Skip to content
Pelaburan Emas Tips Mudah Menabung dan Melabur Emas
  • Home
  • Blog
  • Harga Emas Semasa
    • Harga Emas Public Gold
    • Harga Emas PG Indonesia
  • Pendaftaran Percuma
    • Cara Bermula Buka Akaun
    • Pendaftaran Akaun GAP
    • Pendaftaran Warga Singapura / Brunei
    • Pendaftaran Warga Indonesia
  • Promosi Dealer
    • Program Referral
  • FAQs
    • Perlu Bantuan?
  • Mengenai Kami
  • Hubungi Saya
  • Sitemap

gold account

Pelaburan Emas Kertas Atau Emas Sebenar?

25/01/2024 by Suhaimee & Zuraida

Untuk memilih jenis pelaburan emas samada emas kertas (buka buku akaun pelaburan emas) atau membeli emas sebenar merupakan satu persoalan yang bermain di kepala saya pada mulanya nak melabur emas.

dinarkomputer

Pada ketika hati saya terdetik mula nak melabur emas, saya tercari-cari jenis akaun emas di bank-bank yang saya rasa lebih secure seperti akaun emas Maybank, akaun emas CIMB, pelaburan emas Bank Islam atau Bank Rakyat kot-kot saya jumpa kaedah terbaik membuat pelaburan emas.

Namun bila saya search perkataan-perkataan tu di Google saya dapati berbagai jenis pelaburan emas yang ditawarkan oleh bank dan juga pelbagai syarikat dengan jenama emas yang belum pernah saya dengar…

Jika anda tidak waspada, mungkin kita akan terjerat dengan skim cepat kaya yang bertopengkan harga emas dengan tawaran “dividen” bulanan yang sangat menarik… ribu-ribu bro….

Atau kita mungkin akan terdaftar di platform atas talian yang menawarkan kemudahan jual beli emas berdasarkan harga komoditi emas dunia seperti plus500, xm.com, gcmasia.com dan banyak lagi.

Suka saya ingatkan kepada sahabat-sahabat semua agar menjauhi amalan RIBA yang haram ni.

Bersabarlah… jangan terburu-buru untuk mendapatkan kekayaan. Carilah kekayaan dengan jalan yang halal dan baik.

Apabila saya meneliti pelaburan emas di bank pula, terdapat beberapa bank di Malaysia yang menawarkan pelaburan emas:

Maybank Gold Investment Account

Pelaburan emas Maybank

Maybank Gold Investment Account (MGIA) yang menawarkan pelaburan emas melalui akuan emas secara online atau atas talian menggunakan Maybank2u.com.my. Saya difahamkan kalau dahulu anda boleh mendapat emas yang anda beli tetapi sekarang sudah tiada lagi. Pihak bank akan menyimpan emas yang kita beli untuk tujuan pelaburan manakala nilai emas yang kita simpan akan dicetak di dalam buku akaun emas tersebut. Maknanya, kita hanya boleh melihat angka nilai pelaburan kita dalam buku akaun (emas kertas) dan tidak boleh mengeluarkan emas sebenar yang kita beli untuk dipajakkan sekiranya kita perlukan duit. Oleh kerana tiada emas fizikal yang boleh saya pegang, saya terpaksa cari platform lain dahulu. Saya dah sediakan info lanjut di Pelaburan Emas Maybank.

Kuwait Finance House Gold Account-i

Kuwait Finance House Gold Account-i

Kuwait Finance House Gold Account-i menawarkan emas fizikal sebenar yang patuh syariah. Kita boleh mula buka akaun simpanan emas KFH dengan minima 10g emas 995 (ketulenan 99.5%) dan penambahan 1 g berikutnya. Kalau nak keluarkan dari akaun kena tinggalkan minima 2 g emas dalam akaun.

Namun kita tidak boleh buka seal plastik dan jika seal terkoyak atau rosak, maka nilai emas akan jatuh susutnilai sebanyak 25%! Tambahan pula, kita hanya boleh berjualbeli di kaunter cawangan KFH sahaja dan tidak diterima di bank-bank lain. Kalau cari di laman web, cawangan-cawangan KFH tidak terdapat di serata Malaysia.

Jadi susah kepada sebahagian besar pelabur yang ingin berurusan di kaunter KFH pada waktu pejabat sahaja. Walaupun patuh syariah, tapi masih banyak kelemahannya. Oleh itu, saya pun tak berminat nak melabur di KFH. Maklumat yang tersebar dimedia sejak 2015 menunjukkan bahawa Kuwait Finance House (KFH) dilaporkan mahu menjual operasinya di Malaysia selepas 10 tahun menjalankan perniagannya di negara ini. Maka, sudah pasti saya dan anda tidak akan berfikir panjang untuk itu kan…

Akaun emas Al-Rajhi Gold-i

Al-Rajhi Gold-i

Pelaburan Emas Al-Rajhi Gold-i menawarkan akaun emas sebenar / fizikal berlandaskan syariah seperti KFH Gold Account-i juga. Anda boleh mula buka akaun dengan pembelian emas minima 10 gram dan penambahan berikutnya sebanyak 5 gram. Emas yang diniagakan ialah Pamp Suisse Gold Bar 999.9. Namun terdapat dua kelemahan ketara di Al-Rajhi iaitu (1) kadar spread yang tinggi iaitu 12.8%, (2) cawangan Al-Rajhi amat terhad di Malaysia. Pada ketika ini saya dapati hanya ada 5 cawangan Al-Rajhi sahaja di seluruh Malaysia. Oleh itu, saya tak mencadangkan anda untuk pilih pelaburan emas Al-Rajhi untuk melabur emas.

CIMB Gold Investment Account

Pelaburan Emas CIMB

CIMB Gold Investment Account menawarkan pelaburan emas CIMB secara maya atau emas kertas (paper gold) juga tanpa membekalkan emas sebenar kepada anda. Tiada banyak maklumat diperolehi daripada laman web CIMB namun apabila anda mencari ulasan tentang pelaburan emas CIMB, anda akan jumpa beberapa perkara yang membuatkan saya pasti bahawa pelaburan emas di CIMB tidak mematuhi pelaburan emas yang berlandaskan syariah. Yang ini pun saya tak perlu melabur duit saya ke dalam akaun pelaburan emas CIMB. Tak boleh…

Saya ada kemaskini tentang Pelaburan Emas UOB (United Overseas Bank) boleh didapati di sini.

Pelaburan emas Bank Islam / Pelaburan emas Bank Rakyat / Agrobank / Pos Malaysia

Kalau kita cari pelaburan emas Bank Islam, Bank Rakyat, Agrobank dan Pos Malaysia, istilah yang sama sebenarnya yang digunakan ialah pelaburan emas Ar-Rahnu kerana institusi kewangan seperti Bank Islam, Bank Rakyat, Agrobank dan Pos Malaysia ada menawarkan perkhidmatan Ar-Rahnu.

Tapi apa yang sedih adalah apabila kebanyakkan daripada kita mudah terpedaya dengan segelintir pelabur emas yang menawarkan skim cepat kaya menggunakan teknik manipulasi pajak gadai Islam Ar-Rahnu dengan mengambil kesempatan daripada kenaikan harga emas.

Dari segi hukum Ar-Rahnu tiada masalah, namun, apa yang perlu kita tahu bahawa terdapat kekeliruan maqasid syariah apabila teknik manipulasi pajak gadai Islam Ar-Rahnu digunakan untuk mendapat keuntungan daripada beli-pajak, beli-pajak emas.

Saya ada kemaskini tentang Pelaburan Emas Ar-Rahnu dan boleh didapati di sini. Saya dapati tiada apa-apa maklumat atau tawaran melabur emas yang boleh anda dapati di mana-mana cawangan bank atau pejabat pos kecuali sistem pajakan Islam Ar-Rahnu.

Pelaburan emas Public Gold

Pelaburan emas Public Gold.

Pelaburan Emas Public Gold. Setelah saya membuat perbandingan dengan lain-lain syarikat yang menjual dan membeli emas seperti Sri Ayu, GCP, GSR dan Dinar Kelantan, saya dapati Public Gold menawarkan konsep pelaburan emas yang paling mudah, cepat, boleh lock harga beli dan jual, menjual dengan harga yang terendah di pasaran, kadar spread yang terendah, stok emas yang sentiasa ada, cawangan di setiap negeri di seluruh Malaysia termasuk Singapura dan yang paling penting tidak cerewet.

Emas jenis apa pun pihak Public Gold akan terima bila kita nak jual balik kepada mereka walaupun emas Public Gold yang kita simpan tu kemek atau calar! Insya Allah saya yakin bahawa sahabat-sahabat pasti akan berpuashati dengan kaedah pelaburan emas yang ditawarkan oleh Public Gold sebagaimana saya berpuashati dengan sebenar-benarnya. Banyak lagi kelebihannya dan Insya Allah saya akan terus memberi penjelasan lebih lanjut dalam posting yang akan datang.

Bila difikirkan semula, rupa-rupanya, bila nak melabur emas, rasa secure sahaja tidak cukup. Sebenarnya banyak lagi ciri-ciri yang perlu kita fikir, nilai dan kaji sebelum kita memulakan tabungan dan pelaburan emas. Jika tidak… sesal kemudian tidak berguna…

Sahabat-sahabat tak perlu risau sebab saya dah kaji berminggu-minggu dan insya Allah saya sedia beri bimbingan percuma kepada anda yang mahu memulakan pelaburan atau simpanan emas pertama. Sejak 2014 lagi, saya beli emas dan saya dapat emas tanpa masalah. Alhamdulillah.

Suhaimee Manaf Pembimbing Emas Public Gold
Beli emas di Public Gold dan dapat emas fizikal bukan dapat nombor atas kertas (paper gold).

Sehingga ke hari ini, hanya terdapat dua sahaja cara menyimpan emas pelaburan iaitu:

  1. Simpanan di dalam akaun
  2. Simpanan emas pelaburan secara fizikal di rumah atau safe deposit box.

Jawapan mudah kepada persoalan samada anda sesuai simpan di akaun atau di rumah ialah bergantung kepada situasi anda. Jika anda rasa tenang dan boleh tidur dengan lena bila simpan sendiri emas secara fizikal, maka anda bolehlah mulakan dengan pembelian emas Goldbar atau Dinar secara fizikal.

Jika anda rasa risau dan tidak tidur lena jika simpan emas di rumah, maka anda dinasihatkan beli dan simpan emas dalam akaun. Namun, pastikan akaun simpanan emas tersebut boleh dikeluarkan emas secara fizikal.

Jika anda telah berpuas hati dan bersetuju dengan penjelasan di atas, anda boleh terus memulakan pelaburan emas di Public Gold dengan mendaftar di Pelaburan Emas Public Gold secara percuma. Panduan terkini boleh juga didapati di Tutorial Mulakan Tabungan dan Pelaburan Emas di sini.

Mulai hari ini mulakanlah untuk simpan emas kerana emas akan melindungi kekayaan anda berbanding menyimpan wang kertas yang kekuatan nilainya akan semakin turun berbanding emas.

Elakkan menabung emas atau melabur emas dalam sistem pelaburan emas kertas kerana sudah semestinya bila tiada emas fizikal, kekayaan masih bukan di tangan kita.

Sebarang kemusykilan boleh dimajukan kepada saya di “SAYA JIKA MENGALAMI MASALAH TEMPAHAN DAN PERTANYAAN“. Saya tak suka SPAM sebagaimana anda juga. Jadi tiada nombor telefon diperlukan. Insya Allah saya akan segera memberi respon kepada persoalan anda.

Layari panduan terkini yang saya sediakan di Tutorial Mulakan Tabungan dan Pelaburan Emas di sini.

Categories Pelaburan Emas Tags Bank Rakyat, emas kertas, gold account, halal, haram, paper gold, pelaburan emas, pelaburan emas ar rahnu, Pelaburan emas Bank Islam, Pelaburan emas CIMB, Pelaburan emas Maybank, riba, wang emas 35 Comments

Pelaburan Emas UOB

08/03/202405/01/2018 by Suhaimee & Zuraida

Nak tahu tentang pelaburan emas UOB? Pada masa ini, UOB menawarkan peluang membeli dan menjual emas melalui aplikasi Hellogold.

Semasa mula-mula beroperasi, anda boleh melihat harga beli dan harga jual emas di aplikasi Hellogold tanpa perlu mendaftar. Namun, sekarang anda perlu mendaftar dahulu sebelum boleh explore apa yang ditawarkannya.

Nampak macam ada sesuatu yang disembunyikan… hmm

Tak mengapa, anda boleh baca seterusnya mengenai pelaburan emas Hellogold oleh UOB.

Sebelum anda mula nak melabur emas di UOB, mari kita sama-sama lihat apakah ciri-ciri pelaburan emas di UOB lebih baik atau tidak berbanding dengan pelaburan emas di bank-bank lain di Malaysia. Di samping itu, adakah UOB Gold Investment Account menawarkan pelaburan emas yang patuh syariah iaitu halal atau haram?

Snapshot laman web pelaburan emas UOB
Snapshot laman web pelaburan emas UOB

UOB adalah singkatan bagi United Overseas Bank memang mempunyai Gold Investment Accounts. Apabila saya ke laman web UOB di http://www1.uob.com.my/business/GMIM/GMIM_pga.html saya dapati terdapat dua (2) jenis akaun pelaburan emas yang ditawarkan kepada pelanggan UOB.

  1. Premier Gold Account (PGA)
  2. Gold Savings Account (GSA)

Sekarang mari kita lihat perbezaan antara kedua-dua akaun emas tersebut. Pada bahagian bawah laman web UOB tu, anda akan dapati kenyataan di bawah ‘At A Glance’ yang menyatakan kedua-dua akaun pelaburan emas PGA dan GSA di UOB adalah berasaskan emas kertas sahaja (a statement-based gold investment account) bertujuan untuk memudahkan pelabur supaya tidak susah-susah menyimpan emas masing-masing.

Harga emas untuk pelaburan emas UOB
Harga emas untuk pelaburan emas UOB

Seterusnya, dinyatakan bahawa jenis emas yang dilaburkan adalah daripada jenis emas 999 dengan berat 1 kilogram untuk akaun PGA manakala untuk akaun GSA dimulakan dengan 20g emas dan boleh ditambah dengan gandaan 5g setiap transaksi. Minima simpanan emas di PGA ialah 1kg dan di GSA ialah 10g. Sekiranya rendah daripada itu akan dikenakan caj RM2.00 sebulan. Namun, jika kita lihat pada kadar spread atau susutnilai emas yang diniagakan memang terendah berbanding bank-bank lain iaitu sekitar 1.1% (1kg emas) dan 1.53% (1gm emas).

Anda boleh tukar akaun pelaburan emas anda dengan emas fizikal tetapi dengan upah atau fi yang tidak berapa jelas dan juga tertakluk kepada kelulusan permohonan.. aduhai.. pada saya memang tak seronok nak melabur di bank dengan syarat-syarat kabur begini.

Laman web UOB ada menyediakan link untuk melihat helaian mengenai produk yang ditawarkan, namun apabila diklik… muka 404 yang tidak boleh dijumpai. (Amat tidak profesional apabila laman web rasmi sebuah bank yang mempunyai laman 404 yang tidak dijumpai ni).

Bank tetap bank… Anda perlu sedar perkara yang paling tak seronok bila berurusan dengan bank ialah:

  1. Kena pergi bank dulu
  2. Kebanyakan syarat yang ketat dan selalunya terdapat syarat yang ‘hidden’ (janji manis masa nak buka akaun, tapi bila ada apa-apa problem punyalah lambat dan susah nak settle)
  3. Mereka (kesemua bank termasuk BNM) akan tahu status kewangan anda

seperti yang dah saya cerita di Pelaburan Emas Kijang Emas

Akhirnya, seperti yang saya dah bincangkan sebelum ini tentang ciri-ciri pelaburan emas yang sah dan patuh syariah, saya cadangkan anda untuk bandingkan sendiri bank-bank atau syarikat-syarikat yang mana memberikan anda keuntungan pelaburan emas yang sebenar malah sah di sisi undang-undang dan yang paling penting patuh syariah iaitu halal.

Jika anda masih baru nak belajar tentang pelaburan emas, saya syorkan anda belajar dari orang yang betul dan tahu tentang ‘Rahsia Emas’ di sini.

Categories Pelaburan Emas Tags emas kertas, gold account, gold investment account, gold savings account, Hellogold, pelaburan emas uob, premier gold account, spread, susutnilai, United Overseas Bank, UOB 2 Comments

MENGENAI SAYA

Assalamualaikum dan salam sejahtera! Saya Suhaimee Manaf dan isteri, Zuraida Noor. Terima kasih kerana mengunjungi blog ini. Kami bina blog ini sebab sangat berminat dalam pelaburan emas dan suka berkongsi mengenai ilmu emas.

Dulu kami hampir-hampir terpedaya dan rugi besar dengan scammer skim cepat kaya bertopeng emas akibat tidak belajar dulu semasa nak melabur emas. Jika kita nak mulakan pelaburan emas, pastikan kita melabur dengan berilmu.

  • Download PERCUMA E-book 5 Minit Emas
  • Layari FAQ emas di sini jika ada soalan
  • join Channel Telegram PelaburanEmas.org di sini

Semoga bermanfaat.

  • WhatsApp

Tekan butang Whatsapp untuk saya bantu anda dapatkan cara terbaik melabur emas.

JENIS-JENIS EMAS PELABURAN

5 gram goldbar 999 Public Gold.

5 gram goldbar 999 Public Gold. Boleh dapatkan di PG Gold ATM berhampiran.


1 dinar 999 Public Gold 2024

Dapatkan 1 Dinar 999.9 yang mesra Ar-Rahnu di sini.


10g Goldbar 24K BungaMas Public Gold
Goldbar 10g (999.9)

PELUANG KEEMASAN

Pilihan A. Gold Accumulation Program (GAP):

Sekarang sesiapa sahaja boleh menabung emas! Mula menabung emas pelaburan 24K serendah RM100 atau 1gram sebulan! Tanpa yuran dan patuh syariah. Boleh juga buka akaun tabungan emas anak-anak (bawah 18 tahun). Boleh keluarkan emas bila-bila masa dan tiada komitmen bulanan. Asal ada duit, simpan terus Simpan emas sekarang!

1kg emas 1 keluarga

Jika nak tukar duit kepada 1 kilogram emas 999.9 dan simpan sendiri secara percuma tanpa yuran atau caj simpan boleh daftar percuma di sini.

Pilihan B – Ambil peluang promosi dealer emas

Alang-alang simpan emas, simpanlah sebagai Dealer dan capai Ultimate Financial Freedom bersama G100 Network. Jika berminat terus layari Promosi Dealer Emas Sekarang!

EMAS KOLEKSI TERKINI

Emas Koleksi Tahun Baru 2025. Stok Terhad. Order Sekarang!

1 gram goldbar Raikan Cinta sesuai untuk dijadikan hadiah perkahwinan.

Emas Koleksi Raikan Cinta 1 g Goldbar 24k sesuai sebagai hadiah.

Ingin dapatkan info emas koleksi terkini? Join Channel Telegram Tips Pelaburan Emas.


ILMU PELABURAN EMAS

E-Book Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas
E-Book Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas

Dapatkan buku "Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas" oleh En. Syukor Hashim dengan harga hanya RM50 sahaja. Buku akan dipos ke alamat anda. Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas.

POSTING TERKINI

  • Cara Jual Emas Untuk Dapat Duit Tunai Dengan Harga Tinggi
  • Pelaburan Emas Bank Islam – BIGA-i
  • Beza Zakat Emas Pelaburan VS Zakat Emas Perhiasan
  • Harga Emas Cecah RM409/Gram Hari Ini: Nak Beli Atau Jual?
  • Warga Emas & Skim Pelaburan Emas Palsu: Elak Jadi Mangsa

© 2025 Pelaburan Emas Tips Mudah Menabung dan Melabur Emas • Built with GeneratePress