Pelaburan Emas Sebagai Dana Persaraan Bagi Penjawat Awam

Wajarkah pelaburan emas dijadikan sebagai dana persaraan bagi penjawat awam seterusnya capai matlamat kebebasan kewangan? Bolehkah emas dijadikan alat untuk menyimpan kekayaan? Bila ditanya kepada penjawat awam…

“Apa nak risau? Saya kan dah pilih untuk menerima pencen kerajaan…”

Anonymous (Penjawat awam)
Pelaburan Emas - Dana persaraan perlu dikumpul seawal terima gaji.
Dana persaraan perlu dikumpul seawal terima gaji.

Oleh yang demikian, memang tak dapat dinafikan, penjawat awam memiliki kelebihan berbanding pekerja swasta. Ini adalah kerana penjawat awam mempunyai skim pencen apabila mencapai usia persaraan. Rata-rata penjawat awam memilih untuk bersara pada usia 60 tahun. Ada juga yang memilih usia pencen 55 tahun. Tapi tak seramai 60 tahun.

Tempoh Melabur Emas Sesuai Dengan Tempoh Pencen

Jika seseorang penjawat awam mula berkhidmat pada usia 25 tahun, dan pencen pada usia 60 tahun, bermakna tempoh perkhidmatan mencecah hingga 35 tahun!

Seterusnya, pencen yang diterima selepas usia persaraan boleh dikira anggaran kasar jumlah duit pencen dan ganjaran menggunakan kalkulator Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang disediakan di laman web di Pengiraan Anggaran Pencen.

Kebiasaannya penjawat awam yang berkhidmat sekurang-kurangnya 30 tahun boleh merasai ganjaran persaraan mencecah enam angka! Ya! Ratus ribu.

Jadi… apa nak risau kan? Kenapa nak melabur emas pula untuk dana persaraan?

Disebabkan percaya dengan skim pencen dan rasa selesa inilah kebanyakan penjawat awam tidak mempunyai tabungan yang sepatutnya mencukupi semasa pencen nanti. Malah ada yang terpaksa mencari kerja untuk menyara hidup walaupun dalam keadaan tubuh badan dan kesihatan yang semakin uzur.

Oleh itu, pelaburan untuk dana persaraan adalah keputusan yang penting dalam merancang masa depan kewangan sebagai penjawat awam. Di antara pelbagai pilihan, pelaburan dalam emas telah muncul sebagai pilihan yang menarik, terutama bagi penjawat awam. Di sini kita akan meneroka manfaat pelaburan dalam emas sebagai dana persaraan untuk golongan penjawat awam.

1. Melabur Emas Perlindungan Terhadap Ketidakstabilan Pasaran

Pertama-tama, emas dikenal pasti sebagai aset yang mantap dan mampu melindungi nilai harta dalam keadaan ekonomi yang tidak stabil. Ketika pasaran saham dan mata wang mengalami fluktuasi, emas cenderung mengekalkan nilai intrinsiknya. Ini memberikan perlindungan tambahan terhadap risiko pasaran yang mungkin mempengaruhi pelaburan tradisional.

2. Pelaburan Emas Penambah Kepelbagaian Pelaburan

Dengan kata lain, memiliki pelbagai pelaburan adalah kunci untuk mengurangkan risiko. Pelaburan dalam emas memberikan penjawat awam peluang untuk memperluaskan portfolio mereka di luar aset konvensional seperti saham dan bon. Dengan menyertakan emas dalam portfolio, penjawat awam dapat meningkatkan ketahanan mereka terhadap perubahan ekonomi global.

3. Kestabilan Nilai Semasa dan Masa Depan

Berdasarkan sejarah, emas telah menunjukkan kecenderungan untuk mengekalkan nilai beliannya sepanjang masa. Ini bermakna, walaupun terdapat fluktuasi harga, emas cenderung meningkat seiring dengan inflasi. Untuk penjawat awam yang mencari pelaburan jangka panjang, melabur emas mungkin menjadi pilihan yang bijak untuk mengekalkan daya beli dana persaraan mereka.

4. Keupayaan untuk Mengatasi Krisis Kewangan

Emas sering dianggap sebagai perlindungan semasa krisis kewangan. Sebagai contoh, semasa kemelesetan ekonomi atau kejatuhan pasaran, harga emas cenderung meningkat kerana pelabur mencari aset yang lebih selamat. Ini membuat emas menjadi pilihan yang berpotensi menguntungkan bagi penjawat awam yang ingin menjaga dana persaraan mereka semasa keadaan ekonomi tidak menentu.

5. Kedudukan Emas sebagai “Nilai Sebenar”

Emas sering dianggap sebagai “nilai sebenar” atau aset yang mempunyai nilai intrinsik. Berbanding dengan beberapa bentuk pelaburan yang mungkin bergantung pada faktor-faktor luaran seperti prestasi syarikat, harga emas cenderung dipengaruhi oleh keadaan ekonomi dan kestabilan global. Ini menjadikan emas lebih bersifat tanggungjawab dan kurang terdedah kepada manipulasi pasaran.

Risiko Pelaburan Emas Versus Duit Pencen Penjawat Awam

Sebenarnya, kedua-dua pelaburan emas dan duit pencen sebagai dana persaraan penjawat awam ada risikonya. Cuma perbandingan risiko di antara kedua-duanya ada perbezaan yang agak ketara.

  • Risiko No. 1 – Walaupun duit dan ganjaran pencen penjawat awam boleh mencecah hingga enam angka bila mencecah usia bersara… harta tersebut hanyalah dalam bentuk duit kertas yang dimakan inflasi dari tahun ke tahun! Kekuatan nilainya tidak sama untuk tempoh 5 hingga 10 tahun akan datang.
  • Risiko No. 2 – Dasar pencen kerajaan berkemungkinan akan berubah pada masa akan datang apabila ekonomi negara tidak stabil.
  • Risiko No. 3 – Pesara kerajaan merupakan golongan yang paling ramai menjadi mangsa “scammer” yang bijak memerangkap dan memperdaya dengan pelbagai helah agar pesara kerajaan melabur dalam skim cepat kaya (yang sebenarnya skim cepat lingkup!)

Mengapa boleh jadi sampai begitu? Okay baiklah…

Contoh Inflasi Penyebab Krisis Matawang

Melabur Emas - Krisis matawang Greece

Sebagai contoh, Negara Greece telah mengalami krisis matawang dan kemerosotan ekonomi sehingga memaksa kerajaan mereka melaksanakan dasar penjimatan negara yang menyebabkan:

  • Peningkatan nilai hartanah dan kadar cukai yang tinggi
  • Pengeluaran wang dari bank dikawal ketat
  • Penetapan had pengeluaran duit sebulan bagi pekerja awam
  • Pemotongan elaun dan pemansuhan bonus bagi pekerja awam

Oleh itu, jatuhnya ekonomi negara Greece adalah kerana sistem pentadbiran yang tidak efisien, salah urus tadbir negara dan tipu angka ekonomi di dalam laporan kewangan.

Selain itu, isu yang lebih menyedihkan bila nilai matawang Greece jatuh. Golongan pesara di Greece terpaksa kembali bekerja kerana kerajaan Greece telah menghadkan pengeluaran wang persaraan mereka setiap bulan.

Disinilah pentingnya kita mempelbagaikan simpanan harta dan aset kita dan tidak hanya bergantung pada wang fiat semata-mata. Wang fiat hakikatnya tidak bernilai. Nilainya ditentukan oleh jaminan kerajaan dan kuasa ekonomi ketika itu. 

Emas pula nilainya berdiri dengan sendiri. Tidak kira ekonomi dan negara mana kita berada, emas akan kekal relevan dan bernilai. Sekiranya kita secara berdikit menukar duit kekayaan kepada bentuk pelaburan emas, keadaan mungkin akan menjadi berbeza bukan?

Sebagai contoh, pasangan suami isteri berkahwn pada usia 25 tahun.

Suami daftar akaun emas GAP, menabung 1 gram sebulan.

Isteri daftar akaun emas GAP, menabung 1 gram sebulan.

Hidup susah senang bersama hingga capai 60 tahun usia bersara. Suami ada minima 420 gram emas + isteri ada minima 420 gram emas = 840 gram

Sebulan sekali jual 5 gram, cukup keperluan sepasang suami isteri selama 14 tahun.

Jangka hayat anggaran rakyat Malaysia = 72 – 75 tahun. Ngam kan? 

Akhirnya, jika cinta hingga ke Jannah, usahakan bina dana persaraan seawal perkahwinan. Bajet kecil menabung CARA KECIL. Layari Akaun Tabungan Emas Bajet Kecil Serendah RM100 di sini.

Ringkasan Wajarkah Pelaburan Emas Dijadikan Dana Persaraan?

Dalam menilai pelaburan untuk dana persaraan, penjawat awam perlu mempertimbangkan pelbagai faktor. Pelaburan dalam emas menawarkan kestabilan, perlindungan terhadap ketidakstabilan pasaran, dan peluang pertumbuhan jangka panjang. Dengan menyertakan emas dalam portfolio pelaburan mereka, penjawat awam dapat meningkatkan peluang mereka untuk mencapai matlamat kewangan mereka semasa bersara.

Dengan kepelbagaian, ketahanan terhadap inflasi, dan perlindungan semasa krisis, emas menonjol sebagai pilihan pelaburan yang bijak bagi penjawat awam yang ingin memastikan masa depan kewangan mereka yang selesa dan selamat.

Oleh itu, kesimpulannya adalah sangat wajar penjawat awam memilih untuk jadikan emas sebagai pelaburan jangka panjang sebagai dana persaraan nanti.

Jika anda nak mulakan tabungan emas pelaburan minima 1 gram (sekitar RM300) setiap bulan, Layari Panduan Pelaburan Emas di sini.

Cara Pelaburan Emas – Persoalan Yang Sering Ditanya

Nak tahu cara pelaburan emas terbaik di Malaysia? Ini adalah salah satu persoalan yang sering ditanya oleh pengunjung blog PelaburanEmas.org. Di sini saya akan kongsikan sedikit sebanyak ilmu emas agar sahabat-sahabat semua faham teknik pelaburan emas terbaik yang boleh anda lakukan dan juga tips untuk anda elakkan apabila nak melabur emas.

Persoalan yang paling banyak sekali pengunjung blog ini bertanyakan saya tentang hukum pelaburan emas yang ada ditawarkan kepadanya oleh satu syarikat samada halal atau haram. Alhamdulillah… satu petanda baik bahawa umat Islam semakin peka tentang halal dan haramnya sumber pendapatan mereka.

Skim pelaburan bertopeng emas
Gambar hiasan – Jangan terpedaya dengan skim pelaburan bertopeng emas

Ramai di antara para pelabur emas di Malaysia terkeliru dan mungkin terpedaya dengan skim pelaburan emas yang BERTOPENGKAN EMAS dan berbagai-bagai seperti pelaburan emas ETA (Estimate Time of Arrival – macam tunggu masa ketibaan pesawat penerbangan di airport je bunyinya…) yang semakin hangat diperkatakan. Mereka hanyalah satu daripada beratus-ratus contoh skim cepat kaya yang akan memerangkap anda.

Baru-baru ini telah dilaporkan dalam Harian Metro bertarikh 10 Januari 2020 berkaitan ada pihak tertentu yang menggunakan nama syarikat Makmur Gold Holding Sdn Bhd untuk memperdaya penduduk di sekitar Kuantan, Pahang dan Kota Bharu, Kelantan.

Pengerusi Eksekutifnya, Hishamuddin Abdullah berkata, skim pelaburan emas itu dipercayai sudah memperdaya ramai mangsa yang mengalami kerugian ratusan ribu ringgit.

Katanya, pihaknya mengetahui nama syarikatnya digunakan oleh skim pelaburan emas yang berpengkalan di Kuantan, Pahang dan mempunyai ramai ejen di Kelantan, minggu lalu.

“Ia hasil daripada lebih 10 pelanggan yang datang ke kedai kami di Kuantan, Pahang dan Tunjong, Kota Bharu yang bertanya sama ada syarikat kami menjalankan pelaburan emas.

“Syarikat menegaskan tidak pernah menjalankan skim pelaburan emas, sebaliknya kami mengeluar dan menjual emas baharu.

“Kami membuat laporan polis kerana tidak mahu skim pelaburan emas itu menyalahgunakan nama kerana boleh merosakkan nama syarikat,” katanya ketika ditemui di IPD Kota Bharu di Pengkalan Chepa, hari ini.

Menurutnya, ia adalah laporan polis kedua dibuat syarikatnya selepas yang pertama di Kuantan, Selasa lalu.

Katanya, pihaknya tidak mahu skim pelaburan emas itu terus menggunakan nama syarikat dan memaklumkan kepada pelabur bahawa Makmur Gold di Kota Bharu dan Kuantan sebagai pusat operasi mereka.

“Saya berharap orang ramai lebih berhati-hati dengan skim pelaburan emas bagi mengelakkan mereka mengalami kerugian,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud mengesahkan menerima laporan dan pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut.

Sumber: Harian Metro, 10 Januari 2020.

Untuk sahabat-sahabat yang masih keliru, persoalan ini mudah dijawab jika kita faham bahawa TIADA ISTILAH beli jongkong emas sekali dan dapat untung berkali-kali tanpa buat apa-apa.

Seterusnya soalan ini mudah dijawab jika kita faham konsep riba iaitu kita mendapat keuntungan dengan memberi pinjam (memberi deposit) duit kita sebanyak RM10,000 pada pihak yang lain (dengan persetujuan bahawa ada bayaran tambahan atau keuntungan (dipanggil riba qardh) pada setiap minggu atau setiap bulan tanpa usaha dan tanpa mengurangi duit RM10,000 tersebut.

Bila anda diberi NOMBOR AKAUN BANK untuk tujuan deposit pelaburan emas, sila pastikan nombor akaun tersebut BUKAN atas nama INDIVIDU.

Jika anda diberi nombor akaun syarikat pula, boleh semak di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan layari https://www.ssm-einfo.my/. Selepas login, klik ikon Search dengan isikan nama syarikat (By name). Jika tiada… maka syarikat tersebut tidak berdaftar dan anda berisiko amat tinggi untuk diperdaya.

Mudahkan? Memang amat mudah nak faham namun pihak Yahudi, Nasrani dan Majusi memang pandai. Mereka cipta pelbagai nama agar umat Islam terkeliru dan terpaksalah ulama-ulama mengeluarkan fatwa demi fatwa yang menyatakan sesuatu pelaburan itu halal atau haram. Perkataan seperti “dividen tetap bulanan” yang paling popular selain daripada bonus atau keuntungan.

Beberapa tahun dulu (semasa posting ini ditulis pada 1 Januari 2015), ciri-ciri ini terdapat pada Pegasus Bullion yang semakin berkembang secara ‘underground’ di Malaysia (tiada syarikat yang sah dan dipantau oleh BNM) kerana syarikat ini beroperasi dari Hong Kong dan telah membuka cawangan di Thailand dan Indonesia – sekarang dah senyap sepi.

Ramai yang terpedaya termasuk penjawat awam! Kasihan…

Sejak lebih lima tahun lepas juga, terdapat satu lagi jenis pelaburan emas yang sedang secara atas talian ke atas komoditi-komoditi utama dunia seperti emas, perak, koko, gula, gandum, minyak mentah dan sebagainya. Mereka mencipta program yang dinamakan Plus500 dan apabila diselidiki, syarikat ini beroperasi dari Israel dan pendaftaran di London. Mereka menggunakan istilah CFD atau “Contract For Difference”. Memang syok dapat keuntungan yang banyak samada harga komoditi naik atau jatuh, namun, yang haram tetap haram.

Janganlah kita termakan umpan mereka yang menawarkan keuntungan beribu-ribu ringgit seminggu malah sehari! Ingatlah hari akhirat agar kita tidak menyesal selama-lamanya memakan harta yang haram.

Persoalan seterusnya ialah mengenai cara pelaburan emas yang paling baik. Pada asasnya…

JANGAN SEKALI-KALI MEMBELI EMAS MENGGUNAKAN DUIT PINJAMAN ANDA!

Adalah menjadi sesuatu yang amat malang jika anda memohon personal loan atau pinjaman peribadi semata-mata nak dapat keuntungan pelaburan emas dengan membeli emas. Mana-mana guru pelaburan emas yang menasihati anda untuk menggunakan duit pinjaman untuk beli emas merupakan guru emas ajaran sesat dan akan menyesatkan anda juga. Anda yang akan menjadi mangsa penipuan guru emas ajaran sesat tersebut.

Dan satu lagi kaedah paling berisiko dalam pelaburan emas di Malaysia ini ialah kaedah beli pajak, beli pajak emas di Ar-Rahnu. Aduhai… memang orang Malaysia ni serba boleh dan sangat cepat terpedaya bila dengar apa-apa pelaburan yang ‘janji’ pulangan beribu-ribu dalam skim cepat lebur ni… Tahukah anda bahawa nama anda akan disimpan dalam maklumat Bank Negara Malaysia apabila anda pernah membuat pajakan di Pejabat Pos atau mana-mana bank seperti Bank Rakyat dan Bank Islam. Kemungkinan sukar untuk anda membuat pinjaman untuk beli rumah atau kereta nanti. Jadi, berhati-hatilah ye…

Anda hanya dinasihatkan untuk membuat pelaburan emas hanya dengan membeli emas fizikal menggunakan LEBIHAN DUIT SIMPANAN ANDA SENDIRI SAHAJA! Jangan pula anda gunakan kesemua duit simpanan untuk beli emas. Anda perlu meninggalkan duit simpanan untuk keperluan sekurang-kurangnya untuk selama tiga bulan. Itu adalah teknik pelaburan emas yang terbaik dari dahulu, sekarang dan akan datang. Tiada cara pelaburan emas seperti itu akan mendatangkan masalah atau risiko kepada anda.

Sebenarnya, ada banyak lagi… Dapatkan 5 tips mudah memulakan pelaburan emas secara sah dan patuh syariah di sini.

Seperti yang saya dah bincangkan sebelum ini tentang ciri-ciri pelaburan emas yang sah dan patuh syariah, saya cadangkan anda untuk bandingkan sendiri bank-bank atau syarikat-syarikat yang mana memberikan anda keuntungan pelaburan emas yang sebenar malah sah di sisi undang-undang dan yang paling penting patuh syariah iaitu halal

Semoga anda berjaya dalam pelaburan emas!

Dapatkan Keuntungan Pelaburan Emas Setiap Bulan

Dapatkan keuntungan pelaburan emas setiap bulan dengan menyimpan emas pelaburan yang sah di sisi undang-undang dan patuh syariah serta berkongsi ilmu pelaburan emas yang betul kepada masyarakat.

Wah! Biar betul Suhaimee…

Jawapan saya:Ya! Betul dan bukan scam atau skim cepat kaya bertopeng emas…”

Nak tahu mengapa? Begini…

Setelah berminggu-minggu mengkaji pelbagai tawaran pelaburan emas dan jenama emas yang banyak di pasaran dengan keuntungan yang dijanjikan, saya dapati hanya ada satu jenama emas pelaburan 24K goldbar dan dinar yang bertaraf LBMA (London Bullion Merchant Association) boleh didapati di Malaysia yang TIDAK dikenakan cukai GST.

Persoalannya, mengapa saya mencari jenama emas pelaburan yang tidak dikenakan GST?

Jawapannya mudah jika emas pelaburan yang anda beli dikenakan GST sebanyak 6%, ditambah dengan kadar spread (susutnilai 9% misalnya), maka harapan untuk mendapat untung atas simpanan emas amat nipis atau mustahil.

Sebabnya? Pakar emas sedunia menyarankan kadar cukai + spread emas pelaburan mestilah tak melebihi 10% daripada harga pembelian.

Okay. Sekarang mari kita lihat bagaimana anda boleh mengaut keuntungan pelaburan emas setiap bulan?

Jawapannya dengan mendapat status Dealer syarikat kedai emas yang menawarkan emas pelaburan 24K LBMA iaitu kedai emas Public Gold. Anda berpeluang mendapat insentif atas setiap transaksi jual beli emas samada oleh anda atau pelanggan anda.

Oleh itu, anda akan sentiasa gembira dan tersenyum samada ketika harga emas naik (sebab banyak transaksi jual emas) ataupun ketika harga emas turun (sebab banyak transaksi beli emas).

Apabila status Dealership anda telah disahkan, anda dah layak mendapat insentif keuntungan seperti berikut:-

(1) Anda mendapat sebanyak 1-2% daripada setiap pembelian emas berikutnya. Ini bermakna sekiranya anda membeli dan simpan 1g emas GAP setiap bulan, maka Public Gold akan masukkan 0.01g emas ke dalam akaun pelaburan emas GAP anda setiap 20hb bulan berikutnya.

(2) Anda mendapat sebanyak 1-2% daripada setiap pembelian emas oleh setiap pembeli emas yang anda kenalkan kepada program akaun pelaburan emas GAP.

Ini bermakna sekiranya pelanggan anda membeli dan simpan 1g emas GAP setiap bulan, maka Public Gold akan masukkan 0.01g emas ke dalam akaun pelaburan emas GAP anda setiap 20hb bulan berikutnya.

Jika pembelian emas dalam satu-satu bulan dilakukan oleh hanya pelanggan-pelanggan anda sahaja sekalipun, anda dah layak dapat keuntungan 1%.

(*Nota: Bila insentif keseluruhan keuntungan melebihi RM100, maka Public Gold akan terus masukkan duit tunai ke dalam akaun bank anda pada setiap 20hb).

Sikit je untungnya?… hehe… Ya!.. tiada janji manis untung ribu-ribu bro… sebab jika ada individu yang kata boleh dapat untung tetap ribu-ribu bulan-bulan tu sebenarnya TIADA… kecuali anda dan pelanggan anda beli emas sekurang-kurangnya RM100,000 setiap bulan di akaun pelaburan emas GAP (RM100,000 x 1% = RM1,000).

Memang dah ramai pun yang dapat pendapatan sampingan 4 hingga 5 angka sebulan hasil usaha mereka melalui strategi pemasaran masing-masing.

Anda jangan risau, sehingga pada satu tahap, anda tak perlu keluar modal untuk beli emas dan simpan dalam akaun pelaburan emas GAP anda!

Wow!… apa sebabnya?

Sebab… jumlah insentif bulanan anda akan terus meningkat apabila lebih ramai rakan dan ahli keluarga menyimpan emas melalui anda sebagai Introducer.

Nak perkenalkan emas Public Gold pun dah semakin mudah sebab nama Public Gold dah semakin dikenali ramai dari hari ke hari… dah masuk TV1, TV3, Astro, akhbar… jangan takut sebab Mentor Kewangan Azizi Ali juga berpuashati dengan goldbar dan dinar Public Gold! Semakin ramai yang mula menyimpan emas Public Gold melalui anda, semakin banyak keuntungan anda.

Suatu hari nanti anda akan lihat insentif tunai bulanan anda melebihi harga 1g, 2g, 5g, 10g emas dan seterusnya berikutan pembelian berulang pelanggan-pelanggan anda.

Oleh itu, anda dah boleh gunakan insentif tunai untuk menambah gram emas dalam akaun simpanan emas GAP anda.

Akan tiba satu masa apabila anda menikmati ‘passive income‘ yang boleh diwarisi!

Tak perlu gundah gulana untuk memberitahu yang lain tentang kepentingan simpan emas. Sebenarnya kerana tiada asas ilmu pelaburan emas dan kerana terlalu banyak kes penipuan skim bertopeng pelaburan emas yang kita dah dengar masa lalu menjadikan ramai antara kita rasa takut nak simpan emas. Takut rugi…

Oleh itu jika anda nak mendapat kemahiran dan mendalami ilmu pelaburan emas, saya syorkan anda dapatkan daripada guru pelaburan emas yang betul dan diiktiraf di Malaysia.

Untuk makluman anda, harga biasa pembelian emas Public Gold untuk melayakkan anda sebagai Dealer ialah RM30,000 dalam satu resit.

Anda boleh pilih samada buka akaun simpanan emas GAP atau pembelian secara runcit (beli, ambil stok di cawangan dan simpan sendiri).

Jadi… apa tunggu lagi.. sila terus ke Langkah #1 di Buka Akaun Pelaburan Emas GAP sekarang!

Atau daftar percuma untuk Login dan buat tempahan secara online pembelian emas secara runcit. Sila ikuti Langkah #1 di Pendaftaran Percuma.

Jika anda ada apa-apa persoalan, sila Hubungi Saya.

Namun, kedai emas pelaburan Public Gold sentiasa membuat tawaran istimewa kepada pelbagai lapisan masyarakat di Malaysia, Singapura dan Brunei untuk merasai keuntungan pelaburan emas secara bulanan!

Terdapat pelbagai contoh promosi yang ditawarkan oleh kedai emas Public Gold untuk memudahkan seluruh lapisan masyarakat mendapat insentif melalui pembelian dan simpanan emas.

Saya cadangkan kepada sesiapa yang layak semasa promosi Public Gold ini agar mengambil kesempatan emas sebab tiada siapa tahu bila lagi peluang keemasan ini akan ditawarkan oleh Public Gold.

Terkini: Promosi Dealer Public Gold bermula 15 November 2017 dimudahkan sempena pengiktirafan patuh syariah ke atas cara jual beli emas pelaburan melalui akaun simpanan GAP. Hanya beli minima RM10,000 sahaja dalam satu resit, anda layak mendapat status peniaga emas atau Dealer Public Gold!

Jika anda ingin tahu apakah yang dimaksudkan dengan GAP atau akaun GAP, anda boleh dapatkan maklumat penuh di Gold Accumulation Program.

Sila lihat Promosi Dealer Public Gold yang terkini.

Berikut ialah contoh-contoh promosi Dealer yang telah dilaksanakan pada tahun 2016.

Sebagai contoh sepanjang bulan September 2016 lalu, Public Gold membuka tawaran istimewa kepada golongan pelajar kolej / IPT / universiti (18 tahun ke atas) dan penjawat awam untuk membuka akaun pelaburan emas fizikal dengan nilai minima masing-masing hanya RM2,500 (pelajar) dan hanya RM5,000 (penjawat awam) dalam satu resit.

promosi-public-gold-september-2016

Oleh itu, saya cadangkan kepada sesiapa yang layak digolongkan sebagai pelajar dan penjawat awam agar mengambil kesempatan emas pada bulan September 2016 ini sebab tiada siapa tahu bila lagi peluang keemasan ini akan ditawarkan oleh Public Gold. Seingat saya pada tahun lepas ada satu bulan promosi untuk pelajar hanya RM500 pembelian emas GAP… tapi masa tu dah terlepas… Jadi… apa tunggu lagi.. sila terus ke Langkah #1 di Buka Akaun Pelaburan Emas GAP sekarang!

Anda hanya perlu buka satu akaun pelaburan emas GAP di Public Gold melalui kaedah seperti yang ditunjukkan di Buka Akaun Pelaburan Emas GAP. (* Nota penting: Anda perlu sertakan salinan kad pelajar / penjawat awam selain maklumat yang diperlukan di link tersebut).

Info terkini tawaran istimewa Oktober 2016: Berita baik kepada pelajar kolej dan universiti (berumur 18 tahun dan ke atas) kerana promosi RM2500 sebagai Dealer dilanjutkan sepanjang Oktober 2016! Manakala promosi RM5000 sebagai Dealer dibuka kepada para peniaga berstatus SDN. BHD dan ke atas beserta satu lot percuma di PG Mall dan boleh kembangkan apa juga jenis produk di PG Mall seperti pakaian, alatan sukan, alat tulis, buku, barangan runcit dan lain-lain. PG Mall merupakan platform ‘Shopping At Home’ atas talian yang menggunakan Goldcash (1g emas = GC100). Namun tawaran ini terhad kepada hanya 100 peserta sahaja! Oleh itu jangan lepaskan peluang keemasan ini.

Promosi Public Gold Oktober 2016
Promosi Public Gold Oktober 2016

 

Info terkini tawaran istimewa November 2016: Berita baik kerana promosi RM5000 sebagai Dealer dilanjutkan sepanjang November 2016 untuk para peniaga berstatus SDN. BHD dan ke atas beserta satu lot percuma di PG Mall dan boleh kembangkan apa juga jenis produk di PG Mall seperti pakaian, alatan sukan, alat tulis, buku, barangan runcit dan lain-lain. PG Mall merupakan platform ‘Shopping At Home’ atas talian yang menggunakan Goldcash (1g emas = GC100). Namun tawaran ini terhad kepada hanya 100 peserta sahaja! Oleh itu jangan lepaskan peluang keemasan ini.

Info terkini tawaran istimewa Disember 2016 – Januari 2017: Berita baik kerana promosi pembelian 50g emas GAP untuk layak sebagai Dealer dilanjutkan sepanjang Disember 2016 – Januari 2017 terbuka kepada sesiapa sahaja rakyat Malaysia / Singapura.

Promosi Dealer Public Gold Disember 2016 – Januari 2017.

 

Info terkini tawaran istimewa Februari – Mac 2017: Berita baik kerana promosi pembelian 100g emas GAP untuk layak sebagai Dealer dilanjutkan sepanjang Februari – Mac 2017 terbuka kepada sesiapa sahaja rakyat Malaysia / Singapura / Indonesia.

Info terkini tawaran istimewa April 2017: Berita baik kepada semua Penjawat Awam di Malaysia / Singapura / Indonesia kerana hanya pembelian minima RM10K emas GAP layak sebagai Dealer.

Semoga anda beroleh keuntungan dalam pelaburan emas.