GAP Auto-Debit Akaun Pelaburan Emas

Apa itu GAP auto-debit Akaun Pelaburan Emas?

Pertama sekali untuk makluman sahabat sekalian, GAP adalah singkatan bagi nama Gold Accumulation Program bagi akaun pelaburan emas di Public Gold.

Auto-debit pula bermakna potongan bulanan duit daripada akaun bank sahabat sekalian secara automatik ke dalam akaun pelaburan emas GAP.

Kempen GAP auto-debit akaun pelaburan emas Public Gold

Jadi GAP auto-debit ini merupakan satu kemudahan bagi memudahkan sahabat sekalian untuk membuat potongan bulanan duit daripada akaun bank gaji secara konsisten untuk ditukar kepada gram emas dalam akaun pelaburan emas GAP.

Apakah Asas Keuntungan Sesuatu Pelaburan?

Asas keuntungan pelaburan seperti Amanah Saham Nasional (ASN) atau Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan begitu juga emas pelaburan ialah konsisten. Kalau kita hanya letak duit sekali sahaja sebagai deposit dan mengharapkan keuntungan secara bulanan, maka kita mungkin terpedaya dengan skim cepat kaya!

Jadi berhati-hatilah! Kalau ada agen perseorangan atau syarikat yang mendatangi kita menawarkan keuntungan ribu-riban dalam masa 3 jam, atau sehari atau seminggu atau setiap bulan kerana itulah ciri-ciri utama skim cepat kaya yang akan memiskinkan kita dengan cepat!

Kempen GAP Auto-Debit Akaun Pelaburan Emas

Pada masa ini, syarikat jual beli emas pelaburan terbesar di Malaysia iaitu Public Gold Marketing Sdn Bhd menganjurkan satu kempen Cabutan Bertuah setiap bulan bagi siapa yang mengaktifkan simpanan emas di akaun GAP secara auto-debit dengan potongan minima RM200.00.

Bagi memeriahkan lagi Public Gold menawarkan banyak hadiah yang menarik termasuklah Goldbar 10 gram setiap bulan!

Kempen ini telah bermula sejak bulan Jun 2022 dan memandangkan sambutan yang begitu menggalakkan, kempen GAP auto-debit ini diteruskan hingga ke hari ini. Kita boleh lihat senarai pemenang sejak Jun 2022 hingga kini dipaparkan DISINI.

Kita juga boleh baca terma dan syarat penyertaan Kempen GAP Auto-debit DISINI.

Bagaimana Cara Nak Sertai Kempen GAP auto-debit Akaun Emas Ini?

Caranya mudah sahaja. Kepada sahabat semua yang berumur 18 tahun ke atas yang ada kad pengenalan atau passport (bagi bukan warganegara) dah layak sertai kempen ini. Kalau kita masih belum dapat PG Code, boleh ikut step-by-step di bawah:

  1. Daftar di SINI. Jika selepas Submit ID telah pernah didaftarkan, sila maklum kepada saya melalui Whatsapp di SINI.
  2. Ikuti Tutorial GAP auto-debit di SINI.
  3. Beritahu saya supaya saya boleh bantu sekiranya ada persoalan di SINI.

Itu sahaja. Semoga sahabat sekalian berpeluang menang 10 gram Gold Bar dan seterusnya berjaya kaya dengan emas dengan konsisten menabung GAP autodebit.

Semoga bermanfaat.

Leave a Comment

Elak Skim Cepat Kaya Bertopeng Pelaburan Emas.


Ebook 5 Minit Emas: 20 asas emas pelaburan
Ebook 5 Minit Emas: 20 asas emas pelaburan yang amat PENTING elak skim cepat kaya bertopeng pelaburan emas.

This will close in 0 seconds