Emas Koleksi 1 Gram Gold Bar Edisi Khas Hari Raya Aidilfitri 1444H Dah Dilancarkan!

Alhamdulillah! Akhirnya emas koleksi 1 gram gold bar Edisi Khas Hari Raya Aidilfitri 1444H dah dilancarkan!

Kepada peminat dan pengumpul emas koleksi boleh dapatkan emas koleksi Edisi Khas Hari Raya Aidilfitri 1444H ini secara atas talian melalui platform Online Shopping PGMall di bawah Seller PG Gold Museum dalam kumpulan perniagaan PG Group.

Mengapa Harga Emas Koleksi Mahal?

Harga emas koleksi memang mahal sedikit jika dibandingkan dengan harga emas pelaburan. Sebab itulah emas Edisi Khas tidak dinamakan emas pelaburan.

Bagi yang nak beli emas untuk simpanan/ pelaburan, saya tak syorkan beli emas koleksi ni.

Sebelum beli, kena faham dulu perbezaan antara dengan emas simpanan/ pelaburan berbanding emas koleksi.

1️⃣ Harga emas koleksi ni dijual pada harga lebih tinggi berbanding emas pelaburan biasa macam Akaun Emas GAP.

2️⃣ Kalau nak pajak atau jual balik kepada PG, memang rugi berbanding gold bar biasa.

Tapi bagi golongan collectors, mereka tetap beli walaupun harganya jauh lebih tinggi dari harga GAP sebab:

1️⃣ Harga emas memang akan naik dalam jangka panjang.

2️⃣ Keluaran terhad. Contohnya terhad cuma 10,000 keping. Bila keluaran sesuatu edisi dah habis, harganya lagi mahal.

3️⃣ Nombor siri yang cantik, macam nombor plat kenderaan. Lagi cantik nombornya, lagi mahal.

Untuk makluman, emas koleksi 1 g goldbar Edisi khas hari raya Aidilfitri 1444H ini boleh juga didapati dengan harga yang lebih murah melalui akaun simpanan emas GAP.

Bagaimana Cara Keluarkan Emas Pelaburan Secara Fizikal daripada Akaun GAP?

Untuk pengeluaran emas fizikal dari akaun GAP dengan berat item bawah 21.25gram, boleh menggunakan kemudahan Gold-In-Teansit (GIT) WIthdrawal.

Caranya begini… Login > My GAP > Withdrawal

Pilih item dengan caj premium terendah iaitu RM15 sekeping.

Untuk keluarkan emas fizikal dari GAP, untuk item 50 gram dan 10 Dinar ke atas, book appointment dan datang ke branch.

Bawa kad pengenalan dan bayar caj premium sahaja untuk setiap keping emas.

Tentang caj premium, boleh semak jadual di bawah:

Caj premium pengeluaran emas dan perak Public Gold mulai 1 Disember 2022.

Untuk tempah appointment, boleh buat secara online di Helpdesk untuk semak stok dan set appointment di laman web Public Gold.

Jika dah sedia nak mula menabung emas pelaburan 999.9 serendah RM100, dapat panduan Cara Bermula di SINI.