Nak tahu cara pajak gadai Ar-Rahnu untuk dapatkan tunai segera? Anda ada emas dan tercari-cari sistem pajak gadai yang patuh syariah dan mudah? Pada hari ini terdapat banyak kemudahan pajak gadai cara Islam seperti Ar-Rahnu Bank Muamalat, Ar-Rahnu Bank Islam, Ar-Rahnu Pos Malaysia, Ar-Rahnu Bank Rakyat, Ar-Rahnu YAPIEM, Ar-Rahnu Agrobank dan sebagainya.
Harap anda bersabar dahulu dan baca mengenai pengalaman isteri dan saya mendapatkan duit tunai segera dalam masa tak sampai 20 minit! Tak perlu penjamin dan nama anda tidak direkodkan CCRIS atau CTOS.
Bagaimana caranya? Melalui pajak gadai Ar-Rahnu Koperasi Dagang Emas Pulau Pinang Bhd. Walaupun namanya ada nama Pulau Pinang, tapi pajak gadai Ar-Rahnu dah boleh dibuat di semua cawangan Public Gold di seluruh Malaysia. Anda boleh mendapatkan duit tunai segera daripada kemudahan pinjaman peribadi / pembiayaan peribadi cara Islam yang patuh syariah.
LANGKAH #1: Perlu ada Emas atau Perak.
Ya! Betul. Sudah semestinya anda perlu bawa emas atau perak ke cawangan Public Gold. Koperasi Dagang Emas (KDE) merupakan Ar-Rahnu pertama yang menerima perak / silver bar sebagai barang cagaran untuk anda mendapatkan duit tunai pinjaman segera. Anda hanya perlu bawa emas atau perak yang anda miliki beserta dengan resit belian serta kad pengenalan anda. Jika anda ada emas / perak jenama Public Gold, tiada resit belian pun tak mengapa.
Nota: Jika anda masih tiada emas / perak pelaburan jenama Public Gold, sila dapatkan emas / perak jenama Public Gold 24K LBMA tanpa GST di sini.
LANGKAH #2: Semak Cawangan dan Masa Operasi.
Sudah semestinya anda tak mahu ambil cuti sehari untuk ke bank atau pejabat Ar-Rahnu kerana cawangan terlalu jauh dan masa operasi yang terhad kepada waktu Isnin hingga Jumaat sahaja.
Alhamdulillah anda tak perlu risau sebab tadi, saya dan isteri sampai di cawangan Public Gold Sungai Petani sekitar jam 12.00 tengahari dan pejabat beroperasi bermula 9 pagi sehingga jam 1 petang setiap Sabtu minggu pertama dan ketiga. Jika hari biasa (Isnin – Jumaat) waktu operasi bermula 9 pagi hingga 6 petang.
Oleh itu anda tak perlu rugikan kemudahan cuti atau terpaksa beratur menunggu giliran yang panjang pada waktu puncak operasi di bank komersial seperti Ar-Rahnu Bank Muamalat, Ar-Rahnu Bank Islam, Ar-Rahnu Bank Rakyat, Ar-Rahnu YAPIEM, Ar-Rahnu Agrobank dan sebagainya. Malah, nama anda terdedah kepada rekod CCRIS dan CTOS sebagai peminjam di Bank Negara Malaysia. Jika anda bekerja makan gaji samada swasta atau kerajaan, berkemungkinan besar akan susah membuat pinjaman lain.
Saya dan isteri pernah juga ke Ar-Rahnu Pos Malaysia pada hari Sabtu namun hampa kerana walaupun kaunter lain dibuka tetapi kaunter Ar-Rahnu tidak dibuka pada hari Sabtu.
LANGKAH #3: Dapatkan Duit Tunai Anda.
Tak perlu susah-susah bawa macam-macam salinan surat majikan / slip gaji / tandatangan surat perjanjian berpuluh-puluh muka surat. Cukup sekadar turunkan tandatangan, tulis nama penuh, nombor IC dan tarikh pada belakang surat pajak gadai Ar-Rahnu.
Tips penting: Sekiranya anda mempunyai emas pelaburan dengan berat 1g, setengah dinar atau 1 dinar, anda digalakkan membuat lebih daripada satu surat pajak gadai agar mudah untuk anda menebus kembali sebahagian berbanding menebus kembali sekaligus. Upah simpan 1 dinar lebih jimat daripada setengah dinar x 2 item.
Itulah sahaja 3 langkah asas untuk ada laksanakan pajak gadai Ar-Rahnu dan anda dapat duit tunai segera melalui pembiayaan / pinjaman peribadi yang patuh syariah tanpa riba’. Tak perlu jual emas / perak anda.
Tips penting: Pastikan anda tidak menggunakan duit tunai hasil pajak gadai emas pelaburan anda untuk tujuan belanja hangus yang tak penting seperti belanja shopping, tukar sport rim kereta. Gunakan duit tunai tersebut untuk aktiviti yang menguntungkan seperti untuk mengembangkan bisnes anda.
Cara Kiraan dan Penebusan Emas di Ar-Rahnu KDE
Akhir sekali, saya akan terangkan persoalan mengenai cara kiraan, nilai marhun dan upah simpan pajak gadai Ar-Rahnu KDE. Nilai marhun 1 gram emas bergantung kepada nilai harian di kedai emas. Kami dapati nilai marhun 1 gram emas pada 19 Ogos 2017 ialah RM254/g. Manakala, upah simpan hanyalah pada kadar 1% sebulan dan anda boleh tebus pada bila-bila masa dalam tempoh 6 – 8 bulan. Jumlah pinjaman duit tunai yang dibenarkan adalah sebanyak 60% daripada nilai marhun.
Contoh pengiraan pinjaman Ar-Rahnu KDE di Public Gold untuk 1 dinar 24K LBMA:
- Harga 1g = RM254/g
- Nilai marhun 1 dinar = 4.25 X RM254 = RM1,079.50
- Upah simpan (1%/bulan) = RM1,079.50 X 1% = 10.80 (RM11.00/bulan)
- Jumlah duit tunai = RM1,079.50 X 60% = RM647.70
Jika anda nak tebus pada bulan pertama, anda perlu bayar RM647.70 + RM11.00 = RM658.70.
Jika anda nak tebus pada bulan kedua, anda perlu bayar RM647.70 + RM11.00 + RM11.00 = RM669.70 (Hanya tambah upah simpan ikut bulan sahaja).
Jika anda berminat untuk dapatkan emas pelaburan jenama Public Gold, sila dapatkan emas / perak jenama Public Gold 24K LBMA tanpa GST di sini.
Semoga bermanfaat.
Ar Rahnu TEKUN juga tawarkan pajak gadai Islam patuh syariah yang lebih mesra rakyat upah simpannya. Serendah 50 sen. Boleh search di facebook atau instagram AR RAHNU TEKUN
Terima kasih atas makluman tuan.
Kalau saya dah pajak emas saya di rrahnu bank rakyat..lepas tu saya nak jual emas saya tu boleh ke??apa langkah yang perlu saya buat?
Tuan perlu tebus balik emas di Arrahnu Bank Rakyat dalam tempoh yang ditetapkan. Jika tuan tak tebus / bayar balik emas di Arrahnu Bank Rakyat, pihak bank akan lelong emas tuan dengan ada caj. Baki duit lelongan akan diserah kepada tuan.
Jika tuan dah selesai tebus / bayar balik dan dapat semula emas, tuan boleh jual ke mana-mana kedai emas dengan harga yang tuan setuju.
Memgikut apa yang saya dah survei, kedai Public Gold menawarkan harga jual balik emas yang tinggi.
Jika tuan nak dapatkan harga jual balik boleh emel saya di
su******@pe***********.org
atau Whatsapp terus di https://msuhaimee.wasap.my/.
Boleh tak sekiranya nak jual emas tapi takda resit pembelian emas? Sebab emas tu adalah hadiah pemberian family jadi resit mmg takda
Ya boleh jual emas tanpa resit di Public Gold. Bella boleh ikut step di bawah:-
1. Daftar percuma di http://pelaburanemas.org/go/daftar.php
2. Bawa emas hiasan ke kedai Public Gold terdekat. Boleh rujuk alamat cawangan terdekat di http://pelaburanemas.org/go/cawanganpublicgold.php
3. Dapatkan nilai jualan emas dengan tepat secara percuma. Harga jual emas 916 hari ini sekitar RM159/g tanpa perlu tolak upah.
4. Perlu asingkan batu dll di kedai emas biasa sebelum jual sebab PG tiada alat khas.
5. Jika setuju boleh jual dan beri salinan akaun bank utk PG transfer tunai dlm tempoh 24-48 jam. Guna akaun Maybank paling cepat.
Selesai.
kalau kita x ambil balik & jual terus mcm mana ya
Maksud elmy, jika nak jual terus emas yang dipajak di Ar-Rahnu? Sebenarnya Ar-Rahnu adalah kemudahan pinjaman patuh syarak dan emas / perak sebagai cagaran. Jika dalam tempoh sehingga 8 bulan tiada pembayaran hutang untuk tebus balik emas / perak yang dicagarkan, maka emas / perak tersebut akan dilelong.
Mungkin elmy maksudkan dengan pembelian emas secara GAP yang disimpan percuma. Ya! Boleh jual terus tanpa perlu ambil / keluarkan dari akaun GAP. Sila layari akaun GAP untuk makluman lanjut.