Pelaburan Emas – Berapa Banyak Nak Melabur Emas?

Mulakan pelaburan emas? Sudah tentu. Tetapi … Berapa banyak nak melabur emas?

Terdapat jawapan ringkas untuk soalan ini iaitu sekurang-kurangnya 10% daripada portfolio pelaburan anda.

Itulah yang dicadangkan oleh pakar kewangan dunia. Pemilikan emas pelaburan dan logam berharga lain dalam bentuk fizikal dan menyimpan secara peribadi di luar sistem perbankan, yang membentuk sekurang-kurangnya 10% daripada nilai kewangan anda.

Pelaburan emas ini akan sentiasa mempunyai kecairan segera sekalipun krisis ekonomi melanda negara yang menghalang anda daripada mengakses aset lain. Tidak ada cara pemeliharaan kekayaan yang lebih baik.

Terdapat, sudah tentu, pendapat dan pertimbangan lain untuk situasi tertentu anda.

Salah satu pendapat lain mengenai berapa banyak jumlah emas pelaburan adalah dengan menggunakan pendekatan empat bahagian iaitu emas, bon, ekuiti dan tunai pada tahap 25% setiap satu.

Walau bagaimanapun, apabila tinjauan peribadi pelabur emas di beberapa negara besar seperti Amerika menunjukkan bahawa 30% daripada mereka mengagihkan 80% portfolio pengurusan kekayaan mereka kepada emas.

Keputusan sedemikian tidak dibuat tanpa sebab. Apa yang berlaku di dunia di sekeliling anda boleh sama pentingnya dengan apa yang berlaku dalam hidup dan kewangan anda.

Sebagai contoh, pada tahun 2002, dunia berada dalam krisis defisit kredit-bank. Pada masa itu, terdapat pakar kewangan yang menasihatkan pelanggan pelaburannya untuk meletakkan sehingga 50% aset mereka menjadi emas fizikal. Ini adalah bukti betapa dahsyatnya keadaan kewangan pada masa itu.

Namun pada hari ini, ramai pakar pelaburan emas dunia, melihat situasi kewangan di seluruh dunia adalah lebih buruk berbanding pada tahun 2002. Perlindungan kekayaan lebih kritikal berbanding sebelum ini.

Ramai pelabur bertanya berapa peratus aset kewangan mereka perlu disimpan dalam bentuk emas fizikal? Sesetengah pelabur yang benar-benar prihatin dengan sistem kewangan mempunyai pegangan emas mulai 60 hingga 80%, termasuklah pelaburan  perak.

Namun, anda tak perlu tamak, memiliki sekurang-kurangnya 10% aset anda dalam emas akan memastikan keselamatan portfolio kewangan anda. Para pelabur emas harus menentukan sendiri peratusan yang mereka rasa selesa.

Pada pandangan pakar kewangan dunia, pelaburan emas atau logam berharga yang lain seperti perak sepatutnya mencukupi untuk ditunaikan sekiranya terdapat krisis dalam sistem kewangan yang menghalang akses kepada pelaburan lain atau menjadikannya tidak mungkin untuk mendapatkan tunai dari aset lain.

Yang penting untuk diingat ialah emas dan perak adalah wang dan mudah dicairkan menjadi tunai segera. Sepanjang sejarah, di setiap negara di mana terdapat krisis kewangan yang serius, emas dan perak selalu berfungsi sebagai wang atau barang tukaran.

Emas boleh memainkan empat peranan asas dalam portfolio kekayaan anda:

  1. sumber pulangan jangka panjang,
  2. sumber kepelbagaian yang dapat mengurangkan kerugian semasa tekanan pasaran,
  3. aset mudah cair tanpa risiko hutang yang telah mengatasi mata wang fiat dan
  4. cara untuk meningkatkan prestasi keseluruhan portfolio kewangan anda.

Oleh itu, kepada anda yang belum bermula… masih belum terlambat kerana masa masih sesuai untuk mulakan pelaburan emas.

Jika dilihat carta harga emas dunia berbanding USD masih berlegar sekitar USD1,300. Mengikut analisis teknikal pergerakan harga emas dunia dijangka akan mula melepasi paras USD1,350 selepas Oktober 2019.

Carta harga emas vs USD

 

Anda tak perlu susah payah mendapatkan emas pelaburan goldbar, dinar atau dirham fizikal daripada negara-negara Barat. Malah, anda juga tak perlu bersusah payah membawa masuk logam berharga daripada Thailand, Jepun atau China.

Pada masa ini terdapat kemudahan pemilikan emas dan perak secara fizikal di Malaysia, Singapura dan Indonesia. Saya telah menyediakan panduan mudah untuk anda memulakan pelaburan emas dengan memiliki emas fizikal secara mudah, murah, sah dan patuh syariah di Malaysia, Singapura dan Indonesia.

Jika anda masih belum mendapatkan panduan memulakan pelaburan emas fizikal tersebut, sila isi nama dan emel anda di sini.

Leave a Comment