Cara Pelaburan Emas – Persoalan Yang Sering Ditanya

Nak tahu cara pelaburan emas terbaik di Malaysia? Ini adalah salah satu persoalan yang sering ditanya oleh pengunjung blog PelaburanEmas.org. Di sini saya akan kongsikan sedikit sebanyak ilmu emas agar sahabat-sahabat semua faham teknik pelaburan emas terbaik yang boleh anda lakukan dan juga tips untuk anda elakkan apabila nak melabur emas.

Persoalan yang paling banyak sekali pengunjung blog ini bertanyakan saya tentang hukum pelaburan emas yang ada ditawarkan kepadanya oleh satu syarikat samada halal atau haram. Alhamdulillah… satu petanda baik bahawa umat Islam semakin peka tentang halal dan haramnya sumber pendapatan mereka.

Skim pelaburan bertopeng emas
Gambar hiasan – Jangan terpedaya dengan skim pelaburan bertopeng emas

Ramai di antara para pelabur emas di Malaysia terkeliru dan mungkin terpedaya dengan skim pelaburan emas yang BERTOPENGKAN EMAS dan berbagai-bagai seperti pelaburan emas ETA (Estimate Time of Arrival – macam tunggu masa ketibaan pesawat penerbangan di airport je bunyinya…) yang semakin hangat diperkatakan. Mereka hanyalah satu daripada beratus-ratus contoh skim cepat kaya yang akan memerangkap anda.

Baru-baru ini telah dilaporkan dalam Harian Metro bertarikh 10 Januari 2020 berkaitan ada pihak tertentu yang menggunakan nama syarikat Makmur Gold Holding Sdn Bhd untuk memperdaya penduduk di sekitar Kuantan, Pahang dan Kota Bharu, Kelantan.

Pengerusi Eksekutifnya, Hishamuddin Abdullah berkata, skim pelaburan emas itu dipercayai sudah memperdaya ramai mangsa yang mengalami kerugian ratusan ribu ringgit.

Katanya, pihaknya mengetahui nama syarikatnya digunakan oleh skim pelaburan emas yang berpengkalan di Kuantan, Pahang dan mempunyai ramai ejen di Kelantan, minggu lalu.

“Ia hasil daripada lebih 10 pelanggan yang datang ke kedai kami di Kuantan, Pahang dan Tunjong, Kota Bharu yang bertanya sama ada syarikat kami menjalankan pelaburan emas.

“Syarikat menegaskan tidak pernah menjalankan skim pelaburan emas, sebaliknya kami mengeluar dan menjual emas baharu.

“Kami membuat laporan polis kerana tidak mahu skim pelaburan emas itu menyalahgunakan nama kerana boleh merosakkan nama syarikat,” katanya ketika ditemui di IPD Kota Bharu di Pengkalan Chepa, hari ini.

Menurutnya, ia adalah laporan polis kedua dibuat syarikatnya selepas yang pertama di Kuantan, Selasa lalu.

Katanya, pihaknya tidak mahu skim pelaburan emas itu terus menggunakan nama syarikat dan memaklumkan kepada pelabur bahawa Makmur Gold di Kota Bharu dan Kuantan sebagai pusat operasi mereka.

“Saya berharap orang ramai lebih berhati-hati dengan skim pelaburan emas bagi mengelakkan mereka mengalami kerugian,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud mengesahkan menerima laporan dan pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut.

Sumber: Harian Metro, 10 Januari 2020.

Untuk sahabat-sahabat yang masih keliru, persoalan ini mudah dijawab jika kita faham bahawa TIADA ISTILAH beli jongkong emas sekali dan dapat untung berkali-kali tanpa buat apa-apa.

Seterusnya soalan ini mudah dijawab jika kita faham konsep riba iaitu kita mendapat keuntungan dengan memberi pinjam (memberi deposit) duit kita sebanyak RM10,000 pada pihak yang lain (dengan persetujuan bahawa ada bayaran tambahan atau keuntungan (dipanggil riba qardh) pada setiap minggu atau setiap bulan tanpa usaha dan tanpa mengurangi duit RM10,000 tersebut.

Bila anda diberi NOMBOR AKAUN BANK untuk tujuan deposit pelaburan emas, sila pastikan nombor akaun tersebut BUKAN atas nama INDIVIDU.

Jika anda diberi nombor akaun syarikat pula, boleh semak di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan layari https://www.ssm-einfo.my/. Selepas login, klik ikon Search dengan isikan nama syarikat (By name). Jika tiada… maka syarikat tersebut tidak berdaftar dan anda berisiko amat tinggi untuk diperdaya.

Mudahkan? Memang amat mudah nak faham namun pihak Yahudi, Nasrani dan Majusi memang pandai. Mereka cipta pelbagai nama agar umat Islam terkeliru dan terpaksalah ulama-ulama mengeluarkan fatwa demi fatwa yang menyatakan sesuatu pelaburan itu halal atau haram. Perkataan seperti “dividen tetap bulanan” yang paling popular selain daripada bonus atau keuntungan.

Beberapa tahun dulu (semasa posting ini ditulis pada 1 Januari 2015), ciri-ciri ini terdapat pada Pegasus Bullion yang semakin berkembang secara ‘underground’ di Malaysia (tiada syarikat yang sah dan dipantau oleh BNM) kerana syarikat ini beroperasi dari Hong Kong dan telah membuka cawangan di Thailand dan Indonesia – sekarang dah senyap sepi.

Ramai yang terpedaya termasuk penjawat awam! Kasihan…

Sejak lebih lima tahun lepas juga, terdapat satu lagi jenis pelaburan emas yang sedang secara atas talian ke atas komoditi-komoditi utama dunia seperti emas, perak, koko, gula, gandum, minyak mentah dan sebagainya. Mereka mencipta program yang dinamakan Plus500 dan apabila diselidiki, syarikat ini beroperasi dari Israel dan pendaftaran di London. Mereka menggunakan istilah CFD atau “Contract For Difference”. Memang syok dapat keuntungan yang banyak samada harga komoditi naik atau jatuh, namun, yang haram tetap haram.

Janganlah kita termakan umpan mereka yang menawarkan keuntungan beribu-ribu ringgit seminggu malah sehari! Ingatlah hari akhirat agar kita tidak menyesal selama-lamanya memakan harta yang haram.

Persoalan seterusnya ialah mengenai cara pelaburan emas yang paling baik. Pada asasnya…

JANGAN SEKALI-KALI MEMBELI EMAS MENGGUNAKAN DUIT PINJAMAN ANDA!

Adalah menjadi sesuatu yang amat malang jika anda memohon personal loan atau pinjaman peribadi semata-mata nak dapat keuntungan pelaburan emas dengan membeli emas. Mana-mana guru pelaburan emas yang menasihati anda untuk menggunakan duit pinjaman untuk beli emas merupakan guru emas ajaran sesat dan akan menyesatkan anda juga. Anda yang akan menjadi mangsa penipuan guru emas ajaran sesat tersebut.

Dan satu lagi kaedah paling berisiko dalam pelaburan emas di Malaysia ini ialah kaedah beli pajak, beli pajak emas di Ar-Rahnu. Aduhai… memang orang Malaysia ni serba boleh dan sangat cepat terpedaya bila dengar apa-apa pelaburan yang ‘janji’ pulangan beribu-ribu dalam skim cepat lebur ni… Tahukah anda bahawa nama anda akan disimpan dalam maklumat Bank Negara Malaysia apabila anda pernah membuat pajakan di Pejabat Pos atau mana-mana bank seperti Bank Rakyat dan Bank Islam. Kemungkinan sukar untuk anda membuat pinjaman untuk beli rumah atau kereta nanti. Jadi, berhati-hatilah ye…

Anda hanya dinasihatkan untuk membuat pelaburan emas hanya dengan membeli emas fizikal menggunakan LEBIHAN DUIT SIMPANAN ANDA SENDIRI SAHAJA! Jangan pula anda gunakan kesemua duit simpanan untuk beli emas. Anda perlu meninggalkan duit simpanan untuk keperluan sekurang-kurangnya untuk selama tiga bulan. Itu adalah teknik pelaburan emas yang terbaik dari dahulu, sekarang dan akan datang. Tiada cara pelaburan emas seperti itu akan mendatangkan masalah atau risiko kepada anda.

Sebenarnya, ada banyak lagi… Dapatkan 5 tips mudah memulakan pelaburan emas secara sah dan patuh syariah di sini.

Seperti yang saya dah bincangkan sebelum ini tentang ciri-ciri pelaburan emas yang sah dan patuh syariah, saya cadangkan anda untuk bandingkan sendiri bank-bank atau syarikat-syarikat yang mana memberikan anda keuntungan pelaburan emas yang sebenar malah sah di sisi undang-undang dan yang paling penting patuh syariah iaitu halal

Semoga anda berjaya dalam pelaburan emas!

Pelaburan Emas Public Gold

Pelaburan emas Public Gold merupakan pelaburan emas yang paling popular sejak mula diperkenalkan pada tahun 2008. Sejak mula minat dalam pelaburan emas, saya mengkaji dan mengkaji pelbagai jenis skim pelaburan berkaitan emas dan akhirnya saya telah menemui pelaburan emas yang terbaik di Malaysia malah di Singapura!

Pelaburan emas Public Gold Dinar emas
Gambar 1: Sepatutnya, bila anda beli emas, anda dapat emas dan pegang emas tu. Boleh pajak emas jika perlu duit pada bila-bila masa.

Untuk info, nak cari dan kaji pelaburan emas yang bawa pulangan terbaik di Internet amatlah memakan masa dan tenaga. Saya tahu anda juga tiada masa yang banyak nak cari dan buat kajian sebelum nak melabur emas.

Tambahan pula dengan harga emas semasa yang semakin jatuh sekarang… Kalau lambat sangat nanti harga emas akan naik pula dalam masa sehari dua ni… dah terasa rugi pulak sebab tak rebut peluang cepat-cepat.

Begitulah perasaan saya masa mula-mula minat  nak labur emas. Jadi, anda tak perlulah buang masa dan tenaga mencari pulak. Kalau anda nak cari juga terpulanglah sebab di Internet memang beratus malah beribu jenis pelaburan emas yang anda boleh jumpa.

Ada pelaburan emas di bank-bank tempatan dan ada juga pelaburan emas jenama syarikat sama ada berdaftar dan tidak. Ada nama jenis pelaburan yang anda belum pernah dengar langsung. Tapi adakah setiap pelaburan emas yang anda minat itu sah?

Maklumlah, di Malaysia ni memang dah beratus  orang terkena dengan pelbagai skim cepat kaya yang bertopengkan emas. Yang peliknya, orang kita ni memang tak rasa serik terkena aje.

Dengan mudah kita terpedaya dengan pelbagai tawaran keuntungan dan dengan dividen bulanan tetap! Bila ada dividen tetap bulanan tu yang dinamakan RIBA. Mereka kata mereka ada emas, tapi mereka kata lebih baik syarikat buat pelaburan emas untuk anda dan anda akan terima dividen tetap. Walhal sebutir emas pun tak ada!

Kalau dah beli emas tapi tak dapat simpan emas, maknanya anda tak boleh nak pajak emas yang anda beli tu pada waktu terdesak nak guna duit.

Suka saya ingatkan diri saya dan rakan-rakan semua, jika mereka ada tawarkan pelaburan emas atau perak yang ada keuntungan tetap atau dividen bulanan, itu maknanya skim cepat kaya dan dalam Islam diberi nama amalan RIBA’.

Sebab itu bila terjumpa je, saya akan terus tinggalkan jenis-jenis pelaburan yang hanya bertopengkan emas kerana dah sah mereka tak sah di sisi undang-undang malah haram di sisi agama.

Jangan nanti masuk suratkhabar… “Si fulan kerugian beratus ribu ringgit kerana skim cepat kaya…” Pada masa tu menangis tak berlagu pun tak berguna lagi…

Ada juga pelaburan emas di bank yang sah di sisi undang-undang tetapi bila dikaji, didapati haram atau tidak patuh syariah. Ada juga yang sah dan halal atau patuh syariah tetapi tidak menguntungkan pelabur-pelabur emas malah menyusahkan pula dari segi kemudahan jual beli dan syarat-syarat yang ketat.

Pada hari ini, pelaburan emas Public Gold ialah pelaburan yang paling digemari ramai disebabkan pelbagai jenis emas fizikal dan perkhidmatan yang ditawarkan berbanding dengan pelaburan emas jenama syarikat-syarikat lain.

Untuk mengetahui apa yang best tentang pelaburan emas Public Gold, anda boleh mendaftar secara percuma dahulu. Selepas mendaftar, anda akan mendapat emel pengesahan sebelum anda mendapat Nama Pengguna dan Kata Laluan khas.

Terdapat tutorial penggunaan platform pelaburan emas Public Gold di sini.

Sahkan pendaftaran anda dengan klik pada link yang disediakan.
Gambar 2: Sahkan pendaftaran anda dengan klik pada link yang disediakan.

Setelah anda mendapat Nama Pengguna dan Kata Laluan, saya galakkan anda install aplikasi pelaburan emas Public Gold di telefon pintar anda.

Aplikasi Public Gold di Google Playstore
Gambar 3: Install aplikasi Public Gold di Google Playstore (Aplikasi Public Gold telah dikemaskini dan gambar telah berubah)

Setelah anda install aplikasi Public Gold, sila tap ‘Open’ dan paparan berikut akan dapat anda lihat…

Harga emas di aplikasi Public Gold yang sentiasa dikemaskini setiap 20 minit!
Gambar 4: Harga emas di aplikasi Public Gold yang sentiasa dikemaskini setiap 20 minit!

Paparan asal ialah paparan ‘HOME’ yang mengandungi promosi Public Gold. Sila tap pada ‘LIVE PRICE’ dan anda akan dapat melihat harga semasa bagi setiap produk Public Gold yang dikemaskini setiap 20 minit walaupun pada hari cuti hujung minggu!

Pada ruangan ‘LIVE PRICE’ ini, anda boleh meneliti harga PG Sell dan PG Buy (Gambar 4) Public Gold Bar (999.9), Public Gold Coin (999.9), LBMA Cast Bar (24K), Public Dinar (916), Bunga Emas / Siri Tai Fook (24K), Barang Kemas Siri D (22K) dan Public Dirham (Silver 916).

PG Sell ialah harga kita beli emas di Public Gold manakala PG Buy ialah harga kita jual kepada Public Gold.

Login aplikasi Public Gold
Gambar 5: Login aplikasi Public Gold

Jika anda tap pada ‘PRODUCTS’, and akan dapat melihat imej produk-produk yang boleh anda tempah secara atas talian. Memang saya sangat teruja melihat kemudahan yang disediakan. Inilah bisnes online yang sebenar! Pada sebelah kanan atas sekali, ada ‘BOOKING’ yang boleh anda guna untuk tempahan pembelian atau penjualan emas anda. Anda boleh membuat tempahan pembelian atau penjualan pada bila-bila masa tanpa perlu mengikut waktu urusan bank.

Sebelum anda boleh membuat tempahan, anda perlu Login dahulu menggunakan Nama Pengguna dan Kata Laluan yang telah anda terima melalui emel semasa pendaftaran.

Setelah Login, saya cadangkan anda mendapatkan nilai Public Dinar 916*. Untuk makluman, Public Gold tidak mengenakan apa-apa caj untuk pengeluaran kesemua dinar emas Public Gold untuk pembelian di Semenanjung.

(*Nota penting: Bermula 1 April 2015, kesemua produk emas 916 dikenakan GST dan Public Gold telah tidak mengeluarkan lagi produk tersebut. Namun anda masih boleh mendapatkan Goldbar dan Dinar Public Gold 24K LBMA yang tidak dikenakan GST. Terdapat caj premium dikenakan mengikut denominasi).

Aplikasi price alert Public Gold
Gambar 6: Aplikasi price alert Public Gold

Anda boleh mula set Price Alert pada mana-mana harga PG Sell atau PG Buy seperti berikut:-

Samada anda ingin set nilai ‘-‘ atau ‘+’ terpulang pada anda. Setelah anda set pada nilai yang anda ingin Public Gold maklumkan melalui notifikasi, anda tap pada ‘Save’ (Gambar 6) dan secara automatik aplikasi Public Gold akan menghantar isyarat notifikasi sebaik sahaja harga emas atau perak mencecah harga yang anda tetapkan.

Saya menggunakan aplikasi ini untuk menjual emas apabila harga emas naik dan membeli emas apabila harga emas jatuh pada paras yang saya kehendaki. Anda akan mendapat tanda bulat pada sebelah kiri harga PG Sell atau PG Buy seperti paparan yang ditunjukkan Dalam Gambar 7.

Selepas anda membuat tempahan, sila ikuti arahan selanjutnya yang akan diemel kepada anda.

Aplikasi isyarat harga emas Public Gold
Gambar 7: Aplikasi isyarat harga emas Public Gold

Jika anda masih ragu-ragu untuk menggunakan aplikasi Public Gold ini, jangan bimbang, anda boleh juga membuat tempahan melalui saya. Sila layari Tempahan Emas Pelaburan Goldbar LBMA untuk buat pesanan anda.

Pada pendapat saya, pelaburan emas Public Gold merupakan jenama emas yang amat mudah untuk semua orang mula membeli dan menyimpan emas. Saya tidak ragu-ragu untuk membeli emas melalui online. Setelah saya mengkaji lebih lanjut, syarikat pelaburan emas Public Gold merupakan syarikat pengeluar emas yang terbesar di Malaysia. Oleh itu, Public Gold bukan sahaja merupakan kedai emas online, malah ia juga merupakan sebuah kilang pengeluar emas.

Malah pada tahun 2012, Public Gold telah dilantik oleh Jabatan Perdana Menteri untuk mengeluarkan dinar emas dan perak penempaan khas DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Permaisuri Agong (Gambar 8 dan 9).

Anda boleh layari laman web Public Gold > Produk > Royal Collection

Dinar Emas DYMM Agong Public Gold
Gambar 8: Dinar Emas DYMM Agong Public Gold.

Jangan bimbang tentang bagaimana anda boleh dapat emas yang anda beli. Public Gold mempunyai 17 cawangan di setiap negeri. Semuanya ada tertera di laman web Public Gold > Hubungi Kami > Maklumat Cawangan.

Jika anda duduk berjauhan dengan cawangan Public Gold, hanya Hubungi saya dan saya akan uruskan penghantaran melalui Pos Laju. Pos Laju ada rekod tracking pendaftaran dan Insya Allah tak hilang. Setakat ini tiada masalah pada pembeli-pembeli emas yang saya hantar dengan pos laju. Alhamdulillah.

Dinar Perak DYMM Agong Public Gold
Gambar 9: Dinar Perak DYMM Agong Public Gold

Pada mulanya saya hanya mendaftar secara percuma di Public Gold untuk mengkaji produk dan perkhidmatan yang ditawarkan. Setelah hanya beberapa hari saya amat berpuas hati berbanding dengan pelaburan emas di bank atau syarikat lain. Alhamdulillah, Allah SWT menggerakkan hati saya untuk terus membuat keputusan membeli dan menyimpan dinar emas sebagai pelaburan emas Public Gold.

Semoga perkongsian info saya ini dapat membantu rakan-rakan membuat keputusan yang lebih tepat sebelum melabur.

Pelaburan Emas Halal Atau Haram?

Berminat untuk membuat pelaburan emas? Sebelum anda melabur, tanya diri anda…
finegold999

  1. Adakah pelaburan emas yang anda ingin ceburi itu halal (patuh syariah) atau haram (tak patuh syariah)?
  2. Pelaburan emas yang mana merupakan pelaburan emas yang terbaik dan dimanakah anda perlu mulakan berdasarkan pasaran di Malaysia?

Di sini saya berikan tips dan panduan untuk anda membuat pilihan untuk soalan pertama dahulu.

Adakah pelaburan emas yang anda ingin ceburi itu halal atau haram? 

Terdapat banyak syarat yang perlu anda ketahui untuk mengetahui apa-apa skim pelaburan emas yang anda sertai itu halal atau haram.  Sebagai orang biasa, di sini saya hanya paparkan tiga syarat untuk mudah anda faham…

1. Emas yang anda beli itu wujud secara fizikal.
Ada emas fizikal.. Maknanya anda boleh pegang emas yang anda beli. Jika anda beli jongkong emas atau Gold Bar 999.9 atas talian / beli emas online… pastikan anda boleh mendapatkan Gold Bar 999.9 itu samada di kedai emas atau di bank. Begitu juga jika anda membeli emas hiasan… sepatutnya anda boleh dapat memegang emas hiasan yang anda beli. Jika anda hanya membeli emas tanpa ada emasnya? Oh!.. Itulah yang anda perlu risau…

2. Tiada konsep untung bulanan tetap.
Sebagai contoh, anda membeli emas jongkong 999.9 atas talian sebanyak 100g dengan nilai RM14,000.00. Syarikat akan memberi pulangan “dividen” tetap sebanyak 10% sebulan. Bermakna anda akan menerima tambahan RM1,400.00 sebulan tanpa berkurangnya nilai asal RM14,000.00 tersebut. “Dividen” tetap bulanan yang dimaksudkan itulah RIBA…. Oleh itu, jika anda ingin terlibat dalam skim cepat kaya yang seperti ini, maka anda dinasihatkan agar tinggalkanlah urusan tersebut… terdapat ciri-ciri ini pada Pegasus Bullion…

3. Tiada unsur “Contract for Differences” atau CFDs.
Fatwa pengharamannya telah dikeluarkan seperti di laman web www.askimam.org. Saya tak mahu ulas panjang. Oleh itu, jika anda ingin terlibat dalam sistem jual beli komoditi emas atau perak atau apa sahaja jenis komoditi yang terdapat dalam sesuatu program seperti Plus500, maka anda dinasihatkan agar tinggalkan amalan tu…

Firman Allah SWT yang bermaksud :-

“Dan Allah SWT telah menghalalkan jualbeli dan mengharamkan riba.”

(Surah Al-Baqarah : ayat 275)

Firman Allah SWT yang bermaksud :-  
“Janganlah kamu makan harta yang ada di antara kamu dengan jalan bathil melainkan dengan jalan jualbeli secara redha daripada engkau.”

(Surah An-Nisaa’ : Ayat 29)

Anda boleh layari laman web Ustaz Zaharuddin untuk senarai lengkap syarat-syarat pelaburan emas yang halal…

Jika anda ragu-ragu terhadap mana-mana 3 syarat umum di atas atau mana-mana pelaburan emas yang tidak disahkan oleh Bank Negara Malaysia… maka telah dikira SYUBHAH… dan orang yang beriman akan terus meninggalkan perkara SYUBHAH sebagaimana hadith sahih berikut:-

Dari Abi ‘Abdillah Annu’man bin Basyir RA telah berkata: “Aku telah mendengar Rasulullah SAW telah bersabda:
Sesungguhnya sesuatu yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas, dan diantara keduanya ada perkara yang samar-samar (syubhah) yang kebanyakan manusia tidak mengetahui. Maka barangsiapa menjaga dirinya dari barang-barang (perkara) yang samar (syubhah) itu, maka ia telah membersihkan agamanya dan kehormatannya, dan barangsiapa yang jatuh dalam melakukan perkara yang samar-samar (syubhah) itu, maka ia telah jatuh dalam perkara haram seperti pengembala di sekeliling tanah larangan (halaman orang), lambat-laun ia akan masuk ke dalamnya. Ingatlah bahawa tiap-tiap raja ada larangannya. Ingatlah bahawa larangan ALLAH adalah apa-apa yang diharamkanNya. Ingatlah bahawa dalam jasad itu ada sekerat daging, jika ia baik, baiklah jasad seluruhnya, dan jika ia rosak, rosaklah jasad seluruhnya. Ingatlah, itu adalah hati.”
(Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim)

Jika tidak, anda akan menyesal bukan sahaja di dunia yang sementara… malah penyesalan yang tiada akhirnya di akhirat kelak.

gold tradingPada hari ini, terdapat terlalu banyak tawaran di internet yang menawarkan pelaburan emas yang sama ada jelas dan terang mengamalkan Riba mahupun yang tidak jelas dan samar-samar (syubhah)…

Saya bukan menyalahkan sesiapa… tetapi berwaspadalah sebelum anda terjebak dan menyesal kerana bukan sedikit wang yang anda gunakan untuk menyertai pelaburan emas yang ditawarkan.

Yelah… kawan-kawan ramai… macam-macam saluran yang digunakan melalui Facebook.. Whatsapp… Line dan sebagainya… nak tolak.. kawan baik sendiri… jadi, saya sarankan agar anda kongsikan maklumat ini dengan terus copy dan paste link… Tetapi anda perlu meminta izin jika anda copy text di laman ini… maknanya buatlah perkara yang betul dan halal… 😉

Saya cadangkan anda layari senarai syarikat yang dalam status “Alert” oleh Bank Negara di Financial Consumer Alert Bank Negara Malaysia

Setakat 25 Julai 2014 – Senarai Syarikat Setakat 25 Julai 2014 dalam format PDF

Setakat 16 November 2015 – Senarai Syarikat Setakat 16 November 2015 dalam format PDF

Terdapat juga nama-nama syarikat yang hanya dalam perhatian tetapi tak semestinya salah dan haram.. Jika Bank Negara telah pasti bahawa syarikat tersebut mengamalkan pelaburan emas yang sah… maka Bank Negara akan mengeluarkan syarikat tersebut daripada senarai tu…

Oleh itu, secara asasnya jika anda mahu melabur emas pastikan anda beli emas dapat emas. Saya ada membincangkan pelaburan emas di bank-bank seperti Maybank, CIMB, Public Bank, Kuwait Finance House (KFH) dan Al-Rajhi.

Namun saya agak kecewa kerana terdapat banyak syarat yang perlu anda patuhi untuk membeli emas.

Jika anda ingin mengetahui pilihan terbaik yang halal dan sah di sisi undang-undang Malaysia untuk pelaburan emas, saya memang mencadangkan agar mula melabur di Public Gold. Hanya perlu mendaftar tanpa sebarang syarat!

Sila lihat di PENDAFTARAN PERCUMA untuk mendaftar. Selepas mendaftar, anda akan diberi dengan Kata Pengguna dan Kata Laluan yang unik melalui emel anda. Selepas itu anda bolehlah meninjau laman web www.publicgold.com.my dengan lebih lanjut.

Sila ke Pelaburan Emas Terbaik Di Malaysia.

Jika anda masih baru nak belajar tentang pelaburan emas, saya syorkan anda belajar dari orang yang betul dan tahu tentang ‘Rahsia Emas’ di sini.

Wallahu a’lam.