Pelaburan Emas Halal Atau Haram?

Berminat untuk membuat pelaburan emas? Sebelum anda melabur, tanya diri anda…
finegold999

  1. Adakah pelaburan emas yang anda ingin ceburi itu halal (patuh syariah) atau haram (tak patuh syariah)?
  2. Pelaburan emas yang mana merupakan pelaburan emas yang terbaik dan dimanakah anda perlu mulakan berdasarkan pasaran di Malaysia?

Di sini saya berikan tips dan panduan untuk anda membuat pilihan untuk soalan pertama dahulu.

Adakah pelaburan emas yang anda ingin ceburi itu halal atau haram? 

Terdapat banyak syarat yang perlu anda ketahui untuk mengetahui apa-apa skim pelaburan emas yang anda sertai itu halal atau haram.  Sebagai orang biasa, di sini saya hanya paparkan tiga syarat untuk mudah anda faham…

1. Emas yang anda beli itu wujud secara fizikal.
Ada emas fizikal.. Maknanya anda boleh pegang emas yang anda beli. Jika anda beli jongkong emas atau Gold Bar 999.9 atas talian / beli emas online… pastikan anda boleh mendapatkan Gold Bar 999.9 itu samada di kedai emas atau di bank. Begitu juga jika anda membeli emas hiasan… sepatutnya anda boleh dapat memegang emas hiasan yang anda beli. Jika anda hanya membeli emas tanpa ada emasnya? Oh!.. Itulah yang anda perlu risau…

2. Tiada konsep untung bulanan tetap.
Sebagai contoh, anda membeli emas jongkong 999.9 atas talian sebanyak 100g dengan nilai RM14,000.00. Syarikat akan memberi pulangan “dividen” tetap sebanyak 10% sebulan. Bermakna anda akan menerima tambahan RM1,400.00 sebulan tanpa berkurangnya nilai asal RM14,000.00 tersebut. “Dividen” tetap bulanan yang dimaksudkan itulah RIBA…. Oleh itu, jika anda ingin terlibat dalam skim cepat kaya yang seperti ini, maka anda dinasihatkan agar tinggalkanlah urusan tersebut… terdapat ciri-ciri ini pada Pegasus Bullion…

3. Tiada unsur “Contract for Differences” atau CFDs.
Fatwa pengharamannya telah dikeluarkan seperti di laman web www.askimam.org. Saya tak mahu ulas panjang. Oleh itu, jika anda ingin terlibat dalam sistem jual beli komoditi emas atau perak atau apa sahaja jenis komoditi yang terdapat dalam sesuatu program seperti Plus500, maka anda dinasihatkan agar tinggalkan amalan tu…

Firman Allah SWT yang bermaksud :-

“Dan Allah SWT telah menghalalkan jualbeli dan mengharamkan riba.”

(Surah Al-Baqarah : ayat 275)

Firman Allah SWT yang bermaksud :-  
“Janganlah kamu makan harta yang ada di antara kamu dengan jalan bathil melainkan dengan jalan jualbeli secara redha daripada engkau.”

(Surah An-Nisaa’ : Ayat 29)

Anda boleh layari laman web Ustaz Zaharuddin untuk senarai lengkap syarat-syarat pelaburan emas yang halal…

Jika anda ragu-ragu terhadap mana-mana 3 syarat umum di atas atau mana-mana pelaburan emas yang tidak disahkan oleh Bank Negara Malaysia… maka telah dikira SYUBHAH… dan orang yang beriman akan terus meninggalkan perkara SYUBHAH sebagaimana hadith sahih berikut:-

Dari Abi ‘Abdillah Annu’man bin Basyir RA telah berkata: “Aku telah mendengar Rasulullah SAW telah bersabda:
Sesungguhnya sesuatu yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas, dan diantara keduanya ada perkara yang samar-samar (syubhah) yang kebanyakan manusia tidak mengetahui. Maka barangsiapa menjaga dirinya dari barang-barang (perkara) yang samar (syubhah) itu, maka ia telah membersihkan agamanya dan kehormatannya, dan barangsiapa yang jatuh dalam melakukan perkara yang samar-samar (syubhah) itu, maka ia telah jatuh dalam perkara haram seperti pengembala di sekeliling tanah larangan (halaman orang), lambat-laun ia akan masuk ke dalamnya. Ingatlah bahawa tiap-tiap raja ada larangannya. Ingatlah bahawa larangan ALLAH adalah apa-apa yang diharamkanNya. Ingatlah bahawa dalam jasad itu ada sekerat daging, jika ia baik, baiklah jasad seluruhnya, dan jika ia rosak, rosaklah jasad seluruhnya. Ingatlah, itu adalah hati.”
(Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim)

Jika tidak, anda akan menyesal bukan sahaja di dunia yang sementara… malah penyesalan yang tiada akhirnya di akhirat kelak.

gold tradingPada hari ini, terdapat terlalu banyak tawaran di internet yang menawarkan pelaburan emas yang sama ada jelas dan terang mengamalkan Riba mahupun yang tidak jelas dan samar-samar (syubhah)…

Saya bukan menyalahkan sesiapa… tetapi berwaspadalah sebelum anda terjebak dan menyesal kerana bukan sedikit wang yang anda gunakan untuk menyertai pelaburan emas yang ditawarkan.

Yelah… kawan-kawan ramai… macam-macam saluran yang digunakan melalui Facebook.. Whatsapp… Line dan sebagainya… nak tolak.. kawan baik sendiri… jadi, saya sarankan agar anda kongsikan maklumat ini dengan terus copy dan paste link… Tetapi anda perlu meminta izin jika anda copy text di laman ini… maknanya buatlah perkara yang betul dan halal… 😉

Saya cadangkan anda layari senarai syarikat yang dalam status “Alert” oleh Bank Negara di Financial Consumer Alert Bank Negara Malaysia

Setakat 25 Julai 2014 – Senarai Syarikat Setakat 25 Julai 2014 dalam format PDF

Setakat 16 November 2015 – Senarai Syarikat Setakat 16 November 2015 dalam format PDF

Terdapat juga nama-nama syarikat yang hanya dalam perhatian tetapi tak semestinya salah dan haram.. Jika Bank Negara telah pasti bahawa syarikat tersebut mengamalkan pelaburan emas yang sah… maka Bank Negara akan mengeluarkan syarikat tersebut daripada senarai tu…

Oleh itu, secara asasnya jika anda mahu melabur emas pastikan anda beli emas dapat emas. Saya ada membincangkan pelaburan emas di bank-bank seperti Maybank, CIMB, Public Bank, Kuwait Finance House (KFH) dan Al-Rajhi.

Namun saya agak kecewa kerana terdapat banyak syarat yang perlu anda patuhi untuk membeli emas.

Jika anda ingin mengetahui pilihan terbaik yang halal dan sah di sisi undang-undang Malaysia untuk pelaburan emas, saya memang mencadangkan agar mula melabur di Public Gold. Hanya perlu mendaftar tanpa sebarang syarat!

Sila lihat di PENDAFTARAN PERCUMA untuk mendaftar. Selepas mendaftar, anda akan diberi dengan Kata Pengguna dan Kata Laluan yang unik melalui emel anda. Selepas itu anda bolehlah meninjau laman web www.publicgold.com.my dengan lebih lanjut.

Sila ke Pelaburan Emas Terbaik Di Malaysia.

Jika anda masih baru nak belajar tentang pelaburan emas, saya syorkan anda belajar dari orang yang betul dan tahu tentang ‘Rahsia Emas’ di sini.

Wallahu a’lam.