Terpedaya Skim Pelaburan Emas Tipu

Terpedaya skim pelaburan emas tipu malah tak wujud, lebih RM6 juta lebur!

Ipoh: Seorang peniaga wanita warga emas berusia 61 tahun diberitakan telah kerugian lebih RM6 juta apabila diperdaya dengan individu yang menawarkan skim pelaburan emas tidak wujud di media sosial sejak Oktober tahun lalu (2023).

Peniaga warga emas itu dipetik baru menyedari ditipu oleh scammer skim cepat kaya bertopengkan pelaburan emas pada 22 Januari 2024 lalu apabila beliau gagal untuk mengeluarkan sebahagian duit pelaburannya berjumlah RM2.2 juta.

Peniaga terbabit diberitakan mula mengenali skim pelaburan emas tipu dan yang sebenarnya tidak wujud tersebut selepas melayari media sosial Facebook pada 14 Oktober 2023 lepas semasa berada di rumahnya.

Selepas beliau terpedaya dengan iklan yang ditawarkan skim pelaburan emas, beliau telah menekan pautan di Facebook tersebut dan mula berkomunikasi menerusi WhatsApp dengan seorang individu yang tidak dikenali.

Sumber berita mengenai penipuan skim pelaburan emas tipu yang tidak wujud ini dipetik daripada Harian Metro bertarikh 23 Januari 2024 seperti yang dipaparkan di atas.

Di bawah ini pula berita mengenai 300 individu di Tawau, Sabah kerugian lebih RM5 juta diperdaya pelaburan emas tipu.


Tonton berita 300 individu rugi lebih RM5 juta diperdaya pelaburan emas tipu di Astro Awani bertarikh 23 Disember 2023.

Kasihan…

Begitulah nasib mangsa yang terpedaya disebabkan janji-janji manis scammer yang banyak di luar sana yang sentiasa mencari mangsa melalui media sosial seperti Facebook, Telegram, Whatsapp dan lain-lain lagi.

Sebenarnya skim pelaburan emas tipu ini dah memperdaya ramai mangsa sejak lama dulu! Di bawah ini, saya kongsikan video berita Astro Awani tahun 2015 dulu.


Tonton berita skim pelaburan emas tipu di Astro Awani bertarikh 16 Jan 2015.

Siapa yang berisiko jadi mangsa? Jawapannya mudah sahaja… sesiapa yang banyak duit! Ikut sejarah yang lepas, scammer biasanya target mangsa yang sudah berusia samada pesara atau peniaga atau kontraktor yang berduit.

Scammer tahu pesara sama ada penjawat awam atau swasta semua berduit sebab dapat gratuity / golden hand shake yang mencecah ratusan ribu Ringgit tak termasuk duit simpanan Tabung Haji atau ASB. Begitu juga peniaga yang mempunyai akaun bisnes dan kontraktor yang baru selesai projek.

Pesan guru emas saya, ramai orang akan melakukan kesilapan kewangan ketika ada duit simpanan yang banyak. Masa itulah, otak akan berfikir apa yang aku nak buat dengan duit sebanyak ini? Maka kebiasaannya ramai antara kita terus akan berfikir perkataan MELABUR dengan menyangka melalui pelaburan duit yang banyak itu akan bertambah banyak!

Walhal risiko dalam apa jua pelaburan ialah… Rugi Dalam Tangan, Untung Belum Tentu! Persoalannya bagaimana cara kita nak kenal pelaburan emas tipu atau tidak?

Nak kenal sama ada sesuatu pelaburan itu tipu sangatlah senang kalau kita ada ilmu. Kalau pun kita tidak ada ilmu tetapi ada keinginan untuk mencari ilmu atau jawapan sama ada bertanya kepada yang pakar. Kaji dahulu sebelum percaya bulat-bulat.

Masalahnya ramai antara kita yang terjebak dengan skim pelaburan yang bertopengkan emas ini disebabkan tidak mahu belajar daripada kesilapan mangsa-mangsa terdahulu.

Di sini saya nak kongsikan beberapa ciri skim pelaburan emas yang telah dikenalpasti oleh pakar-pakar kewangan seperti Tuan Azizi Ali dan guru emas saya iaitu Tuan Mohd Zulkifli Shafie. Antara ciri-ciri pelaburan emas tipu ialah seperti berikut:-

Apabila kita diberitahu oleh mana-mana individu atau syarikat atau kawan baik kita sendiri (paling ramai terkena), bagi deposit sekarang, mulai bulan depan dan seterusnya akan dapat keuntungan tetap setiap bulan, saya nasihatkan… lari jauh-jauh!

Biasanya kadar keuntungan yang ditawarkan melebihi 5% sebulan atau 60% setahun (5% x 12 bulan). Kadang-kadang ada yang sampai 70% hingga 100% setahun! Walhal pakar kewangan Tuan Azizi Ali menyatakan pulangan paling tinggi yang boleh diberikan oleh institusi pelaburan terbaik di Malaysia sekitar 15% sahaja setahun (1.25% sebulan).

Begitulah caranya nak tahu sama ada skim pelaburan emas itu betul atau tidak. Ambil kalkulator kiralah sendiri. Kalau lebih 2% sebulan atau 24% setahun pun kita boleh buat keputusan “angkat kaki” lari jauh-jauh lah…

Ini memang ciri biasa scammer skim cepat kaya. Biasanya scammer akan tunjuk kemewahan dengan memandu kereta mewah dan memakai jam tangan mewah. Kalau secara atas talian, scammer juga tunjukkan bukti-bukti ada keuntungan dibayar kepada pendeposit-pendeposit terdahulu. Tunjuk video pendeposit keluarkan duit daripada ATM, screenshot resit bank atau gambar duit berkepok-kepok (diikat getah) berpuluh ribu Ringgit kononnya telah berjaya dinikmati ramai pendeposit.

Bila scammer dah nampak tanda-tanda bakal mangsa terpedaya dengan keuntungan bulanan yang banyak, ciri yang ketiga ini pun biasa digunakan oleh scammer sama ada secara bersemuka atau secara atas talian melalui media sosial. Scammer akan menggunakan teknik mendesak secara halus seperti kalau lambat nanti rugi sebab ramai orang lain yang join awal akan dapat untung lebih banyak.

Cara paling selamat daripada terjebak dalam skim cepat kaya bertopengkan emas ialah buang dulu sifat tamak nak untung cepat. Sebab sifat tamak inilah yang selalu mengakibatkan kerugian. Seperti pepatah Melayu…

Orang tamak selalu rugi, macam anjing dengan bayang-bayang.

Pepatah Melayu

Bila dah buang sifat tamak, nafsu untuk dapat segala tawaran keuntungan atau dividen besar bulanan yang tak masuk akal akan dapat dikawal. Kalau ada posting yang beri pulangan lumayan di media sosial seperti di Facebook pun kita boleh fikir sebelum tekan link Whatsapp. Contoh:-

Pelaburan emas patuh syariah… Modal RM…. untung XX% setiap bulan ATAU

Pelaburan emas dijamin untung. Modal RM…. dividen bulanan XX%

Iklan scammer

Bila dah buang sifat tamak, mudahlah kita nak menolak tawaran menyertai skim yang bukan-bukan.

Biasanya, orang yang ajak join skim ini ialah orang yang kita kenal. Kalau pun pelaburan itu betul, kita tak perlu takut nak ucap kepada individu scammer, “Maaf! Saya tak minat” dan terus beredar. Tolak dengan cara yang baik. Kalau individu masih mendesak, ulang sekali lagi, “Maaf! Saya tak minat”. Itu sahaja!

Semoga perkongsian saya ini dapat memberi gambaran serba sedikit tentang bagaimana skim pelaburan emas tipu memerangkap mangsa. Juga kita dapat mengenali golongan yang berisiko terpedaya dengan skim pelaburan bertopengkan emas.

Adalah sangat diharapkan agar kita semua sentiasa waspada dengan skim cepat kaya seperti pelaburan emas tipu yang sejak bertahun-tahun telah menipu melalui berbagai rupa skim dan pelbagai lapisan masyarakat termasuklah guru, ustaz, artis, pelajar universiti, penjawat awam dan pekerja swasta.

Sebab utama saya bina blog PelaburanEmas.org ini ialah untuk berkongsi pengalaman sejak 2014 saya berkecimpung dalam emas pelaburan. Di sini saya nak kongsikan pelaburan emas sebenar, patuh syariah, sah malah telah ada lebih 1.1 juta pemegang akaun emas di syarikat jual beli emas pelaburan terbesar di Malaysia.

Lihat portfolio emas pelaburan saya di SINI.

Sila baca Mengenai Saya untuk info lanjut.

Wallahu a’lam.

Leave a Comment

Elak Skim Cepat Kaya Bertopeng Pelaburan Emas.


Ebook 5 Minit Emas: 20 asas emas pelaburan
Ebook 5 Minit Emas: 20 asas emas pelaburan yang amat PENTING elak skim cepat kaya bertopeng pelaburan emas.

This will close in 0 seconds