Nak tahu harga emas semasa pada hari ini? Memang terdapat banyak kedai emas yang menyediakan laman web atau aplikasi Android atau iPhone yang memberi anda maklumat harga emas terkini seperti harga emas 999 (jongkong emas dan dinar emas), harga emas 916 (cincin emas 916 dan rantai tangan emas 916), harga emas putih dan pelbagai jenis emas.
Namun, anda pasti tertanya-tanya kedai emas yang betul-betul memberi maklumat harga emas terkini yang tepat dan tidak menipu? Maklumlah, zaman penuh dengan tipu daya untuk memerangkap mangsa lebih-lebih lagi dalam perniagaan jual beli emas yang merupakan logam berharga. Bila anda layari sahaja laman web kedai emas yang menyediakan harga emas semasa, mulalah ada ‘pop-up’ yang memaksa anda daftar nama dan nombor telefon anda untuk mengetahui maklumat lanjut.
Ada juga laman web yang memaparkan harga emas semasa tetapi terdapat banyak perbezaan di antara harga bukan ahli dan harga ahli. Malah anda perlu membayar yuran keahlian pula untuk membeli emas di kedai emas tersebut. Saya menyarankan agar anda menyemak status apa-apa perniagaan emas, bisnes emas atau pelaburan emas di Bank Negara Malaysia disebabkan terlalu banyak skim cepat kaya di luar sana.
(Perhatian penting: Sebelum anda nak jual beli emas, anda perlu tahu makna harga emas spot, harga jualan, harga belian, harga runcit dan kadar spread agar anda tidak terkeliru pada masa akan datang. Terdapat perbezaan harga jualan, harga belian, harga runcit dan kadar spread yang ditetapkan oleh kedai emas masing-masing.).
Tips #1 – Kenalpasti kedai emas yang menawarkan harga emas yang terendah.
Harga emas spot ialah harga emas asas dunia bersandarkan nilai matawang negara masing-masing. Anda boleh dapati harga emas spot di www.kitco.com, www.goldprice.org. Terdapat tiga warna carta pergerakan harga emas iaitu biru, merah dan hijau. Pada kebiasaannya, pergerakan harga emas semasa ditunjukkan dalam warna hijau. Pergerakan harga emas pada hari semalam ditunjukkan dalam warna merah dan pergerakan harga emas pada dua hari lepas ditunjukkan dalam warna biru.
Harga emas jualan pula merupakan harga emas semasa yang ditetapkan oleh kedai-kedai emas. Untuk harga emas pelaburan seperti jongkong emas dan dinar emas 999 atau 24K, harga emas jualan sebaiknya tidak melebih 10% daripada harga emas spot. Jika harga emas jualan sesuatu kedai emas didapati melebihi 10% daripada harga emas spot, bermakna kedai emas tersebut mengaut keuntungan yang berlebihan dari anda.
Sekarang marilah kita sama-sama semak kadar perbezaan harga jualan berbanding harga emas spot beberapa kedai emas ternama di Malaysia pada tarikh 29/1/2017 (Ahad) seperti berikut:-
Harga emas spot segram dari Goldprice.org = RM169.63/g
Contoh perbezaan harga emas spot dan harga emas semasa di laman web Public Gold.
Harga emas semasa 1g jongkong emas 999 24K kedai emas Public Gold Marketing Sdn. Bhd. = RM185.00/g.
Kadar perbezaan harga emas spot = (RM185.00 – RM169.63)/ RM169.63 X 100% = 9.06%.
Di sini anda dapat lihat kadar perbezaan harga emas spot dunia dengan harga emas semasa jongkong emas Public Gold hanyalah 9.06% dan di bawah paras 10% yang disarankan oleh pakar emas dunia.
Sekarang mari kita lihat dan bandingkan harga emas spot dan harga emas semasa jenama emas Power Gold atau yang sebenarnya jenama Amethyst.
Contoh perbezaan harga emas spot dan harga emas semasa di laman web Powergold.
Harga emas semasa 1g emas goldbar 999 dari kedai emas Powergold = RM224.00 (Bukan Ahli) dan RM204.75 (Ahli). Oleh itu, terdapat dua kadar perbezaan harga emas spot dengan harga emas terkini di Powergold seperti berikut:-
Bukan ahli = (RM224.00 – RM169.63)/ RM169.63 X 100% = 32.05%. …. OH! WOW! BANYAKNYA! Lebih 22.05% dari paras yang disarankan oleh pakar emas dunia.
Ahli = (RM204.75 – RM169.63)/ RM169.63 X 100% = 20.70%. …. OH! WOW! BANYAKNYA! Harga Ahli pun dah lebih 10.70% dari paras yang disarankan oleh pakar emas dunia.
Jika dibandingkan kadar perbezaan harga emas spot dan harga emas semasa untuk kedua-dua Bukan Ahli dan Ahli didapati melebihi 10% dari saranan oleh pakar emas dunia.
Oleh itu, anda dah boleh menilai jenama emas pelaburan yang manakah yang sepatutnya anda beli dan simpan dan jenama emas pelaburan yang manakah yang patut anda JAUHI. Jadilah pelabur emas yang berilmu agar anda TIDAK TERSALAH BELI jongkong emas atau dinar emas yang terlalu mahal berbanding harga spot dunia.
Tips #2 – Kenalpasti jika kedai emas beli semula emas yang anda beli.
Sejak saya mulakan operasi blog www.PelaburanEmas.org pada tahun 2014, terdapat ramai yang menghubungi saya mengadu bahawa emas pelaburan jenis Amethyst dan beberapa jenama lain sukar dibeli semula oleh kedai emas masing-masing. Oleh yang demikian, anda dinasihatkan agar mengenalpasti tahap kesukaran proses jual emas anda kepada kedai emas dengan harga yang tinggi.
Bagaimana anda nak tahu kedai emas itu menawarkan harga beli emas yang tinggi? Jawapannya ada pada kadar spread yang tertera di laman web kedai emas itu sendiri. Jika mana-mana kedai emas yang tidak menyatakan harga belian balik emas yang mereka jual di laman web mereka bermakna ada yang tak kena dengan kedai emas tersebut. Anda mungkin mengalami kesukaran untuk menjual semula emas pelaburan yang anda beli.
Sebenarnya terdapat beberapa lagi tips untuk mengetahui harga emas semasa bagi emas pelaburan yang berbaloi anda beli. Namun, saya yakin dengan hanya dua tips yang saya berikan di atas sudah cukup untuk memaklumkan kepada anda kedai emas mana yang menawarkan harga emas semasa bagi item emas pelaburan yang menguntungkan anda.
Oleh yang demikian, saya amat mengesyorkan anda untuk mendapatkan maklumat harga emas terendah di kedai emas Public Gold berbanding kedai emas lain.
Sekiranya anda ingin membeli emas pelaburan seperti jongkong emas 1g dan 5g atau setengah dinar emas dengan harga emas terendah berbanding kedai emas lain di Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia, anda boleh dapatkan maklumat program akaun simpanan emas fizikal GAP (Gold Accumulation Program).
(Nota: Pada kebiasaannya, kedai-kedai emas biasa di luar sana menjual jongkong emas 1g pada harga sekitar RM215.00, 5g dijual pada harga RM1050.00 dan setengah dinar dijual pada harga RM460.00).
Sekiranya anda ingin menjual semula emas perhiasan seperti cincin emas 916 dan rantai tangan emas 916 dengan harga emas 916 yang tinggi berbanding kedai emas biasa di luar sana, anda boleh dapatkan tips jual emas perhiasan dengan harga tinggi di sini.
Untuk memudahkan anda mendapatkan notifikasi / alert harga emas semasa, anda boleh memasang Public Gold app seperti yang ditunjukkan di sini.