3 Cara Asas Pelaburan Emas Jana Keuntungan

Bagaimana cara pelaburan emas jana keuntungan? Caranya amat mudah dan pada hari ini terdapat pelbagai kemudahan disediakan untuk mendapat keuntungan dalam pelaburan emas.

Sebelum Mulakan Pelaburan Emas

Sebelum ini saya telah bincangkan tips pelaburan emas yang digunakan dalam sistem perbankan dan dipantau oleh Bank Negara Malaysia. Lesen pelaburan emas hanya dikeluarkan oleh BNM kepada bank-bank berlesen dan syarikat jual beli emas pelaburan tertentu sahaja serta TIDAK kepada sebarangan syarikat atau orang perseorangan di Malaysia walaupun pada namanya ada ejaan EMAS.

Anda dinasihatkan agar merujuk laman web Bank Negara Malaysia dahulu untuk mengetahui syarikat yang disenarai hitam sebelum anda memberi deposit anda kepada mana-mana individu ataupun syarikat yang boleh didapati di Bank Negara Malaysia. Kemudian, anda klik di link “Senarai nama entiti dan laman sesawang” seperti di bawah:

Bank Negara Malaysia Consumer Alert Page Screenshot

Pihak Bank Negara Malaysia akan sentiasa mengemaskini senarai nama syarikat atau laman web yang menjalankan apa-apa aktiviti berkaitan pelaburan emas yang tidak sah.

Semakan juga perlu dibuat di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di sini. Selepas login, klik ikon Search dengan isikan nama syarikat (By name). Jika tiada… maka syarikat tersebut tidak berdaftar dan anda berisiko amat tinggi untuk diperdaya.

Nak tahu tips elak skim cepat kaya bertopeng pelaburan emas? Layari Cara Pelaburan Emas – Persoalan Yang Sering Ditanya.

Okay.. mari kita teruskan..

Pastikan Jenis Dan Cara Yang Betul Untuk Melabur

Pelaburan emas yang dimaksudkan ialah saat anda memiliki emas pelaburan seperti Emas 24K atau berketulenan 995 (99.5%) dan 999 (99.9%). Ataupun, saat anda memilik Dinar Emas 24K LBMA (London Bullion Merchant Association) yang tidak dikenakan cukai GST atau SST. Jika anda tersalah pilih, anda terpaksa tanggung kerugian besar kerana ada cukai yang perlu dibayar.

Tambahan lagi, terdapat segelintir pelabur emas yang mengambil kesempatan ke atas sistem Ar-Rahnu. Pelaburan emas yang dimaksudkan di sini BUKANLAH memberi penerangan tentang teknik manipulasi pajak Ar-Rahnu yang mana teknik pajak Ar-Rahnu iaitu beli-pajak-beli-pajak adalah satu teknik yang akan membebankan pelabur emas dengan hutang! Jika anda ingin mengetahui tentang Ar-Rahnu, sila ke Pelaburan Emas Ar-Rahnu di sini.

Oleh itu, saya ingin berkongsi tips pelaburan emas di sini…

Jika anda membaca tips saya sebelum ini, kebanyakan kenyataan saya tidak cenderung untuk anda mulakan pelaburan emas di bank-bank seperti Maybank, CIMB, UOB, Ambank dan lain-lain atas sebab-sebab birokrasi, logistik dan kemudahan simpanan dan pengeluaran emas fizikal. Malah, saya juga tidak berapa cenderung kepada pelaburan emas di bank-bank samada di Ar-Rajhi atau KFH walaupun transaksi emas mereka patuh syariah dan halal. Mengapa? Anda boleh baca Pelaburan Emas Kertas atau Emas Sebenar.

Istilah ‘pelaburan emas’ yang saya gunakan di sini ialah beli emas di kedai emas pada harga rendah dan simpan sehingga satu waktu harga emas naik melebihi 15% dan jual semula simpanan emas anda di kedai emas itu semula. Mudahkan?

Beli emas masa harga emas turun dan jual emas masa harga emas naik melebihi 15%
Beli emas masa harga emas turun dan jual emas masa harga emas naik melebihi 15%
Harga spot emas selama 10 tahun. Terdapat turun naik harga emas yang boleh pelabur emas mengaut keuntungan (beli di garisan biru, jual di garisan hijau) tanpa mengira gram emas di tangan. (Sumber: Goldprice.org)

Persoalan pertama ialah bagaimana nak tahu bila harga emas turun dan bila harga emas naik? Anda perlu ada strategi pelaburan emas yang boleh anda pelajari daripada orang yang benar-benar telah mengaut keuntungan dalam pelaburan emas.

Strategi pelaburan emas
Strategi pelaburan emas

Persoalan kedua pula ialah nak beli emas jenis apa? Emas jongkong (goldbar) atau emas syiling (dinar) atau emas hiasan?

Anda tak perlu bimbang kerana jawapannya saya ada sediakan di Tips Pelaburan Emas.

Jadi persoalan yang ketiga sekarang ialah nak jual dan beli emas pelaburan di kedai emas yang mana? Poh Kong? Habib Jewels? Kedai Emas Wah Chan? Kedai Emas Sri Harmoni? Kedai Emas Sayang? Kedai Emas …. bla bla bla.. sabar… sabar…

Kedai emas yang saya maksudkan ialah kedai emas yang beroperasi secara online 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Kedai emas online yang sentiasa kemaskini harga emas semasa setiap 20 minit berdasarkan turun naik harga emas dunia.

Kedai emas online yang ada memaparkan harga emas secara ‘LIVE’ di web yang boleh diakses di smartfon (samada Android / iPhone).

Anda boleh juga memasang aplikasi harga emas seperti Kitco untuk mendapat notifikasi bila harga emas turun supaya anda boleh ‘lock’ harga dan beli emas serta hantar notifikasi kepada anda bila harga emas naik supaya anda boleh ‘lock’ harga dan jual emas semula. Dan yang paling penting sekali urusniaga emas tidak dikenakan cukai.

Kedai emas ini juga menyediakan kemudahan kepada anda untuk menyimpan emas fizikal (BUKAN emas maya) secara percuma tanpa upah! Anda boleh keluarkan kesemua emas yang anda simpan pada bila-bila masa.

Saya dah meneliti dan mengkaji selama berminggu-minggu… Alhamdulillah… saya dah jumpa kedai emas yang memenuhi syarat seperti yang saya nyatakan di atas tadi.

Akaun simpanan emas GAP ada pilihan New Site dan Classic Site
Aplikasi akaun simpanan emas pelaburan 24K Gold Accumulation Program (GAP) yang paling popular di Malaysia, Singapura dan Indonesia.

Anda jangan bimbang bila nak jual balik emas di kedai emas. Saya dapati kedai emas ini yang paling tak cerewet… boleh terima apa sahaja jenama dan jenis emas samada emas goldbar, dinar, emas perhiasan.

Di sini saya ingin kongsikan tips pelaburan emas sekiranya anda sebagai Pelabur Emas (Gold Investor) berminat mengaut keuntungan dalam bentuk Ringgit Malaysia dan BUKAN BERAT gram emas.

Jika anda ada bajet sekitar RM19,000… beli goldbar dengan berat minima 100g dan ke atas sebab kadar spread yang rendah (6-7% sahaja). Jika kenaikan harga melebihi 15%, maka anda boleh jual dengan harga RM21,520 dan mendapat untung melebihi RM1,520.

Kemudian anda beli lagi emas dengan modal RM19,000 tadi tanpa mengira berat emas yang anda dapat. Ulangi penjualan semula emas setelah harga emas naik melebihi 15% daripada harga beli.

Itu sahaja yang anda perlu tahu sebagai pelabur emas yang ingin menambah duit Ringgit dalam akaun.

PERHATIAN PENTING: Tiada TEKNIK AJAIB gandakan sekeping emas jadi dua keping ATAU beli sekilo emas dan dapat income setiap minggu atau setiap bulan tanpa apa-apa usaha.

Untuk pengetahuan anda, kaedah beli emas harga rendah dan jual harga tinggi (buy low sell high) merupakan hanya salah satu cara umum menjana keuntungan daripada pelaburan emas.

Kaedah ini merupakan kaedah Keuntungan Jangka Panjang sebab harga emas mungkin hanya akan naik melebihi 15% dalam tempoh lebih empat bulan (2 atau 3 kali setahun) bergantung kepada situasi ekonomi dan politik negara dan global.

Anda boleh dapatkan cara mudah, murah dan patuh syariah untuk Jual Beli Emas Pelaburan patuh syariah di Malaysia.

Tetapi jika anda rasa rugi jual emas sebab berat yang anda dapat berkurangan, maka anda bukan tergolong sebagai pelabur emas. Anda sebenarnya tergolong sebagai Penyimpan Emas (Gold Saver).

Jika anda nak mula membeli, menyimpan dan membuat pelaburan emas, anda boleh hubungi saya di SAYA JIKA MENGALAMI MASALAH TEMPAHAN DAN PERTANYAAN sebab anda perlu tahu cara yang betul dan menjimatkan sebelum anda membeli emas pelaburan.

Jika tersilap cara, kemungkinan anda akan terbeli emas pelaburan goldbar dengan harga yang lebih mahal.

Disebabkan tiada cukai GST mulai 1 Jun 2018 lalu (tiada SST juga mulai 1 September 2018), terdapat pilihan tambahan emas pelaburan 999.9 jenis bercorak cantik (minting) yang boleh anda dapatkan dengan harga yang lebih rendah.

Sila dapatkan tips mudah pelaburan emas dengan mengisi alamat emel anda di 5 Tips Pelaburan Emas.

Sekian dan terima kasih.

100 thoughts on “3 Cara Asas Pelaburan Emas Jana Keuntungan”

  1. Nak maklum bahawa hanya tinggal 1 hari sahaja lagi sebelum tawaran menjadi peniaga / dealer emas Public Gold akan berakhir… hanya dengan membeli sebanyak 63g emas GAP dalam satu resit dan anda layak sebagai dealer emas PG untuk komisen 1% pembelian berikutnya oleh mana-mana pelanggan anda. Juga anda dapat baucer RM100 dan 1 cabutan bertuah ke Turki!

    Tawaran terbaik sepanjang tahun 2015 kerana sebelum ini promosi sebagai dealer perlu beli 100g emas! Tapi sekarang hanya 63g emas GAP sahaja!

    Sila hubungi saya untuk keterangan lanjut. Anda boleh terus reply guna borang di bawah

    Reply
  2. Assalammualaikum…tuan sy nak tanye mcm mane nak mendapatkan keuntungan ni…
    beli harga rendah and jual harga tinggi ke…mcm mne pulak nak tahu harga tinggi atau rendah…
    ade yg kate beli january sbb harga murah jual hujung tahun…
    mohon pendapat tuan tq

    Reply
    • Wa’alaikumussalam tuan Azri. Bagaimana nak dapat untung ada 2 cara:
      1. Beli dan simpan emas fizikal jangka panjang. Tak semestinya beli bulan Januari dan jual hujung tahun. Perlu lihat harga emas dunia yang boleh tuan dapati di sini. Pada masa ini, harga emas boleh dikatakan rendah. Bila nilai PG Buy melebihi >15% harga PG Sell asal masa beli dulu, baru jual. Boleh pasang alert harga emas di smartphone.

      2. Jadi Dealer PG. Modal untuk jadi dealer sama dengan harga emas GAP bernilai sekurang2nya RM10k dalam satu resit. Hanya dibuka untuk 200 orang sahaja promosi berakhir 31 Disember 2015. Sekarang tinggal tak lebih 50 tempat. Sebagai dealer tuan Azri boleh keluarkan stok emas gold bar / dinar 24k dari akaun GAP di cwgn PG terdekat dgn bayar caj premium ikut jenis emas. Kemudian tuan Azri boleh jual stok emas mengikut harga PG Sell kpd pelanggan baru atau lama PG sebab emas PG paling diminati senang beli dan senang jual balik. Maknanya tuan Azri boleh dpt untung tanpa susut nilai. Nnti saya sediakan contoh keuntungan dalam posting yang akan datang.

      Reply
  3. Saya berniat untuk membeli emas akan tetapi saya tidak tahu jenis emas yang patut dibeli sebagai permulaan. Saya baru mula bekerja dan simpanan saya tidak banyak. Boleh tuan beri cadangan emas yang saya patut beli sebagai modal awal dan masa-masa yang sesuai untuk beli dan jual. Saya tidak tahu dimana saya boleh dapatkan info tentang harga pasaran semasa untuk emas ini.

    Reply
    • Alhamdulillah sebab sdra Mohamad Helmi dah sedar tentang kepentingan menyimpan emas sebagai pelindung kekayaan berbanding duit kertas.

      Untuk permulaan, sdra boleh mula membeli emas GAP minima 1g setiap bulan. Disiplinkan diri membeli emas seolah-olah potongan gaji bulanan tanpa mengira harga emas tinggi atau rendah. Insya Allah sdra akan dapat tuai hasil yang lumayan 5 tahun dari sekarang.

      Tak perlu beli emas banyak-banyak sebab sdra masih baru bekerja. Kaedah simpanan emas percuma GAP boleh didapati di http://pelaburanemas.org/gold-accumulation-program-gap/

      Untuk info harga emas semasa, sdra boleh layari http://pelaburanemas.org/harga-emas-semasa-2/

      Semoga sdra berjaya dalam pelaburan emas.

      Reply
  4. sy ade dengar2 tntg untuk menjadi ahli public gold yuran keahlian RM30,000?? perlukah sy untuk menjadi keahlian? atau sye hnya perlu beli emas bar or dinar dn simpan sikit2 di rumah shja.

    Reply
    • Terima kasih kerana bertanya. Sebenarnya tiada yuran keahlian untuk membuka akaun di Public Gold. Jumlah sebanyak RM30,000 yang dimaksudkan ialah pembelian emas dalam satu resit yang melayakkan seseorang untuk menjadi Dealer Public Gold. Kelayakkan ini membolehkan seseorang berniaga emas Public Gold. Kadang-kala PG membuat promosi dengan hanya pembelian sebanyak 100gm emas melayakkan diri menjadi Dealer PG. Contohnya hari ini ialah hari terakhir pembelian sebanyak 100gm emas GAP untuk melayakkan diri sebagai Dealer PG. Sekiranya tiada modal nurlie boleh membeli emas secara berdikit-dikit sama ada simpan di rumah atau di Public Gold secara percuma.

      Reply
        • Ilmu atau teknik pelaburan emas memang amat luas dan tak mungkin dapat diajar dalam masa singkat. Cara yg paling berkesan utk Haze belajar ialah mempraktikkan sedikit demi sedikit langkah yg telah saya sediakan di bawah gambar saya pada ruangan sebelah kanan browser (Desktop) atau scroll ke bawah (Mobile). Harap dpt pencerahan. Tq

          Reply

Leave a Comment