Anda minat nak buat pelaburan emas Public Bank? Sebelum anda terus melabur duit anda di Public Bank, jom tengok ciri-ciri pelaburan emas yang ditawarkan di sana. Public Bank memang ada menawarkan akaun pelaburan emas yang dinamakan Gold Investment Account (GIA).
Di sini saya tunjukkan snapshot laman web untuk pelaburan emas di Public Bank.
Pertama kali saya meninjau laman web Public Bank nampak macam tak berapa user friendly jer… maaflah kepada Public Bank sebab ini hanyalah pendapat peribadi sahaja. Apa yang mula-mula sekali saya cari harga emas yang dijual dan dibeli dalam pelaburan emas ini. Dan saya nampak pada sebelah kiri bawah di laman web tersebut.
Untuk makluman anda, tips yang pertama sekali untuk menilai ciri-ciri pelaburan emas yang terbaik ialah nilai spread atau susutnilai yang ditawarkan.
Jadi, saya buat kiraan nilai spread jual beli emas di Public Gold adalah yang TERENDAH setakat ini di Malaysia. Hanya 3.97% sahaja! Alhamdulillah… Wow!
Tapi yang tak berapa syok bila baca Disclaimer di bawahnya tertulis begini: “The gold prices displayed are indicative prices and for reference only. Customers are advised to check for the latest prices with your account holding branch or via our Online Gold Trading service before performing any gold purchase or sale transactions.” Aduhai… nak kena semak dengan branch pulak…
Seterusnya, saya tak jumpa di mana-mana mengenai spesifikasi emas yang ditawarkan samada 999.9 (24K) atau 916 (22K) dan sebagainya. Mungkin ada di mana-mana link tapi memang saya tak jumpa!
Anggapan saya berdasarkan harga jual beli yang ditawarkan bersamaan dengan nilai emas 916 (22K). Pun begitu, anda perlu menghubungi cawangan Public Bank dimana akaun anda dibuka.
Tips pelaburan emas yang kedua ialah menyemak jika ada stok emas sebenar atau emas fizikal yang boleh anda pegang. Apabila anda ke laman web Public Gold di https://www.pbebank.com/Personal-Banking/Rates-Charges/Fees-Charges/Fees-and-Charges-Gold-Investment-Account.aspx#5244, mereka menyatakan ada emas fizikal dan boleh buat pengeluaran.
Sekarang, jom kita lihat ciri-ciri fi (fee) atau kadar upah simpan dan caj pengeluaran emas di Public Bank. Dua kali terkejut besar saya… yang pertama bila dapat tahu hanya ada DUA tempat sahaja cawangan Public Bank untuk keluarkan emas iaitu di Jalan Sultan Sulaiman, KL dan Bagan Ajam, Pulau Pinang.
Seterusnya, saya terkejut besar apabila melihat amaun caj pengeluaran emas di cawangan-cawangan tersebut iaitu sekurang-kurangnya RM220 untuk emas seberat 50g manakala sekurang-kurangnya RM240 untuk pengeluaran emas seberat 100g.
Bila saya baca Disclaimer di atas semula, terdapat kenyataan “our Online Gold Trading service”. Oleh itu saya beranggapan, anda perlu membuka Akaun Pelaburan Emas atau Gold Investment Account (GIA) di Public Bank dahulu. Kemudian, anda boleh menggunakan akaun semasa atau akaun simpanan anda di Public Bank untuk jual beli emas di Akaun Pelaburan Emas Public Bank secara online.
Terdapat bukti-bukti transaksi jual beli emas yang boleh anda dapati sebagai contoh seperti di gambar sebelah. Masa jual beli emas tertakluk kepada masa operasi bank di Kuala Lumpur iaitu bermula 9.30 pagi hingga 4.45 petang dari hari Isnin hingga Jumaat sahaja. Jika Kuala Lumpur cuti umum pun anda tak boleh buat jual beli emas. Ini bermakna anda tidak boleh lock harga emas selain dari waktu tersebut.
Sudah tentu jika diteliti, saya berpendapat pelaburan emas Public Bank tidak patuh syariah sebab transaksi jual beli emas hanya pada kertas sahaja tanpa ada emas fizikal. Pelaburan emas Public Bank secara online trading ini boleh diumpamakan sama seperti Contract for Differences (CFDs) pelaburan emas di Plus500 yang hanya berdasarkan harga emas semasa.
Tanpa membuang masa, saya tak perlu untuk mengkaji lebih lanjut ke atas pelaburan emas Public Bank kerana pada pendapat saya memang sangat merumitkan.
Jika dibandingkan pelaburan emas Maybank vs Public Bank, saya lebih minat melabur emas di Maybank Kijang Emas Gold Bullion Coin yang lebih jelas syarat-syaratnya berbanding GIA di Public Bank.
Tapi jika dibandingkan di antara Kijang Emas Maybank vs Public Gold, saya lebih minat untuk melabur emas di Public Gold. Untuk makluman, Public Gold ialah syarikat berdaftar yang menjalankan jual beli emas seperti kedai emas secara online yang sah di sisi undang-undang dan patuh syariah serta bukan di bawah selian Public Bank.
Berbanding Public Bank, saya dapati syarikat Public Gold hanya mengenakan caj premium yang paling minima (paling maksima hanya RM150 untuk 1000 gram emas!) untuk setiap item emas di Public Gold untuk penghantaran dari Pulau Pinang ke cawangan-cawangan Public Gold di Semenanjung dan (RM300 untuk 1000 gram) bagi penduduk Sabah dan Sarawak dan seperti ditunjukkan di jadual di bawah:-
Cawangan-cawangan Public Gold di seluruh Malaysia boleh anda dapati di Cawangan Public Gold.
Saya nasihatkan anda mendaftar dahulu secara percuma di Pendaftaran Percuma untuk mengetahui lebih lanjut akan produk emas dan perkhidmatan yang ditawarkan. Proses pendaftaran di Public Gold adalah percuma dan tidak memerlukan anda membuat sebarang pembelian.
Setelah mendaftar, anda akan dibekalkan dengan Nama Pengguna dan Kata Laluan khas untuk anda melalui emel. Sangat mudah dan ringkas. Saya yakin Insya Allah bahawa anda akan teruja dengan pelbagai kemudahan yang disediakan di Public Gold.
Semoga info yang saya berikan ini dapat membantu anda memilih jenis pelaburan emas yang tepat dan sesuai untuk anda.
Selamat membuat pelaburan emas. Semoga success Insya Allah!