Anda nak simpan emas pelaburan? Tapi tak tahu di mana nak simpan atau mula menabung secara sah di sisi undang-undang dan patuh syariah?
Jangan bimbang… saya dah jumpa cara nak mulakan menabung atau menyimpan emas pelaburan yang betul. Saya sendiri dah mula menabung emas pelaburan ini tanpa ragu atau bimbang ditipu oleh scammer skim cepat kaya.
Setelah saya mengkaji dan mengkaji jenis simpanan emas untuk pelaburan, saya dapati bahawa simpanan Goldbar dan Dinar emas Public Gold adalah pelaburan yang terbaik berbanding dengan yang lain.
Simpanan Emas Terbaik
Sila rujuk posting bertajuk “Simpanan Emas Tidak Dikenakan GST”. Sebagai maklumat terkini tentang simpanan Dinar Emas yang terbaik di Malaysia, emas pelaburan 916 telah tidak dikelurakan lagi.
Sila layari cara memulakan tabungan atau simpanan emas terbaik di Malaysia di SINI. Khas untuk rakyat Malaysia atau antarabangsa yang menetap di negara masing-masing.
Sila layari cara memulakan tabungan atau simpanan emas terbaik di Indonesia di SINI. Khas untuk rakyat Indonesia yang menetap di Indonesia.
Ini adalah kerana pelbagai faktor dan di antara faktor utama adalah caj transport yang dikenakan Public Gold untuk goldbar atau dinar emas sangat murah! Sila tonton video kepingan dinar emas yang anda boleh beli dan simpan untuk tujuan pelaburan emas…
Caj Penghantaran Emas Secara Pos Berinsurans
Di bawah ini ialah caj transport yang berbeza untuk setiap jenis emas. Untuk dinar emas tiada caj langsung dikenakan namun terdapat caj transport paling minima untuk pembeli dinar emas di Sabah dan Sarawak. Sila rujuk gambar seterusnya mengenai caj pos berinsurans (Gold-In-Transit) yang terkini.
Maklumat terkini: Pada masa kini kesemua jenis emas fizikal dikenakan caj premium sekali sahaja mengikut berat dan jenis emas seperti yang tertera di jadual di bawah. Anda boleh mengeluarkan emas dari akaun GAP anda pada bila-bila masa dengan caj premium yang terendah di Malaysia!
Maklumat Terkini: Jadual nilai caj premium terbaharu berkuatkuasa 1 Disember 2022 seperti di bawah:-
Kaedah Simpanan Emas Terbaik
Oleh itu, jika anda membeli sebarang jenis emas seperti Gold Bar atau Gold Coin, anda akan dikenakan caj premium untuk setiap bilangan emas yang anda pesan. Jika anda baru bermula nak menabung dan melabur emas.. saya cadang anda mulakan dengan kaedah emas GAP. Anda boleh menyimpan minima 1 gram untuk emas jongkong atau minima 4.25 gram untuk 1 dinar emas.
Anda juga boleh boleh mula menyimpan secara berkala, mungkin 1 gram atau 1 dinar sebulan melalui potongan bulanan terus daripada akaun bank menggunakan kemudahan Auto-Debit dalam Akaun Tabungan Emas GAP.
Jika ada simpanan wang dalam Tabung Haji atau ASB atau mana-mana bank yang tak terusik untuk tempoh lebih setahun, pakar-pakar pelaburan emas menasihati agar anda keluarkan simpanan wang kertas tersebut dan mula membeli dinar emas dan gold bar untuk simpanan emas yang lebih menguntungkan Insya Allah.
Sasaran simpanan emas pelaburan seperti Goldbar atau Dinar adalah sebanyak tiga hingga enam bulan gaji.
Tetapi pastikan baki wang simpanan anda masih ada untuk sekurang-kurangnya 3 bulan gaji. Janganlah tamak dengan keluarkan duit simpanan semua sekali. Nanti anda juga yang akan susah bila berlaku hal kecemasan. Anda juga tidak digalakkan buat pinjaman untuk beli emas… tolonglah elakkan.
Jika ada sesiapa yag menasihati anda memohon pinjaman bank untuk membeli emas… sila tinggalkan mereka kerana mereka lebih suka lihat anda susah dan lebih mementingkan diri sendiri daripada anda…
Semoga anda berjaya dalam pelaburan emas.
Salam,
saya berhasrat membeli (secara akaun/bukan fizikal) untuk menyimpan dan bukannya berniaga. Sekiranya saya simpan untuk tempoh katakan beberapa 3-5 tahun, (nauzubillah moga xterjadi) tiba-tiba company sedia ada telah mati/gulung tikar/berlaku sesuatu yg buruk… apakah yang akan berlaku kpd pembeli macam saya..sedangkan emas tiada di tangan.
Wksalam En Abdul Hadi. Simpanan GAP di Public Gold diinsuranskan sehingga RM100k setiap akaun. Setakat ini terdapat lebih 80K pemegang akaun emas GAP. Tuan boleh cetak penyata dan claim pada syarikat insurans jika ada apa-apa masalah. Jika tuan masih ragu-ragu, tuan boleh keluarkan dan simpan sendiri.
Salam encik,
saya ada sedikit modal untuk melabur. Jadi jika saya ingin melabur dalam pelaburan emas adakah keputusan saya ini betul?
jika ingin melabur emas pula bagaimana?
adakah pelaburan emas ini boleh dapat pulangan yang menguntungkan?? dan bagaimana??
Wksalam Ms Intan
Pelaburan emas hanya akan menguntungkan dalam jangka masa panjang. Bergantung kepada pasaran global, kadang-kadang dalam tempoh 4-6 bulan dah kaut keuntungan. Tetapi kenaikan harga emas dalam tempoh 15 tahun adalah melebihi 200%.
Ms Intan boleh ketahui cara simpanan emas fizikal melalui dua kaedah:-
1. Kaedah GAP utk simpan percuma tanpa yuran dan boleh keluarkan emas fizikal bila-bila masa.
2. Beli dan simpan sendiri dinar / jongkong emas dan ada sekali caj premium.
Harap dapat membantu.
salam boleh terangkan dengan lebih lanjut tentang pembelian dinar..
maaf sy tidak memahaminya.. );
means
1.0000 g x rm180
betul tak apa yang saya faham nie??
huhu sekali sy mnta maaf.. ):
Ada 2 cara nak beli dan simpan dinar 24k:
1. Beli dan simpan dinar fizikal – ikuti langkah di http://pelaburanemas.org/jual-beli-emas/
2. Beli dan simpan kaedah GAP – sila ikuti langkah di http://pelaburanemas.org/gold-accumulation-program-gap/
Boleh Hubungi Saya dengan beri nombor telefon anda untuk bantuan melalui Whatsapp. Terima kasih.
As Salam. Tolong kemaskini, sekarang ni dinar pun ada caj transport.
Terima kasih.
Wa’alaikumussalam. Ya.. benar Tuan Haji Idris. Cuma ia dalam bentuk caj premium. Insya Allah saya akan kemaskini nanti. Terima kasih.