3 Cara Asas Pelaburan Emas Jana Keuntungan

Bagaimana cara pelaburan emas jana keuntungan? Caranya amat mudah dan pada hari ini terdapat pelbagai kemudahan disediakan untuk mendapat keuntungan dalam pelaburan emas.

Sebelum Mulakan Pelaburan Emas

Sebelum ini saya telah bincangkan tips pelaburan emas yang digunakan dalam sistem perbankan dan dipantau oleh Bank Negara Malaysia. Lesen pelaburan emas hanya dikeluarkan oleh BNM kepada bank-bank berlesen dan syarikat jual beli emas pelaburan tertentu sahaja serta TIDAK kepada sebarangan syarikat atau orang perseorangan di Malaysia walaupun pada namanya ada ejaan EMAS.

Anda dinasihatkan agar merujuk laman web Bank Negara Malaysia dahulu untuk mengetahui syarikat yang disenarai hitam sebelum anda memberi deposit anda kepada mana-mana individu ataupun syarikat yang boleh didapati di Bank Negara Malaysia. Kemudian, anda klik di link “Senarai nama entiti dan laman sesawang” seperti di bawah:

Bank Negara Malaysia Consumer Alert Page Screenshot

Pihak Bank Negara Malaysia akan sentiasa mengemaskini senarai nama syarikat atau laman web yang menjalankan apa-apa aktiviti berkaitan pelaburan emas yang tidak sah.

Semakan juga perlu dibuat di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di sini. Selepas login, klik ikon Search dengan isikan nama syarikat (By name). Jika tiada… maka syarikat tersebut tidak berdaftar dan anda berisiko amat tinggi untuk diperdaya.

Nak tahu tips elak skim cepat kaya bertopeng pelaburan emas? Layari Cara Pelaburan Emas – Persoalan Yang Sering Ditanya.

Okay.. mari kita teruskan..

Pastikan Jenis Dan Cara Yang Betul Untuk Melabur

Pelaburan emas yang dimaksudkan ialah saat anda memiliki emas pelaburan seperti Emas 24K atau berketulenan 995 (99.5%) dan 999 (99.9%). Ataupun, saat anda memilik Dinar Emas 24K LBMA (London Bullion Merchant Association) yang tidak dikenakan cukai GST atau SST. Jika anda tersalah pilih, anda terpaksa tanggung kerugian besar kerana ada cukai yang perlu dibayar.

Tambahan lagi, terdapat segelintir pelabur emas yang mengambil kesempatan ke atas sistem Ar-Rahnu. Pelaburan emas yang dimaksudkan di sini BUKANLAH memberi penerangan tentang teknik manipulasi pajak Ar-Rahnu yang mana teknik pajak Ar-Rahnu iaitu beli-pajak-beli-pajak adalah satu teknik yang akan membebankan pelabur emas dengan hutang! Jika anda ingin mengetahui tentang Ar-Rahnu, sila ke Pelaburan Emas Ar-Rahnu di sini.

Oleh itu, saya ingin berkongsi tips pelaburan emas di sini…

Jika anda membaca tips saya sebelum ini, kebanyakan kenyataan saya tidak cenderung untuk anda mulakan pelaburan emas di bank-bank seperti Maybank, CIMB, UOB, Ambank dan lain-lain atas sebab-sebab birokrasi, logistik dan kemudahan simpanan dan pengeluaran emas fizikal. Malah, saya juga tidak berapa cenderung kepada pelaburan emas di bank-bank samada di Ar-Rajhi atau KFH walaupun transaksi emas mereka patuh syariah dan halal. Mengapa? Anda boleh baca Pelaburan Emas Kertas atau Emas Sebenar.

Istilah ‘pelaburan emas’ yang saya gunakan di sini ialah beli emas di kedai emas pada harga rendah dan simpan sehingga satu waktu harga emas naik melebihi 15% dan jual semula simpanan emas anda di kedai emas itu semula. Mudahkan?

Beli emas masa harga emas turun dan jual emas masa harga emas naik melebihi 15%
Beli emas masa harga emas turun dan jual emas masa harga emas naik melebihi 15%
Harga spot emas selama 10 tahun. Terdapat turun naik harga emas yang boleh pelabur emas mengaut keuntungan (beli di garisan biru, jual di garisan hijau) tanpa mengira gram emas di tangan. (Sumber: Goldprice.org)

Persoalan pertama ialah bagaimana nak tahu bila harga emas turun dan bila harga emas naik? Anda perlu ada strategi pelaburan emas yang boleh anda pelajari daripada orang yang benar-benar telah mengaut keuntungan dalam pelaburan emas.

Strategi pelaburan emas
Strategi pelaburan emas

Persoalan kedua pula ialah nak beli emas jenis apa? Emas jongkong (goldbar) atau emas syiling (dinar) atau emas hiasan?

Anda tak perlu bimbang kerana jawapannya saya ada sediakan di Tips Pelaburan Emas.

Jadi persoalan yang ketiga sekarang ialah nak jual dan beli emas pelaburan di kedai emas yang mana? Poh Kong? Habib Jewels? Kedai Emas Wah Chan? Kedai Emas Sri Harmoni? Kedai Emas Sayang? Kedai Emas …. bla bla bla.. sabar… sabar…

Kedai emas yang saya maksudkan ialah kedai emas yang beroperasi secara online 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Kedai emas online yang sentiasa kemaskini harga emas semasa setiap 20 minit berdasarkan turun naik harga emas dunia.

Kedai emas online yang ada memaparkan harga emas secara ‘LIVE’ di web yang boleh diakses di smartfon (samada Android / iPhone).

Anda boleh juga memasang aplikasi harga emas seperti Kitco untuk mendapat notifikasi bila harga emas turun supaya anda boleh ‘lock’ harga dan beli emas serta hantar notifikasi kepada anda bila harga emas naik supaya anda boleh ‘lock’ harga dan jual emas semula. Dan yang paling penting sekali urusniaga emas tidak dikenakan cukai.

Kedai emas ini juga menyediakan kemudahan kepada anda untuk menyimpan emas fizikal (BUKAN emas maya) secara percuma tanpa upah! Anda boleh keluarkan kesemua emas yang anda simpan pada bila-bila masa.

Saya dah meneliti dan mengkaji selama berminggu-minggu… Alhamdulillah… saya dah jumpa kedai emas yang memenuhi syarat seperti yang saya nyatakan di atas tadi.

Akaun simpanan emas GAP ada pilihan New Site dan Classic Site
Aplikasi akaun simpanan emas pelaburan 24K Gold Accumulation Program (GAP) yang paling popular di Malaysia, Singapura dan Indonesia.

Anda jangan bimbang bila nak jual balik emas di kedai emas. Saya dapati kedai emas ini yang paling tak cerewet… boleh terima apa sahaja jenama dan jenis emas samada emas goldbar, dinar, emas perhiasan.

Di sini saya ingin kongsikan tips pelaburan emas sekiranya anda sebagai Pelabur Emas (Gold Investor) berminat mengaut keuntungan dalam bentuk Ringgit Malaysia dan BUKAN BERAT gram emas.

Jika anda ada bajet sekitar RM19,000… beli goldbar dengan berat minima 100g dan ke atas sebab kadar spread yang rendah (6-7% sahaja). Jika kenaikan harga melebihi 15%, maka anda boleh jual dengan harga RM21,520 dan mendapat untung melebihi RM1,520.

Kemudian anda beli lagi emas dengan modal RM19,000 tadi tanpa mengira berat emas yang anda dapat. Ulangi penjualan semula emas setelah harga emas naik melebihi 15% daripada harga beli.

Itu sahaja yang anda perlu tahu sebagai pelabur emas yang ingin menambah duit Ringgit dalam akaun.

PERHATIAN PENTING: Tiada TEKNIK AJAIB gandakan sekeping emas jadi dua keping ATAU beli sekilo emas dan dapat income setiap minggu atau setiap bulan tanpa apa-apa usaha.

Untuk pengetahuan anda, kaedah beli emas harga rendah dan jual harga tinggi (buy low sell high) merupakan hanya salah satu cara umum menjana keuntungan daripada pelaburan emas.

Kaedah ini merupakan kaedah Keuntungan Jangka Panjang sebab harga emas mungkin hanya akan naik melebihi 15% dalam tempoh lebih empat bulan (2 atau 3 kali setahun) bergantung kepada situasi ekonomi dan politik negara dan global.

Anda boleh dapatkan cara mudah, murah dan patuh syariah untuk Jual Beli Emas Pelaburan patuh syariah di Malaysia.

Tetapi jika anda rasa rugi jual emas sebab berat yang anda dapat berkurangan, maka anda bukan tergolong sebagai pelabur emas. Anda sebenarnya tergolong sebagai Penyimpan Emas (Gold Saver).

Jika anda nak mula membeli, menyimpan dan membuat pelaburan emas, anda boleh hubungi saya di SAYA JIKA MENGALAMI MASALAH TEMPAHAN DAN PERTANYAAN sebab anda perlu tahu cara yang betul dan menjimatkan sebelum anda membeli emas pelaburan.

Jika tersilap cara, kemungkinan anda akan terbeli emas pelaburan goldbar dengan harga yang lebih mahal.

Disebabkan tiada cukai GST mulai 1 Jun 2018 lalu (tiada SST juga mulai 1 September 2018), terdapat pilihan tambahan emas pelaburan 999.9 jenis bercorak cantik (minting) yang boleh anda dapatkan dengan harga yang lebih rendah.

Sila dapatkan tips mudah pelaburan emas dengan mengisi alamat emel anda di 5 Tips Pelaburan Emas.

Sekian dan terima kasih.

100 thoughts on “3 Cara Asas Pelaburan Emas Jana Keuntungan”

  1. Assalamualaikum tuan,

    Sekarang ni saya dan rakan-rakan beli dekat pejabat pos. Jadi kiranya kami simpan sendiri dan kami beli secara konsisten setiap bulan.

    Cumanya nak tanya andai kata kami nak jual kembali emas kami tu diluar negara. Bagaimana ya?

    Sekian, terima kasih

    Reply
    • Wa’alaikumussalam puan Meena,

      Alhamdulillah puan dan rakan-rakan dah beli goldbar di pejabat Pos. Cuma saya syorkan puan beli goldbar di cawangan Public Gold terdekat atau buka simpanan emas GAP dan puan dan rakan-rakan boleh dapatkan harga sekitar 9% lebih murah. Simpanan adalah percuma seumur hidup. Jika goldbar di pejabat Pos harganya RM215/g, emas GAP Public Gold RM187/g (17/9/16). Kemudian puan dan rakan-rakan boleh keluarkan dengan caj minima pada bila-bila masa di mana-mana cawangan Public Gold. Jika puan dan rakan-rakan nak buka akaun simpanan GAP, hanya terus ikuti Langkah #1 di http://pelaburanemas.org/gold-accumulation-program-gap/#akaunGAP.

      Puan boleh jual emas Public Gold LBMA di luar negara kepada sesiapa sahaja kerana emas Public Gold LBMA diterima di seluruh dunia.

      Reply
      • Terima kasih atas maklumbalas.

        Kami pun sedang berbincang berkaitan nak beli direct dekat public gold tapi ada antara kami yang rasa bimbang dan takut jika emas yang di beli di sana ditipu sebab kawan kami tu ada pengalaman. Jadi bagaimana saya nak meyakinkan kawan kami untuk membeli di gap.

        Dan bagi penjualan di luar negara. Adakah maksud tuan di kedai emas atau di pajal gadai?

        Terima kasih

        Reply
        • Saya mohon maaf apabila mengetahui pengalaman rakan puan yang pernah ditipu berkemungkinan pembelian emas dibayar melalui pihak ketiga dan bukan secara terus ke akaun Public Gold. Sebetulnya pembelian secara terus ke akaun Public Gold tidak akan menjadi masalah dan rakan puan boleh buat aduan ke BNM sekiranya ada bukti seperti resit pembelian.

          Untuk penjualan di luar negara, puan boleh pergi ke mana-mana kedai emas.

          Reply
          • Maksud saya dia pernah ditipu orang lain. Bukan dengan public gold. Maaf ya.

            Apa pun terima kasih ya encik atas bantuan. Jika ada sebarang masalah dan pertanyaan saya akan direct email kepada tuan ya.

            Terima kasih

    • Salam kembali. Tiada istilah dividen / bonus dlm simpanan emas fizikal kerana keuntungan hanya diperolehi dari penjualan emas ikut perbezaan spread atau buy low sell high.

      Reply
  2. Salaam
    Apakah langkah pertama yg perlu dilakukan …
    Bagamana cara pelaburan…
    Mohon penerangan…

    Reply
    • Salaam kembali. Secara asasnya, terdapat 3 cara melabur emas:-
      1. Beli emas dan simpan sebagai aset (persediaan individu / keluarga)
      2. Beli emas, simpan dan jual bila harga tinggi.
      3. Beli emas sebagai stok untuk berniaga dan jual kepada pelanggan emas.
      Tika boleh layari http://pelaburanemas.org/faqs/ untuk maklumat lanjut.

      Reply
  3. As-Salam Tuan. Boleh Tuan komen berkenaan pembelian emas fizikal melalui website seperti powergold.com dari segi keselamatan? Terima kasih.

    Reply

Leave a Comment