Anda nak tahu promosi belian emas Dinar, goldbar dan akaun simpanan emas Gold Accumulation Program (GAP)?
Untuk makluman anda, pada masa ini, seramai lebih 670,000 penyimpan emas di Malaysia menunggu-nunggu promosi belian emas samada dalam bentuk dinar, goldbar atau akaun simpanan emas di syarikat jual beli emas terbesar di Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia.
Alhamdulillah bermula malam ini ada promosi Dealer melalui belian Dinar, Goldbar dan akaun simpanan emas GAP.
Semua promosi tamat pada jam 11.59PM tengah malam ini, 22 Februari 2022.
Promosi Dealer
Pilihan 1: Normal Dealer
Promosi Normal Dealer Public Gold
1.1 Beli minima 12 dinar emas secara FULL PAYMENT / EPP6 / EPP10 ATAU 1.2 Beli minima 50g emas Goldbar secara FULL PAYMENT / EPP6 / EPP10 ATAU 1.3 Beli minima 50g emas Akaun GAP secara FULL PAYMENT
Wealth Card (order berasingan) untuk dapat 1.0% insentif dari setiap pembelian peribadi dan pelanggan berikutnya.
Isi remarks: Upgrade ND/PD.
Pilihan 2: Priority Dealer
Promosi Priority Dealer Public Gold
2.1 Beli minima 24 dinar emas secara FULL PAYMENT / EPP6 / EPP10 ATAU 2.2 Beli minima 100g emas Goldbar secara FULL PAYMENT / EPP6 / EPP10 ATAU 2.3 Beli minima 100g emas Akaun GAP secara FULL PAYMENT.
Wealth Card (order berasingan) untuk dapat 1.5% insentif dari setiap pembelian peribadi dan pelanggan berikutnya.
Isi remarks: Upgrade ND/PD.
Nota: Promosi tamat pada jam 11.59PM 22/2/2022 malam ini!
Adakah emas 999 sesuai untuk dijadikan koleksi emas terkini bagi kaum lelaki? Begitulah persoalan yang sering ditanya kerana pada masa ini ramai yang telah ada serba sedikit ilmu berkaitan dengan emas.
Perbezaan antara emas pelaburan 999 dan emas perhiasan 916.
Saya kira wanita adalah golongan yang sinonim dengan emas. Kalau tak, takkanlah wujud filem “Mami Jarum” satu ketika dahulu kan? Mak-mak dan nenek-moyang kita memang sangat arif tentang nilai emas. Bila ada peluang mereka pastinya menambah koleksi emas sehingga menjadi hobi. Dikumpulnya emas tak kisahlah emas jenis 916 atau emas 999 sehingga berpuluh-puluh jenis yang mungkin mencecah berkilogram beratnya.
Nenek-moyang kita sangat faham bahawa di dalam situasi kecemasan yang perlu wang segera, emas yang mereka simpan boleh digadai atau dipajak bila-bila masa. Kecairan emas adalah sama laju seperti wang tunai.
Namun kebiasaanya, ketulenan emas yang disimpan atau dijadikan koleksi merupakan emas 916. Jika anda sedang mencari emas koleksi terkini, anda sering kali mungkin akan mengikut trend semasa dan mengumpul emas 916. Walhal terdapat perbezaan yang ketara di antara emas 999 berbanding emas 916 seperti ditunjukkan.
Tahun 2020 telah menjadi tahun yang takkan kita lupakan. Bermula akhir tahun 2019, wabak Covid-19 telah menyerang seluruh dunia dan telah mula merebak ke Malaysia pada tahun 2020 menyebabkan ramai yang terjejas pendapatan malah tak kurang juga yang hilang sama sekali punca pendapatan.
Bagi mereka yang menjadikan simpan emas sebagai kemestian seolah-olah hobi, dalam situasi sukar, pastinya emas itu menjadi ‘talian hayat’ buat mereka. Dianggarkan simpanan emas 999 sebanyak 200g mampu menampung kos sebuah keluarga kecil untuk survive sekurang-kurangnya 6 hingga 12 bulan sekiranya mereka hilang punca pendapatan. Jadi mereka akan ada sedikit ‘masa kecederaan’ untuk memulakan bisnes atau mencari pekerjaan lain.
Keseronokan atau hobi menyimpan emas telah menyelamatkan kekayaan penyimpannya. Penyimpan semakin berdisiplin dan kekayaan semakin bertambah!
Coin 1 Dinar Boleh Dijadikan Sebagai Koleksi Emas Pelaburan
Coin 1 dinar Public Gold merupakan syiling emas yang popular dan diterima Ar-Rahnu di seluruh Malaysia.Boleh didapati daripada akaun GAP atau PGMall (klik di sini untuk tahu harga semasa).
Jika ada bajet dalam sekitar RM1,200 (pada tarikh posting ini dipost), boleh beli syiling emas 1 dinar (4.25 gram). Beli dan simpan sendiri. Coin 1 dinar biasanya harga per gram lebih murah berbanding item yang lebih kecil seperti gold bar 1 gram atau setengah dinar. Ini disebabkan coin 1 dinar dikeluarkan khas untuk tujuan pelaburan, sedangkan gold bar 1 gram dan setengah dinar biasanya dijual sebagai “item koleksi” ataupun sebagai “hadiah” yang menyebabkan harganya lebih mahal.
Jika anda berminat untuk dapatkan coin 1 dinar, anda dah tak perlu risau bagaimana nak ambil coin 1 dinar yang anda beli di Public Gold.
Pada masa ini, terdapat servis penghantaran berinsurans ke alamat kediaman anda tanpa perlu susah-payah mencari cawangan terdekat. Ini adalah disebabkan pelanggan Public Gold telah melebihi 650,000 dan bagi mengelakkan kesesakan di branch dan risiko jangkitan wabak Covid-19, Public Gold telah menyediakan servis pos berinsurans terendah di Malaysia. Jika emas yang anda beli tak sampai, Public Gold akan hantar yang baru!
Cuma anda dinasihatkan tidak mendedahkan kepada sesiapa pun kandungan parcel anda. Selepas selesai buat tempahan / bayaran, anda hanya perlu tunggu sahaja pihak courier menghantar SMS atau Whatsapp atau Emel apabila emas akan dihantar pada hari tersebut.
Koleksi Emas Public Gold
Sebagai penyimpan emas, saya bukanlah seorang yang minat untuk kumpul emas koleksi.
Tapi apabila syarikat pengeluar emas pelaburan terbesar di Malaysia Public Gold mengeluarkan item yang akan jadi kenangan dan sejarah dalam hidup, rasa rugi kalau tak simpan beberapa keping sebagai kenangan.
Emas koleksi ni biasanya dijual dengan harga yang lebih tinggi. Tapi bila nak gadai di Ar-Rahnu, nilainya sama macam emas lain juga. Design pada kad tu tak memberi nilai tambah bila nak gadai.
Emas 1 gram, tetap 1 gram juga walau apa pun designnya.
Permainan emas koleksi ini tak boleh disamakan dengan emas pelaburan yang lain. Nilainya dianggap mahal hanya bagi peminatnya sahaja.
Macam nombor plat kenderaan.
Ada orang sanggup bayar harga beratus ribu ringgit hanya semata-mata nombor plat sahaja.
Padahal ia hanyalah sekadar nombor!
Orang biasa macam kita tak faham. Tapi bagi peminat nombor plat, lain pula sudut pandang mereka sebagai peminat atau pengumpul emas koleksi terkini.
Walaupun saya bukan peminat emas koleksi, tapi bila keluar design special macam ini, rasa ralat kalau tak simpan walaupun beberapa keping.
Simpanlah beberapa keping sebagai kenangan.
7 Jenis Emas Koleksi Terkini
Berikut merupakan 9 jenis emas 999 dalam bentuk dinar dan gold bar yang mudah didapati di Malaysia dan semakin diminati ramai pengumpul / collectors:
Emas koleksi goldbar 999 tempatan BungaMas, Tai Fook dan Klasik.
Emas koleksi edisi terhad karakter animasi seperti Boboiboy dan Disney (keluaran Aurora Italia).
Emas koleksi edisi terhad karakter superhero / villain seperti Marvel (keluaran Aurora Italia).
Emas koleksi edisi terhad siri Masjid / bulan Hijriah / Perayaan (keluaran PG Gold Museum).
Emas koleksi edisi terhad liga bolasepak (keluaran Aurora Italia).
Emas koleksi edisi terhad corak umum (keluaran PG Gold Museum).
Pada masa ini, terdapat emas koleksi terkini Public Gold yang baru dilancarkan: Masjid Hagia Sophia.
Emas koleksi terkini Public Gold Edisi Masjid Hagia Sophia terhad hanya 30,000 keping sahaja. Boleh didapati daripada akaun GAP dan PGMall.
Caj Gold Premium emas koleksi Public Gold Masjid Hagia Sophia, Turki hanyalah RM20 melalui akaun GAP menggunakan kemudahan Gold-In-Transit (GIT Withdrawal).
Terdapat pelbagai emas koleksi Public Gold yang boleh anda dapatkan dengan caj Gold Premium bermula RM10 hingga RM100 (bergantung kepada edisi emas koleksi). Jika edisi koleksi emas yang dikeluarkan tidak terikat dengan apa-apa kontrak, maka caj Gold Premiumnya sekitar RM10 hingga RM20 sahaja. Manakala jika terdapat kontrak dengan sesuatu jenama esklusif maka caj Gold Premium boleh mencecah sehingga RM100.
Kos pos berinsurans melalui GIT Withdrawal akaun GAP buat masa ini serendah RM10 ( Semenanjung) / RM20 ( Sabah Sarawak).
Contoh emas 999 yang boleh dijadikan sebagai emas koleksi untuk simpanan jangka panjang dan boleh dijual semula dengan harga yang jauh lebih tinggi berdasarkan nombor siri yang tertera di kad.
Jika anda mahu buka akaun GAP dengan belian serendah RM100 untuk dapat 0.3+++ gram emas dan mula keluarkan emas koleksi terkini apabila cukup 2 gram ke atas, anda boleh daftar percuma sekarang di Pendaftaran Akaun GAP.
Satu konsep mudah nak faham adalah semakin meningkat kadar inflasi sesuatu matawang negara maka semakin meningkat harga emas. Mari kita lihat apa yang telah berlaku sejak bulan April 2021 hingga Mei 2021.
Berdasarkan graf di atas, kadar inflasi di USA pada bulan April ialah 4.2% (vs 1.4% di bulan Januari) sementara kadar inflasi di Malaysia ialah 4.7% (vs -0.2% di bulan Januari). Berita yang lebih buruknya ialah kadar inflasi di USA pada bulan Mei telah meningkat lagi kepada 5%! Kadar inflasi di Malaysia pada bulan Mei ialah 4.4%.
Berita ini adalah buruk kerana inflasi membuat kuasa belian matawang jatuh. Jika ianya berterusan, satu hari nanti kita akan membayar RM10 atau RM20 untuk secawan white coffee! (perlu diingat yang pendapatan kita kekal dan tidak meningkat!)
Oleh itu, kita perlu bertindak untuk menyelamatkan kuasa beli kita. Kita perlu lindung kekayaan kita yang telah kita usahakan selama ini. Kita boleh melakukan ini dengan senang dengan menghijrahkan sebahagian daripada wang simpanan kita ke dalam pelaburan yang naik nilainya ketika kadar inflasi naik menggila. Pelaburan yang paling mudah dan patuh syariah ialah emas dan perak.
Mengapa kita perlu menukar wang simpanan kita kepada bentuk yang kalis inflasi seperti emas?
Jawapannya sangat mudah. Inflasi merompak kekayaan kita semua tanpa sedar. Tahukah anda 1 dinar emas (4.25 gram) pada zaman Rasulullah SAW dahulu mampu membeli seekor kambing dan nilai 1 dinar emas yang sama pada hari ini masih mampu membeli seekor kambing walaupun telah berlalu selama lebih 1,400 tahun!
Berbeza dengan duit Ringgit yang kita gunakan sejak kecil atau 40 tahun dahulu duit 30 sen mampu beli sepinggan nasi dan segelas air namun pada hari ini dengan 30 sen mampu beli mungkin sebiji gula-gula sahaja! Pada hari ini nak dapat sepinggan nasi dan segelas air mungkin dengan RM3.00 pun tak cukup!
Lihat! Baru 40 tahun nilai kekuatan matawang Ringgit telah susut begitu banyak! Apa yang akan berlaku 30 atau 40 tahun lagi?
Bagaimana nak tukar wang simpanan kepada bentuk emas?
Pada hari ini terdapat banyak kemudahan yang telah disediakan oleh pelbagai syarikat jual beli emas dan juga bank-bank komersial. Namun, sebelum anda memilih untuk menukar wang simpanan kepada bentuk emas pelaburan, mari lihat jenis emas yang betul dan menguntungkan anda dalam jangka masa panjang.
Jika anda minat nak simpan sendiri dan pegang emas secara fizikal, boleh mulakan dengan menyimpan sekurang-kurangnya 1 dinar atau boleh juga 10 gram Goldbar BungaMas dengan harga rendah yang mesra Ar-Rahnu (boleh buka seal).
1 Dinar (999.9)Goldbar 10g (999.9)
Contoh 1 Dinar dan 10g Goldbar 24k BungaMas mesra Arrahnu boleh dibeli secara EPP sehingga 10 bulan tanpa risau kenaikan harga pada bulan ke-10. Harga tetap sama sampai selesai bayaran.
Melalui kedai Public Gold, anda boleh dapat simpan sendiri emas pelaburan secara fizikal dengan harga yang terbaik di pasaran dan Public Gold jamin beli balik apabila anda nak jual balik nanti. Tanpa soal!
Sekaranglah masa yang sebenar nak mulakannya sebab ada promosi deposit ansuran patuh syariah Easy Payment Purchase (EPP) sehingga 10 bulan.
Jika anda nak rebut promosi 1 dinar (bajet sekitar RM110/bulan secara EPP10) atau 10 gram Goldbar (bajet sekitar RM260 sebulan) bayaran shariah EPP10 (bayar 10 kali dalam masa 10 bulan), boleh terus buat tempahan order sahaja dahulu. Tak perlu bayar lagi pada hari ini.
Sijil Patuh Syariah oleh Panel Penasihat Syariah AManie Advisor
Bayar dalam tempoh 4 hari dari tarikh tempahan pun tak mengapa. Sebab transaksi pembelian secara deposit sekuriti EPP patuh syariah ini telah mendapat Sijil Patuh Syariah oleh Panel Penasihat Amanie Advisor. Selesai deposit terakhir baru dapat emas. Nak selesai awal boleh dapat emas awal. Akad jual beli emas hanya berlaku ketika emas sampai.
Isi dinar / 10g. Klik butang Search. Pilih item 1 dinar / 10 g goldbar BungaMas. Add to cart. Klik troli sebelah atas kanan.
Proceed to next page. Jika nak deposit bulanan pilih Pick up at branch dan pilih Syariah Easy Payment Purchase (Pilih EPP4 atau EPP10). Jika nak bayar sekaligus dan dipos berinsurans tersu ke rumah boleh pilih GIT shipment dan pilih Full Payment.
Tick ‘I Agree’. Klik Proceed to next page. Akan dipapar nombor CSO. Selesai.
Boleh buat bayaran dalam tempoh 4 hari dari tarikh hari ini.
Reply emel ini untuk cara bayaran berikutnya.
Itu sahaja.
Alhamdulillah! Ada PROMOSI DEALER. Sehingga 12 hari Rabu 30.6.2021 seperti berikut:-
1. Normal Dealer (PD)
1.1 Beli RM5,000 akaun GAP (Bayar penuh) atau 1.2 Beli 7 Dinar Local (Bayar penuh /EPP4/ EPP10) atau 1.3 Beli 30g BungaMas (Bayar penuh /EPP4/ EPP10) atau 1.4 Beli 2kg Silver (Bayar penuh /EPP4/ EPP10) atau 1.5 Beli PG Jewel RM3,000 (boleh EPP6) atau 1.6 Beli RM4,200 Set Marvel Fantasy 12pcs (Bayar penuh /EPP4/ EPP10)1.7 Beli 2 X Set Mickey Raya 8 X 1g Goldbar RM2,998 (Bayar penuh /EPP4/ EPP10)1.8 Khas untuk Penjawat Awam dan Pelajar IPT: Beli minima RM2,500 Goldbar / Dinar di PG Gold Museum (Full payment) / Aurora Italia (Boleh EPP6) / Dinar Casing (Boleh EPP6).
+ Wealth Card untuk dapat 1.0% insentif dari setiap pembelian peribadi dan pelanggan berikutnya.
2. Priority Dealer (PD)
2.1 Beli RM10,000 akaun GAP (bayar penuh) atau 2.2 Beli 14 Dinar Local (Bayar penuh /EPP4/ EPP10) atau 2.3 Beli 50g BungaMas (Bayar penuh /EPP4/ EPP10) atau 2.4 Beli 3kg Silver (Bayar penuh /EPP4/ EPP10) atau 2.5 Beli PG Jewel RM5,000 (boleh EPP6 ) atau 2.6 Beli RM8,400 Set Marvel Fantasy 24pcs (Bayar penuh /EPP4/ EPP10)2.7 Beli 4 X Set Mickey Raya 16 X 1g Goldbar RM5,996 (Bayar penuh /EPP4/ EPP10)2.8 Khas untuk Penjawat Awam dan Pelajar IPT: Beli minima RM5,000 Goldbar / Dinar di PG Gold Museum (Full payment) / Aurora Italia (Boleh EPP6) / Dinar Casing (Boleh EPP6)
+ Wealth Card untuk dapat 1.5% insentif dari setiap pembelian peribadi dan pelanggan berikutnya. Sebenarnya tiada kos untuk dapat status Dealer dan nikmati insentif 1-1.5%. Hanya beli emas dan emas itu anda yang punya.
Selepas dapat PG code boleh login di sini. Selepas login boleh klik Menu > Order > Purchase Order dan scroll katalog. Boleh juga klik di link dan ikut panduan yang disediakan berikut:-
Klik Menu, Order, Purchase Order dan pilih item yang berkaitan dalam katalog.
Add to cart. Klik troli sebelah atas kanan.
Proceed to next page. Pilih GIT Shipment jika bayaran FULL PAYMENT / Pilih Pick up at branch jika pilih Syariah Easy Payment Purchase (EPP4 / EPP10).
Isi Remarks FBLIVE SYUKOR HASHIM
Tick ‘I Agree’. Klik Proceed to next page. Akan dipapar nombor CSO. Selesai.
Boleh buat bayaran dalam tempoh 4 hari dari tarikh hari ini.
Reply emel ini untuk cara bayaran berikutnya.
Jika nak beli Goldbar / Dinar untuk Penjawat Awam atau Pelajar IPT boleh login di PG Mall dengan menggunakan PG code dan Password anda. Sila klik PG Gold Museum atau Aurora Italia seller selepas login di PG Mall.
Step 2: Beli Wealth Card berasingan jika beli secara EPP atau akaun GAP (Jika buat bayaran FULL PAYMENT boleh add sekali dengan order di atas).
Add to Cart, Proceed to Next Page, pilih branch, pilih Full Payment / EPP4 / EPP10.
Isi Remarks FBLIVE SYUKOR HASHIM
Klik Proceed to Payment Page dan buat bayaran secara FPX hingga selesai.
Itu sahaja. Untuk makluman, jika nak dapat status Dealer tanpa promosi perlu modal beli emas yang lebih besar iaitu 200g (sekitar RM51,000) untuk Normal Dealer dan 500g (sekitar RM127,000) untuk Priority Dealer. Memang banyak perbezaan harga!
Lekas ambil peluang yang jarang-jarang ditawarkan ini sebab tempoh promosi tamat pada jam 12 tengahari Rabu 30.6.2021
Anda nak beli dinar emas tapi tak tahu di mana dan bagaimana cara yang paling mudah dan secara bajet?
Contoh 1 Dinar emas 24k mesra Arrahnu.
Sejak wabak COVID-19 melanda dunia dan negara tahun 2020, berjuta rakyat Malaysia terkesan dari segi ekonomi dan kehidupan seharian. Di samping itu, seluruh rakyat Malaysia terpaksa berada di rumah mengikut arahan Peraturan Kawalan Pergerakan oleh pihak Kerajaan bagi memutuskan rantaian COVID-19.
Akibatnya, ramai yang terpaksa diberhentikan kerja kerana pihak syarikat tidak dapat lagi menanggung kerugian. Banyak bisnes tak dapat dijalankan!
Maka ramai yang terpaksa bergantung kepada dana kecemasan dan bagi yang masih dapat bekerja, ramai yang mula beringat dan belajar bagaimana nak baiki status kewangan peribadi dan ahli keluarga.
Ramai yang nak ceburi bidang pelaburan emas kerana harga emas dilihat semakin meningkat bermula akhir Mac 2020 dan mencecah harga tertinggi pada 7 Ogos 2020 dengan harga RM304/g!
Harga Emas Kembali Turun
Namun sekarang harga emas kembali turun. Tapi tak turun ke paras harga sebelum COVID-19 melanda. Dulu harga emas pelaburan 999 di bawah RM200/g. Tahun ini yang paling rendah jejak RM240/g pada awal April 2021.
Nak tunggu harga emas turun lagi? Lupakan sahaja… sebab jika nak tunggu harga emas jatuh akhirnya anda tak akan dapat walaupun 1 gram emas dalam simpanan anda. Strategi paling berkesan untuk mulakan pelaburan emas ialah beli dulu baru tunggu dan bukannya tunggu dulu baru beli.
Bila dah beli barulah anda ada tanda aras harga emas samada naik atau turun. Selagi tak beli emas 1 gram, selagi itu anda tak akan tahu harga emas yang terbaik untuk beli. Yang penting anda ada duit extra contoh duit i-Sinar atau bonus penjawat awam RM500 sebelum Hari Raya Aidilfitri, atau bonus gaji hujung tahun,
Jika tak tukar ke dalam bentuk emas, sudah pasti duit tunai akan habis tak tahu ke mana akhirnya. Bila ada tunai perasaan nak berbelanja akan sentiasa ada. Namun bila cepat-cepat tukar kepada emas, perasaan nak tambah simpanan emas akan sentiasa ada.
Jadi elakkan duit tunai anda “bocor” dibelanjakan ke tempat lain.
Berapa Banyak Perlu Ada Simpanan Emas?
Berapa banyak nak simpan emas? Jika ikut pakar kewangan negara Tuan Azizi Ali, 10% daripada pendapatan anda perlu ditukar kepada bentuk emas pelaburan. Jika ikut pakar kewangan tersohor dunia seperti Robert Kiyosaki menyarankan sebanyak 25% manakala Mike Maloney menyarankan sebanyak 50%!
Cara Mudah Dan Patuh Syariah Dapatkan Dinar Emas
Alhamdulillah! Pada masa ini terdapat cara mudah dan patuh syariah untuk anda dapatkan 1 Dinar emas 24k seperti di bawah dengan bajet rendah. Namun peluang untuk dapatkan dinar emas cara bajet ini bukanlah ada sepanjang masa. Terdapat tempoh yang tertentu sempena promosi yang ditawarkan oleh syarikat Public Gold.
Anda tak perlu risau status patuh syariah pembelian emas pelaburan di Public Gold sebab sejak 2016 lagi Public Gold telah mendapat Sijil Patuh Syariah daripada Panel Penasihat Syariah Amanie Advisor seperti di bawah.
Sijil patuh syariah outright purchase, EPP dan jual balik di Public Gold.
Di sini saya ingin kongsikan cara paling mudah dan patuh syariah untuk anda dapatkan 1 Dinar emas 24k (999.9).
Nak mulakan pelaburan emas hiasan? Sebelum anda teruskan, di sini saya ingin kongsikan 5 rahsia pelaburan barang kemas yang perlu anda tahu agar anda tidak menyesal kemudian hari.
Sudah tentu semua kenal barang kemas sejak dari kecil lagi. Kita semua pernah lihat ibu kita pernah memakai samada rantai emas di leher atau gelang emas di lengan atau cincin emas di jari atau anting-anting emas di telinga. Ibu kita simpan rapi dalam peti khas barang kemas yang biasa diletak di almari cermin muka.
Contoh barang kemas atau emas hiasan yang disimpan dalam peti.
Kisah Saya Pergi Ke Kedai Emas Hiasan Yang Pertama
Seperti anda, masa kecil saya juga hanya kenal emas daripada jenis barang kemas emas hiasan sahaja. Yang saya tahu fungsi barang kemas hanyalah untuk wanita sebagai perhiasan sahaja dan tak lebih dari itu.
Sehinggalah selepas berkahwin dan mempunyai anak pertama, isteri saya Kak Zu, berhasrat nak lihat barang kemas di kedai emas. Katanya emas murah la ni (dengan loghat utagha sebab Kak Zu asal Kedah, saya Johor). Saya dan Kak Zu pun menaiki motor menuju ke kedai emas bersama anak sulung pada petang Sabtu.
Sampai di kedai emas, tauke kedai emas sambut dengan senyuman. Kak Zu terus duduk manakala saya berdiri sambil dukung anak. Kak Zu sembang-sembang dan cabut cincin emas di jari dan minta tauke kedai emas timbang untuk tahu harga.
Selepas tahu harga, Kak Zu minta tauke emas keluarkan beberapa bentuk cincin yang ada dalam cermin display. Kak Zu mula belek-belek, try test pakai di jari dan akhirnya memilih sebentuk cincin yang lebih cantik dan lebih berat!
Saya dah mula berdebar dan tertanya-tanya dalam hati. Eh! Cukup ke duit tunai nak tambah nanti? Haha.. Maklumlah, baru 3-4 tahun bekerja makan gaji yang tak sampai RM1,500 sebulan!
Nak tahu apa jadi selepas tu? Hati yang berdebar-debar menjadi terkejut! Tiba-tiba tauke kedai emas keluarkan beratus-ratus duit tunai dan beri kepada Kak Zu.
Sambil dukung anak, saya terpinga-pinga dan mula rasa takjub dengan kepandaian Kak Zu berinteraksi dengan tauke kedai emas dalam memilih cincin emas yang lebih cantik dan lebih berat di samping dapat duit tunai lagi.
Kisah ini berlaku sekitar 20 tahun yang lalu. Pada masa itulah saya baru tahu barang kemas boleh ditrade-in dan jika kena pada masa yang sesuai, anda boleh dapat barang kemas yang lebih cantik, lebih berat dan duit tunai sekaligus!
Kisah Saya Kenal Dengan Pelaburan Emas
Namun, selepas kisah tersebut saya tak terfikir untuk belajar ilmu mengenai emas. Sehinggalah pada awal tahun 2014, seorang kenalan saya ditahan SPRM kerana terlibat dengan satu skim cepat kaya yang bertopengkan pelaburan emas.
Yang sebenarnya, saya kenal pun tak berapa rapat. Tapi disebabkan beberapa bulan sebelum kejadian, beliau membuatkan rakan-rakan sekerja hangat bercerita tentang kereta mewah BMW yang dipandu ke tempat kerja! Saya hanya perhati dari jauh dan dapat tahu ada bisnes pelaburan emas yang disertai beroperasi dari Hong Kong dan telah memasuki Thailand, Indonesia dan Malaysia.
Saya pun Google dan mendapati beberapa testimoni kereta mewah dipaparkan di Youtube. Tiada pelan bisnes, tiba-tiba dapat kereta mewah seperti BMW, Mercedes, Ferarri dan Lamborghini!
Saya pun membaca doa lihat kemewahan dunia yang mengagumkan seperti yang diriwayatkan oleh Syaikh Ibnul Utsaimin Rahimahullah mengatakan:
Rasulullah Sallallahu’alaihi wasallam dahulu bila melihat suatu perkara dunia yg membuatnya takjub, beliau mengatakan:
لبيك إن العيش عيش الآخرة
Labbaik, innal ‘aisya ‘aisyul akhirah “Aku penuhi panggilanmu ya Allah, sungguh kehidupan yg hakiki adalah kehidupan akhirat”
(HR. Bukhari 2834, Muslim 1805)
Nak dipendekkan cerita, akhirnya saya dengar kenalan saya ditahan SPRM. Alhamdulillah terselamat saya daripada terjebak dalam skim cepat kaya bertopengkan pelaburan emas. Sejak dari hari itu, saya mula mencari info mengenai pelaburan emas.
Rupa-rupanya terdapat berbagai jenis rupa pelaburan emas. Antara yang popular ialah pelaburan emas hiasan. Beli barang kemas masa harga rendah dan jual balik masa harga tinggi.
Tapi… sebenarnya betulkah cara ini boleh dapat keuntungan maksimum?
Pelaburan Emas Hiasan?
Mengapa emas hiasan atau barang kemas lebih diminati untuk tujuan pelaburan emas? Di sini anda akan dapat tahu rahsia pelaburan emas yang berkaitan dengan emas hiasan.
Disebabkan pada masa ini, harga emas dilihat menurun berbanding beberapa bulan yang lalu, ramai yang memilih untuk membeli emas hiasan atau barang kemas. Seperti yang tertera di akhbar Sinar Harian seperti di bawah.
Menurut pakar ekonomi, pulangan emas lebih stabil dan tidak bersifat spekulatif sebagaimana pasaran saham.
Pakar emas menyatakan inilah masa untuk tambah simpanan emas. Namun apabila anda nak mula beli emas untuk tujuan pelaburan, ada rahsia ilmu pelaburan emas yang anda perlu tahu.
Jika anda lihat gambar yang digunakan oleh akhbar Sinar Harian di atas, kebanyakan rakyat Malaysia akan tersilap langkah dan terus memilih jenis emas yang paling tak sesuai untuk tujuan pelaburan.
Rahsia pelaburan emas hiasan dibongkarkan!
Sebenarnya, terdapat beberapa jenis emas di Malaysia dan seluruh dunia yang memberi kelebihan kepada penyimpan atau pelabur emas berbanding emas hiasan atau barang kemas.
Antara jenis emas yang sesuai untuk tujuan pelaburan ialah jongkong emas dan dinar emas 999.9. Anda boleh lihat contoh jongkong emas (Goldbar) dan dinar emas di bawah.
Goldbar 10g (999.9)
1 Dinar 24k (999.9)
Apa rahsia pelaburan emas hiasan? Rahsianya seperti berikut…
Perbezaan antara emas hiasan dan emas pelaburan
Berbeza dengan emas hiasan atau barang kemas 999 atau 916, jongkong emas dan dinar emas 999 ini lebih mudah untuk disimpan oleh bukan hanya wanita malah lelaki juga. Jadi tiada banyak isu yang akan timbul bila tiba masa akan datang sebab emas ini boleh diwarisi oleh anak lelaki dan juga perempuan.
Di sini saya nak tunjukkan perbezaan antara jongkong emas (goldbar) atau Dinar berbanding emas hiasan atau barang kemas seperti yang ditunjukkan di bawah.
Di mana ruginya simpan emas hiasan untuk tujuan pelaburan?
Sebagai contoh pertama, anda beli emas hiasan sekilogram dengan harga RM50,000. Ketika harga emas naik RM100/g kepada RM100,000 anda jual balik dan kedai emas akan tolak RM25,000 sebelum beri baki hanya RM75,000 kepada anda.
Contoh kedua, anda beli emas jongkong atau dinar pelaburan sebanyak RM50,000. Ketika harga emas naik RM100/g kepada RM100,000 anda jual balik dan kedai emas akan tolak RM8,000 sebelum beri baki RM92,000 kepada anda.
Seterusnya setiap emas ada dikenakan kos premium. Kos premium ditakrifkan sebagai kos upah bentuk, kos minting, kos insurans dan kos transport. Kos premium emas hiasan yang paling mahal ialah kos upah manakala tiada kos upah bagi emas pelaburan.
Jadi elakkan dari membeli emas hiasan untuk tujuan pelaburan. Namun, jika anda seorang wanita yang gemar beli emas hiasan, silakan beli emas hiasan. Tiada siapa yang larang.
Jika anda baru tersedar bahawa emas hiasan bukanlah emas yang sesuai untuk dijadikan sebagai pelaburan, jangan bimbang, ada cara mudah untuk tukar barang kemas sedia ada kepada emas pelaburan.
Nak tahu strategi pelaburan emas yang telah terbukti dan dipraktikkan oleh pakar kewangan tersohor di Malaysia?
Ya! Anda berpeluang menjana keuntungan berganda dalam pelaburan emas emas dengan menggunakan strategi yang digunakan oleh pakar kewangan Tuan Azizi Ali.
Beliau adalah seorang mentor kewangan yang telah menulis lebih 30 buah buku mengenai kewangan dalam Bahasa Melayu dan Inggeris.
Berikut disenaraikan 5 Strategi Utama Pelabur Emas oleh Tuan Azizi Ali:
Strategi Pelaburan Emas No. 1: Bermula Kecil Dahulu
Disarankan bermula dengan 1 gram dahulu pada hari ini. Mengapa perlu beli hari ini? Sebab selepas beli segram barulah kita akan tahu harga selepas ini turun atau naik. Harga belian pertama itulah merupakan tanda aras kepada harga emas pada masa akan datang.
Jika anda nak tunggu masa yang sesuai untuk beli emas, biasanya anda tak akan mula. Nak tunggu harga emas turun? Tiada siapa tahu masa bila emas akan turun. Pakar analisis teknikal harga emas dunia pun tak pernah beri jaminan bahawa analisisnya tepat 100%. Kebiasaan pakar analisis hanya berani menyatakan jangkaan mereka sekitar 70% tepat.
Strategi Pelaburan Emas No. 2: Beli Emas Secara Konsisten
Beli dan Simpan (Labur) Emas Secara Konsisten Setiap Bulan
Strategi ini telah digunapakai oleh beliau sejak berpuluh tahun yang lalu.
Strategi Pelaburan Emas No. 3: Tambah Simpanan Bila Ada Lebih
Tambah Simpanan dan Pelaburan Emas Ketika Menerima “Wang Besar” Atau Durian Runtuh
Contoh bonus tahunan, untung saham dan untung perniagaan.
Strategi Pelaburan Emas No. 4: Melabur Secara Banyak
Mengapa strategi ini digunakan? Baiklah. Jika anda mula melabur 1 gram dan tiba masa harga emas naik RM84/g dalam tempoh 5 bulan. Keuntungan kasar yang anda akan dapat hanyalah RM84.00 sahaja.
Jika anda beli 100g Goldbar pula, dalam tempoh 5 bulan sahaja anda boleh kaut untung kasar sebanyak RM8,400.00!
Oleh sebab itu, pakar kewangan seperti Tuan Azizi Ali menyarankan jika mahu kaut keuntungan besar, melaburlah dalam jumlah yang besar sekurang-kurangnya 100 gram!
Strategi Pelaburan Emas No. 5: Tuntut Ilmu Emas
Dapatkan ilmu mengenai emas dan pelaburan emas sebanyak-banyaknya. Beli dan baca buku-buku mengenai emas pelaburan dan hadiri seminar mengenai emas samada secara bersemuka atau secara maya atau online.
Itu sahaja 5 Strategi Pelaburan Emas Jana Keuntungan yang boleh anda gunakan. Namun, sebenarnya banyak lagi rahsia ilmu emas dapat diterokai apabila anda menceburi pelaburan emas dengan betul.
Anda boleh mulakan serendah RM100 sahaja dahulu untuk mendapat sejumlah 0.3XXX gram emas (bergantung kepada harga harian emas yang dikemaskini setiap hari). Misalnya pada hari ini harga emas ialah RM258/g, maka anda akan dapat 0.3876 gram dalam akaun GAP.
Jika anda terus beli 1 gram lebih mudah nak ingat harga pertama kali anda beli emas untuk dijadikan tanda aras (benchmark) kepada turun atau naiknya harga emas selepas ini.
Mulakan dengan gram emas yang kecil dahulu dengan buka akaun simpanan emas Gold Accumulation Program (GAP) hanya serendah RM100 sahaja dan anda akan dapat gram emas sehingga kepada 4 titik perpuluhan disimpan dalam akaun GAP yang boleh diakses 24 jam sehari.
Setelah beberapa ketika anda boleh teruskan menyimpan berdikit-dikit secara konsisten. Letaklah sasaran sekurang-kurangnya gram emas bersamaan dengan 3 bulan gaji.
Contoh pengiraan berapa gram emas yang patut anda ada sebagai dana kecemasan selama 3 bulan. Misalnya pendapatan bulanan anda bersamaan dengan RM2,000 sebulan. Ini bermakna anda memerlukan sebanyak RM6,000 sebagai dana kecemasan anda.
Anda ada emas dan nak jual emas? Namun anda ragu-ragu untuk cari pembeli emas. Bimbang dan risau nak jual emas sedangkan anda perlukan duit tunai dalam sehari dua ni!
Tak kisahlah apa jenis emas pun anda ada, samada gelang emas, rantai emas, goldbar, Dinar Kelantan, Dinar Mekah, Kijang Emas, emas Sri Ayu, emas GCR, emas Habib Jewels, emas Poh Kong, emas Wah Chan, emas Sri Pinang, emas Sri Harmoni dan banyak lagi jenama emas yang anda simpan…
Barang kemas
Gold bar atau jongkong emas
Syiling dinar emas
Apa anda nak buat? Jangan risau, sebab pada hari ini anda boleh tukar apa jua jenis simpanan emas yang anda ada kepada duit tunai tanpa perlu buat pinjaman di bank untuk dapat duit tunai segera! Anda boleh jual balik sebarang barang kemas atau jongkong emas jenama lain kepada duit tunai.
Kemudian anda boleh membeli produk Public Gold dengan harga yang tertinggi di Malaysia. Pelan ini dinamakan X-Plan (trademark).
Anda boleh trade-in apa juga jenama emas anda di Public Gold. Perlu diingat proses trade-in emas atau perak jenis pelaburan (bukan emas hiasan) tertakluk kepada syarat yadin bi yadan yang patuh syariah.
Bagaimana? Caranya mudah sahaja iaitu anda pastikan nilai tunai emas pelaburan Goldbar atau Dinar yang anda jual. Selepas dah setuju, anda boleh terus beli emas yang baharu dengan nilai duit tunai yang and dapat tadi. Itu sahaja.
Nilai transaksi untuk X-Plan ini akan berdasarkan harga semasa yang tertera di laman web Public Gold (www.publicgold.com.my)
Anda boleh bawa sebarang jenama emas yang anda ada ke cawangan terdekat Public Gold. Sila hubungi dahulu cawangan Public Gold yang terdekat seperti yang boleh anda dapati di link “Cawangan Public Gold di Malaysia“.
Anda boleh menggunakan aplikasi Whatsapp ke talian telefon bimbit yang tertera untuk setiap cawangan tanpa perlu bazirkan credit telefon bimbit anda… nak guna Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris pun tiada masalah. Apa yang penting anda perlu perkenalkan diri anda dahulu dengan maklumat seperti berikut:-
Hai Nama PIC (Person In Charge). Nama: Fulan bin Fulan IC: 987654321000 Introducer: PG047646 Suhaimee Manaf Pertanyaan: Saya ingin jual balik emas jenama X saya kepada tunai. Bila saya boleh hadir? Sekian TQ.
Sila bawa screenshot e-statement akaun bank / muka depan buku bank anda untuk diserah kepada staf Public Gold kerana bayaran tunai akan terus dimasukkan ke dalam akaun bank anda dalam tempoh 24 hingga 48 jam.
Oleh kerana seluruh dunia termasuk negara kita dilanda wabak COVID-19 sejak akhir tahun 2019, anda perlu set temujanji secara online dahulu untuk pergi ke cawangan terdekat.
STEP 3: Selepas anda klik link tersebut anda tutup mesej pop-up dengan klik butang pangkah di atas kanan.
STEP 4: Kemudian sila pilih cawangan terdekat dan pilih Walk in enquiry.
STEP 5: Seterusnya, anda pilih tarikh dengan klik pada tarikh yang anda rancang nak ke sana. Jika tarikh tersebut penuh, anda klik > di sebelah kanan untuk scroll tarikh ke kanan.
STEP 6: Klik semua tarikh hingga anda jumpa tarikh yang ada paparan masa seperti di bawah:
STEP 7: Seterusnya, anda hanya perlu isikan maklumat peribadi anda dengan lengkap dan klik butang Book Appointment..
Itu sahaja! Sila screenshot bukti tempahan temujanji anda untuk followup dengan cawangan Public Gold pilihan anda. Sila Whatsapp screenshot tersebut kepada staf Public Gold yang terdekat seperti yang boleh anda dapati di link “Cawangan Public Gold di Malaysia“.
Waktu urusan ialah 9.00 pagi hingga 6.00 petang (Isnin hingga Jumaat) manakala 9.00 pagi hingga 1.00 petang (Sabtu). Jadi, anda tak perlu ambil nombor dan beratur bila anda sampai ke Public Gold. Sila bawa IC dan salinan muka depan buku bank (Maybank yang terbaik) untuk urusan bayaran tunai terus ke bank anda. Namun anda boleh emel salinan buku bank anda kemudian jika tertinggal.
Untuk maklumat lanjut anda boleh emel terus kepada Public Gold di en*****@************om.my (Sila cc emel anda ke su******@***********as.org untuk bantuan dari saya sekiranya ada apa-apa masalah).
Semoga info ini dapat membantu anda menjual emas anda untuk dapat duit tunai dengan segera.