Anda nak kira zakat emas simpanan anda? Jika anda membuat pelaburan emas dan menyimpan sebanyak 85 gram atau lebih emas dalam bentuk goldbar atau dinar dan tetap dalam simpanan dalam tempoh satu tahun (12 bulan berturut-turut), maka diwajibkan atas anda untuk membayar zakat emas.
Sabda Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wassallam (S.A.W) yang bermaksud :
Tiada wajib atas engkau sesuatu (pada emas) sehingga engkau memiliki 20 dinar (85gram). Apabila ada pada engkau 20 dinar dan cukup haul, maka wajiblah zakat padanya 1/2 dinar (2.5%). Maka sekiranya lebih dari 20 dinar, hendaklah dihisab menurut lebihannya itu 2.5% daripada keseluruhannya. (Riwayat Abu Daud)
Oleh itu nilai minima simpanan berat emas 85 gram itu dipanggil nilai uruf. Nilai uruf untuk zakat simpanan jongkong emas / goldbar / dinar ialah 85 gram. Manakala nilai uruf bagi emas perhiasan tidak sama mengikut negeri yang anda diami.
Manakala hadith di atas merujuk kepada tahun Hijriah yang mengandungi kurang sepuluh atau sebelas hari daripada bilangan 365 hari dalam tahun Masihi. Oleh itu, jika anda pilih untuk bayar zakat emas ikut tahun Masihi, kadar zakat yang dikenakan bersamaan dengan 2.58% dan bukan hanya 2.5%.
Alhamdulillah dan syabas diucapkan kerana anda menegakkan Rukun Islam yang ke-5 iaitu Mengeluarkan Zakat. Pada hari ini, sangat mudah untuk anda mengira sendiri kadar zakat emas yang anda perlu keluarkan dan membuat pembayaran kepada Amil-Amil Bertauliah secara bersemuka atau terus melalui atas talian ke Pusat-pusat Pungutan Zakat di seluruh negara.
Kira zakat emas anda semudah 1-2-3! Sila ikuti langkah berikut:-
Langkah #1:
Sila layari untuk kira zakat emas simpanan di https://www.zakat2u.com.my/kalkulator/zakat-emas
Langkah #2:
Sila isi jumlah gram emas simpanan dan emas perhiasan yang anda ada secara sekaligus pun boleh…
Di laman web zakat2u.com.my di atas, anda boleh pilih Tahun Haul 2016 atau tahun-tahun sebelumnya sekiranya anda terlupa untuk mengeluarkan zakat emas sebelum ini. Harga emas segram telah ditetapkan pada kadar RM145.12 pada 2016 dan akan berubah mengikut Tahun Haul. Sila isi jumlah berat emas dalam gram di ruangan Berat (gram). Kemudian sila pilih Jenis samada Pakai atau Simpan.
Nilai Uruf untuk emas perhiasan ialah 150 gram dan emas simpanan ialah 85 gram. Jumlah Keseluruhan. Contoh pengiraan zakat emas di atas, sebanyak 1,000 gram berat emas simpanan telah dimasukkan manakala tiada berat emas perhiasan dimasukkan. Secara automatik, kiraan nilai jumlah zakat emas dalam Ringgit Malaysia (RM) yang perlu dikeluarkan untuk setahun dan sebulan dinyatakan.
Langkah #3:
Buatlah bayaran dengan klik butang ‘Bayar’ dan anda boleh pilih untuk membuat bayaran secara ansuran bulanan mengikut Jumlah Zakat Setahun atau Jumlah Zakat Sebulan yang dinyatakan.
Bila anda klik ‘Bayar’, paparan niat membayar zakat seperti berikut akan dipaparkan…
Berniatlah “Inilah wang RM……. sebagai menunaikan Zakat Emas yang wajib ke atas diri saya kerana Allah Taala.”
Klik dipetak ‘Saya bersetuju dengan terma dan syarat tersebut.’ Seterusnya klik FPX jika anda memilih untuk bayar secara tunai melalui kaunter bayaran zakat di bank pilihan anda seperti CIMB, Maybank, Bank Islam, Public Bank, RHB Bank, Bank Rakyat, Affin Bank dan lain-lain. Atau klik butang ‘Kad Kredit/Debit jika anda mempunyai kad kredit Visa atau Mastercard Islamik.
Semoga Allah mudahkan urusan pembayaran zakat emas anda dan menerimanya sebagai salah satu amal soleh yang diterima-Nya. Amin.
Sila layari Pelaburanemas.org untuk tips mudah pelaburan emas.