Skip to content
Pelaburan Emas Tips Mudah Menabung dan Melabur Emas
  • Home
  • Blog
  • Harga Emas Semasa
    • Harga Emas Public Gold
    • Harga Emas PG Indonesia
  • Pendaftaran Percuma
    • Cara Bermula Buka Akaun
    • Pendaftaran Akaun GAP
    • Pendaftaran Warga Singapura / Brunei
    • Pendaftaran Warga Indonesia
  • Promosi Dealer
    • Program Referral
  • FAQs
    • Perlu Bantuan?
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Saya
  • Sitemap

tidak patuh syariah

Pelaburan Emas Maybank

23/12/202020/11/2020 by Suhaimee & Zuraida

Pelaburan emas Maybank merupakan salah satu jenis pelaburan emas yang terkenal di Malaysia yang dikenali sebagai Maybank Gold Investment Account (MGIA). Dalam MGIA ni, anda melabur emas dengan membuka buku akaun pelaburan emas. Sebelum anda mula untuk melabur emas melalui MGIA ni, saya nasihatkan anda kaji betul-betul dulu. Saya tahu anda tiada masa yang banyak. Jadi saya dah buat kajian tentang pelaburan emas Maybank ni. Anda boleh melihat dalam jadual di Gambarajah 1.

Ciri-ciri pelaburan emas Maybank Gold Investment Account (MGIA)
Gambarajah 1: Ciri-ciri pelaburan emas Maybank Gold Investment Account (MGIA). Sila lihat baris berwarna kelabu di ‘Gold Purchase Options‘ dan ‘Gold Withdrawal Options‘ yang menunjukkan tiada emas fizikal yang sebenar melainkan hanyalah jualbeli emas kertas atau paper gold sahaja.

Berdasarkan Gambarajah 1 di atas, terdapat dua jenis akaun yang ditawarkan:

  1. Akaun Individu dengan minima pelaburan 1 gram emas. Manakala jual atau beli minima 1 gram emas.
  2. Akaun Bukan Individu (atau Akaun Bersama) dengan minima pelaburan emas 50 gram. Manakala jual atau beli minima 10 gram emas.
Harga emas untuk Maybank Gold Investment Account ditunjukkan dengan nilai spread hanya 4.12% sahaja!
Gambarajah 2: Harga emas untuk Maybank Gold Investment Account ditunjukkan dengan nilai spread hanya 4.12% sahaja!

Harga emas Maybank untuk pelaburan MGIA dipaparkan di laman web Maybank2u.com.my bersama-sama dengan harga emas semasa Kijang Emas Maybank seperti yang ditunjukkan di Gambarajah 2 (diambil pada 25 September 2014). Di sana ada juga dipaparkan harga Kijang Emas dan unit ukuran berat yang digunakan ialah auns (ounce) untuk Kijang Emas manakala grams untuk emas MGIA. Bila dikira, nilai spread atau susutnilai harga emas Maybank adalah amat rendah iaitu sekitar 4.12% sahaja (kiraan dibuat pada 25hb. September 2014). Selepas enam tahun, saya layari semula laman web Maybank untuk mengira nilai spread pada 20 November 2020. Berdasarkan harga beli dan harga jual balik emas akaun MGIA di atas, nilai spread semakin rendah! Hanya 3.82% sahaja! Memang sangat menarik untuk melabur kerana lebih rendah nilai spread, maka lebih menguntungkan para pelabur emas kerana rata-rata nilai spread emas fizikal di Malaysia adalah sekitar 5.0% dan ke atas.

Namun, sebagai orang Islam bukan nilai spread yang rendah yang membuatkan kita membuat pelaburan emas… tetapi ciri-ciri pelaburan emas yang patuh syariah adalah yang menjadi keutamaan para pelabur Muslim.

Memang terdapat persoalan yang sering ditanya oleh para pelabur emas Muslim disebabkan ciri-ciri pelaburan emas Maybank yang ditawarkan. Rujuk semula pada Gambarajah 1 di atas. Bila di teliti, jelaslah kepada kita semua bahawa pelaburan emas Maybank tidak menawarkan sistem jual beli emas fizikal.

Sila lihat baris berwarna kelabu di ‘Gold Purchase Options‘ dan ‘Gold Withdrawal Options‘ yang menunjukkan tiada emas fizikal yang sebenar melainkan hanyalah jualbeli emas kertas atau paper gold sahaja!

Maknanya, anda beli emas tapi anda dapat kertas, iaitu, buku akaun pelaburan emas yang hanya mencatat angka-angka nilai emas yang anda labur. Tetapi, hakikatnya, Maybank tiada emas fizikal yang sebenar!

Jika anda masih ragu-ragu apakah ciri-ciri pelaburan emas yang anda sertai itu halal atau haram… saya telah menerangkannya di Pelaburan Emas Halal atau Haram? Anda boleh download maklumat pelaburan emas Maybank dan mengkaji sendiri dengan melayari Maybank Gold Investment Account di sini.

Oleh yang demikian, jika anda mencari pelaburan emas yang halal, saya sudah pasti akan menasihati anda agar menjauhi pelaburan emas Maybank disebabkan ciri-cirinya yang tak patuh syariah. Maksudnya, bila anda beli emas… anda semestinya mendapat emas dan bukan kertas!

Apakah kesannya apabila anda melabur emas kertas? Persoalan terjawab di Pelaburan Emas Kertas atau Emas Sebenar.

Jika anda ingin mencari pelaburan emas yang patuh syariah dan yang paling mudah, saya dapati akaun simpanan Gold Accumulation Program (GAP) di Public Gold yang paling mudah jika dibandingkan dengan akaun pelaburan emas Maybank malah jika dibandingkan dengan mana-mana akaun pelaburan emas yang terdapat di Malaysia.

Di akaun simpanan emas pelaburan GAP, anda boleh beli dan jual secara atas talian menggunakan apps sahaja. Anda boleh juga keluarkan emas fizikal atau pajak untuk dapatkan duit tunai segera dengan secara Ar-Rahnu emas di dalam akaun GAP tanpa perlu keluarkan emas tersebut!

Layari Gold Accumulation Program yang patuh syariah di sini.

Minima berat emas yang perlu ada untuk proses pajak Ar-Rahnu dalam akaun GAP ialah 5 gram. Nilai marhun akan berdasarkan nilai harian segram emas GAP. Manakala nilai pinjaman ialah 70% daripada nilai marhun. Kadar upah simpan hanya 1% untuk tempoh 6 bulan.

Layari Pelaburan Emas Ar-Rahnu di sini.

Sebenarnya ada banyak lagi yang saya nak tunjuk… tapi blog ini akan menjadi terlalu panjang dan mungkin anda berasa berat nak membaca sampai habis.

Saya dah tunjukkan kepada anda perbezaan antara produk pelaburan emas Maybank vs Public Gold. Sekarang terserah kepada anda untuk buat keputusan.

Jika anda nak mula membeli, menyimpan dan membuat pelaburan emas di Public Gold, anda boleh terus isi borang pendaftaran di bawah ini untuk buka akaun patuh syariah Gold Accumulation Program (GAP) untuk dapat nombor akaun PG dan password.:

Akaun simpanan emas GAP ada pilihan New Site dan Classic Site

Pendaftaran akaun simpanan emas GAP adalah percuma. Hanya isikan butiran peribadi anda dengan menggunakan borang di bawah dan anda akan menerima emel panduan berikutnya.

DAFTAR AKAUN SIMPANAN EMAS GAP (DEWASA)
*Nota penting: Ambil emas sendiri di Branch hanya untuk belian 50 gram atau 10 Dinar ke atas SAHAJA. Emas dengan berat kurang daripada itu hanya layak menggunakan khidmat pos berinsurans yang dinamakan Gold-In-Transit (GIT) di dalam sistem bagi mengelakkan kesesakan di Branch dan tarikh temujanji yang terlalu jauh ke hadapan.
Isi nama penuh sama seperti yang dicatat dalam Kad Pengenalan (BIN / BINTI ditaip penuh).
Isi nombor tanpa sengkang.
Isi nombor tanpa sengkang.
Isi alamat e-mel (Gmail paling baik).
Untuk kenalpasti cawangan pejabat urusan jual beli emas yang terdekat.
Loading
Semoga bermanfaat.

Categories Pelaburan Emas Tags emas fizikal, emas kertas, haram, Maybank Gold Investment Account, mgia, paper gold, pelaburan emas 1 gram, Pelaburan emas Maybank, riba, spread, tidak patuh syariah 14 Comments

Pelaburan Emas CIMB e-Gold Investment Account

31/12/202014/11/2020 by Suhaimee & Zuraida

Pelaburan emas CIMB yang dikenali sebagai e-Gold Investment Account (e-GIA) merupakan salah satu kemudahan menyimpan emas secara elektronik tanpa emas fizikal (perbankan konvensional dan bukan Islamik) yang terdapat di Malaysia.

Akaun pelaburan emas CIMB atau dikenali sebagai e-Gold Investment Account (eGIA).

Akaun pelaburan emas CIMB ini boleh dimohon terus melalui website CIMB yang terdapat di sini. Namun, sebelum anda teruskan, saya ingin berkongsi sedikit maklumat yang perlu anda ketahui.

Terdapat beberapa persoalan penting yang sering ditanya oleh pelabur emas khususnya pelabur emas Muslim tentang status patuh syariah pelaburan emas CIMB ini.

Seperti yang saya dah maklum di perenggan pertama, akaun pelaburan emas e-GIA di CIMB ini hanya berlandaskan jumlah gram emas yang dibeli dan disimpan dalam bentuk elektronik dan bukan fizikal. Senang cerita akaun pelaburan emas e-GIA ini tidak patuh syariah.

Anda boleh lihat bukti jawapan secara bertulis di Facebook seperti berikut:-

Jawapan pelaburan emas CIMB e-GIA ialah akaun konvensional yang tidak patuh syariah.

Seterusnya, anda akan dikenakan caj / fi sekiranya baki dalam akaun di bawah 5 gram. Nak tutup akaun pun dikenakan caj RM10.

Terdapat caj RM5.00 jika baki akaun pelaburan emas CIMB eGIA anda di bawah 5 gram.

Jika begitu, saya ingin kongsikan kepada anda satu akaun pelaburan emas yang disahkan patuh syariah dan tidak dikenakan sebarang caj / fi / yuran tahunan walaupun berbaki hanya 1 gram sahaja. Simpanan emas pelaburan fizikal secara percuma seumur hidup.

Anda boleh layari Gold Accumulation Program (GAP) untuk maklumat lanjut di sini. Pendaftaran akaun pelaburan emas GAP adalah percuma dan boleh didapati di sini.

Daftar percuma akaun GAP yang patuh syariah sekarang dan panduan pelaburan emas akan diemel kepada anda.

Daftar secara percuma akaun simpanan emas pelaburan GAP sekarang…

Akaun Simpanan Emas GAP (Dewasa)

*Nota penting: Ambil emas sendiri di Branch hanya untuk belian 50 gram atau 10 Dinar ke atas SAHAJA. Emas dengan berat kurang daripada itu hanya layak menggunakan khidmat pos berinsurans yang dinamakan Gold-In-Transit (GIT) di dalam sistem bagi mengelakkan kesesakan di Branch dan tarikh temujanji yang terlalu jauh ke hadapan.
Isi nama penuh sama seperti yang dicatat dalam Kad Pengenalan (BIN / BINTI ditaip penuh).
Isi nombor tanpa sengkang.
Isi nombor tanpa sengkang.
Isi alamat e-mel (Gmail paling baik).
Untuk kenalpasti cawangan pejabat urusan jual beli emas yang terdekat.
Loading

Akaun Simpanan Emas GAP (Junior)

Terdapat juga kemudahan akaun simpanan emas GAP bagi anak-anak yang berusia bawah 18 tahun. Pendaftaran dibuka ke atas bayi yang telah mempunyai MyKid. Sila daftar dengan menggunakan borang di bawah.

Isi nama penuh seperti dalam MyKid / Kad Pengenalan.
Isi no. MyKid / IC tanpa sengkang (Contoh: 20234567890)
Isi alamat e-mel khas anak untuk tujuan reset Password. Jika ibu / bapa / penjaga mempunyai akaun GAP atau PG Code, e-mel perlu berlainan.
Isi nama penuh seperti dalam Kad Pengenalan.
Isi no. IC tanpa sengkang (Contoh: 71234567890)
Isi nombor tanpa sengkang.
Loading

Semoga bermanfaat.

Categories Pelaburan Emas, Uncategorized Tags akaun simpanan emas, e-Gold Investment Account, eGIA, Gold Accumulation Program, Pelaburan emas CIMB, pelaburan emas patuh syariah, tidak patuh syariah Leave a comment

MENGENAI SAYA

Assalamualaikum dan salam sejahtera! Saya Suhaimee Manaf dan isteri, Zuraida Noor. Terima kasih kerana mengunjungi blog ini. Kami bina blog ini sebab sangat berminat dalam pelaburan emas dan suka berkongsi mengenai ilmu emas.

Dulu kami hampir-hampir terpedaya dan rugi besar dengan scammer skim cepat kaya bertopeng emas akibat tidak belajar dulu semasa nak melabur emas. Jika kita nak mulakan pelaburan emas, pastikan kita melabur dengan berilmu.

  • Download PERCUMA E-book 5 Minit Emas
  • Layari FAQ emas di sini jika ada soalan
  • join Channel Telegram PelaburanEmas.org di sini

Semoga bermanfaat.

  • WhatsApp

Tekan butang Whatsapp untuk saya bantu anda dapatkan cara terbaik melabur emas.

JENIS-JENIS EMAS PELABURAN

5 gram goldbar 999 Public Gold.

5 gram goldbar 999 Public Gold. Boleh dapatkan di PG Gold ATM berhampiran.


1 dinar 999 Public Gold 2024

Dapatkan 1 Dinar 999.9 yang mesra Ar-Rahnu di sini.


10g Goldbar 24K BungaMas Public Gold
Goldbar 10g (999.9)

PELUANG KEEMASAN

Pilihan A. Gold Accumulation Program (GAP):

Sekarang sesiapa sahaja boleh menabung emas! Mula menabung emas pelaburan 24K serendah RM100 atau 1gram sebulan! Tanpa yuran dan patuh syariah. Boleh juga buka akaun tabungan emas anak-anak (bawah 18 tahun). Boleh keluarkan emas bila-bila masa dan tiada komitmen bulanan. Asal ada duit, simpan terus Simpan emas sekarang!

1kg emas 1 keluarga

Jika nak tukar duit kepada 1 kilogram emas 999.9 dan simpan sendiri secara percuma tanpa yuran atau caj simpan boleh daftar percuma di sini.

Pilihan B – Ambil peluang promosi dealer emas

Alang-alang simpan emas, simpanlah sebagai Dealer dan capai Ultimate Financial Freedom bersama G100 Network. Jika berminat terus layari Promosi Dealer Emas Sekarang!

EMAS KOLEKSI TERKINI

Emas Koleksi Tahun Baru 2025. Stok Terhad. Order Sekarang!

1 gram goldbar Raikan Cinta sesuai untuk dijadikan hadiah perkahwinan.

Emas Koleksi Raikan Cinta 1 g Goldbar 24k sesuai sebagai hadiah.

Ingin dapatkan info emas koleksi terkini? Join Channel Telegram Tips Pelaburan Emas.


ILMU PELABURAN EMAS

E-Book Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas
E-Book Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas

Dapatkan buku "Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas" oleh En. Syukor Hashim dengan harga hanya RM50 sahaja. Buku akan dipos ke alamat anda. Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas.

POSTING TERKINI

  • Cara Jual Emas Untuk Dapat Duit Tunai Dengan Harga Tinggi
  • Pelaburan Emas Bank Islam – BIGA-i
  • Beza Zakat Emas Pelaburan VS Zakat Emas Perhiasan
  • Harga Emas Cecah RM409/Gram Hari Ini: Nak Beli Atau Jual?
  • Warga Emas & Skim Pelaburan Emas Palsu: Elak Jadi Mangsa

© 2025 Pelaburan Emas Tips Mudah Menabung dan Melabur Emas • Built with GeneratePress