3 Posisi Pelaburan Emas Yang Patut Anda Tahu

Nak tahu apa 3 posisi pelaburan emas? Pada masa ini ramai yang berminat nak melabur emas dengan harapan dapat menjana keuntungan daripada pelaburan yang dibuat. Namun, ramai yang masih keliru bagaimana nak jana keuntungan daripada pelaburan emas.

Sebelum pergi lebih jauh, di sini saya kongsikan makna pelaburan emas yang saya dapat daripada guru saya.

Apa Makna Pelaburan Emas?

Pelaburan emas merujuk kepada perbuatan membeli dan memegang emas bagi tujuan menjana keuntungan atau memelihara kekayaan. Emas telah digunakan sebagai bentuk mata wang dan simpanan nilai selama beribu-ribu tahun dan dianggap sebagai aset selamat, terutamanya semasa ketidaktentuan ekonomi dan politik.

Apakah Cara Melabur Emas?

Ada beberapa cara untuk melabur dalam emas, termasuk membeli emas fizikal dalam bentuk syiling, bar, atau barang kemas, melabur dalam dana dagangan bursa emas (ETF), atau melabur dalam saham perlombongan emas. Setiap kaedah mempunyai kelebihan dan risikonya sendiri, dan pelabur harus mempertimbangkan dengan teliti matlamat pelaburan dan toleransi risiko mereka sebelum memilih kaedah tertentu.

Apakah Faktor Turun Naik Harga Emas?

Harga emas boleh dipengaruhi oleh pelbagai faktor, termasuk penawaran dan permintaan, peristiwa geopolitik dan turun naik dalam nilai mata wang. Seperti mana-mana pelaburan, terdapat risiko yang terlibat dengan pelaburan dalam emas, dan pelabur harus mendapatkan nasihat profesional kewangan sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan.

Ramai pelabur emas yang hanya faham tentang beli harga rendah dan jual balik bila harga emas tinggi atau dalam bahasa Inggeris “buy low, sell high“.

Bagaimana Cara Dapat Untung Pelaburan Emas?

Ada juga yang bertanyakan peluang pelaburan emas yang boleh memaksimumkan keuntungan duit yang ada dalam jangka masa yang cepat. Mereka mahu platform pelaburan emas seperti jual beli saham. Mereka nak melabur emas dengan duduk saja di depan komputer dan pernah join platform seperti online trading dengan harapan dapat menjana pendapatan sampingan (residual income).

Pentingnya Ilmu Emas

Tanpa ilmu, saya hampir-hampir rugi beribu Ringgit. Pada masa itu, saya dah daftarkan kad kredit saya dalam akaun online trading tersebut. Namun, syukurlah saya dapat balik modal dan terus jual balik cepat-cepat dan padam maklumat kad kredit dalam akaun tersebut.

Asalnya sebelum ada ilmu emas, memang saya tak tahu langsung pasal emas dan posisi dalam pelaburan emas. Masa itu yang saya tahu kalau emas fizikal hanyalah barang kemas dan beranggapan emas ini mahal dan tiada faedah beli dan berpendapat emas hanya untuk kaum wanita pakai dan sekadar nak tunjuk-tunjuk sahaja.

Namun, bila saya baca buku-buku pasal ilmu emas, barulah saya sedar bahawa ada banyak lagi manfaat emas. Bukan setakat beli masa harga rendah dan jual balik masa harga tinggi iaitu “buy low, sell high“.

Saya pernah berjumpa dengan seseorang yang berpendapat seperti berikut:

“Nak dapat untung melabur emas, kena jual emas bila harga tinggi.

Tapi kalau jual hari ni, esok harga emas naik lagi, rugi la..

Kalau jual esok pulak, tahun depan harga naik lagi, rugi jugak..

Jadi bila nak jual emas dan dapat untung dalam pelaburan emas ni?”

Macam pernah berfikir masalah yang sama bila nak mula libatkan diri dalam pelaburan emas?

Untuk menjawab persoalan di dalam pelaburan emas seperti di atas, apa yang saya belajar daripada guru pelaburan emas saya ialah kita perlu tahu posisi sebenar supaya kita boleh maksimumkan keuntungan.

Sama ada kita berada di dalam posisi penyimpan, pelabur atau peniaga emas? 

Jom, saya beritahu anda ciri-ciri supaya anda boleh mengenalpasti anda di kategori yang mana :

1) Posisi penabung emas

Fokus kepada pertambahan gram emas. Ada sahaja duit lebih untuk tabungan emas jangka panjang tukarkan kepada gram emas. Tidak kisah harga naik atau turun yang penting kepingan emas atau gram emas bertambah. Apabila harga emas turun waktu itulah bonus untuk memborong emas dengan harga diskaun.

Pengalaman saya, sejak mula kenal emas, saya dah kaji pelbagai platform akaun tabungan emas sama ada di bank atau di kedai emas. Saya dapati setakat ini Gold Accumulation Program Akaun Emas Fizikal di Public Gold yang paling saya suka.

Anda boleh layari Panduan Buka Akaun Tabungan Emas di sini.

2) Posisi pelabur emas

Fokus kepada nilai RM dan bukan gram emas. Pelabur emas akan membeli emas dan apabila harga emas naik mereka akan jual untuk mendapat keuntungan. Untuk menjadi pelabur emas, kita perlu memiliki modal yang tinggi sekurang kurangnya untuk membeli emas 100 gram dan ke atas.

Contoh modal RM25,000 untuk mulakan belian emas, dapat 100g emas. Setelah berlaku kenaikan harga emas, harga emas mencecah kenaikan 15% iaitu RM27,500 dan mencapai target keuntungan, maka terus jual.

Pelabur emas akan dapat keuntungan RM2,500 melalui pusingan tadi. Selepas itu pelabur akan ulang balik langkah yang sama bagi memaksimakan keuntungan. Dengan kata lain, anda hanya dapat sekitar RM208 sahaja sebulan. Itu pun kalau ada kenaikan berlaku dalam tempoh setahun.

Dalam pasaran emas dunia, naik atau turun harga emas ini nak tunggu bila berlakunya kenaikan harga emas lebih 15% dalam setahun pun tiada siapa yang boleh tahu.

Itu pun jika ada kenaikan dalam harga emas dengan mendadak seperti masa COVID-19 iaitu RM304/g 9 Ogos 2020 atau masa kes penutupan Bank Silicon Valley di Amerika Syarikat iaitu mencecah RM308/g pada 19 Mac 2023.

3) Posisi peniaga emas / Dealer emas

Bagi sesiapa yang hendak menambah gram sekaligus memaksimumkan RM, posisi terbaik adalah menjadi dealer atau ejen syarikat emas. Dealer emas, dapat menambahkan simpanan emas dan menjana RM hasil dari perniagaan emas. Emas bertambah, duit pun makin bertambah.

Pesan pakar kewangan Malaysia, Tuan Azizi Ali dalam buku best selling Jutawan dari Planet Jupiter, tidak ada mana-mana pelaburan yang boleh menandingi keuntungan daripada perniagaan.

Kalau dalam pelaburan, keuntungan 20 peratus setahun dah dirasakan sebagai satu pencapaian yang sangat banyak. Sebaliknya dalam perniagaan, pulangan 200 hingga 400 peratus setahun itu biasa sahaja!

Kalau modal tak seberapa tetapi mahu kembangkan kekayaan dengan pantas, jangan buang masa dengan melabur duit anda dalam pelaburan. Keuntungan daripada pelaburan kebiasaannya hanyalah sekitar 5 hingga 15 peratus setahun sahaja di Malaysia.

Layari Panduan Menjadi Peniaga Emas untuk menjana pendapatan pasif sehingga 4 hingga 5 angka sebulan dalam tempoh tiga tahun.

Dalam setiap posisi yang dipilih, tentukan matlamat dan penetapan fokus adalah penting. Fokus yang betul dan tepat akan membantu kita mencapai matlamat yang diimpikan dengan cepat dan jayanya. Yang menjadikan kita kaya bukan emas, tetapi ilmu emas.

Download E-Book 5 Minit Emas Secara Percuma

Oleh kerana terlalu ramai yang menghubungi saya untuk memulakan pelaburan emas, di sini saya hadiahkan E-Book 5 Minit Emas yang bernilai RM99 untuk dibaca sampai habis dahulu. Di samping itu saya juga akan menghantar e-mel ilmu emas selama 32 hari berturut-turut. Tekan gambar E-Book 5 Minit Emas sekarang!

Ebook 5 Minit Emas: 20 asas emas pelaburan
E-Book 5 Minit Emas bernilai RM99 (boleh download PERCUMA!)