Skip to content
Pelaburan Emas Tips Mudah Menabung dan Melabur Emas
  • Home
  • Blog
  • Harga Emas Semasa
    • Harga Emas PG Indonesia
    • Harga Emas Public Gold
  • Pendaftaran Percuma
    • Cara Bermula Buka Akaun
    • Pendaftaran Akaun GAP
    • Pendaftaran Warga Singapura / Brunei
    • Pendaftaran Warga Indonesia
  • Promosi Dealer
    • Program Referral
  • FAQs
    • Perlu Bantuan?
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Saya
  • Sitemap

Pelaburan emas Maybank Islamic

Pelaburan Emas Maybank Islamic MIGA-i

17/09/202403/12/2023 by Suhaimee & Zuraida

Pelaburan emas Maybank MIGA-i merupakan satu akaun pelaburan emas yang popular di Malaysia. Produk berbentuk akaun pelaburan emas yang diberi nama sebagai Maybank Islamic Gold Account-i (MIGA-i) ini telah dilancarkan oleh Maybank Islamic Berhad (MIB) pada hari Isnin, 17 Mei 2021.

Apa itu Maybank Islamic Gold Account (MIGA-i)?

Sumber: Berita Harian

Ramai rakyat Malaysia tertanya-tanya apa itu Maybank Islamic Gold Account (MIGA-i) ini?

Produk pelaburan emas MIGA-i ini merupakan akaun emas yang pertama membolehkan pelanggan membuka akaun, membeli dan menjual emas, serta memindahkan emas, semuanya secara atas talian melalui Maybank2u.

Produk emas pelaburan yang ditawarkan merupakan emas dengan ketulenan 999.9 yang diakreditasi oleh London Bullion Market Association (LBMA) tanpa perlu menyimpan emas atau membimbangkan keselamatan pemegangnya.

Pelanggan boleh memulakan simpanan emas dan melakukan transaksi beli atau jual dengan nilai serendah RM10. MIGA-i berbeza daripada akaun emas konvensional, kerana akaun emas patuh Syariah ini membolehkan pelanggan menebus baki emas yang ada dalam akaun mereka dengan emas fizikal, dalam denominasi dari sekecil satu gram sehingga satu kilogram emas.

Hukum Pelaburan Emas Maybank

Maybank Islamic Berhad telah menyatakan bahawa hukum pelaburan emas Maybank Islamic di MIGA-i adalah berbeza daripada akaun emas konvensional. Oleh kerana pelaburan emas Maybank patuh syariah, pelanggan akaun MIGA-i tidak perlu risau akan status patuh syariahnya dan dapat melakukan transaksi jual beli dengan hati yang tenang.

Berapa Harga Emas Maybank?

Mengenai harga emas Maybank akaun MIGA-i pula, pelanggan boleh mendapatkannya di laman web Maybank Gold & Silver Counter Rates. Jom lihat ciri-ciri produk akaun emas MIGA-i sebelum anda memulakan pelaburan emas di MIGA-i.

Apabila anda mengetahui harga beli dan harga jual balik sesuatu emas, maka anda akan tahu kadar spread atau selisihan harga emas tersebut. Perbezaan harga beli dan harga jual emas di akaun pelaburan emas MIGA-i didapati sekitar 1.49% untuk emas dengan berat 100 gram ke atas manakala sekitar 2.37% untuk emas dengan berat bawah 100 gram. Sila lihat di bawah.

Harga emas di akaun pelaburan emas MIGA-i.

Ciri-ciri akaun pelaburan emas Maybank MIGA-i

Akaun MIGA-i tidak dilindungi Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM).

Seperti mana-mana akaun pelaburan emas atau simpanan emas, MIGA-i tidak dilindungi PIDM. Terdapat amaran yang dinyatakan dalam panduan yang disediakan oleh Maybank Islamic Berhad. Keseluruhan dokumen boleh didapati di sini.

Soalan 1: Apakah Produk Ini / Pelaburan Emas Maybank (MIGA-i)?

Syarat 1 pelaburan emas Maybank Islamik (MIGA-i)

Soalan 2: Apakah kontrak syariah yang digunakan pelaburan emas Maybank Islamic?

Kontrak Syariah yang digunakan untuk produk ini ialah Musawamah: jualan biasa yang merujuk kepada transaksi dimana pembayaran dan penghantaran emas mestilah dilakukan dengan segera di antara bank dan anda.

Soalan 3: Apakah yang saya perolehi dari produk pelaburan emas Maybank Islamic ini?

Berikut ialah ciri-ciri akaun emas MIGA-i seperti yang tertera dalam dokumen pdf.

 

Soalan 4: Tidak dijumpai di dalam dokumen. Jadi saya langkau ke Soalan 5.

Mohon maaf kerana saya tidak menjumpai soalan no. 4 di kedua-dua versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia dalam dokumen yang disertakan oleh pihak Maybank di sini.

Soalan 5: Berapakah caj dan bayaran yang perlu saya bayar?

Setakat itu sahaja yang saya dapat info daripada dokumen pdf pelaburan emas Maybank Islamic Gold Account (MIGA-i). Untuk maklumat lanjut anda boleh rujuk kepada laman sesawang pelaburan emas Maybank Islamic Gold Account (MIGA-i) di sini.

Untuk makluman anda, terdapat akaun pelaburan emas yang patuh syariah yang saya dapati lebih mudah dan tidak tertakluk kepada caj bayaran perkhidmatan atau yuran atau caj penebusan emas fizikal malah caj penghantaran ke rumah yang mahal seperti apa yang ditunjukkan di atas.

Malah jika seseorang yang telah diisytiharkan bankrap sekalipun, masih boleh membuka akaun pelaburan emas ini tanpa perlu membuka atau memiliki akaun bank. Akaun pelaburan emas ini dinamakan sebagai Gold Accumulation Program (GAP) di Public Gold Marketing Sdn Bhd dan disahkan patuh syariah oleh Panel Penasihat Syariah Amanie Advisor sejak tahun 2017.

Sijil Patuh Syariah Akaun Pelaburan Emas Gold Accumulation Program (GAP).

Ciri-ciri akaun GAP ini didapati setanding dengan akaun pelaburan emas MIGA-i. Sudah tentu terdapat kelebihan dan kekurangan di antara kedua-dua akaun simpanan emas ini. Apa yang pasti saya telah mengkaji beberapa ciri yang menunjukkan terdapat beberapa kelebihan kepada akaun GAP berbanding MIGA-i seperti berikut:-

Kos penebusan emas fizikal lebih murah

Kos penebusan emas fizikal seperti Goldbar dan Dinar daripada akaun GAP lebih murah berbanding MIGA-i. Sila rujuk posting di Cara Keluarkan Emas Fizikal Daripada Akaun Simpanan Emas GAP (Gold Accumulation Program)

Stok tanpa had

Stok emas dan perak tanpa had kerana Public Gold ada kilang minting di Relau Pulau Pinang.

Public Gold jenama terlaris

Jika anda buat carian di Internet, anda akan dapati Public Gold Marketing Sdn Bhd merupakan jenama emas pelaburan yang sangat dipercayai dan kukuh sehingga Syarikat GLC seperti Pos Arrahnu, pihak kerajaan seperti Jabatan Perdana Menteri telah membuat tempahan khas edisi terhad Goldbar dan Dinar.

Proses jual balik emas yang mudah

Anda hanya perlu login dalam akaun di laman web dengan PG code anda dan klik Menu > Order > Buyback pilih emas yang sama di katalog, pilih cawangan yang terdekat, Add to Cart dan Place Order. Bawa emas anda ke cawangan pilihan dan boleh dapat tunai di akaun bank dalam tempoh 24 hingga 48 jam. Jika guna Maybank lebih cepat.

PERBANDINGAN ANTARA AKAUN PELABURAN EMAS MAYBANK ISLAMIC (MIGA-i) vs AKAUN PELABURAN EMAS PUBLIC GOLD (GAP):

1) Caj pengeluaran emas fizikal minima :
1g di MIGA-i adalah RM25 vs GAP PG adalah RM10

2) Caj pengeluaran emas fizikal maksima :
1kg di MIGA-i adalah RM1,150 vs GAP PG adalah RM250

3) Caj transaksi :
Akaun MIGA-i mengenakan caj RM5 bagi setiap transaksi jual, beli dan pajak di kaunter (percuma di Maybank2u) vs semua transaksi dalam akaun GAP PG adalah percuma (di kaunter ataupun di PG apps)

4) Simpanan minima :
Simpanan di MIGA-i boleh dilakukan serendah RM10 vs simpanan akaun GAP PG boleh dilakukan serendah RM100

5) Kepatuhan syariah :
Akaun MIGA-i patuh syariah. Akaun GAP PG juga telah memiliki akaun kepatuhan syariah

6) Jaminan Belian Balik :
Setakat ini Maybank – MIGA-i tidak memberikan jaminan pasti beli balik jenama emasnya vs PG-GAP memberikan jaminan pasti beli balik emas jenama PG tak kira emas tersebut dalam keadaan kemek, patah dan calar.

7) Jaminan Spread :
Setakat ini Maybank – MIGA-i tidak memberikan jaminan spread bagi jenama emasnya vs PG-GAP memberikan jaminan spread 6% – 9% mengikut berat emas fizikal itu sendiri.

8) Lain-lain Caj :
Maybank mengenakan caj ejen sebanyak 0.5% bagi kos pengurusan akaun MIGA-i vs PG tidak mengenakan sebarang kos ejen ke atas penyimpan emas

Kesimpulan : Dalam pemilihan emas, kita membandingkan checklist dan bukan hanya satu dua bahagian sahaja sebelum memilih jenama yang betul. Pemilihan checklist yang lengkap dalam jenama pelaburan emas bakal memudahkan kita meningkatkan kekayaan emas tanpa penyesalan. Pilihlah emas dengan ilmu supaya kekayaan kita bertambah dan matlamat menjadi mudah.

KLIK DI SINI JIKA ANDA INGIN TAHU LEBIH LANJUT MENGENAI AKAUN SIMPANAN EMAS GOLD ACCUMULATION PROGRAM.

Bagaimana cara nak mula buka akaun simpanan emas GAP?

Cara nak mula buka akaun simpanan emas GAP amat mudah dan anak boleh mulakan serendah RM100 atau mengikut bajet 10% daripada pendapatan bulanan seperti yang disarankan oleh pakar kewangan.

Sila isi maklumat anda di borang pendaftaran di bawah ini. Sila ambil maklum, panduan lengkap akan terus diemel kepada anda selepas pendaftaran.

*Nota penting: Ambil emas sendiri di Branch hanya untuk belian 50 gram atau 10 Dinar ke atas SAHAJA. Emas dengan berat kurang daripada itu hanya layak menggunakan khidmat pos berinsurans yang dinamakan Gold-In-Transit (GIT) di dalam sistem bagi mengelakkan kesesakan di Branch dan tarikh temujanji yang terlalu jauh ke hadapan.
Isi nama penuh sama seperti yang dicatat dalam Kad Pengenalan (BIN / BINTI ditaip penuh).
Isi nombor tanpa sengkang.
Isi nombor tanpa sengkang.
Isi alamat e-mel (Gmail paling baik).
Untuk kenalpasti cawangan pejabat urusan jual beli emas yang terdekat.
Loading

Semoga bermanfaat.

Categories Pelaburan Emas Tags Apa itu Maybank Islamic Gold Account, harga emas maybank, Hukum pelaburan emas Maybank, Pelaburan emas Maybank, Pelaburan emas Maybank Islamic, Pelaburan emas Maybank patuh syariah 6 Comments

MENGENAI SAYA

Assalamualaikum dan salam sejahtera! Saya Suhaimee Manaf dan isteri, Zuraida Noor. Terima kasih kerana mengunjungi blog ini. Kami bina blog ini sebab sangat berminat dalam pelaburan emas dan suka berkongsi mengenai ilmu emas.

Dulu kami hampir-hampir terpedaya dan rugi besar dengan scammer skim cepat kaya bertopeng emas akibat tidak belajar dulu semasa nak melabur emas. Jika kita nak mulakan pelaburan emas, pastikan kita melabur dengan berilmu.

  • Download PERCUMA E-book 5 Minit Emas
  • Layari FAQ emas di sini jika ada soalan
  • join Channel Telegram PelaburanEmas.org di sini

Semoga bermanfaat.

  • WhatsApp

Tekan butang Whatsapp untuk saya bantu anda dapatkan cara terbaik melabur emas.

JENIS-JENIS EMAS PELABURAN

5 gram goldbar 999 Public Gold.

5 gram goldbar 999 Public Gold. Boleh dapatkan di PG Gold ATM berhampiran.


1 dinar 999 Public Gold 2024

Dapatkan 1 Dinar 999.9 yang mesra Ar-Rahnu di sini.


10g Goldbar 24K BungaMas Public Gold
Goldbar 10g (999.9)

PELUANG KEEMASAN

Pilihan A. Gold Accumulation Program (GAP):

Sekarang sesiapa sahaja boleh menabung emas! Mula menabung emas pelaburan 24K serendah RM100 atau 1gram sebulan! Tanpa yuran dan patuh syariah. Boleh juga buka akaun tabungan emas anak-anak (bawah 18 tahun). Boleh keluarkan emas bila-bila masa dan tiada komitmen bulanan. Asal ada duit, simpan terus Simpan emas sekarang!

1kg emas 1 keluarga

Jika nak tukar duit kepada 1 kilogram emas 999.9 dan simpan sendiri secara percuma tanpa yuran atau caj simpan boleh daftar percuma di sini.

Pilihan B – Ambil peluang promosi dealer emas

Alang-alang simpan emas, simpanlah sebagai Dealer dan capai Ultimate Financial Freedom bersama G100 Network. Jika berminat terus layari Promosi Dealer Emas Sekarang!

EMAS KOLEKSI TERKINI

Emas Koleksi Tahun Baru 2025. Stok Terhad. Order Sekarang!

1 gram goldbar Raikan Cinta sesuai untuk dijadikan hadiah perkahwinan.

Emas Koleksi Raikan Cinta 1 g Goldbar 24k sesuai sebagai hadiah.

Ingin dapatkan info emas koleksi terkini? Join Channel Telegram Tips Pelaburan Emas.


ILMU PELABURAN EMAS

E-Book Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas
E-Book Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas

Dapatkan buku "Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas" oleh En. Syukor Hashim dengan harga hanya RM50 sahaja. Buku akan dipos ke alamat anda. Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas.

POSTING TERKINI

  • Cara Jual Emas Untuk Dapat Duit Tunai Dengan Harga Tinggi
  • Pelaburan Emas Bank Islam – BIGA-i
  • Beza Zakat Emas Pelaburan VS Zakat Emas Perhiasan
  • Harga Emas Cecah RM409/Gram Hari Ini: Nak Beli Atau Jual?
  • Warga Emas & Skim Pelaburan Emas Palsu: Elak Jadi Mangsa

© 2025 Pelaburan Emas Tips Mudah Menabung dan Melabur Emas • Built with GeneratePress