Pelaburan Emas di Brunei

Dua hari lepas saya ada menerima pertanyaan mengenai pelaburan emas di Brunei daripada seseorang yang bernama Encik Abu Bakar Hj Mohd. Bekir menggunakan borang “Hubungi Saya“. Saya dah jawab pertanyaan beliau dan cuba menghantar melalui emel

su******@pe***********.org











dan juga emel peribadi saya namun tidak berjaya kerana saya mendapat mesej emel MAILER-DAEMON menyatakan alamat emel beliau tidak dapat dicapai.

Oleh yang demikian saya mengharapkan Encik Abu Bakar dari Brunei dapat membaca posting ini.

Mesej beliau seperti berikut:-

Assalamualaikum encik suhaimee, saya dari Brunei Darussalam dan sangat tertarik dengan pelaburan emas. saya merancang melabur emas sebelum saya menamatkan perkhidmatan dalam masa 3 tahun. Bolehkah saya mengikuti pelaburan emas melalui online? Di Brunei bank daripada Malaysia yang ada disini ialah MAYBANK sahaja. Harap encik Suhaimee terangkan lebih jelas.

Daripada Abu Bakar (Brunei)

Wa’alaikumussalam Encik Abu Bakar,

Terima kasih kerana menghubungi saya di PelaburanEmas.org. Pertama sekali saya minta maaf kerana terlewat respond emel tuan.

Yang keduanya, saya mohon maaf kerana masih kurang arif berkaitan peraturan pelaburan emas di Brunei. Pada pendapat saya jika tuan ingin membeli emas secara online tiada masalah.

Terdapat dua kaedah:-

  1. Tuan boleh beli emas melalui Maybank2u dan simpan secara percuma di
    Public Gold melalui Program GAP seperti yang saya terangkan di sini tanpa perlu mengeluarkan emas tersebut sampai bila-bila. Kemudian ketika harga emas naik melebihi 20% atau mencapai harga yang tuan ingin jual balik, maka tuan boleh lock secara online kemudian pihak Public Gold akan bayar terus masuk Maybank tuan di Brunei. Ada caj TT yang akan dikenakan jika tak silap untuk transaksi di Maybank (sekitar 0.125% + processing fee, tuan perlu semak dengan bank di Brunei).
  2. Setelah mendaftar di www.publicgold.com.my, tuan boleh beli secara online samada jongkong emas atau dinar emas wafer 999 (24K) LBMA melalui Maybank2u dan dapatkan emas fizikal. Tapi jika tuan nak dapatkan emas fizikal ke Brunei melalui pos mungkin ada risiko kastam di sana. Jika tidak, tuan bolehlah  mengambil emas fizikal di Cawangan Public Gold yang terletak di Kota Kinabalu, Sabah. Terdapat caj penghantaran mengikut jenis emas dan berat masing-masing dan tuan boleh dapati di sini Atau, jika tuan setuju, saya boleh tolong poslaju ke Pejabat Pos Limbang, Sarawak dan tuan boleh ambil di sana.

 

Apa-apapun, saya lebih pilih tuan buat pelaburan emas di Brunei dengan menggunakan kaedah yang pertama kerana tak perlu susah-susah dapatkan emas fizikal dari Malaysia. Tuan boleh letakkan nama tuan atau nama waris tuan melalui program GAP dan hanya menunggu masa yang sesuai untuk tuan menukarkan gold bar 24K yang tuan beli dan simpan di Public Gold kepada duit tunai dan terus dimasukkan ke dalam akaun Maybank di Brunei.

Caranya ialah tuan boleh daftar dahulu di www.publicgold.com.my dengan langkah yang saya terangkan di Pendaftaran Percuma.

Sebelum saya akhiri posting ini, saya ingin menasihati sahabat-sahabat pengunjung laman web PelaburanEmas.org untuk menyemak alamat emel yang diisi di dalam borang ‘Hubungi Saya’ agar saya boleh menjawab kepada anda semua.

Selamat melabur emas dan semoga memberi keuntungan kepada Encik Abu Bakar Hj Mohd Bekir dari Brunei.