Peluang Pelaburan Emas Bagi Kontraktor Dalam Belanjawan 2021

Peluang Pelaburan Emas Bagi Kontraktor Dalam Belanjawan 2021

Alhamdulillah, intipati Belanjawan 2021 telah pun dikongsikan di pelbagai media sosial. Setiap individu, organisasi atau syarikat yang terlibat boleh ambil peluang manfaatkan bantuan dan peluang yang telah dibentangkan dalam Belanjawan 2021 dengan sepenuhnya.

Di antara peluang yang paling mudah direbut ialah peluang pelaburan emas bagi kontraktor-kontraktor yang dipilih menjalankan projek-projek membina infrastruktur air, elektrik, dan jalan raya, kemudahan kesihatan dan pendidikan, kontraktor kelas G1 hingga G4 yang jalankan projek kecil dan sederhana termasuk bagi penyelenggaraan Jalan Persekutuan dan penyelenggaraan rumah PPR, juga bagi kontraktor pembinaan di bawah Skim Pembiayaan Kontrak Ekspres (SPiKE), projek Lebuhraya Pan Borneo, Landasan Berkembar Elektrik Gemas – Johor Bahru dan Landasan Berkembar Lembah Klang Fasa Pertama.

Bagaimana peluang pelaburan emas bagi kontraktor ini dapat dimanfaatkan?

Jawapannya mudah sahaja..

Kontraktor yang diluluskan dalam mana-mana pembiayaan boleh membeli emas pelaburan dengan pembiayaan yang diterima dalam akaun Gold Accumulation Program (GAP) seterusnya boleh mendapatkan kembali wang tunai ke dalam akaun Syarikat melalui kemudahan Ar-Rahnu dalam masa hanya 2 hari bekerja.

Dapat tunai segera pajak gadai Arrahnu Koperasi Dagang Emas (KDE) di Public Gold.
Tidak perlu ke mana-mana pejabat Ar-Rahnu untuk pajak emas pelaburan anda untuk dapat tunai dan juga tebus balik bila gunakan kemudahan Ar-Rahnu dalam Akaun GAP

Akaun GAP boleh dibuka secara individu samada akaun Dewasa (18 tahun ke atas) atau Junior (bawah 18 tahun) dan juga atas nama syarikat atau organisasi yang berdaftar. Pendaftaran adalah percuma dan akaun simpanan emas pelaburan GAP akan diaktifkan bila terdapat pembelian emas dengan nilai minima RM100 sahaja. Nama anda tidak akan dimasukkan dalam CCRIS atau CTOS apabila menggunakan kemudahan Ar-Rahnu dalam akaun GAP.

Screenshot menu Ar-Rahnu dalam akaun GAP.

Klik di sini untuk mendaftar Akaun simpanan emas pelaburan GAP.

Setelah akaun GAP dibuka, kontraktor boleh membeli emas 24k dalam akaun GAP dengan jumlah nilai projek yang akan dijalankan. Baki emas akan disahkan dalam penyata dalam tempoh 3-5 hari bekerja. Jika menggunakankaedah bayaran melalui FPX, baki akan dikemaskini dalam tempoh kurang dari 24 jam.

Kemudian, kontraktor boleh memohon pembiayaan Ar-Rahnu agar wang tunai pembiayaan Ar-Rahnu dimasukkan semula ke dalam akaun bank syarikat dalam tempoh 2 hari bekerja tanpa perlu ke mana-mana bank (semuanya dijalankan atas talian) untuk melaksanakan dan menyiapkan projek-projek yang terlibat dalam tempoh 6 bulan dari tarikh pembiayaan Ar-Rahnu.

Kadar pembiayaan Ar-Rahnu yang diluluskan ialah 70% dari harga emas semasa. Manakala kadar upah simpan pula hanyalah 1% dari nilai marhun (kadar yang diluluskan). Lebih cepat tebus, lebih murah kadar upah simpan. Memandangkan harga emas semakin meningkat, terdapat peluang untuk dapat nilai marhun yang tinggi.

Selepas siap projek dan pembayaran diterima, Syarikat kontraktor boleh menebus kembali emas pelaburan ke dalam akaun GAP dengan menggunakan duit yang diterima.

Untuk makluman, proses tebus balik emas yang dipajak dalam akaun GAP boleh dilakukan mengikut jumlah gram emas yang termampu bayar (dalam gandaan minima 1 gram sahaja). Berbeza jika anda pajak seketul Goldbar 100g atau 250g secara fizikal kerana anda terpaksa menebus kembali dalam jumlah yang banyak sekaligus untuk dapatkan semula Goldbar anda.

Akhirnya emas dapat, duit tunai pun dapat untuk jalankan projek, projek pun siap, kontraktor dapat bayaran dari projek dan boleh tebus semula emas pelaburan yang digadaikan di Ar-Rahnu.

Untuk makluman, transaksi jual, beli dan pajak dalam akaun GAP ini telah disahkan patuh syariah oleh Panel Penasihat Syariah Amanie Advisor yang juga merupakan Panel Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia.

Sijil patuh syariah GAP Public Gold 291017
Sijil patuh syariah akaun Gold Accumulation Program (GAP) yang telah dikeluarkan oleh Panel Penasihat Syariah Amanie Advisor pada 29 September 2017.

Alhamdulillah.. semoga anda diberi kefahaman. Memang sangat mudah untuk jadi kaya jika ada ilmu pelaburan emas digabungkan dengan pembiayaan Ar-Rahnu.

Klik di sini untuk mendaftar Akaun simpanan emas pelaburan GAP.

Semoga bermanfaat.

Promosi Pelaburan Emas Sempena #MERDEKA!

Ada promosi pelaburan emas sempena #MERDEKA!

Seperti yang sedia maklum, harga emas semakin meningkat sejak wabak COVID-19 melanda negara dan seluruh dunia. Harga emas semalam RM285/g dah naik RM290/g pada hari ini.

Dengan situasi PKPP dilanjutkan sehingga 31 Disember 2020, ramai yang dah mula terkesan! Ramai yang mula diberhentikan kerja akibat arahan tutup kedai, restoran, pejabat, kilang dan pejabat.

Apa persediaan kewangan yang perlu dilakukan sebelum anda atau orang yang tersayang mengalaminya? Jawapannya hanyalah satu iaitu dana kecemasan.

Persediaan dana kecemasan dalam bentuk kalis inflasi iaitu samada emas atau perak (silver) perlu ada pada setiap keluarga sebagai persediaan menghadapi kemelesetan ekonomi dalam tempoh 3 hingga 4 bulan dari sekarang (Sumber: Bloomberg 30 Mei 2020).

Emas dan perak kalis inflasi kerana logam ini mempunyai nilai intrinsik manakala duit kertas yang disimpan dalam bank atau yang ada ditangan tiada nilai intrinsik.

“Wang tidak mempunyai nilai intrinsik, hanya nilai relatif. Nilainya diukur dengan kemampuan menukarnya dengan sesuatu yang bernilai kepada pemiliknya… “

– Alan Gotthardt

Maksudnya, duit kertas akan semakin lemah berbanding emas dan perak.

Sasaran sekurang-kurangnya 10 Dinar (RM12,294) atau 50g goldbar (RM14,363) dalam 4 hingga 10 bulan akan datang.

Goldbar 24k Bungamas Public Gold  10g, 20g dan 50g yang mesra Ar-Rahnu
Contoh Goldbar 24k Bungamas Public Gold 10g, 20g dan 50g yang mesra Ar-Rahnu

Jika anda minat simpan dalam bentuk perak boleh sasarkan simpanan sekurang-kurangnya 2 kilogram (RM4,588 X 2 = RM9,176) dalam 4 ke 10 bulan akan datang.

Alhamdulillah sempena Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos 2020, ada promosi belian Goldbar / Dinar / Silver sehingga Selasa jam 11.59pm 1/9/2020.

Semua belian emas / perak boleh EPP4 (bayaran deposit booking dalam tempoh 4 bulan) atau EPP10 (bayaran deposit booking dalam tempoh 10 bulan) waived / tanpa caj EPP Premium

EPP bermaksud Easy Payment Purchase bayaran deposit keselamatan yang telah disahkan patuh syariah. Maknanya kedai emas Public Gold yang telah disahkan patuh syariah sejak 2017 akan simpan deposit anda sehingga selesai bayaran dan akad berlaku ketika anda dapat emas.

EPP Premium pula bermaksud, terdapat caj untuk kemudahan EPP sekitar RM1.00 setiap gram emas. Bermakna jika anda beli 50g Goldbar akan ada caj EPP sebanyak RM50. Caj EPP ini dimansuhkan sehingga jam 11:59pm 1/9/2020.

Harga belian menggunakan kemudahan EPP ini akan kekal semasa pesanan pada hari ini sehingga bulan ke-10 walaupun harga emas / perak pada ketika itu dah naik! Jadi, anda tak perlu risau walaupun ada kenaikan harga sepanjang tempoh EPP10. 

Contoh harga belian 1 Dinar mesra Arrahnu secara EPP:

1 dinar 24K tempatan Public Gold mesra Ar-Rahnu
Jadual bayaran 1 dinar EPP10 Merdeka 2020

Promosi kepada anda yang masih belum ada PG Code:

Beli minima 1 Dinar / 10g Goldbar BungaMas / 250g silver. FREE Gold card folder.


Alang-alang Simpan Emas.. Simpanlah sebagai Dealer Public Gold

Memandangkan ramai pakar ekonomi mencadangkan agar setiap orang mempunyai 2 atau 3 sumber pendapatan, di sini terdapat peluang untuk anda membina pendapatan pasif melalui program referral.

Program referral merupakan program yang sah di sisi undang-undang dan bukan skim cepat kaya. Anda beli produk dan syarikat akan memberi insentif jika anda perkenalkan kepada yang lain menggunakan kod ID anda. Mudah sahaja!

Sepertimana anda makan di sebuah restoran yang anda dapati masakannya sangat lazat.. tanpa sengaja anda rekomen kepada sahabat handai atau ahli keluarga dekat dan jauh untuk makan di restoran tersebut.

Anda ambil gambar dan share di FB, Insta, Blog atau Whatsapp gambar-gambar kedai, menu, lauk pauk, malah selfie anda sedang menikmati juadah yang dihidangkan.. tak lama kemudian ada yang tanya lokasi dan berapa harga dan sebagainya. Namun, anda tak dapat apa-apa insentif dari restoran tersebut kan? 😊

Jika anda berminat nak mulakan bisnes yang menjana pendapatan pasif yang berpanjangan dan boleh diwarisi, anda disarankan mengambil peluang untuk mendapatkan status Dealer di Public Gold.

Apa Kelebihan Dealer Public Gold?

Terdapat banyak kelebihan sebagai Dealer Public Gold yang di antara yang yang terpenting ialah potensi menjana pendapatan pasif sehingga 4-5 angka yang berterusan walaupun anda tidak bekerja.

Berikut disenaraikan beberapa lagi kelebihan sebagai Dealer Public Gold:-

  1. Referral Link khas untuk daftar pelanggan baharu secara online. Bermaksud, anda tak perlu simpan stok emas untuk dijual. Apabila pelanggan daftar dengan anda dah boleh terus beli di kedai Public Gold dan anda diberi insentif!
  2. Insentif 1.0% (Normal Dealer), 1.5% (Priority Dealer) dikira daripada semua pembelian (Purchase) emas PG samada peribadi / customer.
  3. Insentif 0.3% untuk semua jual balik (Buyback) emas peribadi / customer.
  4. Semua insentif dibayar setiap bulan pada 20hb.
  5. Staf percuma membantu urusan akaun simpanan GAP dan transaksi jual beli emas.
  6. Group Whatsapp Dealers percuma di branch masing-masing untuk dapat hebahan / promosi PG.
  7. Group Telegram percuma info, tips dan panduan pelaburan emas perak.
  8. Mendapat status Super Shopper / Premium Shopper di PGMall.my seterusnya mendapat cashback sehingga 3.5% atas setiap belian peribadi dan pelanggan yang mendaftar menggunakan Referral link anda.
  9. Status Dealer yang tiada tarikh luput.

Alang-alang beli emas, belilah sebagai Dealer sebab anda hanya perlu tambah RM200 sahaja untuk Wealth card 0.5g Goldbar yang ada nama anda dicetak di atas kad dengan status Dealer.

Alhamdulillah sempena #MERDEKA ini, ada juga promosi Dealer sehingga Selasa jam 11.59pm 1/9/2020.

Pilihan 1: Normal Dealer (ND)

Beli 8 Dinar Local atau 
Beli 30g BungaMas atau
Beli 2kg Silver

 + Wealth Card RM200 untuk dapat 1.0% insentif dari setiap pembelian peribadi dan pelanggan berikutnya. Boleh EPP4 atau EPP10 tanpa perlu bayar caj EPP Premium.

Pilihan 2: Priority Dealer (PD)

Beli 16 Dinar Local atau 
Beli 50g BungaMas atau
Beli 4kg Silver

 + Wealth Card RM200 untuk dapat 1.5% insentif dari setiap pembelian peribadi dan pelanggan berikutnya. Boleh EPP4 atau EPP10 tanpa perlu bayar caj EPP Premium.

Kod Promosi: FBLive Syukor Hashim MERDEKA (Wajib diisi di Remarks sebelum tanda ‘I Agree’ semasa buat pesanan dalam sistem PG)

Cara membuat pesanan

1. Pesanan 1 Dinar Local mesra Arrahnu:

Promosi pembelian Dinar Emas 24K secara EPP sehingga 10 bulan yang mesra Arrahnu ini boleh dibuat sendiri oleh anda. Hanya perlu Login dengan PG Code  dan password sendiri. Jika tiada PG code boleh daftar percuma dengan password sendiri di Daftar Public Gold di sini (opens in a new window). Kemudian boleh isikan nombor IC tanpa sengkang di Username dengan password semasa daftar.

Selepas daftar boleh terus Login di web PG (opens in a new window) (boleh terus login kepada anda yang telah ada PG Code). Abaikan notis kemaskini profil dan bank info dan terus klik Menu dan Order seperti paparan GIF di atas.

Anda disarankan menggunakan kemudahan FPX tanpa caj agar sistem boleh kemaskini maklumat bayaran segera ebrbanding mengguanakan BANKING manual upload..

2. Pesanan 30 gram Goldbar BungaMas mesra Arrahnu:

Promosi pembelian 30 gram Goldbar / 50 gram Goldbar BungaMas 24K (8 Dinar atau 16 Dinar / 2 kg Silverbar / 4kg Silverbar) secara EPP sehingga 10 bulan yang mesra Arrahnu seterusnya dapat status Dealer ini boleh dibuat sendiri oleh anda. Hanya perlu Login dengan PG Code  dan password sendiri.

Jika tiada PG code boleh daftar percuma dengan password sendiri di Daftar Public Gold di sini (opens in a new window). Kemudian boleh isikan nombor IC tanpa sengkang di Username dengan password semasa daftar.

Cara beli 30g goldbar Bungamas promosi dealer Public Gold sempena #MERDEKA

Selepas daftar boleh terus Login di web PG (opens in a new window) (boleh terus login kepada anda yang telah ada PG Code). Abaikan notis kemaskini profil dan bank info dan terus klik Menu dan Order seperti paparan GIF di atas.

  1. Selepas Login, Klik Menu, Order, Purchase Order.
  2. Isi 10g di ruangan carian.. Klik Search.. pilih item 10 g goldbar BungaMas. Add to cart. Ulang untuk 20g (30g untuk ND atau 50g untuk PD). Begitu juga jika nak upgrade dealer dengan beli Dinar. Pilih 1 Dinar x 3, 5 Dinar = 8 Dinar untuk ND (16 Dinar untuk PD). Klik troli sebelah atas kanan.
  3. Proceed to next page. Pilih branch, pilih EPP Payment.
  4. Pilih EPP10 
  5. ISI REMARKS WAJIB SEBELUM KLIK NEXT FOR PAYMENT: FBLIVE SYUKOR HASHIM MERDEKA.
  6. Hanya untuk upgrade Dealer sahaja: Ulang Step 2 untuk order Wealth Card RM200 (Full Payment). Abaikan jika dah Dealer atau belian biasa.
  7. Boleh buat bayaran dalam tempoh 4 hari dari tarikh hari ini.

Itu sahaja.

Jangan tunggu lama-lama sebab tempoh promosi hanya tinggal…

Maaf.. promosi dah tamat.. 😊

Cara Mulakan Pelaburan Emas

Nak mulakan pelaburan emas? Anda disarankan untuk ikut kaedah buat sambil belajar. Ilmu yang dipelajari tidak akan bawa hasil jika belajar tanpa praktikal.

Belajar sambil praktik ilmu pelaburan emas

Ramai yang dah belajar bagaimana nak mula melabur emas, tapi akhirnya tetap tak mula melabur!

Mengapa tak mula? Sebab ramai yang nak tunggu bila harga emas turun. Bila dah dapat info harga emas dah turun, masih nak tunggu harga emas turun lagi??!! 😄😄😄

Disebabkan harga emas meningkat sepanjang zaman berbanding mata wang Ringgit cara pelaburan emas yang betul ialah beli dan tunggu. Bukan tunggu dan lihat harga emas turun baru beli sebab tunggu itulah yang buat ramai pelabur menyesal!

Apabila harga emas tiba-tiba naik semula, barulah menyesal tepuk dahi 🤦‍♂️. Ibarat pepatah ‘Menyesal kemudian tidak berguna lagi’.

Cara melabur emas yang paling mudah dan selamat ialah dengan menggunakan kaedah “buy low sell high”.

Anda disarankan bermula dengan 1 gram dahulu pada hari ini sebab harga paling tinggi sebelum ini RM304/g telah turun kepada RM287/g.

Selepas beli segram barulah kita akan tahu harga selepas ini turun atau naik. Harga belian pertama itulah merupakan tanda aras kepada harga emas pada masa akan datang.

Jika nak tunggu harga emas turun, tiada siapa yang tahu masa yang tepat ketika wabak COVID-19 melanda dunia Mac lalu RM220/g dan pada hari 7 Ogos 2020 dah mencecah RM304/g (USD2,072/oz) berikutan kes letupan bahan kimia di Beirut, Lubnan yang mencetuskan kebimbangan global ancaman pengganas namun reda kembali apabila tiada unsur pengganas dikesan.

Hanya dalam tempoh 5 bulan sahaja sahabat boleh kaut untung kasar sebanyak RM84/g. Jika beli 100g masa tu dah dapat untung kasar RM8,400.00! 🤑🤑🤑

Oleh sebab itu, pakar kewangan seperti en. Azizi Ali menyarankan jika mahu kaut keuntungan besar, melaburlah dalam jumlah yang besar sekurang-kurangnya 100 gram!

Seterusnya? Apa yang berlaku sejak harga meningkat begitu tinggi?

Apabila Rusia mengumumkan vaksin COVID-19 telah ditemui dan boleh digunakan, harga emas tiba-tiba menjunam ke paras RM280/g namun selang sehari berikutnya harga emas meningkat semula akibat sentimen global dan bergerak mendatar sehingga hari ini sekitar RM287/g (USD1,944/oz).

Namun, jika anda baru nak mula, saya sarankan mulalah dengan kaedah paling mudah dan patuh syariah, saya sarankan untuk buka akaun simpanan emas Gold Accumulation Program (GAP).

Anda boleh lihat gambar di lampiran. Akaun GAP seperti akaun Maybank2u juga ada Classic site di link sebelah bawah kiri (belian secara manual namun proses kemaskini baki emas ambil masa 2-3 hari).

Akaun simpanan emas GAP ada pilihan New Site dan Classic Site

Manakala New Site di tengah-tengah gambar lebih mudah dan pantas. Belian emas menggunakan FPX secara automatik baki emas dalam akaun GAP sahabat akan dikemaskini.

Jika anda nak buka akaun GAP dan dapat ID Login sementara, boleh layari Cara Buka Akaun Simpanan Emas GAP. Di situ ada diberi panduan buka akaun GAP secara mudah.

Semoga bermanfaat.

.

Harga Emas Pelaburan Meningkat Lagi Kepada RM281 Segram

Harga emas pelaburan meningkat lagi kepada RM281 segram!

Selepas hanya sebulan lebih harga emas mencecah harga tertinggi pada 20 Jun 2020 (sila lihat Harga Emas Pelaburan Ditutup Tinggi Pada 20-6-2020), pada 24 Julai 2020, harga emas pelaburan meningkat lagi kepada RM281 segram!

Harga emas pelaburan tertinggi RM281 segram pada 24 Julai 2020
Harga emas USD1885 seauns 24 Julai 2020
Harga emas melepasi USD1885 seauns 24 Julai 2020

Manakala harga emas berbanding matawang Amerika telah meningkat melepasi USD1,885.00/oz.

Antara faktor yang boleh meningkatkan harga emas dalam jangka masa panjang ialah persengketaan di antara Amerika Syarikat dan China.

Perkembangan yang berlaku pada 22/7/2020, Amerika Syarikat mengarahkan China untuk menutup pejabat konsulat China di Houston telah menyemarakkan krisis politik di antara kedua-dua negara kuasa ekonomi dunia itu.

Amerika Syarikat mendakwa arahan untuk menutup konsulat besar China di Houston dibuat untuk melindungi harta intelek Amerika Syarikat dan maklumat peribadi warganya.

Arahan penutupan konsulat besar China di Houston USA
Arahan penutupan konsulat besar China di Houston, USA.

China telah berikrar untuk bertindakbalas.

Mula mula mereka bergaduh pasal perang perdagangan antara dua hala… kemudian mereka bergaduh pasal Coronavirus COVID-19.

Pertelingkahan politik antara kedua kuasa besar ini mampu menggugat kestabilan ekonomi dan politik dunia. Selagi kedua kuasa besar ini berkonflik maka potensi harga emas untuk naik sangatlah tinggi.

Kenapa?

Sebab China adalah pemegang hutang Amerika Syarikat yang kedua terbesar selepas Jepun (dahulu China merupakan pemegang hutang terbesar Amerika Syarikat). Apabila Amerika Syarikat dan China bersengketa, maka dalam jangka masa panjang China akan mengelak daripada memegang hutang Amerika Syarikat.

Mereka akan membeli aset lain seperti emas atau hutang negara lain. Jadi ini boleh menaikkan harga emas dalam jangka masa panjang.

Tambahan pula, pada bulan November 2020 nanti Amerika Syarikat akan mengadakan Pilihanraya Presiden (3/11/2020). Berkemungkinan besar tindakan ini ada kaitan dengan Pilihanraya Presiden tersebut.

Dalam tempoh tiga bulan ini, pakar emas menjangkakan banyak perkara-perkara mengejutkan boleh berlaku. Biasanya perkara-perkara mengejutkan akan melonjakkan harga emas.

Oleh itu, jika anda ada lebihan simpanan tunai, buatlah pilihan bijak dengan laburkan sebahagian duit tunai kepada bentuk emas untuk jangka masa panjang.

Bagaimana nak mula melabur emas?

Cara melabur emas yang paling mudah dan selamat ialah dengan menggunakan kaedah “buy low sell high“.

Disebabkan harga emas sentiasa meningkat dan dijangka akan terus meningkat hingga melebihi USD10,000/oz dalam tempoh empat tahun dari sekarang (2024), sekarang ialah masa yang sesuai untuk mulakan pelaburan emas.

Harga emas dijangka terus meningkat sehingga USD10k seauns atau lebih 4 tahun lagi

Jika nak tunggu harga emas turun, tiada siapa yang tahu masa yang tepat ketika wabak COVID-19 melanda dunia Mac lalu RM220/g dan pada hari ini dah mencecah RM281/g (USD1,885/oz)!

Sebab tips pelaburan emas adalah, “beli dan tunggu”.. “Bukan tunggu bila nak beli”

Kebanyakan orang yang tiada ilmu pelaburan emas akan menunggu dan terus menunggu kononnya akan beli bila harga emas jatuh.

Bila harga dah jatuh.. masih nak tunggu harga jatuh lagi.. bila harga tiba-tiba naik balik, mula menyesal tepuk dahi. Akhirnya masih tak beli dan hanya menjadi pemerhati.

Pakar Emas En. Syukor Hashim 24/7/2020.

Hanya dalam tempoh 4 bulan sahaja boleh kaut untung kasar sebanyak RM61/g. Oleh sebab itu, pakar kewangan seperti en. Azizi Ali menyarankan jika mahu kaut keuntungan besar, melaburlah dalam jumlah yang besar.

Contoh beli 100gram x RM61 = untung kasar RM6,100.00 dalam 4 bulan.

Kita hanya boleh maklum harga emas murah bila kita bandingkan harga emas pada hari ini dengan masa lalu yang sudah tentu kita menyesal mengapa tak beli emas pada masa itu.

Jika anda seorang pelabur emas, sekurang-kurangnya anda beli 100 gram dan tunggu sehingga harga emas naik lebih 15% barulah anda jual balik.

Jika anda seorang penyimpan emas untuk dana kecemasan atau ada sasaran tertentu seperti pergi haji, atau simpanan untuk perkahwinan, anda boleh beli minima RM100 setiap bulan atau beberapa gram yang anda rasa mampu.

Seterusnya saya akan tunjukkan DUA (2) Cara Pelaburan Emas / SImpanan Emas yang paling popular sekarang ini.


Cara Pelaburan Emas / Simpanan Emas No. 1

Jika anda nak mulakan dengan kaedah paling mudah dan patuh syariah, senang beli senang jual balik bila-bila masa harga tinggi, saya sarankan anda buka akaun simpanan emas Gold Accumulation Program (GAP).

Kaedah beli dan jual emas melalui akaun GAP ini sangat sesuai jika:-

a. Anda tak mahu simpan emas sendiri atau jika anda rasa risau emas fizikal hilang jika simpan sendiri.

b. Anda sukar untuk keluar rumah (contoh masa PKP wabak COVID-19) atau berada jauh dari kedai emas Public Gold.

Anda boleh lihat gambar di lampiran. Akaun GAP seperti akaun Maybank2u juga ada Classic site di link sebelah bawah kiri (belian secara manual namun proses kemaskini baki emas ambil masa 1-3 hari).

Manakala New Site di tengah-tengah gambar lebih mudah dan pantas. Belian emas menggunakan FPX secara automatik baki emas dalam akaun GAP tuan akan dikemaskini.

Akaun simpanan emas GAP ada pilihan New Site dan Classic Site
Guna kaedah FPX paling cepat dan paling mudah untuk buka akaun simpanan GAP. Klik di gambar untuk info lanjut mengenai akaun simpanan emas GAP.

Jika anda nak buka akaun GAP dan dapat ID Login sementara, bolehlah anda whatsapp maklumat di bawah kepada saya dan Insya Allah saya akan proses dan beri panduan kaedah beli dan jual emas menggunakan Akaun GAP.

  1. Nama penuh (seperti dalam IC):
  2. NRIC atau Kad Pengenalan:
  3. No. telefon:
  4. Emel:
  5. Tarikh lahir:
  6. Pekerjaan:
  7. Cawangan PG (isi ibu negeri):

Minima beli emas RM100 sahaja untuk buka akaun GAP dan simpanan ialah percuma seumur hidup. Nanti PG akan emel PG Code untuk login dengan password IC tanpa sengkang.


Cara Pelaburan Emas / Simpanan Emas No. 2

Jika anda mahu mulakan pelaburan emas dengan menyimpan sendiri emas fizikal seperti Goldbar atau Dinar 24K, anda boleh pesan sendiri.

Hanya perlu Login dengan PG Code dan password sendiri. Jika tiada PG code boleh daftar percuma dengan password sendiri di Daftar Public Gold di sini (opens in a new window). Kemudian boleh isikan nombor IC tanpa sengkang di ruangan password semasa daftar.

Selepas daftar boleh terus Login di web PG (opens in a new window).

Setelah Login, klik Menu, Order, Purchase Order, isi perkataan 10g atau 50g atau 100g atau dinar dalam ruangan search, klik item yang and nak beli dan Add to cart. Selepas itu anda klik pada ikon Troli pada sebelah kanan atas dan klik Proceed to next page.

Pilih Public Gold, branch (cawangan PG), Full Payment atau Shariah Easy Payment Purchase.

Jika pilih Shariah Compliant Easy Payment Purchase boleh pilih EPP4 (untuk item RM500 hingga RM4999) atau EPP10 (untuk item RM5000 ke atas).

Sila isi Remarks dengan kod promosi yang dikongsi kepada anda (jika ada promosi) untuk waived EPP Premium (bukan Gold Premium).Jika tiada kod promosi terdapat caj EPP sekitar RM1 bagi setiap gram emas yang dibeli. Jika beli Full Payment tiada caj EPP ini.

Tick I agree dan Proceed to Payment Page.

Pilih bayaran cara FPX lebih mudah dan cepat. Namun jika anda pilih Manual Upload screenshot resit belian, anda perlu login semula kemudian untuk upload.

Selepas login, klik My Order dan anda akan nampak nombor CSO berwarna merah. Klik di nombor merah yang berkaitan dan scroll ke bawah. Anda akan dapati butang FPX dan Manual Upload. Pilih Manual Upload untuk upload screenshot resit. Selesai.

Sila tonton tayangan di bawah.

Cara lock 20g goldbar Bungamas Public Gold guna Shariah EPP10

Semoga bermanfaat.


3 Cara Asas Pelaburan Emas Jana Keuntungan

Bagaimana cara pelaburan emas jana keuntungan? Caranya amat mudah dan pada hari ini terdapat pelbagai kemudahan disediakan untuk mendapat keuntungan dalam pelaburan emas.

Sebelum Mulakan Pelaburan Emas

Sebelum ini saya telah bincangkan tips pelaburan emas yang digunakan dalam sistem perbankan dan dipantau oleh Bank Negara Malaysia. Lesen pelaburan emas hanya dikeluarkan oleh BNM kepada bank-bank berlesen dan syarikat jual beli emas pelaburan tertentu sahaja serta TIDAK kepada sebarangan syarikat atau orang perseorangan di Malaysia walaupun pada namanya ada ejaan EMAS.

Anda dinasihatkan agar merujuk laman web Bank Negara Malaysia dahulu untuk mengetahui syarikat yang disenarai hitam sebelum anda memberi deposit anda kepada mana-mana individu ataupun syarikat yang boleh didapati di Bank Negara Malaysia. Kemudian, anda klik di link “Senarai nama entiti dan laman sesawang” seperti di bawah:

Bank Negara Malaysia Consumer Alert Page Screenshot

Pihak Bank Negara Malaysia akan sentiasa mengemaskini senarai nama syarikat atau laman web yang menjalankan apa-apa aktiviti berkaitan pelaburan emas yang tidak sah.

Semakan juga perlu dibuat di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di sini. Selepas login, klik ikon Search dengan isikan nama syarikat (By name). Jika tiada… maka syarikat tersebut tidak berdaftar dan anda berisiko amat tinggi untuk diperdaya.

Nak tahu tips elak skim cepat kaya bertopeng pelaburan emas? Layari Cara Pelaburan Emas – Persoalan Yang Sering Ditanya.

Okay.. mari kita teruskan..

Pastikan Jenis Dan Cara Yang Betul Untuk Melabur

Pelaburan emas yang dimaksudkan ialah saat anda memiliki emas pelaburan seperti Emas 24K atau berketulenan 995 (99.5%) dan 999 (99.9%). Ataupun, saat anda memilik Dinar Emas 24K LBMA (London Bullion Merchant Association) yang tidak dikenakan cukai GST atau SST. Jika anda tersalah pilih, anda terpaksa tanggung kerugian besar kerana ada cukai yang perlu dibayar.

Tambahan lagi, terdapat segelintir pelabur emas yang mengambil kesempatan ke atas sistem Ar-Rahnu. Pelaburan emas yang dimaksudkan di sini BUKANLAH memberi penerangan tentang teknik manipulasi pajak Ar-Rahnu yang mana teknik pajak Ar-Rahnu iaitu beli-pajak-beli-pajak adalah satu teknik yang akan membebankan pelabur emas dengan hutang! Jika anda ingin mengetahui tentang Ar-Rahnu, sila ke Pelaburan Emas Ar-Rahnu di sini.

Oleh itu, saya ingin berkongsi tips pelaburan emas di sini…

Jika anda membaca tips saya sebelum ini, kebanyakan kenyataan saya tidak cenderung untuk anda mulakan pelaburan emas di bank-bank seperti Maybank, CIMB, UOB, Ambank dan lain-lain atas sebab-sebab birokrasi, logistik dan kemudahan simpanan dan pengeluaran emas fizikal. Malah, saya juga tidak berapa cenderung kepada pelaburan emas di bank-bank samada di Ar-Rajhi atau KFH walaupun transaksi emas mereka patuh syariah dan halal. Mengapa? Anda boleh baca Pelaburan Emas Kertas atau Emas Sebenar.

Istilah ‘pelaburan emas’ yang saya gunakan di sini ialah beli emas di kedai emas pada harga rendah dan simpan sehingga satu waktu harga emas naik melebihi 15% dan jual semula simpanan emas anda di kedai emas itu semula. Mudahkan?

Beli emas masa harga emas turun dan jual emas masa harga emas naik melebihi 15%
Beli emas masa harga emas turun dan jual emas masa harga emas naik melebihi 15%
Harga spot emas selama 10 tahun. Terdapat turun naik harga emas yang boleh pelabur emas mengaut keuntungan (beli di garisan biru, jual di garisan hijau) tanpa mengira gram emas di tangan. (Sumber: Goldprice.org)

Persoalan pertama ialah bagaimana nak tahu bila harga emas turun dan bila harga emas naik? Anda perlu ada strategi pelaburan emas yang boleh anda pelajari daripada orang yang benar-benar telah mengaut keuntungan dalam pelaburan emas.

Strategi pelaburan emas
Strategi pelaburan emas

Persoalan kedua pula ialah nak beli emas jenis apa? Emas jongkong (goldbar) atau emas syiling (dinar) atau emas hiasan?

Anda tak perlu bimbang kerana jawapannya saya ada sediakan di Tips Pelaburan Emas.

Jadi persoalan yang ketiga sekarang ialah nak jual dan beli emas pelaburan di kedai emas yang mana? Poh Kong? Habib Jewels? Kedai Emas Wah Chan? Kedai Emas Sri Harmoni? Kedai Emas Sayang? Kedai Emas …. bla bla bla.. sabar… sabar…

Kedai emas yang saya maksudkan ialah kedai emas yang beroperasi secara online 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Kedai emas online yang sentiasa kemaskini harga emas semasa setiap 20 minit berdasarkan turun naik harga emas dunia.

Kedai emas online yang ada memaparkan harga emas secara ‘LIVE’ di web yang boleh diakses di smartfon (samada Android / iPhone).

Anda boleh juga memasang aplikasi harga emas seperti Kitco untuk mendapat notifikasi bila harga emas turun supaya anda boleh ‘lock’ harga dan beli emas serta hantar notifikasi kepada anda bila harga emas naik supaya anda boleh ‘lock’ harga dan jual emas semula. Dan yang paling penting sekali urusniaga emas tidak dikenakan cukai.

Kedai emas ini juga menyediakan kemudahan kepada anda untuk menyimpan emas fizikal (BUKAN emas maya) secara percuma tanpa upah! Anda boleh keluarkan kesemua emas yang anda simpan pada bila-bila masa.

Saya dah meneliti dan mengkaji selama berminggu-minggu… Alhamdulillah… saya dah jumpa kedai emas yang memenuhi syarat seperti yang saya nyatakan di atas tadi.

Akaun simpanan emas GAP ada pilihan New Site dan Classic Site
Aplikasi akaun simpanan emas pelaburan 24K Gold Accumulation Program (GAP) yang paling popular di Malaysia, Singapura dan Indonesia.

Anda jangan bimbang bila nak jual balik emas di kedai emas. Saya dapati kedai emas ini yang paling tak cerewet… boleh terima apa sahaja jenama dan jenis emas samada emas goldbar, dinar, emas perhiasan.

Di sini saya ingin kongsikan tips pelaburan emas sekiranya anda sebagai Pelabur Emas (Gold Investor) berminat mengaut keuntungan dalam bentuk Ringgit Malaysia dan BUKAN BERAT gram emas.

Jika anda ada bajet sekitar RM19,000… beli goldbar dengan berat minima 100g dan ke atas sebab kadar spread yang rendah (6-7% sahaja). Jika kenaikan harga melebihi 15%, maka anda boleh jual dengan harga RM21,520 dan mendapat untung melebihi RM1,520.

Kemudian anda beli lagi emas dengan modal RM19,000 tadi tanpa mengira berat emas yang anda dapat. Ulangi penjualan semula emas setelah harga emas naik melebihi 15% daripada harga beli.

Itu sahaja yang anda perlu tahu sebagai pelabur emas yang ingin menambah duit Ringgit dalam akaun.

PERHATIAN PENTING: Tiada TEKNIK AJAIB gandakan sekeping emas jadi dua keping ATAU beli sekilo emas dan dapat income setiap minggu atau setiap bulan tanpa apa-apa usaha.

Untuk pengetahuan anda, kaedah beli emas harga rendah dan jual harga tinggi (buy low sell high) merupakan hanya salah satu cara umum menjana keuntungan daripada pelaburan emas.

Kaedah ini merupakan kaedah Keuntungan Jangka Panjang sebab harga emas mungkin hanya akan naik melebihi 15% dalam tempoh lebih empat bulan (2 atau 3 kali setahun) bergantung kepada situasi ekonomi dan politik negara dan global.

Anda boleh dapatkan cara mudah, murah dan patuh syariah untuk Jual Beli Emas Pelaburan patuh syariah di Malaysia.

Tetapi jika anda rasa rugi jual emas sebab berat yang anda dapat berkurangan, maka anda bukan tergolong sebagai pelabur emas. Anda sebenarnya tergolong sebagai Penyimpan Emas (Gold Saver).

Jika anda nak mula membeli, menyimpan dan membuat pelaburan emas, anda boleh hubungi saya di SAYA JIKA MENGALAMI MASALAH TEMPAHAN DAN PERTANYAAN sebab anda perlu tahu cara yang betul dan menjimatkan sebelum anda membeli emas pelaburan.

Jika tersilap cara, kemungkinan anda akan terbeli emas pelaburan goldbar dengan harga yang lebih mahal.

Disebabkan tiada cukai GST mulai 1 Jun 2018 lalu (tiada SST juga mulai 1 September 2018), terdapat pilihan tambahan emas pelaburan 999.9 jenis bercorak cantik (minting) yang boleh anda dapatkan dengan harga yang lebih rendah.

Sila dapatkan tips mudah pelaburan emas dengan mengisi alamat emel anda di 5 Tips Pelaburan Emas.

Sekian dan terima kasih.

Pelaburan Emas, Wabak COVID-19 dan Federal Reserve USA

Pelaburan emas menjadi topik hangat apabila harga emas dunia semakin naik semasa wabak koronavirus COVID-19 semakin merebak ke seluruh dunia. Mengapa harga emas semakin meningkat manakala pasaran saham semakin menjunam?

Harga emas dan pasaran saham

Semuanya bersangkutan dengan kadar faedah yang telah diumumkan oleh Federal Reserve (Bank Pusat USA) pada hari Ahad 15/3/2020 bahawa kadar faedah terus dipotong sebanyak 1% .

Pemotongan kadar faedah dibuat bagi merangsang ekonomi US yang dijangka akan terjejas teruk akibat Koronavirus (COVID-19).

Pengumuman ini menyebabkan kadar faedah di Amerika Syarikat pada waktu ini berada di antara 0% sehingga 0.25% sahaja!

Memang sangat rendah dan suasana panik penjualan saham berlaku. Ini kerana dalam situasi kadar faedah yang rendah, pelabur akan memindahkan wang kepada pelaburan lain seperti emas dan perak.

Kesan daripada pemotongan kadar faedah tersebut menyebabkan harga emas naik.

Mengapa harga emas yang naik pula?

Sebab lebih ramai pelabur membeli emas, stok emas akan menjadi semakin berkurangan. Bila stok semakin sedikit, permintaan semakin meningkat dan akan menyebabkan harga emas pelaburan meningkat.

Ini kerana menyimpan duit dalam bank pun tak dapat untung sebab kadar faedah hanyalah 0-0.25% sahaja. Jika kadar inflasi di USA sama dengan 2.3% setahun maka sesiapa yang simpan duit di bank sebenarnya rugi 2.3% setahun.

Oleh itu, adalah lebih bijak untuk melabur duit ke pelaburan yang lebih menguntungkan seperti emas. Hanya dalam beberapa bulan sahaja harga emas telah meningkat melebihi 18%!

Beli emas untuk jangka panjang sebab pasaran kewangan tidak menentu pada masa sekarang akibat wabak COVID-19 yang asalnya daripada China. Sekarang bilangan pesakit yang terkena jangkitan melebihi daripada pesakit dalam China.

Banyak berita mengejut yang tidak disangka akan diumumkan USA dan negara Malaysia dan menyebabkan kenaikkan atau penurunan harga emas dengan banyak.

Anda boleh baca Strategi Pelaburan Emas Tahun 2020 yang dibincang bersama oleh pakar emas En. Syukor Hashim dan pakar kewangan Malaysia Tuan Azizi Ali di sini.

Anda tak perlu risau, sebab sekarang sudah ada Cara Pelaburan Emas Patuh Syariah di Malaysia, Singapura dan Indonesia. Anda boleh pilih samda nak keluar rumah atau tidak keluar rumah untuk membeli atau menjual semula emas pelaburan.

Strategi Pelaburan Emas Tahun 2020

Nak tahu strategi pelaburan emas tahun 2020? Masih tercari-cari cara terbaik untuk melabur emas?

Alhamdulillah, di sini saya akan kongsikan dengan anda tips strategi pelaburan emas oleh pakar emas dan pakar kewangan di Malaysia iaitu Mentor Emas Syukor Hashim dan Mentor Kewangan Tuan Azizi Ali.

Anda boleh tonton Re-Play FBLive di bawah…

https://www.facebook.com/syukorjonaina/videos/251248769202470
FBLive dua orang Mentor tersohor di Malaysia: Sifu Syukor Hashim (Mentor Emas) dan Tuan Azizi Ali (Mentor Kewangan)

Menurut pendapat pakar kewangan Tuan Azizi Ali dalam FBlive semalam, bagi Gold Saver (Penyimpan Emas) sasaran minima kekayaan ialah 10% dalam bentuk simpanan emas. Waktu terbaik untuk beli dan simpan emas ialah pada ketika harga emas turun.

Namun, apa yang penting ialah penambahan gram simpanan emas secara konsisten tanpa perlu lihat harga. Gunakan konsep “sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit”.

Penyimpan Emas boleh menambah gram emas secara konsisten melalui potongan bulanan dengan menggunakan kemudahan Standing Instruction (Arahan Tetap) kepada pihak bank. Paling mudah guna Maybank2U, set transfer secara Recurring.

Boleh layari Mulakan Simpanan Emas Cara Potongan Bulanan Serendah RM100.

Manakala bagi Gold Investor (Pelabur Emas) pula, waktu memulakan pelaburan emas ialah sekarang dalam jumlah yang banyak. Tak boleh guna konsep Penyimpan Emas di atas sebab akan menjadi “sedikit-sedikit, lama-lama tetap sedikit”.

Alhamdulillah, berita baik kepada anda jika menetapkan kedudukan sebagai Pelabur Emas sebab semasa harga emas turun ada Promosi Dealer Emas TANPA PG Golden Tour (jimat RM358) sah sehingga 12 tengahari Isnin 2/3/2020.

Alang-alang melabur emas, laburlah sebagai Dealer Emas…

Untuk pengetahuan anda, dengan status Dealer boleh dapat 1.0-1.5% insentif ke atas semua nilai pembelian peribadi / pelanggan. Dealer juga boleh dapat 0.3% insentif ke atas semua nilai jual balik emas peribadi / pelanggan.

Selepas dapat status Dealer, anda akan sentiasa senyum bila harga emas naik atau bila harga emas turun… jual untung, beli pun untung..

Untuk bermula sebagai Gold Investor (Pelabur Emas), caranya amat mudah. Anda hanya perlu Daftar Percuma untuk Login dengan Password anda sendiri di sini.

Selepas selesai daftar, sila buat pilihan di bawah… Dapatkan juga 5 Tips Memulakan Pelaburan Emas dengan mengisi nama dan emel anda di bawah:

Pilihan 1 – Normal Dealer:

Beli 30g emas Goldbar BungaMas dengan harga RM6,761 + RM35 (Gold Premium) + Wealth Card (RM200) = RM6,996 (Bayar sekaligus / EPP4 /EPP10). Layak dapat status Normal Dealer untuk dapat insentif 1.0% pada setiap pembelian berikutnya.

Syarat TAK PERLU hadir PG Golden Tour. Namun, jika nak pergi PG Golden Tour dengan bayar RM358 akan dapat goldbar 0.50g  bernilai RM160/g secara PERCUMA!

Jika tanpa promosi, anda perlu beli 200 gram emas dengan harga sekitar RM44,000 + RM200 Wealth Card + PG Golden Tour RM358 untuk dapat status Normal Dealer.  

Pilihan 2 – Priority Dealer:

Beli 50g emas Goldbar BungaMas dengan harga RM11,208 + RM40 (Gold Premium) + Wealth Card (RM200) = RM11,448 (Bayar sekaligus / EPP4 /EPP10). Layak dapat status Priority Dealer untuk dapat insentif 1.5% pada setiap pembelian berikutnya.

Syarat TAK PERLU hadir PG Golden Tour. Namun, jika nak pergi PG Golden Tour dengan bayar RM358 akan dapat goldbar 1.0g bernilai RM290/g secara PERCUMA!

Jika tanpa promosi, anda perlu beli 500 gram emas dengan harga sekitar RM110,000 + RM200 Wealth Card + PG Golden Tour RM358 untuk dapat status Normal Dealer.

Klik ORDER… PURCHASE… Cari 50g dalam ruangan carian.. klik item 50g Goldbar  BungaMas. ADD TO CART. 

Wealth Card tak perlu cari sebab PG akan hantar invois Wealth Card secara manual.

Klik icon CART (Sebelah kanan atas), Klik CHECKOUT… Pilih Agree.Pilih Cawangan Public Gold untuk ambil stok emas. Pilih cara bayaran FULL atau EPP4.Jika nak buat EPP10 boleh letak di REMARKS dengan perkataan “PROMOSI DEALER 28022020 EPP10”.

Jika nak bayar FULL PAYMENT sekaligus pun boleh letak di REMARKS dengan perkataan “PROMOSI DEALER 28022020 FULL PAYMENT”.
Klik Submit.

Selesai.

Jika anda ada sebarang pertanyaan mengenai jual beli Goldbar BungaMas di Public Gold boleh whatsapp / sms saya di +60197475788. Atau hanya klik https://msuhaimee.wasap.my/.