Investasi Emas di Indonesia

Alhamdulillah, kemudahan investasi emas di Indonesia bermula penghujung Mac 2016 ini. Satu seminar investasi emas dengan tajuk “Gold Lights Up Indonesia’s Economy” akan berlangsung pada hari Sabtu dan Ahad, 26-27 Mac 2016 bertempat di Dreamtel Jakarta Pusat bermula 10 pagi hingga 1 petang.

Maklumat terkini:-

Tarikh: 14-15 Mei 2016
Masa: 10 pagi – 1 petang
Venue: Manhattan Hotel, Kuningan, Jakarta Selatan.

Masuk adalah percuma dan anda hanya perlu mendaftar menggunakan link di sini dengan mengisi maklumat berikut:-

  1. Nama penuh:
  2. Nombor kad pengenalan:
  3. Alamat emel:
  4. No. telefon:
  5. Nama Introducer: Suhaimee PG047646

Jika anda mempunyai kenalan di Indonesia, anda berpotensi besar untuk mempunyai empayar bisnes emas online yang berkembang di Indonesia. Ini adalah kerana, kemudahan investasi emas yang terbaik di Malaysia dan Singapura akan mula dibuka secara rasminya pada penghujung Mac 2016 lalu.

Caranya bagaimana? Di sini saya akan menunjukkan anda cara termudah dan termurah untuk anda menikmati komisen daripada investasi emas yang berterusan dari pembelian dan penjualan emas oleh pelanggan anda di serata Malaysia, Singapura dan Indonesia.

Mulai 1 hingga 31 Mac 2016, kedai emas Public Gold sedang menawarkan promosi Hari Wanita dengan hanya pembelian melalui Kaedah GAP sebanyak 80 gram emas SAHAJA, anda terus layak sebagai Pengedar Sah emas jenama Public Gold dan berhak mendapat pelanggan emas dari Malaysia, Singapura dan seluruh Indonesia!

Promosi pelaburan emas Hari WanitaSaya nasihatkan anda, terutamanya kaum wanita dan para ibu samada sebagai surirumah atau bekerja agar mengambil peluang keemasan ini agar anda dan keluarga anda dapat menikmati komisen berpanjangan melalui aktiviti investasi emas dari kalangan lebih 200 juta penduduk Indonesia! Sertailah peluang promosi kelayakan sebagai Pengedar sah Public Gold ini untuk anda, keluarga dan zuriat anda kerana bisnes emas Public Gold ini boleh diwarisi kekayaan dari generasi ke generasi.

Klik di SINI untuk mengikuti langkah pembelian emas sebanyak 80gram sahaja melalui Kaedah GAP ini sekarang. Malah anda akan menerima secara PERCUMA 0.5gram emas tambahan sebagai hadiah!

Selepas anda disahkan sebagai Pengedar emas Public Gold, anda akan diberikan Nombor PG000XXXXX dan link referral khas untuk promosi bisnes emas anda kepada kenalan di Indonesia. Beritahu kenalan anda di sana agar mereka menghadiri Seminar Investasi Emas Public Gold yang pertama di Dreamtel Jakarta Pusat untuk mendengar taklimat pelancaran emas dan apabila mereka mendaftar, mereka akan mendaftar sebagai pelanggan anda! Amat mudah untuk mendapat pelanggan dan menerima komisen 1% dari aktiviti jual beli dan investasi emas di Indonesia. Malah anda boleh berbuat yang sama di Malaysia dan Singapura.

Klik di SINI untuk mengikuti langkah pembelian emas sebanyak 80gram sahaja melalui Kaedah GAP ini sekarang. Masa adalah terhad dan akan berakhir sebelum tengah malam 31 Mac 2016.

Semoga berjaya dalam investasi emas di Indonesia.

Mudahnya Buat Pelaburan Emas Untuk Anak-Anak

Anda nak buat pelaburan emas untuk anak-anak? Alhamdulillah… Syukur kepada Ilahi kerana pada hari ini, amat mudah untuk melabur emas pada bila-bila masa dan di mana sahaja anda berada untuk anak-anak.

Seperti yang saya ceritakan di halaman “Mengenai Saya“, Alhamdulillah, Allah Taala mengurniakan kepada kami 7 orang cahayamata – 3 puteri dan 4 putera. Pada 17 September 2015, dalam bulan Zulhijjah sebelum berakhir tahun 1436H anak sulung saya berusia 16 tahun telah dapat syahadah hafazan 30 juzuk Al-Quran. Selang beberapa minggu kemudian, pada 28 Oktober 2015, anak yang kedua (14 tahun) telah dapat mengkhatamkan hafazan 30 juzuk Al-Quran. Pada 17 November 2015 pula, anak yang ketiga (12 tahun) telah mendapat keputusan cemerlang 5A dalam UPSR.

Slip keputusan 5A UPSR Umair. Tahniah!
Slip keputusan 5A UPSR Umair. Tahniah!

Alhamdulillah, pihak sekolah telah memberi ganjaran kepada pelajar yang cemerlang 5A dalam UPSR sebanyak RM500.00!

Dapat 5A UPSR hadiah wang pos RM500
Sumbangan sekolah kepada Umair dapat 5A – hadiah UPSR RM500 dalam bentuk wang pos.

Oleh kerana ayah dan ibu mereka telah mendapat ilmu mengenai pelaburan emas, maka duit sebanyak RM500.00 tersebut disimpan dalam bentuk emas dengan membuka akaun emas GAP. (Sila lihat apa itu akaun emas GAP di sini).

Rezeki Umair bertambah apabila bapa saudaranya juga turut memberi sumbangan duit tunai menjadikan kesemuanya berjumlah RM750.00!

Kami memanfaatkan sumbangan tersebut dengan membuka akaun pelaburan emas GAP. Kesemuanya saya lakukan hanya dari telefon pintar sahaja! Amat menakjubkan dan saya sungguh senang hati kerana tak perlu keluar rumah, tak perlu bazirkan petrol walaupun pada hari ini harga petrol RON95 turun RM0.10 kepada RM1.85 seliter. Juga saya tak perlu ambil cuti untuk buka akaun pelaburan emas anak dan tak perlu bazirkan masa, tak perlu bayar parking kereta dan tak perlu beratur atau menunggu lama.

Hanya melalui telefon pintar menggunakan aplikasi Maybank2u.com.my saya terus membuat pembelian emas pelaburan GAP sebanyak 4 gram X RM159.00 (harga emas GAP pada 31 Disember 2015) = RM636.00. Seterusnya saya Whatsapp ke nombor telefon bimbit Person In-Charge (PIC) cawangan terdekat Public Gold (Dalam kes saya Pn Latifah Public Gold Cawangan Sungai Petani) seperti berikut:-

Mudahnya buka akaun pelaburan emas GAP
Mudahnya buka akaun pelaburan emas GAP

Jika anda nak buka akaun anak anda buat pertama kali… anda perlu bank in ke akaun Maybank Public Gold Marketing Sdn. Bhd. di nombor akaun 5571-3923-8048 ATAU  akaun Public Bank 3167-52-0833.

Setelah anda selesai bank-in, anda hanya perlu hantar kepada staf Public Gold HQ maklumat berikut (sekiranya anak anda di bawah 18 tahun):-

  1. Nama penuh anak:
  2. No. IC/Mykid anak:
  3. Nama ibu/bapa:
  4. No. IC ibu/bapa:
  5. No. H/P ibu/bapa:
  6. Emel anak:
  7. Jumlah bayaran (RM):
  8. Masa & Tarikh Bayaran:
  9. Introducer: (Jika tiada, boleh letak PG047646 Suhaimee Manaf).
  10. Salinan gambar resit (bukan pdf).

Anda boleh Whatsapp semua info di atas ke nombor 017-4866916.

Itu sahaja… Alhamdulillah.. semuanya berjalan lancar dan Puan Latifah dari PG Cawangan Sungai Petani telah mengesahkan penerimaan bayaran untuk pembelian sebanyak 4 gram emas pelaburan GAP.

Akaun pelaburan emas GAP ini patuh syariah kerana setiap gram emas yang dibeli merupakan emas fizikal dan anda boleh keluarkan emas GAP dalam bentuk goldbar 999.9 atau dinar 24K pada bila-bila masa. Apa yang perlu anda lakukan ialah menghubungi PIC Cawangan Public Gold dan buat permohonan pengeluaran jenis dan berat emas yang anda ingin keluarkan dengan syarat tinggalkan minima 1 gram emas dalam akaun GAP tersebut. Jika anda keluarkan semua sekali emas GAP maka akaun anda dianggap tidak aktif dan anda perlu membayar RM50 untuk mengaktifkannya semula.

Setiap jenis dan berat emas yang anda keluarkan akan dikenakan caj premium yang paling minimum. Anda boleh lihat senarai caj premium di bawah ini…

Caj premium emas Public Gold
Caj premium emas Public Gold. Buat bayaran tunai semasa anda mengambilnya di Public Gold.

 

Oleh yang demikian, buatlah keputusan yang terbaik untuk diri dan keluarga anda. Lindungilah kekayaan anda sekeluarga dengan memiliki emas. Ketahuilah bahawa dengan menyimpan duit kertas Ringgit Malaysia akan mendedahkan kekayaan yang anda usahakan kepada risiko inflasi dan susutnilai wang kertas pada masa akan datang.

Kasihanilah diri anda sekeluarga. Buatlah keazaman agar anak cucu cicit kita tidak perlu buat pinjaman bank untuk beli kereta dan rumah pada masa akan datang. Satu dinar emas 1,400 tahun dahulu boleh beli seekor kambing… begitu juga satu dinar emas pada hari ini boleh beli seekor kambing. Lihatlah kekuatan nilai emas yang begitu ampuh dan tak ditenggelam dek zaman.

Apa tunggu lagi.. bukalah akaun pelaburan emas GAP sekarang!

(PERHATIAN: Jika anda tiada nombor Introducer, anda boleh gunakan nombor Introducer saya PG047646.)

Selamat berjaya dalam pelaburan emas…

Susutnilai Terendah Jamin Keuntungan Pelaburan Emas Anda

Jika anda tercari-cari bank mana atau syarikat mana yang menawarkan pelaburan emas terbaik di rantau Asia… saya sarankan anda untuk meneliti peratus susutnilai atau nilai spread yang ditawarkan sebelum membeli emas fizikal berbentuk jongkong emas atau dinar emas.

Pada hari ini memang terdapat terlalu banyak persaingan antara bank-bank malah syarikat-syarikat yang menawarkan jual beli emas pelaburan seperti goldbar 24k dan dinar emas 24k yang bebas dari dikenakan GST sebanyak 6%.

Mengapa? Ini ialah kerana jika emas pelaburan yang anda beli dikenakan GST sebanyak 6%, dimanakah keuntungan yang anda akan perolehi? Sedangkan  emas itu sendiri ada susutnilainya masing-masing.

Oleh itu di sini saya ingin kongsikan kepada anda dua jenis emas pelaburan iaitu jongkong emas 24K dan dinar emas 24K dengan kadar susutnilai TERENDAH di Malaysia dan TIDAK DIKENAKAN GST pada kadar 6%!

Sila lihat gambarajah di bawah:-

Sumber infografik: Encik Zulkifli Shafie MD PG.
Sumber infografik: Encik Zulkifli Shafie MD PG.


Berdasarkan infografik di atas, sekiranya bajet anda sekitar RM10,000.00 maka saya cadangkan samada anda pilih antara DUA pilihan di bawah:-

PILIHAN #1 – SPREAD / SUSUTNILAI RENDAH

Saya cadang anda beli emas yang SPREAD LEBIH RENDAH dahulu. Walaupun anda nak simpan jangka panjang, nanti anda akan tetap semak harga emas semasa juga untuk menilai sejauh mana keuntungan yang boleh anda dapat melalui menyimpan emas. Emas dengan spread lebih rendah lebih cepat untung bila harga naik.

Contohnya dengan bajet RM10,000 maka saya akan cadangkan agar anda beli dan simpan Gold Bar 50g + 10g = 60g.

PILIHAN #2 – SENANG DIJUAL SIKIT-SIKIT

Jika anda nak senang jual sikit-sikit bila nak pakai duit nanti, emas yang kecil-kecil lebih baik. Jadi dengan bajet RM10k, anda boleh pilih mana-mana kombinasi Gold Bar 10g atau 20g untuk cukupkan 60g. Oleh itu, sekiranya terdesak nak guna duit, maka anda boleh jual balik emas 10g atau 20g sekadar nilai yang anda perlukan.

Kepada anda yang mempunyai akaun emas GAP, anda juga boleh menjual balik harga emas secara sikit-sikit bila nak pakai duit. Insya Allah dalam tempoh 48 jam pihak Public Gold akan bankin dalam akaun anda melalui akaun Maybank. Untuk mengelakkan kelewatan transaksi, saya galakkan anda untuk menggunakan akaun Maybank juga semasa mendaftar.

Anda boleh mendaftar secara percuma untuk makluman lebih lanjut di Pendaftaran Percuma.

Saya sekadar bagi cadangan, anda yang buat keputusan. Semoga berjaya dalam pelaburan emas.

Peluang Bisnes Pelaburan Emas Untuk Pelajar IPT

Bisnes pelaburan emas pelajar.MASA TERHAD! Peluang bisnes pelaburan emas khas untuk pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) kini dibuka mulai 1 April 2015 hingga 30 April 2015. Jika anda merupakan seorang pelajar universiti atau kolej samada swasta atau awam yang mempunyai Kad Pelajar yang sah, anda layak membuka bisnes pelaburan emas dengan membeli emas GAP minima nilai RM500 sahaja dalam satu transaksi!

Ini bermakna jika harga emas GAP pada hari ini ialah RM148.00/gram dan untuk mengelakkan transaksi yang haram, anda membeli RM148.00 x 4 gram emas GAP = RM592.00. Oleh itu, Public Gold (M) Sdn. Bhd. akan memberi kemudahan untuk anda membuka bisnes emas online dan offline. Emas GAP ialah emas yang dibeli melalui Gold Accumulation Program yang menawarkan simpanan emas secara percuma di Public Safe dan segala simpanan anda dilindungi insurans

Bagaimana cara nak buat bisnes pelaburan emas? Apabila ada pelanggan yang membeli apa jua produk emas melalui link khas yang dibekalkan oleh Public Gold, maka setiap transaksi pembelian pelanggan anda akan menerima komisen sebanyak 1%. Begitu juga apabila anda sendiri membeli emas di Public Gold, anda juga akan menerima komisen sebanyak 1%. Sebagai dealer, Public Gold akan memberi komisen 0.3% untuk setiap transaksi jual semula emas anda ke Public Gold.

Oleh itu, jika anda merupakan seorang pelajar universiti atau kolej, saya sangat menyokong anda mulakanlah bisnes pelaburan emas yang terbaik di Malaysia mulai hari ini kerana tempoh promosi menjadi Dealer Public Gold dengan modal paling rendah (serendah RM500) akan berakhir pada tengah malam 30 April 2015.

Adalah amat bertuah anda gunakan tempoh promosi ini kerana nilai pembelian sebenar untuk melayakkan anda sebagai Dealer Public Gold adalah dengan pembelian emas bernilai RM30,000 dalam satu resit! Memanglah anda tak rugi apa-apa pun sebab emas dengan nilai RM30,000 itu pun adalah hak milik anda juga. Namun, sebagai pelajar, manalah nak cari modal berpuluh-puluh ribu tu melainkan jika dah bekerja.

Alhamdulillah, sekarang dah ada peluang terbuka luas untuk para pelajar universiti dan kolej untuk membuka bisnes emas online di usia muda. Anda hanya perlu ingat bahawa pelaburan emas bukan pelaburan singkat tetapi pelaburan jangka panjang.

Bagaimana anda nak mulakan? Saya sarankan anda ikuti langkah Simpanan Emas Pelaburan Semudah 1-2-3! Cuma ada tambahan agar anda Whatsapp gambar Kad Pelajar anda juga di samping maklumat pembelian emas GAP dan snapshot resit Maybank2u.

Semoga anda success dalam pelaburan emas. Amin…

Seminar Pelaburan Emas – Anjuran ASAS bersama ISRA dan APIUM

Peluang kehadiran Seminar Pelaburan Emas 2015 telah dibuka!

Assalamualaikum WBT dan salam hormat kepada sekalian pelabur-pelabur emas dan pengunjung-pengunjung blog PelaburanEmas.org.

Seminar Pelaburan Emas 2015

Dengan segala hormatnya saya mempersilakan rakan-rakan sekalian untuk menghadiri Seminar Pelaburan Emas 2015 anjuran Association of Shariah Advisors in Islamic Finance (ASAS) bersama International Shariah Research Academy for Islamic Finance (ISRA), di bawah Bank Negara Malaysia (BNM) dan Fakulti Shariah dan Economi, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM) yang akan diadakan dengan ketetapan seperti berikut:-

Tarikh: 11 April 2015 (Sabtu)
Tempat: Dewan Kuliah Utama, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya
Masa: 8.30 pagi hingga 4.30 petang

Aturcara Seminar Pelaburan Emas adalah seperti berikut:-

8:30 am : Pendaftaran Peserta
9:00 am : Kata Aluan Presiden ASAS
9:15 am SESI 1 : PRINSIP SYARIAH DALAM PERNIAGAAN EMAS
– Dr. Badruddin bin Hj Ibrahim
10:45 am : Q & A
11:00 am : Minum Pagi

11:30 am SESI 2 : WANG KERTAS DAN EMAS, ADAKAH ITEM RIBAWI
– Prof. Madya Dr. Aznan Hasan
1:00 pm : Q & A
1:15 pm : Makan Tengahari & Solat Zohor

2:30 pm SESI 3 : BEBERAPA STRUKTUR PELABURAN EMAS SEMASA:
SATU TINJAUAN
– Ustaz Wan Rumaizi Wan Husin

3:30 pm SESI 4 : DISKUSI PANEL
– Dr. Badruddin bin Hj Ibrahim
– Ustaz Wan Rumaizi Wan Husin
– Prof. Madya Dr. Aznan Hasan

4:30 pm : Minum Petang & Solat Asar

Pendaftaran hanyalah sebanyak RM50 sahaja. Tempat adalah terhad. Sila download Borang Pendaftaran ke Seminar Pelaburan Emas sekarang! (Right-click dan pilih ‘Save As’ sebagai dokumen pdf).

Simpanan Emas Pelaburan Semudah 1-2-3!

Simpanan emas pelaburan pada hari ini memang amat mudah berbanding 1 ke 2 tahun dahulu. Dulu, jika anda nak menyimpan emas, anda perlu simpan dalam peti besi simpanan yang mempunyai kunci yang kukuh dan amat sukar dipecahkan oleh pencuri. Jika tidak, kebanyakan orang tua-tua pada masa dulu menyimpan emas dalam tempayan atau bawah tilam dan sebagainya.

Safe box simpanan emas pelaburanAda satu kisah benar di satu kampung, sebuah rumah telah dimasuki pencuri pada malam hari dan surirumah menyedari keesokan pagi bahawa kesemua emas perhiasan yang disimpan di dalam PETI SEJUK telah hilang! Aduhai… apalah nasib dan apalah yang difikirkan oleh kakak tu ek? Kalau simpan dalam peti besi tu masuk akal le sikit. Tapi dia simpan dalam peti sejuk!

Memang betul jika anda ada barang kemas, dinar, dirham atau emas jongkong yang disimpan di dalam rumah, anda akan berasa seperti tiada tempat yang dirasakan selamat untuk menyimpan. Maka, tanpa fikir panjang anda terus menyewa peti simpanan di bank-bank atau di syarikat yang menyediakan peti simpanan keselamatan. Mungkin kadar sewaan mencecah ratusan ringgit sebulan!

Mulai sekarang anda tak perlu risau untuk simpan emas lagi kerana terdapat satu program yang dinamakan GAP – Gold Accumulation Program yang menawarkan simpanan emas secara percuma di Public Safe dan segala simpanan anda dilindungi insurans!

Di GAP, anda boleh buka akaun emas secara individu atau secara bersama anak anda. Minima simpanan emas ialah 1 gram dan tiada had maksima simpanan emas. Anda boleh keluarkan kesemua emas anda tetapi akan dianggap tidak aktif dan dikenakan caj RM50 untuk mengaktifkan akaun semula.

Apa yang menariknya ialah simpanan emas pelaburan anda semudah 1-2-3! Tak perlu bazirkan duit minyak, tak perlu beratur menunggu giliran, tak perlu ambil cuti untuk urusan buka akaun emas… hanya duduk mengadap komputer di rumah atau di ofis waktu rehat pun dah boleh buka akaun.

Tambahan pula, emas yang anda simpan ialah emas berketulenan 999 atau 24K yang diiktiraf oleh LBMA (London Bullion Market Association) yang tidak akan dikenakan GST!

Dan akhir sekali apa yang lebih penting ialah anda boleh berjual beli dengan kaedah yang patuh syariah (halal) dengan membeli emas dalam gandaan 1 gram.

# 1 – Pastikan harga emas semasa GAP

Lihat harga emas GAP di sini.

Harga emas GAP - dikemaskini setiap 12 tengah malam.
Harga emas GAP – dikemaskini setiap 12 tengah malam.

Sila lihat harga 1 gram emas 24K GAP. Harga emas akan dikemaskini selepas setiap jam 12 tengah malam.

# 2 – Buat pembayaran menggunakan Maybank2u.com.my

Maybank2u

Amat mudah jika anda dah pun ada akaun Maybank. Buat bayaran ke akaun Maybank Public Gold Marketing Sdn. Bhd. di nombor akaun 5571-3923-8048. Buat bayaran untuk mengikut gandaan 1 gram emas GAP dan bukan gandaan RM100 atau RM50 untuk mengelakkan transaksi yang haram. Sebagai contoh jika anda ingin menyimpan 1 gram, maka transfer duit sebanyak RM156.00. Jika mahu simpan 5 gram emas, maka transfer duit sebanyak 5 x RM156.00 = RM780.00.

Gunakan kemudahan ‘Print receipt’ di Maybank2u.com.my untuk menyimpan maklumat pembayaran.

Jika anda ada akaun Public Bank, anda juga boleh buat bayaran di akaun Public Bank 3167-52-0833.

Beli emas GAP - pembayaran

Jika anda berada di luar negara, sila masukkan kod Swift berikut:
nombor Swift MBBEMYKL untuk akaun Maybank atau
nombor Swift PBBEMYKL untuk akaun Public Bank.

# 3 – Hantar maklumat pembayaran melalui Whatsapp / WeChat / SMS / Emel

Beli emas GAP - pengesahan Whatsapp/WeChat/SMS

Sila hantar maklumat berikut:-

  1. Nama penuh:
  2. NRIC atau Kad Pengenalan: xxxxxx-xx-xxxx
  3. No. telefon:
  4. Emel anda:
  5. Jumlah bayaran: RM
  6. Tarikh bayaran: dd/mm/yyyy
  7. Masa bayaran: xx:xx
  8. No. Introducer: PG047646 Suhaimee Manaf (Sekiranya anda tiada introducer).

Di samping itu, anda perlu melampirkan salinan resit pembelian juga. Oleh itu, saya nasihatkan anda agar menyimpan resit pembelian emas GAP anda dan buat printscreen atau snapshot menggunakan smartfon untuk paparan transaksi akhir setelah bayaran / pindahan dibuat. (Nota penting: Bukti bayaran SMS tidak akan diterima).

Sila emelkan maklumat di atas bersama-sama lampiran resit ke ga*@************om.my dan cc kepada su******@***********as.org agar saya dapat membantu jika terdapat apa-apa masalah. Seterusnya, untuk mempercepatkan pengesahan, saya dapati penghantaran maklumat melalui aplikasi Whatsapp adalah yang paling cepat dan senang diterima oleh Public Gold.

Itu sahaja! Anda hanya perlu tunggu maklumbalas daripada Public Gold sekitar 4-5 jam sahaja Insya Allah. Anda akan dapat melihat penyata akaun emas GAP anda dalam tempoh 48 jam selepas pengesahan.

Beli emas GAP - pengesahan pesanan

Beli emas GAP - kemaskini penyata

Simpanan emas anda di Public Safe adalah PERCUMA dan DILINDUNGI INSURANS sampai bila-bila! Anda boleh juga mengeluarkan emas dari akaun anda pada bila-bila masa dengan caj premium yang terendah di Malaysia!

Caj premium emas Public Gold
Caj premium emas Public Gold

Nak lihat akaun emas online GAP anda? Mudah sahaja… hanya Login menggunakan Nama Pengguna dan Kata Laluan anda di Public Gold > Login. Kemudian klik di ‘dropdown bar’ di My Account > My GAP Statement seperti imej di bawah:-

Anda boleh jual balik emas dalam akaun GAP pada bila-bila masa tanpa perlu pergi ke mana-mana atau bersusah-payah menunggu giliran. Sila daftar secara percuma dan Hubungi Saya untuk penerangan lanjut.

Selamat menyimpan emas demi melindungi kekayaan anda sekeluarga…

Jika anda ingin belajar simpanan emas pelaburan yang menjana keuntungan, sila klik di sini.

Pelaburan Emas di Brunei

Dua hari lepas saya ada menerima pertanyaan mengenai pelaburan emas di Brunei daripada seseorang yang bernama Encik Abu Bakar Hj Mohd. Bekir menggunakan borang “Hubungi Saya“. Saya dah jawab pertanyaan beliau dan cuba menghantar melalui emel su******@***********as.org dan juga emel peribadi saya namun tidak berjaya kerana saya mendapat mesej emel MAILER-DAEMON menyatakan alamat emel beliau tidak dapat dicapai.

Oleh yang demikian saya mengharapkan Encik Abu Bakar dari Brunei dapat membaca posting ini.

Mesej beliau seperti berikut:-

Assalamualaikum encik suhaimee, saya dari Brunei Darussalam dan sangat tertarik dengan pelaburan emas. saya merancang melabur emas sebelum saya menamatkan perkhidmatan dalam masa 3 tahun. Bolehkah saya mengikuti pelaburan emas melalui online? Di Brunei bank daripada Malaysia yang ada disini ialah MAYBANK sahaja. Harap encik Suhaimee terangkan lebih jelas.

Daripada Abu Bakar (Brunei)

Wa’alaikumussalam Encik Abu Bakar,

Terima kasih kerana menghubungi saya di PelaburanEmas.org. Pertama sekali saya minta maaf kerana terlewat respond emel tuan.

Yang keduanya, saya mohon maaf kerana masih kurang arif berkaitan peraturan pelaburan emas di Brunei. Pada pendapat saya jika tuan ingin membeli emas secara online tiada masalah.

Terdapat dua kaedah:-

  1. Tuan boleh beli emas melalui Maybank2u dan simpan secara percuma di
    Public Gold melalui Program GAP seperti yang saya terangkan di sini tanpa perlu mengeluarkan emas tersebut sampai bila-bila. Kemudian ketika harga emas naik melebihi 20% atau mencapai harga yang tuan ingin jual balik, maka tuan boleh lock secara online kemudian pihak Public Gold akan bayar terus masuk Maybank tuan di Brunei. Ada caj TT yang akan dikenakan jika tak silap untuk transaksi di Maybank (sekitar 0.125% + processing fee, tuan perlu semak dengan bank di Brunei).
  2. Setelah mendaftar di www.publicgold.com.my, tuan boleh beli secara online samada jongkong emas atau dinar emas wafer 999 (24K) LBMA melalui Maybank2u dan dapatkan emas fizikal. Tapi jika tuan nak dapatkan emas fizikal ke Brunei melalui pos mungkin ada risiko kastam di sana. Jika tidak, tuan bolehlah  mengambil emas fizikal di Cawangan Public Gold yang terletak di Kota Kinabalu, Sabah. Terdapat caj penghantaran mengikut jenis emas dan berat masing-masing dan tuan boleh dapati di sini Atau, jika tuan setuju, saya boleh tolong poslaju ke Pejabat Pos Limbang, Sarawak dan tuan boleh ambil di sana.

 

Apa-apapun, saya lebih pilih tuan buat pelaburan emas di Brunei dengan menggunakan kaedah yang pertama kerana tak perlu susah-susah dapatkan emas fizikal dari Malaysia. Tuan boleh letakkan nama tuan atau nama waris tuan melalui program GAP dan hanya menunggu masa yang sesuai untuk tuan menukarkan gold bar 24K yang tuan beli dan simpan di Public Gold kepada duit tunai dan terus dimasukkan ke dalam akaun Maybank di Brunei.

Caranya ialah tuan boleh daftar dahulu di www.publicgold.com.my dengan langkah yang saya terangkan di Pendaftaran Percuma.

Sebelum saya akhiri posting ini, saya ingin menasihati sahabat-sahabat pengunjung laman web PelaburanEmas.org untuk menyemak alamat emel yang diisi di dalam borang ‘Hubungi Saya’ agar saya boleh menjawab kepada anda semua.

Selamat melabur emas dan semoga memberi keuntungan kepada Encik Abu Bakar Hj Mohd Bekir dari Brunei.