Pelaburan emas menjadi topik hangat apabila harga emas dunia semakin naik semasa wabak koronavirus COVID-19 semakin merebak ke seluruh dunia. Mengapa harga emas semakin meningkat manakala pasaran saham semakin menjunam?
Semuanya bersangkutan dengan kadar faedah yang telah diumumkan oleh Federal Reserve (Bank Pusat USA) pada hari Ahad 15/3/2020 bahawa kadar faedah terus dipotong sebanyak 1% .
Pemotongan kadar faedah dibuat bagi merangsang ekonomi US yang dijangka akan terjejas teruk akibat Koronavirus (COVID-19).
Pengumuman ini menyebabkan kadar faedah di Amerika Syarikat pada waktu ini berada di antara 0% sehingga 0.25% sahaja!
Memang sangat rendah dan suasana panik penjualan saham berlaku. Ini kerana dalam situasi kadar faedah yang rendah, pelabur akan memindahkan wang kepada pelaburan lain seperti emas dan perak.
Kesan daripada pemotongan kadar faedah tersebut menyebabkan harga emas naik.
Mengapa harga emas yang naik pula?
Sebab lebih ramai pelabur membeli emas, stok emas akan menjadi semakin berkurangan. Bila stok semakin sedikit, permintaan semakin meningkat dan akan menyebabkan harga emas pelaburan meningkat.
Ini kerana menyimpan duit dalam bank pun tak dapat untung sebab kadar faedah hanyalah 0-0.25% sahaja. Jika kadar inflasi di USA sama dengan 2.3% setahun maka sesiapa yang simpan duit di bank sebenarnya rugi 2.3% setahun.
Oleh itu, adalah lebih bijak untuk melabur duit ke pelaburan yang lebih menguntungkan seperti emas. Hanya dalam beberapa bulan sahaja harga emas telah meningkat melebihi 18%!
Beli emas untuk jangka panjang sebab pasaran kewangan tidak menentu pada masa sekarang akibat wabak COVID-19 yang asalnya daripada China. Sekarang bilangan pesakit yang terkena jangkitan melebihi daripada pesakit dalam China.
Banyak berita mengejut yang tidak disangka akan diumumkan USA dan negara Malaysia dan menyebabkan kenaikkan atau penurunan harga emas dengan banyak.
Nak tahu strategi pelaburan emas tahun 2020? Masih tercari-cari cara terbaik untuk melabur emas?
Alhamdulillah, di sini saya akan kongsikan dengan anda tips strategi pelaburan emas oleh pakar emas dan pakar kewangan di Malaysia iaitu Mentor Emas Syukor Hashim dan Mentor Kewangan Tuan Azizi Ali.
FBLive dua orang Mentor tersohor di Malaysia: Sifu Syukor Hashim (Mentor Emas) dan Tuan Azizi Ali (Mentor Kewangan)
Menurut pendapat pakar kewangan Tuan Azizi Ali dalam FBlive semalam, bagi Gold Saver (Penyimpan Emas) sasaran minima kekayaan ialah 10% dalam bentuk simpanan emas. Waktu terbaik untuk beli dan simpan emas ialah pada ketika harga emas turun.
Namun, apa yang penting ialah penambahan gram simpanan emas secara konsisten tanpa perlu lihat harga. Gunakan konsep “sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit”.
Penyimpan Emas boleh menambah gram emas secara konsisten melalui potongan bulanan dengan menggunakan kemudahan Standing Instruction (Arahan Tetap) kepada pihak bank. Paling mudah guna Maybank2U, set transfer secara Recurring.
Manakala bagi Gold Investor (Pelabur Emas) pula, waktu memulakan pelaburan emas ialah sekarang dalam jumlah yang banyak. Tak boleh guna konsep Penyimpan Emas di atas sebab akan menjadi “sedikit-sedikit, lama-lama tetap sedikit”.
Alhamdulillah, berita baik kepada anda jika menetapkan kedudukan sebagai Pelabur Emas sebab semasa harga emas turun ada Promosi Dealer Emas TANPA PG Golden Tour (jimat RM358) sah sehingga 12 tengahari Isnin 2/3/2020.
Alang-alang melabur emas, laburlah sebagai Dealer Emas…
Untuk pengetahuan anda, dengan status Dealer boleh dapat 1.0-1.5% insentif ke atas semua nilai pembelian peribadi / pelanggan. Dealer juga boleh dapat 0.3% insentif ke atas semua nilai jual balik emas peribadi / pelanggan.
Selepas dapat status Dealer, anda akan sentiasa senyum bila harga emas naik atau bila harga emas turun… jual untung, beli pun untung..
Selepas selesai daftar, sila buat pilihan di bawah… Dapatkan juga 5 Tips Memulakan Pelaburan Emas dengan mengisi nama dan emel anda di bawah:
Pilihan 1 – Normal Dealer:
Beli 30g emas Goldbar BungaMas dengan harga RM6,761 + RM35 (Gold Premium) + Wealth Card (RM200) = RM6,996 (Bayar sekaligus / EPP4 /EPP10). Layak dapat status Normal Dealer untuk dapat insentif 1.0% pada setiap pembelian berikutnya.
Syarat TAK PERLU hadir PG Golden Tour. Namun, jika nak pergi PG Golden Tour dengan bayar RM358 akan dapat goldbar 0.50g bernilai RM160/g secara PERCUMA!
Jika tanpa promosi, anda perlu beli 200 gram emas dengan harga sekitar RM44,000 + RM200 Wealth Card + PG Golden Tour RM358 untuk dapat status Normal Dealer.
Pilihan 2 – Priority Dealer:
Beli 50g emas Goldbar BungaMas dengan harga RM11,208 + RM40 (Gold Premium) + Wealth Card (RM200) = RM11,448 (Bayar sekaligus / EPP4 /EPP10). Layak dapat status Priority Dealer untuk dapat insentif 1.5% pada setiap pembelian berikutnya.
Syarat TAK PERLU hadir PG Golden Tour. Namun, jika nak pergi PG Golden Tour dengan bayar RM358 akan dapat goldbar 1.0g bernilai RM290/g secara PERCUMA!
Jika tanpa promosi, anda perlu beli 500 gram emas dengan harga sekitar RM110,000 + RM200 Wealth Card + PG Golden Tour RM358 untuk dapat status Normal Dealer.
Klik ORDER… PURCHASE… Cari 50g dalam ruangan carian.. klik item 50g Goldbar BungaMas. ADD TO CART.
Wealth Card tak perlu cari sebab PG akan hantar invois Wealth Card secara manual.
Klik icon CART (Sebelah kanan atas), Klik CHECKOUT… Pilih Agree.Pilih Cawangan Public Gold untuk ambil stok emas. Pilih cara bayaran FULL atau EPP4.Jika nak buat EPP10 boleh letak di REMARKS dengan perkataan “PROMOSI DEALER 28022020 EPP10”.
Jika nak bayar FULL PAYMENT sekaligus pun boleh letak di REMARKS dengan perkataan “PROMOSI DEALER 28022020 FULL PAYMENT”. Klik Submit.
Selesai.
Jika anda ada sebarang pertanyaan mengenai jual beli Goldbar BungaMas di Public Gold boleh whatsapp / sms saya di +60197475788. Atau hanya klik https://msuhaimee.wasap.my/.
Jika nak jual pada harga di atas pun boleh, tapi jika tiada keperluan mendesak… simpan dulu dan boleh jual balik bila harga emas mencecah USD1,700/oz (RM250/g)!.
Jika nak jual balik emas klik Buyback selepas Login. Search item yang sama dengan emas Public Gold ada dalam simpanan anda (Hanya jenama Public Gold sahaja).
Sekiranya anda seorang Dealer di Public Gold, anda akan mendapat 0.3% cashback ke atas nilai transaksi jual balik emas anda.
Jika saya jadi anda, upgrade kepada Dealer Public Gold dahulu dan kemudian baru jual balik emas ditangan.
Jika anda nak upgrade status Dealer dan dapat insentif 1.0 – 1.5% dari setiap pembelian berikutnya, ada promosi Dealer Public Gold mulai hari ini hingga 12 tengahari Isnin (24/2/2020).
Normal Dealer: RM5,000 akaun GAP dalam satu resit + RM200 Wealth Card Priority Dealer: RM10,000 akaun GAP dalam satu resit + RM200 Wealth Card
Jika anda ada sebarang pertanyaan mengenai jual beli akaun GAP, Goldbar, Dinar atau Dealer di Public Gold boleh sms saya di +60197475788. Atau hanya klik https://msuhaimee.wasap.my/untuk Whatsapp.
Nak tahu cara pelaburan emas terbaik di Malaysia? Ini adalah salah satu persoalan yang sering ditanya oleh pengunjung blog PelaburanEmas.org. Di sini saya akan kongsikan sedikit sebanyak ilmu emas agar sahabat-sahabat semua faham teknik pelaburan emas terbaik yang boleh anda lakukan dan juga tips untuk anda elakkan apabila nak melabur emas.
Persoalan yang paling banyak sekali pengunjung blog ini bertanyakan saya tentang hukum pelaburan emas yang ada ditawarkan kepadanya oleh satu syarikat samada halal atau haram. Alhamdulillah… satu petanda baik bahawa umat Islam semakin peka tentang halal dan haramnya sumber pendapatan mereka.
Gambar hiasan – Jangan terpedaya dengan skim pelaburan bertopeng emas
Ramai di antara para pelabur emas di Malaysia terkeliru dan mungkin terpedaya dengan skim pelaburan emas yang BERTOPENGKAN EMAS dan berbagai-bagai seperti pelaburan emas ETA (Estimate Time of Arrival – macam tunggu masa ketibaan pesawat penerbangan di airport je bunyinya…) yang semakin hangat diperkatakan. Mereka hanyalah satu daripada beratus-ratus contoh skim cepat kaya yang akan memerangkap anda.
Baru-baru ini telah dilaporkan dalam Harian Metro bertarikh 10 Januari 2020 berkaitan ada pihak tertentu yang menggunakan nama syarikat Makmur Gold Holding Sdn Bhd untuk memperdaya penduduk di sekitar Kuantan, Pahang dan Kota Bharu, Kelantan.
Pengerusi Eksekutifnya, Hishamuddin Abdullah berkata, skim pelaburan emas itu dipercayai sudah memperdaya ramai mangsa yang mengalami kerugian ratusan ribu ringgit.
Katanya, pihaknya mengetahui nama syarikatnya digunakan oleh skim pelaburan emas yang berpengkalan di Kuantan, Pahang dan mempunyai ramai ejen di Kelantan, minggu lalu.
“Ia hasil daripada lebih 10 pelanggan yang datang ke kedai kami di Kuantan, Pahang dan Tunjong, Kota Bharu yang bertanya sama ada syarikat kami menjalankan pelaburan emas.
“Syarikat menegaskan tidak pernah menjalankan skim pelaburan emas, sebaliknya kami mengeluar dan menjual emas baharu.
“Kami membuat laporan polis kerana tidak mahu skim pelaburan emas itu menyalahgunakan nama kerana boleh merosakkan nama syarikat,” katanya ketika ditemui di IPD Kota Bharu di Pengkalan Chepa, hari ini.
Menurutnya, ia adalah laporan polis kedua dibuat syarikatnya selepas yang pertama di Kuantan, Selasa lalu.
Katanya, pihaknya tidak mahu skim pelaburan emas itu terus menggunakan nama syarikat dan memaklumkan kepada pelabur bahawa Makmur Gold di Kota Bharu dan Kuantan sebagai pusat operasi mereka.
“Saya berharap orang ramai lebih berhati-hati dengan skim pelaburan emas bagi mengelakkan mereka mengalami kerugian,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud mengesahkan menerima laporan dan pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut.
Untuk sahabat-sahabat yang masih keliru, persoalan ini mudah dijawab jika kita faham bahawa TIADA ISTILAH beli jongkong emas sekali dan dapat untung berkali-kali tanpa buat apa-apa.
Seterusnya soalan ini mudah dijawab jika kita faham konsep riba iaitu kita mendapat keuntungan dengan memberi pinjam (memberi deposit) duit kita sebanyak RM10,000 pada pihak yang lain (dengan persetujuan bahawa ada bayaran tambahan atau keuntungan (dipanggil riba qardh) pada setiap minggu atau setiap bulan tanpa usaha dan tanpa mengurangi duit RM10,000 tersebut.
Bila anda diberi NOMBOR AKAUN BANK untuk tujuan deposit pelaburan emas, sila pastikan nombor akaun tersebut BUKAN atas nama INDIVIDU.
Jika anda diberi nombor akaun syarikat pula, boleh semak di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan layari https://www.ssm-einfo.my/. Selepas login, klik ikon Search dengan isikan nama syarikat (By name). Jika tiada… maka syarikat tersebut tidak berdaftar dan anda berisiko amat tinggi untuk diperdaya.
Mudahkan? Memang amat mudah nak faham namun pihak Yahudi, Nasrani dan Majusi memang pandai. Mereka cipta pelbagai nama agar umat Islam terkeliru dan terpaksalah ulama-ulama mengeluarkan fatwa demi fatwa yang menyatakan sesuatu pelaburan itu halal atau haram. Perkataan seperti “dividen tetap bulanan” yang paling popular selain daripada bonus atau keuntungan.
Beberapa tahun dulu (semasa posting ini ditulis pada 1 Januari 2015), ciri-ciri ini terdapat pada Pegasus Bullion yang semakin berkembang secara ‘underground’ di Malaysia (tiada syarikat yang sah dan dipantau oleh BNM) kerana syarikat ini beroperasi dari Hong Kong dan telah membuka cawangan di Thailand dan Indonesia – sekarang dah senyap sepi.
Ramai yang terpedaya termasuk penjawat awam! Kasihan…
Sejak lebih lima tahun lepas juga, terdapat satu lagi jenis pelaburan emas yang sedang secara atas talian ke atas komoditi-komoditi utama dunia seperti emas, perak, koko, gula, gandum, minyak mentah dan sebagainya. Mereka mencipta program yang dinamakan Plus500 dan apabila diselidiki, syarikat ini beroperasi dari Israel dan pendaftaran di London. Mereka menggunakan istilah CFD atau “Contract For Difference”. Memang syok dapat keuntungan yang banyak samada harga komoditi naik atau jatuh, namun, yang haram tetap haram.
Janganlah kita termakan umpan mereka yang menawarkan keuntungan beribu-ribu ringgit seminggu malah sehari! Ingatlah hari akhirat agar kita tidak menyesal selama-lamanya memakan harta yang haram.
Persoalan seterusnya ialah mengenai cara pelaburan emas yang paling baik. Pada asasnya…
JANGAN SEKALI-KALI MEMBELI EMAS MENGGUNAKAN DUIT PINJAMAN ANDA!
Adalah menjadi sesuatu yang amat malang jika anda memohon personal loan atau pinjaman peribadi semata-mata nak dapat keuntungan pelaburan emas dengan membeli emas. Mana-mana guru pelaburan emas yang menasihati anda untuk menggunakan duit pinjaman untuk beli emas merupakan guru emas ajaran sesat dan akan menyesatkan anda juga. Anda yang akan menjadi mangsa penipuan guru emas ajaran sesat tersebut.
Dan satu lagi kaedah paling berisiko dalam pelaburan emas di Malaysia ini ialah kaedah beli pajak, beli pajak emas di Ar-Rahnu. Aduhai… memang orang Malaysia ni serba boleh dan sangat cepat terpedaya bila dengar apa-apa pelaburan yang ‘janji’ pulangan beribu-ribu dalam skim cepat lebur ni… Tahukah anda bahawa nama anda akan disimpan dalam maklumat Bank Negara Malaysia apabila anda pernah membuat pajakan di Pejabat Pos atau mana-mana bank seperti Bank Rakyat dan Bank Islam. Kemungkinan sukar untuk anda membuat pinjaman untuk beli rumah atau kereta nanti. Jadi, berhati-hatilah ye…
Anda hanya dinasihatkan untuk membuat pelaburan emas hanya dengan membeli emas fizikal menggunakan LEBIHAN DUIT SIMPANAN ANDA SENDIRI SAHAJA! Jangan pula anda gunakan kesemua duit simpanan untuk beli emas. Anda perlu meninggalkan duit simpanan untuk keperluan sekurang-kurangnya untuk selama tiga bulan.Itu adalah teknik pelaburan emas yang terbaik dari dahulu, sekarang dan akan datang. Tiada cara pelaburan emas seperti itu akan mendatangkan masalah atau risiko kepada anda.
Apa kaitan pelaburan emas dengan matawang kertas? Hari ini saya ingin berkongsi mengenai sejarah dan nilai duit kertas yang pernah ada di Malaysia khususnya sebelum merdeka.
Menurut sejarah tanah air, pada tahun 1941, Jepun menjajah Tanah Melayu dan memperkenalkan duit kertas (atau lebih dikenali sebagai duit pokok pisang).
Namun, sejak 1943 British melancarkan perang melawan Jepun, nilai duit pokok pisang semakin susut hingga tiada nilai selepas Jepun menyerah kalah pada tahun 1945.
Akibatnya, semua yang menyimpan duit pokok pisang Jepun terpaksa tinggalkan sahaja duit-duit tersebut.
Ambil iktibar atau pengajaran daripada sejarah negara yang telah berlaku. Dalam keadaan suasana ekonomi dan politik yang sukar diduga, tak mustahil perkara yang sama akan berulang dan berlaku ke atas matawang kita.
Menurut kajian oleh DollarDaze.org, sebanyak 775 mata wang kertas telah diwujudkan selama ini. Namun, tidak ada satu wang kertas pun yang telah berjaya memegang nilainya sepanjang sejarah. Sebanyak 155 matawang fiat (20%) gagal melalui hiperinflasi, sebanyak 163 matawang fiat (21%) telah dimusnahkan oleh peperangan, sebanyak 93 matawang fiat (12%) dimusnahkan semasa proses kemerdekaan, sebanyak 186 matawang fiat (24%) mengalami proses reformasi dan sebanyak 178 (23%) masih digunakan namun menghampiri salah satu proses yang diterangkan.
Purata jangka hayat untuk matawang fiat adalah 27 tahun, dengan jangka hayat terpendek selama hanya satu bulan! Namun, terdapat hanya satu wang kertas yang masih bertahan sejak diwujudkan pada tahun 1694, Pound Sterling British adalah matawang fiat tertua di dunia.
Pada usia tua 325 tahun, ia mesti dianggap mata wang fiat yang sangat berjaya. Walau bagaimanapun, kejayaan adalah relatif. Pada hari ini, Pound Sterling British dinilai sebanyak 12 auns perak, jadi ia bernilai kurang daripada 1/200 atau 0.5% daripada nilai asalnya. Dengan kata lain, nilai mata wang yang paling berjaya sejak kewujudannya telah kehilangan sebanyak 99.5% daripada nilainya!”
Sejarah dunia telah menunjukkan banyak kejadian matawang kertas milik beberapa negara menjadi tiada nilai!
Saya enggan percaya kepada apa jua ramalan. Namun, apa yang penting, persediaan awal dengan mulakan perlindungan ke atas kekayaan yang kita ada pada hari ini dalam bentuk kalis inflasi iaitu emas.
Sebab apa? Sebab bimbang simpan duit tunai banyak-banyak… esok-esok nilai jatuh mendadak… siapa tahu? Contoh pada tahun 2016, tiba-tiba India haramkan duit 500 rupee dan 1000 rupee di India.
Inida haramkan Rupee 500 dan 1000. Sesal kemudian tidak berguna lagi..
Masa masih belum terlambat. Ramalan ramai pakar kewangan dunia mengatakan nilai semua matawang dunia akan mula menyusut secara cepat mulai tahun 2020! Wallahu ‘alam.
Sejarah ribuan tahun telah membuktikan nilai emas kekal sehingga kini. Namun, tiada satu pun matawang kertas yang wujud di dunia boleh bertahan ribuan tahun.
Jika anda dah baca ebook percuma saya ‘5 Tips Mulakan Pelaburan Emas Patuh Syariah‘, ada ditunjukkan kekuatan nilai 1 dinar emas 1400 tahun lalu boleh bertahan sehingga pada hari ini!
Syeikh Imran Hossein juga seringkali mengingatkan bahawa Nabi Isa Al-Masih ‘Alaihissalam yang pasti akan turun pada suatu hari nanti tidak akan kenal matawang USD, Euro, Pound Sterling dengan banyaknya unsur riba’. Baginda sudah pasti bermuamalah dengan menggunakan emas dan perak, dinar dan dirham.
Anda boleh juga tonton ilmuwan tersohor eskatologi seperti Syeikh Imran Hosein juga kerap memberi peringatan mengenai kelemahan duit kertas yang sedang digunakan di seluruh dunia di sini.
Beliau juga seringkali mengingatkan mengenai Surah Al-Kahfi (Surah ke-18) yang sunnah dibaca setiap hari Jumaat, dalam ayat ke-82:-
وَأَمَّا الْجِدَارُ فَكَانَ لِغُلَامَيْنِ يَتِيمَيْنِ فِي الْمَدِينَةِ وَكَانَ تَحْتَهُ كَنزٌ لَّهُمَا وَكَانَ أَبُوهُمَا صَالِحًا فَأَرَادَ رَبُّكَ أَن يَبْلُغَا أَشُدَّهُمَا وَيَسْتَخْرِجَا كَنزَهُمَا رَحْمَةً مِّن رَّبِّكَ وَمَا فَعَلْتُهُ عَنْ أَمْرِي ذَٰلِكَ تَأْوِيلُ مَا لَمْ تَسْطِع عَّلَيْهِ صَبْرًا
Terjemahannya: “Adapun tembok itu pula, adalah ia dipunyai oleh dua orang anak yatim di bandar itu; dan di bawahnya ada “harta terpendam” kepunyaan mereka; dan bapa mereka pula adalah orang yang soleh. Maka Tuhanmu menghendaki supaya mereka cukup umur dan dapat mengeluarkan harta mereka yang terpendam itu, sebagai satu rahmat dari Tuhanmu (kepada mereka). Dan (ingatlah) aku tidak melakukannya menurut fikiranku sendiri. Demikianlah penjelasan tentang maksud dan tujuan perkara-perkara yang engkau tidak dapat bersabar mengenainya”.
Syeikh Imran Hossein yang merupakan seorang pakar eskatologi Islam menyatakan “harta terpendam” yang dinyatakan dalam ayat tersebut sudah tentu bukan wang kertas yang boleh reput tetapi berupa emas dan perak yang boleh bertahan lama tanpa rosak walaupun ditanam.
Pelbagai petunjuk dan peringatan diberi kepada kita agar persiapan boleh dilakukan mulai sekarang. Namun tak perlu panik dengan menyimpan berkilo-kilo emas. Cukuplah sekadar keperluan yang membolehkan sara hidup diri dan keluarga selama 6 hingga 12 bulan jika krisis berlaku.
Pakar kewangan dunia mencadangkan 10% daripada kekayaan ditukarkan kepada emas.
Namun, persoalannya adakah cara yang paling mudah untuk menukarkan pendapatan tunai bulanan kepada emas?
Jawapannya ada…
Alhamdulillah pada hari ini, setelah kajian berminggu-minggu dijalankan, dikongsikan secara percuma cara mendapatkan emas dan perak secara patuh syariah dan sah di Malaysia, Singapura dan Indonesia.
Jika anda nak mulakan serendah RM100 pun boleh dan dah boleh dapat simpan 0.5495g emas 24K (harga pada hari ini = RM182/g). Jika berminat nak potong bulanan serendah RM100 juga ada kemudahan yang disediakan.
Saya galakkan guna Maybank atau Public Bank sebab tiada caj tambahan berbanding bank lain. Login kemudahan internet banking di salah satu bank tersebut menggunakan komputer (PC / Laptop) sebab aplikasi di fon tiada kemudahan SI.
Anda simpan salinan resit SI dan emel kepada saya di su******@***********as.org atau Whatsapp saya di https://akaungap.wasap.my untuk saya bantu proses kemaskini arahan pembayaran ke akaun simpanan emas GAP anda.
Mulakan pelaburan emas? Sudah tentu. Tetapi … Berapa banyak nak melabur emas?
Terdapat jawapan ringkas untuk soalan ini iaitu sekurang-kurangnya 10% daripada portfolio pelaburan anda.
Itulah yang dicadangkan oleh pakar kewangan dunia. Pemilikan emas pelaburan dan logam berharga lain dalam bentuk fizikal dan menyimpan secara peribadi di luar sistem perbankan, yang membentuk sekurang-kurangnya 10% daripada nilai kewangan anda.
Pelaburan emas ini akan sentiasa mempunyai kecairan segera sekalipun krisis ekonomi melanda negara yang menghalang anda daripada mengakses aset lain. Tidak ada cara pemeliharaan kekayaan yang lebih baik.
Terdapat, sudah tentu, pendapat dan pertimbangan lain untuk situasi tertentu anda.
Salah satu pendapat lain mengenai berapa banyak jumlah emas pelaburan adalah dengan menggunakan pendekatan empat bahagian iaitu emas, bon, ekuiti dan tunai pada tahap 25% setiap satu.
Walau bagaimanapun, apabila tinjauan peribadi pelabur emas di beberapa negara besar seperti Amerika menunjukkan bahawa 30% daripada mereka mengagihkan 80% portfolio pengurusan kekayaan mereka kepada emas.
Keputusan sedemikian tidak dibuat tanpa sebab. Apa yang berlaku di dunia di sekeliling anda boleh sama pentingnya dengan apa yang berlaku dalam hidup dan kewangan anda.
Sebagai contoh, pada tahun 2002, dunia berada dalam krisis defisit kredit-bank. Pada masa itu, terdapat pakar kewangan yang menasihatkan pelanggan pelaburannya untuk meletakkan sehingga 50% aset mereka menjadi emas fizikal. Ini adalah bukti betapa dahsyatnya keadaan kewangan pada masa itu.
Namun pada hari ini, ramai pakar pelaburan emas dunia, melihat situasi kewangan di seluruh dunia adalah lebih buruk berbanding pada tahun 2002. Perlindungan kekayaan lebih kritikal berbanding sebelum ini.
Ramai pelabur bertanya berapa peratus aset kewangan mereka perlu disimpan dalam bentuk emas fizikal? Sesetengah pelabur yang benar-benar prihatin dengan sistem kewangan mempunyai pegangan emas mulai 60 hingga 80%, termasuklah pelaburan perak.
Namun, anda tak perlu tamak, memiliki sekurang-kurangnya 10% aset anda dalam emas akan memastikan keselamatan portfolio kewangan anda. Para pelabur emas harus menentukan sendiri peratusan yang mereka rasa selesa.
Pada pandangan pakar kewangan dunia, pelaburan emas atau logam berharga yang lain seperti perak sepatutnya mencukupi untuk ditunaikan sekiranya terdapat krisis dalam sistem kewangan yang menghalang akses kepada pelaburan lain atau menjadikannya tidak mungkin untuk mendapatkan tunai dari aset lain.
Yang penting untuk diingat ialah emas dan perak adalah wang dan mudah dicairkan menjadi tunai segera. Sepanjang sejarah, di setiap negara di mana terdapat krisis kewangan yang serius, emas dan perak selalu berfungsi sebagai wang atau barang tukaran.
Emas boleh memainkan empat peranan asas dalam portfolio kekayaan anda:
sumber pulangan jangka panjang,
sumber kepelbagaian yang dapat mengurangkan kerugian semasa tekanan pasaran,
aset mudah cair tanpa risiko hutang yang telah mengatasi mata wang fiat dan
cara untuk meningkatkan prestasi keseluruhan portfolio kewangan anda.
Oleh itu, kepada anda yang belum bermula… masih belum terlambat kerana masa masih sesuai untuk mulakan pelaburan emas.
Jika dilihat carta harga emas dunia berbanding USD masih berlegar sekitar USD1,300. Mengikut analisis teknikal pergerakan harga emas dunia dijangka akan mula melepasi paras USD1,350 selepas Oktober 2019.
Carta harga emas vs USD
Anda tak perlu susah payah mendapatkan emas pelaburan goldbar, dinar atau dirham fizikal daripada negara-negara Barat. Malah, anda juga tak perlu bersusah payah membawa masuk logam berharga daripada Thailand, Jepun atau China.
Pada masa ini terdapat kemudahan pemilikan emas dan perak secara fizikal di Malaysia, Singapura dan Indonesia. Saya telah menyediakan panduan mudah untuk anda memulakan pelaburan emas dengan memiliki emas fizikal secara mudah, murah, sah dan patuh syariah di Malaysia, Singapura dan Indonesia.
Mengapa pentingnya pelaburan emas, perak, dinar dan dirham? Sejak akhir-akhir ini, semua negara besar di dunia menambah simpanan emas masing-masing. Sebagai contoh, China telah melipatgandakan pembelian stok emas mereka kepada 60.26 juta ounces (oz) atau 1,708.34 tan metrik dalam bulan Mac 2019!
Jom kita tonton sedutan ceramah Ustaz Zulkifli M Ali LC mengapa pentingnya pelaburan emas berbanding apa yang selama ini semua manusia di dunia tersilap pandang…
Apabila nilai wang kertas Dolar Amerika (USD) menjadi semakin jatuh, tak mustahil nilai semua matawang di dunia akan terkesan dan turut jatuh juga.
Lihatlah sejarah dan nilai duit kertas yang pernah ada di Malaysia khususnya sebelum merdeka.
Menurut sejarah tanah air, pada tahun 1941, Jepun menjajah Tanah Melayu dan memperkenalkan duit kertas (atau lebih dikenali sebagai duit pokok pisang).
Namun, sejak 1943 British melancarkan perang melawan Jepun, nilai duit pokok pisang semakin susut hingga tiada nilai selepas Jepun menyerah kalah pada tahun 1945.
Akibatnya, semua yang menyimpan duit pokok pisang Jepun terpaksa buang sahaja duit-duit tersebut.
Ambil iktibar atau pengajaran daripada sejarah negara yang telah berlaku. Dalam keadaan suasana ekonomi dan politik yang sukar diduga, tak mustahil perkara yang sama akan berulang dan berlaku ke atas matawang kita.
Jangan bimbang dan kalut… Masa masih belum terlambat. Ramalan ramai pakar kewangan dunia mengatakan nilai semua matawang dunia akan mula menyusut secara cepat mulai tahun 2020! Wallahu ‘alam.
Jika anda masih belum baca e-book percuma saya mengenai nilai Ringgit Malaysia boleh dapatkannya di sini.
Sejarah akan berulang. Persediaan perlu dilakukan. Tukarkan sebahagian sahaja duit Ringgit yang dibayar kepada kita sebagai gaji kepada bentuk logam berharga yang paling selamat di dunia iaitu EMAS.
Namun, persoalannya adakah cara yang paling mudah untuk pelaburan emas dengan menukarkan pendapatan tunai bulanan kepada emas?
Jawapannya ada…
Alhamdulillah.. kini semua lapisan masyarakat di Malaysia, Singapura dan Indonesia boleh dapatkan emas pelaburan seperti goldbar, dinar dan dirham dengan murah dan mudah.
Bagi rakyat Malaysia dan Singapura, pada masa ini terdapat kemudahan potongan bulanan serendah RM100 atau SGD100 melalui Standing Instruction menggunakan Internet Banking Maybank2u dengan buka akaun dewasa / kanak-kanak / bayi.
Anda juga boleh membuat potongan bulanan melalui Public Bank, Bank Islam, Bank CIMB atau mana-mana bank. Namun berkemungkinan terdapat caj tambahan. Saya cadangkan guna Maybank sebab tiada caj tambahan berbanding bank lain.