Anda nak belajar ilmu pelaburan emas secara percuma? Alhamdulillah, pada hari ini terdapat kemudahan yang sangat banyak telah disediakan kepada semua lapisan masyarakat samada tua, muda, pelajar universiti, pelajar kolej, penjawat awam atau pekerja swasta untuk belajar dan dapatkan ilmu pelaburan emas secara percuma di seluruh Malaysia.
Untuk pengetahuan anda, ilmu mengenai emas, perak, dinar dan dirham telah lama disorokkan sejak selepas Perang Dunia Pertama lagi.
Sebab ilmu pelaburan emas ini tidak pernah diajar di sekolah-sekolah malah di universiti-universiti… maka kebanyakan rakyat Malaysia sering tertipu dengan pelbagai skim cepat kaya yang bertopeng emas.
Maklumlah, pada hari ini pelbagai jenis pelaburan yang bersandarkan emas samada secara atas talian yang disediakan oleh broker-broker pelaburan emas milik Yahudi yang beroperasi dengan menawarkan peluang menambah pendapatan secara maya sebanyak berpuluh-puluh USD malah beratus-ratus USD dalam tempoh hanya beberapa jam sehari! Mereka menggunakan pelbagai komoditi seperti minyak mentah, gas asli dan termasuklah metal berharga seperti emas, perak, palladium dan titanium.
Nasihat saya…. tolong jangan tertipu dengan gimik keuntungan beratus-ratus USD dalam tempoh hanya sejam atau dua jam. Mereka akan menawarkan akaun demo dahulu dengan deposit sebanyak puluhan ribu USD untuk anda gunakan dan dapat untung. Itu hanya gimik sahaja. Bila anda dah termasuk jerat mereka dengan memberikan butiran kad kredit…. anda akan lihat betapa rakusnya mereka menelan beratus-ratus USD juga dari akaun kad kredit anda!
Dah ler rugi… dari segi syariah pula gagal, iaitu tak patuh syariah.
Jadi, anda dinasihatkan jangan cari pasal dengan alasan nak cepat kaya dengan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang salah di segi undang-undang serta tak patuh syariah.
Saya nasihatkan anda agar dapatkan ilmu pelaburan emas yang betul dahulu sebelum cuba-cuba nasib dengan pelbagai skim cepat lebur atau skim cepat lingkup di luar sana.
Caranya amat mudah. Hanya isikan nama dan emel anda menggunakan borang di bawah.
Itu sahaja dan Insya Allah anda akan menerima emel pemberitahuan daripada saya. Tak rugi anda hadir ke seminar pelaburan emas secara percuma kerana ilmu emas yang disampaikan amat berguna kepada kita semua.
Dah la percuma… biasanya ada cabutan bertuah pula di akhir seminar. Berbeza sangat dengan seminar-seminar anjuran syarikat-syarikat perniagaan lain seperti MLM dan direct selling. Saya pun dulu pernah terkena. 😉
So, jangan buang masa… Sekaranglah masanya untuk anda dapatkan makluman untuk anda hadiri seminar emas percuma dengan lihat maklumat “Seminar Kaya Dengan Emas” di bawah:-
Anda tercari-cari pelaburan emas terbaik di Malaysia, Singapura dan sedang berkembang di Indonesia? Anda tak perlu risau sebab saya juga seperti anda. Dahulu saya juga tercari-cari cara nak mula melabur emas di syarikat atau bank dan paling menguntungkan. Sudah semestinya jika boleh yang sedang berkembang dan yang paling baik.
Dalam pelaburan emas, apa yang penting ialah MULA melabur emas DENGAN BETUL. Anda dinasihatkan jangan TERPEDAYA dengan skim cepat kaya a.k.a skim cepat lingkup di luar sana. Cara paling cepat nak tahu sesuatu aktiviti pelaburan emas yang ditawarkan kepada anda itu samada BENAR atau LINGKUP ialah dengan ikuti langkah seperti berikut:-
LANGKAH #1 – DAPATKAN NAMA / LAMAN WEB SYARIKAT
Mendapatkan nama syarikat atau laman web syarikat pelaburan emas terbaik daripada agen pelaburan emas. Anda boleh dapatkan dari kad bisnes atau minta agen tulis dan serah kepada anda. Beritahu kepada agen, nanti saya fikirkan dahulu (pastikan anda senyum ;-)) samada untuk sertai atau tidak beberapa hari lagi. Jika agen pelaburan emas terbaik tersebut mendesak dan seperti terdesak, anda ulang balik “Nanti saya fikirkan dulu” dengan senyum lagi. Tolak dengan baik – itulah sebaik-baik cara.
LANGKAH #2 – SEMAK STATUS SYARIKAT
Semak status aktiviti pelaburan emas yang dijalankan oleh syarikat pelaburan emas tersebut. Jika di Malaysia, anda boleh semak dengan layari laman web Bank Negara Malaysia untuk mengetahui syarikat yang disenarai hitam sebelum anda memberi deposit anda kepada mana-mana individu ataupun syarikat yang boleh didapati di https://www.bnm.gov.my/financial-consumer-alert-list. Kemudian, anda klik di link “Senarai nama entiti dan laman sesawang” seperti di bawah:-
Saya sarankan anda semak dengan teliti senarai tersebut kerana tulisannya agak kecil dan ada kemungkinan anda terlepas pandang. Terdapat juga laman web yang diberikan tidak wujud dalam senarai, tetapi LOGO syarikat adakalanya seakan sama atau memang sama dengan LOGO syarikat yang dalam siasatan BNM. Jika anda dah semak sebanyak TIGA kali dan dapati tiada satu pun nama syarikat atau laman web sama dengan yang tersenarai… anda boleh terus pergi ke langkah berikutnya. Jika anda dapati syarikat atau laman web syarikat pelaburan emas yang diberi tersenarai, maka saya cadangkan agar anda tinggalkan tawaran atau “peluang pelaburan emas terbaik” yang ditawarkan oleh agen tersebut.
LANGKAH #3 – BANDINGKAN HARGA EMAS SEMASA
Lihat harga emas semasa emas yang ditawarkan di laman web. Bandingkan dengan harga emas spot seperti yang saya tunjukkan di “Lihat Harga Emas Semasa“. Jika harga emas semasa produk emas yang ditunjukkan MELEBIHI 10% dari harga emas spot dunia, saya cadang anda terus lupakan hasrat untuk membeli produk emas pelaburan yang ditawarkan kerana anda akan mengalami kerugian dan bukan keuntungan.
CIRI PELABURAN EMAS TERBAIK #4 – KIRA KADAR SPREAD EMAS
Setelah anda lepasi langkah di atas dan harga emas semasa emas pelaburan syarikat tersebut didapati kurang dari 10% daripada harga emas spot dunia, maka anda boleh kira kadar spread emas pelaburan yang ditawarkan. Kadar spread atau susutnilai ialah peratus perbezaan harga emas yang dijual kepada anda dan harga emas yang dibeli daripada anda. Anda boleh ketahui lebih lanjut mengenai kadar spread di “Bandingkan Harga Emas Dengan Susutnilainya Sekali“. Kebiasaannya harga jual beli emas dipaparkan di laman web syarikat atau bank. Psst! Ikut pakar kewangan, kadar spread yang paling baik ialah dibawah 10%!
CIRI #5 – KAJI KEMUDAHAN LATIHAN / SOKONGAN
Seterusnya, anda perlu tahu kemudahan latihan sokongan pelaburan emas yang anda boleh dapat dengan percuma daripada syarikat pelaburan emas. Jika terdapat hanya satu sahaja atau paling banyak pun tak lebih lima kemudahan latihan sokongan yang ditawarkan, dikhuatiri anda mungkin akan menghadapi masalah pada masa akan datang.
CIRI PELABURAN EMAS TERBAIK #6 – PATUH SYARIAH
Akhir sekali ialah, anda perlu selidiki setiap pembelian emas anda mematuhi syarak atau patuh syariah iaitu anda beli emas dan dapat emas. Bukan anda beli emas dan hanya dapat penyata sahaja (emas kertas) dan tidak boleh dapat emas.
Setelah syarat-syarat di atas dilepasi, maka, saya cadangkan anda bolehlah buat keputusan untuk menerima produk pelaburan emas yang ditawarkan oleh agen tersebut. Terpulang kepada anda untuk mulakan samada secara berdikit-dikit atau secara banyak sekaligus bergantung kepada matlamat pelaburan emas yang anda tetapkan.
Seperti yang saya terangkan di atas, saya juga seperti anda tercari-cari peluang pelaburan emas terbaik agar tidak rugi dan sebaik-baiknya jauhi RIBA’ dalam pelaburan item ribawi seperti emas dan perak. Anda tak perlu risau sebab bukan seminggu atau dua minggu saya membuat kajian di atas… malah berminggu-minggu ke atas pelbagai produk emas pelaburan di bank-bank komersial dan syarikat-syarikat pelaburan emas. Masing-masing memang kata pelaburan emas mereka yang paling baik.
KESIMPULAN PELABURAN EMAS TERBAIK
Akhirnya saya dah jumpa syarikat pelaburan emas terbaik di Malaysia, Singapura dan sedang berkembang di Indonesia. Anda boleh lakukan pendaftaran secara percuma dahulu seperti yang diterangkan di “Pendaftaran Percuma“.
Daftar percuma di syarikat Pelaburan Emas Terbaik Malaysia. Terdapat cawangan-cawangan syarikat pelaburan emas di Malaysia seperti:- Taman Perling, Johor Bahru; Batu Berendam, Melaka; Menara Public Gold, TRX, Bandar Sunway, Petaling Jaya; Taman Dagang, Ampang; Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, Selangor; Taman Komersil Senawang, Seremban, Negeri Sembilan; Jalan Kota, Alor Setar; Kampung Baru, Sungai Petani, Kedah; Relau, Bayan Lepas; Lebuh Bishop, Pulau Pinang; Jalan Yang Kalsom, Ipoh, Perak; Jalan Sultan Yahya Petra, Kota Bahru, Kelantan; Jalan Sultan Ismail, Kuala Terengganu; Jalan Beserah, Kuantan, Pahang; Al-Idrus Commercial Centre, Jalan Satok, Kuching Sarawak; Along Jalan Sulaman, Kota Kinabalu, Sabah.
Pendaftaran juga merangkumi penduduk di Singapura dan Brunei.
Nak tahu apa 3 posisi pelaburan emas? Pada masa ini ramai yang berminat nak melabur emas dengan harapan dapat menjana keuntungan daripada pelaburan yang dibuat. Namun, ramai yang masih keliru bagaimana nak jana keuntungan daripada pelaburan emas.
Sebelum pergi lebih jauh, di sini saya kongsikan makna pelaburan emas yang saya dapat daripada guru saya.
Apa Makna Pelaburan Emas?
Pelaburan emas merujuk kepada perbuatan membeli dan memegang emas bagi tujuan menjana keuntungan atau memelihara kekayaan. Emas telah digunakan sebagai bentuk mata wang dan simpanan nilai selama beribu-ribu tahun dan dianggap sebagai aset selamat, terutamanya semasa ketidaktentuan ekonomi dan politik.
Apakah Cara Melabur Emas?
Ada beberapa cara untuk melabur dalam emas, termasuk membeli emas fizikal dalam bentuk syiling, bar, atau barang kemas, melabur dalam dana dagangan bursa emas (ETF), atau melabur dalam saham perlombongan emas. Setiap kaedah mempunyai kelebihan dan risikonya sendiri, dan pelabur harus mempertimbangkan dengan teliti matlamat pelaburan dan toleransi risiko mereka sebelum memilih kaedah tertentu.
Apakah Faktor Turun Naik Harga Emas?
Harga emas boleh dipengaruhi oleh pelbagai faktor, termasuk penawaran dan permintaan, peristiwa geopolitik dan turun naik dalam nilai mata wang. Seperti mana-mana pelaburan, terdapat risiko yang terlibat dengan pelaburan dalam emas, dan pelabur harus mendapatkan nasihat profesional kewangan sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan.
Ramai pelabur emas yang hanya faham tentang beli harga rendah dan jual balik bila harga emas tinggi atau dalam bahasa Inggeris “buy low, sell high“.
Bagaimana Cara Dapat Untung Pelaburan Emas?
Ada juga yang bertanyakan peluang pelaburan emas yang boleh memaksimumkan keuntungan duit yang ada dalam jangka masa yang cepat. Mereka mahu platform pelaburan emas seperti jual beli saham. Mereka nak melabur emas dengan duduk saja di depan komputer dan pernah join platform seperti online trading dengan harapan dapat menjana pendapatan sampingan (residual income).
Pentingnya Ilmu Emas
Tanpa ilmu, saya hampir-hampir rugi beribu Ringgit. Pada masa itu, saya dah daftarkan kad kredit saya dalam akaun online trading tersebut. Namun, syukurlah saya dapat balik modal dan terus jual balik cepat-cepat dan padam maklumat kad kredit dalam akaun tersebut.
Asalnya sebelum ada ilmu emas, memang saya tak tahu langsung pasal emas dan posisi dalam pelaburan emas. Masa itu yang saya tahu kalau emas fizikal hanyalah barang kemas dan beranggapan emas ini mahal dan tiada faedah beli dan berpendapat emas hanya untuk kaum wanita pakai dan sekadar nak tunjuk-tunjuk sahaja.
Namun, bila saya baca buku-buku pasal ilmu emas, barulah saya sedar bahawa ada banyak lagi manfaat emas. Bukan setakat beli masa harga rendah dan jual balik masa harga tinggi iaitu “buy low, sell high“.
Saya pernah berjumpa dengan seseorang yang berpendapat seperti berikut:
“Nak dapat untung melabur emas, kena jual emas bila harga tinggi.
Tapi kalau jual hari ni, esok harga emas naik lagi, rugi la..
Kalau jual esok pulak, tahun depan harga naik lagi, rugi jugak..
Jadi bila nak jual emas dan dapat untung dalam pelaburan emas ni?”
Macam pernah berfikir masalah yang sama bila nak mula libatkan diri dalam pelaburan emas?
Untuk menjawab persoalan di dalam pelaburan emas seperti di atas, apa yang saya belajar daripada guru pelaburan emas saya ialah kita perlu tahu posisi sebenar supaya kita boleh maksimumkan keuntungan.
Sama ada kita berada di dalam posisi penyimpan, pelabur atau peniaga emas?
Jom, saya beritahu anda ciri-ciri supaya anda boleh mengenalpasti anda di kategori yang mana :
1) Posisi penabung emas
Fokus kepada pertambahan gram emas. Ada sahaja duit lebih untuk tabungan emas jangka panjang tukarkan kepada gram emas. Tidak kisah harga naik atau turun yang penting kepingan emas atau gram emas bertambah. Apabila harga emas turun waktu itulah bonus untuk memborong emas dengan harga diskaun.
Fokus kepada nilai RM dan bukan gram emas. Pelabur emas akan membeli emas dan apabila harga emas naik mereka akan jual untuk mendapat keuntungan. Untuk menjadi pelabur emas, kita perlu memiliki modal yang tinggi sekurang kurangnya untuk membeli emas 100 gram dan ke atas.
Contoh modal RM25,000 untuk mulakan belian emas, dapat 100g emas. Setelah berlaku kenaikan harga emas, harga emas mencecah kenaikan 15% iaitu RM27,500 dan mencapai target keuntungan, maka terus jual.
Pelabur emas akan dapat keuntungan RM2,500 melalui pusingan tadi. Selepas itu pelabur akan ulang balik langkah yang sama bagi memaksimakan keuntungan. Dengan kata lain, anda hanya dapat sekitar RM208 sahaja sebulan. Itu pun kalau ada kenaikan berlaku dalam tempoh setahun.
Dalam pasaran emas dunia, naik atau turun harga emas ini nak tunggu bila berlakunya kenaikan harga emas lebih 15% dalam setahun pun tiada siapa yang boleh tahu.
Itu pun jika ada kenaikan dalam harga emas dengan mendadak seperti masa COVID-19 iaitu RM304/g 9 Ogos 2020 atau masa kes penutupan Bank Silicon Valley di Amerika Syarikat iaitu mencecah RM308/g pada 19 Mac 2023.
3) Posisi peniaga emas / Dealer emas
Bagi sesiapa yang hendak menambah gram sekaligus memaksimumkan RM, posisi terbaik adalah menjadi dealer atau ejen syarikat emas. Dealer emas, dapat menambahkan simpanan emas dan menjana RM hasil dari perniagaan emas. Emas bertambah, duit pun makin bertambah.
Pesan pakar kewangan Malaysia, Tuan Azizi Ali dalam buku best selling Jutawan dari Planet Jupiter, tidak ada mana-mana pelaburan yang boleh menandingi keuntungan daripada perniagaan.
Kalau dalam pelaburan, keuntungan 20 peratus setahun dah dirasakan sebagai satu pencapaian yang sangat banyak. Sebaliknya dalam perniagaan, pulangan 200 hingga 400 peratus setahun itu biasa sahaja!
Kalau modal tak seberapa tetapi mahu kembangkan kekayaan dengan pantas, jangan buang masa dengan melabur duit anda dalam pelaburan. Keuntungan daripada pelaburan kebiasaannya hanyalah sekitar 5 hingga 15 peratus setahun sahaja di Malaysia.
Dalam setiap posisi yang dipilih, tentukan matlamat dan penetapan fokus adalah penting. Fokus yang betul dan tepat akan membantu kita mencapai matlamat yang diimpikan dengan cepat dan jayanya. Yang menjadikan kita kaya bukan emas, tetapi ilmu emas.
Download E-Book 5 Minit Emas Secara Percuma
Oleh kerana terlalu ramai yang menghubungi saya untuk memulakan pelaburan emas, di sini saya hadiahkan E-Book 5 Minit Emas yang bernilai RM99 untuk dibaca sampai habis dahulu. Di samping itu saya juga akan menghantar e-mel ilmu emas selama 32 hari berturut-turut. Tekan gambar E-Book 5 Minit Emas sekarang!
Anda nak simpan 1 kg emas sebab dah tahu kelebihan simpan emas berbanding simpan duit tunai? Namun anda masih tercari-cari kedai emas yang betul-betul menjual emas jongkong atau goldbar 1 kilogram (kg) dengan cara yang mudah dan patuh syariah?
1 kg Goldbar terkeluar dari beg tuan punya… Cantik kilauan emas tu?
Sudah tentu anda akan mengambil masa yang panjang untuk tahu jenama emas pelaburan yang manakah boleh dibeli dengan harga termurah?
Harap anda bersabar… sebab yang murah tak selalunya emas tulen. Anda kena pastikan Goldbar 1 kg yang anda nak beli itu berketulenan 999.9 atau 24K.
Jangan risau…
Anda dah jumpa blog yang betul memberi panduan bagaimana anda boleh dapatkan goldbar berketulenan 999.9 sehingga seberat 1 kg. Saya akan beri tip mudah belian emas pelaburan yang sebenar.
Salah satu tip paling utama ialah semak maklumat lanjut kedai yang jual emas (biasanya anda boleh gunakan enjin carian Google). Cuma elakkan pilih dan beli emas di media sosial kerana kurangnya ciri keselamatan.
Terlalu banyak scammers di media sosial mencari mangsa melalui iklan (ada tertera Sponsored) di FB. Nampak macam real.
Sebelum diteruskan, saya ingin kongsikan satu cerita kisah benar mangsa yang ‘terciduk’ membeli emas palsu!
Seorang peniaga kerugian RM219,000!
Pada tahun 2018, ada seorang peniaga wanita kerugian RM219,000 selepas terpedaya membeli emas palsu daripada dua lelaki yang mendakwa kononnya memiliki kilang emas. Mangsa yang berasal dari Perak telah membeli jongkong emas seberat 12.7 kilogram (kg) dengan harga RM273,000.
Lebih suku juta kerugian yang perlu ditanggung oleh mangsa. Menurut mangsa, pembelian emas berkenaan tidak mempunyai resit bayaran atau dokumen perjanjian, tetapi hanya melalui serahan tangan dan bersaksikan rakan sekampung mangsa.
Masya Allah! Berani betul peniaga ini membeli barang yang mahal tanpa sebarang dokumen!
Sahabat sekalian, emas bukan barang murah. Mana boleh lakukan sebarang transaksi emas tanpa disertakan invois dan dokumen. Anda perlu berhati-hati dan sentiasa memastikan setiap jual beli mempunyai rekod ya! Jika tidak, menyesal tak sudah lah, sahabat!
Ada banyak lagi syarikat atau perseorangan di luar sana yang menipu dan memperdayakan mangsa. Justeru, selaku penguna yang bijak, anda perlu pandai memilih.
Anda perlu pastikan kedai yang anda beli merupakan website yang benar-benar berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Selama berminggu-minggu saya mencari dan mengkaji syarikat jual beli emas yang terbesar dan menawarkan harga emas yang kompetitif serta dipercayai.
Akhirnya, saya dah jumpa sebuah syarikat jual beli emas yang terbesar di Malaysia iaitu syarikat Public Gold Marketing Sdn Bhd. Tiada disenarai hitam oleh Bank Negara Malaysia.
Di Public Gold, semua transaksi boleh dibuat secara atas talian dan disertakan invois serta ada hitam putih. Dan kesemua emas Public Gold mempunyai sijil ketulenan. Nahhhhh, benda boleh beli yang asli, kenapa nak beli yang tiruan, kan?
Di sini saya kongsikan 5 Sebab Kenapa Jongkong Emas 1 kg ini diminati ramai?
Sebab #1: Beli emas daripada syarikat jual beli emas terbesar di Malaysia
Syarikat Public Gold adalah sebuah syarikat pengeluar emas yang terbesar di Malaysia. Mula bertapak di Malaysia 2008 sehingga sekarang dan sangat kukuh sehingga kini. Syarikat ini menjalankan perniagaan menjual membeli emas dan perak disamping menjual produk barangan kemas bagi mempelbagaikan variasi keluarannya. Syarikat ini di bawah pimpinan oleh Dato ‘ Louis Ng.
Perkembangan perniagaan Public Gold yang semakin meluas, telah menyebabkan penubuhan 18 cawangan seluruh Malaysia,tempat penyimpanan emas public safe, tempat pajak emas dan perak, dan penubuhan Koperasi Dagang Emas bagi membantu memudahkan penyimpan emas menyimpan emas di Public Gold.
Public Gold memfokuskan jualan emas untuk tujuan pelaburan dan kedai-kedai emas yang ada di pasaran lebih memfokuskan jualan emas untuk tujuan perhiasan. Public Gold telah mendapat pengiktirafan dari Malaysia Book Of Record sebagai syarikat tempatan pertama di Malaysia yang menghasilkan Emas dan Perak termurah bagi tujuan Pelaburan serta telah mendapat pelbagai anugerah dari luar Negara.
Antara perkara yang tiada kaitan dengan Public Gold adalah :
1. Public Gold tiada kaitan dengan public bank.
2. Public Gold tiada kaitan dengan ‘multi level markerting’
3. Public Gold tiada kaitan dengan piramid wang
4. Public Gold tiada kaitan dengan skim cepat kaya
5. Public Gold tiada kaitan dengan skim pelaburan emas yang menjanjikan pulangan lumayan dalam jangkamasa yang singkat atau pulangan tetap bulanan yang akhirnya pelabur akan ditipu dan mengalami kerugian.
Tidak dinafikan Public Gold adalah syarikat emas yang sangat kukuh dan tiada rekod penipuan di mana-mana institusi perbankan. Bagi mereka yang ingin menyimpan emas boleh mula menyimpan di Public Gold lebih mudah dan selamat.
Sebab #2: Stok yang mudah didapati dan tak perlu menunggu lama untuk dapatkannya
Anda boleh mendapatkan goldbar seperti di bawah dalam masa hanya 1-2 hari bekerja.
Emas 999.9 Goldbar Public Gold seberat 1000 gram (g) atau 1 kilogram (kg)
Bagaimana cara nak miliki jongkong emas 1 kilogram dengan cara yang mudah, patuh syariah melalui platform dengan ciri keselamatan yang tinggi?
Caranya mudah sahaja. Apabila anda ingin membeli goldbar 1 kilogram dengan cara yang paling selamat, mudah dan patuh syariah, anda perlu pastikan kedai jual beli emas yang anda mahu berurusan mestilah menepati kriteria tersebut.
Saya sendiri berpengalaman berurusan dengan kedai emas pelaburan Public Gold Marketing Sdn Bhd. Pertama kali saya berurusan untuk membeli emas pelaburan berbentuk dinar adalah melalui transaksi secara atas talian di laman web Public Gold bernilai hampir RM20,000 pada tahun 2014.
Saya daftar secara atas talian dengan Introducer saya iaitu Encik Mohd Zulkifli bin Shafie.
Pendaftaran adalah percuma dan tidak memerlukan sebarang bayaran yuran. Anda boleh daftar dengan menggunakan borang di bawah untuk pilih samada anda mahu beli emas dan simpan dalam akaun emas di Public Gold atau anda mahu beli emas dan simpan sendiri. Anda boleh pilih dengan tandakan dalam kotak yang disediakan.
Di sini saya ingin kongsikan 5 sebab mudah agar anda betul-betul dapat emas fizikal berketulenan 999.9 bukan dalam bentuk kertas bila anda beli emas.
Sebab #3: Transaksi jual beli yang patuh syariah
Salah satu sebab mengapa saya memilih dan melabur dalam emas di Public Gold ialah kerana transaksi jual belinya patuh syariah. Saya, sepertimana semua Muslim, mahu kaya bukan saja di dunia tapi juga di akhirat. Jadi Public Gold memenuhi kriteria kritikal ini.
Transaksi jual beli di Public Gold disahkan patuh syariah sejak 14 Disember 2022.
Sebab #4: Spread (selisihan harga jual) yang rendah
Sebab susutnilai bermula 100 gram hingga 1 kg emas Public Gold adalah rendah, sekitar 6-7%, jadi kita hanya perlu tunggu kenaikan emas 7% saja untuk mendapat keuntungan.
Spread emas Public Gold adalah antara yang terendah di pasaran iaitu 6% – 9% berbanding jika jual di kedai emas lain, susut nilai adalah 25%! Ini merugikan.
Lagi rendah atau nipis spreadnya lebih baik. Spread itu akan menentukan berapa cepat dan berapa banyak keuntungan yang akan diperolehi apabila harga emas naik. Lagi nipis spread, lagi cepat dan lagi besar kadar keuntungannya.
Dalam pelaburan emas, lagi besar gram emas yang kita beli, lagi rendah spread dan lagi tinggi keuntungan yang bakal diperolehi. Tak mampu menabung banyak-banyak? No hal.. Mulakan sikit-sikit, peram di akaun GAP hingga capai 100g pertama. Mudah kan?
Sebab #5: Ada bimbingan secara percuma!
Semua perkara dalam dunia ini perlukan kepada ilmu dan bimbingan. Ilmu untuk dapatkan emas jongkong seberat 1kg dengan ketulenan 999.9 ini perlulah didapati daripada orang yang betul dan berpengalaman.
Tanpa bimbingan, kemungkinan besar anda akan keliru mengenai strategi yang betul membaca harga bila masa yang sesuai untuk menjual, apa yang perlu dilakukan untuk mengambil emas anda dan banyak lagi aspek teknikal yang perlu diketahui.
Insha Allah anda akan dapati saya merupakan orang yang betul untuk membimbing anda dapatkan emas sehingga anda betul-betul dapat pegang emas seperti di bawah…
Jongkong emas 250g & 1kg
Dah celik emas? Simpanlah emas dan sasarkan simpanan 1 kg untuk pelaburan jangka panjang keluarga anda.
Jika anda berminat untuk mendapat bimbingan percuma dan menjadi penyimpan emas yang berilmu, boleh daftar dengan tekan butang biru di bawah:
Anda nak beli dinar emas tapi tak tahu di mana dan bagaimana cara yang paling mudah dan secara bajet?
Contoh 1 Dinar emas 24k mesra Arrahnu.
Sejak wabak COVID-19 melanda dunia dan negara tahun 2020, berjuta rakyat Malaysia terkesan dari segi ekonomi dan kehidupan seharian. Di samping itu, seluruh rakyat Malaysia terpaksa berada di rumah mengikut arahan Peraturan Kawalan Pergerakan oleh pihak Kerajaan bagi memutuskan rantaian COVID-19.
Akibatnya, ramai yang terpaksa diberhentikan kerja kerana pihak syarikat tidak dapat lagi menanggung kerugian. Banyak bisnes tak dapat dijalankan!
Maka ramai yang terpaksa bergantung kepada dana kecemasan dan bagi yang masih dapat bekerja, ramai yang mula beringat dan belajar bagaimana nak baiki status kewangan peribadi dan ahli keluarga.
Ramai yang nak ceburi bidang pelaburan emas kerana harga emas dilihat semakin meningkat bermula akhir Mac 2020 dan mencecah harga tertinggi pada 7 Ogos 2020 dengan harga RM304/g!
Harga Emas Kembali Turun
Namun sekarang harga emas kembali turun. Tapi tak turun ke paras harga sebelum COVID-19 melanda. Dulu harga emas pelaburan 999 di bawah RM200/g. Tahun ini yang paling rendah jejak RM240/g pada awal April 2021.
Nak tunggu harga emas turun lagi? Lupakan sahaja… sebab jika nak tunggu harga emas jatuh akhirnya anda tak akan dapat walaupun 1 gram emas dalam simpanan anda. Strategi paling berkesan untuk mulakan pelaburan emas ialah beli dulu baru tunggu dan bukannya tunggu dulu baru beli.
Bila dah beli barulah anda ada tanda aras harga emas samada naik atau turun. Selagi tak beli emas 1 gram, selagi itu anda tak akan tahu harga emas yang terbaik untuk beli. Yang penting anda ada duit extra contoh duit i-Sinar atau bonus penjawat awam RM500 sebelum Hari Raya Aidilfitri, atau bonus gaji hujung tahun,
Jika tak tukar ke dalam bentuk emas, sudah pasti duit tunai akan habis tak tahu ke mana akhirnya. Bila ada tunai perasaan nak berbelanja akan sentiasa ada. Namun bila cepat-cepat tukar kepada emas, perasaan nak tambah simpanan emas akan sentiasa ada.
Jadi elakkan duit tunai anda “bocor” dibelanjakan ke tempat lain.
Berapa Banyak Perlu Ada Simpanan Emas?
Berapa banyak nak simpan emas? Jika ikut pakar kewangan negara Tuan Azizi Ali, 10% daripada pendapatan anda perlu ditukar kepada bentuk emas pelaburan. Jika ikut pakar kewangan tersohor dunia seperti Robert Kiyosaki menyarankan sebanyak 25% manakala Mike Maloney menyarankan sebanyak 50%!
Cara Mudah Dan Patuh Syariah Dapatkan Dinar Emas
Alhamdulillah! Pada masa ini terdapat cara mudah dan patuh syariah untuk anda dapatkan 1 Dinar emas 24k seperti di bawah dengan bajet rendah. Namun peluang untuk dapatkan dinar emas cara bajet ini bukanlah ada sepanjang masa. Terdapat tempoh yang tertentu sempena promosi yang ditawarkan oleh syarikat Public Gold.
Anda tak perlu risau status patuh syariah pembelian emas pelaburan di Public Gold sebab sejak 2016 lagi Public Gold telah mendapat Sijil Patuh Syariah daripada Panel Penasihat Syariah Amanie Advisor seperti di bawah.
Sijil patuh syariah outright purchase, EPP dan jual balik di Public Gold.
Di sini saya ingin kongsikan cara paling mudah dan patuh syariah untuk anda dapatkan 1 Dinar emas 24k (999.9).
Nak mulakan pelaburan emas hiasan? Sebelum anda teruskan, di sini saya ingin kongsikan 5 rahsia pelaburan barang kemas yang perlu anda tahu agar anda tidak menyesal kemudian hari.
Sudah tentu semua kenal barang kemas sejak dari kecil lagi. Kita semua pernah lihat ibu kita pernah memakai samada rantai emas di leher atau gelang emas di lengan atau cincin emas di jari atau anting-anting emas di telinga. Ibu kita simpan rapi dalam peti khas barang kemas yang biasa diletak di almari cermin muka.
Contoh barang kemas atau emas hiasan yang disimpan dalam peti.
Kisah Saya Pergi Ke Kedai Emas Hiasan Yang Pertama
Seperti anda, masa kecil saya juga hanya kenal emas daripada jenis barang kemas emas hiasan sahaja. Yang saya tahu fungsi barang kemas hanyalah untuk wanita sebagai perhiasan sahaja dan tak lebih dari itu.
Sehinggalah selepas berkahwin dan mempunyai anak pertama, isteri saya Kak Zu, berhasrat nak lihat barang kemas di kedai emas. Katanya emas murah la ni (dengan loghat utagha sebab Kak Zu asal Kedah, saya Johor). Saya dan Kak Zu pun menaiki motor menuju ke kedai emas bersama anak sulung pada petang Sabtu.
Sampai di kedai emas, tauke kedai emas sambut dengan senyuman. Kak Zu terus duduk manakala saya berdiri sambil dukung anak. Kak Zu sembang-sembang dan cabut cincin emas di jari dan minta tauke kedai emas timbang untuk tahu harga.
Selepas tahu harga, Kak Zu minta tauke emas keluarkan beberapa bentuk cincin yang ada dalam cermin display. Kak Zu mula belek-belek, try test pakai di jari dan akhirnya memilih sebentuk cincin yang lebih cantik dan lebih berat!
Saya dah mula berdebar dan tertanya-tanya dalam hati. Eh! Cukup ke duit tunai nak tambah nanti? Haha.. Maklumlah, baru 3-4 tahun bekerja makan gaji yang tak sampai RM1,500 sebulan!
Nak tahu apa jadi selepas tu? Hati yang berdebar-debar menjadi terkejut! Tiba-tiba tauke kedai emas keluarkan beratus-ratus duit tunai dan beri kepada Kak Zu.
Sambil dukung anak, saya terpinga-pinga dan mula rasa takjub dengan kepandaian Kak Zu berinteraksi dengan tauke kedai emas dalam memilih cincin emas yang lebih cantik dan lebih berat di samping dapat duit tunai lagi.
Kisah ini berlaku sekitar 20 tahun yang lalu. Pada masa itulah saya baru tahu barang kemas boleh ditrade-in dan jika kena pada masa yang sesuai, anda boleh dapat barang kemas yang lebih cantik, lebih berat dan duit tunai sekaligus!
Kisah Saya Kenal Dengan Pelaburan Emas
Namun, selepas kisah tersebut saya tak terfikir untuk belajar ilmu mengenai emas. Sehinggalah pada awal tahun 2014, seorang kenalan saya ditahan SPRM kerana terlibat dengan satu skim cepat kaya yang bertopengkan pelaburan emas.
Yang sebenarnya, saya kenal pun tak berapa rapat. Tapi disebabkan beberapa bulan sebelum kejadian, beliau membuatkan rakan-rakan sekerja hangat bercerita tentang kereta mewah BMW yang dipandu ke tempat kerja! Saya hanya perhati dari jauh dan dapat tahu ada bisnes pelaburan emas yang disertai beroperasi dari Hong Kong dan telah memasuki Thailand, Indonesia dan Malaysia.
Saya pun Google dan mendapati beberapa testimoni kereta mewah dipaparkan di Youtube. Tiada pelan bisnes, tiba-tiba dapat kereta mewah seperti BMW, Mercedes, Ferarri dan Lamborghini!
Saya pun membaca doa lihat kemewahan dunia yang mengagumkan seperti yang diriwayatkan oleh Syaikh Ibnul Utsaimin Rahimahullah mengatakan:
Rasulullah Sallallahu’alaihi wasallam dahulu bila melihat suatu perkara dunia yg membuatnya takjub, beliau mengatakan:
لبيك إن العيش عيش الآخرة
Labbaik, innal ‘aisya ‘aisyul akhirah “Aku penuhi panggilanmu ya Allah, sungguh kehidupan yg hakiki adalah kehidupan akhirat”
(HR. Bukhari 2834, Muslim 1805)
Nak dipendekkan cerita, akhirnya saya dengar kenalan saya ditahan SPRM. Alhamdulillah terselamat saya daripada terjebak dalam skim cepat kaya bertopengkan pelaburan emas. Sejak dari hari itu, saya mula mencari info mengenai pelaburan emas.
Rupa-rupanya terdapat berbagai jenis rupa pelaburan emas. Antara yang popular ialah pelaburan emas hiasan. Beli barang kemas masa harga rendah dan jual balik masa harga tinggi.
Tapi… sebenarnya betulkah cara ini boleh dapat keuntungan maksimum?
Pelaburan Emas Hiasan?
Mengapa emas hiasan atau barang kemas lebih diminati untuk tujuan pelaburan emas? Di sini anda akan dapat tahu rahsia pelaburan emas yang berkaitan dengan emas hiasan.
Disebabkan pada masa ini, harga emas dilihat menurun berbanding beberapa bulan yang lalu, ramai yang memilih untuk membeli emas hiasan atau barang kemas. Seperti yang tertera di akhbar Sinar Harian seperti di bawah.
Menurut pakar ekonomi, pulangan emas lebih stabil dan tidak bersifat spekulatif sebagaimana pasaran saham.
Pakar emas menyatakan inilah masa untuk tambah simpanan emas. Namun apabila anda nak mula beli emas untuk tujuan pelaburan, ada rahsia ilmu pelaburan emas yang anda perlu tahu.
Jika anda lihat gambar yang digunakan oleh akhbar Sinar Harian di atas, kebanyakan rakyat Malaysia akan tersilap langkah dan terus memilih jenis emas yang paling tak sesuai untuk tujuan pelaburan.
Rahsia pelaburan emas hiasan dibongkarkan!
Sebenarnya, terdapat beberapa jenis emas di Malaysia dan seluruh dunia yang memberi kelebihan kepada penyimpan atau pelabur emas berbanding emas hiasan atau barang kemas.
Antara jenis emas yang sesuai untuk tujuan pelaburan ialah jongkong emas dan dinar emas 999.9. Anda boleh lihat contoh jongkong emas (Goldbar) dan dinar emas di bawah.
Goldbar 10g (999.9)
1 Dinar 24k (999.9)
Apa rahsia pelaburan emas hiasan? Rahsianya seperti berikut…
Perbezaan antara emas hiasan dan emas pelaburan
Berbeza dengan emas hiasan atau barang kemas 999 atau 916, jongkong emas dan dinar emas 999 ini lebih mudah untuk disimpan oleh bukan hanya wanita malah lelaki juga. Jadi tiada banyak isu yang akan timbul bila tiba masa akan datang sebab emas ini boleh diwarisi oleh anak lelaki dan juga perempuan.
Di sini saya nak tunjukkan perbezaan antara jongkong emas (goldbar) atau Dinar berbanding emas hiasan atau barang kemas seperti yang ditunjukkan di bawah.
Di mana ruginya simpan emas hiasan untuk tujuan pelaburan?
Sebagai contoh pertama, anda beli emas hiasan sekilogram dengan harga RM50,000. Ketika harga emas naik RM100/g kepada RM100,000 anda jual balik dan kedai emas akan tolak RM25,000 sebelum beri baki hanya RM75,000 kepada anda.
Contoh kedua, anda beli emas jongkong atau dinar pelaburan sebanyak RM50,000. Ketika harga emas naik RM100/g kepada RM100,000 anda jual balik dan kedai emas akan tolak RM8,000 sebelum beri baki RM92,000 kepada anda.
Seterusnya setiap emas ada dikenakan kos premium. Kos premium ditakrifkan sebagai kos upah bentuk, kos minting, kos insurans dan kos transport. Kos premium emas hiasan yang paling mahal ialah kos upah manakala tiada kos upah bagi emas pelaburan.
Jadi elakkan dari membeli emas hiasan untuk tujuan pelaburan. Namun, jika anda seorang wanita yang gemar beli emas hiasan, silakan beli emas hiasan. Tiada siapa yang larang.
Jika anda baru tersedar bahawa emas hiasan bukanlah emas yang sesuai untuk dijadikan sebagai pelaburan, jangan bimbang, ada cara mudah untuk tukar barang kemas sedia ada kepada emas pelaburan.
Nak tahu strategi pelaburan emas yang telah terbukti dan dipraktikkan oleh pakar kewangan tersohor di Malaysia?
Ya! Anda berpeluang menjana keuntungan berganda dalam pelaburan emas emas dengan menggunakan strategi yang digunakan oleh pakar kewangan Tuan Azizi Ali.
Beliau adalah seorang mentor kewangan yang telah menulis lebih 30 buah buku mengenai kewangan dalam Bahasa Melayu dan Inggeris.
Berikut disenaraikan 5 Strategi Utama Pelabur Emas oleh Tuan Azizi Ali:
Strategi Pelaburan Emas No. 1: Bermula Kecil Dahulu
Disarankan bermula dengan 1 gram dahulu pada hari ini. Mengapa perlu beli hari ini? Sebab selepas beli segram barulah kita akan tahu harga selepas ini turun atau naik. Harga belian pertama itulah merupakan tanda aras kepada harga emas pada masa akan datang.
Jika anda nak tunggu masa yang sesuai untuk beli emas, biasanya anda tak akan mula. Nak tunggu harga emas turun? Tiada siapa tahu masa bila emas akan turun. Pakar analisis teknikal harga emas dunia pun tak pernah beri jaminan bahawa analisisnya tepat 100%. Kebiasaan pakar analisis hanya berani menyatakan jangkaan mereka sekitar 70% tepat.
Strategi Pelaburan Emas No. 2: Beli Emas Secara Konsisten
Beli dan Simpan (Labur) Emas Secara Konsisten Setiap Bulan
Strategi ini telah digunapakai oleh beliau sejak berpuluh tahun yang lalu.
Strategi Pelaburan Emas No. 3: Tambah Simpanan Bila Ada Lebih
Tambah Simpanan dan Pelaburan Emas Ketika Menerima “Wang Besar” Atau Durian Runtuh
Contoh bonus tahunan, untung saham dan untung perniagaan.
Strategi Pelaburan Emas No. 4: Melabur Secara Banyak
Mengapa strategi ini digunakan? Baiklah. Jika anda mula melabur 1 gram dan tiba masa harga emas naik RM84/g dalam tempoh 5 bulan. Keuntungan kasar yang anda akan dapat hanyalah RM84.00 sahaja.
Jika anda beli 100g Goldbar pula, dalam tempoh 5 bulan sahaja anda boleh kaut untung kasar sebanyak RM8,400.00!
Oleh sebab itu, pakar kewangan seperti Tuan Azizi Ali menyarankan jika mahu kaut keuntungan besar, melaburlah dalam jumlah yang besar sekurang-kurangnya 100 gram!
Strategi Pelaburan Emas No. 5: Tuntut Ilmu Emas
Dapatkan ilmu mengenai emas dan pelaburan emas sebanyak-banyaknya. Beli dan baca buku-buku mengenai emas pelaburan dan hadiri seminar mengenai emas samada secara bersemuka atau secara maya atau online.
Itu sahaja 5 Strategi Pelaburan Emas Jana Keuntungan yang boleh anda gunakan. Namun, sebenarnya banyak lagi rahsia ilmu emas dapat diterokai apabila anda menceburi pelaburan emas dengan betul.
Anda boleh mulakan serendah RM100 sahaja dahulu untuk mendapat sejumlah 0.3XXX gram emas (bergantung kepada harga harian emas yang dikemaskini setiap hari). Misalnya pada hari ini harga emas ialah RM258/g, maka anda akan dapat 0.3876 gram dalam akaun GAP.
Jika anda terus beli 1 gram lebih mudah nak ingat harga pertama kali anda beli emas untuk dijadikan tanda aras (benchmark) kepada turun atau naiknya harga emas selepas ini.
Mulakan dengan gram emas yang kecil dahulu dengan buka akaun simpanan emas Gold Accumulation Program (GAP) hanya serendah RM100 sahaja dan anda akan dapat gram emas sehingga kepada 4 titik perpuluhan disimpan dalam akaun GAP yang boleh diakses 24 jam sehari.
Setelah beberapa ketika anda boleh teruskan menyimpan berdikit-dikit secara konsisten. Letaklah sasaran sekurang-kurangnya gram emas bersamaan dengan 3 bulan gaji.
Contoh pengiraan berapa gram emas yang patut anda ada sebagai dana kecemasan selama 3 bulan. Misalnya pendapatan bulanan anda bersamaan dengan RM2,000 sebulan. Ini bermakna anda memerlukan sebanyak RM6,000 sebagai dana kecemasan anda.