah merupakan tanda aras kepada harga emas pada masa akan datang.
Jika nak tunggu harga emas turun, tiada siapa yang tahu masa yang tepat ketika wabak COVID-19 melanda dunia Mac lalu RM220/g dan pada hari 7 Ogos 2020 dah mencecah RM304/g (USD2,072/oz) berikutan kes letupan bahan kimia di Beirut, Lubnan yang mencetuskan kebimbangan global ancaman pengganas namun reda kembali apabila tiada unsur pengganas dikesan.
Hanya dalam tempoh 5 bulan sahaja sahabat boleh kaut untung kasar sebanyak RM84/g. Jika beli 100g masa tu dah dapat untung kasar RM8,400.00! 🤑🤑🤑
Oleh sebab itu, pakar kewangan seperti en. Azizi Ali menyarankan jika mahu kaut keuntungan besar, melaburlah dalam jumlah yang besar sekurang-kurangnya 100 gram!
Seterusnya? Apa yang berlaku sejak harga meningkat begitu tinggi?
Apabila Rusia mengumumkan vaksin COVID-19 telah ditemui dan boleh digunakan, harga emas tiba-tiba menjunam ke paras RM280/g namun selang sehari berikutnya harga emas meningkat semula akibat sentimen global dan bergerak mendatar sehingga hari ini sekitar RM287/g (USD1,944/oz).
Namun, jika anda baru nak mula, saya sarankan mulalah dengan kaedah paling mudah dan patuh syariah, saya sarankan untuk buka akaun simpanan emas Gold Accumulation Program (GAP).
Anda boleh lihat gambar di lampiran. Akaun GAP seperti akaun Maybank2u juga ada Classic site di link sebelah bawah kiri (belian secara manual namun proses kemaskini baki emas ambil masa 2-3 hari).
Manakala New Site di tengah-tengah gambar lebih mudah dan pantas. Belian emas menggunakan FPX secara automatik baki emas dalam akaun GAP sahabat akan dikemaskini.
Jika anda nak buka akaun GAP dan dapat ID Login sementara, boleh layari Cara Buka Akaun Simpanan Emas GAP. Di situ ada diberi panduan buka akaun GAP secara mudah.
Harga emas pelaburan meningkat lagi kepada RM281 segram!
Selepas hanya sebulan lebih harga emas mencecah harga tertinggi pada 20 Jun 2020 (sila lihat Harga Emas Pelaburan Ditutup Tinggi Pada 20-6-2020), pada 24 Julai 2020, harga emas pelaburan meningkat lagi kepada RM281 segram!
Harga emas melepasi USD1885 seauns 24 Julai 2020
Manakala harga emas berbanding matawang Amerika telah meningkat melepasi USD1,885.00/oz.
Antara faktor yang boleh meningkatkan harga emas dalam jangka masa panjang ialah persengketaan di antara Amerika Syarikat dan China.
Perkembangan yang berlaku pada 22/7/2020, Amerika Syarikat mengarahkan China untuk menutup pejabat konsulat China di Houston telah menyemarakkan krisis politik di antara kedua-dua negara kuasa ekonomi dunia itu.
Amerika Syarikat mendakwa arahan untuk menutup konsulat besar China di Houston dibuat untuk melindungi harta intelek Amerika Syarikat dan maklumat peribadi warganya.
Arahan penutupan konsulat besar China di Houston, USA.
China telah berikrar untuk bertindakbalas.
Mula mula mereka bergaduh pasal perang perdagangan antara dua hala… kemudian mereka bergaduh pasal Coronavirus COVID-19.
Pertelingkahan politik antara kedua kuasa besar ini mampu menggugat kestabilan ekonomi dan politik dunia. Selagi kedua kuasa besar ini berkonflik maka potensi harga emas untuk naik sangatlah tinggi.
Kenapa?
Sebab China adalah pemegang hutang Amerika Syarikat yang kedua terbesar selepas Jepun (dahulu China merupakan pemegang hutang terbesar Amerika Syarikat). Apabila Amerika Syarikat dan China bersengketa, maka dalam jangka masa panjang China akan mengelak daripada memegang hutang Amerika Syarikat.
Mereka akan membeli aset lain seperti emas atau hutang negara lain. Jadi ini boleh menaikkan harga emas dalam jangka masa panjang.
Tambahan pula, pada bulan November 2020 nanti Amerika Syarikat akan mengadakan Pilihanraya Presiden (3/11/2020). Berkemungkinan besar tindakan ini ada kaitan dengan Pilihanraya Presiden tersebut.
Dalam tempoh tiga bulan ini, pakar emas menjangkakan banyak perkara-perkara mengejutkan boleh berlaku. Biasanya perkara-perkara mengejutkan akan melonjakkan harga emas.
Oleh itu, jika anda ada lebihan simpanan tunai, buatlah pilihan bijak dengan laburkan sebahagian duit tunai kepada bentuk emas untuk jangka masa panjang.
Bagaimana nak mula melabur emas?
Cara melabur emas yang paling mudah dan selamat ialah dengan menggunakan kaedah “buy low sell high“.
Disebabkan harga emas sentiasa meningkat dan dijangka akan terus meningkat hingga melebihi USD10,000/oz dalam tempoh empat tahun dari sekarang (2024), sekarang ialah masa yang sesuai untuk mulakan pelaburan emas.
Jika nak tunggu harga emas turun, tiada siapa yang tahu masa yang tepat ketika wabak COVID-19 melanda dunia Mac lalu RM220/g dan pada hari ini dah mencecah RM281/g (USD1,885/oz)!
Sebab tips pelaburan emas adalah, “beli dan tunggu”.. “Bukan tunggu bila nak beli”
Kebanyakan orang yang tiada ilmu pelaburan emas akan menunggu dan terus menunggu kononnya akan beli bila harga emas jatuh.
Bila harga dah jatuh.. masih nak tunggu harga jatuh lagi.. bila harga tiba-tiba naik balik, mula menyesal tepuk dahi. Akhirnya masih tak beli dan hanya menjadi pemerhati.
Pakar Emas En. Syukor Hashim 24/7/2020.
Hanya dalam tempoh 4 bulan sahaja boleh kaut untung kasar sebanyak RM61/g. Oleh sebab itu, pakar kewangan seperti en. Azizi Ali menyarankan jika mahu kaut keuntungan besar, melaburlah dalam jumlah yang besar.
Contoh beli 100gram x RM61 = untung kasar RM6,100.00 dalam 4 bulan.
Kita hanya boleh maklum harga emas murah bila kita bandingkan harga emas pada hari ini dengan masa lalu yang sudah tentu kita menyesal mengapa tak beli emas pada masa itu.
Jika anda seorang pelabur emas, sekurang-kurangnya anda beli 100 gram dan tunggu sehingga harga emas naik lebih 15% barulah anda jual balik.
Jika anda seorang penyimpan emas untuk dana kecemasan atau ada sasaran tertentu seperti pergi haji, atau simpanan untuk perkahwinan, anda boleh beli minima RM100 setiap bulan atau beberapa gram yang anda rasa mampu.
Seterusnya saya akan tunjukkan DUA (2) Cara Pelaburan Emas / SImpanan Emas yang paling popular sekarang ini.
Cara Pelaburan Emas / Simpanan Emas No. 1
Jika anda nak mulakan dengan kaedah paling mudah dan patuh syariah, senang beli senang jual balik bila-bila masa harga tinggi, saya sarankan anda buka akaun simpanan emas Gold Accumulation Program (GAP).
Kaedah beli dan jual emas melalui akaun GAP ini sangat sesuai jika:-
a. Anda tak mahu simpan emas sendiri atau jika anda rasa risau emas fizikal hilang jika simpan sendiri.
b. Anda sukar untuk keluar rumah (contoh masa PKP wabak COVID-19) atau berada jauh dari kedai emas Public Gold.
Anda boleh lihat gambar di lampiran. Akaun GAP seperti akaun Maybank2u juga ada Classic site di link sebelah bawah kiri (belian secara manual namun proses kemaskini baki emas ambil masa 1-3 hari).
Manakala New Site di tengah-tengah gambar lebih mudah dan pantas. Belian emas menggunakan FPX secara automatik baki emas dalam akaun GAP tuan akan dikemaskini.
Guna kaedah FPX paling cepat dan paling mudah untuk buka akaun simpanan GAP. Klik di gambar untuk info lanjut mengenai akaun simpanan emas GAP.
Jika anda nak buka akaun GAP dan dapat ID Login sementara, bolehlah anda whatsapp maklumat di bawah kepada saya dan Insya Allah saya akan proses dan beri panduan kaedah beli dan jual emas menggunakan Akaun GAP.
Minima beli emas RM100 sahaja untuk buka akaun GAP dan simpanan ialah percuma seumur hidup. Nanti PG akan emel PG Code untuk login dengan password IC tanpa sengkang.
Cara Pelaburan Emas / Simpanan Emas No. 2
Jika anda mahu mulakan pelaburan emas dengan menyimpan sendiri emas fizikal seperti Goldbar atau Dinar 24K, anda boleh pesan sendiri.
Hanya perlu Login dengan PG Code dan password sendiri. Jika tiada PG code boleh daftar percuma dengan password sendiri di Daftar Public Gold di sini (opens in a new window). Kemudian boleh isikan nombor IC tanpa sengkang di ruangan password semasa daftar.
Selepas daftar boleh terus Login di web PG (opens in a new window).
Setelah Login, klik Menu, Order, Purchase Order, isi perkataan 10g atau 50g atau 100g atau dinar dalam ruangan search, klik item yang and nak beli dan Add to cart. Selepas itu anda klik pada ikon Troli pada sebelah kanan atas dan klik Proceed to next page.
Pilih Public Gold, branch (cawangan PG), Full Payment atau Shariah Easy Payment Purchase.
Jika pilih Shariah Compliant Easy Payment Purchase boleh pilih EPP4 (untuk item RM500 hingga RM4999) atau EPP10 (untuk item RM5000 ke atas).
Sila isi Remarks dengan kod promosi yang dikongsi kepada anda (jika ada promosi) untuk waived EPP Premium (bukan Gold Premium).Jika tiada kod promosi terdapat caj EPP sekitar RM1 bagi setiap gram emas yang dibeli. Jika beli Full Payment tiada caj EPP ini.
Tick I agree dan Proceed to Payment Page.
Pilih bayaran cara FPX lebih mudah dan cepat. Namun jika anda pilih Manual Upload screenshot resit belian, anda perlu login semula kemudian untuk upload.
Selepas login, klik My Order dan anda akan nampak nombor CSO berwarna merah. Klik di nombor merah yang berkaitan dan scroll ke bawah. Anda akan dapati butang FPX dan Manual Upload. Pilih Manual Upload untuk upload screenshot resit. Selesai.
Pelaburan emas Bank Muamalat atau dikenali sebagai Muamalat Gold-i merupakan salah satu jenis simpanan emas pelaburan. Emas pelaburan yang ditawarkan berketulenan 99.99% dalam bentuk akaun simpanan dan juga emas pelaburan fizikal. Muamalat Gold-i ini telah dilancarkan oleh Bank Muamalat sejak Februari 2016. (Sila rujuk artikel The Star bertarikh 12 April 2016)
Harga Emas Muamalat Gold-i dan Muamalat Gold-i Physical.
Harga emas pelaburan di Muamalat Gold-i Account dan Muamalat Gold-i Physical pada 29 jun 2020.
Produk pelaburan emas Bank Muamalat Gold-i
Di sini saya mudahkan anda untuk mengetahui beberapa ciri dan kelebihan akaun emas Bank Muamalat dan juga beberapa kekurangan yang mungkin memberi kesan kepada anda sebelum anda mulakan pelaburan emas Bank Muamalat.
Ciri #1 ialah transaksi patuh syariah merupakan perkara pertama yang saya lihat agar transaksi jual beli emas pelaburan tiada melibatkan unsur riba. Setelah diteliti, akaun Muamalat Gold-i telah mendapat pengiktirafan patuh syariah. Alhamdulillah.
Ciri #2 ialah syarikat pengedar emas, jenama dan denominasi emas yang ditawarkan melalui akaun Muamalat Gold-i. Setelah diteliti, Bank Muamalat mendapatkan emas pelaburan daripada syarikat pengedar emas Quantum Metal Sdn. Bhd. yang beralamat di Gelugor, Pulau Pinang.
Ciri #3 ialah jenama yang ditawarkan ialah goldbar Perth Mint dari Australia yang bertaraf LBMA (London Bullion Merchant Association). Oleh itu, transaksi jual beli emas tidak dikenakan cukai GST. Namun, denominasi yang paling kecil ialah goldbar 5 gram.
Ciri #4 ialah kemudahan dan caj buka tabungan emas Bank Muamalat. Akaun simpanan boleh dibuka serendah hanya RM10 sahaja.
Namun, sebelum anda buat keputusan untuk memulakan pembelian emas pelaburan yang pertama di Bank Muamalat samada dengan buka akaun Bank Muamalat Gold-i atau membeli emas pelaburan fizikal, saya mahu anda tahu beberapa perkara yang mungkin menjadi masalah kepada anda.
Soalan-Soalan Lazim Pelaburan Emas Bank Muamalat
Perkara-perkara yang saya nyatakan di bawah ini adalah berdasarkan dokumen “Soalan-soalan Lazim MUAMALAT Emas akaun Gold-i dan Gold-i (Fizikal).
Soalan-soalan Lazim pelaburan emas MUAMALAT Emas Gold-i (Fizikal)
Seperti yang anda semua ketahui, salah satu jenama emas pelaburan yang paling popular dan disukai ramai ialah jenama Public Gold.
Sebagaimana produk akaun emas Gold-i di Bank Muamalat, syarikat emas pelaburan Public Gold juga mempunyai akaun emas pelaburan yang dikenali sebagai akaun GAP (Gold Accumulation Program).
Oleh itu, di sini saya akan bandingkan emas pelaburan akaun Gold-i (MG-i) di Bank Muamalat versus akaun pelaburan emas GAP di Public Gold.
Berdasarkan dokumen no. 1 (Soalan-soalan Lazim MUAMALAT Emas akaun Gold-i), anda akan dapati perkara di soalan dengan NOMBOR berikut:-
No. 1 – Muamalat Gold-i tidak dilindungi oleh PIDM.
Akaun Muamalat Gold-i FAQ 1 – Tidak dilindungi PIDM.
Kelebihan akaun GAP Public Gold berbanding akaun Muamalat Gold-i:
Akaun emas GAP di Public Gold juga tidak dilindungi PIDM. Namun, disebabkan syarikat Public Gold ada kilang menempa emas di Pulau Pinang dan stok emas disimpan di Public Safe, semua akaun GAP di Public Gold dilindungi insurans sehingga RM15 juta oleh Lonpac Insurance Berhad dan akan ditambah mengikut jumlah GAP yang disimpan.
Oleh itu, anda boleh berasa terjamin untuk menyimpan dalam akaun GAP tanpa had. Malah, anda boleh juga keluarkan dan simpan sendiri dalam bentuk fizikal.
No. 10 – Pengeluaran Goldbar fizikal (telah tiada dalam syarat terkini)
Akaun Muamalat Gold-i fizikal FAQ10 – Goldbar terkecil 5 gram dan paling besar 100 gram.
Pada tahun 2019, klausa di bawah ini dikeluarkan:
Di Bank Muamalat, anda hanya boleh keluarkan denominasi terkecil goldbar 5 gram dan yang paling besar ialah 100g. manakala baki minima yang perlu ada dalam akaun Muamalat Gold-i ialah 5 gram.
Setakat ini, saya dapati Bank Muamalat telah mempunyai denominasi 1 gram seperti yang ditunjukkan di atas. Manakala penebusan minima permulaan dan seterusnya samada akaun Muamalat Gold-i Individu / Bukan Individu adalah dalam gandaan 1 gram atau gandaan RM10.
Kelebihan akaun GAP Public Gold berbanding akaun pelaburan emas Muamalat Gold-i:
Di Public Gold, denominasi terkecil yang boleh anda keluarkan ialah 1g goldbar. Baki minima yang perlu ada untuk akaun kekal aktif ialah 1 gram.
No. 11 – Pecahan denominasi terkecil hanya kepada 2 titik perpuluhan.
Akaun Muamalat Gold-i FAQ11 – berat kepada hanya 2 titik perpuluhan.
Kelebihan akaun GAP Public Gold berbanding akaun Muamalat Gold-i:Manakala akaun GAP di Public Gold membuat pecahan denominasi terkecil sehingga kepada 4 titik perpuluhan.
No. 12 – Perlu sediakan notis kepada cawangan untuk mengeluarkan emas.
Pelaburan emas Akaun Muamalat Gold-i FAQ12 – perlu sediakan notis
Pelanggan akaun elaburan emas Muamalat Gold-i perlu menyediakan notis untuk menukar Akaun Emas kepada Akaun Fizikal. Ini merupakan proses birokrasi yang sangat tipikal apabila berurusan dengan pihak bank. Anda boleh bayangkan proses birokrasi menghantar notis kepada bank.
Di Public Gold, anda boleh keluarkan emas pada bila-bila masa bermula Isnin hingga Sabtu kecuali Cuti Umum, Sabtu pertama dan ketiga bermula 9 pagi hingga 6 petang. Hari Sabtu dibuka bermula 9 pagi hingga 1 petang sahaja.
Jika anda nak keluarkan emas, anda hanya semak stok di branch dahulu dengan menelefon / sms / whatsapp kepada staf yang bertugas di branch. Jika stok ada, boleh booking dan keluarkan dari akaun GAP dengan caj premium minima.
No. 15 – Perlu ada akaun simpanan atau semasa sebelum boleh beli emas di akaun pelaburan emas Bank MuamalatGold-i.
Akaun Muamalat Gold-i FAQ15 – perlu ada akaun sebelum boleh beli emas.
No. 18 – Perlu bawa buku akaun simpanan emas sebelum boleh jual emas di akaun pelaburan emas Bank Muamalat Gold-i.
Akaun Muamalat Gold-i FAQ18 – perlu bawa buku akaun.
Anda boleh bayangkan keadaan di bank masa anda nak buka akaun. Kena minta cuti, kena naik kereta / bas / teksi / motosikal, kena bayar parking kereta, kena ambil nombor giliran, kena tunggu giliran, kena isi borang buka akaun bank. Yang ini paling mengecewakan… nak jual balik pun kena pergi bank dengan bawa buku simpanan emas dan isi Borang Penebusan.
Kelebihan Belian Emas di Public Gold
Manakala untuk beli emas di Public Gold, anda tak perlu ada akaun pun tidak mengapa. Anda boleh terus buat bayaran melalui Maybank2u / ATM dan simpan salinan resit. Selepas itu, anda boleh ikuti langkah mudah di bawah:
i. Transfer minima RM100 atau 1g ke akaun Public Gold Sdn. Bhd. (Maybank – 5571-3923-8048)
ii. Whatsapp kepada saya +60197475788 Suhaimee Manaf atau emel: gap @ publicgold.com.my dan cc ke suhaimee @ pelaburanemas.org salinan gambar RESIT transfer beserta maklumat Nama penuh, IC, emel dan nombor telefon.
Itu sahaja! Insya Allah emas dengan berat sehingga 4 titik perpuluhan akan ditunjukkan dalam penyata akaun GAP dalam tempoh 24 jam hari bekerja. Sangat mudah tanpa birokrasi.
Jika anda nak jual balik emas dalam akaun GAP, anda tidak perlu pergi ke kedai Public Gold. Apabila harga emas GAP telah meningkat melebihi 15% daripada harga asal pembelian, anda boleh terus Login di web Public Gold, klik MyGAP, klik Buy Back, isikan jumlah gram yang anda mahu jual balik (dengan syarat ada baki minima 1g selepas jual) dan akhir sekali klik Request. Tunggu pengesahan dan duit tunai akan terus dimasukkan ke dalam akaun bank anda dalam tempoh 48 jam. Itu sahaja! Tiada birokrasi dan tak perlu bersusah payah ambil cuti.
No. 27 – Kadar spread harga emas pelaburan fizikal Muamalat Gold-i dan Akaun GAP tidak melebihi 10% .
Akaun Muamalat Gold-i FAQ27 – spread emas tidak melebihi 10%.
Untuk pengetahuan anda, kadar spread yang disyorkan oleh pakar emas seluruh dunia adalah tak melebih 10%. Anda boleh kira sendiri dengan menggunakan formula berikut:-
Formula Susutnilai atau Spread (%) = [(Harga Jualan – Harga Belian)/ Harga Jualan] X 100
Muamalat Gold-iAccount: Harga bank jual = RM177.79/g; Harga bank beli balik = RM165.13. Spread = 7.67%.
Public Gold akaun GAP: Harga kedai jual = RM181/g: Harga kedai beli balik = RM165/g. Spread = 8.84%.
Di sini, kadar spread akaun Muamalat Gold-i Account adalah lebih rendah berbanding Akaun GAP Public Gold. Namun kedua-duanya masih di bawah paras 10% seperti yang disyorkan oleh pakar emas seluruh dunia.
No. 32 – Ada yuran penukaran untuk keluarkan emas fizikal dari akaun pelaburan emas Bank Muamalat Gold-i.
Akaun Muamalat Gold-i FAQ32 – yuran penukaran keluarkan emas.
Contoh pengiraan untuk keluarkan denominasi 5g emas fizikal daripada akaun Gold-i:
– Harga emas fizikal LME (6/4/18) = RM184.02/g
– Perbezaan (%) antara harga emas fizikal berbanding akaun Gold-i = (RM184.02-RM177.79) X 100 / RM184.02 = 3.39%
Maka, Yuran Penukaran = RM184.02/g X 5g X 0.0339 = RM31.19
(Sila maklumkan kepada saya dengan reply di bawah jika cara pengiraan saya ada kesilapan sebab inilah yang saya faham berdasarkan dokumen Muamalat Gold-i).
Berbanding dengan caj premium pengeluaran emas fizikal 5g daripada akaun GAP Public Gold hanyalah RM10 sahaja (Semenanjung) atau RM15 sahaja (Sabah & Sarawak).
Caj premium pengeluaran emas Public Gold.
Kemudahan Ar-Rahnu Emas Public Gold
Akhir sekali, kelebihan akaun simpanan GAP di Public Gold yang paling hebat jika dibandingkan dengan akaun Gold-i Bank Muamalat malah jika dibandingkan dengan mana-mana akaun pelaburan emas yang terdapat di Malaysia ialah anda boleh dapatkan duit tunai segera dengan memajakkan secara Ar-Rahnu emas di dalam akaun GAP tanpa perlu keluarkan emas tersebut!
Minima berat emas yang perlu ada untuk proses pajak Ar-Rahnu dalam akaun GAP ialah 5 gram. Nilai marhun akan berdasarkan nilai harian segram emas GAP. Manakala nilai pinjaman ialah 70% daripada nilai marhun. Kadar upah simpan hanya 1% untuk tempoh 6 bulan.
Sebenarnya ada banyak lagi yang saya nak tunjuk… tapi blog ini akan menjadi terlalu panjang dan mungkin anda berasa berat nak membaca sampai habis.
Saya dah tunjukkan kepada anda perbezaan antara produk pelaburan emas Bank Muamalat vs Public Gold. Sekarang terserah kepada anda untuk buat keputusan.
Tabung Emas Gold Accumulation Program (GAP)
Jika anda nak mula membeli, menyimpan dan membuat pelaburan emas di Public Gold, anda boleh terus isi borang pendaftaran di bawah ini untuk buka akaun tabungan emas patuh syariah Gold Accumulation Program (GAP) :
Daftar di sini. Selepas mendaftar, anda akan dapat makluman dari saya untuk dapat akses ke akaun GAP dengan menggunakan Login Username dan Password anda.
Anda nak tahu harga emas pelaburan pada hari ini Sabtu, 20-6-2020 dan pergerakan harga emas akaun simpanan GAP (Gold Accumulation Program) pada Ahad (21-6-2020) dan seterusnya Isnin (22-6-2020)?
Jangan bimbang, di sini saya akan beri sedikit penerangan bagaimana anda boleh tahu pergerakan harga emas pelaburan dalam simpanan emas akaun GAP di Public Gold.
Sila perhatikan jadual harga dan penerangan yang di berikan dalam petak.
Di sini saya nak maklum bahawa harga emas akaun simpanan emas Gold Accumulation Program (GAP) yang dipaparkan pada RM259/g hari ini akan berkekalan sehingga jam 11.56 malam ini sahaja.
Sebab harga emas fizikal ditutup pada RM259.20/g pada jam 11.56am tengahari tadi, harga emas GAP akan dikemaskini kepada RM260/g pada jam 11.56pm tengah malam ini dan berkekalan hingga Isnin 22-6-2020.
Jika anda dah ada akaun GAP dengan PG code dan nak tambah gram emas dalam akaun GAP bolehlah berbuat demikian sebelum jam 11.56 malam ini.
Jika anda nak jual gram emas dalam akaun GAP (jika harga masa beli dulu RM200/g) bolehlah berbuat demikian mulai esok hingga Isnin 22/6/2020.
Banyak kelebihan akaun GAP ini, antaranya amat mudah pemegang akaun nak lakukan transaksi jual atau beli secara online dan tidak tertakluk bila dan di mana anda berada.
Asalkan anda ada data mobile internet atau boleh tumpang Wifi di kedai mamak sekalipun sebab ditunjukkan juga link untuk anda memasang aplikasi akaun simpanan emas dan perak Gold / Silver Accumulation Program (GSAP apps).
Anda mencari cara jual beli emas pelaburan patuh syariah? Alhamdulillah, anda dah jumpa cara simpanan emas yang murah, mudah, patuh syariah yang boleh didapati secara online atau offline.
Sehingga ke hari ini, walaupun terdapat banyak jenis dan jenama emas pelaburan yang terdapat di pasaran, namun sekiranya tiada perakuan atau pengesahan patuh syariah oleh panel syariah yang berwibawa, kita akan berasa was-was dan terus menjauhi dari aktiviti jual beli pelaburan emas tersebut.
Seperti anda, saya juga tidak mahu terlibat dengan unsur riba dalam aktiviti jual beli emas. Sejak tahun 2014 lagi, saya mencari cara jual beli emas yang patuh syariah.
Saya dah jumpa… Alhamdulillah. Anda dah tak perlu risau.
Pada hari ini, saya dapati syarikat Public Gold ada menawarkan produk emas pelaburan yang telah melepasi syarat ketat patuh syariah atas kedua-dua sistem jual beli emas fizikal secara online yang ditawarkan.
Pembelian dan penjualan balik secara runcit samada sekaligus atau ansuran (Easy Payment Plan / EPP)
Pembelian dan penjualan balik melalui akaun Gold Accumulation Program (GAP)
Berikut dipaparkan salinan sijil-sijil bagi kedua-dua produk jual beli emas pelaburan syarikat Public Gold yang telah dikeluarkan oleh Panel Penasihat Syariah Amanie Advisor yang ditandatangani oleh Y.Bhg. Datuk Dr. Mohd. Daud Bakar.
1. Pembelian emas dan perak fizikal secara runcit samada sekaligus atau ansuran (Easy Payment Plan / EPP)
Untuk mula beli emas pelaburan goldbar atau dinar LBMA 24K tanpa GST, ambil stok di cawangan Public Gold (3-5 hari) atau di Pejabat Pos Ar-Rahnu (14-18 hari) dan simpan sendiri, sila ikuti langkah berikut:-
Selepas mendaftar, anda boleh terus Login menggunakan nombor IC dengan sengkang sebagai Nama Pengguna (Username) dan Kata Laluan (Password) yang anda isi di laman web Public Gold.
Pembelian boleh dibuat secara sekaligus (Full Payment) atau secara ansuran 4 X selama 4 bulan (Easy Payment Plan). Kedua-dua cara pembelian telah melepasi syarat patuh syariah.
Langkah #3: Ambil stok
Anda boleh pilih samada ingin mengambil stok emas di cawangan Public Gold berdekatan atau sekiranya anda berada di pedalaman, anda boleh pilih untuk ambil stok emas di mana-mana cawangan Pos Ar-Rahnu yang berdekatan anda.
Nota: Standard Operating Procedure (S.O.P) stok sampai di cawangan Public Gold yang dipilih ialah selama TIGA (3) hari bekerja. Manakala S.O.P stok sampai di cawangan Pos Ar-Rahnu yang dipilih ialah selama EMPAT BELAS (14) hari bekerja.
Terkini: Mulai Julai 2018, anda boleh gunakan perkhidmatan kurier untuk hantar jongkong atau dinar emas 999.9 yang anda beli terus ke rumah / pejabat anda.
Maksima berat emas bergantung kepada nilai maksima RM5,000.00 iaitu sekitar 20 gram dalam setiap penghantaran.
Untuk gunakan perkhidmatan ini, anda perlu pilih cawangan PG yang terdekat di Langkah #3 di atas.
Setelah resit bayaran disahkan, anda boleh terus menghubungi staf Public Gold cawangan pilihan anda untuk dapatkan invois harga kurier penghantaran ke alamat anda.
Anda jangan bimbang kerana perkhidmatan hantar emas 999.9 melalui kurier dilindungi insurans. PG akan mengganti dengan item emas yang sama sekiranya emas tidak sampai kepada anda.
2. Pembelian dan penjualan balik melalui akaun Gold Accumulation Program (GAP)
Pada 29 September 2017, panel penasihat syariah Amanie Advisor telah mengeluarkan Sijil Patuh Syariah ke atas aktiviti jual beli emas akaun GAP Public Gold.
Mulai sekarang, anda dah tak perlu berasa was-was untuk berjual beli secara online emas pelaburan 24K LBMA yang tidak dikenakan cukai GST melalui akaun GAP. Anda boleh mulakan serendah RM100.
Terdapat kemudahan pembiayaan Ar-Rahnu apabila akaun simpanan emas anda mencecah 5 gram. Nilai marhun ialah 70% dari nilai emas semasa. Upah simpan hanya 1% dari nilai marhun secara keseluruhan. Duit tunai akan dipindah ke akaun anda dalam tempoh 48 jam. Staf Public Gold akan menghubungi anda untuk proses tebus balik.
Ikuti hanya 3 langkah mudah dan murah untuk mulakan simpanan emas pelaburan seperti berikut:-
Langkah #1:
Klik di sini untuk daftar percuma akaun simpanan emas Gold Accumulation Program (GAP). Sila guna Instant Transfer jika guna bank lain). Jika nak keluarkan beli 2 gram kerana baki minima 1gram.
Login menggunakan PG code dan Password IC tanpa sengkang yang diemel di GAP apps, tap Menu dan tap Purchase, isi nilai minima RM100. Tap Place Order dan buat belian secara FPX sehingga selesai.
Jika anda mahu buat potongan bulanan melalui akaun bank terus masuk ket akaun simpanan emas GAP, anda boleh dapatkan cara potongan bulanan di sini.
Kesimpulannya, mulai hari ini anda boleh mula buat potongan bulanan minima RM100 untuk pembelian emas fizikal ke dalam akaun emas simpanan GAP anda tanpa was-was.
Jika anda duduk berjauhan dari cawangan Public Gold, anda boleh gunakan perkhidmatan kurier untuk hantar jongkong atau dinar emas 999.9 yang anda keluarkan dari akaun GAP terus ke rumah / pejabat anda.
Anda hanya perlu whatsapp bukti bayaran caj premium dan caj kurier selepas menerima invois daripada PG.
Maksima berat emas bergantung kepada nilai maksima RM5,000.00 iaitu sekitar 20 gram dalam setiap penghantaran. Kosnya amat rendah iaitu RM10 untuk 1gram pertama dan RM2 untuk setiap gram berikutnya.
Untuk gunakan perkhidmatan ini, anda perlu ada sekurang-kurangnya 2 gram dalam akaun GAP.