Jika anda tercari-cari bank mana atau syarikat mana yang menawarkan pelaburan emas terbaik di rantau Asia… saya sarankan anda untuk meneliti peratus susutnilai atau nilai spread yang ditawarkan sebelum membeli emas fizikal berbentuk jongkong emas atau dinar emas.
Pada hari ini memang terdapat terlalu banyak persaingan antara bank-bank malah syarikat-syarikat yang menawarkan jual beli emas pelaburan seperti goldbar 24k dan dinar emas 24k yang bebas dari dikenakan GST sebanyak 6%.
Mengapa? Ini ialah kerana jika emas pelaburan yang anda beli dikenakan GST sebanyak 6%, dimanakah keuntungan yang anda akan perolehi? Sedangkan emas itu sendiri ada susutnilainya masing-masing.
Oleh itu di sini saya ingin kongsikan kepada anda dua jenis emas pelaburan iaitu jongkong emas 24K dan dinar emas 24K dengan kadar susutnilai TERENDAH di Malaysia dan TIDAK DIKENAKAN GST pada kadar 6%!
Sila lihat gambarajah di bawah:-
Sumber infografik: Encik Zulkifli Shafie MD PG.
Berdasarkan infografik di atas, sekiranya bajet anda sekitar RM10,000.00 maka saya cadangkan samada anda pilih antara DUA pilihan di bawah:-
PILIHAN #1 – SPREAD / SUSUTNILAI RENDAH
Saya cadang anda beli emas yang SPREAD LEBIH RENDAH dahulu. Walaupun anda nak simpan jangka panjang, nanti anda akan tetap semak harga emas semasa juga untuk menilai sejauh mana keuntungan yang boleh anda dapat melalui menyimpan emas. Emas dengan spread lebih rendah lebih cepat untung bila harga naik.
Contohnya dengan bajet RM10,000 maka saya akan cadangkan agar anda beli dan simpan Gold Bar 50g + 10g = 60g.
PILIHAN #2 – SENANG DIJUAL SIKIT-SIKIT
Jika anda nak senang jual sikit-sikit bila nak pakai duit nanti, emas yang kecil-kecil lebih baik. Jadi dengan bajet RM10k, anda boleh pilih mana-mana kombinasi Gold Bar 10g atau 20g untuk cukupkan 60g. Oleh itu, sekiranya terdesak nak guna duit, maka anda boleh jual balik emas 10g atau 20g sekadar nilai yang anda perlukan.
Kepada anda yang mempunyai akaun emas GAP, anda juga boleh menjual balik harga emas secara sikit-sikit bila nak pakai duit. Insya Allah dalam tempoh 48 jam pihak Public Gold akan bankin dalam akaun anda melalui akaun Maybank. Untuk mengelakkan kelewatan transaksi, saya galakkan anda untuk menggunakan akaun Maybank juga semasa mendaftar.
Anda boleh mendaftar secara percuma untuk makluman lebih lanjut di Pendaftaran Percuma.
Saya sekadar bagi cadangan, anda yang buat keputusan. Semoga berjaya dalam pelaburan emas.
MASA TERHAD! Peluang bisnes pelaburan emas khas untuk pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) kini dibuka mulai 1 April 2015 hingga 30 April 2015. Jika anda merupakan seorang pelajar universiti atau kolej samada swasta atau awam yang mempunyai Kad Pelajar yang sah, anda layak membuka bisnes pelaburan emas dengan membeli emas GAP minima nilai RM500 sahaja dalam satu transaksi!
Ini bermakna jika harga emas GAP pada hari ini ialah RM148.00/gram dan untuk mengelakkan transaksi yang haram, anda membeli RM148.00 x 4 gram emas GAP = RM592.00. Oleh itu, Public Gold (M) Sdn. Bhd. akan memberi kemudahan untuk anda membuka bisnes emas online dan offline. Emas GAP ialah emas yang dibeli melalui Gold Accumulation Program yang menawarkan simpanan emas secara percuma di Public Safe dan segala simpanan anda dilindungi insurans!
Bagaimana cara nak buat bisnes pelaburan emas? Apabila ada pelanggan yang membeli apa jua produk emas melalui link khas yang dibekalkan oleh Public Gold, maka setiap transaksi pembelian pelanggan anda akan menerima komisen sebanyak 1%. Begitu juga apabila anda sendiri membeli emas di Public Gold, anda juga akan menerima komisen sebanyak 1%. Sebagai dealer, Public Gold akan memberi komisen 0.3% untuk setiap transaksi jual semula emas anda ke Public Gold.
Oleh itu, jika anda merupakan seorang pelajar universiti atau kolej, saya sangat menyokong anda mulakanlah bisnes pelaburan emas yang terbaik di Malaysia mulai hari ini kerana tempoh promosi menjadi Dealer Public Gold dengan modal paling rendah (serendah RM500) akan berakhir pada tengah malam 30 April 2015.
Adalah amat bertuah anda gunakan tempoh promosi ini kerana nilai pembelian sebenar untuk melayakkan anda sebagai Dealer Public Gold adalah dengan pembelian emas bernilai RM30,000 dalam satu resit! Memanglah anda tak rugi apa-apa pun sebab emas dengan nilai RM30,000 itu pun adalah hak milik anda juga. Namun, sebagai pelajar, manalah nak cari modal berpuluh-puluh ribu tu melainkan jika dah bekerja.
Alhamdulillah, sekarang dah ada peluang terbuka luas untuk para pelajar universiti dan kolej untuk membuka bisnes emas online di usia muda. Anda hanya perlu ingat bahawa pelaburan emas bukan pelaburan singkat tetapi pelaburan jangka panjang.
Bagaimana anda nak mulakan? Saya sarankan anda ikuti langkah Simpanan Emas Pelaburan Semudah 1-2-3! Cuma ada tambahan agar anda Whatsapp gambar Kad Pelajar anda juga di samping maklumat pembelian emas GAP dan snapshot resit Maybank2u.
Peluang kehadiran Seminar Pelaburan Emas 2015 telah dibuka!
Assalamualaikum WBT dan salam hormat kepada sekalian pelabur-pelabur emas dan pengunjung-pengunjung blog PelaburanEmas.org.
Dengan segala hormatnya saya mempersilakan rakan-rakan sekalian untuk menghadiri Seminar Pelaburan Emas 2015 anjuran Association of Shariah Advisors in Islamic Finance (ASAS) bersama International Shariah Research Academy for Islamic Finance (ISRA), di bawah Bank Negara Malaysia (BNM) dan Fakulti Shariah dan Economi, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM) yang akan diadakan dengan ketetapan seperti berikut:-
Tarikh: 11 April 2015 (Sabtu)
Tempat: Dewan Kuliah Utama, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya
Masa: 8.30 pagi hingga 4.30 petang
Aturcara Seminar Pelaburan Emas adalah seperti berikut:-
8:30 am : Pendaftaran Peserta
9:00 am : Kata Aluan Presiden ASAS
9:15 am SESI 1 : PRINSIP SYARIAH DALAM PERNIAGAAN EMAS
– Dr. Badruddin bin Hj Ibrahim
10:45 am : Q & A
11:00 am : Minum Pagi
11:30 am SESI 2 : WANG KERTAS DAN EMAS, ADAKAH ITEM RIBAWI
– Prof. Madya Dr. Aznan Hasan
1:00 pm : Q & A
1:15 pm : Makan Tengahari & Solat Zohor
2:30 pm SESI 3 : BEBERAPA STRUKTUR PELABURAN EMAS SEMASA:
SATU TINJAUAN
– Ustaz Wan Rumaizi Wan Husin
3:30 pm SESI 4 : DISKUSI PANEL
– Dr. Badruddin bin Hj Ibrahim
– Ustaz Wan Rumaizi Wan Husin
– Prof. Madya Dr. Aznan Hasan
4:30 pm : Minum Petang & Solat Asar
Pendaftaran hanyalah sebanyak RM50 sahaja. Tempat adalah terhad. Sila download Borang Pendaftaran ke Seminar Pelaburan Emas sekarang! (Right-click dan pilih ‘Save As’ sebagai dokumen pdf).
Dua hari lepas saya ada menerima pertanyaan mengenai pelaburan emas di Brunei daripada seseorang yang bernama Encik Abu Bakar Hj Mohd. Bekir menggunakan borang “Hubungi Saya“. Saya dah jawab pertanyaan beliau dan cuba menghantar melalui emel su******@***********as.org dan juga emel peribadi saya namun tidak berjaya kerana saya mendapat mesej emel MAILER-DAEMON menyatakan alamat emel beliau tidak dapat dicapai.
Oleh yang demikian saya mengharapkan Encik Abu Bakar dari Brunei dapat membaca posting ini.
Mesej beliau seperti berikut:-
Assalamualaikum encik suhaimee, saya dari Brunei Darussalam dan sangat tertarik dengan pelaburan emas. saya merancang melabur emas sebelum saya menamatkan perkhidmatan dalam masa 3 tahun. Bolehkah saya mengikuti pelaburan emas melalui online? Di Brunei bank daripada Malaysia yang ada disini ialah MAYBANK sahaja. Harap encik Suhaimee terangkan lebih jelas.
Daripada Abu Bakar (Brunei)
Wa’alaikumussalam Encik Abu Bakar,
Terima kasih kerana menghubungi saya di PelaburanEmas.org. Pertama sekali saya minta maaf kerana terlewat respond emel tuan.
Yang keduanya, saya mohon maaf kerana masih kurang arif berkaitan peraturan pelaburan emas di Brunei. Pada pendapat saya jika tuan ingin membeli emas secara online tiada masalah.
Terdapat dua kaedah:-
Tuan boleh beli emas melalui Maybank2u dan simpan secara percuma di
Public Gold melalui Program GAP seperti yang saya terangkan di sini tanpa perlu mengeluarkan emas tersebut sampai bila-bila. Kemudian ketika harga emas naik melebihi 20% atau mencapai harga yang tuan ingin jual balik, maka tuan boleh lock secara online kemudian pihak Public Gold akan bayar terus masuk Maybank tuan di Brunei. Ada caj TT yang akan dikenakan jika tak silap untuk transaksi di Maybank (sekitar 0.125% + processing fee, tuan perlu semak dengan bank di Brunei).
Setelah mendaftar di www.publicgold.com.my, tuan boleh beli secara online samada jongkong emas atau dinar emas wafer 999 (24K) LBMA melalui Maybank2u dan dapatkan emas fizikal. Tapi jika tuan nak dapatkan emas fizikal ke Brunei melalui pos mungkin ada risiko kastam di sana. Jika tidak, tuan bolehlah mengambil emas fizikal di Cawangan Public Gold yang terletak di Kota Kinabalu, Sabah. Terdapat caj penghantaran mengikut jenis emas dan berat masing-masing dan tuan boleh dapati di sini Atau, jika tuan setuju, saya boleh tolong poslaju ke Pejabat Pos Limbang, Sarawak dan tuan boleh ambil di sana.
Apa-apapun, saya lebih pilih tuan buat pelaburan emas di Brunei dengan menggunakan kaedah yang pertama kerana tak perlu susah-susah dapatkan emas fizikal dari Malaysia. Tuan boleh letakkan nama tuan atau nama waris tuan melalui program GAP dan hanya menunggu masa yang sesuai untuk tuan menukarkan gold bar 24K yang tuan beli dan simpan di Public Gold kepada duit tunai dan terus dimasukkan ke dalam akaun Maybank di Brunei.
Sebelum saya akhiri posting ini, saya ingin menasihati sahabat-sahabat pengunjung laman web PelaburanEmas.org untuk menyemak alamat emel yang diisi di dalam borang ‘Hubungi Saya’ agar saya boleh menjawab kepada anda semua.
Selamat melabur emas dan semoga memberi keuntungan kepada Encik Abu Bakar Hj Mohd Bekir dari Brunei.
Nak tahu pasal cukai GST emas? Ada satu Warta Kerajaan Persekutuan tentang Perintah Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pembekalan Dikecualikan) 2014 atau dipanggil Goods and Services (Exempt Supply) 2014 telah disiarkan pada 13 Oktober 2014 oleh Jabatan Peguam Negara yang boleh didapati di www.treasury.gov.my.
Snapshot Warta Kerajaan Persekutuan berkaitan emas dikecualikan cukai GST. (Sumber: www.treasury.gov.my)
Alhamdulillah, setelah dibaca, sebenarnya anda tak perlu risau sangat tentang cukai GST. Kebanyakan jenis emas pelaburan adalah DIKECUALIKAN cukai GST. Jenis emas, perak dan platinum yang dikecualikan cukai adalah seperti berikut:-
dalam bentuk bar, jongkong atau wafer;
mempunyai ketulenan sekurang-kurangnya 99.5%; dan
memilik ciri-ciri pelaburan
Untuk syiling emas (gold coin), syiling tersebut mestilah telah diperakukan sah oleh negara asal masing-masing dan berketulenan sekurang-kurangnya 99.5%. Nama-nama gold coin yang dikecualikan cukai GST ialah:-
(i) syiling America Buffalo; (ii) syiling Australia Kangaroo Nugget; (iii) syiling Australia Lunar; (iv) syiling Austria Philharmoniker; (v) syiling Canada Maple Leaf; (vi) syiling China Panda; (vii) syiling Malaysia Kijang Emas; viii) syiling Mexico Libertad; (ix) syiling Singapore Lion; (x) syiling United Kingdom Britannia;
Dan akhirnya cukai GST emas yang dikecualikan juga terpakai kepada mana-mana emas, perak dan platinum yang mempunyai ciri-ciri pelaburan jika ia telah ditapis oleh:- (i) seorang penapis yang atau telah berada dalam senarai “Good Delivery” bagi London Bullion Market Association dalam hal emas atau perak; atau (ii) seorang penapis yang atau telah berada dalam senarai “Good Delivery” bagi London Platinum and Palladium Market dalam hal platinum.
Ini bermakna, jenis-jenis emas pelaburan selain daripada yang disenaraikan di atas adalah TIDAK DIKECUALIKAN daripada cukai GST termasuklah jongkong emas 99.9 (24K) yang tidak mendapat perakuan sah daripada negara pengeluar, syiling Dinar Emas 916 (22K), Dinar Kelantan 917, Dinar Emas Mekah Sri Ayu 917 dan lain-lain dinar yang berketulenan kurang daripada 99.5% adalah dikenakan cukai!
Oleh itu, kepada pelabur-pelabur emas Public Gold yang mempunyai Dinar Emas 91.6 (22K) boleh menukarkan simpanan dinar emas 22K masing-masing kepada Gold Wafer Dinar Emas 99.9 (24K) yang telah disahkan oleh London Bullion Market Association (LBMA) mulai 22 Disember 2014 sehinggalah sebelum 1 April 2015 dengan hanya menambah RM60 untuk setiap Gold Wafer Dinar 99.9 Public Gold. Manakala pelabur-pelabur emas yang ada menyimpan dinar emas 91.6 (22K) berjenama selain Public Gold seperti Dinar Kelantan 917 dan Dinar Emas Mekah 917 Sri Ayu juga boleh menukarkan dinar-dinar tersebut kepada Gold Wafer Dinar Emas 99.9 (24K) LBMA dengan hanya menambah RM100 setiap dinar sebelum 1 April 2015 (seperti di gambar bawah).
Cara tukar Dinar Emas 22K kepada Gold Wafer Dinar Emas 24K LBMA Public Gold
Jika anda ingin membuat penukaran, sila daftar di www.publicgold.com.my secara percuma dahulu. Kemudian anda akan diberikan Nama Pengguna dan Kata Laluan khas untuk anda menghubungi Public Gold secara emel. Anda boleh menghubungi cawangan Public Gold yang terdekat untuk memulakan proses penukaran dinar emas 916 atau dinar emas 917 kepada Dinar Emas 99.9 (24K) LBMA seperti di posting saya – Simpanan Emas LBMA Tidak Dikenakan Cukai GST Emas Tax. Anda tak perlu risau kerana Gold Wafer Dinar Emas 99.9 LBMA Public Gold diterima untuk pajakan Ar-Rahnu di Pejabat POS tanpa perlu mengoyakkan seal.
Bila meneliti laman web pelaburan emas GSR (Golden Star Resources), pihak terbabit menyatakan gold bar dan gold coin 99.9 (24K) adalah daripada Guyana/Ghana? Manakala emas gold bar dan gold coin GCP (GoldenCrest Pavilion) tidak dinyatakan emas-emas tersebut dikeluarkan daripada negara mana. Jika saya silap mohon “Hubungi Saya” atau menghantar komen dengan menggunakan borang komen di bawah agar saya boleh membetulkan maklumat ini. Sila berkongsi info sekiranya anda ada kaedah penukaran emas-emas yang akan dikenakan cukai GST emas daripada syarikat-syarikat lain.
Jika nak mula melabur emas, saya ingin nasihatkan sahabat-sahabat semua agar mulalah membuat pelaburan emas sekarang pada hari ini! Kenapa perlu mula hari ini? Jawapannya begini…
Sejak 10 tahun yang lalu harga emas hanyalah sekitar RM50 segram emas. Namun pada hari ini 19 Februari 2015 (Hari Raya Cina), harga emas mencecah RM140 segram! Sila lihat trend kenaikan harga emas di bawah…
Harga emas sejak tahun 2005 (10 tahun lalu) hingga tahun 2015 yang menunjukkan trend menaik sepanjang tahun.
Sekarang mari kita kaji pula apa yang berlaku kepada trend harga emas sejak setahun lepas.
Harga emas 1 tahun lepas yang menunjukkan trend menaik juga.
Jika kita meneliti trend sejak setahun lalu, kita akan dapati harga emas telah jatuh kepada paras terendah sekitar RM122 segram pada bulan November 2014 yang lalu dan terus meningkat sehingga melebihi 15% hingga mencecah paras tertinggi iaitu RM150 segram pada akhir bulan Januari 2015.
Dalam tempoh tersebut (November 2014 hingga Januari 2015), terdapat dua kali kejatuhan harga emas akhir November dan penghujung Disember 2014 dan pada hari ini sekali lagi kelihatan kejatuhan harga emas pada sekitar RM140 segram.
Sekarang kita lihat apa yang berlaku sejak dua hingga tiga hari yang lalu…
Harga emas selama tiga hari lalu
Pada jam 12 tengahari 16 Februari 2015, harga emas mencecah hampir RM142 segram. Pada 12 tengah malam 17 Februari 2014 pula , harga emas jatuh sehingga sekitar RM139 segram. Pada 12 tengah malam 18 Februari 2015, harga emas naik semula tetapi masih di bawah RM140 segram. Mengikut perkiraan saya, harga emas akan mencecah melebihi RM140 segram pada 12 tengah malam 20 Februari 2015. Malah, jika diikutkan trend, harga emas akan terus naik dari tahun ke tahun.
Oleh itu, jika sahabat-sahabat nak melabur emas, eloklah beli emas dan simpan sekarang dan pada hari ini sebelum jam 12 tengah malam. Nampak beza RM1 hingga RM2 segram emas macam tak banyak beza… tetapi jika anda beli sebanyak 100 gram emas, maka setiap nilai RM1 akan memberi perbezaan harga sebanyak RM100!
Oleh kerana cukai GST emas akan berkuatkuasa mulai 1 April 2015 ini, saya galakkan anda mulakan pelaburan emas anda dengan membeli jongkong emas atau gold bar 999 (24K) yang dikecualikan dari dikenakan cukai GST.
Jadi bagaimana dan di mana nak mulakan? Jangan bimbang… sebab dah ada kedai emas online yang beroperasi 24 jam sehari selama 7 hari seminggu walaupun hari cuti umum seperti Hari Raya Cina yang jatuh pada hari ini! Bagaimana nak mulakan pelaburan emas pada hari ini? Sila layari posting saya mengenai “Simpanan Emas Pelaburan Semudah 1-2-3!“.
Selamat menyimpan emas demi melindungi kekayaan anda sekeluarga…
Anda minat nak buat pelaburan emas Public Bank? Sebelum anda terus melabur duit anda di Public Bank, jom tengok ciri-ciri pelaburan emas yang ditawarkan di sana. Public Bank memang ada menawarkan akaun pelaburan emas yang dinamakan Gold Investment Account (GIA).
Di sini saya tunjukkan snapshot laman web untuk pelaburan emas di Public Bank.
Pelaburan Emas Public Bank website
Pertama kali saya meninjau laman web Public Bank nampak macam tak berapa user friendly jer… maaflah kepada Public Bank sebab ini hanyalah pendapat peribadi sahaja. Apa yang mula-mula sekali saya cari harga emas yang dijual dan dibeli dalam pelaburan emas ini. Dan saya nampak pada sebelah kiri bawah di laman web tersebut.
Harga emas Gold Investment Account Public Bank
Untuk makluman anda, tips yang pertama sekali untuk menilai ciri-ciri pelaburan emas yang terbaik ialah nilai spread atau susutnilai yang ditawarkan.
Jadi, saya buat kiraan nilai spread jual beli emas di Public Gold adalah yang TERENDAH setakat ini di Malaysia. Hanya 3.97% sahaja! Alhamdulillah… Wow!
Tapi yang tak berapa syok bila baca Disclaimer di bawahnya tertulis begini: “The gold prices displayed are indicative prices and for reference only. Customers are advised to check for the latest prices with your account holding branch or via our Online Gold Trading service before performing any gold purchase or sale transactions.” Aduhai… nak kena semak dengan branch pulak…
Seterusnya, saya tak jumpa di mana-mana mengenai spesifikasi emas yang ditawarkan samada 999.9 (24K) atau 916 (22K) dan sebagainya. Mungkin ada di mana-mana link tapi memang saya tak jumpa!
Anggapan saya berdasarkan harga jual beli yang ditawarkan bersamaan dengan nilai emas 916 (22K). Pun begitu, anda perlu menghubungi cawangan Public Bank dimana akaun anda dibuka.
Sekarang, jom kita lihat ciri-ciri fi (fee) atau kadar upah simpan dan caj pengeluaran emas di Public Bank. Dua kali terkejut besar saya… yang pertama bila dapat tahu hanya ada DUA tempat sahaja cawangan Public Bank untuk keluarkan emas iaitu di Jalan Sultan Sulaiman, KL dan Bagan Ajam, Pulau Pinang.
Seterusnya, saya terkejut besar apabila melihat amaun caj pengeluaran emas di cawangan-cawangan tersebut iaitu sekurang-kurangnya RM220 untuk emas seberat 50g manakala sekurang-kurangnya RM240 untuk pengeluaran emas seberat 100g.
Bila saya baca Disclaimer di atas semula, terdapat kenyataan “our Online Gold Trading service”. Oleh itu saya beranggapan, anda perlu membuka Akaun Pelaburan Emas atau Gold Investment Account (GIA) di Public Bank dahulu. Kemudian, anda boleh menggunakan akaun semasa atau akaun simpanan anda di Public Bank untuk jual beli emas di Akaun Pelaburan Emas Public Bank secara online.
Contoh transaksi Public Bank Gold Investment Account online trading
Terdapat bukti-bukti transaksi jual beli emas yang boleh anda dapati sebagai contoh seperti di gambar sebelah. Masa jual beli emas tertakluk kepada masa operasi bank di Kuala Lumpur iaitu bermula 9.30 pagi hingga 4.45 petang dari hari Isnin hingga Jumaat sahaja. Jika Kuala Lumpur cuti umum pun anda tak boleh buat jual beli emas. Ini bermakna anda tidak boleh lock harga emas selain dari waktu tersebut.
Sudah tentu jika diteliti, saya berpendapat pelaburan emas Public Bank tidak patuh syariah sebab transaksi jual beli emas hanya pada kertas sahaja tanpa ada emas fizikal. Pelaburan emas Public Bank secara online trading ini boleh diumpamakan sama seperti Contract for Differences (CFDs) pelaburan emas di Plus500 yang hanya berdasarkan harga emas semasa.
Tanpa membuang masa, saya tak perlu untuk mengkaji lebih lanjut ke atas pelaburan emas Public Bank kerana pada pendapat saya memang sangat merumitkan.
Jika dibandingkan pelaburan emas Maybank vs Public Bank, saya lebih minat melabur emas di Maybank Kijang Emas Gold Bullion Coin yang lebih jelas syarat-syaratnya berbanding GIA di Public Bank.
Tapi jika dibandingkan di antara Kijang Emas Maybank vs Public Gold, saya lebih minat untuk melabur emas di Public Gold. Untuk makluman, Public Gold ialah syarikat berdaftar yang menjalankan jual beli emas seperti kedai emas secara online yang sah di sisi undang-undang dan patuh syariah serta bukan di bawah selian Public Bank.
Walaupun terletak bersebelahan, namun, Public Gold BUKAN di bawah seliaan Public Bank.
Berbanding Public Bank, saya dapati syarikat Public Gold hanya mengenakan caj premium yang paling minima (paling maksima hanya RM150 untuk 1000 gram emas!)untuk setiap item emas di Public Gold untuk penghantaran dari Pulau Pinang ke cawangan-cawangan Public Gold di Semenanjung dan (RM300 untuk 1000 gram) bagi penduduk Sabah dan Sarawak dan seperti ditunjukkan di jadual di bawah:-
Cawangan-cawangan Public Gold di seluruh Malaysia boleh anda dapati di Cawangan Public Gold.
Saya nasihatkan anda mendaftar dahulu secara percuma di Pendaftaran Percuma untuk mengetahui lebih lanjut akan produk emas dan perkhidmatan yang ditawarkan. Proses pendaftaran di Public Gold adalah percuma dan tidak memerlukan anda membuat sebarang pembelian.
Setelah mendaftar, anda akan dibekalkan dengan Nama Pengguna dan Kata Laluan khas untuk anda melalui emel. Sangat mudah dan ringkas. Saya yakin Insya Allah bahawa anda akan teruja dengan pelbagai kemudahan yang disediakan di Public Gold.
Semoga info yang saya berikan ini dapat membantu anda memilih jenis pelaburan emas yang tepat dan sesuai untuk anda.
Selamat membuat pelaburan emas. Semoga success Insya Allah!