‘Buy Low Sell High’ Pelaburan Emas. Boleh Untung Ke?

Buy Low Sell High Pelaburan Emas: Realiti Tak Semudah Yang Disangka

Strategi itulah yang selalu dibayangkan bila orang awam mula berjinak dengan emas. Ramai fikir beli waktu murah, jual waktu mahal, confirm untung. Tapi betul ke semudah itu?

“Beli masa harga jatuh, jual bila harga naik tinggi.”

Nampak mudah secara teori. Tapi bila melibatkan emosi manusia dan ketidaktentuan pasaran, strategi buy low sell high ini rupanya boleh jadi jerat yang menyebabkan ramai pelabur emas rugi tanpa sedar.

Apa Maksud Buy Low Sell High?

Secara asasnya, strategi ini bermaksud:

  • Beli emas bila harga jatuh (harga lantai)
  • Jual emas bila harga naik tinggi (harga siling)

Masalahnya, siapa boleh tahu dengan tepat bila harga betul-betul lantai atau siling? Itu semua hanya boleh dipastikan selepas ia berlaku.

Contoh Graf Strategi Beli Harga Rendah Jual Harga Tinggi Pelaburan Emas

Lihat contoh graf pergerakan harga emas sepanjang setahun.

Graf buy low sell high pelaburan emas.

✔️ Beli masa harga jatuh (tanda hijau)
❌ Jual masa harga tinggi (tanda merah)

Tapi bolehkah kita betul-betul tahu bila waktu beli terbaik? Hampir mustahil tanpa ilmu dan pengalaman tinggi.

Risiko “Buy Low Sell High” Tanpa Ilmu

  • ❌ Susah nak tahu bila harga benar-benar rendah atau tinggi
  • ❌ Mudah panik dan biasanya rasa menyesal jual terlalu awal
  • ❌ Berisiko rugi bila harga terus turun selepas dibeli

Kesilapan paling biasa: beli masa harga dah naik sebab takut tertinggal, kemudian harga jatuh dan panik jual rugi.

Pendapat Pakar Tentang Strategi Ini

1. Tuan Syukor Hashim – Pakar Pelaburan Emas

Suhaimee dan Zuraida bersama Syukor Hashim Junaina Nordin ARN-2024
Suhaimee dan Zuraida bersama Syukor Hashim Junaina Nordin ARN-2024

“Strategi buy low sell high ini bukan strategi utama untuk pelaburan emas. Ini strategi untuk orang yang sangat mahir dan berpengalaman. Orang biasa mudah terperangkap dengan emosi bila harga naik turun.”

Saranan: Simpan emas secara konsisten, bukan cuba ramal harga setiap masa. Seolah-olah berjudi bila ramal harga tanpa ilmu.

2. Tuan Azizi Ali – Pakar Kewangan Peribadi

Buy low sell high pelaburan emas - Suhaimee bersama Tuan Azizi ALi di ARN 2025 MITEC Kuala Lumpur 12 Julai 2025
Saya sempat bergambar bersama pakar kewangan Malaysia Tuan Azizi Ali ketika di Achievers Recognition Night (ARN) 2025 MITEC, Kuala Lumpur pada 12 Julai 2025.

“Pelaburan sebenar adalah tentang membina kekayaan jangka panjang, bukan meneka turun naik harga jangka pendek.”

Saranan: Jangan terjerumus dalam spekulasi harga emas. Jadikan emas sebagai wealth preservation.

3. Tuan Mohd Zulkifli Shafie – Mentor Public Gold

Saya sempat bergambar bersama Mentor Emas Malaysia (Introducer saya) Tuan Mohd Zulkifli Shafie ketika di Achievers Recognition Night (ARN) 2025 MITEC, Kuala Lumpur pada 12 Julai 2025.
Saya sempat bergambar bersama Mentor Emas Malaysia (Introducer saya) Tuan Mohd Zulkifli Shafie ketika di Achievers Recognition Night (ARN) 2025 MITEC, Kuala Lumpur pada 12 Julai 2025.

“Orang yang betul-betul untung dengan emas adalah orang yang simpan emas, bukan yang cuba buat untung dengan jual beli harga naik turun.”

Saranan: Simpan 1 gram sebulan secara konsisten. Elak main harga.

Strategi Sebenar Pelaburan Emas Yang Disarankan Pakar

Hampir semua pakar sepakat: simpan emas secara konsisten. Jangan tunggu harga rendah baru nak mula.

  • Simpan 1 gram setiap bulan
  • Anggap emas sebagai simpanan jangka panjang
  • Bila harga tinggi dan ada keperluan, barulah jual

Ini lebih selamat, tak stress, dan terbukti berkesan dalam jangka panjang.

Kesimpulan

Strategi beli harga rendah jual harga tinggi dalam pelaburan emas memang nampak logik, tapi sangat sukar untuk dipraktikkan oleh orang biasa. Risiko terlalu tinggi bila bergantung kepada ramalan harga dan emosi sendiri.

✅ Lebih baik fokus simpan emas secara tetap
✅ Pegang jangka panjang
✅ Jangan jual selagi tak perlu atau belum capai matlamat

Inilah yang terbukti berjaya membantu ramai orang bina aset emas secara stabil dan selamat.

Komen Anda?

Apa pendapat anda tentang strategi buy low sell high pelaburan emas? Pernah cuba? Pernah rugi?

Kongsikan pengalaman anda di ruangan komen. Sama-sama kita belajar dan bantu orang lain buat keputusan bijak.

Mula Simpan Emas Hari Ini

Tak perlu tunggu harga rendah. Mula dulu, konsisten kemudian.

Klik Daftar Akaun Dewasa
Klik Daftar Akaun Junior

Nota: Anda juga boleh baca artikel berkaitan di blog ini seperti: