Skip to content
Pelaburan Emas Tips Mudah Menabung dan Melabur Emas
  • Home
  • Blog
  • Harga Emas Semasa
    • Harga Emas Public Gold
    • Harga Emas PG Indonesia
  • Pendaftaran Percuma
    • Cara Bermula Buka Akaun
    • Pendaftaran Akaun GAP
    • Pendaftaran Warga Singapura / Brunei
    • Pendaftaran Warga Indonesia
  • Promosi Dealer
    • Program Referral
  • FAQs
    • Perlu Bantuan?
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Saya
  • Sitemap

Pelaburan emas Bank Muamalat

Pelaburan Emas Bank Muamalat Gold-i

03/08/202429/06/2020 by Suhaimee & Zuraida

Pelaburan Emas Bank Muamalat Gold-i

Pelaburan emas Bank Muamalat atau dikenali sebagai Muamalat Gold-i merupakan salah satu jenis simpanan emas pelaburan. Emas pelaburan yang ditawarkan berketulenan 99.99% dalam bentuk akaun simpanan dan juga emas pelaburan fizikal. Muamalat Gold-i ini telah dilancarkan oleh Bank Muamalat sejak Februari 2016. (Sila rujuk artikel The Star bertarikh 12 April 2016)

Harga Emas Muamalat Gold-i dan Muamalat Gold-i Physical.

Harga emas pelaburan di Muamalat Gold-i Account dan Muamalat Gold-i Physical pada 29 jun 2020.
logo Muamalat Gold-i
Produk pelaburan emas Bank Muamalat Gold-i

Di sini saya mudahkan anda untuk mengetahui beberapa ciri dan kelebihan akaun emas Bank Muamalat dan juga beberapa kekurangan yang mungkin memberi kesan kepada anda sebelum anda mulakan pelaburan emas Bank Muamalat.

Ciri #1 ialah transaksi patuh syariah merupakan perkara pertama yang saya lihat agar transaksi jual beli emas pelaburan tiada melibatkan unsur riba. Setelah diteliti, akaun Muamalat Gold-i telah mendapat pengiktirafan patuh syariah. Alhamdulillah.

Ciri #2 ialah syarikat pengedar emas, jenama dan denominasi emas yang ditawarkan melalui akaun Muamalat Gold-i. Setelah diteliti, Bank Muamalat mendapatkan emas pelaburan daripada syarikat pengedar emas Quantum Metal Sdn. Bhd. yang beralamat di Gelugor, Pulau Pinang.

Ciri #3 ialah jenama yang ditawarkan ialah goldbar Perth Mint dari Australia yang bertaraf LBMA (London Bullion Merchant Association). Oleh itu, transaksi jual beli emas tidak dikenakan cukai GST. Namun, denominasi yang paling kecil ialah goldbar 5 gram.

Ciri #4 ialah kemudahan dan caj buka tabungan emas Bank Muamalat. Akaun simpanan boleh dibuka serendah hanya RM10 sahaja.

Namun, sebelum anda buat keputusan untuk memulakan pembelian emas pelaburan yang pertama di Bank Muamalat samada dengan buka akaun Bank Muamalat Gold-i atau membeli emas pelaburan fizikal, saya mahu anda tahu beberapa perkara yang mungkin menjadi masalah kepada anda.

Soalan-Soalan Lazim Pelaburan Emas Bank Muamalat

Perkara-perkara yang saya nyatakan di bawah ini adalah berdasarkan dokumen “Soalan-soalan Lazim MUAMALAT Emas akaun Gold-i dan Gold-i (Fizikal).

Anda boleh dapatkan dokumen itu di sini:-

  1. Soalan-soalan Lazim pelaburan emas MUAMALAT akaun Gold-i
  2. Soalan-soalan Lazim pelaburan emas MUAMALAT Emas Gold-i (Fizikal)

Seperti yang anda semua ketahui, salah satu jenama emas pelaburan yang paling popular dan disukai ramai ialah jenama Public Gold.

Sebagaimana produk akaun emas Gold-i di Bank Muamalat, syarikat emas pelaburan Public Gold juga mempunyai akaun emas pelaburan yang dikenali sebagai akaun GAP (Gold Accumulation Program).

Oleh itu, di sini saya akan bandingkan emas pelaburan akaun Gold-i (MG-i) di Bank Muamalat versus akaun pelaburan emas GAP di Public Gold.

Berdasarkan dokumen no. 1 (Soalan-soalan Lazim MUAMALAT Emas akaun Gold-i), anda akan dapati perkara di soalan dengan NOMBOR berikut:-

No. 1 – Muamalat Gold-i tidak dilindungi oleh PIDM.

Akaun Muamalat Gold-i FAQ 1
Akaun Muamalat Gold-i FAQ 1 – Tidak dilindungi PIDM.

Kelebihan akaun GAP Public Gold berbanding akaun Muamalat Gold-i:

Akaun emas GAP di Public Gold juga tidak dilindungi PIDM. Namun, disebabkan syarikat Public Gold ada kilang menempa emas di Pulau Pinang dan stok emas disimpan di Public Safe, semua akaun GAP di Public Gold dilindungi insurans sehingga RM15 juta oleh Lonpac Insurance Berhad dan akan ditambah mengikut jumlah GAP yang disimpan.

Oleh itu, anda boleh berasa terjamin untuk menyimpan dalam akaun GAP tanpa had. Malah, anda boleh juga keluarkan dan simpan sendiri dalam bentuk fizikal.

No. 10 – Pengeluaran Goldbar fizikal (telah tiada dalam syarat terkini)

Akaun Muamalat Gold-i fizikal FAQ10
Akaun Muamalat Gold-i fizikal FAQ10 – Goldbar terkecil 5 gram dan paling besar 100 gram.

Pada tahun 2019, klausa di bawah ini dikeluarkan:

Di Bank Muamalat, anda hanya boleh keluarkan denominasi terkecil goldbar 5 gram dan yang paling besar ialah 100g. manakala baki minima yang perlu ada dalam akaun Muamalat Gold-i ialah 5 gram.

Setakat ini, saya dapati Bank Muamalat telah mempunyai denominasi 1 gram seperti yang ditunjukkan di atas. Manakala penebusan minima permulaan dan seterusnya samada akaun Muamalat Gold-i Individu / Bukan Individu adalah dalam gandaan 1 gram atau gandaan RM10.

Sila rujuk Frequently Asked Questions MUAMALAT GOLD-i Account (a pdf file opens in a new window).

Kelebihan akaun GAP Public Gold berbanding akaun pelaburan emas Muamalat Gold-i:

Di Public Gold, denominasi terkecil yang boleh anda keluarkan ialah 1g goldbar. Baki minima yang perlu ada untuk akaun kekal aktif ialah 1 gram.

No. 11 – Pecahan denominasi terkecil hanya kepada 2 titik perpuluhan.

Akaun Muamalat Gold-i FAQ11
Akaun Muamalat Gold-i FAQ11 – berat kepada hanya 2 titik perpuluhan.

Kelebihan akaun GAP Public Gold berbanding akaun Muamalat Gold-i:Manakala akaun GAP di Public Gold membuat pecahan denominasi terkecil sehingga kepada 4 titik perpuluhan.

No. 12 – Perlu sediakan notis kepada cawangan untuk mengeluarkan emas.

Pelaburan emas Akaun Muamalat Gold-i FAQ12
Pelaburan emas Akaun Muamalat Gold-i FAQ12 – perlu sediakan notis

Pelanggan akaun elaburan emas Muamalat Gold-i perlu menyediakan notis untuk menukar Akaun Emas kepada Akaun Fizikal. Ini merupakan proses birokrasi yang sangat tipikal apabila berurusan dengan pihak bank. Anda boleh bayangkan proses birokrasi menghantar notis kepada bank.

Di Public Gold, anda boleh keluarkan emas pada bila-bila masa bermula Isnin hingga Sabtu kecuali Cuti Umum, Sabtu pertama dan ketiga bermula 9 pagi hingga 6 petang. Hari Sabtu dibuka bermula 9 pagi hingga 1 petang sahaja.

Jika anda nak keluarkan emas, anda hanya semak stok di branch dahulu dengan menelefon / sms / whatsapp kepada staf yang bertugas di branch. Jika stok ada, boleh booking dan keluarkan dari akaun GAP dengan caj premium minima.

No. 15 – Perlu ada akaun simpanan atau semasa sebelum boleh beli emas di akaun pelaburan emas Bank Muamalat Gold-i.

Akaun pelaburan emas Bank Muamalat Gold-i FAQ15
Akaun Muamalat Gold-i FAQ15 – perlu ada akaun sebelum boleh beli emas.

No. 18 – Perlu bawa buku akaun simpanan emas sebelum boleh jual emas di akaun pelaburan emas Bank Muamalat Gold-i.

Akaun Muamalat Gold-i FAQ18
Akaun Muamalat Gold-i FAQ18 – perlu bawa buku akaun.

Anda boleh bayangkan keadaan di bank masa anda nak buka akaun. Kena minta cuti, kena naik kereta / bas / teksi / motosikal, kena bayar parking kereta, kena ambil nombor giliran, kena tunggu giliran, kena isi borang buka akaun bank. Yang ini paling mengecewakan… nak jual balik pun kena pergi bank dengan bawa buku simpanan emas dan isi Borang Penebusan.

Kelebihan Belian Emas di Public Gold

Manakala untuk beli emas di Public Gold, anda tak perlu ada akaun pun tidak mengapa. Anda boleh terus buat bayaran melalui Maybank2u / ATM dan simpan salinan resit. Selepas itu, anda boleh ikuti langkah mudah di bawah:

i. Transfer minima RM100 atau 1g ke akaun Public Gold Sdn. Bhd. (Maybank – 5571-3923-8048)

ii. Whatsapp kepada saya +60197475788 Suhaimee Manaf atau emel: gap @ publicgold.com.my dan cc ke suhaimee @ pelaburanemas.org salinan gambar RESIT transfer beserta maklumat Nama penuh, IC, emel dan nombor telefon.

Itu sahaja! Insya Allah emas dengan berat sehingga 4 titik perpuluhan akan ditunjukkan dalam penyata akaun GAP dalam tempoh 24 jam hari bekerja. Sangat mudah tanpa birokrasi.

Jika anda nak jual balik emas dalam akaun GAP, anda tidak perlu pergi ke kedai Public Gold. Apabila harga emas GAP telah meningkat melebihi 15% daripada harga asal pembelian, anda boleh terus Login di web Public Gold, klik MyGAP, klik Buy Back, isikan jumlah gram yang anda mahu jual balik (dengan syarat ada baki minima 1g selepas jual) dan akhir sekali klik Request. Tunggu pengesahan dan duit tunai akan terus dimasukkan ke dalam akaun bank anda dalam tempoh 48 jam. Itu sahaja! Tiada birokrasi dan tak perlu bersusah payah ambil cuti.


No. 27 – Kadar spread harga emas pelaburan fizikal Muamalat Gold-i dan Akaun GAP tidak melebihi 10% .

Akaun pelaburan emas Muamalat Gold-i FAQ27
Akaun Muamalat Gold-i FAQ27 – spread emas tidak melebihi 10%.

Untuk pengetahuan anda, kadar spread yang disyorkan oleh pakar emas seluruh dunia adalah tak melebih 10%. Anda boleh kira sendiri dengan menggunakan formula berikut:-

Formula Susutnilai atau Spread (%) = [(Harga Jualan – Harga Belian)/ Harga Jualan] X 100 

Muamalat Gold-iAccount: Harga bank jual = RM177.79/g; Harga bank beli balik = RM165.13. Spread = 7.67%.
Public Gold akaun GAP: Harga kedai jual = RM181/g: Harga kedai beli balik = RM165/g. Spread = 8.84%.

Di sini, kadar spread akaun Muamalat Gold-i Account adalah lebih rendah berbanding Akaun GAP Public Gold. Namun kedua-duanya masih di bawah paras 10% seperti yang disyorkan oleh pakar emas seluruh dunia.


No. 32 – Ada yuran penukaran untuk keluarkan emas fizikal dari akaun pelaburan emas Bank Muamalat Gold-i.

Akaun Muamalat Gold-i FAQ32
Akaun Muamalat Gold-i FAQ32 – yuran penukaran keluarkan emas.

Contoh pengiraan untuk keluarkan denominasi 5g emas fizikal daripada akaun Gold-i:

– Harga emas fizikal LME (6/4/18) = RM184.02/g

– Perbezaan (%) antara harga emas fizikal berbanding akaun Gold-i = (RM184.02-RM177.79) X 100 / RM184.02 = 3.39%

Maka, Yuran Penukaran = RM184.02/g X 5g X 0.0339 = RM31.19

(Sila maklumkan kepada saya dengan reply di bawah jika cara pengiraan saya ada kesilapan sebab inilah yang saya faham berdasarkan dokumen Muamalat Gold-i).

Berbanding dengan caj premium pengeluaran emas fizikal 5g daripada akaun GAP Public Gold hanyalah RM10 sahaja (Semenanjung) atau RM15 sahaja (Sabah & Sarawak).

Caj premium pengeluaran emas Public Gold.
Caj premium pengeluaran emas Public Gold.

Kemudahan Ar-Rahnu Emas Public Gold

Akhir sekali, kelebihan akaun simpanan GAP di Public Gold yang paling hebat jika dibandingkan dengan akaun Gold-i Bank Muamalat malah jika dibandingkan dengan mana-mana akaun pelaburan emas yang terdapat di Malaysia ialah anda boleh dapatkan duit tunai segera dengan memajakkan secara Ar-Rahnu emas di dalam akaun GAP tanpa perlu keluarkan emas tersebut!

Layari Gold Accumulation Program yang patuh syariah di sini.

Minima berat emas yang perlu ada untuk proses pajak Ar-Rahnu dalam akaun GAP ialah 5 gram. Nilai marhun akan berdasarkan nilai harian segram emas GAP. Manakala nilai pinjaman ialah 70% daripada nilai marhun. Kadar upah simpan hanya 1% untuk tempoh 6 bulan.

Layari Pelaburan Emas Ar-Rahnu di sini.

Sebenarnya ada banyak lagi yang saya nak tunjuk… tapi blog ini akan menjadi terlalu panjang dan mungkin anda berasa berat nak membaca sampai habis.

Saya dah tunjukkan kepada anda perbezaan antara produk pelaburan emas Bank Muamalat vs Public Gold. Sekarang terserah kepada anda untuk buat keputusan.

Tabung Emas Gold Accumulation Program (GAP)

Jika anda nak mula membeli, menyimpan dan membuat pelaburan emas di Public Gold, anda boleh terus isi borang pendaftaran di bawah ini untuk buka akaun tabungan emas patuh syariah Gold Accumulation Program (GAP) :

Akaun simpanan emas GAP ada pilihan New Site dan Classic Site
*Nota penting: Ambil emas sendiri di Branch hanya untuk belian 50 gram atau 10 Dinar ke atas SAHAJA. Emas dengan berat kurang daripada itu hanya layak menggunakan khidmat pos berinsurans yang dinamakan Gold-In-Transit (GIT) di dalam sistem bagi mengelakkan kesesakan di Branch dan tarikh temujanji yang terlalu jauh ke hadapan.
Isi nama penuh sama seperti yang dicatat dalam Kad Pengenalan (BIN / BINTI ditaip penuh).
Isi nombor tanpa sengkang.
Isi nombor tanpa sengkang.
Isi alamat e-mel (Gmail paling baik).
Untuk kenalpasti cawangan pejabat urusan jual beli emas yang terdekat.
Loading

Daftar di sini. Selepas mendaftar, anda akan dapat makluman dari saya untuk dapat akses ke akaun GAP dengan menggunakan Login Username dan Password anda.

JIka anda nak isi di aplikasi Whatsapp, sila klik di link Whatsapp ini (opens in new tab), atau klik butang hijau di bawah…

Whatsapp saya untuk buka akaun simpan emas GAP

Jika tersilap cara, kemungkinan anda akan terbeli emas pelaburan yang mahal atau emas pelaburan dengan kadar spread yang tinggi.

Sekian dan terima kasih.

Semoga bermanfaat.

Categories Pelaburan Emas Tags akaun GAP, akaun muamalat gold-i, Bank Muamalat, Bank Muamalat emas RM10, Gold Accumulation Program, Harga Emas Muamalat Gold-i, harga gold bar bank muamalat, kelebihan akaun emas bank muamalat, muamalat gold i account, Muamalat Gold-i Physical, Pelaburan emas Bank Muamalat, Perth Mint, Public Gold, Quantum Metal Sdn Bhd, Tabungan emas Bank Muamalat 15 Comments

MENGENAI SAYA

Assalamualaikum dan salam sejahtera! Saya Suhaimee Manaf dan isteri, Zuraida Noor. Terima kasih kerana mengunjungi blog ini. Kami bina blog ini sebab sangat berminat dalam pelaburan emas dan suka berkongsi mengenai ilmu emas.

Dulu kami hampir-hampir terpedaya dan rugi besar dengan scammer skim cepat kaya bertopeng emas akibat tidak belajar dulu semasa nak melabur emas. Jika kita nak mulakan pelaburan emas, pastikan kita melabur dengan berilmu.

  • Download PERCUMA E-book 5 Minit Emas
  • Layari FAQ emas di sini jika ada soalan
  • join Channel Telegram PelaburanEmas.org di sini

Semoga bermanfaat.

  • WhatsApp

Tekan butang Whatsapp untuk saya bantu anda dapatkan cara terbaik melabur emas.

JENIS-JENIS EMAS PELABURAN

5 gram goldbar 999 Public Gold.

5 gram goldbar 999 Public Gold. Boleh dapatkan di PG Gold ATM berhampiran.


1 dinar 999 Public Gold 2024

Dapatkan 1 Dinar 999.9 yang mesra Ar-Rahnu di sini.


10g Goldbar 24K BungaMas Public Gold
Goldbar 10g (999.9)

PELUANG KEEMASAN

Pilihan A. Gold Accumulation Program (GAP):

Sekarang sesiapa sahaja boleh menabung emas! Mula menabung emas pelaburan 24K serendah RM100 atau 1gram sebulan! Tanpa yuran dan patuh syariah. Boleh juga buka akaun tabungan emas anak-anak (bawah 18 tahun). Boleh keluarkan emas bila-bila masa dan tiada komitmen bulanan. Asal ada duit, simpan terus Simpan emas sekarang!

1kg emas 1 keluarga

Jika nak tukar duit kepada 1 kilogram emas 999.9 dan simpan sendiri secara percuma tanpa yuran atau caj simpan boleh daftar percuma di sini.

Pilihan B – Ambil peluang promosi dealer emas

Alang-alang simpan emas, simpanlah sebagai Dealer dan capai Ultimate Financial Freedom bersama G100 Network. Jika berminat terus layari Promosi Dealer Emas Sekarang!

EMAS KOLEKSI TERKINI

Emas Koleksi Tahun Baru 2025. Stok Terhad. Order Sekarang!

1 gram goldbar Raikan Cinta sesuai untuk dijadikan hadiah perkahwinan.

Emas Koleksi Raikan Cinta 1 g Goldbar 24k sesuai sebagai hadiah.

Ingin dapatkan info emas koleksi terkini? Join Channel Telegram Tips Pelaburan Emas.


ILMU PELABURAN EMAS

E-Book Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas
E-Book Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas

Dapatkan buku "Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas" oleh En. Syukor Hashim dengan harga hanya RM50 sahaja. Buku akan dipos ke alamat anda. Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas.

POSTING TERKINI

  • Cara Jual Emas Untuk Dapat Duit Tunai Dengan Harga Tinggi
  • Pelaburan Emas Bank Islam – BIGA-i
  • Beza Zakat Emas Pelaburan VS Zakat Emas Perhiasan
  • Harga Emas Cecah RM409/Gram Hari Ini: Nak Beli Atau Jual?
  • Warga Emas & Skim Pelaburan Emas Palsu: Elak Jadi Mangsa

© 2025 Pelaburan Emas Tips Mudah Menabung dan Melabur Emas • Built with GeneratePress