Di sini saya ingin berkongsi dengan anda beberapa FAQs (Frequently Asked Questions) / Persoalan hampir sama yang sering ditanya yang saya terima dalam inbox emel saya.
Saya pasti memang banyak persoalan yang berlegar di fikiran anda sebagaimana saya juga sebelum ini. Oleh itu, saya sarankan agar anda dapatkan maklumat berikut sebelum anda menghubungi saya.
Sila klik di link untuk terus ke Soalan:-
SOALAN #1: BAGAIMANA SAYA BOLEH MULAKAN PELABURAN EMAS? / BERAPA MODAL NAK MELABUR EMAS?
SOALAN #2: DI MANA SAYA BOLEH MELABUR DAN SIMPAN EMAS?
SOALAN #3: ADAKAH EMAS GAP PATUH SYARIAH SEBAB EMAS DISIMPAN DI PUBLIC GOLD DAN TIADA DI TANGAN?
SOALAN #4: ADAKAH TERDAPAT RISIKO DALAM PELABURAN EMAS?
SOALAN #5: BAGAIMANA SAYA NAK MULA BERNIAGA EMAS / BERAPAKAH MODAL PELABURAN EMAS?
SOALAN #6: APAKAH MAKSUD PG SELL DAN PG BUY DI LAMAN HARGA EMAS SEMASA?
SOALAN #7: BAGAIMANA NAK JUAL BALIK EMAS?
SOALAN #8: BAGAIMANA NAK JUAL BALIK EMAS JENAMA LAIN SEPERTI GCP / AMETHYST / POWERGOLD?
SOALAN #1: BAGAIMANA SAYA BOLEH MULAKAN PELABURAN EMAS? / BERAPA MODAL NAK MELABUR EMAS?
Jawapan: Secara asasnya, terdapat 3 cara melabur emas:-
- Beli emas dan simpan sebagai aset.
- Beli emas, simpan dan jual bila harga tinggi.
- Beli emas sebagai stok untuk berniaga.
Untuk perkara (1) dan (2), anda boleh mulakan pada bila-bila masa dan boleh buat pilihan samada nak membuat pelaburan emas secara berdikit-dikit dengan membeli dan menyimpan sekurang-kurangnya RM100 atau 1 gram emas atau dalam gandaan 1 gram untuk mematuhi garis syariah.
Atau, anda boleh juga membeli emas secara banyak sekaligus seperti goldbar 24K (999.9) sebanyak 10g, 20g, 50g, 100g atau 250g bergantung kepada kemampuan kewangan anda. Apa yang penting ialah anda melakukan pembelian emas itu secara konsisten (istiqamah) sepertimana anda membuat potongan gaji untuk simpanan ASB atau Tabung Haji.
Anda boleh layari Program Pengumpulan Emas atau lebih dikenali sebagai Gold Accumulation Program (sila terus ke Langkah #1 di link tersebut) untuk mengetahui kaedah mudah buka akaun emas. Simpanan emas GAP adalah percuma.
Jika anda nak beli dan simpan sendiri emas, sila Daftar Percuma dahulu dan anda boleh Login akaun anda menggunakan nombor IC sebagai Username dan isikan password anda sendiri. Sila ikuti langkah di sini.
Namun, anda disaran untuk tidak menggunakan keseluruhan duit simpanan anda. Sila tinggalkan duit tunai sekurang-kurangnya untuk keperluan selama 3 bulan. Adalah dinasihatkan agar anda tidak menggunakan pinjaman bank untuk membeli emas melainkan anda berniat untuk berniaga.
Untuk perkara (3), anda boleh memulakannya dengan pembelian stok emas minima sekitar 100g (sekitar RM35,000). Namun, nilai yang paling minima RM18,000 juga kadang-kadang boleh diterima semasa ada promosi. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Tidak rugi beli emas banyak sebab semua yang kita bayar adalah emas kita punya. Boleh layari Kedai Emas Yang Menguntungkan, Untung Melabur Emas Sebagai Pengedar Emas dan Promosi Pengedar Emas.
SOALAN #2: DI MANA SAYA BOLEH MELABUR DAN SIMPAN EMAS?
Jawapan: Setelah saya bandingkan pelbagai bank, syarikat dan kedai emas, saya dapati kedai emas Public Gold menawarkan kemudahan pelaburan emas yang terbaik. Anda boleh pilih samada nak simpan sendiri emas yang dibeli atau disimpan di Public Gold secara percuma.
- Jika anda nak simpan sendiri, boleh beli Gold bar / dinar emas 24K tanpa cukai GST / SST. Caj premium dikenakan untuk setiap jenis emas. Boleh daftar secara percuma untuk ketahui lebih lanjut dengan layari Pendaftaran Percuma. Seterusnya, anda boleh terus ikuti langkah demi langkah bermula dengan Langkah #1 di Jual Beli Emas.
PERHATIAN: ANDA AKAN MENERIMA EMEL PROFORMA INVOICE SEBAIK SAHAJA TEMPAHAN DIBUAT. SILA SEMAK. JIKA ADA KESILAPAN SILA BATAL DAN REPLY DENGAN SEGERA. SILA PASTIKAN ANDA BUAT PEMBAYARAN TEMPAHAN EMAS DALAM TEMPOH 4 HARI. KEGAGALAN PEMBAYARAN DALAM TEMPOH TERSEBUT AKAN MENYEBABKAN NAMA ANDA DISENARAI HITAM.
- Jika anda nak simpan secara percuma di kedai emas Public Gold pun boleh. Sila layari Gold Accumulation Program. Modal minima untuk mula pelaburan emas ialah 1 gram. Untuk buka akaun emas GAP, anda boleh terus buat pemindahan (transfer) jumlah RM berdasarkan berat gram emas ke akaun bank Public Gold (Maybank / Public Bank) seperti yang saya tunjukkan di Gold Accumulation Program (GAP). Selepas akaun anda disahkan barulah anda akan dapat kod PG untuk login dan baru boleh terus buat pembelian menggunakan aplikasi Public Gold.
Secara ringkas seperti berikut:-
- Lihat harga emas GAP hari ini di jadual Gold Accumulation Program (24K)
- Anda darabkan dgn bilangan gram emas yg anda nak beli. Belian cara ini lebih murah jika nak beli emas 1g/ 5g / setengah dinar.
- Anda boleh transfer jumlah RM ke no akaun Public Gold Marketing Sdn Bhd di Maybank 557139238048 / Public Bank 3167520833. Jika nak keluarkn 1g perlu beli 2g dan baki ada 1g. Simpan gambar resit belian.
- Emel gambar resit ke ga*@pu********.my dan cc juga kepada saya di su******@pe***********.org beserta maklumat berikut:-
1. Nama penuh (seperti dalam IC):
2. NRIC atau Kad Pengenalan:
3. No. telefon:
4. Emel:
5. Tarikh lahir:
6. Kaum:
7. Warganegara:
8. Pekerjaan:
9. Alamat:
10. Nama Bank:
11. Nama Pemegang Akaun Bank (mesti sama dengan nama di No. 1):
12. Nombor Akaun Bank:
13. Jumlah bayaran: RM
14. No. Introducer: PG047646 Suhaimee Manaf
[Salinan RESIT / Snapshot AKHIR transaksi pemindahan].
Simpanan secara konsisten setiap bulan itu yang dinamakan pelaburan sepertimana pelaburan ASB. Bezanya ialah anda dapat lindungi simpanan kekayaan anda dalam bentuk emas fizikal dan bukan duit kertas yang terikat dengan pasaran matawang dunia.
Pakar kewangan sarankan minima 10% pendapatan tunai ditukar kepada emas. Namun jika tiada niat pelaburan maka tiada kesan keuntungan yang bakal anda dapat. Baki minima simpanan emas dalam akaun GAP ialah 1g dan sekiranya dikeluarkan kesemua baru dikira tak aktif. Sekiranya anda nak mula simpan semula, anda perlu bayar penalti RM80. Anda tak akan dikenakan apa-apa penalti selagi ada 1g emas dalam akaun.
SOALAN #3: ADAKAH EMAS GAP PATUH SYARIAH SEBAB EMAS DISIMPAN DI PUBLIC GOLD DAN TIADA DI TANGAN?
Jawapan: Di sini saya copy paste penjelasan Cik Hidayah Abdul Kadir (Bachelor Syariah IAIN, Jambi):
“Secara ringkasnya, pembelian emas secara online dapat dibuat selagi mana ia dibuat secara tunai. Andaikan jika customer membeli emas seberat 10g bernilai RM1,600, maka selepas je pembeli membayar jumlah penuh kepada penjual, maka penjual mesti memberikan resit yang dapat pembeli gunakan untuk menuntut emas tersebut.
Tujuan resit adalah untuk memenuhi syarat qabadh (possession) yang menjadi syarat wajib jual beli emas. Qabadh hakiki (actual possession) berlaku apabila selepas pembeli membayar, pembeli memperoleh emas tersebut.
Qabadh hukmi (constructive possession) pula berlaku apabila selepas pembeli membuat pembayaran, pembeli menerima resit yang menunjukkan emas itu ada, dan pembeli dapat menuntut emas tersebut pada bila-bila masa tanpa sebarang halangan daripada pihak penjual.
Jadi, dalam isu pembelian emas melalui kaedah GAP, tak ada masalah. Ianya patuh syariah kerana GAP statement tu ialah sebagai qabadh hukmi dan emas fizikal tersebut wujud serta boleh dikeluarkan bila2 masa yang kita nak”.
Sila tonton video syarahan Hukum Pelaburan dan Jual Beli Emas oleh Ustaz Mohd Nazri Chik. Anda boleh terus ke minit 17:39 untuk qabadh hukmi pembelian emas dan minit 28:55 perbincangan beliau tentang manipulasi sistem pajak gadai Ar-Rahnu.
Ustaz Mohd Nazri Chik merupakan Setiausaha Majlis Pengawasan Syariah dan Penolong Pengurus Besar – Ketua Bahagian Syariah, Bank Islam Malaysia Berhad.
SOALAN #4: ADAKAH TERDAPAT RISIKO DALAM PELABURAN EMAS?
Jawapan: Setiap pelaburan ada risiko untung rugi. Sasaran keuntungan dalam pelaburan emas adalah jangka panjang. Simpanan emas secara berdikit-dikit disarankan jika tiada niat untuk berniaga emas sebagi contoh 5gram setiap bulan.
SOALAN #5: BAGAIMANA SAYA NAK MULA BERNIAGA EMAS / BERAPAKAH MODAL PELABURAN EMAS?
Jawapan: Di Kedai Emas Online Public Gold terdapat pelbagai tawaran yang boleh melayakkan anda berniaga emas. Pada masa tanpa tawaran dan promosi, apabila anda beli emas Public Gold sebanyak RM30K dalam satu resit, secara automatik anda layak menjadi Pengedar (Dealer) Kedai Emas Public Gold.
Namun, pada kebanyakan masa, Kedai Emas Public Gold membuat tawaran istimewa dengan hanya membeli emas sebanyak 100g (sekitar RM15K-16K) sahaja dalam satu resit dan anda layak berniaga sebagai Dealer. Dengan setiap pembelian emas berikutnya oleh anda atau pelanggan anda, anda akan mendapat komisen sebanyak 1%! Peratus komisen akan bertambah mengikut tahap Dealer seperti 1.5% (Priority Dealer) dan 2.0% (Master Dealer).
Layari Promosi Dealer untuk info lanjut.
SOALAN #6: APAKAH MAKSUD PG SELL DAN PG BUY DI LAMAN HARGA EMAS SEMASA?
Jawapan: Jika anda lihat kepada Jadual Harga Emas Semasa Public Gold (PG), terdapat terma PG Sell (kiri) dan PG Buy (kanan) di atas jadual tersebut. Secara ringkasnya:-
PG Sell = Harga sebenar emas di pasaran global.
PG Buy = Susutnilai harga emas / nilai spread / harga jual balik ke PG.
PG Sell memang lebih tinggi dari PG Buy. Itu yang dinamakan kadar spread (susutnilai). Kadar spread berbeza ikut saiz emas. Contoh goldbar 1-10g = 9%; 20g = 8.0%; 50g = 7.5%; 100g = 7.0%; 250-1000g = 6.0%.
Lebih berat lebih kecil spread, lebih banyak dan cepat untung. Harga emas ada masa naik mendadak. Masa itulah masa untuk jual balik. Bila? Bergantung kepada situasi ekonomi dan politik dunia, maka harga emas dunia akan naik mendadak. Sebagai contoh kesan Brexit, kesan kemenangan Donald Trump, kesan pengumuman badan kewangan dunia IMF dan lain-lain. Tiada siapa boleh tahu dengan tepat. Ketahui lebih lanjut dengan dapatkan Buku Menyingkap Rahsia Pelaburan Emas di sini.
SOALAN #7: BAGAIMANA NAK JUAL BALIK EMAS ?
Anda boleh jual semula emas anda mengikut jenis emas seperti berikut:-
Kaedah #1: Akaun simpanan GAP.
Anda boleh jual melalui akaun GAP dengan login Username dan Password anda. Jika anda simpan sendiri, anda boleh guna aplikasi Public Gold untuk lock harga jual dan submit ke PG. Anda boleh serah emas ke mana-mana cawangan PG terdekat dalam tempoh 48 jam hari bekerja. Duit tunai akan dibayar terus ke akaun bank anda dalam tempoh 48 jam hari bekerja.
Kaedah #2: Emas perhiasan seperti gelang, cincin, rantai emas 916.
Anda boleh jual semula emas perhiasan tanpa perlu surat emas. Hanya perlu daftar secara online sahaja dulu di Daftar Percuma dengan Password Sendiri di sini.
Kemudian bawa emas perhiasan beserta salinan buku akaun bank anda ke kedai Public Gold terdekat. Boleh dapatkan alamat cawangan di Cawangan Public Gold. Anda boleh hubungi / whatsapp staff untuk tahu waktu operasi.
Timbang dan dapatkan harga.
Jika setuju dengan harga, PG akan transfer duit tunai ke akaun bank anda dalam tempoh 48 jam. Kemudian anda boleh keluarkan. Atau anda boleh tukar duit tunai kepada emas pelaburan 24K LBMA yang tidak dikenakan GST seperti yang terdapat di posting ini: Cara Jual Emas Perhiasan.
SOALAN #8: BAGAIMANA NAK JUAL BALIK EMAS JENAMA LAIN SEPERTI GCP / AMETHYST / POWERGOLD?
Anda boleh jual semula emas jenama lain di mana-mana cawangan Public Gold terdekat. Layari Tukar Beli Emas Jenama Lain kepada Jenama Public Gold Atau Tukar Duit Tunai.
Semoga anda berjaya dalam pelaburan emas.
assalamualaikum. saya berminat nak buat pelaburan emas tetapi x tau macamana. boleh bg tunjuk ajar.
Wa’alaikumussalam. Ya saya akan emel panduan kepada puan. Terima kasih.
Saya bercadang utk membuat belian emas sebagai pelaburan utk tujuan pernikahan dlm tempoh kurang 1 tahun. Apakah cadangan tuan?
Ya boleh dimanfaatkan lebihan duit tunai untuk tukar kepada emas pelaburan dengan spread nipis seperti 100g (7%) dan 250g (6%). Cairkan semula kepada tunai apabila harga emas mencecah minima 12% daripada harga beli. Kenaikan harga emas sehingga RM230/g boleh berlaku dalam tempoh kurang setahun memandangkan kenaikan harga emas sehingga lebih USD1,700/oz dijangka berulang.
Jika berminat boleh ambil promosi 100g goldbar Bunga Mas / Dinar tanpa caj premium dan tanpa caj ansuran 4 x bayar bulanan EPP jimat RM170 dan akan jam 1 petang Isnin (5/8/2019).
Whatsapp di https://msuhaimee.wasap.my/
Assalamualaikum, Bolehkah suatu badan koperasi menjadi dealer. Apa syaratnya
Wa’alaikumusalam. Ya. Boleh. Hanya perlu daftar atas nama koperasi dan buat pembelian emas fizikal samada simpan dalam akaun GAP atau koperasi ambil emas dan simpan di koperasi. Sila emel maklumat koperasi, no. telefon kepada su******@pe***********.org. Pendaftaran perlu dilakukan secara manual oleh pihak Public Gold.
Assalammualik wbt. Saudara Suhaimi, saya pak izad yg baru mencecah usia 55. Faham2 aje la. Ade lah sadikit bekalan tok sisa2 hidup ni dan agak berminat dlm pelaburan yg mungkin brupaya menjana sadikit pndptan dlm jual bli emas.Dudok di kampong n hanya kerja sambil2 d tanah ibunda.. Berkeluarga n sama jiga mmpyi 7 anak2 dan yg kecil d tingkatan 3. Yg saya kurang faham adelah dlm menjadi dealer emas PG. Tadi saya baca, kmu kata klu dah jadi dealer bolehlah dpt 1% & 2% selanjutnya. Kurang faham. InsyaAllah dlm nilaian 20k rasa2 boleh saya laburkan.. Cube bagi pandangan.Hubungi sye jeee kat fb atau telegram atau wasaap di 011 xxxxx485. Tima kasih n salam ukhwah buat kmu n famili
Wa’alaikumussalam wbt Pak Izad. Terima kasih atas pertanyaan pak izad. Saya dah edit no fon pak izad atas dasar privasi blog Pelaburanemas.org bimbang ‘preying eyes’ spammers. Mana2 pelaburan yg menjana pendapatan dipanggil pelaburan perniagaan dan peniaga perlu aktif menjalankan aktiviti perniagaan. Di blog ini saya hanya berkongsi info (1) bagaimana emas kalis inflasi dan duit kertas tidak. (2) apa jenis emas yang boleh dibeli untuk pelaburan/simpanan utk gantikan simpanan duit kertas seperti goldbar dan dinar dan bukan emas perhiasan. (3) jenama emas pelaburan yg tiada GST (setakat ini hanya emas 24K LBMA jenama Public Gold sahaja). (4) Alang-alang simpan emas, simpanlah sebagai Dealer sbb boleh dapat insentif 1% atas setiap pembelian berikutnya di PG samada emas/perak oleh Pak Izad atau sesiapa yg daftar melalui Pak Izad. Ada promosi Jan 2017 beli 50g emas GAP layak sbg Dealer PG. Cth hari ini Pak Izad beli 50g X RM186/g = RM9,300 dan esok dh dpt status Dealer ada kod PG. Lps sah dpt status Dealer, Pak Izad beli lagi 50g (anggap RM186/g kekal) atas nama Pak Izad atau daftar baru atas nama anak, maka Pak Izad akn dpt insentif 1% (RM93) pada 20hb Feb nanti. Nilai bawah RM100 akan masuk akaun GAP. Lebih RM100 akam masuk akaun bank Pak Izad. Harap Pak Izad dah faham. Nanti saya wasap Pak Izad juga ye 😉
Assalamualaikum,
Saya berminat beli emas secara sedikit sedikit untuk aset sebagai persediaan inflasi.
Saya lihat di Spot Gold page harga sekarang sekitar 164Rm/gram,tetapi di page public gold, harganya adalah 176RM/gram.
1.Kenapa berlaku perbezaan diantara Public Gold price dan di Spot Gold?
2.Normally berapakah different antara actual world gold price dan public gold price.
Mohon pencerahan.
Jaazakallahu Khairan Kasiran.
Wa’alaikumussalam En. Khairy,
Harga Spot Gold ialah harga emas tanpa proses sebelum dibentuk dan dicetak. Perbezaan harga emas selepas proses yang sesuai untuk tujuan emas pelaburan adalah di bawah 10%. Jika tuan buat kiraan harga emas Public Gold (PG) – harga emas Spot bahagi dengan harga emas Spot = 7.3% merupakan perbezaan yang terendah di Malaysia berbanding jenama emas jongkong yang dijual di kedai emas lain. Biasanya harga emas PG memang tak lebih 10% beza dari harga emas spot. Barakallahufeek.