Harga emas pelaburan meningkat lagi kepada RM281 segram!
Selepas hanya sebulan lebih harga emas mencecah harga tertinggi pada 20 Jun 2020 (sila lihat Harga Emas Pelaburan Ditutup Tinggi Pada 20-6-2020), pada 24 Julai 2020, harga emas pelaburan meningkat lagi kepada RM281 segram!
Manakala harga emas berbanding matawang Amerika telah meningkat melepasi USD1,885.00/oz.
Antara faktor yang boleh meningkatkan harga emas dalam jangka masa panjang ialah persengketaan di antara Amerika Syarikat dan China.
Perkembangan yang berlaku pada 22/7/2020, Amerika Syarikat mengarahkan China untuk menutup pejabat konsulat China di Houston telah menyemarakkan krisis politik di antara kedua-dua negara kuasa ekonomi dunia itu.
Amerika Syarikat mendakwa arahan untuk menutup konsulat besar China di Houston dibuat untuk melindungi harta intelek Amerika Syarikat dan maklumat peribadi warganya.
China telah berikrar untuk bertindakbalas.
Mula mula mereka bergaduh pasal perang perdagangan antara dua hala… kemudian mereka bergaduh pasal Coronavirus COVID-19.
Pertelingkahan politik antara kedua kuasa besar ini mampu menggugat kestabilan ekonomi dan politik dunia. Selagi kedua kuasa besar ini berkonflik maka potensi harga emas untuk naik sangatlah tinggi.
Kenapa?
Sebab China adalah pemegang hutang Amerika Syarikat yang kedua terbesar selepas Jepun (dahulu China merupakan pemegang hutang terbesar Amerika Syarikat). Apabila Amerika Syarikat dan China bersengketa, maka dalam jangka masa panjang China akan mengelak daripada memegang hutang Amerika Syarikat.
Mereka akan membeli aset lain seperti emas atau hutang negara lain. Jadi ini boleh menaikkan harga emas dalam jangka masa panjang.
Tambahan pula, pada bulan November 2020 nanti Amerika Syarikat akan mengadakan Pilihanraya Presiden (3/11/2020). Berkemungkinan besar tindakan ini ada kaitan dengan Pilihanraya Presiden tersebut.
Dalam tempoh tiga bulan ini, pakar emas menjangkakan banyak perkara-perkara mengejutkan boleh berlaku. Biasanya perkara-perkara mengejutkan akan melonjakkan harga emas.
Oleh itu, jika anda ada lebihan simpanan tunai, buatlah pilihan bijak dengan laburkan sebahagian duit tunai kepada bentuk emas untuk jangka masa panjang.
Bagaimana nak mula melabur emas?
Cara melabur emas yang paling mudah dan selamat ialah dengan menggunakan kaedah “buy low sell high“.
Disebabkan harga emas sentiasa meningkat dan dijangka akan terus meningkat hingga melebihi USD10,000/oz dalam tempoh empat tahun dari sekarang (2024), sekarang ialah masa yang sesuai untuk mulakan pelaburan emas.
Jika nak tunggu harga emas turun, tiada siapa yang tahu masa yang tepat ketika wabak COVID-19 melanda dunia Mac lalu RM220/g dan pada hari ini dah mencecah RM281/g (USD1,885/oz)!
Sebab tips pelaburan emas adalah, “beli dan tunggu”.. “Bukan tunggu bila nak beli”
Kebanyakan orang yang tiada ilmu pelaburan emas akan menunggu dan terus menunggu kononnya akan beli bila harga emas jatuh.
Bila harga dah jatuh.. masih nak tunggu harga jatuh lagi.. bila harga tiba-tiba naik balik, mula menyesal tepuk dahi. Akhirnya masih tak beli dan hanya menjadi pemerhati.
Pakar Emas En. Syukor Hashim 24/7/2020.
Hanya dalam tempoh 4 bulan sahaja boleh kaut untung kasar sebanyak RM61/g. Oleh sebab itu, pakar kewangan seperti en. Azizi Ali menyarankan jika mahu kaut keuntungan besar, melaburlah dalam jumlah yang besar.
Contoh beli 100gram x RM61 = untung kasar RM6,100.00 dalam 4 bulan.
Kita hanya boleh maklum harga emas murah bila kita bandingkan harga emas pada hari ini dengan masa lalu yang sudah tentu kita menyesal mengapa tak beli emas pada masa itu.
Jika anda seorang pelabur emas, sekurang-kurangnya anda beli 100 gram dan tunggu sehingga harga emas naik lebih 15% barulah anda jual balik.
Jika anda seorang penyimpan emas untuk dana kecemasan atau ada sasaran tertentu seperti pergi haji, atau simpanan untuk perkahwinan, anda boleh beli minima RM100 setiap bulan atau beberapa gram yang anda rasa mampu.
Seterusnya saya akan tunjukkan DUA (2) Cara Pelaburan Emas / SImpanan Emas yang paling popular sekarang ini.
Cara Pelaburan Emas / Simpanan Emas No. 1
Jika anda nak mulakan dengan kaedah paling mudah dan patuh syariah, senang beli senang jual balik bila-bila masa harga tinggi, saya sarankan anda buka akaun simpanan emas Gold Accumulation Program (GAP).
Kaedah beli dan jual emas melalui akaun GAP ini sangat sesuai jika:-
a. Anda tak mahu simpan emas sendiri atau jika anda rasa risau emas fizikal hilang jika simpan sendiri.
b. Anda sukar untuk keluar rumah (contoh masa PKP wabak COVID-19) atau berada jauh dari kedai emas Public Gold.
Anda boleh lihat gambar di lampiran. Akaun GAP seperti akaun Maybank2u juga ada Classic site di link sebelah bawah kiri (belian secara manual namun proses kemaskini baki emas ambil masa 1-3 hari).
Manakala New Site di tengah-tengah gambar lebih mudah dan pantas. Belian emas menggunakan FPX secara automatik baki emas dalam akaun GAP tuan akan dikemaskini.
Jika anda nak buka akaun GAP dan dapat ID Login sementara, bolehlah anda whatsapp maklumat di bawah kepada saya dan Insya Allah saya akan proses dan beri panduan kaedah beli dan jual emas menggunakan Akaun GAP.
- Nama penuh (seperti dalam IC):
- NRIC atau Kad Pengenalan:
- No. telefon:
- Emel:
- Tarikh lahir:
- Pekerjaan:
- Cawangan PG (isi ibu negeri):
Minima beli emas RM100 sahaja untuk buka akaun GAP dan simpanan ialah percuma seumur hidup. Nanti PG akan emel PG Code untuk login dengan password IC tanpa sengkang.
Cara Pelaburan Emas / Simpanan Emas No. 2
Jika anda mahu mulakan pelaburan emas dengan menyimpan sendiri emas fizikal seperti Goldbar atau Dinar 24K, anda boleh pesan sendiri.
Hanya perlu Login dengan PG Code dan password sendiri. Jika tiada PG code boleh daftar percuma dengan password sendiri di Daftar Public Gold di sini (opens in a new window). Kemudian boleh isikan nombor IC tanpa sengkang di ruangan password semasa daftar.
Selepas daftar boleh terus Login di web PG (opens in a new window).
Setelah Login, klik Menu, Order, Purchase Order, isi perkataan 10g atau 50g atau 100g atau dinar dalam ruangan search, klik item yang and nak beli dan Add to cart. Selepas itu anda klik pada ikon Troli pada sebelah kanan atas dan klik Proceed to next page.
Pilih Public Gold, branch (cawangan PG), Full Payment atau Shariah Easy Payment Purchase.
Jika pilih Shariah Compliant Easy Payment Purchase boleh pilih EPP4 (untuk item RM500 hingga RM4999) atau EPP10 (untuk item RM5000 ke atas).
Sila isi Remarks dengan kod promosi yang dikongsi kepada anda (jika ada promosi) untuk waived EPP Premium (bukan Gold Premium).Jika tiada kod promosi terdapat caj EPP sekitar RM1 bagi setiap gram emas yang dibeli. Jika beli Full Payment tiada caj EPP ini.
Tick I agree dan Proceed to Payment Page.
Pilih bayaran cara FPX lebih mudah dan cepat. Namun jika anda pilih Manual Upload screenshot resit belian, anda perlu login semula kemudian untuk upload.
Selepas login, klik My Order dan anda akan nampak nombor CSO berwarna merah. Klik di nombor merah yang berkaitan dan scroll ke bawah. Anda akan dapati butang FPX dan Manual Upload. Pilih Manual Upload untuk upload screenshot resit. Selesai.
Sila tonton tayangan di bawah.
Semoga bermanfaat.