Pelaburan emas Maybank merupakan salah satu jenis pelaburan emas yang terkenal di Malaysia yang dikenali sebagai Maybank Gold Investment Account (MGIA). Dalam MGIA ni, anda melabur emas dengan membuka buku akaun pelaburan emas. Sebelum anda mula untuk melabur emas melalui MGIA ni, saya nasihatkan anda kaji betul-betul dulu. Saya tahu anda tiada masa yang banyak. Jadi saya dah buat kajian tentang pelaburan emas Maybank ni. Anda boleh melihat dalam jadual di Gambarajah 1.
Berdasarkan Gambarajah 1 di atas, terdapat dua jenis akaun yang ditawarkan:
- Akaun Individu dengan minima pelaburan 1 gram emas. Manakala jual atau beli minima 1 gram emas.
- Akaun Bukan Individu (atau Akaun Bersama) dengan minima pelaburan emas 50 gram. Manakala jual atau beli minima 10 gram emas.
Harga emas Maybank untuk pelaburan MGIA dipaparkan di laman web Maybank2u.com.my bersama-sama dengan harga emas semasa Kijang Emas Maybank seperti yang ditunjukkan di Gambarajah 2 (diambil pada 25 September 2014). Di sana ada juga dipaparkan harga Kijang Emas dan unit ukuran berat yang digunakan ialah auns (ounce) untuk Kijang Emas manakala grams untuk emas MGIA. Bila dikira, nilai spread atau susutnilai harga emas Maybank adalah amat rendah iaitu sekitar 4.12% sahaja (kiraan dibuat pada 25hb. September 2014). Selepas enam tahun, saya layari semula laman web Maybank untuk mengira nilai spread pada 20 November 2020. Berdasarkan harga beli dan harga jual balik emas akaun MGIA di atas, nilai spread semakin rendah! Hanya 3.82% sahaja! Memang sangat menarik untuk melabur kerana lebih rendah nilai spread, maka lebih menguntungkan para pelabur emas kerana rata-rata nilai spread emas fizikal di Malaysia adalah sekitar 5.0% dan ke atas.
Namun, sebagai orang Islam bukan nilai spread yang rendah yang membuatkan kita membuat pelaburan emas… tetapi ciri-ciri pelaburan emas yang patuh syariah adalah yang menjadi keutamaan para pelabur Muslim.
Memang terdapat persoalan yang sering ditanya oleh para pelabur emas Muslim disebabkan ciri-ciri pelaburan emas Maybank yang ditawarkan. Rujuk semula pada Gambarajah 1 di atas. Bila di teliti, jelaslah kepada kita semua bahawa pelaburan emas Maybank tidak menawarkan sistem jual beli emas fizikal.
Sila lihat baris berwarna kelabu di ‘Gold Purchase Options‘ dan ‘Gold Withdrawal Options‘ yang menunjukkan tiada emas fizikal yang sebenar melainkan hanyalah jualbeli emas kertas atau paper gold sahaja!
Maknanya, anda beli emas tapi anda dapat kertas, iaitu, buku akaun pelaburan emas yang hanya mencatat angka-angka nilai emas yang anda labur. Tetapi, hakikatnya, Maybank tiada emas fizikal yang sebenar!
Jika anda masih ragu-ragu apakah ciri-ciri pelaburan emas yang anda sertai itu halal atau haram… saya telah menerangkannya di Pelaburan Emas Halal atau Haram? Anda boleh download maklumat pelaburan emas Maybank dan mengkaji sendiri dengan melayari Maybank Gold Investment Account di sini.
Oleh yang demikian, jika anda mencari pelaburan emas yang halal, saya sudah pasti akan menasihati anda agar menjauhi pelaburan emas Maybank disebabkan ciri-cirinya yang tak patuh syariah. Maksudnya, bila anda beli emas… anda semestinya mendapat emas dan bukan kertas!
Apakah kesannya apabila anda melabur emas kertas? Persoalan terjawab di Pelaburan Emas Kertas atau Emas Sebenar.
Jika anda ingin mencari pelaburan emas yang patuh syariah dan yang paling mudah, saya dapati akaun simpanan Gold Accumulation Program (GAP) di Public Gold yang paling mudah jika dibandingkan dengan akaun pelaburan emas Maybank malah jika dibandingkan dengan mana-mana akaun pelaburan emas yang terdapat di Malaysia.
Di akaun simpanan emas pelaburan GAP, anda boleh beli dan jual secara atas talian menggunakan apps sahaja. Anda boleh juga keluarkan emas fizikal atau pajak untuk dapatkan duit tunai segera dengan secara Ar-Rahnu emas di dalam akaun GAP tanpa perlu keluarkan emas tersebut!
Layari Gold Accumulation Program yang patuh syariah di sini.
Minima berat emas yang perlu ada untuk proses pajak Ar-Rahnu dalam akaun GAP ialah 5 gram. Nilai marhun akan berdasarkan nilai harian segram emas GAP. Manakala nilai pinjaman ialah 70% daripada nilai marhun. Kadar upah simpan hanya 1% untuk tempoh 6 bulan.
Layari Pelaburan Emas Ar-Rahnu di sini.
Sebenarnya ada banyak lagi yang saya nak tunjuk… tapi blog ini akan menjadi terlalu panjang dan mungkin anda berasa berat nak membaca sampai habis.
Saya dah tunjukkan kepada anda perbezaan antara produk pelaburan emas Maybank vs Public Gold. Sekarang terserah kepada anda untuk buat keputusan.
Jika anda nak mula membeli, menyimpan dan membuat pelaburan emas di Public Gold, anda boleh terus isi borang pendaftaran di bawah ini untuk buka akaun patuh syariah Gold Accumulation Program (GAP) untuk dapat nombor akaun PG dan password.:
Pendaftaran akaun simpanan emas GAP adalah percuma. Hanya isikan butiran peribadi anda dengan menggunakan borang di bawah dan anda akan menerima emel panduan berikutnya.
Semoga bermanfaat.