Cara Buka Akaun Pelaburan Emas Patuh Syariah

Anda nak buka akaun pelaburan emas patuh syariah tapi tak tahu di mana? Adakah anda patut mulakan samada di bank atau syarikat pelaburan emas?

Bukan mudah nak cari dan buka akaun pelaburan emas patuh syariah sebab jika tersilap langkah boleh rugi! (Gambar sekadar hiasan).

Memang terdapat banyak aktiviti pelaburan di Malaysia. Sebelum anda buka akaun pelaburan emas fizikal, di sini ada dua tips penting untuk anda ketahui:-

  1. Pastikan anda mendapat pengesahan qabadh hukmi (constructive possession) dalam tempoh tidak lebih 3 hari.
  2. Pastikan anda beli emas dan boleh keluarkan emas fizikal dalam bentuk goldbar atau dinar emas pada bila-bila masa.

 Anda tak perlu risau sebab setelah bertahun-tahun saya mengkaji dan buat perbandingan, saya dapati akaun pelaburan emas Gold Accumulation Program yang disediakan oleh Public Gold adalah yang terbaik, patuh syariah, tiada caj / yuran tahunan dan boleh keluarkan minima 1gram goldbar dengan caj minima RM10 sahaja. 

 

Akaun pelaburan emas Gold Accumulation Program yang patuh syariah boleh dibuka secara online tanpa perlu pergi ke bank.

Mulai 1 Disember 2018 hingga 31 Disember 2019, terdapat promosi pembukaan akaun pelaburan emas GAP melalui arahan potongan bulanan minima RM100 setiap bulan dan boleh dibuat secara atas talian jika menggunakan akaun bank Maybank, Public Bank dan CIMB Bank. Di Bank Islam, anda perlu ke bank dan isi borang Standing Instruction dengan caj duti setem untuk memulakan potongan bulanan ke akaun GAP anda.

Mulakan pada bila-bila masa arahan pemotongan minima RM100 melalui akaun bank anda terus ke akaun pelaburan emas GAP.

Oleh itu, di sini saya akan menerangkan langkah-langkah mudah untuk buka akaun pelaburan emas GAP seterusnya membuat arahan potongan bulanan (monthly standing instruction) minima RM100 setiap bulan.

Langkah #1:

Sila copy & paste salah satu nombor akaun bank berikut dan set as ‘Favorite’ dalam akaun anda.

Nama akaun : PUBLIC GOLD MARKETING SDN. BHD.  Bank : Malayan Banking Berhad (Maybank)

Acc No. : 5071-3410-4563

Bank : Public Bank Berhad

Acc No. : 3167-52-0833

  Selepas itu boleh teruskan ke Step 1 berikut:  
Login ke akaun Maybank anda dan klik link Savings Account seperti ditunjukkan.

 

Jika anda menggunakan versi baharu Maybank2u, sila pilih Transfer seperti paparan di bawah:

Klik dropdown bar pada sebelah kanan dan pilih Other Accounts (Maybank and other banks).

 

Langkah #2:

Klik pada link Standing Instructions.

 

Paparan seterusnya pada versi Maybank2u baharu adalah seperti berikut:

Pilih akaun Maybank Public Gold dengan nombor akaun 5571-3923-8048.

 

Langkah #3:

Klik Add pada bahagian bawah paparan.

 

Untuk paparan Maybank2u baharu seperti berikut:

Isi amaun minima RM100 dan klik pada Set Recurring agar berwarna hijau.

 

Langkah #4:

Pilih 3rd Party Transfer di ruangan Service type.

 

Untuk paparan Maybank2u baharu adalah seperti berikut:-

Klik pada baris kedua Effective Date dan pilih sehingga bulan Disember 2019.

 

Langkah #5:

Isikan maklumat kod PG (atau nombor IC jika anda tiada kod PG), nombor akaun Public Gold 5571-3923-8048, jumlah minima RM100 (jika RM120 pun boleh asal minima RM100), pilih tarikh, bulan dan Termination date 31/12/2019. Klik butang Continue dan ikuti arahan selanjutnya sehingga selesai.

 

Untuk paparan Maybank2u versi baharu adalah seperti berikut:-

Isikan kod PG anda bagi pelanggan sedia ada ATAU nombor IC bagi pelanggan baharu pada ruangan Recipient’s References dan klik TRANSFER.

Nota Penting: Pastikan anda simpan screenshot resit transaksi ini dalam bentuk jpeg atau pdf dan emel kepada Public Gold berdekatan dan cc kepada saya di su******@pe***********.org . Hubungi saya melalui whatsapp di talian +60197475788. Jika guna smartfon boleh terus klik link http://msuhaimee.wasap.my/.

Jika anda tidak mempunyai akaun Maybank, sila dapatkan panduan potongan bulanan ke akaun pelaburan emas GAP anda dengan menggunakan borang SAYA JIKA MENGALAMI MASALAH TEMPAHAN DAN PERTANYAAN.

Semoga anda berjaya memulakan simpanan emas pelaburan Gold Accumulation Program di Public Gold.

Wahai Pelabur Emas! Marilah Kita Bersedekah

Ke hadapan para pelabur emas di Malaysia sekelian. Assalamualaikum warahmatullah dan salam hormat.

sedekah-pelabur-emas-untuk-mangsa-banjir-1Saya menulis di sini untuk menyeru diri saya dan para pelabur emas sekelian agar marilah kita sama-sama membantu saudara-saudara kita di Kelantan, Terengganu, Perak dan Pahang yang telah mengalami banjir yang amat dahsyat sejak lebih 40 tahun yang lalu.

Sejak banjir besar 1971, banjir yang melanda pada tahun 2014 ini menunjukkan tahap kerosakan yang paling teruk dengan banyak jalan-jalan utama ditutup dan tidak dapat dilalui malah oleh kenderaan berat sekalipun!

Terdapat juga jalanraya utama yang runtuh dan pecah serta mengakibatkan beberapa kawasan dan kampung terputus hubungan selama beberapa hari! Ya Allah!.. Sungguh besar ujian-Mu pada mereka. Semoga Engkau memberi kesabaran dan ketabahan hati dalam menempuh ujian-Mu ini. Amin Ya Rabbal ‘Alamin.

sedekah-pelabur-emas-untuk-mangsa-banjir-2 sedekah-pelabur-emas-untuk-mangsa-banjir-4 Oleh yang demikian, di sini saya sekali lagi ingin menyeru semua pelabur emas di seluruh Malaysia agar mulakan untuk menghulur bantuan dalam bentuk kewangan bagi membantu meringankan beban saudara-saudara kita yang amat memerlukan. Jangan lupa bahawa dalam setiap harta yang kita simpan dalam bentuk apa sekalipun seperti emas, perak dan wang simpanan, terdapat hak orang lain di dalamnya dan kita mesti menunaikan hak mereka dengan ibadat sedekah dan zakat. Jika kita tidak ambil peduli untuk mengeluarkan sebahagian daripada apa yang kita simpan itu dalam bentuk emas, perak dan wang simpanan untuk disedekahkan dan dikeluarkan zakat, maka ditakuti segala usaha kita tidak mendapat keberkatan malah mendapat azab sengsara pula.. Nauzubillahi min zaalik.

Marilah kita renung Firman Allah Taala di dalam Surah At-Taubah ayat 34 hingga 35:

At-Taubah ayat 34 mengenai zakat emas dan perak.

At-Taubah ayat 35 mengenai zakat emas dan perak.

Di sini saya ingin berkongsi beberapa maklumat akaun bank Muslim Care yang terdapat di Malaysia agar mereka dapat menyediakan barang-barang keperluan dengan sedekah dan derma yang kita berikan.

sedekah-pelabur-emas-untuk-mangsa-banjir-3 Sumbangan anda boleh disalurkan melalui:

Maybank Account:
564490413882 Muslim Care Malaysia

RHB Account:
26-2120-0000-4747 Muslim Care

Bank Muamalat Account:
14010007654717 Muslim Care Malaysia

Bank Islam:
14014010147470 Muslim Care Malaysia
14032010093666 Muslim Care Malaysia

ataupun sumbangan online di http://www.muslimcare.org.my/derma/ untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang pertubuhan-pertubuhan, NGO-NGO dan parti-parti politik serta lokasi-lokasi pengumpulan barang-barang keperluan sebelum mereka menghantar dengan kontena ke sana.

Jika anda tidak berkesempatan untuk meluangkan masa bersama sukarelawan-sukarelawan, maka anda juga boleh terus menggunakan kemudahan bersedekah secara online sahaja seperti yang tertera di dalam pautan di http://www.muslimcare.org.my/derma/.

Muslim Care - Bantuan Mangsa Banjir
Muslim Care – Bantuan Mangsa Banjir

Semoga Allah Taala mengampunkan dosa dan kesalahan kita semua melalui musibah banjir ini dan memberkati para pelabur emas yang memberi bantuan dan sokongan samada dalam bentuk tenaga, barangan keperluan dan sedekah secara tunai kepada mangsa-mangsa banjir di Kelantan, Terengganu, Perak dan Pahang.

Di sini saya ingin mengambil kesempatan jika anda ingin menderma ke Tabung Pembangunan Maahad Tahfiz Al-Quran Ummul Qura (P), 08500 Kota Kuala Muda, Kedah, anda boleh menyumbangkannya melalui akaun Bank Islam dengan nombor akaun 02020010021119 atau Bank Muamalat A/C: 02020000079717.

Semoga Allah Taala terima sedekah dan derma anda sekalian.

Pengasas
PelaburanEmas.org
6 Rabiul Awwal 1436