3 Tips Emas Pelaburan Kijang Emas Maybank

Salah satu pelaburan emas di Malaysia ialah Kijang Emas Maybank. Kijang Emas Gold Bullion merupakan syiling emas berketulenan 999.9 atau 99.99%. Maybank2u.com.my ada menawarkan kemudahan pembelian dan penjualan syiling Kijang Emas ini sebagai salah satu produk pelaburan emas selain daripada Maybank Gold Investment Account (MGIA)

Pelaburan Emas Kijang Emas Gold Bullion Maybank2u
Pelaburan Emas Kijang Emas Gold Bullion Maybank2u

Di mana boleh saya dapatkan Kijang Emas Maybank?

Di laman web Maybank2u.com.my, anda boleh meneliti spesifikasi Kijang Emas Gold Bullion yang ditawarkan. Duit Kijang Emas ini terdapat dalam 1 auns (31.105g), 1/2 auns (15.550g) dan 1/4 auns (7.780g) sahaja.

Spesifikasi Kijang Emas Maybank
Spesifikasi Kijang Emas Maybank

Nampak memang cantik!

Harga Kijang Emas Maybank

Harga Kijang Emas Maybank
Harga Kijang Emas Maybank

Harga Kijang Emas Maybank dikemaskini setiap hari berdasarkan harga pasaran emas antarabangsa.

Jika dikira kadar susutnilai atau spread Kijang Emas, terdapat perbezaan nilai spread seperti berikut:-

Saiz 1 auns = 4.15%

Saiz 1/2 auns = 5.94%

Saiz 1/4 auns = 7.63%

Memang sangat menarik untuk anda memulakan pelaburan emas dengan membeli Kijang Emas Gold Bullion kerana nilai spread yang rendah.

Untuk pengetahuan anda, pakar-pakar pelaburan emas menggalakkan pembelian emas untuk pelaburan sekiranya nilai spread adalah kurang daripada 10%. Oleh itu, Maybank menawarkan harga Kijang Emas dengan kadar yang kompetitif di Malaysia. Anda boleh membeli secara berasingan atau secara set.

Secara amnya, pelaburan Kijang Emas Maybank ini tiada masalah dari segi patuh syariah atau halalnya sebab anda beli emas dan dapat emas fizikal. Boleh teruskan jika berminat.

Cuma, saya nak kongsikan beberapa perkara yang anda patut tahu agar anda tak menyesal nanti. Seperti yang sedia maklum, pelaburan emas melibatkan duit yang banyak dan saya tak mahu anda menyesal kemudian.

1. Nak kena pergi ke bank dulu untuk urusniaga

Anda perlu pergi ke bank yang sedia maklum waktu urusan bank di seluruh Malaysia. Sudah pasti perlu ambil cuti sehari untuk beli Kijang Emas! Adalah dinasihatkan agar anda pergi awal agar urusan anda selesai sebelum tengahari kerana pada kebiasaannya urusniaga di bank sangat sibuk pada sebelah petang.

Sudah tentu, anda perlu membawa dokumen pengenalan diri apabila berurusan di bank. Kemudahan pembelian syiling Kijang Emas Gold Bullion ini terdapat hanya di cawangan-cawangan tertentu Maybank Sahaja di seluruh Malaysia.

Pada masa ini, terdapat sebanyak 32 cawangan Maybank di seluruh Malaysia yang menawarkan urusan jual beli Kijang Emas.

Cawangan Maybank Kijang Emas
Cawangan Maybank Kijang Emas

 

Cawangan Maybank Kijang Emas (samb)
Cawangan Maybank Kijang Emas (samb)

Walaupun banyak cawangan, tapi waktu urusniaga yang menyusahkan pelabur-pelabur emas macam saya dan mungkin anda juga.

2. Maybank tak terima Kijang Emas yang rosak

Kijang Emas Maybank adalah dalam bentuk seal. Anda boleh buka seal tersebut. Namun, pihak bank tidak akan menerima duit syiling Kijang Emas jika ada kesan calar atau kemek.

Pada kebiasaannya, emas dengan ketulenan 99.99% adalah lembut dan mudah kemek atau calar jika terjatuh atau terkena benda tajam.

Disebabkan urusan yang cerewat ini, pada saya, amat berisiko untuk saya membeli syilling Kijang Emas ini. Jadi, terpulang kepada anda untuk membuat pelaburan emas dengan membeli Kijang Emas Maybank ni.

3. Bank menyimpan maklumat anda!

Sudah tentu ini akan memberi ruang kepada bank untuk mengetahui status kewangan anda. Pada saya, lebih baik bank tak tahu berapa jumlah simpanan saya. Jika tidak, kemungkinan besar pihak bank akan menawarkan pelbagai kemudahan kad kredit yang bakal menyusahkan pengurusan kewangan anda jika tidak pandai menggunakannya.

Jika anda ingin mencari pelaburan emas yang paling mudah… dan tak perlu berurusan pada waktu bank, saya syorkan anda untuk layari Pelaburan Emas Terbaik di Malaysia. Terdapat 17 cawangan di seluruh negara dan jika anda berada jauh dari cawangan tersebut, insya Allah saya akan beri panduan urusan penghantaran secara pos berinsurans.

Ya! Penghantaran emas pelaburan secara pos berinsurans pada masa kini lebih selamat dan tak perlu dibimbangkan. Kalau emas didapati hilang semasa proses penghantaran melalui pos berinsurans, anda boleh dapat ganti emas pelaburan yang baru! (Sila hubungi saya dahulu jika rumah anda jauh).

Anda boleh baca posting saya mengenai Pelaburan Emas Public Gold, terdapat pelbagai jenis emas yang boleh anda pilih dengan kemudahan aplikasi di iPhone dan Android untuk memudahkan anda mendapat harga emas semasa yang sentiasa dikemaskini setiap 20 minit.

Anda boleh membuat tempahan dan ‘lock’ harga secara online dan mendapatkan maklumat lebih lanjut setelah anda mendaftar. Pendaftaran adalah percuma tanpa perlu membeli apa-apa barang! Sila klik pada “Pendaftaran Percuma” untuk mengetahui bagaimana untuk mendaftar.

Jika anda masih baru nak belajar tentang pelaburan emas, saya syorkan anda download dan baca ebook PERCUMA 5 Minit Emas untuk tahu tentang ‘Rahsia Emas’ di sini.

Nilai Harga Dinar Emas

Betulkah nilai harga dinar emas tidak berubah? Semenjak 1400 tahun yang lalu seekor kambing boleh dibeli dengan nilai 1 dinar emas. Pada hari ini 1 dinar emas masih lagi boleh beli seekor kambing!

Buktinya berada di depan mata. Sebagai pelanggan kad kredit-i di Bank Islam, saya menerima flyer percuma mengenai program korban dan aqiqah di Kemboja bersama-sama penyata akaun. Apa yang mengejutkan ialah harga seekor kambing adalah RM550.00 seekor! (Rujuk Gambar 1)

Gambar 1: Flyer Bank Islam korban aqiqah di Kemboja.

Bila saya bandingkan pula harga 1 dinar emas pada tarikh hari ini 7 Oktober 2014 maka saya dapati harga 1 dinar emas adalah sekitar RM550.00 juga! (Rujuk Gambar 2) Subhanallah…

Gambar 2: Harga dinar emas semasa

Memang betul nilai harga emas dan perak yang dijadikan matawang dalam bentuk dinar dan dirham amatlah kukuh dan mampu mengelakkan inflasi (kenaikan harga barang).

Syiling dinar emas biasanya didapati dalam bentuk 91.6% emas tulen atau dipanggil emas 916 atau 22K.

Pada hari ini setelah kenaikan harga minyak petrol RON95 secara tiba-tiba beberapa malam yang lalu, pelbagai reaksi negatif spontan seluruh rakyat Malaysia mengenai kesan rantaian kenaikan harga barang keperluan di Malaysia.

Sebab itu, sebagai penyimpan emas dan perak, anda tak perlu risau akan kesan kenaikan harga petrol RON95 tu…

Tak perlu risau pasal inflasi. Tak perlu mengeluh sana-sini…

Sebab itu penting anda terapkan ilmu emas dan perak kepada ahli keluarga, sanak saudara, rakan-rakan dan sahabat handai malah kepada sesiapa sahaja sebab rata-rata rakyat Malaysia masih lagi tak tahu pasal ilmu emas ni..

Rakan-rakan boleh kongsikan laman web ni pada sesiapa sahaja (tanpa minta izin pun tak apa.. tapi jangan copy & paste dan buat blog lain pulak.. tu dah jadi amalan tak baik ye… )

Oleh itu, saya pesan pada diri saya dan rakan-rakan semua yang masih belum mula menyimpan emas atau perak agar mulalah menyimpan emas dan perak. Jika tak mampu untuk beli banyak, belilah secara berdikit-dikit…

Bak kata pepatah Melayu… “Sikit-sikit lama-lama jadi bukit!”

Tapi satu persoalan yang sering ditanya, nak beli di mana? Nak simpan emas di mana?

Nak jawab 2 persoalan itulah rakan-rakan perlu kaji dan banding dulu pelbagai tawaran pembelian dan simpanan emas di bank-bank, syarikat-syarikat malah kedai-kedai yang ada jual beli emas.

Tapi jangan risau, sebab saya dah buat kerja untuk rakan-rakan sekalian. Saya dah banding beberapa tawaran produk emas dan simpanan emas terkemuka di Malaysia.

1. Jika Ada Modal RM1,000 Ke Atas

Jika rakan-rakan ada modal yang lebih saya dapati Public Gold menepati ciri-ciri patuh syariah dan paling mudah untuk rakan-rakan sertai. Daftarlah secara percuma dahulu dan saya syorkan untuk anda mulakan dengan pembelian 10 gram emas 999 melalui Program GAP (Gold Accumulation Program) dan simpan terus di Public Safe dan secara automatik mendapat coverage insurans tanpa apa-apa caj simpanan sehingga bila-bila!

Jika anda nak keluarkan emas anda dari akaun GAP atau beli dan simpan sendiri, terdapat caj premium yang perlu anda bayar. Saya dapati syarikat Public Gold hanya mengenakan caj premium yang paling minima (paling maksima hanya RM150 untuk 1000 gram emas!) untuk setiap item emas di Public Gold untuk penghantaran dari Pulau Pinang ke cawangan-cawangan Public Gold di Semenanjung dan (RM300 untuk 1000 gram) bagi penduduk Sabah dan Sarawak dan seperti ditunjukkan di jadual di bawah:-

Caj premium emas Public Gold tahun 2014
Caj premium Public Gold mulai 1 Disember 2022
Caj premium Public Gold mulai 1 Disember 2022 hingga kini

Terdapat 18 cawangan Public Gold di seluruh Malaysia. Rakan-rakan boleh dapatkan panduan memulakan tabungan emas di Panduan Cara Bermula.

2. Jika Tiada Modal ATAU Jika Modal Ada DAN Tak Mahu Nak Simpan Emas Sendiri

Jika rakan-rakan tiada modal yang banyak ATAU jika ada modal tapi tak mahu simpan emas sendiri, saya dapati program Gold Accumulation Program (GAP) Public Gold juga adalah yang terbaik di Malaysia.

Pelan Gold Accumulation Program (GAP) Public Gold
Program Gold Accumulation Program (GAP) Public Gold

Program GAP ni memang sangat sesuai untuk seluruh rakyat Malaysia samada untuk dewasa dan juga terdapat akaun emas untuk anak-anak bersama ibubapa atau penjaga masing-masing kerana syarat buka akaun emas hanyalah serendah RM100 sahaja dan pembelian minimum emas seterusnya dengan gandaan RM50 atau 1 gram emas.

Cuma untuk mengelakkan urusniaga yang tidak halal, saya syorkan anda untuk membeli minima 1 gram emas pada satu-satu masa iaitu sekitar RM130 hingga RM150 sahaja buat masa ini.

Emas yang disimpan adalah jenis unallocated gold bullion dan simpan di Public Gold secara PERCUMA tanpa upah! Anda juga boleh keluarkan minima 1 gram emas pada bila-bila masa tak terikat pada waktu bank.

Harga emas semasa untuk pelan GAP ni dikemaskini setiap hari selepas jam 12 tengah malam. Rakan-rakan boleh rujuk harga emas hari ini untuk pelan GAP di Harga Emas Semasa. Sila rujuk pada bahagian yang tertera seperti contoh imej di bawah:

Harga GAP Public Gold
Harga GAP Public Gold
Sejarah kenaikan harga emas semakin meningkat
Sejarah kenaikan harga emas semakin meningkat dalam jangka masa panjang.

Rakan-rakan boleh lihat jenis-jenis jongkong emas dan dinar 999 di Jenis Goldbar dan Dinar dahulu malah jika nak tahu lebih lanjut, rakan-rakan boleh daftar secara percuma tanpa perlu apa-apa pembelian emas.

Rakan-rakan akan dibekalkan dengan Nama Pengguna dan Katalaluan khas untuk meninjau lebih mendalam kemudahan dan produk yang ditawarkan. (Langkah-langkah pendaftaran ditunjukkan di PENDAFTARAN PERCUMA pada menu di atas)

Semoga rakan-rakan semua berjaya kaya dengan menabung emas pelaburan!!! Insya-Allah…

Pelaburan Emas Public Gold

Pelaburan emas Public Gold merupakan pelaburan emas yang paling popular sejak mula diperkenalkan pada tahun 2008. Sejak mula minat dalam pelaburan emas, saya mengkaji dan mengkaji pelbagai jenis skim pelaburan berkaitan emas dan akhirnya saya telah menemui pelaburan emas yang terbaik di Malaysia malah di Singapura!

Pelaburan emas Public Gold Dinar emas
Gambar 1: Sepatutnya, bila anda beli emas, anda dapat emas dan pegang emas tu. Boleh pajak emas jika perlu duit pada bila-bila masa.

Untuk info, nak cari dan kaji pelaburan emas yang bawa pulangan terbaik di Internet amatlah memakan masa dan tenaga. Saya tahu anda juga tiada masa yang banyak nak cari dan buat kajian sebelum nak melabur emas.

Tambahan pula dengan harga emas semasa yang semakin jatuh sekarang… Kalau lambat sangat nanti harga emas akan naik pula dalam masa sehari dua ni… dah terasa rugi pulak sebab tak rebut peluang cepat-cepat.

Begitulah perasaan saya masa mula-mula minat  nak labur emas. Jadi, anda tak perlulah buang masa dan tenaga mencari pulak. Kalau anda nak cari juga terpulanglah sebab di Internet memang beratus malah beribu jenis pelaburan emas yang anda boleh jumpa.

Ada pelaburan emas di bank-bank tempatan dan ada juga pelaburan emas jenama syarikat sama ada berdaftar dan tidak. Ada nama jenis pelaburan yang anda belum pernah dengar langsung. Tapi adakah setiap pelaburan emas yang anda minat itu sah?

Maklumlah, di Malaysia ni memang dah beratus  orang terkena dengan pelbagai skim cepat kaya yang bertopengkan emas. Yang peliknya, orang kita ni memang tak rasa serik terkena aje.

Dengan mudah kita terpedaya dengan pelbagai tawaran keuntungan dan dengan dividen bulanan tetap! Bila ada dividen tetap bulanan tu yang dinamakan RIBA. Mereka kata mereka ada emas, tapi mereka kata lebih baik syarikat buat pelaburan emas untuk anda dan anda akan terima dividen tetap. Walhal sebutir emas pun tak ada!

Kalau dah beli emas tapi tak dapat simpan emas, maknanya anda tak boleh nak pajak emas yang anda beli tu pada waktu terdesak nak guna duit.

Suka saya ingatkan diri saya dan rakan-rakan semua, jika mereka ada tawarkan pelaburan emas atau perak yang ada keuntungan tetap atau dividen bulanan, itu maknanya skim cepat kaya dan dalam Islam diberi nama amalan RIBA’.

Sebab itu bila terjumpa je, saya akan terus tinggalkan jenis-jenis pelaburan yang hanya bertopengkan emas kerana dah sah mereka tak sah di sisi undang-undang malah haram di sisi agama.

Jangan nanti masuk suratkhabar… “Si fulan kerugian beratus ribu ringgit kerana skim cepat kaya…” Pada masa tu menangis tak berlagu pun tak berguna lagi…

Ada juga pelaburan emas di bank yang sah di sisi undang-undang tetapi bila dikaji, didapati haram atau tidak patuh syariah. Ada juga yang sah dan halal atau patuh syariah tetapi tidak menguntungkan pelabur-pelabur emas malah menyusahkan pula dari segi kemudahan jual beli dan syarat-syarat yang ketat.

Pada hari ini, pelaburan emas Public Gold ialah pelaburan yang paling digemari ramai disebabkan pelbagai jenis emas fizikal dan perkhidmatan yang ditawarkan berbanding dengan pelaburan emas jenama syarikat-syarikat lain.

Untuk mengetahui apa yang best tentang pelaburan emas Public Gold, anda boleh mendaftar secara percuma dahulu. Selepas mendaftar, anda akan mendapat emel pengesahan sebelum anda mendapat Nama Pengguna dan Kata Laluan khas.

Terdapat tutorial penggunaan platform pelaburan emas Public Gold di sini.

Sahkan pendaftaran anda dengan klik pada link yang disediakan.
Gambar 2: Sahkan pendaftaran anda dengan klik pada link yang disediakan.

Setelah anda mendapat Nama Pengguna dan Kata Laluan, saya galakkan anda install aplikasi pelaburan emas Public Gold di telefon pintar anda.

Aplikasi Public Gold di Google Playstore
Gambar 3: Install aplikasi Public Gold di Google Playstore (Aplikasi Public Gold telah dikemaskini dan gambar telah berubah)

Setelah anda install aplikasi Public Gold, sila tap ‘Open’ dan paparan berikut akan dapat anda lihat…

Harga emas di aplikasi Public Gold yang sentiasa dikemaskini setiap 20 minit!
Gambar 4: Harga emas di aplikasi Public Gold yang sentiasa dikemaskini setiap 20 minit!

Paparan asal ialah paparan ‘HOME’ yang mengandungi promosi Public Gold. Sila tap pada ‘LIVE PRICE’ dan anda akan dapat melihat harga semasa bagi setiap produk Public Gold yang dikemaskini setiap 20 minit walaupun pada hari cuti hujung minggu!

Pada ruangan ‘LIVE PRICE’ ini, anda boleh meneliti harga PG Sell dan PG Buy (Gambar 4) Public Gold Bar (999.9), Public Gold Coin (999.9), LBMA Cast Bar (24K), Public Dinar (916), Bunga Emas / Siri Tai Fook (24K), Barang Kemas Siri D (22K) dan Public Dirham (Silver 916).

PG Sell ialah harga kita beli emas di Public Gold manakala PG Buy ialah harga kita jual kepada Public Gold.

Login aplikasi Public Gold
Gambar 5: Login aplikasi Public Gold

Jika anda tap pada ‘PRODUCTS’, and akan dapat melihat imej produk-produk yang boleh anda tempah secara atas talian. Memang saya sangat teruja melihat kemudahan yang disediakan. Inilah bisnes online yang sebenar! Pada sebelah kanan atas sekali, ada ‘BOOKING’ yang boleh anda guna untuk tempahan pembelian atau penjualan emas anda. Anda boleh membuat tempahan pembelian atau penjualan pada bila-bila masa tanpa perlu mengikut waktu urusan bank.

Sebelum anda boleh membuat tempahan, anda perlu Login dahulu menggunakan Nama Pengguna dan Kata Laluan yang telah anda terima melalui emel semasa pendaftaran.

Setelah Login, saya cadangkan anda mendapatkan nilai Public Dinar 916*. Untuk makluman, Public Gold tidak mengenakan apa-apa caj untuk pengeluaran kesemua dinar emas Public Gold untuk pembelian di Semenanjung.

(*Nota penting: Bermula 1 April 2015, kesemua produk emas 916 dikenakan GST dan Public Gold telah tidak mengeluarkan lagi produk tersebut. Namun anda masih boleh mendapatkan Goldbar dan Dinar Public Gold 24K LBMA yang tidak dikenakan GST. Terdapat caj premium dikenakan mengikut denominasi).

Aplikasi price alert Public Gold
Gambar 6: Aplikasi price alert Public Gold

Anda boleh mula set Price Alert pada mana-mana harga PG Sell atau PG Buy seperti berikut:-

Samada anda ingin set nilai ‘-‘ atau ‘+’ terpulang pada anda. Setelah anda set pada nilai yang anda ingin Public Gold maklumkan melalui notifikasi, anda tap pada ‘Save’ (Gambar 6) dan secara automatik aplikasi Public Gold akan menghantar isyarat notifikasi sebaik sahaja harga emas atau perak mencecah harga yang anda tetapkan.

Saya menggunakan aplikasi ini untuk menjual emas apabila harga emas naik dan membeli emas apabila harga emas jatuh pada paras yang saya kehendaki. Anda akan mendapat tanda bulat pada sebelah kiri harga PG Sell atau PG Buy seperti paparan yang ditunjukkan Dalam Gambar 7.

Selepas anda membuat tempahan, sila ikuti arahan selanjutnya yang akan diemel kepada anda.

Aplikasi isyarat harga emas Public Gold
Gambar 7: Aplikasi isyarat harga emas Public Gold

Jika anda masih ragu-ragu untuk menggunakan aplikasi Public Gold ini, jangan bimbang, anda boleh juga membuat tempahan melalui saya. Sila layari Tempahan Emas Pelaburan Goldbar LBMA untuk buat pesanan anda.

Pada pendapat saya, pelaburan emas Public Gold merupakan jenama emas yang amat mudah untuk semua orang mula membeli dan menyimpan emas. Saya tidak ragu-ragu untuk membeli emas melalui online. Setelah saya mengkaji lebih lanjut, syarikat pelaburan emas Public Gold merupakan syarikat pengeluar emas yang terbesar di Malaysia. Oleh itu, Public Gold bukan sahaja merupakan kedai emas online, malah ia juga merupakan sebuah kilang pengeluar emas.

Malah pada tahun 2012, Public Gold telah dilantik oleh Jabatan Perdana Menteri untuk mengeluarkan dinar emas dan perak penempaan khas DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Permaisuri Agong (Gambar 8 dan 9).

Anda boleh layari laman web Public Gold > Produk > Royal Collection

Dinar Emas DYMM Agong Public Gold
Gambar 8: Dinar Emas DYMM Agong Public Gold.

Jangan bimbang tentang bagaimana anda boleh dapat emas yang anda beli. Public Gold mempunyai 17 cawangan di setiap negeri. Semuanya ada tertera di laman web Public Gold > Hubungi Kami > Maklumat Cawangan.

Jika anda duduk berjauhan dengan cawangan Public Gold, hanya Hubungi saya dan saya akan uruskan penghantaran melalui Pos Laju. Pos Laju ada rekod tracking pendaftaran dan Insya Allah tak hilang. Setakat ini tiada masalah pada pembeli-pembeli emas yang saya hantar dengan pos laju. Alhamdulillah.

Dinar Perak DYMM Agong Public Gold
Gambar 9: Dinar Perak DYMM Agong Public Gold

Pada mulanya saya hanya mendaftar secara percuma di Public Gold untuk mengkaji produk dan perkhidmatan yang ditawarkan. Setelah hanya beberapa hari saya amat berpuas hati berbanding dengan pelaburan emas di bank atau syarikat lain. Alhamdulillah, Allah SWT menggerakkan hati saya untuk terus membuat keputusan membeli dan menyimpan dinar emas sebagai pelaburan emas Public Gold.

Semoga perkongsian info saya ini dapat membantu rakan-rakan membuat keputusan yang lebih tepat sebelum melabur.

Kenapa Harga Emas Jatuh?

Harga emas jatuh! Harga emas jatuh!… Rugilah aku… aku dah banyak buat pelaburan emas!

Carta Harga Emas
Carta 1: Harga emas menunjukkan kejatuhan harga emas sejak April 2013 hingga kepada paras terendah dalam tempoh 3 tahun pada hari ini 23 September 2014. Mungkin akan menjunam lagi? Wallahu a’lam…

Masya Allah… janganlah berkeluh kesah dengan apa yang berlaku ke atas diri kita… 

Benarlah Firman Allah SWT:

“Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh kesah lagi kikir.” (Surah Al-Ma’arij: 19).

Memang tak dinafikan bahawa bukan sedikit wang yang kita telah gunakan untuk membuat pelaburan emas. Malah sebelum kejatuhan harga emas mulai tahun 2013 (Rujuk Carta 1), ramai yang telah membeli emas dan dinar pada harga yang tinggi iaitu RM830 untuk 1 Dinar emas pada tahun 2011 dan jatuh mendadak pada April 2013 kepada RM550! Kemudian harga 1 Dinar naik semula kepada RM660 dan jatuh semula pada masa sekarang berada pada sekitar RM550 (23 September 2014).

Read more

Pelaburan Emas Halal Atau Haram?

Berminat untuk membuat pelaburan emas? Sebelum anda melabur, tanya diri anda…
finegold999

  1. Adakah pelaburan emas yang anda ingin ceburi itu halal (patuh syariah) atau haram (tak patuh syariah)?
  2. Pelaburan emas yang mana merupakan pelaburan emas yang terbaik dan dimanakah anda perlu mulakan berdasarkan pasaran di Malaysia?

Di sini saya berikan tips dan panduan untuk anda membuat pilihan untuk soalan pertama dahulu.

Adakah pelaburan emas yang anda ingin ceburi itu halal atau haram? 

Terdapat banyak syarat yang perlu anda ketahui untuk mengetahui apa-apa skim pelaburan emas yang anda sertai itu halal atau haram.  Sebagai orang biasa, di sini saya hanya paparkan tiga syarat untuk mudah anda faham…

1. Emas yang anda beli itu wujud secara fizikal.
Ada emas fizikal.. Maknanya anda boleh pegang emas yang anda beli. Jika anda beli jongkong emas atau Gold Bar 999.9 atas talian / beli emas online… pastikan anda boleh mendapatkan Gold Bar 999.9 itu samada di kedai emas atau di bank. Begitu juga jika anda membeli emas hiasan… sepatutnya anda boleh dapat memegang emas hiasan yang anda beli. Jika anda hanya membeli emas tanpa ada emasnya? Oh!.. Itulah yang anda perlu risau…

2. Tiada konsep untung bulanan tetap.
Sebagai contoh, anda membeli emas jongkong 999.9 atas talian sebanyak 100g dengan nilai RM14,000.00. Syarikat akan memberi pulangan “dividen” tetap sebanyak 10% sebulan. Bermakna anda akan menerima tambahan RM1,400.00 sebulan tanpa berkurangnya nilai asal RM14,000.00 tersebut. “Dividen” tetap bulanan yang dimaksudkan itulah RIBA…. Oleh itu, jika anda ingin terlibat dalam skim cepat kaya yang seperti ini, maka anda dinasihatkan agar tinggalkanlah urusan tersebut… terdapat ciri-ciri ini pada Pegasus Bullion…

3. Tiada unsur “Contract for Differences” atau CFDs.
Fatwa pengharamannya telah dikeluarkan seperti di laman web www.askimam.org. Saya tak mahu ulas panjang. Oleh itu, jika anda ingin terlibat dalam sistem jual beli komoditi emas atau perak atau apa sahaja jenis komoditi yang terdapat dalam sesuatu program seperti Plus500, maka anda dinasihatkan agar tinggalkan amalan tu…

Firman Allah SWT yang bermaksud :-

“Dan Allah SWT telah menghalalkan jualbeli dan mengharamkan riba.”

(Surah Al-Baqarah : ayat 275)

Firman Allah SWT yang bermaksud :-  
“Janganlah kamu makan harta yang ada di antara kamu dengan jalan bathil melainkan dengan jalan jualbeli secara redha daripada engkau.”

(Surah An-Nisaa’ : Ayat 29)

Anda boleh layari laman web Ustaz Zaharuddin untuk senarai lengkap syarat-syarat pelaburan emas yang halal…

Jika anda ragu-ragu terhadap mana-mana 3 syarat umum di atas atau mana-mana pelaburan emas yang tidak disahkan oleh Bank Negara Malaysia… maka telah dikira SYUBHAH… dan orang yang beriman akan terus meninggalkan perkara SYUBHAH sebagaimana hadith sahih berikut:-

Dari Abi ‘Abdillah Annu’man bin Basyir RA telah berkata: “Aku telah mendengar Rasulullah SAW telah bersabda:
Sesungguhnya sesuatu yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas, dan diantara keduanya ada perkara yang samar-samar (syubhah) yang kebanyakan manusia tidak mengetahui. Maka barangsiapa menjaga dirinya dari barang-barang (perkara) yang samar (syubhah) itu, maka ia telah membersihkan agamanya dan kehormatannya, dan barangsiapa yang jatuh dalam melakukan perkara yang samar-samar (syubhah) itu, maka ia telah jatuh dalam perkara haram seperti pengembala di sekeliling tanah larangan (halaman orang), lambat-laun ia akan masuk ke dalamnya. Ingatlah bahawa tiap-tiap raja ada larangannya. Ingatlah bahawa larangan ALLAH adalah apa-apa yang diharamkanNya. Ingatlah bahawa dalam jasad itu ada sekerat daging, jika ia baik, baiklah jasad seluruhnya, dan jika ia rosak, rosaklah jasad seluruhnya. Ingatlah, itu adalah hati.”
(Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim)

Jika tidak, anda akan menyesal bukan sahaja di dunia yang sementara… malah penyesalan yang tiada akhirnya di akhirat kelak.

gold tradingPada hari ini, terdapat terlalu banyak tawaran di internet yang menawarkan pelaburan emas yang sama ada jelas dan terang mengamalkan Riba mahupun yang tidak jelas dan samar-samar (syubhah)…

Saya bukan menyalahkan sesiapa… tetapi berwaspadalah sebelum anda terjebak dan menyesal kerana bukan sedikit wang yang anda gunakan untuk menyertai pelaburan emas yang ditawarkan.

Yelah… kawan-kawan ramai… macam-macam saluran yang digunakan melalui Facebook.. Whatsapp… Line dan sebagainya… nak tolak.. kawan baik sendiri… jadi, saya sarankan agar anda kongsikan maklumat ini dengan terus copy dan paste link… Tetapi anda perlu meminta izin jika anda copy text di laman ini… maknanya buatlah perkara yang betul dan halal… 😉

Saya cadangkan anda layari senarai syarikat yang dalam status “Alert” oleh Bank Negara di Financial Consumer Alert Bank Negara Malaysia

Setakat 25 Julai 2014 – Senarai Syarikat Setakat 25 Julai 2014 dalam format PDF

Setakat 16 November 2015 – Senarai Syarikat Setakat 16 November 2015 dalam format PDF

Terdapat juga nama-nama syarikat yang hanya dalam perhatian tetapi tak semestinya salah dan haram.. Jika Bank Negara telah pasti bahawa syarikat tersebut mengamalkan pelaburan emas yang sah… maka Bank Negara akan mengeluarkan syarikat tersebut daripada senarai tu…

Oleh itu, secara asasnya jika anda mahu melabur emas pastikan anda beli emas dapat emas. Saya ada membincangkan pelaburan emas di bank-bank seperti Maybank, CIMB, Public Bank, Kuwait Finance House (KFH) dan Al-Rajhi.

Namun saya agak kecewa kerana terdapat banyak syarat yang perlu anda patuhi untuk membeli emas.

Jika anda ingin mengetahui pilihan terbaik yang halal dan sah di sisi undang-undang Malaysia untuk pelaburan emas, saya memang mencadangkan agar mula melabur di Public Gold. Hanya perlu mendaftar tanpa sebarang syarat!

Sila lihat di PENDAFTARAN PERCUMA untuk mendaftar. Selepas mendaftar, anda akan diberi dengan Kata Pengguna dan Kata Laluan yang unik melalui emel anda. Selepas itu anda bolehlah meninjau laman web www.publicgold.com.my dengan lebih lanjut.

Sila ke Pelaburan Emas Terbaik Di Malaysia.

Jika anda masih baru nak belajar tentang pelaburan emas, saya syorkan anda belajar dari orang yang betul dan tahu tentang ‘Rahsia Emas’ di sini.

Wallahu a’lam.