Cara Beli Emas Public Gold Yang Menjimatkan

Rahsia Jimat Beli Emas Public Gold

Jangan beli emas Public Gold sebelum anda baca tips pelaburan emas Public Gold ini. Sejak kebelakangan ini kebanyakan kita dah mula sedar akan kepentingan menukar sebahagian duit tunai kepada simpanan emas fizikal yang patuh syariah seperti emas Public Gold berbanding menyimpan emas di akaun ’emas maya’ di bank-bank komersial di Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei malah di Filipina.

Anda boleh lihat contoh-contoh emas Public Gold edisi khas seperti edisi Hari Raya Aidilfitri, edisi Merdeka 60 Tahun dan edisi Pos Malaysia.

Edisi Hari Raya Aidilfitri 2017 1 gram LBMA 24K goldbar Public Gold – edisi terhad hanya 30,000 keping sahaja.
Edisi Merdeka 60 Tahun 1 gram goldbar Public Gold – edisi terhad hanya 3,000 keping sahaja.
Empat emas Edisi Pos Malaysia emas jenama Public Gold – hanya boleh didapati di Pejabat Pos Ar-Rahnu di seluruh Malaysia.
Setengah atau Half Dinar Public Gold (2.125 gram)

Kebiasaannya apabila anda beli melalui agen atau beli terus di Pejabat Pos Malaysia, harga emas yang ditawarkan adalah sekitar RM220 hingga RM250 segram. Ini adalah kerana harga runcit yang dicadangkan untuk dijual oleh agen atau Pejabat Pos Malaysia dipaparkan di web Public Gold sendiri seperti di bawah:-

Harga emas Public Gold – sebelah kanan ialah harga runcit dan sebelah kiri ialah harga GAP.

Bila anda perhatikan harga emas di ruangan “LBMA SMALL BAR / WAFER (24K)”, harga 1 gram = RM250. Manakala, jika anda lihat pada ruangan “GOLD ACCUMULATION PROGRAM (24K)” pula, harga 1 gram lebih rendah! Oleh itu, anda tak perlu tergesa-gesa membeli emas Public Gold dengan harga yang lebih mahal melalui agen berbanding rahsia beli emas Public Gold dengan lebih jimat sehingga lebih 30% seperti yang saya akan terangkan di sini.

Cara beli emas Public Gold yang menjimatkan sehingga lebih 30% adalah dengan membuka akaun simpanan emas Gold Accumulation Program (GAP). Akaun simpanan GAP adalah percuma seumur hidup dan boleh diwarisi walaupun anda telah jatuh bankrap. Anda boleh keluarkan bila-bila masa minima 1gram goldbar. Di sini saya beri tips pelaburan emas agar anda dapat mula melabur emas dengan lebih jimat melalui 2 kaedah pembelian:-

Kaedah #1:

Jika anda mahu beli goldbar 1g, 5g goldbar atau setengah dinar (2.125g) emas Public Gold LBMA 24K, samada nak simpan sendiri atau simpan percuma tanpa yuran seumur hidup, adalah lebih jimat membeli kaedah akaun simpanan GAP.

Cara nak beli Kaedah #1 ada ditunjukkan bermula Langkah #1 di Gold Accumulation Program.

Secara ringkasnya anda boleh ikuti langkah berikut:-
Langkah #1: Rujuk harga emas di ruangan “GOLD ACCUMULATION PROGRAM (24K)” hari ini di seperti dipaparkan di bawah:-

[iframe src=”https://publicgold.com.my/index.php” width=”100%” height=”450″]

Langkah #2: Anda darabkan dengan bilangan gram emas yang anda nak beli. (Nota: Setengah dinar bersamaan dengan 2.125g emas GAP).

Langkah #3: Anda boleh transfer jumlah RM ke no. akaun Public Gold Marketing Sdn Bhd di Maybank 557139238048.

Nota penting:
a. Jika anda gunakan kemudahan Internet Banking selain M2U, sila gunakan kemudahan Instant Transfer dan bukan Normal Transfer kerana Normal Transfer akan mengambil masa lebih sehari untuk proses.
b. Sila printscreen transaksi terakhir pembayaran sebagai bukti. Elakkan guna SMS atau Transaction history sebagai bukti pembelian emas. Sila simpan salinan resit untuk rujukan akan datang.

Langkah #4: Anda boleh emel terus ke ga*@pu********.my dan cc ke su******@pe***********.org atau Whatsapp maklumat berikut beserta gambar resit terus ke nombor Whatsapp proses Akaun GAP:

  1. Nama penuh (seperti dalam IC):
  2. NRIC atau Kad Pengenalan: xxxxxx-xx-xxxx
  3. No. telefon:
  4. Emel anda:
  5. Tarikh lahir:
  6. Kaum:
  7. Warganegara:
  8. Pekerjaan:
  9. Alamat:
  10. Nama Bank:
  11. Nama Pemegang Akaun Bank (mesti sama dengan nama di No. 1):
  12. Nombor Akaun Bank:
  13. Jumlah bayaran: RM
  14. No. Introducer: PG047646 Suhaimee Manaf (Sekiranya anda tiada introducer)

Nota penting: Minima buka akaun adalah sebanyak 1g. Jika anda nak keluarkan 1g perlu beli 2g dan tinggalkan baki ada 1g. Caj premium 1 gram goldbar hanyalah RM5 setiap unit. Prosedur ini didapati lebih baik berbanding minima 5g pengeluaran dan 5 g baki di setengah-setengah bank komersial.


Kaedah #2:

Jika anda mahu beli emas dan simpan sendiri goldbar / dinar 24K LBMA 10g dan ke atas, anda perlu lihat turun naik harga emas GAP. Jika harga emas GAP lebih tinggi, maka beli Kaedah #2. Jika harga emas GAP lebih rendah, maka beli Kaedah #1. Perbezaan berlaku kerana harga emas 10g dan ke atas berubah setiap 20 minit, manakala harga emas GAP berubah setiap 12 jam sekali (tepat jam 12 tengah malam dan 12 tengahari jika pergerakan melebihi 5%).

Cara nak beli Kaedah #2 ada ditunjukkan bermula Langkah #1 di Jual Beli Emas. Boleh keluarkan bila-bila masa dengan caj premium (ada dalam jadual. Cth: 1g = RM5, 10g = RM10, 20g = RM15 dsb). Anda  perlu daftar dahulu sebelum buat tempahan di Pendaftaran Percuma.

Semoga bermanfaat.