Pelaburan Emas, Wabak COVID-19 dan Federal Reserve USA

Pelaburan emas menjadi topik hangat apabila harga emas dunia semakin naik semasa wabak koronavirus COVID-19 semakin merebak ke seluruh dunia. Mengapa harga emas semakin meningkat manakala pasaran saham semakin menjunam?

Harga emas dan pasaran saham

Semuanya bersangkutan dengan kadar faedah yang telah diumumkan oleh Federal Reserve (Bank Pusat USA) pada hari Ahad 15/3/2020 bahawa kadar faedah terus dipotong sebanyak 1% .

Pemotongan kadar faedah dibuat bagi merangsang ekonomi US yang dijangka akan terjejas teruk akibat Koronavirus (COVID-19).

Pengumuman ini menyebabkan kadar faedah di Amerika Syarikat pada waktu ini berada di antara 0% sehingga 0.25% sahaja!

Memang sangat rendah dan suasana panik penjualan saham berlaku. Ini kerana dalam situasi kadar faedah yang rendah, pelabur akan memindahkan wang kepada pelaburan lain seperti emas dan perak.

Kesan daripada pemotongan kadar faedah tersebut menyebabkan harga emas naik.

Mengapa harga emas yang naik pula?

Sebab lebih ramai pelabur membeli emas, stok emas akan menjadi semakin berkurangan. Bila stok semakin sedikit, permintaan semakin meningkat dan akan menyebabkan harga emas pelaburan meningkat.

Ini kerana menyimpan duit dalam bank pun tak dapat untung sebab kadar faedah hanyalah 0-0.25% sahaja. Jika kadar inflasi di USA sama dengan 2.3% setahun maka sesiapa yang simpan duit di bank sebenarnya rugi 2.3% setahun.

Oleh itu, adalah lebih bijak untuk melabur duit ke pelaburan yang lebih menguntungkan seperti emas. Hanya dalam beberapa bulan sahaja harga emas telah meningkat melebihi 18%!

Beli emas untuk jangka panjang sebab pasaran kewangan tidak menentu pada masa sekarang akibat wabak COVID-19 yang asalnya daripada China. Sekarang bilangan pesakit yang terkena jangkitan melebihi daripada pesakit dalam China.

Banyak berita mengejut yang tidak disangka akan diumumkan USA dan negara Malaysia dan menyebabkan kenaikkan atau penurunan harga emas dengan banyak.

Anda boleh baca Strategi Pelaburan Emas Tahun 2020 yang dibincang bersama oleh pakar emas En. Syukor Hashim dan pakar kewangan Malaysia Tuan Azizi Ali di sini.

Anda tak perlu risau, sebab sekarang sudah ada Cara Pelaburan Emas Patuh Syariah di Malaysia, Singapura dan Indonesia. Anda boleh pilih samda nak keluar rumah atau tidak keluar rumah untuk membeli atau menjual semula emas pelaburan.