Nak jual emas harga tinggi tapi tak tahu di mana tempat terbaik? Ramai rakyat Malaysia rugi besar bila jual emas di kedai emas biasa — sedangkan ada cara yang lebih untung dan lebih cepat untuk dapat duit tunai atas tangan!

Kalau nak jual emas harga tinggi untuk emas perhiasan boleh ikut masing-masing dan kita hanya beritahu sahaja. Tidak sesuai dijadikan untuk pelaburan emas kerana nilai spread yang terlalu tinggi.
Bayangkan satu hari, tengah kemas almari lama arwah mak, tiba-tiba terjumpa satu kotak kecil berbalut kain baldu merah. Dalamnya ada gelang emas, cincin lama, subang patah dan rantai yang dah kusam warnanya.
Emas ni semua dah tak dipakai… tapi nilainya? MasyaAllah, mungkin boleh bantu tampung perbelanjaan bulanan, bayar yuran sekolah anak atau pun buat simpanan kecemasan.
Tapi… masalahnya, di mana nak jual emas harga tinggi?
Ramai orang buat silap tanpa sedar bila nak jual emas. Mereka terus serbu mana-mana kedai emas berhampiran, tanya “berapa boleh dapat?” dan setuju sahaja walaupun harga yang ditawarkan rendah, siap kena potong berat dan ditolak upah lagi. Lepas keluar dari kedai, baru terfikir… “eh, betul ke harga ni?” Tapi masa tu dah terlambat.
Saya sendiri pernah alami.
Kenangan Jual Subang Emas 1.3g: Rugi Atau Untung?
Tahun 2016. Saya dan isteri ke satu kedai emas di Sungai Petani. Tujuannya nak jual balik subang emas 916 yang dah patah. Beratnya hanya 1.3 gram — kecil je.
Di satu kedai emas biasa, bila isteri saya tanya, staf tu buat muka sedih. Katanya, “Kak… emas ni dapat RM80 je lah…”
Padahal harga beli dulu sekitar RM130. Bila saya kira, memang rugi besar. Tapi, sebab tak tahu tempat lain yang lebih baik, ramai je yang sanggup jual macam tu.
Tapi kami tak putus asa.
Kami cuba ke satu kedai emas lain — Public Gold.
Bila staf mereka timbang emas dan buat kiraan, kami tergamam. Harga yang ditawarkan: RM187 untuk subang sama! Tanpa potongan, tanpa caj tambahan, malah layanan sangat mesra.
Bezanya? Hampir 133% lebih untung daripada kedai emas biasa.
Masa kami jual emas harga tinggi di Public Gold Sungai Petani. Kami dilayan dengan sangat baik oleh staf Public Gold, Ms Emily. Kami berpeluang membelek emas keluaran terbaru Public Gold – Aurora, memang sangat cantik. Terima kasih Ms Emily.
Apa Rahsia Jual Emas Harga Tinggi di Public Gold?
Sebenarnya, ramai orang tak tahu, salah satu sebab utama kenapa Public Gold boleh beli emas terpakai dengan harga sangat tinggi ialah kerana mereka ada kilang pemprosesan emas sendiri di Relau, Pulau Pinang.
Dan semasa saya hadir di Sunway Pyramid Convention Centre baru-baru ini untuk acara rasmi Public Gold, saya sempat rakam gambar fakta yang mengejutkan — sejak ditubuhkan pada tahun 2008, Public Gold telah menerima 40 tan emas hiasan 916 melalui program buyback sahaja! Ya, 40,000 kilogram emas — kebanyakannya datang daripada orang ramai dan juga kedai emas di seluruh negara.
Public Gold mengumumkan sales sejak 2008 di Sunway Pyramid Convention Centre, Petaling Jaya pada 11 Jan 2025.

Kenapa Mereka Boleh Terima Emas Banyak Sebegitu?
Faktanya, hampir 80% kedai emas di Malaysia menjual balik emas pelanggan mereka kepada Public Gold. Ini membuktikan bahawa Public Gold bukan sekadar tempat simpan emas — tetapi juga pusat pemprosesan emas utama negara yang dipercayai oleh peniaga emas sendiri.
3 Kelebihan Besar Bila Public Gold Ada Kilang Sendiri & Jadi Pusat Buyback:
- Harga Jual Balik Lebih Tinggi
- Tanpa perlu hantar emas ke luar negara untuk ditapis, kos operasi lebih rendah — dan kelebihan itu diberikan semula kepada pelanggan dalam bentuk harga buyback yang lebih tinggi.
- Proses Cepat & Telus
- Sebab kilang ada sendiri, proses timbang, uji ketulenan, dan penapisan dapat dilakukan dalam masa lebih singkat — menjadikan bayaran tunai kepada pelanggan lebih cepat.
- Kepercayaan Kedai Emas & Pelanggan
- Bila hampir semua kedai emas besar dan kecil serah balik emas kepada Public Gold, itu satu testimoni kukuh bahawa jenama ini bukan calang-calang. Mereka diiktiraf industri, bukan sekadar penjual emas runcit.
Kesimpulannya, kedai emas Public Gold di seluruh negara menawarkan harga jual balik emas hiasan 916 dan 999 yang tertinggi di pasaran! Anda berminat nak jual emas harga tinggi bagi emas hiasan atau Goldbar atau dinar?
Bagaimana boleh dapat duit tunai sebanyak itu? Di sini saya tunjukkan caranya…
(1) Daftar percuma secara online di kedai Public Gold (isikan kod PG047646 di ruangan Introducer sekiranya tiada).
(2) Lihat harga emas perhiasan di www.publigold.com.my atau kita juga boleh capai dengan lebih pantas memasang Aplikasi Public Gold di smartfon kita. Belajar cara pasang melalui Android dan iOS di sini.
Sebagai contoh harga emas pada 17/9/2016, harga emas perhiasan 916 atau 22K ialah RM148/g.

(3) Setelah dapat harga emas perhiasan 22K (916) segram, kita darabkan dengan berat emas kita untuk dapatkan anggaran duit tunai kepada ringgit yang terdekat yang bakal kita perolehi.
Contoh 1:
Sekiranya kita nak dapatkan duit tunai, harga PG Buy perlu ditolak RM5 (RM148-RM5 = RM143/g)
1.3g X RM143 = RM186 (tanpa nilai sen dimasukkan).
Contoh 2:
Sekiranya kita ingin terus masukkan ke dalam akaun simpanan emas GAP pun boleh (sila klik sini untuk tahu apa itu akaun simpanan emas GAP) dan harga PG Buy tidak perlu ditolak dengan RM5 (kekal RM148/g).
1.3g X RM148 = RM192 (tanpa nilai sen dimasukkan).
(4) Bila kita dah puas hati dengan nilai duit tunai yang bakal kita dapat, kita boleh terus bawa emas ke cawangan Public Gold yang terdekat dan beritahu akan tujuan kehadiran kita.
Untuk makluman, sekarang laman web Public Gold dah papar harga jual balik sebenar emas hiasan 916 (22k) dan 999 (24k) bagi item bukan jenama Public Gold termasuk Goldbar dan dinar.

(Nota penting: Jangan lupa untuk bawa kad pengenalan (depan & belakang). Boleh terus dapat duit tunai. Kalau kita nak jual balik (buyback) dinar atau jongkong emas Public Gold, kita kena bawa satu salinan muka depan akaun buku bank (yang ada nombor akaun) untuk tujuan penerimaan duit tunai. Kalau tiada hardcopy, dalam bentuk softcopy pdf pun boleh. Kita boleh minta alamat emel Public Gold masa di kaunter).
Kemudian, mereka akan minta nombor kod PG. Sekiranya ada, kita boleh terus nyatakan bila kita nak datang ke kedai Public Gold. Jika masih tiada kod PG, kita boleh daftar secara percuma dahulu di sini.
Di Mana Nak Jual Emas Hiasan Untuk Dapat Harga Tinggi?
Terdapat 18 cawangan kedai Public Gold di seluruh Malaysia dan beroperasi dari Isnin hingga Sabtu kecuali Ahad dan cuti umum. Di Public Gold kita boleh dapatkan berat sebenar emas yang kita bawa. Mereka tidak akan buat muka sedih… atau mereka tidak akan cerewet untuk terima apa sahaja jenis dan jenama emas yang kita bawa untuk kita jual kepada Pubic Gold dan kita boleh dapat duit tunai tertinggi untuk kita dapat keuntungan yang maksima.
Kalau tak mahu daftar dulu pun tak mengapa. Cuma bagi nombor PG047646 Suhaimee Manaf kepada staf di kaunter sahaja untuk dapat harga tinggi.
Jika sahabat sekalian ada apa-apa persoalan mengenai cara jual emas di Public Gold, sila “Hubungi Saya” dengan nyatakan secara khusus maksud pertanyaan sahabat sekalian atau boleh hubungi saya untuk cara jual emas harga tinggi melalui Whatsapp di sini.
hai sekiranye ingin menjual emas putih 750 boleh ke?
Hai. Mohon maaf sebab hanya emas 916 dan ke atas sahaja yang boleh dijual. Terima kasih.
salam, kalau saya nak jual emas kat PG tu kena ada akaun PG jugak ke?
Wksalam. Jika puan Azizah nak jual emas perlu isi borang pendaftaran juga untuk tujuan simpanan rekod peribadi puan atas transaksi emas. Untuk mudahkan proses puan boleh daftar secara online di http://pelaburanemas.org/go/daftar.php.
Sy nak jual emas 999 mcm mana ye ?
Hanya ikuti langkah berikut:-
1. Daftar percuma.
2. Dapatkan no. HP staf kedai emas di cawangan berdekatan. Buat pertanyaan dan set masa ke sana.
3. Bawa emas, IC dan salinan muka depan buku akaun bank. Duit tunai hanya akan dimasukkan ke dalam akaun bank dan tiada transaksi tunai di kaunter.
Saya bercadang nak jual gelang tangan, saya cuma nak kepastian apa jaminan yang duit tunai tu akan masuk ke akaun kita?
Setiap transaksi pastikan ada resit rasmi dengan nombor resit dan tarikh sebagai bukti.
Saya ade gelang mayang dah patah..boleh ke saya jual nak dapatkan duit
Boleh pn. Norsuria. Caranya amat mudah spt berikut:-
1. Daftar percuma.
2. Dapatkan nombor fon staf dan alamat kedai untuk dapatkan harga jual emas segram.
3. Jika setuju boleh terus bawa emas ke cawangan berdekatan dengan bawa salinan buku bank / passbook (Maybank paling cepat dapat tunai).
Saya nk jual rantai tgn..blh ke sy nk dptkn duit
Ya boleh jual rantai tangan emas 916 / 999 dan duit tunai dipindah terus ke akaun bank. Jika setuju boleh pm saya di su******@***********as.org.
sebelum boleh access MY GAP portal kena beli public gold produc kan. kalau sy beli 1g gold bar thru public gold website, sy kena pergi collect ke 1g gold bar tu dekat branch yg sy pilih? or blh terus masukkan dalan GAP tak?
lagi 1, if sy nak beli gelang tangan, kedai emas biase or kedai emas public gold mana harga lagi murah? macam mana nak check harga emas perhiasan public gold?
1. Betul. Untuk buka akaun GAP, puan perlu beli dgn transfer minima RM100 atau harga 1g emas GAP yang dipaparkan di web PG. Hari ini RM183/g. Untuk buka akaun GAP, puan boleh ikuti langkah di http://pelaburanemas.org/gold-accumulation-program-gap/#akaunGAP
Jika beli cara runcit terus di web PG, harga 1g = RM250 dan puan perlu ambil di branch pilihan puan. Beli cara runcit tidak boleh simpan dalam Akaun GAP.
2. Harga emas perhiasan Aurora Public Gold ada dipaparkan di web. Puan boleh layari di https://www.auroraitalia.net/bracelets atau https://www.auroraitalia.net/charms.
Emas Aurora Public Gold ialah emas 750 dan bukan 916. Tiada emas perhiasan 916 dijual di Public Gold.
Alhamdulillah.. Hari ini harga emas sekali lagi mencecah RM187/g. Jika anda nak jual emas perhiasan atau jongkong emas pelbagai jenama, hanya bawa emas tersebut ke mana-mana cawangan Public Gold yang terdekat. (Jangan lupa baca Nota Penting kat atas tu ye..)
SY DOWNLOAD APP… XDE NILAI PG PUN
Ira tap di LIVE PRICE. Tq
salam
saya ada sebentuk cincin emas yang saya beli di Kedai Emas WAH CHAN.
saya kehilangan resit belian, dan saya ingin menjual di PG.
adakah boleh saya datang dengan membawa cincin tersebut terus ke cawangan PG yang berdekatan dengan tempat kerja saya?
terima kasih
Wksalam. Ya boleh. Taufiq hanya perlu ikut step di bawah:-
1. Daftar percuma
2. Whatsapp saya untuk dapatkan nombor fon staf PG terdekat untuk dapatkan harga jual semasa. Jika setuju set masa serahan emas.
3. Bawa emas bersama dokumen seperti kad pengenalan dan salinan muka depan akaun bank (jika tiada boleh dapatkan di kaunter bank).
4. Duit tunai akan dimasukkan ke dalam akaun bank dalam tempoh 48 jam (Maybank lebih cepat).
Saya pernah membeli emas 999 tetapi saya kehilangan resit adakah emas 999 boleh dijual lagi?
Pn. Suhani. Ya, boleh jual walau tiada resit. Sila lihat emel puan untuk makluman selanjutnya. Terima kasih.
Sy ada membeli syiling emas 24K,tetapi resit pembelian hilang,adakah sy masih blh menjual?
Ya boleh en. Mohd Shahid. Tuan boleh pergi ke mana-mana cawangan PG terdekat. Bawa syiling emas untuk dapatkan berat dan ketulenan sebelum tahu harga jual di PG. Pendaftaran boleh dibuat di kedai PG. Tuan boleh beri no. Introducer PG047646 Suhaimee Manaf kepada staf yang bertugas. Tq
Sy ade sebentuk gelang tangan emas
Tp sy kehilangan resit pembelian
Blh ke sy jual dekat mana2 PG
Dan apakah harga akan kena tolak banyak
Ya. Saya dah pm emel puan Miroah. Terima kasih.
salam.saya nk jual gelang tangan saya.pernah digadai di ar rahnu
nilai sebenar 7500,gadai dapat 4900.jika saya jual di public gold ni,saya akan dapat cash terus,xperlu beli apa2 dari public gold kan?sbb sy ada bnda urgent nk guna duit.
Wksalam. Ya. Boleh jual terus cuma duit cash ditansfer ke akaun bank puan dalam tempoh 24-48 jam. Jika puan ada akaun Maybank paling cepat transfer. Jika setuju puan boleh terus bawa emas dan salinan akaun bank (penyata bank format pdf pun boleh) ke kedai Public Gold yang terdekat. Boleh maklumkan staf PG nombor Introducer PG047646 Suhaimee Manaf. Terima kasih.
Assalamualaikum saya ad gelang tangan saya ingin jual di pg…boleh ke….dan saya ad beli Gold Coin boleh ke Gold Coin tu dijual….
Wa’alaikumussalam. Ya boleh. Puan boleh daftar percuma dahulu di sini.
Selepas itu, puan boleh bawa emas untuk dijual atau dipajak ke mana-mana kedai Public Gold yang terdekat untuk dapatkan nilai jual / pajakan yang tepat.
Jika setuju, puan boleh serahkan salinan akaun / penyata bank sebab kedai PG hanya akan transfer tunai ke akaun bank dalam tempoh 24 – 48 jam. Jika ada Maybank paling cepat.
Jika ada apa-apa persoalan boleh whatsapp saya terus di https://msuhaimee.wasap.my/.