Tips Pelaburan Emas

Nak buat pelaburan emas? Sekarang dah ada banyak persaingan di antara bank-bank dan syarikat-syarikat malah kedai-kedai menjual emas di Malaysia. Sampai pening nak pilih yang mana dan beli emas di mana?

  1. Barang kemas? Atau
  2. Gold bar atau Jongkong Emas? Atau
  3. Syiling Dinar Emas? Atau
  4. Akaun simpanan emas?

(Psst… Tolong elak beli barang kemas untuk pelaburan. Nak tahu mengapa? Dapatkan 5 Minit Review Emas di sini).

Nak Beli Emas Pelaburan Di Mana?

Lepas tu kalau dah pilih jenis emas pelaburan yang baik, nak beli kat mana?

Jangan risau, sebab saya dah cari dan bandingkan pelbagai jenis tawaran pelaburan emas sama ada di bank-bank, syarikat-syarikat dan kedai-kedai yang ada menjual emas di Malaysia. Di sini anda boleh belajar cara membeli emas agar tidak tertipu.

Sebelum saya teruskan, eloklah saya terangkan mengenai istilah “pelaburan emas”. Memang benar hanya bank sahaja mendapat lesen untuk buat pelaburan emas oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

Jadi, elakkan melabur dalam mana-mana skim cepat kaya yang bertopengkan pelaburan emas. Sehingga ke hari ini, penganjur-penganjur skim cepat kaya bertopengkan pelaburan emas (scammer) masih mencari mangsa terutama pesara-pesara kerajaan, penduduk kampung atau taman yang mendapat durian runtuh hasil pampasan sesuatu projek ambil alih tanah.

Silap Faham Tentang Pelaburan Emas

Ramai yang silap faham hingga beranggapan bahawa dengan melabur emas, mereka akan dapat pulangan hasil keuntungan berlipat ganda tanpa ada usaha!

Ramai yang beranggapan, dengan melabur emas, mereka akan dapat dividen keuntungan setiap bulan atau setiap minggu. Malah ada yang terpedaya dengan scammer yang mengatakan dengan melabur emas, mereka akan dapat keuntungan setiap hari!

Setiap hari ada sahaja scammer yang dapat memperdaya mangsa yang tak tahu apa-apa pasal pelaburan emas. Bukan puluh ribu Ringgit malah ratus ribu dan ada yang mencecah jutaan Ringgit!

1500 mangsa rugi RM100 juta ditipu skim-bertopeng pelaburan emas.
1500 mangsa rugi RM100 juta ditipu skim bertopeng pelaburan emas (Sumber: Kosmo, 2 Februari 2023)

Perlu diingatkan bahawa emas tidak ‘beranakkan’ duit atau menjadi lebih berat! Kalau anda melabur duit sebanyak RM300,000 atau 1 kilogram (1,000 gram) emas, berat 1,000 gram emas itu tidak akan menjadi 1,001 gram atau 1,010 gram atau 1,100 gram walau pun anda tunggu sepanjang hayat!

Goldbar 1kg Public Gold 999.9 dalam pouch
Jongkong emas dengan berat 1,000 gram ini tidak akan menjadi lebih berat walau pun anda tunggu seumur hidup!

Apa yang boleh anda tunggu hanyalah kenaikan harga emas pelaburan. Kerana apa? Kerana harga emas sememangnya akan naik dalam jangka masa panjang iaitu sekurang-kurangnya dua tahun.

Tetapi, harga emas juga akan naik sekiranya ada ketidaktentuan politik seperti wabak penyakit (contoh COVID-19), perang (contoh Rusia-Ukraine) atau berlakunya krisis kewangan (contoh kelemahan matawang).

Sejarah kenaikan harga emas semakin meningkat
Sejarah kenaikan harga emas semakin meningkat dalam jangka masa panjang.

Anda boleh lihat contoh Harga Emas Semasa dan terdapat laman web yang menyediakan carta pergerakan turun naik harga emas semasa dan dikemaskini setiap minit.

Maksud Pelaburan Emas

Apa yang dimaksudkan dengan pencarian pelaburan emas yang terbaik di blog ini adalah:

1. Pembelian emas fizikal yang sah di sisi undang-undang dan patuh syariah. Beli emas dapat emas fizikal dan bukan dapat emas digital atau paper gold.

2. Kaedah simpanan emas fizikal yang terbaik dan pengeluaran emas yang boleh dilakukan pada bila-bila masa.

3. Kaedah penjualan semula emas fizikal pada bila-bila masa ketika harga emas naik untuk menjana keuntungan atau ketika matlamat tabungan emas telah dicapai.

Jika anda perlukan bantuan untuk tahu bagaimana nak mula melabur emas, sila klik Perlu Bantuan.

Maksud di sini ialah, keuntungan pelaburan emas bukan sahaja boleh didapati daripada aktiviti “buy low, sell high“, tetapi saya akan terangkan teknik terbaik beli emas dan simpan emas yang lebih menguntungkan sebagai pelaburan jangka panjang berbanding simpan wang kertas dalam bank atau amanah saham sebagai contoh pelaburan ASB.

Anda buat potongan gaji ke dalam ASB atau Tabung Haji setiap bulan dan betul angka dalam akaun semakin bertambah, TETAPI kekuatan nilai duit kertas semakin lemah berbanding dahulu.

Pada masa ini terdapat kemudahan akaun tabungan emas yang patuh syariah dan dipercayai di seluruh Malaysia, Singapura, Indonesia, Brunei malah di seluruh dunia!

Kekuatan Nilai Emas Banding Wang Kertas

Kekuatan nilai duit kertas semakin menyusut dari tahun ke tahun merupakan fakta yang tidak boleh dinafikan. Tahun 1990an dahulu, anda boleh beli sebiji karipap dengan harga 10 sen, namun tahun 2000 harga sebiji karipap telah menjadi 20 sen.

Mulai 2006, anda perlu belanja RM1.00 untuk dapat EMPAT biji karipap. Pada tahun 2010 pula, anda terpaksa dapat hanya TIGA biji karipap dengan harga RM1.00. Mulai 2015 pula, ada peniaga karipap yang menjual TIGA biji karipap dengan harga RM2.00! Pada hari ini, ada yang menjual SEBIJI karipap dengan harga RM1.50!

Inflasi mata wang kertas harga karipap dan nasi lemak makin mahal?

Jika anda seorang yang makan gaji, walaupun terdapat kenaikan kepada gaji anda dari tahun ke tahun, namun kuasa beli wang kertas yang anda miliki semakin menyusut. Inilah yang dinamakan INFLASI.

Sekarang anda boleh bandingkan pula kekuatan nilai emas. Pada zaman Rasulullah SAW dahulu di Madinah, 1 dinar emas boleh beli 1 ekor kambing, dan pada hari ini 1 dinar emas dengan nilai sekitar RM800 boleh beli 1 ekor kambing!

1 dinar 1 kambing

Nah! Pilihan di tangan anda samada anda nak terus simpan wang kertas atau lindungi kekayaan anda dengan tukar sebahagian duit kertas anda kepada emas.

Namun, anda perlu berhati-hati…

Hati-hati Skim Cepat Kaya Bertopengkan Akaun Pelaburan Emas

Akaun pelaburan emas atas talian.
Akaun pelaburan emas atas talian.

Asas utama pelaburan emas yang patuh syariah ialah anda beli emas, anda dapat emas. Ataupun anda beli emas dalam akaun emas yang boleh anda keluarkan emas fizikal. Elakkan daripada beli emas digital atau paper gold yang kebiasaannya anda tidak boleh keluarkan emas fizikal.

Disebabkan terdapat segelintir orang yang memanipulasi nama emas, sebahagian besar daripada kita rakyat Malaysia mahupun di Asia Tenggara tidak terlepas dari tawaran keuntungan yang berbunyi seperti labur duit dulu lepas tu, syarikat akan niagakan emas dan mangsa diberitahu akan mendapat untung tetap setiap bulan.

Maka saya nasihatkan agar anda jauhi “skim cepat kaya” sebelum terlambat. Rahsianya, kita semua boleh lakukan jual beli emas sepertimana kita jual beli emas di mana-mana kedai emas di Malaysia!

Tapi saya nak minta maaf jika anda mengharapkan agar ada teknik pelaburan emas yang beri pulangan tetap setiap minit, atau setiap jam, atau setiap hari sebagaimana kebanyakan iklan pelaburan forex atau pelaburan emas maya atas talian.

Jika anda nak cepat untung dalam pelaburan emas, sila buang jauh-jauh pemikiran tersebut sebab memang konsep pelaburan emas malah forex seperti itu tak patuh syariah dan kebanyakkannya amat berisiko untuk anda RUGI.

Kononnya mereka beri anda akaun demo secara percuma dengan deposit percuma. Kononnya apabila anda menggunakan akaun demo anda boleh peroleh untung beratus-ratus malah beribu-ribu Ringgit dalam hanya beberapa jam!

Tetapi sekali anda menukar akaun kepada yang betul, lihat bagaimana mereka menyedut duit dalam kad kredit anda! Jangan terkejut dengan jumlah yang mereka sedut… beribu-ribu juga bro… mereka tak akan kasihan kepada anda kerana mereka dah jumpa mangsa.

Pada masa ini terdapat kemudahan akaun tabungan emas yang berasaskan 100% emas fizikal, patuh syariah, boleh dikeluarkan emas fizikal dan dipercayai di seluruh Malaysia, Singapura, Indonesia, Brunei malah di seluruh dunia!

Elakkan Skim Pelaburan Emas ‘Beli-Pajak, Beli-Pajak’

Saya dapati skim pelaburan emas ‘beli-pajak, beli-pajak’ ini masih lagi berlaku ketika ini tanpa mangsa sedari. Ada dua kaedah penyamaran yang digunapakai bagi mengabui mata mangsa:

  • Kaedah ‘beli-pajak, beli-pajak’
  • Kaedah ‘beli-pajak-belanja, beli-pajak-belanja’

Tanpa sedar, mangsa terperangkap dalam hutang pajakan emas yang dibuat. Kesan jangka pendek memang seakan-akan tidak dirasai. Tetapi tunggulah kesan jangka panjang apabila harga emas tidak bergerak naik (statik) atau turun.

Kalau anda dah terperangkap dalam skim pelaburan emas seperti ini, cepat-cepat jual balik emas yang ada semasa harga emas naik.

Tips Pelaburan Emas

Di sini saya sedia untuk kongsikan tips cara nak melabur emas dengan rakan-rakan semua. Terdapat sekurang-kurangnya lapan tips mudah untuk anda bandingkan sebelum anda buat pilihan jenis pelaburan emas dan di mana nak buat pelaburan emas.

1. Kira nilai spread harga emas beli dan harga emas jual

2. Semak jika ada stok emas sebenar atau emas fizikal yang boleh anda pegang. Sila pastikan ketulenan emas pada sijil yang disertakan.

3. Kemudahan cawangan atau kedai pelaburan emas

4. Lokasi cawangan atau kedai yang berhampiran untuk anda ambil emas

5. Kemudahan ‘lock’ harga emas yang anda setuju

6. Caj atau upah atau fi emas yang anda beli

7. Kemudahan safe deposit box atau peti simpanan keselamatan untuk menyimpan emas

8. Kadar upah simpan emas

Pelaburan Emas Terbaik

Selepas beberapa minggu buat perbandingan, maka saya dah jumpa jenis pelaburan emas yang terbaik berbanding tempat-tempat lain.

Kalau anda rajin dan tak rasa nak cepat-cepat beli emas, bolehlah anda buat perbandingan untuk mencari pelaburan emas terbaik berdasarkan tips tu. Namun, apa yang saya lalui memang agak mencabar kerana bila saya cari menggunakan pakcik Google terdapat beratus-ratus ribu laman web yang keluar.

Carian pelaburan emas di Google
Sebanyak 510,000 dapatan carian ‘pelaburan emas’ di Google

Jika anda nak bandingkan satu-satu, Masya Allah… sampai tahun depan pun belum tentu dapat keputusan. Maklumlah, biasanya kalau dah mula nak melabur ni memang nak kena buat keputusan cepat. Nak beli emas di mana? Nak beli emas online?

Tak ada masa nak fikir-fikir dan kaji. Lebih-lebih lagi macam-macam spekulasi tentang harga emas dunia. Ada yang kata harga emas akan naik bila-bila masa.

Kalau nak diikutkan, hari ini juga mahu beli emas sebab harga masih rendah dan takut-takut esok dah mula naik dan tak turun-turun pula.

Apa yang penting bagi rakan-rakan adalah pilihan syarikat pelaburan emas yang sah dan halal di Malaysia. Jauhi dari amalan riba. Jauhi juga daripada ditipu bila beli emas pelaburan.

Dah Bersedia Untuk Melabur Emas?

Sekarang dah ada kemudahan beli emas online. Sangat mudah nak buka akaun simpanan emas emas yang berasaskan 100% emas fizikal, patuh syariah, boleh dikeluarkan emas fizikal dan dipercayai di seluruh Malaysia, Singapura, Indonesia, Brunei malah di seluruh dunia!

Jika rakan-rakan semua dalam keadaan dah bersedia nak melabur emas dan masih tercari-cari jenis dan bank atau syarikat yang mempunyai ciri-ciri pelaburan emas yang sah, patuh syariah dan terbaik di Malaysia, saya syorkan rakan-rakan untuk baca posting mengenai cara mendapatkan keuntungan setiap bulan melalui bisnes pelaburan emas yang patuh syariah dan sah di sisi undang-undang.

Masih lagi keliru? Perlukan bantuan? Anda akan mendapat jawapan tak sampai 1 minit. Sila klik Perlu Bantuan.

Kalau anda nak mula membeli, menyimpan dan membuat pelaburan emas, anda boleh Download E-Book 5 Minit Review Emas sebab anda perlu tahu cara yang betul dan menjimatkan sebelum anda membeli emas pelaburan.

Jika tersilap cara, kemungkinan anda akan terbeli emas pelaburan yang mahal atau emas pelaburan yang tiada kepastian ada atau tiada.

Jika ada apa-apa persoalan, anda dinasihatkan untuk layari Persoalan Yang Kerap Ditanya (Frequently Asked Questions) sebelum hubungi saya.

Semoga rakan-rakan semua success dalam simpanan dan pelaburan emas!!! Insya Allah…

Download E-Book 5 Minit Emas Bernilai RM99 Secara Percuma!


Ebook 5 Minit Emas: 20 asas emas pelaburan
Ebook 5 Minit Emas: 20 asas emas pelaburan yang amat PENTING elak skim cepat kaya bertopeng pelaburan emas.

This will close in 0 seconds