Pelaburan Emas Kaedah Ampuh Melawan Globalisasi

Beruntunglah kepada sesiapa yang dah sedar bahawa pelaburan emas merupakan kaedah ampuh melawan kesan globalisasi. GoldbarMereka mula menyimpan emas fizikal dengan pembelian berdikit-dikit tanpa menghiraukan berapa harga emas semasa. Malah ada yang membuat sasaran untuk mencapai 1kg emas dalam simpanan dalam tempoh 10 tahun akan datang. Ini bermakna setiap bulan secara istiqamah membeli dan menyimpan emas sebanyak 2g/bulan.

Persoalannya mengapa ramai yang masih belum sedar? Jawapannya mudah sahaja. Ramai yang masih tak ambil peduli untuk menyimpan emas sebagai satu bentuk pelaburan ampuh melawan kesan globalisasi kerana ia terletak kepada tahap ilmu dan kefahaman individu itu sendiri.

Secara asasnya, proses globalisasi memang tidak dapat dielakkan kerana kewangan dunia bergerak merentasi sempadan sesebuah negara. Pada masa ini, USD dilihat sedang mengukuhkan kedudukan sebagai matawang global kemungkinan disebabkan Amerika melihat kedudukan matawang Yuan China sebagai ancaman yang perlu dikekang. Baru-baru ini, China telah mula mewujudkan kaedah transaksi matawang renminbi di antara beberapa negara dan tidak menggunakan matawang USD.

Amerika mengambil tindakan dengan mengukuhkan rizab kewangan mereka dan mengakibatkan matawang Yuan dan kebanyakan matawang lain di dunia termasuklah matawang MYR Malaysia jatuh dengan kadar yang sangat mencemaskan. Pada hari ini, kadar tukaran wang USD kepada MYR telah mencecah 4.31 berbanding hanya 3.61 pada Januari 2015 lalu! Sila lihat semula penjelasan saya mengenai simpanan emas berbanding wang kertas.

Kesan daripada pengukuhan USD terhadap MYR ialah harga barang yang tidak dikawal kerajaan terpaksa mengikut harga global seperti harga emas, harga minyak termasuklah harga barang keperluan yang berasaskan bahan import. Akibatnya, seperti yang anda lihat pada hari ini, harga emas telah meningkat secara mendadak dari RM136/g pada bulan Ogos 2015 kepada RM156/g pada bulan September 2015!

Namun saya yakin, kekuatan USD tak akan bertahan lama. Ini ialah kerana ramai penganalisis emas dunia melihat harga emas masih tidak berubah banyak berbanding USD (sekitar USD1,000 hingga tak lebih USD1,200 setiap ounce emas).

Untuk makluman, 1 ounce bersamaan dengan 28.3495 gram. Jika anda buat pengiraan, memang benar harga emas berbanding USD adalah tidak banyak berubah! Pakar-pakar berpendapat bahawa nilai emas akan berada pada paras “terendah” tersebut sehingga 2017. Apa yang menjadi kerisauan Amerika ialah apabila lebih banyak negara memutuskan untuk tidak menggunakan USD sebagai transaksi global mereka.

Maknanya anda masih ada masa untuk mula menyimpan emas sekurang-kurangnya 100g sehingga tahun 2017. Sama ada anda mulakan dengan 100 gram atau 2 gram itu terpulang kepada anda. Kekayaan anda dilindungi melalui simpanan emas.

Anda boleh memahami dengan lebih jelas akan kepentingan untuk anda melabur emas dengan menyimpan emas melalui orang yang benar-benar mahir dalam bab ini. Sila dapatkan buku Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas di sini.

Leave a Comment

× How can I help you?