Skip to content
Pelaburan Emas Tips Mudah Menabung dan Melabur Emas
  • Home
  • Blog
  • Harga Emas Semasa
    • Harga Emas Public Gold
    • Harga Emas PG Indonesia
  • Pendaftaran Percuma
    • Cara Bermula Buka Akaun
    • Pendaftaran Akaun GAP
    • Pendaftaran Warga Singapura / Brunei
    • Pendaftaran Warga Indonesia
  • Promosi Dealer
    • Program Referral
  • FAQs
    • Perlu Bantuan?
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Saya
  • Sitemap

Pelaburan emas Bank Islam

Pelaburan Emas Bank Islam – BIGA-i

30/01/2025 by Suhaimee & Zuraida

Pelaburan emas Bank Islam yang baru dengan nama Bank Islam Gold Account-i (BIGA-i) telah dilancarkan baru-baru ini pada 28 Oktober 2024 dengan maklumat seperti di poster berikut:-

Pelaburan emas Bank Islam BIGA-i

Memandangkan harga emas terus meningkat, semakin ramai rakyat Malaysia beralih kepada pelaburan emas sebagai cara untuk melindungi kekayaan daripada inflasi dan ketidakstabilan ekonomi.

Salah satu cara popular untuk melabur emas adalah melalui akaun simpanan emas seperti akaun emas BIGA-i. Kenaikan harga emas mungkin lebih lambat berbanding instrumen pelaburan lain, jadi akaun emas BIGA-i sesuai untuk pelabur yang fokus kepada jangka panjang.

Di sini saya secara peribadi menyenaraikan beberapa kelebihan dan kekurangan BIGA-i, serta membandingkannya dengan platform alternatif akaun simpanan emas yang popular seperti Gold Accumulation Program (GAP) dari Public Gold, yang kini dianggap sebagai akaun emas paling pesat berkembang di Malaysia.

Apa itu Pelaburan Emas Bank Islam Gold Account-i (BIGA-i)?

BIGA-i ialah akaun simpanan emas patuh syariah yang ditawarkan oleh Bank Islam Malaysia Berhad. Emas pelaburan yang disimpan ialah emas berketulenan 99.99% yang
telah disahkan oleh LBMA

Akaun ini membolehkan pelabur membeli dan menyimpan emas, tanpa perlu memegang emas fizikal. Pelabur hanya perlu memantau nilai emas melalui akaun BIGA-i mereka dan boleh menjual semula emas pada harga semasa pasaran.

Kelebihan Pelaburan Emas Bank Islam Gold Account-i (BIGA-i)

1. Akaun emas Patuh Syariah – akaun pelaburan emas Bank Islam BIGA-i direka khas untuk memenuhi kehendak syariah, sesuai untuk mereka yang ingin melabur secara Islamik.
2. Mudah Diakses – Akaun emas BIGA-i boleh diuruskan sepenuhnya secara dalam talian melalui aplikasi Bank Islam, menjadikannya mudah bagi pengguna untuk membeli atau menjual emas pada bila-bila masa.
3. Kos Simpanan Rendah – Akaun emas BIGA-i menawarkan harga emas spot yang lebih murah tanpa kos penyimpanan fizikal.
4. Pelaburan Minimum Rendah – Bagi mereka yang baru mula berjinak dalam pelaburan emas, BIGA-i membenarkan pelaburan awal serendah RM10 emas, menjadikannya lebih mudah diakses oleh pelbagai lapisan masyarakat.

Kekurangan Bank Islam Gold Account-i (BIGA-i)

1. Harga Beli & Jual yang Berbeza – Terdapat spread antara harga beli dan jual yang dikenakan oleh Bank Islam, yang boleh menjejaskan keuntungan apabila menjual emas.

2. Terdapat yuran dan caj perkhidmatan yang agak mahal – Jika disemak syarat dan peraturan yang dikeluarkan oleh Bank Islam, semua pelanggan akaun pelaburan emas Bank Islam BIGA-i dikenakan yuran dan caj perkhidmatan yang agak mahal!

Yuran dan caj perkhidmatan akaun emas Bank Islam BIGA-i

Masih Ingat HelloGold?

Kalau anda masih ingat suatu masa dahulu ada satu produk akaun emas HelloGold, yang pernah mendapat perhatian sebagai platform pelaburan emas digital yang murah dan mudah diakses, kini tidak lagi beroperasi di Malaysia.

Bila BIGA-i dilancarkan dengan belian emas serendah RM10, saya terus ingat HelloGold sebab HelloGold pun dulu dah mulakan simpan emas serendah RM10 tetapi tutup hanya beberapa bulan beroperasi!

Sebab itu sangat penting kita pilih platform jual beli emas yang lebih stabil seperti Public Gold.

Saya sendiri dah mulakan simpanan emas di Public Gold sejak akhir tahun 2014. Sehingga hari ini, semua emas yang saya beli saya dapat emasnya. Sama ada saya simpan sendiri atau saya simpan dalam akaun simpanan emas Gold Accumulation Program (GAP) di Public Gold.

Mengapa Gold Accumulation Program (GAP) Public Gold Terus Mendapat Sambutan?

Public Gold telah lama dikenali sebagai syarikat emas yang mempunyai kredibiliti tinggi di Malaysia. Program GAP oleh Public Gold membolehkan pelanggan membeli dan menyimpan emas serendah 1 gram dengan kemudahan untuk menambah dan mengeluarkan emas fizikal bila-bila masa.

Setakat 29 Januari 2025 (semalam), pelanggan Public Gold telah mencecah 1.55 juta akaun emas!

Pemegang PG Code PG1550000 ialah keahlian berdaftar Public Gold ke 1,550,000!

Berikut adalah beberapa sebab utama mengapa GAP Public Gold dianggap sebagai akaun emas paling pesat berkembang:

1. Kemudahan Emas Fizikal – Dalam GAP, pelanggan boleh mengeluarkan emas dalam bentuk fizikal sekiranya mereka ingin memegangnya sendiri dengan caj yang jauh lebih murah!

Caj premium Public Gold mulai 1 Disember 2022
Caj premium Public Gold mulai 1 Disember 2022


2. Sistem Mudah dan Mesra Pengguna – Dengan GAP, pelanggan boleh menambah gram emas melalui transaksi dalam talian dan menikmati kemudahan pembelian yang lancar.
3. Kadar Beli dan Jual yang Kompetitif – Spread harga yang lebih kecil di GAP menjadikan pelaburan emas ini lebih menguntungkan untuk pelabur yang ingin membeli dan menjual dalam tempoh jangka panjang.
4. Kesinambungan & Kredibiliti – Public Gold telah berjaya membina keyakinan yang tinggi di kalangan pelanggan melalui rekod prestasi yang baik dalam memastikan keselamatan dan ketelusan emas yang disimpan dalam akaun GAP.

Pilihan Terbaik: Bank Islam Gold Account-i atau Public Gold GAP?

Pilihan antara BIGA-i dan GAP bergantung kepada matlamat pelaburan emas anda. Jika anda lebih suka menyimpan dalam akaun emas di Bank Islam, BIGA-i adalah pilihan yang baik. Namun, bagi mereka yang ingin fleksibiliti untuk menyimpan emas fizikal dan ingin spread harga yang lebih kompetitif, mudah dan murah kos pengeluaran emas, stok banyak, tak cerewet, boleh jual balik walau pun resit hilang, GAP dari Public Gold mungkin lebih sesuai.

Tambahan pula, Public Gold telah melancarkan mesin Gold ATM bagi memudahkan seluruh lapisan masyarakat membuat pengeluaran emas fizikal di seluruh Malaysia. Sebanyak 200 unit mesin Gold ATM ini disasarkan untuk dikeluarkan sehingga akhir tahun 2025.

Keluarkan emas daripada Akauan GAP melalui Gold ATM.

Saya juga ada kongsikan maklumat berkaitan lokasi Public Gold ATM di sini.

Anda minat nak mulakan simpanan emas pelaburan di Public Gold? Layari Panduan Step-By-Step Cara Bermula di sini.

Apa pendapat anda tentang pelaburan emas? Adakah anda lebih suka melabur melalui akaun emas di BIGA-i, atau akaun emas GAP? Kongsikan pengalaman atau pandangan anda di ruangan komen di bawah!

Categories Berita Pelaburan Emas Terkini, Pelaburan Emas Tags akaun emas patuh syariah, Bank Islam Gold Account-i, BIGA-i, Hellogold, Pelaburan emas Bank Islam, Pelaburan emas Malaysia, Public Gold GAP, Spread harga emas Leave a comment

Pelaburan Emas Kertas Atau Emas Sebenar?

25/01/2024 by Suhaimee & Zuraida

Untuk memilih jenis pelaburan emas samada emas kertas (buka buku akaun pelaburan emas) atau membeli emas sebenar merupakan satu persoalan yang bermain di kepala saya pada mulanya nak melabur emas.

dinarkomputer

Pada ketika hati saya terdetik mula nak melabur emas, saya tercari-cari jenis akaun emas di bank-bank yang saya rasa lebih secure seperti akaun emas Maybank, akaun emas CIMB, pelaburan emas Bank Islam atau Bank Rakyat kot-kot saya jumpa kaedah terbaik membuat pelaburan emas.

Namun bila saya search perkataan-perkataan tu di Google saya dapati berbagai jenis pelaburan emas yang ditawarkan oleh bank dan juga pelbagai syarikat dengan jenama emas yang belum pernah saya dengar…

Jika anda tidak waspada, mungkin kita akan terjerat dengan skim cepat kaya yang bertopengkan harga emas dengan tawaran “dividen” bulanan yang sangat menarik… ribu-ribu bro….

Atau kita mungkin akan terdaftar di platform atas talian yang menawarkan kemudahan jual beli emas berdasarkan harga komoditi emas dunia seperti plus500, xm.com, gcmasia.com dan banyak lagi.

Suka saya ingatkan kepada sahabat-sahabat semua agar menjauhi amalan RIBA yang haram ni.

Bersabarlah… jangan terburu-buru untuk mendapatkan kekayaan. Carilah kekayaan dengan jalan yang halal dan baik.

Apabila saya meneliti pelaburan emas di bank pula, terdapat beberapa bank di Malaysia yang menawarkan pelaburan emas:

Maybank Gold Investment Account

Pelaburan emas Maybank

Maybank Gold Investment Account (MGIA) yang menawarkan pelaburan emas melalui akuan emas secara online atau atas talian menggunakan Maybank2u.com.my. Saya difahamkan kalau dahulu anda boleh mendapat emas yang anda beli tetapi sekarang sudah tiada lagi. Pihak bank akan menyimpan emas yang kita beli untuk tujuan pelaburan manakala nilai emas yang kita simpan akan dicetak di dalam buku akaun emas tersebut. Maknanya, kita hanya boleh melihat angka nilai pelaburan kita dalam buku akaun (emas kertas) dan tidak boleh mengeluarkan emas sebenar yang kita beli untuk dipajakkan sekiranya kita perlukan duit. Oleh kerana tiada emas fizikal yang boleh saya pegang, saya terpaksa cari platform lain dahulu. Saya dah sediakan info lanjut di Pelaburan Emas Maybank.

Kuwait Finance House Gold Account-i

Kuwait Finance House Gold Account-i

Kuwait Finance House Gold Account-i menawarkan emas fizikal sebenar yang patuh syariah. Kita boleh mula buka akaun simpanan emas KFH dengan minima 10g emas 995 (ketulenan 99.5%) dan penambahan 1 g berikutnya. Kalau nak keluarkan dari akaun kena tinggalkan minima 2 g emas dalam akaun.

Namun kita tidak boleh buka seal plastik dan jika seal terkoyak atau rosak, maka nilai emas akan jatuh susutnilai sebanyak 25%! Tambahan pula, kita hanya boleh berjualbeli di kaunter cawangan KFH sahaja dan tidak diterima di bank-bank lain. Kalau cari di laman web, cawangan-cawangan KFH tidak terdapat di serata Malaysia.

Jadi susah kepada sebahagian besar pelabur yang ingin berurusan di kaunter KFH pada waktu pejabat sahaja. Walaupun patuh syariah, tapi masih banyak kelemahannya. Oleh itu, saya pun tak berminat nak melabur di KFH. Maklumat yang tersebar dimedia sejak 2015 menunjukkan bahawa Kuwait Finance House (KFH) dilaporkan mahu menjual operasinya di Malaysia selepas 10 tahun menjalankan perniagannya di negara ini. Maka, sudah pasti saya dan anda tidak akan berfikir panjang untuk itu kan…

Akaun emas Al-Rajhi Gold-i

Al-Rajhi Gold-i

Pelaburan Emas Al-Rajhi Gold-i menawarkan akaun emas sebenar / fizikal berlandaskan syariah seperti KFH Gold Account-i juga. Anda boleh mula buka akaun dengan pembelian emas minima 10 gram dan penambahan berikutnya sebanyak 5 gram. Emas yang diniagakan ialah Pamp Suisse Gold Bar 999.9. Namun terdapat dua kelemahan ketara di Al-Rajhi iaitu (1) kadar spread yang tinggi iaitu 12.8%, (2) cawangan Al-Rajhi amat terhad di Malaysia. Pada ketika ini saya dapati hanya ada 5 cawangan Al-Rajhi sahaja di seluruh Malaysia. Oleh itu, saya tak mencadangkan anda untuk pilih pelaburan emas Al-Rajhi untuk melabur emas.

CIMB Gold Investment Account

Pelaburan Emas CIMB

CIMB Gold Investment Account menawarkan pelaburan emas CIMB secara maya atau emas kertas (paper gold) juga tanpa membekalkan emas sebenar kepada anda. Tiada banyak maklumat diperolehi daripada laman web CIMB namun apabila anda mencari ulasan tentang pelaburan emas CIMB, anda akan jumpa beberapa perkara yang membuatkan saya pasti bahawa pelaburan emas di CIMB tidak mematuhi pelaburan emas yang berlandaskan syariah. Yang ini pun saya tak perlu melabur duit saya ke dalam akaun pelaburan emas CIMB. Tak boleh…

Saya ada kemaskini tentang Pelaburan Emas UOB (United Overseas Bank) boleh didapati di sini.

Pelaburan emas Bank Islam / Pelaburan emas Bank Rakyat / Agrobank / Pos Malaysia

Kalau kita cari pelaburan emas Bank Islam, Bank Rakyat, Agrobank dan Pos Malaysia, istilah yang sama sebenarnya yang digunakan ialah pelaburan emas Ar-Rahnu kerana institusi kewangan seperti Bank Islam, Bank Rakyat, Agrobank dan Pos Malaysia ada menawarkan perkhidmatan Ar-Rahnu.

Tapi apa yang sedih adalah apabila kebanyakkan daripada kita mudah terpedaya dengan segelintir pelabur emas yang menawarkan skim cepat kaya menggunakan teknik manipulasi pajak gadai Islam Ar-Rahnu dengan mengambil kesempatan daripada kenaikan harga emas.

Dari segi hukum Ar-Rahnu tiada masalah, namun, apa yang perlu kita tahu bahawa terdapat kekeliruan maqasid syariah apabila teknik manipulasi pajak gadai Islam Ar-Rahnu digunakan untuk mendapat keuntungan daripada beli-pajak, beli-pajak emas.

Saya ada kemaskini tentang Pelaburan Emas Ar-Rahnu dan boleh didapati di sini. Saya dapati tiada apa-apa maklumat atau tawaran melabur emas yang boleh anda dapati di mana-mana cawangan bank atau pejabat pos kecuali sistem pajakan Islam Ar-Rahnu.

Pelaburan emas Public Gold

Pelaburan emas Public Gold.

Pelaburan Emas Public Gold. Setelah saya membuat perbandingan dengan lain-lain syarikat yang menjual dan membeli emas seperti Sri Ayu, GCP, GSR dan Dinar Kelantan, saya dapati Public Gold menawarkan konsep pelaburan emas yang paling mudah, cepat, boleh lock harga beli dan jual, menjual dengan harga yang terendah di pasaran, kadar spread yang terendah, stok emas yang sentiasa ada, cawangan di setiap negeri di seluruh Malaysia termasuk Singapura dan yang paling penting tidak cerewet.

Emas jenis apa pun pihak Public Gold akan terima bila kita nak jual balik kepada mereka walaupun emas Public Gold yang kita simpan tu kemek atau calar! Insya Allah saya yakin bahawa sahabat-sahabat pasti akan berpuashati dengan kaedah pelaburan emas yang ditawarkan oleh Public Gold sebagaimana saya berpuashati dengan sebenar-benarnya. Banyak lagi kelebihannya dan Insya Allah saya akan terus memberi penjelasan lebih lanjut dalam posting yang akan datang.

Bila difikirkan semula, rupa-rupanya, bila nak melabur emas, rasa secure sahaja tidak cukup. Sebenarnya banyak lagi ciri-ciri yang perlu kita fikir, nilai dan kaji sebelum kita memulakan tabungan dan pelaburan emas. Jika tidak… sesal kemudian tidak berguna…

Sahabat-sahabat tak perlu risau sebab saya dah kaji berminggu-minggu dan insya Allah saya sedia beri bimbingan percuma kepada anda yang mahu memulakan pelaburan atau simpanan emas pertama. Sejak 2014 lagi, saya beli emas dan saya dapat emas tanpa masalah. Alhamdulillah.

Suhaimee Manaf Pembimbing Emas Public Gold
Beli emas di Public Gold dan dapat emas fizikal bukan dapat nombor atas kertas (paper gold).

Sehingga ke hari ini, hanya terdapat dua sahaja cara menyimpan emas pelaburan iaitu:

  1. Simpanan di dalam akaun
  2. Simpanan emas pelaburan secara fizikal di rumah atau safe deposit box.

Jawapan mudah kepada persoalan samada anda sesuai simpan di akaun atau di rumah ialah bergantung kepada situasi anda. Jika anda rasa tenang dan boleh tidur dengan lena bila simpan sendiri emas secara fizikal, maka anda bolehlah mulakan dengan pembelian emas Goldbar atau Dinar secara fizikal.

Jika anda rasa risau dan tidak tidur lena jika simpan emas di rumah, maka anda dinasihatkan beli dan simpan emas dalam akaun. Namun, pastikan akaun simpanan emas tersebut boleh dikeluarkan emas secara fizikal.

Jika anda telah berpuas hati dan bersetuju dengan penjelasan di atas, anda boleh terus memulakan pelaburan emas di Public Gold dengan mendaftar di Pelaburan Emas Public Gold secara percuma. Panduan terkini boleh juga didapati di Tutorial Mulakan Tabungan dan Pelaburan Emas di sini.

Mulai hari ini mulakanlah untuk simpan emas kerana emas akan melindungi kekayaan anda berbanding menyimpan wang kertas yang kekuatan nilainya akan semakin turun berbanding emas.

Elakkan menabung emas atau melabur emas dalam sistem pelaburan emas kertas kerana sudah semestinya bila tiada emas fizikal, kekayaan masih bukan di tangan kita.

Sebarang kemusykilan boleh dimajukan kepada saya di “SAYA JIKA MENGALAMI MASALAH TEMPAHAN DAN PERTANYAAN“. Saya tak suka SPAM sebagaimana anda juga. Jadi tiada nombor telefon diperlukan. Insya Allah saya akan segera memberi respon kepada persoalan anda.

Layari panduan terkini yang saya sediakan di Tutorial Mulakan Tabungan dan Pelaburan Emas di sini.

Categories Pelaburan Emas Tags Bank Rakyat, emas kertas, gold account, halal, haram, paper gold, pelaburan emas, pelaburan emas ar rahnu, Pelaburan emas Bank Islam, Pelaburan emas CIMB, Pelaburan emas Maybank, riba, wang emas 35 Comments

MENGENAI SAYA

Assalamualaikum dan salam sejahtera! Saya Suhaimee Manaf dan isteri, Zuraida Noor. Terima kasih kerana mengunjungi blog ini. Kami bina blog ini sebab sangat berminat dalam pelaburan emas dan suka berkongsi mengenai ilmu emas.

Dulu kami hampir-hampir terpedaya dan rugi besar dengan scammer skim cepat kaya bertopeng emas akibat tidak belajar dulu semasa nak melabur emas. Jika kita nak mulakan pelaburan emas, pastikan kita melabur dengan berilmu.

  • Download PERCUMA E-book 5 Minit Emas
  • Layari FAQ emas di sini jika ada soalan
  • join Channel Telegram PelaburanEmas.org di sini

Semoga bermanfaat.

  • WhatsApp

Tekan butang Whatsapp untuk saya bantu anda dapatkan cara terbaik melabur emas.

JENIS-JENIS EMAS PELABURAN

5 gram goldbar 999 Public Gold.

5 gram goldbar 999 Public Gold. Boleh dapatkan di PG Gold ATM berhampiran.


1 dinar 999 Public Gold 2024

Dapatkan 1 Dinar 999.9 yang mesra Ar-Rahnu di sini.


10g Goldbar 24K BungaMas Public Gold
Goldbar 10g (999.9)

PELUANG KEEMASAN

Pilihan A. Gold Accumulation Program (GAP):

Sekarang sesiapa sahaja boleh menabung emas! Mula menabung emas pelaburan 24K serendah RM100 atau 1gram sebulan! Tanpa yuran dan patuh syariah. Boleh juga buka akaun tabungan emas anak-anak (bawah 18 tahun). Boleh keluarkan emas bila-bila masa dan tiada komitmen bulanan. Asal ada duit, simpan terus Simpan emas sekarang!

1kg emas 1 keluarga

Jika nak tukar duit kepada 1 kilogram emas 999.9 dan simpan sendiri secara percuma tanpa yuran atau caj simpan boleh daftar percuma di sini.

Pilihan B – Ambil peluang promosi dealer emas

Alang-alang simpan emas, simpanlah sebagai Dealer dan capai Ultimate Financial Freedom bersama G100 Network. Jika berminat terus layari Promosi Dealer Emas Sekarang!

EMAS KOLEKSI TERKINI

Emas Koleksi Tahun Baru 2025. Stok Terhad. Order Sekarang!

1 gram goldbar Raikan Cinta sesuai untuk dijadikan hadiah perkahwinan.

Emas Koleksi Raikan Cinta 1 g Goldbar 24k sesuai sebagai hadiah.

Ingin dapatkan info emas koleksi terkini? Join Channel Telegram Tips Pelaburan Emas.


ILMU PELABURAN EMAS

E-Book Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas
E-Book Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas

Dapatkan buku "Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas" oleh En. Syukor Hashim dengan harga hanya RM50 sahaja. Buku akan dipos ke alamat anda. Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas.

POSTING TERKINI

  • Cara Jual Emas Untuk Dapat Duit Tunai Dengan Harga Tinggi
  • Pelaburan Emas Bank Islam – BIGA-i
  • Beza Zakat Emas Pelaburan VS Zakat Emas Perhiasan
  • Harga Emas Cecah RM409/Gram Hari Ini: Nak Beli Atau Jual?
  • Warga Emas & Skim Pelaburan Emas Palsu: Elak Jadi Mangsa

© 2025 Pelaburan Emas Tips Mudah Menabung dan Melabur Emas • Built with GeneratePress